.

7/08/09 PUASA........jimat sebulan, boros sekejap, sakit bertahun!

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - August 25, 2009

Share

& Comment


(Ingat dan kenanglah wajah-wajah sayu sebegini, tika kita sedang enak makan dan tidur....)

Masa bulan puasa begini, perkara yang paling seronok adalah melihat anak-anak di bawah umur (6-9 tahun) yang dapat menahan diri melewati masa lapar mereka. Bila saja waktu berbuka, merekalah 'manusia paling bahagia' di dunia ini. Betapa mereka begitu tertib duduk bersila seisi keluarga namun dengan pelbagai gelagat tak sabar menanti azan tanda waktu berbuka sudah tiba. Kita dulu-dulu masa kecil-kecilpun berkelakuan sebegitu. Lakaran ini, boleh kita imbau kembali, kalau tak silap dalam Kartun Lat dan juga watak Epit yang selalu digambarkan oleh NST dalam tahun 1980an.

(2) Natijahnya, berpuasa adalah untuk mengajar kita bersabar. Bersabar menempuhi segala dugaan. Kalau kita renung dalam-dalam, inilah apa ang Allah telah perkatakan kepada Muhammad, pada hari itu, pada saat itu, sebagai tanda ayat terakhir yang Dia wahyukan kepada Muhammad, Aku sempurnakan agamaKu untuk umatKu. Bahawa Islam adalah agama yang penuh kesempurnaan. Islam memberikan selengkap petunjuk buat manusia, cuma adakah kita suka mengkaji dan berfikir dalam?

(3) Puasa adalah satu kemestian (kewajiban) dalam Islam. Puasa bagi para alim ulama, adalah ibadat. Puasa adalah masa di mana seseorang perlu menjadi paling akrab kepadaNya (moral dan fizikal). Namun, kita sebagai manusia biasa, wajarlah kita memahami dan menghayati bahawa puasa adalah satu sistem yang diwujudkan oleh Allah untuk sentiasa mengingat dan melatih diri kita supaya sentiasa mempunyai keteguhan azam dalam menghadapi segala cabaran hidup. Hadirnya puasa pada saban tahun adalah untuk kita terus memperingatkan dan melatih diri bahawa kita mesti sentiasa tabah, tekad, teguh, dan berdisiplin dalam menghadapi segala cabaran yang terpaksa kita lalui khususnya dalam memikul tanggungjawap hidup kita.

(4) Tiada agama di dunia ini, yang mempunyai sistem berpuasa yang sedemikian rupa, jika kita hayati dan patuhi dengan sepenuhnya, akan memberikan kita segala kekuatan yang tidak ada bandingannya. Badan kita terasa lebih ringan dan cergas jika kita dapat tamatkan puasa dengan sempurna. Maka tidak heran, nenek moyang kita dulu-dulu, bila habis saja puasa, mereka menangis kerana pengertian dalam mereka tentang nikmat puasa. Juga, maka dengan sebab itulah puasa disunatkan dalam banyak ketika dan hari selain fardhu wajib dibulan Ramadhan.

(5)Untuk perpuasa, bermula dengan bangun seawal jam 4.00-5.00 pagi untuk menyediakan juadah, dan bersahur, memerlukan satu kekuatan mental yang sangat kuat bagi menentang segala rasa kemalasan dan keenakan hangat bantal dan tilam. Banyak orang, sanggup tak sahur, asalkan puas tidur, namun di sepanjang hari dia akan tercabar kuat kerana lapar dan dahaga yang tidak terhingga. Akhirnya, mereka sebergini, akan tertanam perasaan menyesal kerana 'malas'. Secara Islamiahnya, kita digalakkan bersahur, dan jika boleh hanya berhenti makan bila menghampiri waktu subuh (imsak). Setidaknya, puasa mengajar kita supaya jangan malas! Susah sendiri kalau malas!

(6) Begitu juga di sepanjang hari berpuasa, kita kena menahan diri dari segala godaan perasaan, penglihatan, rasa, kemahuan, dan segala sesuatu cita rasa yang mungkin agak nakal atau jahat sifatnya. Pendeknya, dalam kita dituntut untuk melakukan segala tanggungjawap seperti biasa, kita dikehendaki 'menahan diri' dari pelbagai perkara yang mungkin sebahagiannya adalah tabiat buruk kita. Ini adalah latihan dan peringatan pemutihan diri yang perlu kita lalui. Saya percaya, ini jika kita fahami dengan baik akan menjadikan kita manusia yang sentiasa bersederhana dan sentiasa punya sifat 'sadar diri' yang tinggi. Dalam banyak hal, kita kena sentiasa tahu siapa diri kita. Banyak kali, kita lupa akan diri kita! Puasa sentiasa mengingat dan melatih diri kita untuk sentiasa ingat siapa diri kita, tanggungjawap kita. Kita selalunya tersasar kerana kita 'lupa diri'! Puasa mengingatkan kita kepada diri kita! Sadar diri!

