.

25/7/11 SECEBIS WASIAT BUAT YANG KUNAMAKAN TEMAN

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - July 31, 2011

Share

& Comment



Khamis sudah, 28 Julai, 2011, seorang teman datang melapur akan Projek A yang sedang dia laksanakan. Terdapat galangan, bila mana kejayaan Projek A ini sangat tergantung kepada kejayaan Projek B yang dilaksanakan oleh pihak lain. Kebetulan aku mengenali pemaju kepada Projek B ini, di mana saat aku masih ingusan dulu dia pernah mengherdik aku atas sikapku yang kritis dalam penilaian projek-projek awam. Namun aku tidak pernah mengalah padanya, dan akhirnya dia memeprakui akan siapa aku, atas sifatku.

(2) Aku mendapatkan nombor handphone beliau lalu memanggilnya untuk ketemu di kantorku. Rencananya ketemu jam 1630 pada hari yang sama. Namun bila waktunya, dia ngak muncul. Lalu setelah pulang malam aku menghantar SMS buatnya menyatakan betapa aku sangat kepingin mahu ketemunya, buat memperhitung apa yang kukira urgent tanpa memberitahunya akan perkara urgent itu.

(3) Nasib menyebelahiku, tepat jam 1430 pada Jumaat 29 Julai, dia hadir. Tampaknya, dia kesulitan CashFlow lalu aku berjanji akan membantu menggunakan hubunganku dengan siapa juga yang mampu kemudiannya. Bagiku, membantu beliau akan dapat membantu aku untuk melangsaikan tanggungjawapku agar lebih kurang 90 keluarga merempat yang sering menjadi bahan ejekan masyarakat untuk dapat tempat diam yang agak aman dan membolehkan. Mereka ini juga sering menjadi Champion item bagi sebahagian yang bernafsu besar tetapi bernafas hanyir memuntahkan. Terhina dan diguna, sperti menjadi kudrat mereka ini.

(4) Kemudian jam 1600 aku bergegas untuk berbicara dengan lebih terperinci tentang Perencanaan Darul Hana. Projek ini bagiku adalah teramat penting, terutama dalam niatku untuk melihat, kembalinya Darul Hana merdeka dan punya harga diri sebagai sebelumya terjajah oleh James Brooke dan kuncu-kuncunya. Aku tersangat ingin melihat, sekurang-kurangnya, Darul Hana akan terancang sebagai sebuah hadiah tentang mengembalikan martabat Melayu. Ianya tidak hanya menjadi penempatan Melayu, ianya ingin kulihat sebagai permulaan kepada wadah bagi pembinaan Living, Nurturing, Spiritual buat umat Melayu Islam. Mudah-mudahan Melayu akan mengiorak langkah gemilang dari pemikiran ini nantinya.

(5) Pagi semalan sekitar jam 0600, saya bergegas pulang ke kampung. Di sana, juga terdapat sebuah Projek C yang khabar payahnya mengawatkan banyak pihak. Usai minum bersama-sama sekitar 25 teman-teman yang hadir bersama, kami melawat ke Projek C. Beberapa orang penduduk dikatakan menceroboh masuk ke dalam Projek C. Keadaan ini tidak menyenangkan sebahagian besar peserta. Keadaan ini juga seperti dijadikan alasan di dalam banyak mesyuarat tentang kenapa Projek jadi kurang performing.

(6) Sekilas pandang sebegitulah ceritanya. Dulu hutan, tidak ada yang peduli. Bila jalan, parit, dan telah diterangi, masing-masing memacak kayu tanda menuntut punya milik mutlak ke atas tanah yang diusahakan. Namun, setelah berpusing-pusing dan menyelidik berkait Perancangan Pelan Pembangunan dan ketangkasan dan kecekapan kerja kontraktor yang menjalankan, aku berpendirian, yang mendatangkan masalah bukanlah penceroboh. Sebaliknya Perancangan dan Sistem Perlaksanaan yang lemah. Ternyata, salahnya adalah pada kita, pelaksana Projek itu sendiri.

(7) Kerana ada di antara pegawai yang bertanggungjawap dalam melaksanakan Projek C ini adalah dari Trengganu, maka saya mengeluarkan fatwa buat mengasak Adrenalinnya:" Kirjo lade hok kita nok buak ni awe, ibarat nok ke buleh ore tino comel. Semua pakak kelih, semua pakak nok. Tapi, cumo hok berani, hok gedebe, hok keras palo, hok keras keting, sapo hok kuat, baru buleh gomo dululah"

(8) Di sepanjang perjalanan pulang untuk Makan Tengahri di rumahku, aku turut berhujah buat teman-teman sekereta: " Di tahun 60an, 70an, dan sedikit 80an, banyak perempuan Melayu jadi sundal. Mereka menjual diri dengan terang-terangan. Bila ada bangsa kita jadi sundal ditengah hari terang, pasti itu adalah petanda bangsa kita sedang dihimpit kepayahan yang perit. Kini, kita berkedudukan. Kita enak dibayar gaji, tidak perlu berebut tanah, membanting tulang, terbakar mentari terik, dan dipandang sebelah mata. Kita cukup selesa. Sebahagian kita jadi lupa", bicaraku antara geram dan sebak.

(9) "Kita seenaknya mengatakan dan berfikiran betapa masyarakat desa, biarlah mereka sebegitu, lantaran mereka degil, mereka tidak punya pandangan jauh. Kita bawakan pembangunan, tetapi mereka tidak mahu dengar, malah menentang!, hujah kuterus, tanpa ada seorangpun berani bersauara, lantaran suaraku semakin keras.

