.

3/12/10 ASAS KEBANGKITAN JERMAN.

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - June 05, 2010

Share

& Comment


(Sampai kapanpun wajah dan sengsara anak ini tetap akan hadir dalam hidup ini. Inilah rupa akan jadinya kebanyakan anak bangsa kita jika kita tidak berubah pandang dan tindak. Saya jadi takut dan khuatir, bila nantinya, kita ditanya: "Dimana kamu habiskan umur dan hartamu?", saat itu kita jadi bungkam penuh sesal, lantaran semasa hayat, kita tidak bersungguh melakukan yang sepatutnya dilakukan!)

(Nota: Asalnya, tulisan ini diterbitkan pada 3 Dec., 2010. Namun kerana saya berfikir ianya wjar dimengertikan secara teliti oleh pembaca, maka saya re-posting tulisan ini sekali lagi di sini).

Sekian lama saya bertanya kepada diri saya sendiri: di manakah khilaf dan kekurangan diri ini (kita), sedang moyang saya dulu, Oyot Bajeng adalah seorang yang sangat patuh kepada suruhan agamanya. Dia seorang yang lembut, rajin, dan berhati kemasyarakatan. Begitu jugalah perihal datuk-nenek, ibu-bapa, dan kaum keluarga saya yang terdahulu. Rata-rata mereka hidup sebagai seorang muslim yang taat dan saling membantu. Namun, pemerhatian saya, tetap juga mereka berada dalam golongan susah-payah? Soalnya, dimana janji Tuhan bahawa, barang siapa tekun, sabar, patuh pasti akan beroleh kemenangan?

(2) Saya sempat belajar di Kelantan dan Kedah semasa keremajaan saya. Di sana rakyat kebanyakan dan bahkan teman-teman sepersekolahan saya adalah mereka yang hidupnya sederhana, patuh dan rajin pada suruhan agama. Namun sehingga kini, tetap mereka sekadar hidup dan tidak merdeka pada keadaan sepatutnya. Sekali lagi saya bertanya akan janji Tuhan tentang kemenangan buat mereka?

(3) Saya terus bertanya, di mana silap dan lemahnya didikan dan amalan Islam kita? Bila kita menjadi seorang Islam, maka kita menjadi manusia yang paling dekat kepada Allah, dan pastinya kita mendapat kebajikan yang lebih dari yang jauh dariNya. Namun, pengamatan umum saya, adalah sebaliknya. Pertanyaan saya tentang, di mana jalan kemenangan kita semakin melonjak!

(4) Ini amat berbeda dengan masyarakat Yahudi. Mereka sangat patuh kepada fahaman agama mereka. Bahkan mereka sangat fanatik terhadap agama mereka. Mereka seperti menjadikan agama mereka hanya khusus buat mereka. Di mana juga mereka berada, mereka tetap menjadi suatu kelompok masyarakat yang tersendiri dan berjaya, dan bahkan dapat menguasai dunia. Ini saya perhatikan sendiri akan kehidupan mereka di Boulder dan Golden, Colorado, Amerika Syarikat. Tidakkah kita kehairanan, sedang mereka dilaknati Muhammad SAW dan Allah, namun tetap mereka berjaya, kenapa?

(5) Saya juga berkesempatan memerhatikan masyarakat Buddha di Thailand dan Burma. Para pendita Buddha dan bahkan anak-anak lelaki penganut Buddha seperti diwajibkan menjalani pensucian-pengasingan hidup di tokong-tokong selama beberapa bulan sebelum mereka di terima masuk secara sah sebagai remaja-lelaki ke dalam masyarakat, namun, biar setinggi mana ketaksuban mereka kepada agama, tetap susah-payah-perit juga sebahagian besar dari hidup mereka. Mungkin melihat akan gejala sebegitu, saya kira pandangan Mao Tze Dung terhadap para pengikut Dalai Lama di Tibet, sehingga dia mengeluarkan arahan untuk mengharamkan sebarang kegiatan beragama: "Agama adalah dadah, agama melemahkan bangsa!"

(6) Sejak saya di bangku sekolah sehingga di menara gading dan sehingga kini, saya sering mencari buku-buku dan tulisan-tulisan tentang jalan bagi menjadikan umat Islam, umat pilihan dan umat yang sentiasa menang. Namun, bila membaca juga berbicara dengan mereka yang ahli dalam soal Islam, sering saja pembicaraan akan tertumpu kepada soal teologi yang tetap tidak memuaskan-mengesankan hati.

(7) Dalam pandangan yang singkat, agama seperti telah menyekat kejayaan hidup kita! Benarkah? Kenapa?

(8) Syukur, atas niat ingin mencari jawapan kepada jalan kejayaan umat Islam, saya menjumpai buku: The German Genius: Europe's Third Renaissance, The Second Scientific Revolution, and The Twentieth Century tulisan Peter Watson terbitan Simon & Schuster. Buku ini saya beli di gedung buku Borders di Tropicana, Damansara, Kuala Lumpur. Inilah buku yang paling lama untuk saya membacanya, hampir genap 30 hari. Juga pengarang buku ini pastinya seorang pembaca dan mempunyai daya penyelidikan yang sangat kuat kerana beliau merujuk pada lebih kurang 2,400 buah rujukan bagi menulis buku ini.

(9) Saya lebih terdorong untuk membangunkan umat Melayu-Islam dari hanya memantapkan kepribadian sendiri atas fahaman bahawa maruah diri dan masyarakat-agama saya (kita), pastinya terletak pada harga diri dan martabat bangsa saya (kita). Saya (kita) dan mayyarakat Islam tidak akan bermartabat baik jika bangsa saya (kita) adalah miskin, susah, payah, ketinggalan dan tercicir. Pendeknya, saya selama ini cuba untuk mengenengahkan konsep: "Tujuan Kejadian dan Hidup kita: The Purpose of our Creation and Our Lives" dari sudut kemasyrakatan dan tanggungjawap kemasyarakatan.

(10) Syukur, buku ini, telah merintis dan membenarkan tentang beberapa fikiran yang selama ini saya cuba dalami. Tulisan saya selanjutnya adalah petikan-petikan serta pandangan saya terhadap perkara-perkara pokok yang didbangkitkan di dalam buku tersebut berasaskan pengalaman, pemerhatian dan pembacaan lanjut saya.

(11) Buku ini sebenarnya mengutarakan bahawa pengamatan kita terhadap Jerman hendaklah menjangkau Sejarah Hitler dan Penghancuran bangsa Yahudi. Jika kita ingin mengetahui tentang Jerman, ianya perlu melintasi tempoh abad ke 16-21, tidak semata-mata hanya bermula dan terhenti dengan keganasan Hitler.

(12) Natijahnya, kerana Jerman (Prusia) sering terancam oleh negara-negara tetanga, maka sifat kepahlawanan (ketenteraan) seperti tertanam kuat bagi kelansungan bangsa Jerman. Sifat-sifat ketenteraan dan pembudayaan prinsip-prinsip murni agama-Kultur adalah sesuatu yang telah membentuk masyarakat Jerman menjadi masyarakat yang cemerlang. Penyatuan-kegemilangan bangsa dan negara Jerman adalah kerana budayanya dan bukan kerana politik. Apakah unsur-unsur budaya Jerman yang menjadikan bangsa itu menjadi begitu gagah dan bersatu!

(13) Lihatlah, Watson menyatakan bahawa kecemerlangan Jerman adalah kerana Budaya-Kulturnya, dan bukan kerana politik. Dari sini, jelas, rakyat dan cendikiawan menjadi tunggak kepada kecemerlangan Jerman.

(14) Juga perhatikan bagaimana Watson (penulis) mentakrifkan bangsa Jerman: A brief note on what I mean by "German". I used it in the sense that Thomas Mann did when he spoke of "German sphere", a cultural world where he felt at home, to include Germany itself plus other German-speaking lands-Austria, parts of Switzerland, parts of Hungary, Czechoslovakia, and Poland. There was certainly, for time, a Vienna-Budapest-Prague German-speaking and German-thinking sphere. At other times, parts of Denmark, the Netherland, and the Baltics states came within German sphere of influence too.

(15) Beberapa teman saya yang pernah ke Jerman menyatakan: "German is really a fine nation. All those fine watches are made in German cultured nations. Not only that, look at all those execellent luxory cars, all are invented by German. They are also arts crazy and excellent people". Begitu juga, kata mereka: "They are very loyal and highly discipline for the struggle of their Companies", sesuatu yang juga menjadi amalan di Jepun dan Korea.

(16) Pandangan sebegini, seharusnya menguja aspirasi kita umat Melayu yang mentafsirkan diri kita sebagai umat pribumi nusantara, merentasi dari Selatan Thai (Pattani) di Barat, ke Champa di Kambodia di Utara, sehingga ke Mindanao-Maluku (Sulu-Tagaloq-Bugis) di Timur Jauh serta Jawa-Rhiau (Jawa-Melayu Deli-Acheh) di Selatan. Jika dihimpunkan, pasti umat Melayu boleh menjangkau sehingga ke angka 350-500 juta orang dan ini pastinya jauh lebih besar dari penduduk Amerika. Kita pastinya adalah kelompok bangsa serumpun yang ketiga terbesar di dunia selepas Cina dan India.

(17) Cuma apa bedanya, antara "German" yang terbentang-hamburan luas di Eropah Timur, dan Melayu yang merentang luas di seluruh nusantara, sedang German menjadi bangsa kuat, namun Melayu masih kekalutan di tahap lama? Dari tulisan Watson dan pembacaan dan lawatan saya selama ini di seluruh nusantara, akan saya utarakan perbedaan nyata antara kita bangsa Melayu dan bangsa Jerman dan usaha mereka-kita dalam gerakan membangunkan bangsa.

(18) Jika kita prihatin, sebenarnya, jika kita kumpul segala kekuatan dan kebijaksanaan Melayu dari Pattani, Tanah Melayu, Gugusan Sumatera, Gugusan Jawa, Borneo, Champa, Gugusan Sulu, Gugusan Maluku-Flores pasti banyak yang dapat kita gabungkan menjadi gagasan Mega-Melayu. Cuma kita tidak pernah mahu begitu, maka kita hanya berdiri dan berjalan sendiri-sendiri sebagai Melayu Kuching, Melayu Persisir....Melayu Rantau Panjang, Melayu Langkawi, Melayu Tronoh, Melayu Balik Pulau, Melayu Kedayan, Melayu Sulu....dsb...tidak sebagai Mega-Melayu!

I. Keagamaan.

(1) Jerman turut terpengaruh oleh agama Kristian, biar Khatolik atau Protestant. Juga Jerman sangat terpengaruh oleh ketemadunan Greek dan Roman. Maka pengaruh agama dan ketemadunan luaran turut menjadi pegangan bangsa Jerman. Kita juga harus ingat kelahiran Protestan dan apa lagi dengan pengaruh Roman dan Greek, konsep demokrasi-bebas meresap jauh bukan hanya di Jerman, bahkan seluruh Eropah. Kehadiran kelompok Protestan dan pengaruh Aristotle dan Plato merobah cara pendidikan dan amalan keagamaan masyarakat Jerman dan Eropah keseluruhannya, melainkan kelompok Vetican di Rom serta sebilangan masyarakat Kristian dan Yahudi sejati yang tersisa di serata Arab (Mesir, Iraq, Iran, Syria, dan Yaman) dan Afrika (Somalia).