(7) Semasa hendak berbuka, ada tertibnya yang tersendiri. Kita, bukan hanya perlu memikirkan juadah bagi seisi keluarga, kita juga mesti ada kemurahan hati terutama di kalangan jiran tetanga. Inilah amalan agar kita sentiasa sensisitif tentang hadirnya manusia lain di keliling kita. Sifat mementingkan orang lain, selain kepentingan diri sendiri, adalah suatu yang amat penting dalam hidup kita bermasyarakat. Kita tidak boleh kendiri, sendiri-sendiri. Kalau kita lupa akan masyarakat, maka kita pasti perlahan-lahan akan lupa kepada kaum keluarga kita sendiri, dan akhirnya, sehingga kita jadi kera sumbang barulah kita tersadar. Puasa, mengingatkan kita akan pentingnya hidup bermasyarakat, tanggungjawap kita kepada masyarakat, maka dengan sebab itu, Terawih diwujudkan! Agar kita bermasyarakat!

(8) Malam tadi kebetulan saya menontot Channel History 555, yang mengisahkan tentang sifat Tamak (Greed). Dari sejak Adam sehingga ke zaman sekarang, sifat Tamak telah bertukar wajah dalam pelbagai rupa. Dari penipuan, pembunuhan individu, kepada perebutan kuasa, membawa kepada perperangan sehingga tercetus konsep Kapitalisma dan keruntuhan ekonomi dan sistem kewangan dunia, semuanya adalah jelmaan Tamak dalam pelbagai bentuk rupa.

(9) Puasa mengajar dan mengingati kita tentang buruknya sifat tamak. Hanya kerana kita lapar dan dahaga, maka kita begitu gelojah berbelanja membeli apa juga juadah tanpa memikirkan apakah akan kita makan semuanya, atau sekadar menurut nafsu tamak! Begitu juga, kerana lapar dan dahaga, kita makan sehingga perut kita jadi kembung seperti Epit dalam kartun Lat! Maka berpuasa, melatih kita untuk berfikir, mengamal, agar kita tidak perlu tamak, tidak perlu bakhil, tidak perlu dengki, tak perlu gelojoh!

(10) Begitulah puasa, bermula dengan suci (sembahyang subuh), suci di sepanjang harinyanya (penahanan dari segala sesuatu yang boleh menguruskan puasa), dan ditutup dengan kesucian pada akhirnya (sembahyang magrib). Puasa adalah untuk mensucikan diri kita, dan perlu kita fahami akan keperluan ini, kerana pasti ada barkah pada segala kerja dan perbuatan yang kita lakukan, jika kita mengerti akan apa yang kita lakukan.

(11) Mudahan-mudahan coretan kecil ini, dapat kita berkongsi akan pengertian puasa dari perspektif lain dari yang selalu kita dengar. Mudah-mudahan semua sentiasa dalam sihat sejahtera.

(12) Pesanan buat orang Melayu, kawallah perbelanjaan kita, kerana, sifat hati-hati dibulan puasa janganlah pulak tercemar dengan sifat boros bila dah habis nak puasa! Mari kita renungkan, kita berhari raya, orang lain jadi kaya raya, lepas hari raya orang seronok menghitung untung, kita resah gelisah menghitung hutang! Apa ada pada gaya, jika membawa kita kepada papa dan tidak dihormat!

Kuching, Sarawak
25 August, 2009

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

3 comments:

Anonymous said...

sesungguh nya Allah itu maha mengetahui akan segala2nya dan segala ciptaan @kejadian nya pasti mempunyai hikmahnya ..kita seharusnya bersyukur dengan sentiasa mengingati nya.

Anonymous said...

Adakalanya terfikir jika orang melayu tidak raya agaknya siapa yang gelisah? Tentunya orang-orang yang berniaga. Maka terserlah keperluan orang-orang melayu akan kepentingannya dalam memajukan ekonomi bangsa-bangsa lain. Apa sebenarnya yang ingin diperkatakan di sini?
(1) Mengapa tidak orang-orang melayu kita sendiri yang mengkayakan bangsanya sendiri daripada mengkayakan bangsa lain?
(2) Mengapa tidak menubuhkan koperasi untuk kampung untuk memulangkan keuntungan kepada seisi penduduk kampung dari memberi keuntungan kepada bangsa lain yang tidak akan satu senpon akan pulang kepada orang-orang melayu.
(3) Kenapa tidak kuatkan ataupun lebihkan bangsa sendiri daripada memberi kelebihan kepada bangsa lain.

Tanya diri sendiri bagaimanakah caranya untuk menilai dan mencari jalan penyelesaian yang memberikan rasa hormat bangsa lain kepada bangsa MELAYU. -Andalusia-

Abdullah Chek Sahamat said...

Seronok juga jika ada yang menulis secara terperinci bagaimanakah Muhammad merayakan Aidil Fitri. Berapa banyak baju baru dia ada. Berapa hebat perabut, hiasan rumah, makanan juadah beliau sediakan (tunjukkan!)......berapa banyak dia berbelanja untuk raya, berapa lama dia beraya?

(2) Bila kita membaca tentang Muhammad, hampir segalanya kita didedahkan tentang'ibadatnya' biarpun ibadat bermaksud segala jalanan hidupnya, sedang yang terpapar kebanyakan adalah 'jalanan keakhiratnya' dan terlalu sedikit 'perjalanan hidup, saya ulangi perjalanan hidupnya'. Mungkin ini jugalah kepincangan 'bicara adeen' kita!

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.