sebegitu lama
kalian berlari mengah
ada yang mati mengalah
ada yang mendengus resah
ada yang ikut saja angin berlalu
tidak kurang terus saja menghabat kuat
pada jejakku yang mahu tangkas-bingkas
kerana maghrib warna bangsa kian bertandang
dan aku mahu pasti, esok bangun anak-anak kita
melihat kecerahan masih ada
girang tersenyum
penuh yakin
gagah
AKU YANG KINI:
pada maghribnya hidup ini
kuat akal kian melayang pergi
kuat langkah kian longlai
kuat nafas kian semput
darah-darah yang sudah mengalir malas
dengan airmata nan selalu saja tumpah di hati
dengan kata tertelan dalam
berdiriku mengigil
mencoret dengan penuh ketaran
di saat ini biarku gagahi melukis: terima kasih
buat semua
AKU YANG ESOKNYA:
jika pamitnya aku
pada taman penuh melur dan jasmin
telah kusedia istana abadi
di situ tinggalkan aku
(pesanan buat putera-puteriku)
biar aku terus saja
menjunjung tanah bumi kita
agar kalian mudah berkejaran
tiada polos
dalam menghambat martabat diri
dan membina darjat kebahagian kekal
buat bangsa kita....
Bicara sang kodok:
Ya lah...sekurang-kurangnya
Jagamu kekal dijalanan pulang
Beladin-2-Kuching
12 October, 2009
1 comments:
Sungguh indah dan puitisnya saudara mengungkai kata-kata yang persis penilaian terhadap sebuah permasalahan bangsa. Bangsa yang harus diakon akan kepincangannya dari segenap penjuru. Manatah hilangnya sebuah perhargaan buat bangsaku yang harus kutitipkan dibicara ini. Apakah buruk benar bangsaku ini? Apakah baik benar bangsa lain? Apakah cacat celanya bangsaku yang harus dipaparkan untuk membangkitkan tidur yang lena? Apa jalan dan apa idea yang harus dikemukakan buat bangsaku agar harga diri terus naik dan dibanggakan...
Jalinan mesra menghirup kemelut pemikiran yang kian pudar. Fikiran semakin menghampiri dunia pelupa dan terus menerus menjadi alpa. Kita semuanya gagal tapi sekelumit mencecah fikiran bangsa kita agar tidak terus menerus tidur untuk sebuah kejayaan. -Andalusia-
Post a Comment