(2) Dengan pengaruh Plato dan Aristotle, masyarakat Jerman mulai mempersoalkan konsep beragama-ketuhanan yang ditebarkan para mubalih Kristian Katholik dan Yahudi. Agama Katholik dan Yahudi dilihat seperti mengokong ketemadunan dan kecemerlangan Jerman sehingga Jerman sering saja menjadi 'back water' kepada bangsa-bangsa lain: British, Perancis, Itali, Sepanyol dan Portugis. Masyarakat Jerman (bertolak dari Prusia) seperti sering bersoal diri, biarpun mereka bangsa besar, namun tetap mereka kerdil dari kaca mata bangsa lain di keliling mereka. Kenapa?

(3) Tidakkah kita juga umat Melayu yang juga begitu besar dan luas kekuasaannnya merasa kerdil dan terhina melihat satu-persatu kekuatan dan kekuasaan kita sedang lupus dan menjauh hilang?

(4) Persoalan-persoalan malu, kerdil dan salah jalanan beragama ini akhirnya telah mengembang kepada pencarian nilai-nilai ketuhanan dan kemsyarakatan sebenar yang kemudiannya berkembang menjadi penemuan-penemuan ilmu yang mampu menguatkan bangsa tersebut.

(5) Bangsa Melayu juga sedemikian. Kita sebenarnya telah terpengaruh dengan agama dan budaya asing jauh lebih dulu dari Jerman dan bahkan Barat. Agama Buddha meresap ke Tanah Jawa sekitar 5,000 tahun dahulu dan membentuk Kerajaan Majapahit. Kemudian, agama Hindu bertapak di Tanah Jambi sekitar 3,000-4,000 tahun dahulu membentuk Kerajaan Srivijaya. Maka dengan sebab itu, biar Islam kemudian mensucikan nusantara, serta pengaruh Barat mulai hadir sekitar 500 tahun dahulu, tetap budaya Buddha dan Hindu, yang sangat bersifat kasta-feudal, menekan. Islam dan temadun Barat seperti tidak mampu merombak cepat 'budaya' Hindu dan Buddha yang telah mengakar jauh dalam masyarakat kita.

(6) Zaman Pembaharuan Jerman bermula pada tahun 1740, bila Friedrich the Great, seorang putera raja yang tegas, mewarisi sifat seorang tentera yang berani dan cemerlang, berkewibawaan yang utuh, serta bijaksana dan sangat meminati seni, menaiki tahta, mengambilalih dari bapanya Wilhelm I. Asakan pembaharuan Jerman dijalankan melalui pembentukan kakitangan sivil yang sangat berwibawa dan berdisiplin.

Prussian kings wore military uniforms and promoted an official ethic of parsimony and frugality. The Prussian bureaucracy was even then well known for its commitment to much higher standard of honesty and efficiency than its European counterparts....the thesis that the source of the Prussian state-service ideology can best be understood as the fruit of the Pietist (defined as the real true experienced of the devotee and the religion and God) movement....the first appeared in 1670....was deeply influenced by the English Puritanism, notable for its "intrisive moralism", advocating that good works in this life, right here on earth, helped to determine what happened at the day of judgement. God, according to Puritans, actually wanted people to perform good works here on earth....

(7) Itulah fahamam-pegangan keagamaan Friedrich dan bapanya Wilhelm I....iaitu mereka melihat keperluan beragama sebagai keperluan untuk berbakti. Mereka berpegang bahawa agama menuntut mereka untuk berbakti membina bangsa yang kuat.Pegangan beragama dan pembinaan negara mereka satukan menjadi suatu tuntutan yang mesti dipikul semua-bersama. Itulah budaya beragama mereka.

(8) Tidakkah Islam juga berkata bahawa, ketentuan takdir kita di akhirat nanti adalah tergantung atas segala ibadat dan bakti kita di dunia ini. Islam menghendaki kita menjadikan segala keperluan untuk terbuat yang terbaik sebagai addin-cara hidup kita. Jika di Jerman, seruan sebegitu dijadikan budaya hidup mereka, tetapi kenapa di Malaysia dan Nusantara, ianya dimengertikan sebagai yang lain? Mungkin, bedanya, di Jerman, disiplin ketenteraan menjadikan mereka patuh kepada kehendak negara: patriotik-kebangsaan. Apakah kita di Malaysia juga memerlukan rakyat-bangsa kita wajib memasuki tentera sebelum mereka di benar khususnya menjawat jawatan awam atau swasta; National Service seperti di Amerika, Singapura, Israel, dan Jerman?

(9) Saya melihat, di Malaysia, atas landasan demokrasi, partisan pelbagai kaum, kita lebih gemar berpolimik dari bertindak segera dan tegas! Juga asas semangat kebangsaan kita telah menyempit kepada gerakkan membangun kelompok dan kaum dari patriotik kebangsaan buat negara-bangsa. Alasannya, tetap kerana kita negara majmuk!

(10) Mungkin juga, kerana kita telah terlalu lama ditimang-dodoi, maka kita tetap mahu terus tidur lena! Juga jika kita bangkit, maka tetap seperti anak kecil perlakuan kita, terus saja mahu disuap dan dibimbing!

(11) Bagi mengukuhkan penerapan nilai-nilai kebaktian di kalangan masyarakat dan individu Jerman, pemikir agama, Philip Jacob Spener telah mengasaskan Pietism pada tahun 1690an. Pietism mengenengahkan konsep keagamaan yang berasaskan amalan dan bukan sekadar doktrin atau dogma, iaitu seruan agama agar manusia itu menjadi baik serta bertanggungjawap terhadap masyarakatnya hendaklah dilaku dan amalkan.

(12) Maka, bagi memastikan kejayaan penerapan Pietism, Spener telah mempastikan agar dua ahli Pietism dilantik sebagai professor di Universiti Halle yang mana kemudiannya bersama Universiti Gottingen, konsep Pietism telah dikembang luas menjadikan ianya asas kepada Kebangkitan Jerman. Dalam lain kata, Spener telah menggunakan pendidikan sebagai jambatan bagi memperluas dan menerapkan konsep amal dalam agama.

....piety was not to be sought in isolation: to fulfill the biblical injunnction to love one's neighbor, "one should seek to improve society through practical acts of charity"....the main feature of his eduactaion regime was strict-very strict-supervision, designed to inculcate in the pupil a habit of ascerticism and unquestioning obedience to God's authority. At the same time, he emphasized education in the more worldly, practical disciplines, so that pupils from Pietist School coud "produce something useful for their neighbours".

(13) Perhatikan, bagaimana, Wilhelm I dan Friedrich begitu bijak membentuk satu falsafah (Pietism) hidup berasaskan agama yang mereka dukung. Mereka tidak melihat agama sebagai hanya suatu doktrin teologi semata-mata, sebaliknya ianya mesti dihidup dan dibudayakan. Inilah mungkin yang kita umat Melayu-Islam perlu pelajari, agar apa yang dimaksudkan bahawa Islam adalah suatu Ad’in, suatu cara hidup yang lengkap dapat dizahirkan.

(14) Kita umat Melayu-Islam perlu sedar, serta mesti mengambil langkah segera agar, bukan hanya kita kental Iman, tetapi kita juga punya segala kekuatan dalam menghadapi cabaran masa depan kita.

(15) Al Quran adalah sebuah kitab panduan yang perlu dikaji bukan setakat dingaji sebagai lumrahnya, ianya tidak boleh hanya dilihat sebagai doktrin Islam, sebaliknya adalah panduan hidup yang perlu diselongkar-kaji dan diterap-amalkan secara sepatutnya, dari kebiasaan yang selama ini kita faham. Membudayakan perintah Al Quran perlu kita rungkai-terokai dan laksanakan dengan penuh hemah. Biarpun mungkin kita tidak dapat mengamalkan sepenuhnya apa yang di perlukan oleh Al Quran, namun kita mestilah ada usaha ke arah itu. Saya yakin, konsep sedikit-dikit, lama-lama jadi bukit pasti ada kebenarannya.

(16) Kita tidak boleh mendabik dada berkata: "Cukup Iman dan kekuatan kita sekadar membaca Al Quran. Jika itu benar, maka kenapa pula Muhammad berpesan agar kita terus saja mendongkil ilmu biar hingga ke liang lahad dan ke negeri China?". Bahkan banyak yang Muhammad berikan contoh, bahawa Al Quran adalah panduan, dan untuk memahami erti sebenar kandungan Al Quran, maka kita perlu menjelajahi-mempelajari dari apa juga yang telah Allah bentangkan seluasnya buat kita.

(17) Cuba kita renung akan pengertian sebenar Surah An-Nisa 4:95 berikut:

"Not equal are those of the beievers who sit (at home), except those are disabled (by injury or are blind or lame), and those who strive hard and fight in the Cause of Allah with their wealth and their lives. Allah has preferred in grades those who strive hard and fight with their wealth and their lives above those who sit (at home). Undto each, Allah has promised good (Paradise), but Allah has preferred those who strive hard and fight above those who sit (at home) by a huge reward."

Saya yakin, pasti kita akan berpolimik tentang pengertian sebenar ayat ini. Kita seperti telah lupa, bahawa Al Quran adalah kitab panduan sepanjang zaman. Pengertian sesuatu ayat itu akan berubah mengikut keperluan zaman. Mungkin di zaman di mana umat Islam dan Melayu sedang tercabar kuat seperti sekarang ini, maksud ayat ini adalah menjurus kepada keperluan membina negara-bangsa sedang di zaman rasullulah ianya membawa maksud agar kita turut sama bermandi keringat-darah mengembangkan Islam.

(18) Kelemahan kita, bangsa Melayu, umat Islam nusantara amnya, kita tidak mampu mengadakan gerak-kerja untuk menterjemahkan suruhan Al Quran menjadi amalan hidup. Apa yang disarankan oleh Spener dan Francke sebenarnya adalah apa yang Muhammad SAW sering perkatakan: "Jiran kamu, adalah 40 buah keluarga (rumah) di kiri-kanan, depan-belakang kamu. Berbuat baiklah sesama jiran kamu". Juga, dalam pepatah Melayu tercatit kata-kata hikmat: Cubit peha kanan, peha kiri turut terasa. Juga air, biar dicincang sebagaimana sekalipun, pasti tidak akan putus. Cuma mungkin kini, rantai kata-kata hikmah ini, telah lebih menjadi: menjaga tepi kain jiran yang kesannya sangat jijik, sehingga kita akhirnya menerima pula konsep hidup kendiri: mind your own business!

