Sejak kemenangan SBY sebagai Babak Presiden Indonesia, belum terdengar banyak perkara yang beliau war-warkan bagi menyakinkan rakyatnya tentang masa depan cerah mereka. Mungkin, moto kempen beliau: Biar Lambat Asal Selamat, menjadikan segala gerak langkah beliau begitu terlalu perlahan, hati-hati. Pastinya, hakikat hidup rakyat yang setelah sekian lama tercungap-cungap mahukan yang lebih pasti. Para pendukungnya, mahukan dengan segara apa yang ada untuk hari ini dan esoknya. Apatah lagi, mereka yang tidak setuju dengan beliau. Baik di sebelah Megawati atau Jusuf Kala, mereka pasti melihat keresahan hidup rakyat hasil sikap Biar Lambat Asal Selamat SBY sebagai sesuatu yang boleh digarap sebagai modal politik yang menguntungkan. Maka, tidak heran, dengan segala rentetan persoalan antarabangsa, pasti ada yang mengambil kesempatan, termasuk kasus-kasus kacangan dengan Malaysia: Manohara, Nordin, Tarian Pendet.
(2) Rakyat Malaysia harus ingat, kemenangan kita dalam kasus Pulau Si Padan, secara diam tetap tidak dapat di terima oleh sebilangan rakyat Indonesia. Sikap ini pasti menular kepada masalah bersama kita di Ambalat. Tidak mungkin Indonesia mahu dimalukan sekali lagi jika mereka ditewaskan di Ambalat. Maka, dikalangan pendokong SBY samada dalam pemerintahan awam dan atau ketenteraan, mereka pasti sudah tidak bersedia untuk kalah dalam kasus Ambalat.
(3) Atas, dua perkara di atas, segala perihal titik benget yang melibatkan Indonesia dan Malaysia pasti menjadi satu perkara besar di sana. Akibat kebebasan mutlak yang telah mereka perolehi dengan tumbangnya Suharto, menjadikan mereka begitu bernafsu untuk membakar apa saja biar mereka tampak besar dan berdaulat-bebas, sebebasnya! Inilah kemahuan dan hasil perjuangan Amien dan inilah ikutan sebahagian dari rakyat kita sendiri di negara ini. Kebebasan yang sudah tidak mengerti di mana batas profesionalisma.
(4) Tuntutan gaji RM800/sebulan bagi Pembantu Rumah dari Indonesia, saya kira perlu kita terima. Tidak salah kita memberikan Pembantu Rumah ini gaji RM800/bulan. Tak apa. Sememangnya sepadan dengan tanggungjawap mereka sebagai Pembantu Rumah. Cuma apakah benar tututan RM800/bulan ini adalah tuntutan oleh Pembantu Rumah atau tidakkah mungkin hanya sekadar mainan politik pihak tertentu di Indonesia yang tidak membuat Hisab (Perkiraan Metamatik) akan perkara sebenar? Tututan sekadar mahukan populariti!
(5) Cuma, jika rakyat Malaysia sendiri bekerja, dan dibayar gaji RM800/bulan, mereka pasti terpaksa sediakan rumah sendiri, makan sendiri, kenderaan untuk datang kerja sendiri. Paling kurang, jika mereka menyewa bilik asas (hanya ada katil dan kipas), pasti harga sewaannya RM150-200/bulan. Kemudian jika mereka makan sendiri, pasti akan menelan kos RM300-450/bulan. Jika ditambah kos pengangkutan ketempat kerja pasti tidak kurang RM100-150/bulan. Begitu juga, kos perubatan, biar tidak banyak, mungkin RM10-20/bulan.Pasti banyak keluarga/majikan membawa mereka berjalan-jalan keluar, makan dan membelikan pakaian dan pelbagai lagi keperluan hidup mereka: ubat gigi, sabun, minyak rambut, shampoo, tuala perempuan, ya segala sesuatu, pasti ini ada nilainya, katakan RM20-30/bulan.
(6) Namun bagi Pembantu Rumah, segalanya tersedia. Bilik tidur mereka, pastinya lebih selesa dari jika disewa. Begitu juga mereka pastinya bebas makan apa saja, menonton TV, menggunakan segala kemudahan di rumah majikan bila mereka tiada di rumah. Mereka juga tidak perlu berbelanja untuk ketempat kerja. Jika semua ini dihitung, setidak-tidaknya akan mengakibat kos saraan bernilai RM600-700/bulan bagi Pembantu Rumah ini.
(7) Atas perhitungan semua ini, jika kita setuju mereka di bayar gaji RM800/bulan maka gaji bersih mereka sepatutnya cuma RM100-200/bulan atau pastinya, pas-pas! Pasti ini menguntungkan para isteri dan suri rumah kita! RM800-((RM100-150)+ (RM300-450)+(RM100-150)+(RM10-20)+(RM20-30))=RM800-(RM530-650)=RM150-270. Maka permitaan mereka punya asas yang sangat kukuh dan itu adalah hak mereka. Dan kita juga sebenarnya sudah menunaikan ini sebelumpun mereka meminta. Rata-rata say kira Pembantu Rumah menerima Gaji Bersih RM300-500/bulan dan ini adalah jauh lebih tinggi dari apa yang mereka tuntut.
(8) Mereka juga hendak cuti di hari Cuti Umum, ya silakan. Cuma, apakah semua ini, tidak akan mendedahkan mereka dilayan seperti hamba oleh sebahagian tuan rumah kemudiannya. Saya pasti, kenaikan gaji, pastinya tidak akan memperbaiki kebajikan Pembantu Rumah, tetapi akan mengakibatkan mereka tidak lagi akan dihormati sebagai sebahagia dari keluarga yang mengupah mereka! Sifat manusia amat jelas, bak kata orang Kedah: Hang terkam, akupun boleh tibai hang teruk juga! Ada ubi ada batas, ada budi ada balas!
(9) Para pegawai dan pemimpin Malaysia yang tengah berunding panas tentang hal ini, harap-harap ada perhitungan seperti ini. Pada saya, tiada isu yang perlu dibincangan oleh para pegawai kita. Secara Metamatiknya, kita dah tunaikan apa hak mereka. Cuma banyak diantara kita sebenarnya, telah berlaku lebih murah hati kepada Pembatu Rumah ini, tanpa mereka dan Negara mereka sadari.
(10) Isu Pembantu Rumah ini sememangnya sudah terfikir lama oleh segala nenek moyang kita dahulu. Jika tidak pasti mereka tidak pernah berperibahasa, Kera dihutan disusui, anak sendiri kelaparan! Nik Aziz dan Sahidan Kassim sudah ada jawapan sendiri kepada masalah ini, lama dulu dah dia orang kata, sehingga Sahrizat melompat!
Kuching, Sarawak
6 September, 2009
0 comments:
Post a Comment