.

6/5/12 BERDOALAH BUAT YANG MEMERLUKAN...

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - May 18, 2012

Share

& Comment


Saban Subuh Jumaat, seorang teman akan mengutus pesanan ringkas buat saya (juga yang lain-lain saya kira) yang berupa petikan hadith-hadith yang sahih. Ada kalanya saya mengusyik beliau jika ada hadith-hadith tersebut sepertinya bernada seperti meludah ke langit.

(2) Pagi ini, hadith yang di kirim sangat menarik dan seharusnya menjadi amalan semua antara kita, berbunyi lebih kurang sebegini: Sesiapa berdoa buat orang lain akan kebaikan, maka para malaikat akan mengamin seolah-olah doa itu adalah untuk dirinya...

(3) Maka saya mengusul, alangkah baiknya jika dalam khutbah Jumaat di semua Masjid kita, khatib turut juga berdoa agar Semua masyarakat Islam yang sedang miskin, kepayahan, dan menderita; kita doakan agar beban mereka Allah ringan atau hapuskan. Beliau pada dasarnya berseuju namun punya caveat betapa kemiskinan, kepayahan dan derita yang sedang meerka hadapi juga ada kebaikannya iaitu sebagai dugaan dan ujian.

(4) Memang benar. Namun kita sering melihat itu pada yang menangguyng, dan jarang sekali kita melihat dari sudut yang melihat. Saya yakin, kemiskinan, kesusahan dan derita yang sedang dihadapi oleh orang lain, adalah juga dugaan dan ujian pada kita.

(5) Di dalam Al Quran, berulang kali Allah mengingatkan: Jagalah sembahyang, keluarkanlah zakat...dan berbuat baiklah kepada yatim piatu, fakir miskin, mereka yang memerlukan.... Hadith dan Ayat ini, jika digabung, pastinya wajar kita turut menadah tangan berdoa buat mereka.


Kuching, Sarawak
18 Mei, 2012

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.