.

1/09/09 NAJIB Vs HO CHII MINH......pada nada, pada gaya, pada raut

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - September 06, 2009

Share

& Comment

('Ho Chii Minh', perjuangannya adalah memartabatkan Bahasa Melayu (bukan Bahasa Malaysia), kerana Bahasa Melayu adalah bahasa yang dimengerti dan dipertutur oleh bangsa kelima tebesar di dunia! Melayu adalah kelompok manusai ke lima terbanyak di dunia! Tanpa Bahasa, di manakah bangsa? Maka 'Ho Chii Minh' dan Ho Chii Minh adalah dua manusia serupa....berjuang untuk bangsanya!)

Suatu waktu dahulu, semasa saya sedang berkhidmat di Bintulu, suatu permasalahan besar yang saya lihat sedang melanda anak sekolahan Melayu di Bintulu, khususnya mereka dari luar bandar, adalah ketiadaan wawasan hidup. Biarpun DMM telah memperkenalkan W2020, mereka pada hakikatnya tidak faham apa itu pengertian sebenar W2020. Mereka hanya kenal DMM sebagai teladan (idola), itupun mereka tidak begitu khusus tentang keteladanan (keidolaan) dari segi apa, pada pandangan saya, mereka hanya tertarik hanya kerana DMM itu terkenal! Tidak pada fikiran, sifat, dan kewibawaan beliau.

(2) Kesadaran saya mengenai perkara ini, adalah atas kajian statistik tentang prestasi akademik dan tahap keciciran anak sekolahan Melayu yang saya buat di Bahagian tersebut. Saya juga cuba mengikuti, kemana mereka akan pergi selepas tercicir dari peringkat Rendah, Menengah Rendah, dan Menengah Atas. Saya juga mendapati, Sekolah Teknik Bintulu, tidak dapat menarik minat para pelajar untuk mengikuti pelajaran lanjut di sekolah berkenaan. Paling sedih, bila saya berkunjung ke semua Tadika anjuran KEMAS, SEDIDIK, HIKMAH, ABIM dan Darul Ulum. Prasarana, kemahiran kakitangan, sekitaran, kemudahan, adalah amat mengaibkan.

(3) Menyadari akan bahana permasalahan yang boleh timbul akibat kepincangan pendidikan di kalangan anak-anak Tadika, Sekolah Rendah, Menengah Rendah, Menengah Atas, dan Teknikal, maka saya sering duduk berbual di kedai kopi, di bilik mesyuarat, dalam perjalanan saya kemana-mana juga dengan beberapa rakan samada dari Kerajaan, Swasta, NGO, Pemimpin Masyarakat dan segelintir anak muda yang mahu menyumbang (juga yang hanya sekadar mahu bersembang!).

(4) Saya mengerakkan sgelintir teman-teman untuk bersama saya ke kampung-kampung dan bercakap tentang kelemahan dan musibah yang bakal dipikul oleh anak Melayu Bintulu jika perkara ini tidak dibetulkan. Kami juga, atas kesadaran dalam sebahagian dari teman-teman telah dapat membangun semula beberapa Bangunan Tadika, memperbaiki banyak surau dan menjadikan sebahagian surau dan masjid sebagai pusat pembelajaran.

(5) Atas semua ini, saya sebenarnya amat tersentuh oleh seorang teman dari MLNG. Dia sebenarnya sangat payah untuk turut serta dalam apa yang saya cuba usahakan. Dia sebenarnya sangat suka hendak berbakti kepada masyarakatnya. Namun usaha beliau seperti lebih condong ke kiri sehingga kebanyakan orang menganggap dia sebagai pembangkang.

(6) Namun suatu ketika, dia telah datang kepada saya dan mengatakan akan ikut serta dalam siri lawatan saya ke kampung-kampung di Bintulu. Banyak juga rakan-rakan lain, menasihatkan saya untuk tidak menjadikan beliau sebagai anggota rombongan saya. Saya tidak kisahkan apa yang orang lain fikirkan. Saya tetap memasukkan dia dalam kelompok lawatan saya. Pastinya kehadiran beliau bersama saya, telah mendedahkan saya kepada segala kemungkinan 'serong'.

(7) Dalam suatu dari lawatan tersebut, dia telah meminta agar dia diberikan peluang untuk berucap. Saya benarkan beliau berucap tanpa syarat. Apa yang memeranjatkan saya, ialah ucapan beliau adalah pendek dan sangat dalam, lebih kurang begini: Kalau kita melihat Tuan Residen ini bercakap, dia bercakap menggunakan otak, dia bercakap menggunakan perasaan, dia melahirkan segalanya pada suara, pada mata, pada tangan, pada tubuhnya. Dulu, saya tidak percaya apa yang dia katakan. Saya boleh beri jaminan, bahawa dia bercakap tentang kita, dia bercakap untuk kita. Tidak untuk dia! Alhamdullillah berkat kerjasama banyak pihak, kami telah dapat menimbulkan sedikit kesadaran dan 'pembangunan' di kalangan masyarakat Melayu Bintulu.

