26/7/11 MENGURAI INTI CINTA
Posted By: Abdullah Chek Sahamat - July 31, 2011Pelawak Betawi, Benjamin S, dalam sebuah lakunannya, kerana mabuk cinta, demi menepis perasaan yang seperti tersingkir, lalu bertanya kepada si Doyok: "Kamu tahu cinta itu apa? Hanya sekadar cincin di cipta! Yok kita bikin banyak-banyak!" Namun, pastinya ianya tidak semudah dan hanya menjurus dalam persoalan sebegitu.
(2) Cintaku buat Izan umpamaya, benar-benar cinta terlahir berdua, serentak dalam kilasan pertama. Hati kami terdetak serentak saat berpandang mata. Fenomena ini, jarang terjadi, dan biasanya, terjadinya hanya di sebelah pihak. Kini, cinta kami hanya cinta ingin tahu betapa masing-masing adalah pada jalan masing-masing dan lurus. Cinta kami adalah cinta di arus muara bergelora. Itu mungkin satu dari inti cinta, selain sebagaimana digambarkan oleh Benjamin S. atau cinta P Ramlee pada Azizah, dan lain-lain mungkinnya?
(3) Kali ini, aku ingin berkelana untuk mencari inti cinta, dan mudah-mudahan, akan terlahir banyak cetusan yang bisa jadi sandaran sebahagian. Aku ingin lewati, aku ingin selami, aku ingin tengelam, aku ingin timbul, aku ingin lemas, aku ingin tertawa...dalam arus-arus cinta. Apa itu cinta?
(4) Kalau disemak sejauh Adam. Cinta Adam itu ada. Tetapi yang dicintainya tidak ada? Hawa belum ada saat Adam terbayang cinta. Apa pengertiannya? Adam sedang kosong. Adam sedang mencari. Namun, tidakkah Allah itu sudah ada? Apakah itu bermaksud, Adam seorang rasul, ciptaan Allah langsung dari tanganNya, maka cintanya pada Allah jauh lebih rendah dari cinta yang dia sedang ingini? Kekosongan apa yang Adam sedang alami. Saat itu apa Adam ada nafsu syawat? Bagaimana pula kepala Adam boleh terfikir akan seorang perempuan? Pernahkah kita terfikir, betapa cinta itu anih dan mistri! Di sini, saya ingin mencabar fahaman orang Melayu yang sering berkata, cintakan Allah itu lebih mulia dari segala cinta; pada kemelut cinta-sepi Adam, di mana benarnya hujah ini; atau tidakkah itu hanya sekadar pelarian, sebagai selalunya?
(4) Cinta Ibrahim pada Hajar sehingga sanggup melepas Sarah dan Ismail di padang gersang membunuh. Apakah Ibrahim sedang durjana pada Sarah, yang membuah Ismail anak tercinta? Saat Allah menuntut ketaatan, biar sebak dan sakit sebagaimana menggunung, Ismail menyerah diri bagai biri-biri siap untuk mati. Cinta apakah ini? Ibrahim, teruji dengan cinta rasa, cinta korban?
(5) Zulaihka cinta pada Yusuf hampir membawa Yusuf ke dalam kecelakaan yang hebat. Siapalah Yusuf berbanding Firaun? Inilah cinta terlarang. Inilah kedurjanaan cinta. Tidak seenak cintanya Laila Majnun. Penuh warna. Penuh wangian. Penuh musik mengasyikan. Yusuf parah dalam penghambaan. Korban cinta, bukan kerana bercinta tetapi dicintai, digilai namun tidak mungkin ada akhirnya. Di terima Yusf mati, tidak diterima, dia diperhambakan. Kedua-duanya menuntut maut!
