Tulisan ini adalah yang terakhir dalam siri yang sama yang telah saya cuba jelaskan sejak dua bulan yang lepas. Dalam siri ini, saya akan cuba mnegkritik diri, kerana sejak 1986-2009, saya telah berkhidmat dalam Agensi Pusat (14 tahun), kemudian bergerak di agensi AkarUmbi (dua tahun) dan kini adalah hari-hari terakhir saya di badan koprat GLC (tujuh tahun) saya telah perhatikan dan lalui banyak perkara yang ingin saya kongsi bersama khusus bagi mereka yang ingin melihat dan memastikan bangsa Melayu itu tetap unggul dan lestari.
I:(1) Allah menciptakan kita dalam pelbagai rupa dan gaya, agar kita saling mengenali diri. Pernahkah kita bertanya apakah maksudnya Dia agar kita:Saling mengenali diri? Adakah cukup sekadar tahu jantan-betina, hitam-putih kulitnya?
(2) Perkara kedua yang sering saya ketengahkan ialah kita tidak dijadikan untuk menjadi Malaikat dan atau Syaitan. Kedua-duanya mahluk itu sudah azali sifatnya. Maka, pernahkah kita bertanya, kenapa kita dijadikan sebagai bukan malaikat dan atau syaitan? Kenapa pula mesti adanya manusia, sedang yang lurus (malaikat) dan bengkok (syaitan) sudah ada? Apa perlunya manusia pada malaikat dan syaitan?
(3) Sengaja Adam membuat hal (dan mungkin juga sememangnya sudah rencanaNya), sehingga dia diturunkan dari segala kesempurnaan hidup di syurga, ke dunia ini. Di sini, ada di antara kita yang hidup dengan cukup baik, ada sekadar hidup secara sederhana, dan masih banyak hidup dalam sengsara dan atau serba kekurangan? Di kemuidian hari kita pula dijanjikan syurga? Kenapa semua ini begitu? Kenapa ke dunia yang tidak nyaman, penuh dugaan itu dikirimnya Adam? Kenapa tidak Adam dan Hawa seronok saja bercekerama di syurga?
Saya akan cuba melihat semua ini dari sudut kanser diri, penyakit yang membunuh kita secara perlahan-lahan dan menyakitkan, terutama mungkin diakhir hari perkhidmatan saya untuk bangsa kita ini, agar kanser yang tengah memburu hidup saya akan pergi dan mengembalikan diri saya (dan kita) pada tenaga pembelaan terbaik!
II:(1) Jawap Tuhan bila Dia disoal para malaikat kenapa manusia hendak dijadikan (lebih kurang maksudnya): manusia itu akan ada kelebihan ilmunya, padanya, ada otak dan hati yang menjana akal dan nafsu. Dan setiap manusia itu ada tingkat ilmunya, dan pada tingkat ilmu itulah sebenarnya perbedaan hakiki manusia sesama manusia. Seorang lelaki pemungut sampah, tiada beda sifat lelakinya dengan seorang Raja, melainkan perbedaan darjatnya kerana ilmunya masing-masing. Itulah janji dan ketetapan Tuhan. Namun, pada perbedaan tingkat ilmu manusia itu, berserta darjatnya, lantaran kerana Tuhan telah memberikan kita Otak dan Hati, dari sana jika kita adalah orang-orang yang sentiasa memerhati dan (DAN) berfikir, pasti kita akan terus memperlajari dan mengembangkan keilmuan kita. Ini juga telah banyak kali Tuhan paksakan kepada kita dengan soalNya: tidakkah kamu orang-orang yang berfikir? Maka sifat kita sebagai individu, wajiblah kita sentiasa mahu mengembangkan ilmu dan paling penting mengamalkan ilmu yang kita perolehi. InsyaAllah Dia maha mengetahui akan tujuan dan kesudahan pekerjaan kita!
