.

5/3/12 NAJB, KENAPA MESTINYA BERJIKA?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - March 11, 2012

Share

& Comment

Jika kita ingat, atau peduli tentang sejarah negara dan bangsa, pastinya kita akan kagum dengan kebijaksanaan dan sikap merendah dirinya Tun Abdul Razak Dato' Husein (Abdul Razak). Pertamanya, dia mengambilalih kepemimpinan negara saat negara sedang kurang percaya dengan sikap lembut Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj. Dengan segera beliau menjelajah ke seluruh negara lalu melancarkan gerakan Pembangunan Ekonomi Desa (RED) dalam usaha meredakan keresahan sosial bangsa.

(2) Saat negara terguncang hebat akibat sikap bermusuh dan sandiwara Sukarno, beliau bersama Adam Malik akhirnya dapat bersemuka bagi mengakhirkan sengketa antara serumpun. Sukarno terpaksa akur, betapa Sabah dan Sarawak lebih rela bersama Tanah Melayu dalam membentuk Malaysia dari bersama wilayah-wilayah Kalimantan lainnya bagi membentuk Indonesia Raya.

(3) Begitu juga saat Asia Tengara sedang menjadi medan perang dingin antara Amerika dan China, akibat kancah Perang di Vietnam, Kambodia dan Laos, beliau menjadi pemimpin ASEAN ulung yang mengusulan non-partisan dengan China. Juga saat Vietnam dalam payah hasil serakah America, Malaysia menjadi sahabat senyap rakyat negera itu yang hanyut. Juga bila Ho Chii Minh mengistihar pembebasan dan pemnyatuan Vietnam, Malaysia menjadi negera ASEAN pertama mengiktiraf kejayaan Ho Chii Minh.

(4) Pada akhir 1970an kalau tak silap, saat PAS dan UMNO serakahkan kuasa, Abdul Razak dapat membujuk Asri Muda membawa masuk PAS ke dalam Barisan Nasional. Paling istimewa, Abdul Razak dapat bergerak bebas di Kelantan dalam memperjuangkan prinsip-prinsip UMNO, sehingga kemudiannya UMNO dapat menawan Kelantan. Soalnya kenapa?

(5) Jika kita amati dengan hati-hati, bagaimanakah sikap Abdul Razak dalam masa pemerintahannya? Adakah dia sibuk membina rumah untuk dirinya? Sedarkah kita bila dia meninggal, dia tidak meninggalkan rumah untuk keluarganya? Adakah dia sibuk membina harta? Kalau saya tidak silap, lapuran sebuah akhbar menyatakan beliau hanya mempunyai RM8,000.00 dalam simpanan beliau semasa beliau meninggal. Apa maksudnya?

(6) Dalam lawatan saya ke Kelabtan pada kali ini, saya banyakj bertemu dengan rakan-rakan seangkatan serta mereka yang pernah bergelumang bersama saya dalam mengembangkan pelaburan PELITA, dan yang sangat menarik, yang dapat saya pelajari adalah sikap Abdul Razak yang tidak mengungkapkan perkataan jika.

(7) Abdul Razak tidak akan berkata, jika saya menang di Kelantan, maka saya akan membuat seribu satu perkara untuk rakyat. Dia bekerja dan membuktikan kerjanya dulu, maka kemudian barulah dia meminta. Contohnya, dalam Tanah Rancangan FELDA di Pahang dan Trengganu, bahkan di Pekan, yang berupa tapak politiknya, beliau membawa rakyat Kelantan yang miskin untuk menjadi ahli peneroka FELDA. Beliau tidak berkira biarpun mereka itu adalah penyokong PAS. Juga, kalau tak silap, beliau memberi kepercayaan kepada Asri Muda, Presiden PAS untuk mengurus pengambilan peneroka FELDA. Jika Abdul Razak mahu bermain politik bodoh sebagaimana yang diamalkan oleh para pemimpin selepasnya, pastinya, dia akan terlebih dahulu berkata jika saya menang di Kelantan, maka saya akan beri tanah kepada orang miskin yang tidak bertanah. Abdul Razk tidak memperhitungkan itu, dia ingat akan masa depan bangsanya. Dia yakin, dia mesti berbudi dan membukti dulu, kemudian barulah dia meminta sokongan rakyat.

(8) Juga saya dapati, bila dia berkunjung ke Kelantan, pasti dia dahului dengan kunjungan negeri. Kelantan adalah negeri yang pendududuknya hampir-hampir 90% Melayu. Budaya Melayu Kelantan lahir sejak Kerajaan Langkasuka, Pattani dan Champa lagi. Budaya mereka adalah budaya yang memerlukan mereka dihormati. Jika tidak, pasti akan tersembol kata-kata ore luar kure ajar!.

(9) Sejak Mahathir sehingga kini, apakah Perdana Menteri kita bila ke Kelantan akan terlebih dahulu membuat kunjungan negeri. Soal Menteri Besar (MB) Kelantan adalah bukan dari UMNO itu adalah soal lain, yang penting dia adalah MB Kelantan dan terpilih oleh majoriti rakyat Kelantan. Tidakkah rakyat Kelantan akan terasa bila PM datang lalu terus bergegas ke Daerah dan terus bertemu dengan para wakil UMNO? Tidakkah itu menunjukkan sikap PM yang tidak menghormati suara majoriti rakyat. Pribahasa Melayu: Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya dan Resmi padi, lagi berisi lagi tunduk punya maksud yang sangat mendalam dan perlu Najib fikirkan dalam-dalam jika dia hendak mentadbir Kelantan. Saya yakin, jika Najib bersikap hormat sebagaimana Abdul Razak, pasti Melayu akan dapat disatukan dengan baik.

(10) Biarlah saya berhujah bodoh sebegini: jika Allah pasti memasukkan aku ke syurga, maka kemudian barulah aku menuruti segala perintahNya. Tidakkah sama sikap berteka teki ini dengan sikap yang suka berjika?

(11) Jika Abdul Razak boleh, kenapa Naib tidak boleh meneladaninya. Toh Puan Rahah, isterinya Abdul Razak masih hidup, dan pasti dia punya recollection yang sangat baik tentang cara halus Abdul Razak. Mungkin juga, Rosmah Mansur perlu banyak belajar dari Toh Puan Rahah dalam mendokong Najib dalam menyatukan seluruh bangsa Melayu.

(12) Saya ingin melihat bagaimana Najib harus merangka strategi terbaik untuk menghapuskan subsidi Minyak, Beras, Gula, Tepung, Minyak Makan, dan banyak lagi yang nilainya mungkin mencecah RM50.00 billion setahun, dan menggunakan wang itu untuk mencapai kesejahteraan rakyat lewat keperluan asas mereka dari segi perumahan, pengangkutan, keselamatan, dan peluang mencari kesejahteraan hidup. Saya yakin, kita juga boleh menjadi begitu makmur sebagaimana New Zealand, Switzerland dan Jerman. Janganlah terus-terus kita hanya pandai berjika, perlakukanlah dengan berani, ikhlas dan jelas apa juga yang baik buat negara keseluruhannya. Rakyat tahu menimbang yang mana benar dan yang mana sekadar politik serakah!.

Kota Bharu, Kelantan
11 March, 2012

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.