.

5(V)/08/09 MEMPERKASA MELAYU.....dari sudut pengurusan makro-ekonomi pasca kemerdekaan

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - August 29, 2009

Share

& Comment


(Apa yang dimenung, apa yang dilihat, apa yang diimpi? Ya, sedang negara makmur, apakah kita akan makmur? Macro-economic felacy!)
Dua perkara menarik perhatian saya,dan seharusnya menjadi perhatian semua manusia Melayu pada hari ini. Pertama, dalam Warta Perdana TV1 malam tadi (29 Ogos,2009) Najib berkata KNK Perkapita Malaysia perlu menjangkau USD17,000.00 pada 2020 untuk menjadikan Malaysia dikelompokan sebagai Negara Maju atau berpendapatan tinggi. Kini KNK Perkapita kita adalah USD7,000.00. Untuk mencapai tahap USD17,000.00, pertumbuhan ekonomi kita mestilah tidak kurang dari 10% setahun. Jika kurang dari itu, contohnya pada kadar 6%/tahun akan menyebabkan kita hanya boleh mencapai KNK Perkapita USD17,000.00 hanya pada 2030.


(2) Perkara kedua yang menarik minat saya, juga seharusnya kepada semua orang Melayu, adalah sedutan program Bicara Mufti di TV1 awal subuh tadi, dimana mubaligh berkenaan mempersoalkan kenapa orang Melayu tidak mahu berniaga? Jikapun mereka tidak mahu berniaga, kenapa pulak mereka terlalu susah untuk menyokong Melayu yang berniaga? Kita seolah-olah lebih rela orang lain kaya di atas sikap tidak indah kita. Lebih kurang begitulah, ingatan saya mengenai hujah singkat beliau.


(3) Kebetulan juga malam tadi di Saluran Sejarah Astro 555 (31 August, 2009), pengulas Rencana Sejarah Islam, menceritakan kejayaan perkembangan empayar Islam semasa dan setelah wafatnya Muhammad adalah kerana sikap orang Islam yang suka berdagang. Dagang telah meletakkan orang Islam jauh kedepan bangsa lain, sehingga mereka mendapat penghormatan yang tinggi, dan akhirnya agama mereka jadi anutan bangsa lain. Dagang juga telah mengembangkan ilmu (Matematik, Geometri, Kimia, Perubatan, Seni Bina, dsb) orang Islam, khususnya di Baghdad, Syiria, Parsi dan Asia Tengah. Begitulah betapa Muhammad telah mengotakan apa yang dia maksudkan bahawa 90 peratus dari kekayaan dunia ini terletak di dalam dunia perdaganan. Bangsa Melayu juga terkenal di abad ke 14/15 kerana mereka adalah pedagang dan pelaut yang handal. Namun, apa sudah jadi dengan kita sekarang ini.? Kita sudah tidak lagi punya sikap, sifat, watak, semangat Pengusaha (enterpreneurship), sekarang kita hanyalah pengikut, bukan pengasas! Kejayaan Muhammad dan masyarakat Islam (dan Melayu)terdahulu adalah kerana jiwa, sifat, sikap, semangat pengasas, peneroka yang ketal pada diri mereka.

(4) Saya melihat, ada kepincangan yang teramat nyata bila kita terlalu mengejar Kadar Pertumbuhan Ekonomi sebagai petunjuk kemajuan negara kita. Dengan kadar pertumbuhan KNK yang tinggi, pasti akan melonjak angka pendapatan KNK Perkapita Purata Rakyat, namun angka yang tinggi ini adakah ianya akan dinikmati oleh orang Melayu. Pastinya tidak. Dengan segala kepincangan sosio-budaya, keagamaan, siasah, pendidikan dan kemahiran, dsb yang masih terus-terusan melanda orang Melayu, pertumbuhan ekonomi dan Purata Pendapatan KNK Perkapita yang tinggi tidak mungkin kesampaian secara setimpal di kalangan orang Melayu. Ianya hanyalah kulit kejayaan kemerdekaan kita, bukan darah dan daging pengisian kemerdekaan Melayu. Ianya tidak meletakkan Melayu pada ketuanan sebenar! Kita hanya tuan pada tahta, tidak pada darjat dan martabat kita.


(5) Jika Najib hanya mengejar pertumbuhan ekonomi, sebagaimana tindakan Dr. Mahathir selama 22 tahun beliau menjawat jawatan PM, maka saya katakan bahawa Najib telah mendurhakai halatuju Tun Abd Razak, iaitu Perumbuhan dengan Pengagihan (Growth with Distribution). Kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi lebih menjurus kepada perkembangan pesat industri moden dan sektor bandar. Dua sektor ini, adalah not a Malay War/Playing Field, mereka akan tewas jika kita tidak hati-hati dalam mengerakkan sektor ini. Kita mungkin akan seperti itik mati kehausan di kolam akhirnya!


(6) Perkembangan pesat industri moden dan bandar, tidak menguntungkan Melayu secara jangka panjang. Industri Moden dan Bandar telah menjadi bidang yang sangat asing kepada orang Melayu. Betapa kuat sekalipun mereka bergelumang dalam sektor berkenaan, mereka tetap juga akan ketinggalan lantaran kelemahan-kelemahan keusahawanan yang ada pada mereka. Najib mesti bijak dalam mengenali dan memperbaiki kelemahan-kelemahan ini. Ianya tidak boleh ditangani secara politik, kerana selama ini, itulah cara kita, dan kita telah gagal sejak 52 tahun yang lepas!


(7) Kita kena ada agenda macro-ekonomi Melayu yang lebih mantap. Segala GLC perlu digerakkan sebagai pendokong kepada pembentukan sebenar usahawan Melayu. GLC perlu bergabung tenaga, fikiran, sumber. Saya mengambil contoh yang agak mudah (jika mahu), PKNS sedang dan akan membangunkan puluhan ribu rumah pangsa untuk rakyat. Namun jika kita lihat keliling perumahan ini, tiadapun di sediakan Gedung Pasaraya Moden untuk orang kita berniaga secara besar-besaran. Maka di sinilah FELDA/Sime Darby/Tabung Haji boleh memainkan peranan yang penting dengan membina dan menguruskan Gedung-gedung Perniagaan berhampiran dengan kawasan perumahan yang majoriti penduduknya adalah Melayu. Saya kira ini tidaklah sukar, jika kita mahu, jika kita sadar, jika kita insaf akan kepentingan temadun, martabat, dan kesejahteraan kedepan bangsa kita. Lihatlah bagaimana bijaknya Tan Sri Lee IOI dalam membangunkan Puchong dan sedikit masa lagi Putra Jaya. Saya yakin, GLC kita dipimpin oleh anak-anak Melayu yang jauh lebih berlelajaran dari Tan Sri Lee, tetapi kenapa pandangan kita teramat cetek berbanding dengan beliau! Ini saya kira, kerana kita, hanya bekerja, tidak lebih dari sikap makan gaji!

(8) Kepincangan kita adalah kita cukup prihatin terhadap makro-ekonomi negara, tetapi kita tidak punya Pelan Makro-ekonomi dan Pelan Tindakan Pembangunan Ekonomi Melayu. Jika ada, tidak lain, MARA, subsidi, pinjaman kecil-kecil, pinjaman mudah! Kita bijak merancang dan bekerja untuk negara, kita lalai dalam memastikan apakah kerjaan kita itu memenuhi keperluan bangsa Melayu!

Terasi, Simunjan, Sarawak
29 August, 2009

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.