(6) Cleopatra mencintai Mark Antony. Anthony jauh lebih hebat. Jauh lebih tampan. jauh lebih perkasa. Jauh lebih luas cita-citanya. Namun, Caesar jadi pilihan Cleopatra, wanita paling berkuasa. Ratu bangsa paling bertemaadun, gagah dan kembang mewangi. Mesir-Roman bersatu pada Cleoptra-Caesar. Dua bangsa menjadi bangsa besar di sebelah barat, menyaing Greek-Farsi di Timur. Namun , mata dan hati Cleopatra tetap bersama Anthony biar dia berpeluh enak dalam rangkulan-ulesan Caeser. Ahkirnya, Caeser mati, Antony-Greek-Farsi kemudiannya redup dalam selimut bersama Cleopatra. Cinta nafsu apakah ini? Pastinya melewati kepuasan nafsu biasa manusia.
(7) Aminah hanya menyerah cintanya pada Abdullah. Abdullah, bukanlah lelaki paling hebat, sedang seluruh bangsa Quraish tergilakan kecantikan, kelembutan, kesopanan Aminah, namun Aminah hanya mahu Abdullah sebagai pasangannya, biar hidup kelamin mereka hanya terbatas untuk beberapa bulan. Matinya Aminah kerana rindunya pada Abdullah yang pergi lalu terus pergi. Inilah cinta demi cahaya perjuangan.
(8) Begitulah juga pada Khadijah. Wanita bangsawan, terhormat. Cintanya pada Muhammad yang daif, miskin, ngak ada pelajaran, hebatnya hanya bermodal kesungguhan, kejujuran dan pemberani. Khadijah melindungi Muhammad. Khadijah mengerti sirna jalanan Muhammad. Apakah Khadijah benar-benar cinta akan Muhammad atau Khadijah cinta akan erti tujuan hadirnya Muhammad?
(9) Aishah anak kecil Abu Bakar dinikahkan dan dinikahi Muhammad. Adakah seorang berumur sepertinya Muhammad dengan beban dakwah yang begitu berat sudah hilang fikiran maka sekecil Aisah yang masih bermain patung-patungan harus dia nikahi? Adakah ada benih cinta pada Muhammad dan Aishah pada saat pernikahan mereka? Muhammad pastinya ada rasa cinta pada Aishah. Namun apakah inti cintanya? Nafsu? Perjuangan? Aishah anak bijak. Aishah anak patuh. Aishah anak pemberani. Aishah mudah mengerti. Aishah punya anugerah Ilahi yang sangat hebat, yang saya kira Muhammad lihat dapat menyambung tugasan hidupnya yang kian menghujung. Pilihan Muhammad, cinta Muhammad pada Aishah, adalah cinta penyambung dakwah, pendiri Islam, penerus perjuangan bersama Ali yang juga Muhammad kasih-sayangi.
(10) Banyak sebetulnya jika kita kaji dan kumpul, pasti akan menjadi panduan, tafsir dan inti cinta kita. Esok Isnin, kita akan berpuasa, sebagaimana juga perintah puasa mulanya pada hari Isnin kepada Muhammad untuk sampaikan. Esok Isnin, kita berpuasa, kita mencari erti cinta, cinta seluas makna perkataan mistri itu. Ada juga mungkinnya mahu memrersihkan cinta. Aapa saja.
(11) Aku juga, demi berkat Isnin, hari pertama puasa difardhukan, akan pergi, niatnya seketika mencari, menghayati inti dan erti cinta. Semoga, dengan keIzinan Ilahi, pergaulanku di tengah gunung bersama anak-anak kampung akan aku temui lalu kemudian tercerna air dari pancuran kanan otakku.
(11) Semoga semua selamat sejahtera. Selamat berpuasa.
Wisma Satok, Kuching
31 July, 2011
#Abdullah Chek Sahamat
Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Mas, lu mau ke mana? Yok ke kampung gue, Ponogoro, tapi lu biayai lo. Gue ngak cukup ongkosnya mau pulang dulu. Semoga berjaya ya mas!
Post a Comment