(19) Di Jerman (Prussia), raja dan kaum inteleknya mengasak hebat akan Pietism, iaitu mengamalkan apa suruhan baik agama, dan melihat suruhan itu dalam sudut kemasyarakatan, tidak semata-mata atas membina akhlak pribadi. Sistem birokrasi dan pendidikan (universiti khusunya) dijadikan teras kepada penerapan Pietism. Ini terbukti dalam 1729, Wilhelm telah mengeluarkan Perintah agar semua mubalih agama, dimestikan belajar di Universiti Halle. Dalam tahun 1725, Abraham Wolff seorang Pietist penting Universiti Halle telah dilantik menjadi profesor di Universiti Konigsberg yang menyemarakan lagi penerapan Pietism. Kehadiran banyak Pietist telah menukar seluruhnya pengaruh gereja-gereja di barat laut Jerman. Agama kini memainkan peranan yang sangat penting dan berlainan dalam membangun negara-bangsa-nasionalisma Jerman.

(20) Mungkin di Malaysia, kita juga perlu melihat peranan dan keberkesanan segala Fakulti Pengajian Islam di beberapa Universiti tempatan, serta Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Adakah kita bergerak cergas dalam membangun martabat ummah dalam pengertian yang seluas-luasnya atau sekadar kita membina individu insani kendiri yang dogmatik? Begitu juga, mungkin perlu mengambil indah akan teguran Raja Muda Perak suatu ketika dulu, agar para ahli agama kita merenung kembali akan peranan dan cara mereka dalam menyebar dan mendidik pendidikan Islam!

(21) Peranan para mubaligh Pietist adalah sangat penting dalam Pembaharuan Jerman. Mereka telah diberikan tugas untuk mendidik para tentera dan pegawai sivil Jerman serta isteri-isteri mereka untuk menulis, membaca, dan segala nilai-nilai Pietism. Apa yang ditekankan kepada para pegawai ini adalah tentang: kehormatan (honor or ehre).....the concept of honor was itself transformed. Honor was no longer only a reflection of distinction in purely military matters,; it is now became necessary for an officer to fulfill his duty to others more widely....what mattered was how much an officer had helped his neighbors, albeit subordinates....

....over time the educational improvement brought about by Friedrich Wilhelm I and the Pietist created an entirely new collective mentality: in the words of Walter Dorn, the Prussian became "the most highly disciplined of modern Europe".

(22) Saya juga berkira kita perlu melihat dan menyemak akan hadirnya institusi Islam seperti Majlis Agama Islam (MAIS), Jabatan Agama Islam (JAIS), dan bahkan Baitul Mal. Bagaimanakah institusi-institusi ini boleh disusun dan digerakkan bagi mempertingkatkan martabat bangsa. Kita tidaklah perlu mencedok sepenuhnya konsep Pietism Jerman, memandangkan negara kita adalah negara majmuk. Namun, kita tidak boleh leka dan lena, kerana saban hari kita sedang tertinggal-keciciran. Tidaklah perlu kita menunggu sehingga keadaan sudah menjadi terlalu payah baru kita hendak berbuat sesuatu, dan saat itu, mungkin kita hanya mampu sekadar berdoa. Saat itu, apakah wajar kita berpaling kepada Allah sedang sebelumnya kita lalai dan lengai?

II. Peranan Pusat Pengajian Tinggi

(1) Pembangunan Pusat-pusat Pengajian Tinggi di Jerman bermula di abad ke 18. Pada abad tersebut Jerman sudah mempunyai lebih kurang 50 buah universiti berbanding dengan hanya Oxford dan Cambridge di England. Jumlah universiti yang banyak di Jerman, membolehkan anak-anak biarpun dari kawasan luar bandar dan yang kurang mampu untuk mendapat pendidikan yang baik. Strategi mereka, adalah agar rakyat Jerman punya pendidikan yang baik, dan melalui pendidikan barulah mereka punya segala ilmu dan kemahiran untuk menjadi individu yang baik dan sempurna dalam menjalankan suruhan agama iaitu membina bangsa sejagat.

(2) Penubuhan Universiti Halle Prussia (1694), Brelau di Silesia (1702), Gottingen di Hanover (1737) dan Erlangen di Frankish (1743) telah memberikan kesan yang sangat besar terhadap perkembangan keilmuan di Jerman. Universiti Gottingen umpamanya telah membuka jalan dalam menerobos soal-soal yang diharamkan oleh teologi. Gottingen menjadi sebuah menara gading yang merdeka-punya kebebasan untuk berfikir, menulis, dan menerbit dan inilah yang memacu kepada detik pembaharuan di Jerman.

(3) Pendidikan teologi di universiti-universiti telah dikembang kepada pendidikan dalam bidang falsafah dan logik: sejarah, bahasa, fizik, politik, natural history, metafizik, matematik tulin dan gunaan, geografi, dan kesusasteraan. Gottingen umpamanya menjadi unniversiti terulung di Eropah yang menawarkan pendidikan dalam bidang tarian, lukisan, musik, dan penuturan pelbagai bahasa antarabangsa.

(4) Dari cara pengembangan pendidikan di dalam masyarakat Jerman, ternyata para rajanya berperanan besar dalam merubah dari menjurus pembangunan institusi pendidikan teologi kepada membuka dan mengembangkan penafsiran teologi ke dalam jurusan yang lebih luas demi kemajuan dan kekuatan umah. Di sinilah perbedaannya antara kita dan Jerman, di mana bila pengaruh Barat (penjajahan) mulai mengasak kita, maka kita mengekang asakan ini dengan membangunkan sekolah-sekolah vernakular berasas teologi (Pondok, Madrasah, Muhammadiah) yang hanya menjurus kepada perkara-perkara pokok iaitu belajar tentang kewajiban ibadah untuk kepentingan moral pribadi serta mengenali lebih yang haram tanpa mengembang dan mengamal baik apa yang halal.

(5) Pembentukan sistem pendidikan vernakular kita sangat bertentangan dengan cara perkembangan pendidikan vernakular Jerman. Akhirnya kita disish dari terlibat secara menyeluruh dalam arus perdana: the Malay should be left at peace to their own custom, culture and religion within their own sphere (rural and sub-urban). All the entreprising needs of this Gifted Land, we must bring those from China and India to exploit them for our benefit. Begitulah cara Potugis, British, Belanda dan Sepanyol akhirnya memutuskan nasib Melayu di bumi sendiri, kerana kesilapan cara kita memajukan kaedah pendidikan asas kita!

(6) Bagi mengalakan budaya berfikir dan penghasilan fikiran yang bernas, universiti-universiti di Jerman juga telah wewajibkan pengelolaan seminar di kalangan para pengajar dan graduan. Seminar telah dijadikan landasan bagi para pensyarah dan pelajar to promote the taste, judgement and intellect...where the exchange of ideas and knowledge was more valued, where the students were expected to have more input.....which led to the distinction between diserstation and thesis, and to the degree of PhD.

(7) Kesilapan kita, sistem pendidikan tinggi kita telah terlalu mengikut kaedah pendidikan Amerika, sehingga banyak perkara telah kita buang agar kadar pengeluaran tenaga terpelajar dapat dipercepatkan. Pendeknya, kerana kita terdesak untuk mengeluarkan kuantiti, maka kita kini telah mengorbankan kewibawaan para siswazah kita. Paling menduka citakan bila kita terlalu ingin melihat pelajar Melayu menguasai sesuatu bidang, maka kita merendahkan qualification and passing bar bagi bidang berkenaan. Begitulah kita yang selama ini telah menipu diri kita sendiri atas haloba politik.

(8) Di Univeriti Halle, bagi memantapkan Pietism, Konsep Bildung telah dibangunkan. Bildung adalah merujuk kepada keperluan membina kekuatan dalaman (innner development) seseorang individu. Ini samalah halnya dengan pembinaan kekuatan batin dan atau KeImanan. Cuma, ianya adalah suatu proses sekular yang menekankan penghambatan Kesempurnaan (perfection) Diri dalam soal keilmuan dan moral diri. Hasilnya, akan melahirkan insan berhemah (wisdom) dan self-realization iaitu insan yang sentiasa punya kemahuan untuk mencapai kepuasan yang sebenar iaitu berbakti dan membina negara-bangsa.

(9) Hakikatnya, biarpun kini, Amerika terkenal dalam pembangunan universiti terhebat, namun, semuanya bermula dengan kepesatan pembangunan universiti di Jerman. Nama "America" itu sendiripun asalnya adalah atas saranan Martin Waldseemuller pada tahun 1507. Presiden Benjamin Franklin juga pernah terdidik di universiti di Jerman. Pada sekitar 1815-1914, terdapat antara 9,000-10,000 pelajar Amerika sedang menuntut di Jerman.

(10) Sikap orang-orang Jerman yang terdidik untuk punya kegigihan yang tinggi dalam mencapai Kesempurnaan Diri, telah menjadikan mereka bangsa yang sentiasa mengejar ilmu.

III. Ledakan Budaya Membaca

(1) Hakikatnya, Jerman sudah sekian lama agak keterbelakang berbanding dengan Itali, Perancis dan Inggeris dari segi kematangan budayanya. Namun, kerana kegigihan mereka, pada abad ke 17, Jerman telah dapat mengatasi kecemerlangan negara-negara ini.

(2) Pertamanya adalah dari segi kecenderungan rakyatnya untuk mentelaah-membaca. Pada abad ke 18: “In no country is the love of reading more widespread than in German, and at no time was it more so than at present…”

(3) Ini terbukti bilamana pada tahun 1764, dalam katalog buku Leipziq tersenarai 1,200 buah judul buku, dan pada 1770, angka itu meningkat ke 1,600 judul dan seterusnya menjadi 5,000 buku pada tahun 1800.

(4) Budaya membaca juga diledakkan oleh kedapatan perpustakaan yang memberikan pinjaman buku. Pada tahun 1800, terdapat sembilan perpustakaan awam di Leipziq, 10 di Bremen, dan 18 di Frankfurt. Menjelang akhir abad ke 18, sudah kedapatan 270 kumpulan membaca di Jerman dan ini seperi sudah menumbuhkan new illnes, Leseucht or reading addiction.

(5) Cuba kita lihat diri dan keluarga kita sendiri. Adakah budaya membaca menjadi amalan kita. Juga jika kita membaca, apakah bahan yang kita baca? Adakah bahan yang kita baca, selain menambahkan pengetahuan, adakah ianya menambah ilmu dan kemahiran? Hakikatnya, kita bangsa Melayu lebih gemar mendengar dan menonton. Maka kita gemar untuk mendengar ceramah-pidato bahkan obrolan. Kemudiannya, kita pula sangat gemar agar orang mendengar cerita kita? Soal cerita dan atau obrolan itu tepat atau tidak itu tidak penting! Keadaan ini, menjadikan kita menjadi suatu kumpulan yang gemar mendengar dan atau menebar khabar angin dan atau fitnah.

