.

02/9/09 MAHU MENGERTI Vs memang tak mahu mengerti....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - September 06, 2009

Share

& Comment


((Left) The slash and burn practice. This not only burnt what being slashed, but affecting the surounding non-gonna-utilise area as well. It is a poverty disease. (Righ) Once matured enough, these Pine Forest (close to Grand Canyon, USA) were burnt down to allowed for 'Forest Regeneration', and the timber are logged and sold. They legalised their foresting act! They burned, they harvested, they sold, they could, we don't! Survival of the smartest. We should never be blind of their trick! Don't rock, but let go for joget lambak!)

Tiga bulan lepas saya telah diwawancara oleh Oxford Business Group (OBG) sebauh Penerbitan Antarabangsa, dan tiga minggu lepas sekali lagi saya ditemuramah oleh Business Times (?), dan paling terbaru dua minggu lepas, saya telah di talipon oleh seorang pemberita berIbu Pejabat di Instanbul, persoalannya adalah mengenai keprihatinan saya (rasmi dan pribadi) tentang pemeliharaan alam sekitar.

(2) Juga saya mendapat SMS dari seorang teman di Australia, bertanyakan khabar dan keadaan jerubu di Kuching. Kepada yang berSMS ini, jawapan saya adalah ringkas: selagi Borneo masih di selubungi kemiskinan dan kepayahan untukhidup, selagi itulah masalah jerubu akan berlanjutan. Jerubu adalah KPI Kemiskinan dan KRA Kemiskinan!

(3) Mengenai, wawancara ketiga-tiga pihak terdahulu, saya cuba menjelaskan kenapa tumpuan kita adalah pada tanaman kelapa sawit. Isu yang dibangkitkan, tidakkah dengan menanam kelapa sawit, kita terpaksa meluaskan hutan? Tidakkah ini merosakkan alam sekitar? Juga dengan menanam kelapa sawit, tidakkah kita mengamalkan mono-culture, yang boleh menghasilkan 'mono-ocxygen source'?

(4) Jawapan saya kepada persolan ini adalah mudah, Malaysia dan Indonesia, jika disatukan, hanya ada lebih kurang 11 juta hektar kawasan kelapa sawit. Sedang kawasan di tanam jagung, kacang soya, gandum, bunga matahari, tebu, ladang ragut lembu, jumlahnya adalah ribuan juta hektar. Sama juga kawasan tanaman padi di Thailand, Vietnam, Kambodia, Indonesia dan China adalah jauh lebih luas dari kawasan tanaman kelapa sawit. Kenapa tidak timbul mono-culture practice, kenapa tidak timbul 'homogenous oxygen source'? Begitu juga hutan 'coniferous' di Kanada, di Utama Amerika, di Eropah dan sebahagian Australia, tidakkah ini beribuan juta hektar, tidakkah ini, bersifat 'mono-culture'? Saya menemplak mereka semua: Are we talking about environment or your are talking about don't compete with your vegertable oil and forest products? Is it environment or commercial competition that you are harping on!

(5) Dalam masa yang sama juga saya menjelaskan, tumpuan pembagunan tanaman kelapa sawit kita adalah pada tanah Adat Bumiputra (NCR). Dalam hal ini, mereka berhujah pula, dengan menanam kelapa sawit, tidakkah kita menafikan masyarakat bumiputra dari budaya hidup tardisional mereka? Tidakkah ini melanggar hak asasi kebebasan berbudaya mereka?

(6) Terfikir sebenarnya saya hendak menjawap secara 'jab rangkak' (entah apa maksudnya dalam Bahasa Malaysia, saya kira tidak ada, maka di sinilah bedanya kekuatan Bahasa Melayu berbanding Bahasa Malaysia!). Dalam tahun 1970an, di sepanjang Sungai Sarawak banyak tandas terapung. seronok jugak jika kita terus kekalkan adat 'melepas di sepanjang sungai'...Mat Salleh sure jadikan ini 'Malays' DIRTY/BABARIAN Way of Life'!

