.

04/09/09 UNTUK SEBUAH NAMA IV...

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - September 06, 2009

Share

& Comment


MAHUMU KINI:
kembang putih yang sedang harum
yang kulihat dalam bening danau jauh
seperti juga jiwamu
yang mahu kau putih dan harumkan
lewat menghadap dirimu padaNya
menyembah hati dan jiwa
memutih dirimu di mukaNya
melangkau resah semalam
meninggalkan segala kepayahan
lalu menyembah tekad buat esok nan panjang
dan aku hanya mahu seperti danau itu
menyediakan segala bening biar indah putihmu

MAHUKU ESOKNYA:
biar putihmu
biar juga putihku
teranyam kuat bagaikan kanvas
buat sama kita melakar sebuah desa penuh tamar
melukis sebuah cerita bangsa
dengan bangsa bergemgam kuat merdeka
juga mencoret sebuah catatan jalanan bersama
biar jadi penyuluh dan dimengerti segala
sebagai azimat pejuang bangsa
buat menyambung putih kita
buat putih hidup bangsa kita
selamanya.

bicara sang kodok:
aku biar tetap menumpang saja di dedaun lili putih
dan bernyanyi untuk datangnya hujan!


Kuching, Sarawak
6 Septembar, 2009

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.