(6) Pernahkan kita berfikir, kenapa Allah sengaja menjadikan Muhammad itu buta huruf. Tidak mengerti membaca dan menulis, sedang arahan pertama kepada beliau adalah: "Baca-Iqraq"! Sememangnya kedapatan 1001 mukjizat di atas sifat buta huruf Muhammad. Salah satu yang terpenting pastinya untuk mengelakkan Islam yang dibawa oleh beliau dari dituduh sebagai agama saduran. Namun, Allah itu Maha bijaksana, kerana di samping Muhammad ada manusia seperti Zaid Ibn Thaabit yang mempunyai otak yang sangat unggul-cerdas dalam menguasai kebolehan membaca, menulis dan menguasai apa juga bahasa yang Muhammad perlukan. Kenapa gandingan sebegitu Allah adakan? Tidakkah kita nampak bahawa, jika Islam itu mahu terus kekal, jika bangsa itu mahu maju dan berjaya, membaca, menulis, menyelidik adalah sangat penting. Ungkapan: Mata pena lebih tajam dari mata pedang harus kita pegang dan amalkan.

(7) Kita mungkin lupa atau tidak tahu, Cleopatra, Maharani Mesir merupakan seorang pelopor dalam pembangunan perpustakaan. Kejayaan Mesir di zaman pemerintahan beliau adalah kerana kemampuan dan kesungguhan beliau dalam mengajak rakyatnya dalam menguasai bidang keilmuan dan kemahiran yang sangat tinggi biar dari Rom, Greek, dan juga Parsi. Begitu, saat dia dapat menawan hati Caeser, Maharaja Rom, perkara pertama yang beliau lakukan adalah mengajak Caeser membangunkan sebuah perpustakaan yang jauh lebih besar dari di Mesir.

(8) Juga kalau kita perhatikan sejarah Andalusia, Islam Sepanyol, langkah pertama yang dilakukan oleh para pemimpin Arab-Yaman semasa membina kegemilangan Kerajaan Andalusia adalah dengan menghimpun segala kitab dan bahan-bahan bacaan membentuk suatu institusi perpustakaan dan universiti. Kehadiran institusi ini menjadikan Islam-Andalusia jauh bertemadun dari mana-mana Kerajaan Barat pada masa itu.

(9) Mengikut dokumentari National Geography sedikit masa lalu, sebahagian dari kitab-kitab ini telah dapat di selamatkan dari dimusnahkan oleh Perang Salib, dan kini sedang dipelihara rapi di Timbuktu di Afrika Tengah.

(10) Begitu halnya dengan Kerajaan Abassiah di Baghdad. Semasa kejatuhan serangan Moghul ke atas Baghdad, asap hitam pembakaran buku dari perpustakaan Baghdad boleh kelihatan berpuluh batu di sempadan benua. Begitu juga, Laut Merah yang menelan buku-buku khazanah Badghdad menjadi hitam akibat lunturan dakwat buku-buku yang dihumban ke dasar laut tersebut.

(11) Begitu juga, jika selama ini bahasa Latin banyak digunakan dalam penulisan di Jerman, namun perkara ini telah dipecahkan bila dalam abad ke 18, penulisan dalam bahasa Jerman mulai ditekan hebat. At all times the purity and correctness of the languange shall be promoted…only High German shall be written, not Silesian or Meissen, Franconian or Lower Saxon, so that it can be understood right across Germany”.

(12) Sedikit masa lalu, saya pernah mempersoal kenapa asalnya Bahasa Kebangsaan kita namakan sebagai Bahasa Melayu telah ditukar kepada Bahasa Kebangsaan, dan kini pula menjadi Bahasa Malaysia. Adakah kerana para pendukung bahasa seperti Datuk Hassan Nordin, A Samad Said, Ismail Hussein, dll sudah terlalu uzur untuk bersuara? Atau, kerana Melayu sudah menerima situasi mengantikan keadaan? Jati diri kita sudah berganti integriti, dan jika itu benar, maka wajarlah masyarakat kita di desa tidak pernah faham akan segala informasi yang kita komunikasikan dengan mereka, lantaran mereka tidak mendapat maklumat sebenar dari apa yang kita bicarakan!

III. Ledakan Berkarya

(1) Kegilaan membaca terus berkembang kepada kegilaan menyelidik. Sebaran ilmu yang diperolehi di kembang dalam pelbagai cara. Penulisan dan pementasan adalah wadah yang sangat luas dipergunakan.

(2) Hasil tulisan nama-nama besar seperti Petrarch (1304-74), Voltaire, Saverio Bettinelli, Georg Voigt, Jacob Burckhardt (1818-97) yang menulis The Civilization of the Renaissance in Italy (1878) banyak mempengaruhi pencarian jati diri Jerman.

(3) Kemudian kemunculan mereka seperti Karl Weber (1767-1832) dan Joachim Winckelmann (1717-68) yang telah mendongkel-bongkar di selatan Naples di Herculaneum, Pompeii dan Stabiae menyemarak pengkajian mendalam tentang budaya Greek. Semua kegiatan pengalian ini seterusnya menjadikan bangsa Jerman sebagai sebuah bangsa yang pakar dalam Kaji Purba lalu kemudian membangunkan jati diri darinya.

(4) Kerja-kerja yang dilakukan oleh Winckelmann kemudian melahirkan pemikir-pemikir seperti Herder, Goethe, Friedrich, August Wilhelm Schlegel, dan Hegel yang kemudian melihat temadun Greek sebagai asas kepada pembentukan Budaya-Kultur Jerman. Bangsa Jerman kemudian seperti menjadi tunggak kepada Kebangkitan Temadun Greek (The Greek Renaissance) sepertinya juga bangsa Arab yang menjadi tunggak kepada Kebangkitan Aristotle (Renaissance) bilamana segala tulisan asal Aristotle di temui di Toledo, Lisbon dan Cordoba yang telah diterjemahkan dalam bahasa Arab.

(5) Kemudian muncul Gotthold Ephraim Lessing (1729-81) cendikiawan dalam bidang Kaji Purba (antiquarian), ahli falsafah, Filologis, dan ahli agama (teologis) yang dianggap sebagai pengerak kepada The Third German Renaissance. Beliau dianggap sebagai "The Man with Many Sided". Kajiannya mengenai temadun Mesir Purba, Farsi, Greek dan Roman telah melahirkan asas kepada pembentukan Falsafah Jerman.

(6) Kemudian muncul Wilhelm von Humboldt yang mengasaskan University of Berlin pada 1810. Di sana beliau mengasaskan Fakulti Sains Kemanusiaan dan seterusnya memperjelaskan konsep Bildung: "To him, the development of social morality within an individual was an all-important progression which depended on that individual's "self-transformative progress" from a natural state of ignorance and immaturity to "self-willed citizenship", a shared understanding of civic harmony and loyalty to the state, a belief that spiritual emancipation through educatiopn in the humanities was the true path to (inner) freedom and "willing citizenship"."

(7) Johann Wolfgang Goethe dalam tahun 1774 menulis Die Leiden des jungen Werthers (The Sorrow of Young Werther)yang kemudian mmenjadi kegilaan di seluruh Eropah, sehingga Napolean mengakui telah membacanya sebanyak tujuh kali. Novel ini adalah cinta trajis yang sebahagiannya adalah kisah benar Goethe sendiri. Melalui tulisan, Goethe menyemarakan beberapa fahaman Falsahnya. Goethe, bukan hanya seorang ahli falsafah, namun dia punya kemahiran dalam bidang Kimia, Botani, Galian, dan akhirnya menceburi diri dalam bidang Anatomi. Kemahisran beliau dalam bidang-bidang ini memudahkan untuk dia memperjelaskan akan erti pengajaran yang agama hendak ketengahkan.

(8) Penulisan Goethe menjadi latarbelakang kesusteraan Jerman. Tulisannya berjudul Wilhelm Meister yang kemudian dinamakan Bildungroman, sebuah cerita pengembaraan dalam mencari kesempurnaan diri....In a Bildungroman the centre of interest is not the hero's character or adventures or the accomplishments in themselves, but the visible link between his succcessive experiences and awareness of worthy models and his gradual achievment of a fully rounded personality and well tested philosophy of life. It is a journey inwrd as much as forward.

(9) Goethe kemudian menulis Faust bermula di 1770an untuk tempoh selama 60 tahun dan hanya diterbitkan pada 1887 setelah kematiannya. Faust adalah gambaran betapa Goethe mencari akal dalam cuba memahami agama untuk dijadikan landasan dasar bagi kebaikan kemanusiaan. Dan sekali lagi, penulisan dan pementasan telah dijadikan asas bagi para cendikiawan Jerman dalam membentuk kultur mereka.

(10) Selepas Goethe, lahir lebih banyak pengkritik sosial yang kemudian terus menyemarakan perkembangan kesusasteraan dan pembinaan budaya Jerman. Antaranya Johann Gottfried Herder (1744-1803) di mana bersama Max Weber, Leibniz dan Thomasius , Lessing, and Herder mereka merumuskan "becoming" suatu fahaman yang percaya, bahawa "...all creation can be improved....it was the job of the state, to help each individual to develop and fulfill his or her propensities. To fail to make use of man's divine and noble gifts, to allow these to rust and thus to give rise to bitterness and frustration, is not only an act of treason against humanity, but also the greatest harm which a state can inflict upon itself..."

(11) Immanuel Kant (1724-1804) boleh dikatakan sebagai seorang ahli falsafah terkenal selepas Plato dan Aristotle. Kant hidup pada zaman di mana agama Kristian dan keujudan Tuhan paling banyak dipersoalkan dan sebelum Darwin menerbitkan On The Origin of Species by Natural Selection. Tulisan beliau Critique of Pure Reason, Critique of Practical Reason dan Critique of Judgement kesemuanya menjurus kepada sikap dan tujuan hidup kemanusiaan yang hakikatnya mestilah menjurus kepada nilai-nilai kemasyarakatan yang baik.

(12) Jerman juga telah melahirkan pemikir-pemikir yang hebat sehingga mampu merobah ideologi politik sedunia. Karl Marx (1818-83), Moses Hess, Hegel, Engels dengan jelas menyatakan pertentangan terhadap kapitalisma yang kebetulan adalah dipelopori oleh kaum Yahudi.Tulisan Karl Marx, Die deutsche Ideologie (The German Ideology) yang siap pada 1846 tetapi hanya di tebitkan pada 1932 were to gnaw away at the foundation of capitalism. The German Ideology kemudiannya disusuli dengan penerbitan Manifest der kommunistischen Partei (The Communist Manifesto) pada tahun 1848. Dalam tahun 1867 beliau menerbitkan Das Kapital yang mencetuskan pertentangan kaum boroh yang tertindas akibat loba kapitalis.

