Saya menjumpai anak ini, saat saya sedang santai di KL Twin Tower, pada kira-kira dua tahun lepas. Dia sedang bermain-main di gigi air pada kolam pancutan. Teringatkan Dewi, anak saya ketika umur sebaya, tiga tahun, saya seperti terpanggil untuk mendekatinya. Dia seperti leka sendiri. Saat baru mahu bertukar-tukar senyuman, sang ibunyapun datang menghampir. Kami lantas berkenalan.
(2) Apakah ceritanya benar. Ibu tunggal. Kahwin pada umur 22 tahun. Diceraikan saat sedang hamil. Sekolah hanya sampai Tingkatan Lima. Kerja sebagai pengurus stok sebuah syarikat kecil pengeluaran pakaian. Gaji RM1,000.00/bulan. Tinggal di sebuah flat, dengan sewa RM500.00/bulan, berkongsi dengan seorang teman. Melas:kasihan akan anak comel, biar tidak punya kesempatan untuk menyelidik kebenaran, saya kirimkan kemudiannya sejumlah wang buat modal bagi sang ibu dan neneknya (ibu kepada si ibu) untuk berniaga kecil-kecilan agar dapat wang tambahan memandangkan mereka tinggal sekitar Pandan Indah. Saya agak biasa dengan kawasan ini kerana semasa bujangan dulu sering ke sini bersama teman-teman untuk santai di warung-warung di sini.
(3) Saya tidak mengikuti kisahnya untuk sekian lama. Namun dua minggu lepas, saya mendapat pesanan ringkas betapa hidupnya dalam kepayahan. Dibuang kerja. Berhutang dengan Along. Wang yang saya berikan dulu, habis diguna bukan untuk tujuan yang saya sarankan. Dia terkapai-kapai. Along memerhati rapat.
(4) Hari ini, saya dikejutkan dengan rintih minta tolong beliau. Along memaksa untuk menjual beliau. Saya mengusul agar dia ke sini saja, dan saya sanggup membiayai anaknya, yang sekarang baru berusia sembilan tahun. Kebetulan saya perlukan pembantu di kampung untuk mengurus Khidmat Desa yang sedang saya usahakan. Saya tidak pasti apakah saya akan berjaya membantu beliau. Namun, itu tidaklah penting, kerana saya sudah menyaran, dan jika dia jujur, segalanya sudah saya hamparkan. Cuma yang penting sekarang adalah apakah Najib dan seluruh jentera Kerajaan sedar akan keresahan rakyat? Apakah kesedaran itu jelas sejelasnya? Apakah yang menjadikan rakyat begitu mudah terjerangkap dalam pelbagai kancah yang sekali pandang adalah bodoh dan memalukan.
(5) Ini cerita orang Kuala Lumpur, dan pastinya juga kian merebak di Pulau Pinang, Ipoh, Melaka, Shah Alam, Johor Baru, dan Kota Kinabalu namun kita mungkin senang menyatakan ini tidak ada di Kota Bharu, Alor Setar, Kuantan, Kuala Trengganu, Arau, Kuching, dan Seremban, namun ketiadaan itu sebenarnya bukan tidak ada melainkan hanya satu ilusi penyedap hati. Sharizat terkapai-kapai cuba mengerti!
(6) Di Vientien, hadirnya Melayu Champa di sana juga dalam himpitan yang sangat dahsat. Manusia terpinggir, bukan hanya kerana agama, bahkan dari segi budaya, mereka sangat terasing. Akhirnya, pengasingan ekonomi juga menjadi terlalu perih.