(2) Malaikat kejadian azalinya adalah untuk patuh 100 peratus kepada Allah. Tiada sedikitpun dalam kejadian para malaikat itu ada unsur menyeleweng dari tugasnya. Lurus, mutlak lurus sifatnya. Jika tidak begitu sifatnya, pasti akan ada pemesongan 'utusan' antara Tuhan dan para Nabi! Sedang syaitan itu memang 100 peratus memesongkan sifatnya. Namun tidak mungkin syaitan itu dapat memesongkan para malaikat. Maka kalau hanya wujud malaikat dan syaitan, tidakkah kejadian syaitan itu akan menjadi sia-sia (redundant). Tidakkah mungkin (saya gunakan nafsu syaitan), akan sampai masanya para syaitan itu akan mempersoalkan Allah, kenapalah Kamu jadikan aku ini sia-sia? Tidakkah mungkin para syaitan itu nanti (saya sekali lagi pinjam nafsu syaitan), akan menempelak Mahakebijaksanaan Allah! Maka untuk menjadikan para malaikat dan syaitan itu jadi lebih berguna (significant) kewujudan mereka, maka manusia diciptakan. Dengan ini, ada manusia akan ke kiri, ke kanan, dan atau tetap di tengah-tengah atas pengaruh para syaitan dan malaikat. Kita manusia diberikan Otak dan Hati, maka kita bebas memilih untuk ikut Otak atau Hati atau pertimbangan keduanya. Maka ada di antara kita pasti ada yang memilih untuk ke jalan malaikat (lurus, tulus, sujud mutlak), ada memilih ke jalan syaitan (samseng, gedebe, tebelahak, kutu, tak kisah, dll), ada sedikit ke malaikat, sedikit ke syaitan, ada di tengah-tengah. Namun itu semua pilihan masing-masing, kebebasan mutlak sendiri, cuma Allah akan mengakhirinya dengan keputusan akhirNya (His last card. Jika manusia menggunakan otaknya lebih dari hatinya, pasti sikap dan perbuatannya akan berbeza berbanding jika dia hanya menggunakan pada nisbah sebaliknya! Pada diri kita ini ada sifat-sifat malaikat dan syaitannya, hanya terpulang pengaruh mana yang hendak kita ketengahkan. Hanya otak dan hati kita membezakan kita dari apa dan siapapun juga. Tidak siapa boleh mempengaruhi kita jika Otak dan Hati kita adalah kental! Cuma, perosalannya, bagaimanakah kita selama ini telah membina agar kekuatan Otak dan Hati kita tetap pada jalan ibadah dan kebajikan?
(3) Dunia adalah tempat penuh cabaran dan dugaan. Syurga pula adalah sempurna mutlak sifatnya kerana di sana Allah bersemayam, para ambia, tabiin, dan solihin bakal tinggal kekal. Cabaran di dunia adalah jalan bagi manusia menempah diri ke syurga. Jika manusia mampu mengatasi segala cabaran di dunia maka syurgalah hadiahnya. Cabaran dan dugaan hanya boleh diharungi dengan penuh jaya jika kita beribadah dan beriman sepenuhnya. Sedang ibadah itu, adalah Keimanan diri dan kebaktian kita kepada segala mahluknya. (a) Tidak Allah itu akan menjadikan Hawa buat Adam, jika dia mahu Adam (manusia) itu hanya beribadat kepada diriNya. Hawa dijadikan adalah sebagai tanggungan Adam. Maka segala anak cucu dan seluruh umah manusia hasil dari Adam dan Hawa adalah bertanggungjawap kepada masing-masing. Manusia mesti bermasyarakat. Salah satu masyarakat itu adalah Melayu. Maka kita individu Melayu, mesti bertanggungjawap selain beribadat kepada Allah (untuk diri sendiri)kepada bangsa Melayu! (b) Membela kebajikan (KEBAJIKAN) bangsa Melayu itu adalah fardhu kifayah keatas kita. Ianya adalah satu kewajiban. Tanpa adanya sifat berkewajiban kita dalam membela kebajikan bangsa Melayu, maka itulah puncanya kemusnahan dan kepunahan bangsa ini suatu hari nanti (mudah-mudahan di jauhi Allah). (c) Dalam usaha pembelaan ini, kita mesti sedar bahawa ianya akan penuh dengan cabaran. Kerana pembelaan ini adalah suatu fardhu, suatu kewajiban, suatu ibadah, jika dilakukan dengan sempurna, pasti ianya adalah pertunjuk keImanan kita kerana, Dia sering mengingatkan kita: (i) Jangan kita bersangka bahawa kita adakah seorang yang beriman tanpa kita diujiNya (ii) Jangan pula kita bersangka kita adalah manusia beriman, sedang kita lena dengan perut kenyang sedang tetangga kita kegelisahan kelaparan! (iii) Begitu juga, di hari perhitungan, kita akan di soal tentang sembahyang kita (ibadat)...juga tentang kebajikan kita terhadap kedua ibu bapa kita (bakti kemasyarakatan). Pokoknya tanpa ada fahaman dalam Otak dan Hati kita bahawa kita mesti bertanggungjawap terhadap kebajikan bangsa kita (terutama bila kita berkedudukan), maka perlulah kita bertanya kepada diri kita: sempurnakah keImanan dan Ibadahku tanpa pembelaan kebajikan kepada bangsaku (UmmmahNya)?
III: (1) Ringkasnya, Allah memberikan setiap manusia dan bangsa itu setaraf di antara satu sama lain pada sifat azalinya. Namun yang membezakan kita adalah kerana Akal, Kemahuan dan fahaman kita tentang Ibadah dan KeImnanan. Jika akal dan jiwa kita sempit dan lemah dalam memahami erti dan mengamalkan tuntutan Ibadah dan KeImanan, maka pastinya kita akan pincang. Otak kita, hati kita kena besar dalam memahami dan mengamalkan tuntutan KeImanan dan Ibadah.