(14) Disamping penulisan yang hebat dalam bidang falsafah dan kesusasteraan, bagi meningkatkan upaya dayacipta rakyatnya, Jerman juga menitik beratkan perkembangan dunia muzik khususnya bidang simfoni. Frankfurt, Hamburg, Lubeck dan Leipziq merupakan kota dunia muzik bagi Jerman. Di Malaysia, terutama di kalangan anak-anak Melayu, muzik seperti suatu yang sangat terlarang. Kadang-kadang kesian kita melihat betapa naluri azali anak-anak kita kepada muzik, khususnya di kampung-kampung hanya berakhir di pinggir jalanan! Ini amat berbeda dengan anak-anak Tionghua, mereka seboleh-bolehnya mahukan anak-anak mereka mengikuti latihan muzik.

(15) Pendeknya, masyarakat Jerman dengan didokong kuat oleh para cendikiawannya, sangat mengambil berat tentang pembinaan falsafah hidup sebagai landasan kebangkitan mereka. Mereka sangat berani mempersoal serta mengemukan pandangan-pandangan baru biarpun terpaksa menghadapi cemuhan-cemuhan yang sangat hebat. Segalanya seperti dipersoalkan agar segalanya tampak jelas dan mereka bekerja keras dalam menyemai rasa ingin maju, rasa ingin memperbaiki diri, sebagai teras kepada kebangkitan mereka. Segalanya, kerana mereka menghargai budaya pencarian-memperkasa dan pengamalan ilmu.

IV. Kesadaran Friedrich The Great

(1) Sebaik saja memegang tampuk pemerintahan dari bapanya, Friedrich telah memerintakhan agar sebuah Akademi Seni dan Sains dibangunkan di Berlin. Beliau telah melantik seorang pakar Metamatik Perancis, Pierre de Maupertuis untuk mengetuai Akademi tersebut. Tujuan asas beliau adalah untuk menarik mereka yang terbaik dan terpelajar di keliling beliau.

(2) Bersama kelopmpok cendikiawan inilah Friedrich akan berbahas dan mengasah fikiran. Paling istimewa, ditambah dengan sifat Friedrich yang sangat suka membaca sehingga setiap buku yang beliau minati mesti disediakan dalam lima cetakan untuk ditempatkan di lima buah perpustakaan bacaannya di Potsdam, Sans Souci, Charlottenburg, Berlin dan Breslau.

(3) Kesungguhan Friedrich untuk memacu kejayaan Jerman adalah atas rasa kerdilnya beliau melihat kemajuan bangsa dan negaranya berbanding Itali, Sepanyol, Portugis, Perancis dan Inggeris. Friedirch thought that Germany's cultural level was about two-and-a-half centuries behind that of France. "I am like Moses, I see the promised land from afar, but shall not enter it myself"

(4) Empat puloh enam tahun pemerintahan Friedrich, yang dijalankan secara monarchical autocracy, dengan juga berpegang kepada tuntutan kebebasan dalam perkembangan budaya dan politik, maka German idea that freedom and equality could best be achieved under conditions of order, such order being maintained by an established authority, in the person of such monarch.

(5) Dr. Mahathir Mohammed hanya memerintah negara bagi tempoh 22 tahun, kita seperti terlalu sebok agar beliau berundur, biarpun jiwanya masih tetap mahu berbakti. Akibat political immaturity sebahagian dari kita, maka asas 22 tahun yang beliau letakan dari terus memacu negara jauh ke depan, namun penganti beliau selepas itu mengundur Malaysia 10-15 tahun ke belakang! Dari lagenda Mahsyuri, Tun Teja, Hang Nadim, membawa Tuah-Jebat, sehinggalah Mahathir, kita bangsa Melayu seperti tidak serik menghukum mereka yang bistari hanya kerana mereka mengugat keterbiasaan kita!

V. Bildung: Asas Kesempurnaan Diri

(1) Tempoh 1687-1859 merupakan tempoh instimewa dalam sejarah Jerman dan bahkan Eropah. Akibat sengketa berpanjangan antara penganut Khatolik dan Protestan, maka masyarakat Barat pada masa itu telah mulai menyoal peranan dan tujuan beragama yang hanya menitik beratkan soal akhirat. Kegawatan ini semakin hebat bilamana didapati kitab Old Testament yang asli telah ditulis dalam bahasa Aramaic dan bukan bahasa Hebrew iaitu bahasa nabi Musa. Dengan bukti ini, jelas menunjukkan bahawa kitab itu bukan wahyu Tuhan kepada Musa: the Old Testament was not "inspired", ianya adalah Kitab Tulisan manusia mengikut selera mereka. Inilah detik permulaan Ketulinan Old Testament dan Kritian mulai dipersoalkan.

(2) Dalam mencari kebenaran akan erti dan tujuan sebenar beragama, maka berlakulah kebangkitan ilmu sains di Barat yang ditunjangi oleh Isaac Newton (1687) melalui Pricipia Mathematica ,Colaus Copernicus, Johannes Kepler, Galileo Galilei, dan Charles Darwin (1859) melalui On the Origin of Species pada 1859. Mereka ini mulai menyangah pandangan Kritian dan Yahudi mengenai Tuhan. Mereka yakin: God was not an arbitrary figure, but the maker of laws. God lost his "divide arbitrariness" and now regarded as the law making and law-abiding diety.

(3) Pendapat ini kemudiannya disokong kuat oleh Voltaire...that science had shown that the unverse was governed by "natural law", which applied to all men and that countries......he (man) should work to improve his existence here on earth, reforming the institutions of government, church, and education. Natural Law was understood in this way "as the force that arraged things".

(4) Sebetulnya semua hujah-hujah yang diutarakan adalah atas landasan bahawa terdapat keperluan yang mendesak agar setiap insan perlu mencapai kesempurnaan (perfection) diri. Dalam prihal ini, kesempurnaan diri (perfection) ditaksrifkan sebagai "the achievement of a harmony between inner life and outer life", and that is what a masterpiece was, a harmony between spirit and nature.

(5) Kesan dari keinginan untk mencapai kesempurnaan ini, maka berlaku penemuan-penemuan keilmuan seperti mathematik, biologi yang kemudian berkembang menjadi botani dan zoologi, kimia organik, dsb. Ilmu-ilmu ini kemudian dapat menjelaskan tentang kejadian bukan hanya manusia tetapi seluruh alam ini: ...replaced the theological concept of mankind with a bilogical understanding. Dengan adanya ilmu-ilmu ini, manusia dapat memperbaiki dirinya, untuk tujuan membina negara-bangsa selaras dengan kosnep Bildung.

(6) Hasil dari sikap kepingin dan cekal menghambat Kesempurnaan Diri, maka Jerman telah melahirkan banyak ahli saintis, teknologis, ahli falsafah, penulis, pemuzik, dan pementasan yang sangat hebat yang akhirnya melahirkan Kultur-budaya bangsa berilmu-cekal yang melonjakkan Jerman menjadi salah satu kuasa yang dicurigai di Eropah!

(7) Kebetulan, khutbah Jumaat pada 10 Dis., 2010 di masjid Mukah amat bertepatan dengan pembacaan yang saya buat ini. Dalam khutbah tersebut, khatib mengajak manusia untuk meneladani Muhammad SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah. Selepas sepuluh tahun di Madinah, Muhammad mampu membangunkan sebuah kota perdagangan yang jauh lebih hebat dari Rom. Begitulah kejayaan hebat Hijrah Muhammad.

(8) Saat khatib berhujah sebegitu, fikiran saya melayang pada buku yang sedang saya teliti ini. Mekah adalah kota ibadat sejak dari Nabi Adam sehinggalah kepada Ibrahim-Ismail, bahkan di zaman Jahilliah Quraish! Bayangkan jika, masyarakat Quraish Mekah terus saja menerima apa juga pengajaran Islam yang dibawa oleh Muhammad tanpa ada biar sedikitpun pertentangan, tidakkah mungkin umat Islam sehingga ke hari ini akan hanya menjadi umat yang kerjanya tidak lain tetapi sujud-sembah kepada Allah tanpa mahu melakukan apa-apa yang lain.

(9) Bayangkan umat Melayu dalam pemerintahan Buddha (Srivijaya) dan Hindu (Majapahit) dalam tempoh 4,000-5,000 tahun dahulu. Saya yakin, melihat kepada prilaku agama Buddha dan Hindu sehingga ke hari ini, maka umat Melayu Buddha dan atau Hindu dahulu pasti hanya dituntut untuk mengabdi diri kepada segala candi agar mereka terus-terusan menjadi hamba dan atau kasta rendah kepada para mubaligh Buddha dan Hindu pada masa itu. Akibat penghambaan yang panjang inilah, maka saya berkira, pembudayaan Buddha dan Hindu yang begitu panjang terus berakar umbi dalam budaya kita sehingga ke hari ini. Pokoknya, budaya, sifat-fikiran kita masih belum merdeka sepenuhnya dari pengaruh silam Buddha dan Hindu.

(10) Saya yakin, Islam tidak mahukan umatnya hanya sujud-tunduk kepada Allah dalam pengertian yang sempit. Saya berkira, itulah mukjizat Hijrah Muhammad ke Madinah, agar umat Islam juga disamping menjadi seorang yang devotee dalam peribadatan Islam, dia juga mesti berusaha biar bagaimana susah sekalipun perlu terlibat gigih menbangunkan negara. Saya yakin, Allah sengaja menyusahkan Muhammad sehingga baginda terpaksa hijrah, sebagai satu teladan kepada manusia bagaimana pembinaan sebuah negara-bangsa itu perlu dilakukan.

(11)Cuma mungkin, kita selama ini tidak sebegitu pandangan keagamaan kita, sehingga pengkajian dan pembelajaran Islam kita lebih tertumpu untuk mencapai kesempurnaan ibadat dan tidak berusaha agar kita mencapai kesempurnaan sebenarnya. Pandangan dan hidup sebahagian dari kita lebih tertumpu kepada "kebahagian akhirat", dan bagi mencapai kebahagian ini adalah semata-mata "sujud-tunduk"kepada Allah pada amalan dan cara yang lumrah yang kita perhatikan-biasa!

(12) Maka dengan sebab itu, cabang penguasaan ilmu, untuk mencapai kesempurnaan diri masyarakat Islam kita, jadi terbatas. Kita tidak bersungguh-sungguh dalam mengkaji segala kejadian dan isi alam ini. Kita hanya menerima itu sebagai ketentuan yang azali. Nada suara para ustaz, ulama, dan mereka yang pakar dalam Islam lebih banyak tertumpu kepada perkara halal-haram: tak mengapa kalah-miskin-susah, asalkan kita beriman (kenapa tidak, wajar kita kuat-senang dan beriman?)!.

(13) Pembicaraan meluas tentang tulisan Ibn Sina, Ibn Batutta, Ibn Kahldun, Ibn Khaldin, dll (biarpun mereka itu jauh lebih hebat dari Newton, Darwin, dll) dalam bidang di luar dari syarie tengelam tanpa kesungguhan. Kita umat Islam, membataskan kekuatan diri hanya pada "kekuatan Iman", sedang pesan nabi: "Kemiskinan itu pasti boleh menjerumus kepada kekufuran!", kita seperti tidak peduli dan tidak mengerti akan amaran ini!