(7) Sebenarnya mengikut Gambar Udara 1972(?) terdapat lebih kurang 1.62 juta hektar dari 12.4 (?) juta hektar tanah di Sarawak adalah untuk pertanian pindah. Saban tahun lebih kurang 65,000 hektar adalah dikitar untuk tanaman padi bukit. Saban tahun, cara yang paling mudah untuk meluaskan kawasan hutan muda dan atau dara ini adalah dengan tebang dan bakar. Satu hektar padi bukit boleh menghasilan lebih kurang 600kg/hektar/tahun padi, atau memberikan pulangan sebanyak RM720/hektar/tahun.

(8) Kerana penduduk pribumi Sarawak kian bertambah, kerana jalan kian menjalar ke luar bandar dan pedalaman, kerana adanya jentolak dan chainsaw, perluasan Tanah Adat adalah jauh lebih luas dari semasa menggunakan kapak dan bangkung memudik sungai. Hakikatnya, jika kepayahan hidup di kalangan masyarakat pedalaman tidak di atasi dengan segera, kita bukan hanya mengahadapi masalah jerubu, tetapi hutan kita akan lebih cepat pupus, dan akhirnya, bekalan air kitapun akan musnah dan akhirnya semua janakuasa haidro kita tidak akan dapat berjalan sebaiknya. Pendeknya, masalah tuntutan NCR akan berleluasa, bukan hanya dikalangan masyarakat pribumi, tetapi maysakat Cina juga sudah pandai membuat tuntutan NCR: Native Chinese Right claim! Parailah kita jika ini tidak dibendung!

(9) Tentang soal, kelapa sawit akan menafikan masyarakat pribumi untuk mengamalkan budaya asli mereka: Bergawai, bergendang, beremping, bertuak....entah apa lagi yang mereka faham! Saya menjawap mereka berdasarkan Theory Tamak (Bapa Kapitalis) Smith dan juga Peter Drucker, Competitive Advantage: (a) Tanam padi dapat RM720/hektar/tahun, sedang kelapa sawit hasilkan RM12,500/hektar/tahun. Maka dari segi pendapatan satu hektar kelapa sawit adalah bersamaan 17.4 hektar padi bukit! Maka jika 65,000 hektar kawasan padi huma dapat kita tukar jadi ladang sawit, nilai pendapatannya adalah RM812.50 juta/tahun berbading dengan padi huma RM46.80 juta/tahun. Bayangkan jika 1.62 juta hektar tanah NCR dibangun semua dengan kelapa sawit, pasti kita akan memperolehi pendapatn bernilai RM20,000,000,000/tahun! Ini pasti akan jauh lebih besar dari perolehan Hasil Hutan dan Minyak digabuungkan sekitar RM1.50 billion/tahun! Mereka seolah-olah tak faham apa yang Bapa mereka (Smith dan Drucker) sendiri tulis dan cipta! (b) Tanpa menstabilkan ekonomi di pedalaman, suatu masa nanti kita akan seperti India, Ghana, Nigeria, Katmandu...bila hutan saban tahun terus dibakar, akhirnya kita tiada hutan lagi!

(10) Saya juga menjawap, suatu ketika dulu, kita juga dituduh berat sebelah dalam membangunkan rakyat kita. Masyarakat di pedalaman seperti di anak tiri, dinafikan hak asasi mereka untuk membangun. Maka di sini, kalau kita tak bangunkan, contohnya orang Penan, kita dikatakan zalim. Kalau kita modenkan orang Penan, mereka tuduh kita nak hancurkan budaya alsi mereka dan ini melanggar Hak Asasi Penan!

(11) Hakikatnya bila kita bangunkan tanah NCR, kita sebenarnya menyelesaikan masalah perebutan tanah di dalam kaum-kaum dan keluarga-keluarga berkenaan. Tanah NCR tiada persempadanan sah. Kita sebenarnya mengesahkan persempadanan tanah mereka. Maksudnya kita memperkukuhkan hak mereka ke atas tanah tersebut! Bagi yang tak faham, mereka selama ini menuduh kita merampas hak ke atas pemilik NCR. Kita sebenarnya mengesahkan siapa pemunya hak sebenar. dalam kita berbuat sebegini, pastinya ada yang kecewa! Dan yang kecewa biasanya lebih lantang menentang, bebanding yang mendapat hak, biasanya hanya mahu diam! Itulah hakikatnya, dan diharap yang mahu faham akan lebih faham, yang tak nak faham, sampai kiamatpun dia takkan mahu faham! We deal with them as we cross the bridge!