(7) Di Kambodia, saat Pol Pot belum hadir, kebahagian kaum Melayu Cham adalah sangat utuh. Mereka merupakan golongan kelas kedua selepas kaum Cina dalam kemajuan ekonomi. Namun Pol Pot menukar segalanya, kini menjadikan mereka kaum yang akan terus terjual. Kini gabungan etnik Cina dan kepincangan pribumi Kambodia dalam mengurus hal-hal ekonomi mereka akan menjadikan kaum Melayu Cham terus terpinggir. Apa lagi tahunya mereka hanya datang ke Malaysia untuk ke sekolah Pondok lalu pulang mengharap jadi Guru Pengajian Al Quran. Fikiran Islam mereka ada, namun kekentalan jiwa mereka kian teruji (dan goyah)!
(8) Masyarat Cham, terbangun di persisir Vietnam. Dulu mereka menubuh Kerajaan Annam yang kemudian di kenali sebagai Empayar Champa. Namun pergulatan mereka dengan Kerajaan Buddha di Utara (Hanoi) dan Barat (Kambodia), ditambahi dengan banyak kekhilafan dan kesilapan kepimpinan, lalu kerajaan ini tumbang. Menjadikan kaum Cham menjadi orang hanyut merantau menjalar di sepanjang Mekong lantas merentas sehingga ke Kelantan dan Trengganu.
(9) Suatu ketika dulu, terbangun sebuah Kerajaan Langkasuka di selatan Thai dan meliputi sebahagian utara dan timur Tanah Melayu. Juga akibat kelalaian kepimpinan dan asakan Kerajaan Buddha dari Siam, maka Kerajaan ini tumbang, lalu Langkasuka terjajah dan berpecah menjadi wilayah Pattani. Sehingga kini, masyarakat Pattani kian terus resah dan payah.
(10) Kita pernah mendengar wujudnya Kerajaan atau Kesultanan Sulu, namun Sepanyol dan juga segala anak didik Sepanyol telah menghenyak Kerajaan ini, dan kini menjadikan Sulu, bersultan tetapi tiada berkerajaan. Jadilah kaum Sulu sebagai buruan pihak berkuasa Filipina dan Malaysia dalam percaturan hidup yang kian menyempit.
(11) Di Indonesia, dari Jaya Pura ke Acheh, cerita-cerita di Kuala Lumpur sememangnya berjela-jela dan perit rasanya mengetahui dan melihatnya. Wajah-wajah susah dan payah kian kecambahan merata di seluruh Nusantara, Dunia Melayu. Kita otang Melayu secara terkupulnya dalam hitungan 300 juta nyawa mungkinnya, bukanlah suatu angka yang kecil. Tanah, laut dan angkasa; nafas Melayu membentang dari Hatyai ke garis Saigon di utara, membawa Aceh ke Jaya Pura di Selatan dan Timur-Barat adalah lapangan permainan dan kehidupan kita. Namun, kekuasaan kita hanya terbatas dalam kandang Astana dan Parlimen yang gah tetapi layu, tidak gagah tetapi goyah.
(12) Saya berkira, pembelaan kepada dunia Melayu perlukan pemikiran tajam yang halus. Kaum Yahudi sangat petah dalam prihal ini. Muhammad SAW sengaja Allah hambat agar dia lari ke Madinah yang separuh dari penduduknya adalah kaum Yahudi yang merupakan kaum pedagang yang sudah jauh lebih hebat. Hakikatnya, Allah tidak hanya mahukan Muhammad SAW membebaskan Kaabah dari para patung-patung jahilliah, namun juga Allah mahu Muhammad SAW menyiapkan Umat Islam untuk bangun dan belajar dari kaum Yahudi dalam memastikan kelestarian bangsa. Yahudi tetap utuh biar sudah berkali-kali dikutuk dan dilaknati Allah.
(13) Ke mana dan di manapun kaum Yahudi, pegangan mereka tetap pada dagang tidak terbatas kepada soal jual beli bagai seumurnya Mek Kelantan setakat terkial-kial di Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu, tetapi tampuk kepada kekuatan Yahudi adalah Kewangan dan Politik. Yahudilah yang telah menyuburkan konsep Demokrasi, Sosialis, bahkan Komunisma, dan apa lagi soal Kapitalisma dan Perbankan. Segalanya tercipta oleh kaum Yahudi, termasuk cara paling pantas untuk memusnahkan mana-mana bangsa sebagaimana terjadinya di Hiroshima dan Nagasaki.
