.

17/7/11 LANGKAH PENDEK DAN PANTAS (III)

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - July 22, 2011

Share

& Comment

Semalam sebagai yang terduga adalah hari di mana perubahan besar akan berlaku dalam cara pemikiran dan gaya hidupku. Kini aku sedang beralih dari pejawat separa awam kepada pejawat separa koprat. Juga sekarang aku sedang bersedia untuk tidak punya apa-apa keistimewaan serta hidup dengan cara tersendiri yang sepenuhnya akan terpengaruh oleh pemikiran dan cara laku sendiri. Kemerdekaan sedang aku hadapi.

(2) Sekitar jam 0200 pagi ini, aku terbangkit, lalu membuka untuk melihat movie agar dapat kembali nyenyak dengan baik. Namun, movie berjudul Bhopa yang menceritakan akan sengsara anak bangsa Afrika dalam naungan Apartheid menyebabkan tidurku terus tergendala. Pertelingkahan antara suami yang mementingkan kerjaya dan isteri yang mementingkan keluarga sangat menyayat hati dan boleh dijadikan ikthibar untuk semua. Sedikit lucunya, kini aku juga tahu kenapa Afrika itu namanya Afrika lantaran kebanyakan negara di benua itu akhiran namanya adalah dengan huruf a: Libya, Nigeria, Bostwana, Uganda, Eritheria, Somalia, dsb

(3) Sesiapa yang mengikuti movie ini, aku pasti sedar akan peritnya perjuangan kemerdekaan. Merdeka sebagai seorang individu, merdeka sebagai sebuah bangsa, dan merdeka sebagai sebuah negara.

(4) Berbalik kepada hari ini yang ditandai dengan semalam, aku akan melangkah keluar sebagai manusia merdeka sedikit masa lagi sebagai mana yang aku janjikan kepada mereka yang sangat ingin untuk melihat aku pergi. hari ini adalah permulaannya, biarpun sekian waktu juga telah aku lalui jalan langkah yang serupa namun hari ini agak istemewa.

(5) Seawal pagi ini aku akan berkejaran mengurus beberapa perkara dalaman di Negeri sendiri. Sebentar kemudian aku akan ke lapangan terbang berjumpa seorang teman untuk aku melihat apakah selepas ini hidupku akan terus di sini atau terpisah jauh. Kemudian aku akan berangkat ke Singapura untuk menyelesaikan perkara yang tertangguh sejak sekian lama membelit organisasi ini bagai sawa sedang lapar. Malam nanti, isyaAllah aku akan berada di Masjid Besar Kota Bharu, aku kepingin tidur lena di sana mencari ilham kemana aku akan melangkah seterusnya. Mudah-mudahan aku mendapat nurNya.

(6) Sarapan di Kuching, makan tengah hari bersama Lee Kuan Yew, minum petang bersama Mahathir dan nanti lewat malam tidur bersama Nik Aziz. Inilah istimewa dan batu tanda hari mukaku.

Wisam Satok, Kuching
22 July, 2011

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

1 comments:

Bayu Senja said...

Sdra Abdullah
Apa kiranya saudara akan meninggalkan jawatan sekarang dan beralih kepada kerjaya kendiri? Sekiranya saudara setuju, saya cadangkan kita membikin satu organisasi atau yayasan berfokuskan 'hijau dan lestari' bagi menggerakkan minda masyarakat ke arah kehidupan yang lebih mendekati alam semulajadi dangan perspektif yang lebih berbeda.

2.Saya punya cita-cita untuk menubuhkan sebuah organisasi NGO bagi membela nasib mereka yang kurang upaya, tapi mungkin itu akan sedikit bersaing dengan pertubuhan seperti YAKIN yang ditubuhkan khas bagi tujuan tersebut.

3.Saya kira kita boleh menrapkan unsur-unsur item(2) dalam fokus 'hijau' yang ingin dilanjutkan kepada masyarakat sekitar dan dunia.

4.Pertubuhan ini saya lihat sebagai sampingan dari 'corporate business' yang boleh dijalankan dalam konteks 'hijau' yang amat meluas termasuk pembangunan bandar, kawasan kejiranan dan kawasan kampung yang lestari dan mapan.

Sekiaranya sdra ada kelapangan, kita boleh berbincang mengenai perkara tersebut seperti kata sdra, kita kini sepatutnya sudah sedia untuk bukan sekadar melihat, tetapi mendengar dan seterusnya melaksanakan.

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.