(2) Kanser yang membunuh bangsa kita adalah kerana sifat putus asa dan tidak kepedulian (indifferent) kita terhadap masa depan bangsa kita. Kita seperti telah menyerah. Segalanya seperti kita sudah kalah, hanya menanti maut datang berkunjung. Maka sebelum maut kepunahan bangsa datang menerjah, wajar kita melawan dengan fikiran dan jiwa yang kental dan cekal. Kita mesti mengingatkan diri kita dan bangsa kita akan hampirnya pemergian kita, agar kita tangkas dan bingkas sadar dan bekerja keras! Kini kita masih sempat melihat sang mentari, sekejap lagi belum ketahuan apa boleh kita menatapinya lagi! Bangsa kita kian tersepit, seperti kanser yang sedang menyerang (juga seperti dalam tubuh saya) tanpa kemahuan keras untuk hidup dan terus hidup, pasti kita akan cepat pergi (mati sebelum mati).
Kuching, Sarawak
13 October, 2009
3 comments:
Kita melihat perjalanan hidup kita semakin jauh. Apakah perlu kita menyatakan atau tidak. Mengkaji setiap kata-kata yang pernah terucap menjadikan kita semakin pelupa. Syurga dan Neraka dicipta bukan untuk menghukum tetapi menilai setiap tingkah laku manusia di muka bumi. Allah tidak mencipta setiap manusia untuk menjadi kasar. 7 tahun saudara bersama...apakah kekasaran itu terus menerus menjadi agenda saudara?
(1) Menjadi pemimpin yang baik tidak semestinya menjerit dan mengeluarkan kata-kata kesat.
(2) Menjadi pemimpin yang berkemampuan mengerakkan setiap kejayaan bukan melalui ugutan dan sebagainya.
(3) Menjadi pemimpin bukan sekadar diri sendiri saja yang betul. Tapi perlu mendengar kata-kata orang bawahan.
Apakah kita perlu memberitahu "aritok aku last di company tok" rasanya para pekerja sudah terbiasa mendengar perkataan ini. Tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya. Usah berkata-kata jika hanya pandai berkata-kata. Janganlah bersendiwara dan berlakon mengucapkan kata-kata. Pesan saya kepada saudara Abdullah...ada waktunya kita terlupa bahawa kita pernah berjanji kepada rakyat tetapi kita tidak menunaikannya seperti yang dijanjikan. Kita gagal melaksanakannya bukan kerna PELITA gagal tetapi saudara Abdullah gagal memilih syarikat yang benar-benar berkemampuan untuk melaksanakan projek tersebut. Jangan salahkan orang lain tetapi cermin dulu diri sendiri. Bak kata pepatah "nila setitik rosak susu sebelanga".
Saudara Abdullah tahu dan sengaja tidak mengakuinya... 7 tahun bukan sekejap untuk membutakan hati dengan setiap tindakan dan pelaksanaan. Harus ada ketegasan disetiap sudut. Jangan sekadar dipinggiran sahaja.Kerja tetap kerja.Pelaksanaannya mesti amanah dan jujur. Justeru itu setiap projek harus ada pemantauan dan tindakan yang tegas. Takkan nak nunggu jin bertanduk baruk nak sedar syarikat yang diamanahkan tidak mampu untuk melaksanakannya. Banyak lagi syarikat diluar sana mampu...maok sik maok ajak.=WaliKota=
Hampir sudah separuh hari dalam hidupku yang panjangnya hanya sehari, aku bangun dan saban waktu bangun, setiap waktu aku melangkah keluar pintu, ada saja hari yang terang: terangnya ada saja yang nyaman, ada juga yang menghangatkan, ada juga yang membahang; namun ada juga hari yang hujan: ada yang renyai enak, ada yang lebat, ada yang membinggung akan kebanjiran, ada juga yang berserta angin: ada sepoi, ada kuat, ada berkilat, ada berpertir dan berguruh mengoncangkan. (2) Begitu juga malam tidurku. Di luar ditemani sebegitulah selagi bumi berputar.
(2) Khusus bila ribut dan petir manah-memanah, apakah aku akan jadi (a) sibuta: yang hanyalah dengan itu baru aku boleh melihat sedang yang celek sudah lari sembunyi diri (b)sipekak: yang hanya baru bisa mendengar, sedang yang awas sudah masuk ke lubang cacing; (c) siotaknya terkunci: berkata bahawa Tuhan sedang menebak segala syaitan?; (d) Sikolot: berkata para roh sedang murka? Kenapalah aku tidak pernah duduk diam dan melihat terang, hujan, petir, guruh: semuanya adalah hari-hari hidupku agar sekali-kali aku berpelesaran damai, berlari-lari ceria, berkejar kuat, berlari kencang?
Tidak seluruh hidup kita akan menjadi terang dan adakala waktunya ia mendung. Kita terfikir akan diri kita seperti hebatnya sang guntur dan sang petir sehingga terlupa ada lebih hebat yang tidak menunjukkan kehebatannya. Jangan memuji diri sendiri dan jangan menandakan yang bukan diri kerna Allah swt maha mengetahui. Kita lahir bukan untuk mencerca dan mencaci. Bukan bangsa kita untuk kelihatan sedemikian rupa.=Walikota=
Post a Comment