.

8/11/10 SAJAK PENDEK BUAT NONA...

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - November 28, 2010

Share

& Comment


kududuk dibangku malam
sedang hujan telah pergi
juga mendung telah lari
biar gelita membungkus aku
dan mentari sebentar lagi kembali
tetap kejora ngak kunjung-pamer
beginikah terusnya aku
menanti, bergilir malam dan siang
kau kejora bikin aku sengsara menduga, di mana?
(bagai kembang di laman rumahku
biar dekat
tetap sembunyi enggan mengharum mewangi)

110KM/Hr Terasi-Kuching
28 Nov., 2010

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

12 comments:

Anonymous said...

apakah maksud sajak ini??

Anonymous said...

i like the flower,so sweet.

Abdullah Chek Sahamat said...

Yang dinamakan sajak, pengertian dan atau maksudnya, terpulang kepada yang membaca untuk mentafsirkannya. Seperti juga hakikat kecantikan yang tergantunng kepada siapa yang melihatnya. Sajak adalah bayang-bayang rasa. Hanya yang menjiwainya merasakan apa maksudnya, bairpun mungkin tidak setepatnya!

Anonymous said...

siapa pun kejora itu pasti nya dia seorg yg sgt bertuah..apa pun sya d sini tetap mendoakan yg terbaik buat anda serta menyokong setiap yg anda buat biar apa pun org kata..kerana sya tahu apa yg anda ingin kn mahu pun utk umum atau peribadi..semoga berjaya dunia akhirat..

Anonymous said...

biarlah penulis dgn jiwanya...sudah bahagia barangkali?

asmin said...

hhhmmmm mungkin dia bahagia...

Bayu Senja said...

Seroja yang dicari
kuntum terpilih yang dinanti
pasti begitu pasti
seroja itu wangi mengharum di taman hati
langkah sudah terlalu jauh
lambaian belum lagi kesampaian
seroja kau kuntum pujaan
penantian itu satu penyiksaan
seroja oh seroja
mungkin kau sudah hadir di taman
cuma hati yang belum ketentuan
rasa yang tidak kemahuan
seroja akan pasti tiba
dengan kembang harum di taman
tanpa perlu dicari
kerana seroja itu ada di mana mana

Abdullah Chek Sahamat said...

saya berbicara tentang kejora, sebuah bintang yang sering terbit cerah di ufuk barat. Bintang adalah lambang banyak perkara. Cita-cita, kejayaan, cinta-asmara, takdir, pedoman-restu, akal-hemah, dsb

(2) Yang terungkai, seroja, nama sejenis bunga. Bunga adalah lambang madu kasih, cinta asmara. Kerana itu, pasti pendek ruang tujunya.

(3) Merungkai sajak, jangan ikut-ikutan. Biar fikir merdeka-bebas. Baru ada kelainannya.

Anonymous said...

betul tu ABC ...yg pasti nya yg jiwang2 n getik2 itu (dlm blog or flickr )bukn AKU ...x kan org dh bg smoke signal pun x phm2 kot... bla jer la..dh org x suka ..GELI LA..

Abdullah Chek Sahamat said...

Kalau kita ke Gedung Pakaian, segalanya kelihat indah dan kita inginkan. Namun, atas batas-batas dan pertimbangan tertentu, kita pilih hanya yang benar-benar kita mampu dan mahu!

(2) Sayang Sarawak sungainya sempit....hendak kutinggal tak sampai hati, hendak kubawak, aku yang mati (perahuku kecil, takut karam disambar buaya)!

(3) Namun tidak salah berusaha pada batas dan jalannya yang ikhlas. Kerana, usaha ditangan kita, ketentuan biarlah padaNya, tak perlu dipaksa-paksa.....nanti dari dapat nangka, dapat pulak celaka-derita!

Anonymous said...

perahu ku kecil .. apa pacar nya gedi (gemuk) ..maaf yer pak ..masa seorang pun enggak bisa ..

Bayu Senja said...

Sepatah kata sdra....
"Yang dinamakan sajak, pengertian dan atau maksudnya, terpulang kepada yang membaca untuk mentafsirkannya. Seperti juga hakikat kecantikan yang tergantunng kepada siapa yang melihatnya. Sajak adalah bayang-bayang rasa. Hanya yang menjiwainya merasakan apa maksudnya, bairpun mungkin tidak setepatnya!"

Yang saya rangkaikan adalah firasat saya tentang apa yang saya amati dan perhalusi, mungkin cuma dilihat dari satu sudut, tapi ada kebenarannya. Kadang-kadang kita terlalu leka dengan tugas dan tanggungjawab sehingga tidak terlihat jawapan kepada persoalan kita sudah ada di depan mata....

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.