(14) Banyak komentar tentang tulisan saya bahawa hanya kerana saya sering merujuk kepada Muhammad, atas kekurangan kepribadian "Islam" saya, maka banyak yang berkata, bahawa saya tidak layak berberbicara atas apa yang saya bicarakan. Bahkan ada yang menuduh saya hiprokrit dan atau munafik. Saya tidak berminat untuk berpolimik dalam soal ini, kerana, itu fikiran dan kata-kata mereka. Betul atau tidak, tiada rugi dan atau untungnya (sekurang-kurangnya buat saya)!

(15) Saya juga sering dituduh sebagai manusia yang mengejar impossible ie Perfection! Ternyata saya punya asas kini untuk menyatakan bahawa kita mesti mengejar Kesempurnaan (Perfection) sebagaimana ianya telah menjadi jati diri orang-orang Jerman sehingga mereka terus cemerlang dan gagah. Saya juga yakin, Kesempurnaan adalah juga jalan yang Islam haruskan kita kejari. Jika tidak, kenapa dalam apa juga amalan keIslaman kita, maka ada saja tertib-rukunnya?

(16) Saya ingin mengajak pembaca sejenak berfikir. Muhammad tidak pandai menulis dan membaca. Allah datangkan kepada beliau Zaid Ibn Thaabit untuk menulis segala wahyu dan bahkan jadi juru bahasa beliau. Begitu juga hadirnya Bilal saat sembahyang mulai diwajibkan kepada ummahnya. Muhammad juga adalah seorang yang miskin. Khadijah seorang janda kaya-jujur Allah datangkan kepada Muhammad pada saat-saat dia akan dinobatkan sebagai rasul. Di saat Muhammad terpaksa membangunkan masyarakat perdagangan di Madinah, Abu bakar, Umar Al Khatab dan Osman Afan menjadi sahabat dan pengikut setia beliau. Mereka ini adalah golongan pedagang dan hartawan. Dalam saat kancah peperangan, bermula dengan Ali Abi Thalib, Allah perlahan-lahan datangkan banyak panglima perang yang handal-handal untuk bersama Muhammad.

(17) Islam hakikatnya mahukan ummahnya mengejar Kesempurnaan. Kesempurnaan Iman dan juga Kesempurnaan Bermasyarakat. Cuma, bila kita berbicara tentang Muhammmad, maka kita seperti lupa untuk melihat siapa dan watak mereka di sekelilingnya. Tumpuan kita lebih kepada ibadat Muhammad. Tumpuan kita juga lebih kepada ahlak pribadi Muhammad. Kita lupa mengimbas-meneliti keliling Muhammad. Pada saya, hadirnya mereka seperti yang saya sebutkan di atas adalah sebagai suatu mukjizat Allah untuk memberikan kesempurnaan sepenuhnya kepada Muhammad. Juga saya percaya, Allah tidak akan menganugerahkan sepenuhnya kesempurnaan kepada kita sebagai manusia, seperti juga Dia tidak memberikan kesempurnaan sepenuhnya kepada Muhammad lewat hanya dirinya sendiri.

(18) Kesempurnaan pada Muhammad adalah pada diri dan mereka yang berada di sekelilinngnya. Hadirnya mereka ini adalah anugerah Allah untuk melengkapkan hidup Muhammad, memenuhi segala keperluan bagi dia memikul tugas sebagai pesuruh Allah. Bayangkan jika tiadanya mereka itu, apakah Muhammmad akan berjaya menjadi seorang rasul, jika dia terus saja miskin, dia terpaksa terkial-kial mengumpul modal untuk membangun masyarakat perniagaan, juga apakah akan wujud Al Quran, dan apakah dia akan mampu untuk memenangi semua peperangan yang terpaksa dia lalui. Semua merteka yang di keliling Muhammad adalah pelengkap-kesempurnaan baginya. Inilah apa yang orang Melayu kata: "Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana maufakat.....kuat penyapu kerana berkas lidi"

(19) Saya berkira, kerana taksub pada cara kita berfikir dan berfahaman, maka kita menjadi buta untuk melihat seluas ilmu yang Allah selindungkan. Inilah hakikatnya kenapa Allah sering saja menempelak:"...tidakkah kamu orang-orang yang berfikir...".

(20) Kemunduran kita bukan kerana Islam. Kemunduran kita bukan kerana Muhammad. Kemunduran kita adalah kerana caranya kita melihat dan meneliti akan Islam dan gayanya Muhammad. Kita telah terlalu lama duduk di bawah tempurung. Kita juga telah terlalu lama melihat Al Quran sebagai doktrin dan bukan sumber ilmu yang mesti dibedah dengan pelbagai cara yang sebaiknya.

V. Penemuan dan Perkembangan Ilmu Sains dan Teknologi

(1) Bagi yang mempelajari bidang Ekonomi, pastinya mengerti bahawa segala kemajuan masa depan manusia tidak boleh lari dari keperluan mempertingkan kemahiran dalam penguasaan bidang Sains dan Teknologi (S&T). Dengan kepesatan kependudukan, tidak mungkin lagi manusia dapat bergantung penuh sekadar menerima anugerah Allah seadanya. Manusia perlu mengguna segala kemahirannya untuk memenuhi keperluan hidupnya.

(2) Atas kesadaran untuk mencapai Kesempurnaan, rakyat Jerman sedar akan pentingnya kemajuan S&T dalam membina negara-bangsa yang kuat dan cemerlang. Maka cetusan dari kemahuan untuk mengenali dan memahami Tuhan dan kejadian alam dengan lebih dekat, serta bagaimana pengetahuan itu kemudiannya dapat dimanfaat untuk kepentingan negara-bangsa, maka Jerman telah melahirkan handalan di bidang S&T.

(3) Bemula dari Gottlob Werner (1749-1817) yang menjadi Bapa Geologi melalui tiori Neptunist beliau, perkembangan S&T kemudiannya membiak dengan hebat sekali. Carl Friedrich Gauss (1777-1855) adalah ahli Metametik Eropah terulung, melalui penemuannya terhadap tiori Least Squares. Kemudian bersama Weber, Gauss menjadi peneroka dalam bidang telegrafi dan keselamatan komputer sehingga keduannya dinamakan the grandfathers of e-business and the internet.

(4) Hahnemann (1755-1843) sangat berminat dalam bidang perubatan. Dia menulis The Friend of Health (1792) dan menterjemah Treatise on the Materia Medicadan dari situ beliau menemukan konsep homeopathy: "In order to cure disease, we must search for medicines that can excite in the human body- similia similibus", dan beliau menjadi pelopornya.

(5) Pada 11 Mac, 1890 dalam jamuan makan malam di Berlin City Hall, August Kekule mengistiharkan penemuan gegelang benzena yang akhirnya mencetuskan konsep molekul dalam Bio-kimia. Hasil dari itu, baja telah ditemukan, dan ini merupakan satu cetusan revolusi dalam sektor pertanian kemudiannya.

(6) Alfred Krupp atas sikap nasionalis Prusianya adalah orang pertama mencipta meriam. Dengan terciptanya meriam, maka Prusia kemudian dapat menelan keseluruhan Jerman, setelah mengalahkan Perancis dalam Peperangan Franco-Prussia pada 1871, sehingga Otto von Bismarck yang pada masa itu hanya Perdana Menteri Prusisa kemudiannya dapat menjadi Chancellor Pertama Jerman dengan bantuan meriam Krupp.

(7) Biarpun kereta telah tercipta di Switzerland, Perancis dan Britain, namun hanya pada 1885 Karl Benz dapat mencipta enjin yang kemudiannya menandai revolusi dalam bidang pemotoran. Kemudian Benz telah diikut dekat oleh Daimler dan seterusnya Emil Jellinek. Benz dan Jellinek kemudiannya membentuk gergasi automobil Mercedes Benz (Mercedes adalah anak perempuan kepada Jellinek).

(8) Kepesatan automobil seterusnya disemarakkan lagi oleh penemuan oleh Rudolf Diesel melalui penciptaannya terhadap enjin diesel.

(9) Senarai di atas adalah hanya sebahagian dari mereka yang telah membuat penciptaan yang telah merobah latarbelakang Jerman. Masih banyak lagi nama-nama besar yang dikupas secara mendalam oleh buku ini.

VI. Gerakan Anti-Yahudi, Hitler dan Kegelapan Jerman

(1) Theodor Herzl (1860-1904) adalah Yahudi Hungary. Dia berpendidikan perundangan dari Vienna. Mulanya (1891) dia bekerja sebagai penulis bebas dalam Neue Freie Presse dan dari sana beliau telah melihat kebangkitan anti-Semitism di Peranchis akibat Skandal Panama. Kemudian dalam tahun 1894 merasa terpukul hebat bila Peranchis dan Russia membentuk pakatan takala ribuan Yahudi sedang dibunuh di Ukrain. Dalam tahun 1895 beliau mengusul penubuhan Negara Yahudi tersendiri. Di sepanjang hidupnya, dia menumpukan perhatiannya ke arah usulnya itu.

(2) Dia menyarankan agar ada Kerajaan di Eropah pada masa itu memperuntukkan sebahagian dari tanah jajahan mereka untuk pembentukan sebuah negara Yahudi. Dari tahun 1896-1904, beliau telah menganjurkan enam Kongress Yahudi Sedunia bagi memperjuangkan cadangannya itu, dengan salah satu dari matlamatnya adalah untuk membujuk Kerajaan Ottoman (Turki) agar membebaskan Palestine bagi pembentukan negara Yahudi, dan jika itu gagal, maka dia menyarankan untuk menerima mana-mana tempat di Afrika atau Argentina sebagai ganti. Saat dia meninggal dunia, sebuah Bank Amanah di London yang dimiliki oleh kaum Yahudi telah menjadi badan kewangan terbesar di dunia yang membiayai usaha-usaha yang dia pelopori.

(3) Pada tahun 1907, Adolf Hitler sampai ke Vienna. Saat itu telah ada cadangan untuk membangun semula Vienna yang sesak serta mempunyai keresahan sosial yang amat tinggi. Kepada Hitler, Vienna adalah "Jewish Modernization" dan tidak sesuai dengan Jerman. Juga, Karl Lueger, Datuk Bandar Vienna: "..the Jews, insisted time and again, were to blame for most of the misfortunes of the Viennese". Penduduk Yahudi di Vienna telah berkembang dari 2,000 pada 1860an kepada 175,300 pada 1910.

(4) Sebelumnya, pada 1871 negara Jerman telah disatukan hasil dari kemenangan Prussia dalam peperangan dengan Peranchis. Berlin telah dipilih sebagai Ibu Kota Jerman. Pada saat itu, jumlah penduduk Berlin hanyalah 865,000 orang. dalam tahun 1905, angka itu meningkat kepada dua juta orang. kaum pendatang dari sebelah timur, terutama Timur Prussia dan Silesia adalah penyumbang kepada peningkatan mendadak ini.