(14) Saya ingin melihat MayBank, CIMB, Bank Islam benar-benar diolah secara strategik, halus dan berani sebagai asas kepada Pengurusan Ekonomi dan Kewangan Islam. Segala keresahan kita sekarang ini, adalah kerana Allah sepertinya sudah tidak betah lagi melihat kita hanya pandai meniru cara orang lain, tetapi tidak menggunakan sepenuhnya pertunjukNya. Gagahkah Najib untuk berbuat sebegitu? Mahathir sudah kian hari kian lelah. Kepergantungan kita kepadanya tidak boleh disandar terlalu berat. Kita perlu berjalan sendiri. Anak-anak Melayu dari seluruh Nusantara harus digembeling untk usaha ini. Kini kita sudah punya banyak mereka yang berada di perantauan. Kumpul dan gerakaan mereka dalam gagasan yang lebih besar ini. Cuma janganlah kita melihat Melayu pada pendekatan Melayu secara politik, kita kekal Melayu dalam kontek anttopologinya.
(15) Kepingin sekali saya melihat Kampung Baru, Kuala Lumpur bangkit sebagai Pusat Kewangan Islam Dunia yang bukan hanya menjadikan Kampung Baru gah dan hebat, namun kehebatannya adalah sebagai lambang kepada kebangkitan semula Dunia Islam dan Alam Melayu. Melayu dan Muslim Malaysia kini punya segala kelebihan untuk menjadi pemimpin kepada Muslim keseluruhannya. Namun kita tidak usah untuk jadi juara, kita kerja saja, buat saja, juaranya akan datang sendiri.
(16) Segala pergolakan dan kepayahan yang sedang melanda dunia Melayu dan Islam perlukan pembelaan yang paling berani, strategik dan cepat. Allah telah menghamparkan peluang buat kita, maka ayuhlah Najib, gagahkan Tuan menakhodakan pelayaran di samudera luas ini?
(17) Kang Najib, Kang Muhhyidin, sama Pak Rais, kan dulu-dulu para moyang kita bisa tegar ngelayari lautan ke mari lantas membikin kita hidup sebegini. Kok udah kepenak, kita jadi kocor sih. Ngapain? Apa udah ngak ingat kenapa Allah memberanikan segala moyang sebegitu? Ya mereka sebegitu bukan untuk kita, katanya untuk anak cucu cicit dan bangsa mereka. Lihat, mereka ngak berjuang untuk sendiri, untuk anak cucu cicit dan bangsa? Apa ngak ingat itu? Jangan ngaur lu semua deh, muter muter terus, ngomong secempelongnya aja, nanti payahnya bangsa sendiri se nusantara. Maaf deh, gue ngak bisa ngomong Makasar sama Padang, ya pake aja Betawi-Jawa! Ngapuro Kang Mas semua.
Matang Jaya, Kuching
24 Nov., 2011
3 comments:
Kalau mahu, dia boleh bekerja dengan saya sekiranya program Khidmat Desa sdra telah ada calonnya. Saya kini sedang mencari pekerja untuk membantu di pejabat dan di kedai.
Saya telah maklumi tentang hasrat ini. Di mana dan apapun segalanya adalah pilihannya sendiri. Biarlah sebegitu, kerana saya syak adanyasandiwara. Juga saya biarkan, sebagai membuktikan betapa benarnya sanggahan saya selama ini betapa takdir dan nasib itu ada ditangan kita. Allah hanya menetapkan Aturan Alam, Hukum Alam. Kita mengzahirkan segalanya.
You start to say your piece. A great piece. Great to be brave and clear. I hope you can really expand the idea once you are really Merdeka. I believe you will hit. Good luck brother.
Post a Comment