(8) Kata-kata ini, sebenarnya terus menjadi azimat saya sehingga kini. Dan secara kebetulan malam semalam saya melihat Najib berucap (sering mengikuti beliau berucap), dan juga awal subuh semalam di Awani saya melihat 'Ho Chii Minh' bercakap. Ianya mengigatkan saya akan teman saya di Bintulu tersebut. Dua wajah, dua gaya, dua pasang mata, dua pasang tangan, dua dada, dua tubuh pada Najib dan 'Ho Chii Minh', bila mereka bercakap, kesannya amat berbeza. Najib seperti payah mahu kesampaian sedang 'Ho Chii Minh' dengan mudah dimergertikan, dan saya pasti bila dia 'memberontak' perihal memertabatkan Bahasa Melayu, maka pihak pembangkang dengan mudah 'menyediakan pentas buat beliau', bukan kerana apa, kerana, 'nada dan raut' 'Ho Chii Minh' adalah seperti aset baru bagi pembangkang untuk menyerang Kerajaan! Tetapi "Ho Chii Minh' dan rakan-rakan, mereka hanya mahu memertabatkan Bahasa Melayu, tidak lain!

(9) Najib gaya bicara 'keperwiraan'nya, tapi suara, gaya, raut wajah, tidak jelas seirama. Sangat berbeda dengan DMM bila bercakap. Biar tidak tampak 'keperwiraan bahasa' tetapi jelas maksud, jelas kedalaman, jelas sentuhannya, paling ketara, jelas keikhlasan dan kebenarannya.

(10) DMM mungkin manusia terlalu besar buat Najib. Bedanya, DMM tidak lahir di dulang emas. Maka dia mengerti kepayahan, kehinaan, kemelaratan bangsanya, kerana dia sendiri yang melalui, sedang Najib, mungkin hanyalah 'melewati' sahaja! Namun, 'Ho Chii Minh', tidak sebesar DMM bahkan tetap juga manusia kerdil jika dibandingkan dengan Najib. Namun bila berbicara, dia tampak sangat mengerti apa yang dipertuturkan. Bahasanya, nadanya, gerak badannya, apa tah lagi wajahnya yang dibungkus rambut dan janggut yang putih, seperti sebersih kata dan niatnya. Inilah bedanya, saya percaya, jika Najib hendakkan apa-apa yang diperkatakannya didengar, diperhati, dihayati, dimengerti dan diikuti oleh orang Melayu, dia kena faham akan pengertian 'pancaran keikhlasan pada wajah dan gaya di sebalik lidah yang berhujah!'. Dia kena faham secara terperinci tentang apa yang dia perkatakan. Dia kena hayati apa yang dia mahu perkatakan. Tun Razak, tidak petah berbicara, namun dia hanya sedikit berbicara. Namun, mutu pembicaraan beliau adalah jauh lebih baik dari Najib. Jika tidak, saya kira, UMNO sedang menuju kehancuran hebat. Kebanyakan orang Melayu akan kembali bulat pada UMNO jika mereka dapat melihat dan merasa, Najib sebagai juragan benar-benar mahir mengemudi kapalnya! Syabas kepada Muhhydin, Rais, dan Mustapha dalam hal ini. Nik Aziz, begitulah sebenar kelebihan beliau!

(11) Saya merakamkan penghargaan kepada Awani kerana membenarkan 'Ho Chii Minh' bertutur: (a) Dalam hidup saya, tak banyak yang saya lakukan. Tidur, kalau bangun, saya membaca, atau saya keluar menonton. (b) Apapun yang kita hendak tulis, kita hendak kata, kita kena buat "Homework' (c) Saya membaca (dan menonton), untuk mengembangkan pengetahuan, kerana biarpun kita punya ilmu yang tinggi, tetapi jika kita tidak membaca, ilmu kita tidak berpengetahuan! Begitulah lebih kurang tutur katanya "Ho Chii Minh', Datuk A Samad Said, Sastrawan Negara, sidegil Melayu!

(12) Saya doakan agar 'Ho Chii Minh' akan dipelihara Allah agar dia terus sihat, selamat dan sejahtera. semoga Najib dan yang lain-lain dapat belajar dari manusia 'berambut dan janggut putih' ini.

Kuching, Sarawak.
6 September, 2009

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.