(5) Diantara mereka yang datang ini adalah kaum Yahudi dari Prussia Timur. Pada tahun 1860, kedapatan 18,900 Yahudi di Berlin dan angka ini meningkat ke 53,900 pada 1880...."Having been banned in their own countries from owning land or serving in the military, the Ostjuden were experts in commerce, finance, jounalism, the arts and law. The new metropolis war their natural habitat and from 1871 on Berlin became known as "Boomtown on the Spree", its expansion deriving from three other elements; the abolition of remaining internal tariffs; more liberal rules regarding banks and joint-stock companies; and a sudden infusion of reparation from France, no fewer than five billion gold marks. This translate into gold for every man, woman, and child. As David Clay Large puts it, "Imperial Germany was born with a golden spoon in its mouth".

(6) Jews were prominent in this new liberal climate and, beside publishing, tehye took full role in the rise of departmental store, the stock market, and banking. After 1871, the Jews controlled about 40% of all banks in the Reich, as compared to a quater by the Christians.

(7) Pada 8 Feb., 1873 Edward Lasker dari Parti Liberal Nasional Reichstag membuat ucapan tiga jam di Parlimen yang menghentam Imperial German Economic Boom, terutama dalam sektor keretapi "were little more than a giant house cards where corrupt officials were protecting get-rich-quick speculator". Beberapa fatka yang dikeluarkan oleh Lasker telah menyebabkan kegoyahan pasaran saham sehingga menyebabkan kedua-dua Pasaran Saham di Vienna dan New York ranap, yag diikuti oleh kebangkraban banyak bank. Pada 1874, sebanyak 61 bank, 116 perusahaan dan 4 syarikat keretapi terpaksa di tutup.

(8) Hasil dari kemelut ekonomi ini, akhirnya kaum Yahudi menjadi sasaran. Heinrich von Treitschke menerbitkan sebuah rencana di Preussische Jabrbucher..."The Jews are our misfortune" dan kemudian istilah Anti-Semitism telah tercipta oleh Wilhelm Marr bilamana kemasukan besar-besaran Yahudi dari Russia akibat kekejamana Tsar Alexandra III. Bagi mengatasi kemelut ekonomi, gerakan Economic Nationalization telah dilakukan. Walaubagaimanpun, ekonomi Jerman kembali pulih pada penghujung 1870.

(9) 28 Okt., 1929 sekali lagi berlaku keranapan Pasaran Saham di Wall Street New York. Segala pinjaman Amerika Syarikat bagi membangun semula Eropah telah dibekukan. Kelaparan berluasa di Austria dan mega-inflasi berlaku di Jerman. Kritikan Sigmond Freud: Totem and Taboo, The Future of an Illusion dan Civilization and Its Discontent mulai berlegar. Hitler pula sedang bangkit perkasa.

(10) Bagi Hitler: " History means to seek and find the forces which are the cause leading to those effects which we subsequently percieve as historical events....and one of those forces...the Britain, France, and Russia were intent on encircling Germany......man has become great through struggle....all life is bound up in three these: struggle is the father of all things, virtue lies in blood, leadership is primary and decissive...He who wants to live must fight, and he who does not want to fight in this world where eternal struggle is the law of life has no right to exist"

(11) 30 Jan., 1933, Adolf Hitler menjadi Chancellor Jerman. Bila Nazi berkuasa, seawal 1920, telah dikeluarkan satu amaran: "there would be account to settle". .

(12) Dalam bidang seni Hitler menegaskan: "What he and the German people wanted, Hitler said, was a German art that was "clear", "without contortion", and "without ambiguity". Art was not "auxilary to politic" he insisted. It must become a "functioning part" of the Nazi political program". Kesannya pada May 1936, artis yang dipaksa berdaftar dengan Reichskammer perlu membuktikan bahawa mereka berdarah Aryan. Pada bulan Okt., tahun yang sama, Galerri Seni Kebangsaan telah diarahkan untuk menutup semua Galeri Seni Modern dan dalam bulan November semua "kritik melewati seni" diharamkan. Akibatnya penghijrahan keluar para karyawan dan pelukis Jerman sangat berluasa: Amerika, Switzerland, Britain, dan Belanda menjadi sarasan mereka.

(13) Dalam bidang pendidikan, setelah dua tahun berkuasa, sekurang-kurangnya 1,600 pensyarah dan sekitar 32 peratus dari para guru telah diberhentikan kerja kerana masalah kaum dan politik. Mereka yang tergolong dalam kelompok Yahudi-Marxist adalah sasaran utama Hitler.

(14) Dalam dunia S&T, pengusiran para pakar bermula dalam musim Bunga 1933. Hitler tidak berminat dengan perkembangan S&T yang ada kaitan dengan Yahudi. Dia memerlukan S&T Aryan tulin. Nama besar seperti Einstein terlibat sehingga dia menubuhkan Institut Kajian Lanjutan di Princeton. Bersama Einstein, Jerman kehilangan hampir 25 peratus dari ahli-ahli Fiziknya pada 1933. dari tahun 1933-1941, lebih kurang 100 orang pakar dalam pelbagai bidang telah melarikan diri ke Amerika.

(15) Pada tahun 1933 Ataturk Turki juga telah mengambil kesempatan ini untuk membangunkan Universiti Istanbul. Kemudian pada 1935 Sekolah Perundangan Istanbul telah dinaik taraf ke Universiti. Turki berjaya menarik sebilangan tenaga pakar yang lari dari Jerman untuk bermastuatin di Turki, dan ini, saya berkira, adalah kemungkinannya, penerapan pengaruh Yahudi yang berluasa di Turki, yang kini menjadikan ianya sekular dan agak terpisah dari perjuangan kemerdekaan untuk rakyat Palestin.

(16) Dalam tempoh 1933-1945, seramai 104,098 warga Jerman dan Austria telah berhijrah ke Amerika. 7,622 darinya adalah tenaga akademik, 1,500 para seniman-karyawan, wartawan yang pakar dalam bidang kebudayaan dan pelbagai cendikiawan lainnya....sehingga "The immigration to the United State was the most important and significant. As a result, the landscape of twentieth-century thought was changed dramatically. It was probably the greatest transfer of its kind ever seen"

(17) Lewat nama-nama seperti Max Weber (sosiologis),Sigmund Freud (psychoanalyst), Peter Drucker (Pengurusan) " American university life was being revolutionised by German thought" dan "Our intellectual skyline has been altered by German thinkers even more radically rhan our physical skyline by German architects". Kesan nyata dan segera pengaruh Jerman di Amerika adalah dalam bidang psychoanalyst, sosiologi, dan sains politik. (Heinz Alfred) Henry Kissinger (Bavaria) dan Arnold Schwarzenegger (Austria) adalah dua manusia Jerman yang telah menempah kejayaan dalam kerjaya politik di Amerika.

(18) Pendeknya, penafian Hitler terhadap hak dan kebebasan Yahudi di Jerman telah sedikit sebanyak mencetuskan kemelut ekonomi dan sosial di Jerman. Begitu juga sehingga kini, biarpun permusuhan terhadap Yahudi juga wujud di negara-negara lain di Eropah dan Amerika, namun, sikap nasionalisma Aryan Hitler dipandang paling kejam.

(19) Sunngupun begitu, dipandang dari sudut lain, pengusiran Yahudi dari bumi Jerman sebetulnya telah membantu Kebangkitan Pengaruh Kapitalis Yahudi di seluruh Eropah dan Amerika. Dua benua ini, secara diam, sebetulnya terhutang budi kepada Jerman.

VII. Kesimpulan

(1) Hakikatnya, bangsa Jerman yang berhamburan di pelbagai negara, asalnya merasa malu terpukul bila Prussia yang berbahasa Jerman telah ditawan oleh Napolean, Maharaja Peranchis. Dalam kekuasaan Peranchis, Prusia sangat tertinbdas dalam apa juga keadaan.

(2) Akibat rasa malu, maka rakyat Jerman telah bekerja keras untuk membina bangsa mereka. Fahaman keagamaan mereka telah mereka semak semula sehingga membentuk semangat kegigihan untuk mencapai Kesempurnaan Diri demi untuk kepentingan negara-bangsa.

(3) Kemudian, bila Prusia kembali bebas merdeka, kerana kemajuan Prusia mulai mengalahkan negara-negara jiran, maka ini telah mengundang penghijrahan bangsa Yahudi ke negara tersebut. Bangsa Yahudi kemudiannya menguasai pelbagai bidang perusahaan dan kewangan sehingga Kapitalisma menular hebat dalam masyarakat Jerman dan rantau Eropah. Urusniaga kapitalisma adalah urusniaga speculative sehingga menjerumus Jerman (Prusia) ke dalam kancah krisis ekonomi dan sosial yang teruk. Kemiskinan, kemelaratan, kelaparan kemudiannya menghantui Jerman. Kaum Yahudi adalah puncanya. Dengan cepat, semangat anti-Yahudi berkembang luas, bukan hanya di Jerman, namun mulanya adalah dipelopori oleh Perancis dan Russia. Penghijrahan Yahudi dari Perancis dan Russialah yang menimbulkan masalah kepada Jerman kemudiannya.

(4) Pendeknya, rasa hina, rasa tertipu di bumi sendiri menjadikan bangsa Aryan Jerman bangkit dengan segala daya termasuk peperangan untuk membina negara-bangsa mereka. Namun, atas kegigihan semua, Jerman biar sering cuba dipencil oleh Britain, Perancis, Itali dan Amerika, namun semangat cekal membina Kesempurnaan Diri:Bildung telah sekali lagi menjadi negara-bangsa yang tidak boleh dipandang rendah! Itulah rahsia kebijaksaan Jerman dalam membangunkan negara-bangsanya.

(5) Usaha mereka, tidak terbatas pada kepimpinan negara saja, bahkan semua pihak terlibat: Ahli Agama, Cendikiawan, saintis, Penulis, Pemuzik dsb semuanya memainkan peranan dengan berani, jujur dan innovatif.

(6) Kita masyarakat Merlayu-Islam di Malaysia dan nusantara, adakah kita punya pendirian dan kecekalan usaha seperti itu? Saya pasti tidak kerana kita lebih gemar bermain politik memperjudikan masa depan bangsa.Bairpun dari kedudukan Agung (Presiden) sehingga ke Amah adalah ditangan Melayu-Islam, namun penularan rasuah, salah guna kuasa, putus asa, malas-tidak bijak, mudah diselewangkan, dsb menjadikan kekuasaan dan kecemerlangan kita kian memudar cepat!

(7)Seperti sanggahnya Watson: "Kant, Humboldt, Marx, Clausius, Mendel, Nietzsche, Planck, Feud, Einstein, Weber, Hitler-for good or ill, can any other nation boast a collection of eleven (or even more) individuals who compare with these figures in regard to the influence they have had on modern way of thought? I suggets not.

