.

4/3/11 OMAR PASTI GEREGETEN

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - March 09, 2012

Share

& Comment

Setelah muter keliling menguruskan beberapa perkara di Kota Kuching, saya ke Pasar Satok untuk membeli sedikit buah tangan untuk teman-teman di Kota Bharu. Seperti kelaziman, juga menjadi tuntutan dalam Islam, dan bagi mengikat silatulrahim yang kukuh antara ummah, kita adalah digalakkan untuk membawa buah tangan sebagai sabahagian dari sadakah saat bertandang ke tempat kerabat, taulan dan kenalan.

(2) Bagi mereka yang datang atau pulang dari Sarawak, seperti sudah menjadi resam yang mengakar, betapa kayu hujan panas, pasu, udang galah, tikar, gambir, terubok, dan kek lapis bermain di bibir dan sangat diharapkan sebagai tanda mata kalau tidak buah tangan.

(3) Namun, kini kegilaan pada terubok masin telah menjadikan Pasar Satok sebagai tempat kunjungan wajib bagi para pengemar ikan tersebut. Syukurlah, biarpun hakikatnya, terubok masin Sarawak sebenarnya adalah Terubok Siam atau Bangla, atas mulanya kebijaksanaan para pedagang Cina di Meludam, Semerak, Jemukan dan Pendam di awal 1970-90an yang telah memasinkan terubok tempatan saat bekalan ikan tersebut sangat banyak dalam bulan Apri-Jun saban tahunnya, kini perniagaan terubok masin telah banyak melahirkan graduan UiTM iaitu Usahawan Ikan Terubok Masin yang sangat ”berjaya”.

(4) Saya menggunakan ejaan ”berjaya” sebegitu, kerana dua pengamatan penting terhadap perusahaan ini. Pertama, pada bulan puasa, pasti banyak usaha-usaha menjual terubok panggang. Sekilas tanya, pasti para pengusaha akan berkata bahawa panggangan mereka adalah terubok tempatan. Hakikatnya, banyak sebetulnya adalah terubok Siam dan Bangla, terubok sejukbeku yang diimport dari Thailand keluaran Teluk Siam dan Bangladesh.

(5) Apakah bedanya terubok tempatan dan terubok import. Paling kertara adalah rasa segarnya. Terubok tempatan masih baru, pasti rasanya adalah segar. Kandungan lemak terubok import jauh lebih tinggi. Di antara lapisan kulit dan daging terubok Siam dan Bangla terdapat selaput hitam yang berupa lemak yang agak tebal. Makanya, terubok Bangla kelihat sedikit gelap, terubok tempatan sedikit cerah. Sebabnya, air Teluk Bengala dan Siam adalah lebih tenang, sedang habitat terubok tempatan di sekitar Batang Samarahan-Btg Lupar dan Lasa-Bruit mempunyai aliran air yang lebih deras, maka terubok tempatan kehidupannya jauh aktif makanya lebih slim. Juga kepalanya lebih tirus berbandingkan terubok Siam dan Bangla. Kehidupan terubok tempatan adalah lebih athletic, lebih sihat, lebih comel macam Sheila Majid.

(6) Mungkin selepas ini para UiTM Satok boleh menjenamakan terubok jualan mereka sebagai Terubok Sheila Majid dan Sharifah Aini. Cuma, bayarlah royalty bila menggunakan nama mereka ini!

(7) Keduanya kalau kita imbas kembali 10 tahun dahulu, jualan terubok masin akan dikelompok dalam kelas RM5.00, RM7.000, RM9.00, dan RM10.00-12.00 seekor. Tahun lepas, paling mahalpun sekitar RM15.00-18.00 seekor. Namun kelmarin saya terkejut berok bila mendapati harga tertinggi sudah mencecah RM25.00 seekor. Kalau dilihat dari segi saiz, terubok yang dijual pada harga tersebut sama atau lebih kurang sama dengan yang tahun-tahun sudah, terjual pada harga RM10.00-12.00 seekor.

(8) Cuma yang anih, bila kita kelihatan agak liat hendak membeli, harga RM25.00 seekor boleh jatuh sehingga RM15.00 seekor. Sayapun jadi pelek dan tak senang hati. Sebagai selalu, sifat saya pasti akan menyoal dan bertengkar bila sesuatu itu saya kita tidak betul. Isu yang saya bangkitkan adalah, jika harga sebenar adalah RM15.00 seekor, kenapa harus diletakkan harga RM25.00. Jawap sebahagian UiTM, ini adalah gimik perniagaan. Untung, jika tidak ada yang menawar, maka untung besarlah mereka. Jika ada yang menawar, maka adalah julat harga bari ruang tawar beli. Pokoknya, tidakkah kita sadar gimik dan harga yang melampau adalah sekulatif dan spekulatif dalam Islam tidakkah sama dengan amalan riba?

(9) Sebelumnya, saya muter keliling mencari terubuk segar sejukbeku. Namun, semua berkata: belum musimnya. Tetapi, bila saya bertanya, apakah telur yang terjual adalah telur terubuk tempatan, semua seperti berkata: Ya!. Anih, yang segar tidak ada, tetapi telur terubuk tempatan berlambak!

(10) Dilihat dari warnnya, telur terubuk yang dijual kelihatan jauh lebih gelap. Bukan kerana apa, sudah banyak yang rupture. Kaviar yang sudah kurang bermutu. Saya berkira, dan menyemak dengan penjual telur terubuk tempatan tulin di Padungan: Bangla punya telur terubuk ada sedikit itam, local punya ada kuning sedikit!.

(11) Melihat gelagat sebahagian dari UiTM ini, saya teringat kepada Syaidina Omar, pasti dia akan mencabut pedangnya, geregeten geram melihat telatah tidak jujur para peniaga Melayu Islam (?) ini. Muhammad SAW, jika melihat peristiwa sebegini, saya pasti akan menangis tidak habis-habis dalam syahdu doanya kepada Allah agar umatnya sedar tentang beratnya hukum menipu dalam perniagaan.

(12) Jika kita mampu berfikir dan bekerja dengan lebih berdisiplin, saya kira DBKU (dan JAIS) boleh menjadikan perniagaan ikan terubuk samada masin atau segar suatu tarikan perlancungan yang unique and special untuk Bandaraya Kuching. Perniagaan bahan mentah dan hasil makanan dari terubuk pasti akan menyebabkan banyak orang akan terus mengingatkan Kuching. Kita boleh ada slogan: To Love Terubok, be in Kuching, sama halnya bagi para pencinta the French Wine atau Russian Kaviar.

(13) DBKU kena disiplinkan para UiTM ini. Pakaian mereka yang lebih mirip kepada gangster perlu diperbaiki agar imej Melayu Sarawak sebagai Melayu lembut sopan dan tertib terus terjaga. Abang Abdul Rahman Zohari mungkin boleh pada hujung minggu buat-buat jual terubok masin bagi memeriahkan suasana.

(12) Pokoknya, lihatlah Freementle di Perth, Fruits Market di Sydney, bahkan di Vancouver Canada. Floating Market di Bangkok juga boleh menimbulkan banyak ilham. Hua Long Bay di Vietnam elok juga diteliti.

LCCT Kuala Lumpur, Malaysia
9 March, 2012

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.