(12) Barat, hakikatnya menentang penanaman sawit bukan kerana masalah alam sekitar. CO dan SO2 dikeluarkan dari corong-corong kilang di Amerika, India dan China adalah jauh lebih tinggi dari dikeluarkan oleh kelapa sawit. Sama halnya, saban tahun di Kanada, Australia, Rusia, dan Amerika, puluhan ribu hektar hutan pine dan coniferous dibakar, di bawah alasan : To Allowed Regeneration of the Forest, sedang sebenarnya, pokok-pokok matang tersebut sebenarnya sedang ditebang untuk kegunaan industri mereka.

(13) Sawit mengancam pasaran minyak bijiran, dan kayu hutan tropika kita, mengancam pasaran 'temperate soft wood' mereka. Itulah hakikatnya! Mereka sudah mulai tak setuju dengan tulisan dan pandangan Smith dan Drucker yang dulu mereka agung-agungkan! Itulah topeng mereka!


Kuching, Sarawak
6 September, 2009

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

4 comments:

Bayu Senja said...

Salam
Barat memang mudah menunding jari untuk mencari kesalahan orang lain demi menutup perlakuan mereka. itu tidak kita nafikan.

sawit menjadi pilihan di sarawak kerana banyak sebab yang membolehkan ia menjadi komoditi terpilih, dan LCDA sebagai sebuah lembaga penyatuan tanah begitu cekap dalam menguruskan hal tersebut. Pokoknya, yang kaya tetap kaya dan yang miskin tetap miskin.Mungkin kerana diukur dari segi 60% hak milik tuan tanah, maka semuanya patut menjadi orang berada sekarang.Tapi kita semua tahu tiada syarikat yang tulus dalam mengendalikan ladang kelapa sawit mereka. Orang berniaga, kalau boleh nak kaut semuanya.Di sinilah kita harapkan LCDA main peranan.

NCR tanah milik pribumi. Di manakah letaknya orang Melayu dalam konteks ini? Orang Melayu rata-ratanya tinggal di persisiran pantai sepanjang negeri Sarawak. Silap haribulan, orang Melayu mungkin akan berpindah ke dalam laut untuk 'further expansion of settlement'.

Satu lagi, kenapa rumah mampu milik kita macam rumah burung merpati? Sebab bila kita cakap pasal tanam kelapa sawit, bukan beratus hektar malah jutaan hektar. Mungkin boleh tinggalkan sedikit untuk buat rumah yang lebih mesra rakyat supaya semuanya hidup dengan aman tenteram dan mesra sesama jiran.Kepada developers kita yang dah kaya raya, harap bolehlah muhasabah diri untuk memperjuangkan nasib rakyat, terutamanya orang Melayu. Sebab rumah mampu milik ini jarang-jarang pulak diperlukan oleh orang Cina atau India, mungkin di Semenanjung ada kut.

Banyak perkara dan isu mengenai tanah dan kehidupan.Moga kita dapat melakukan yang terbaik.

Anonymous said...

Ceh.. Orang Laut x sdar dirik.. Cermin dulu dirimu.....

Abdullah Chek Sahamat said...

InsyaAllah kita akan tetap berusaha. Dengan fikiran yang lebih matang, dengan niat yang lebih nyata, serta semangat yang kental, dengan akal waras dan panjang, pasti kita akan dapat apa yang kita perlukan. Biarlah perasaan dan nafsu tidak menguasai dan menipu diri kita.

Anonymous said...

Cakap pandai la lu.... Cermin bnar2 rambut di kepalamu... Ludah dulu mukamu... Sedang asyik mengata untuk kemajuan bangsa, bangsa serta kampungmu sendiri kau lupakan... Saudara sebangsamu kau hinakan.. Jangan ingat aku tidak tahu mana asal usulmu... Jangan ingat aku tidak tahu apa sejarahmu... CERMIN DULU DIRIMU

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.