Matang Jaya-Kota Bharu-Terasi
5-31 Dec., 2010

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

11 comments:

Anonymous said...

1)adakah penulis mahu MELAYU mencontohi YAHUDI (laknatullah)...cube selidiki bagaimana kehidupan YAHUDI sebenar..sy akui mmg YAHUDI berpegang teguh pd agamanya..boleh dikatakan mereka adalah bangsat yg taksub pd agama..namun kerana kebangsatan mereka itu menyebabkan mereka berjaya..kenapa?penulis pernah mengkajinya?kerana tipu helah dan putar belitnya..mereka mmg kuat bekerja tanpa memikirkan halal haramnya..mereka mampu mengaut keuntungan berpuluh kali ganda tanpa memikirkan riba d depan mulutnya...perlu di kaji mengapa mereka cpt berjaya...penulis pernah lihat mcm mana manusia MELAYU yg seperti YAHUDI di Malaysia?yg kuat dan gigih bekerja..kononnya hendak memartabatkan bangsa MELAYU yg sngt mengecewakan penulis(barangkali)...kemudian MELAYU yahudi itu pula kuat juga beragama (bertopengkan agama spt yahudi yg kononnya berjalan atas agama)...nah lihat sekarang?habis keturunannya di kayakan..berzina dgn isteri org...berzina luar tabi'i..pendusta bangsa MELAYU!skrg mahu melupuskan TUAN MELAYU!Jgn hanya memandang pada kemalasan,kebodohan,kelemahan,kemunduran MELAYU itu sahaja...adalah rahmat apabila ISLAM itu dianugerahkan kepada manusia MELAYU..kalau MELAYU itu tidak di anugerahkan dgn ISLAM...barangkali MELAYU pd hr ini sama spt YAHUDI..menggunakan semaxsima mungkin NAJIS utk berjaya..seorang penipu mmg bekerjakuat untuk menghasilkan penipuan yg berkesan!spt itulah YAHUDI!Penulis mahu manusia MELAYU spt itu?

2)Sy berpesan...KAJILAH KEKUATAN SENDIRI SEBELUM MENGKAJI KEKUATAN ORG LAIN..BIMBANG BUDAYA TIDAK NAMPAK KEKUATAN SENDIRI,SEDANGKAN KEKUATAN ORG LAIN DILIHAT HEBAT.AKHIRNYA KEKUATAN SENDIRI DAN IDENTITI SENDIRI HILANG ENTAH KEMANA..INI SEMUA BERLAKU KERANA TERLALU MERAIKAN ORG LAIN...

3)sy kasihan pd manusia MELAYU yg beru tercungap2 hendak naik ke anak tangga,namun tangan yg sepatutnya memimpin sering mengherdik bahawa manusia MELAYU itu MUDAH LUPA!PEMALAS!SUKA MAKAN GAJI!TIDAK MAHU BERUSAHA!sy benar2 kasihan...adakah itu pengajaran yg berkesan utk menjadikan MELAYU itu bangun..apabila pengajaran songsang (keterbalikan dlm sindiran) spt itu dilontarkan pada anak sendiri,makan kera di hutan mulalah melompat2 gembira kerana TUAN MELAYU itu sendiri sudah tidak memberi susu pd maruah identiti MELAYU..

4)kalau penulis golongan MELAYU yg berjaya...adalah satu rahmat kerana tidak semua MELAYU itu miskin..justeru bg sy jgn bimbang jika org melayu tidak tersenarai manusia terkaya di malaysia or di dunia...ataupun manusia MELAYU itu tidak sepandai manusia CINA berniga...yg penting kekayaan umat ISLAM mesti melata..org MELAYU islam sngt beretika dalam perniagaan..bangkitkan semnagat MELAYU supaya gigih berusaha seperti remaja yg sedang menghidu wanginya kenanga..bukan dgn menghidu wanginya si tahi ayam!

Bayu Senja said...

Datuk nenek sdra patuh pada ajaran agama dan mereka rajin bekerja. Mereka susah kerana mereka mengerjakan pekerjaan yang sama , di bidang tanah yang sama tanpa banyak ilmu pengetahuan dan kaji selidik yang lebih ke arah penghasilan yang lebih tinggi. Mereka tidak berpeluang bersekolah tinggi jadi ilmu keduniaan mereka adalah terhad. Kalau mereka berpelajaran tinggi, pasti mereka akan keluar dari belenggu memiskinan, contoh yang terbaik adalah sdra sendiri.

"Apabila ALLAH cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu...Bila ALLAH lambat makbulkan doamu, maka dia akan mengujimu...bila ALLAH tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik buatmu....Oleh itu, bersangka baiklah dalam apa jua keadaan, kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaannya...

Abdullah Chek Sahamat said...

Saya menulis tidak seperti orang lain. Mereka buat deraf, baca banyak kali, perbetul dan kemudian terbitkan. Saya menulis secara langsung iaitu sambil saya membaca, membanding dari bacaan tulisan-tulisan lain, berfikir dan menulis. Semuanya dibuat serentak. Sebabnya, saya ingin terus mengekalkan kebolehan untuk berfikir, dan menulis secara serentak. Inilah apa yang saya ingin perolehi dan perlihatkan: ability to read, think, say, and do fast!

(2) Penulisan saya dalam perkara ini masih terlalu panjang. Buku yang saya baca baru 10% dari isi kandungannya. Bersama buku ini, saya terpaksa membuat cross-reference kepada timbunan buku-bulku lain. Maka, saya belum membuat rumusan, tentang fahaman saya tentang Kebijaksanaan Jerman dalam membina bangsa mereka!

(3) Walau bagaimanapun, sesiappun boleh mengulas. Tidak mengapa. sekurang-kurangnya saya sudah dapat menanam minat agar pembaca setia juga berani bersuara dan menulis. Manalah tahu, berkat itu semua, pasti suatu hari nanti, kalian akan dapat melahirkan kajian dan pandangan yang jauh lebih baik yang telah saya usahakan! Mudah-mudahan dikembangkan dan dilapangkan fikiran!

Anonymous said...

kpd penulis:
1)penulisan perlu di tambah juga dgn perasaan.

2)buat lah rumusan...itulah sebaik2nya dlm sesebuah karangan (penulisan).ibarat sebatang pokok yg punya akar nya.

3)insya'allah..itulah yg sebetulnya

ani ahmad amar said...

'...bersambung...'! Fahamilah ungkapan ini. Ini baru draf, biar penulis menghabiskan penulisannya sebelum kita membuat apa2 komen.

Anonymous said...

baik baik komen tu, cik ani ahmad kita dah marah. teacher's pet ni.....

Anonymous said...

Buku apa pun yang di baca tidak setanding dengan Alquran..bacalah dan selami lah alquran kerana quran merupakan buku manual kehidupan manusia..jangan di persoal janji tuhan kerana Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat ummat nya..samada ingin memberi anugerah atau ujian ataupun bala ..seblum kita di lahirkan ke dunia kita sudah buat akur janji dengan Allah bahawa tugas kita adalah beriman kepadanya ..lalu kita di beri jasad sebagai alat untuk kita melaksanakan tugasan itu ..semua perkara baik adalah ibadat jika di sertakan dengan niat yg betul dan ikhlas..tapi jangan sampai tugasan wajib kita abaikan ..

Anonymous said...

setuju!biar setebal gunung buku yg d tulis manusia,namun belum tentu setanding AL-QURAN KALAM ALLAH...usaha setimbun mana utk membantu org lain jika kita sendiri tidak mahu bersujud menghambakan diri,maka itu bukan dlm keredhaan NYA..

Anonymous said...

bukan belum tentu,memang tidak akan setanding kehebatan Alquran kalam Allah..Kaji lah Al-Quran,nescaya anda akan jadi manusia hebat(suami yang hebat,bapa yang hebat,pemimpin yang hebat ,sahabat yang hebat,jiran yang hebat dan segalanya hebat)

Anonymous said...

betul2...saya sokong.jangan taksub membaca yg dicipta oleh manusia..biar Al-Quran menjadi pegangan kita yg beragama Islam..tiada siapa yg dpat mgubah apa yg terdapat dlm Al-Quran.jgn kerana membaca buku dh tinggi mengunung merasa megah..merasa dh penuh ilmu di dada tetapi jiwa ketuhanan & keimanan ??????...

Anonymous said...

Seronok juga membaca komentar para pembaca. Penulis nampaknya telah berjaya mengajak pembaca membuka kata. Cuma, banyak seperti cemburu!

Adalah suatu yang sangat menyedihkan, jika hanya kerana sifat kerdil diri (biarpun tidak diakui), maka kita cuba melihat apapun yang baik menjadi sesuatu yang tidak baik. Juga mungkin kerana sejarah hitam lepas, maka kita terus saja berhati hitam.

Tidak ada surah dan nas yang melarang kita untuk menuntut dan mengembangkan ilmu yang menjurus kepada kesejahteraan ummah, biar dari mana sekalipun sumbernya. Tiada siapapun umat Islam yang akan mengatakan Al Quran boleh ditandingi oleh apapun. Penulis tidak pernah berkata sebegitu.

Saya cuba melihat, penulis, biarpun belum selesai penulisannya, cuba mengajak kita melihat bagaimana Ilmu di dalam Al Quran itu dapat dicungkil dan dimanafaatkan dengan sebaiknya. Tidak ada sepatahpun tulisan beliau mmengatakan agar kita hanya membaca selain dari Al Quran. Dia mengajak kita melihat bagaimana Jerman melihat agama (Katholik atau Protestan) dan menjadikannya asas kepada pembangunan bangsa. Pendeknya, kita perlu melihat kembali cara mana kita mendalami ilmu yang ada di dalam Al Quran agar ianya menjadi suatu yang benar-benar dapat kita amalkan.

Saya pasti niat penulis adalah agar kita bangsa Melayu-Islam menjadi bangsa kuat dan terhormat, bangsa yang sentiasa tumbuh segar kemahuan memperbaiki dirinya dalam apa jugapun.

Bacalah tentang sejarah para ulama besar bahkan para cendikiawan Islam, mereka menghabiskan banyak masa menyelongkar tulisan-tulisan bangsa lain selain Arab untuk lebih memahami Al Quran. Contohnya, segala tulisan Aristotle, umpamanya telah diselongkari oleh orang Arab, sehingga naskah yang ada sehingga kini adalah naskah dalam bahasa Arab, tidak dalam bahasa asalnya Greek. Dengan usaha-usaha ini, maka pemerintahan Islam telah berkembang luas sejak Abbasiyah, membawa kepada Othmaniah dan Andalusia. Semua ini kerana para cendikiawan Islam, mampu mentafsir dan memahami Al Quran setelah mereka menyemak dan mengkaji lain-lain sumber ilmu selaras dengan janji Tuhan....bahawa kedudukan mereka yang berilmu akan dimuliakan, dan memang benar, apatah lagi bila ilmu dan Iman dapat digabungkan seindahnya, maka keberkatan kerja-kerja kita pasti akan lebih baik!

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.