(10)Di dalam dadaku, sebetulnya ada hujah tambahan yang ingin aku asakkan, namun kerana tidak mahu mereka hilang selera makan, maka aku simpan dan hanya nayatakan di sinin: "Kita berkata, masyarakat desa tidak punya pandangan jauh, seenaknya kita lemparkan cercaan itu, namun, sudahkah kita menilik diri sendiri.....hanya dengan senyum mendapat gaji, apakah kita sudah punya pandangan jauh....bagi saya kita hanya lintah dan pacat!"

(11) Teman di sebelahku, hanya tersenyum dan sedikit tertawa, bila aku tunjukkan akan tanah-tanah terbiar milik orang kampung. Sebetulnya soalku kepadanya adalah "Apa mungkin tugas kamu pada tanah-tanah kosong itu?" Dia hnya tersenyum , tandan tidak mengerti, lantas aku pintas: "Kamu boleh senyum, kamu boleh tertawa. Hanya kerana soal payah hidupnya mereka bukan payah dan peritnya hidup kamu. Saya ingatkan, hari ini, kita tidak pedulikan kesusahan dan kesengsaraan orang lain, namun Allah itu maha adil, saat kepayahan melanda bangsa, suatu hari nanti, saat kita sudah tua, mungkin yang menyundal, mengadai diri adalah anak cucu cicit kita sendiri. Saat itu baru kamu sedar apa yang saya katakan. Saat itu, celakalah bangsa kita. Tugas kamu adalah bagaimana untuk mengerakkan agar semua harta orang melayu ada pulangan ekonominya agar kita tidak akan pernah lagi bangsa yang perempuan=-perempuan kita pernah menyundal. Tugas kamu bukan untuk makan gaji. Tugas kamu adalah untuk membangunkan mereka, sekeras, sejujurnya"

(11) Teman-teman di belakang terdiam. Ada yang menyandar berat, namun aku tidak pasti apakah mereka buy in tentang hujahku. Kerana tidak pasti, aku hari ini, bergegas pulang untuk menulis wasiatku ini untuk teman-teman ini, jikapun tidak mahu mengerti atau peduli, pasti ada yang bisa memahami kenapa aku harus pergi. Cara Allah sebegitulah selalunya, dan aku hanya menjejaki sedikit dari pertunukNya, pergi agar ada yang akan mengerti.

(12) Selanjutnya, pada jam 1630 semalam, lanjutan dari lawatan tapak serta sedikit perbincangan di rumahku, bersama-sama kami bersemuka dengan masyarakat sasaran. Kebetulan aku dijemput memperjelas akan beberapa perkara, dan di sini kuturunkan hujahku yang orang kampung yang kita lihat, pandang, dan sangka kolot, bodoh, degil, tamak.... namun mereka mengerti, mereka puas:

"Berkait dengan Projek yang dihebohkan sepertinya sangat gawat, saya berpandangan, Projek kita tok ibarat macam empuan kacak. Saya mauk guna gambaran orang empuan bukan untuk menrendahkan martabat kitak orang empuan. Ianya hanya sebagai contoh, sak kitak urang mudah faham. Empuan kacak tok semua orang mauk. Semua urang ingin. Semua urang gila. Nok dapat, hanyalah urang nok berani, urang nok keras hati, urang nok pentar. Pat pat pun, sapa cepat nya empun! Jadi kerja kita tok mesti dicepatkan, kita mesti berani ngerja hak kita, dan paling penting kita mesti jujur, amanah, dan jangan sekali-kali main gasak hak urang. Sik berkat"

Dalam soal Pat Pat Pun, sapa cepatnya empun, ada benar ada salahnya. Pat Pat Punm, sapa cepat nya empun, tetapi bila sik berkat walaupun dapat sik sampe ke pun, sik sampe kehujung, hilang juak akhirnya, ketulahan juak akhirnya. Jadi janganlah kitak orang kampung berkelahi sama dirik. Kitak kerjakan hak kitak. Soal nok bertelaggah, biarlah menjadi urusan saya bila sampe saatnya. Kitak sekampung sik bagus berkelahi, sebab, mun kita terus berbait, terus mauk bertolak ansur, insyaAllah, budaya orang Melayu, nya akan sikap balit ke pangkal jalan. Tetapi bila kita sudah mauk berperang, Melayu selalunya akan lebih suka berabis! Biar putih tulang jangan putih mata! Sapa pun sik untuk, semua kita tok rugi!"

(13) Tadi malam, saya sendiori di Dangau, menghirup udara wangian segala kembang, bergoyang-goyang mentelaah The Revealation sambil ditemani the The Soft Javanes dan siulan bunyi brung lelayang, sambil turut berfikir akan pencarian yang bakal aku mulai esok hari.

Matang Jaya, Kuching
31 July, 2011

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

1 comments:

Bayu Senja said...

Tidak mudah untuk teman-teman yang bekerja makan gaji untuk memahami apa yang tersirat selagi mereka tidak berdiri sendiri untuk membeli sehelai kertas dan pen yang mereka gunakan dalam pekerjaan seharian. Dan sukar untuk mempersalahkan mereka kerana exposure tidak kedapatan.Mendengar dari seorang ketua mungkin boleh menaikkan semangat , tetapi ia tidak kekal lama selagi semangat ingin berdikari tidak wujud.
Apapun, teruskan usaha bagi membangunkan bangsa yang dulunya pernah gah di mata dunia, dalam pelayaran sejarahnya.
Selamat berangkat, dan sekiranya sdra di laluan sutera, titipkan berita kerana saya akan kembali ke sana.

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.