.

1/7/09 APA ADANYA AKU PADA MEREKA....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - July 01, 2009

Share

& Comment

SEDANG AKU PAYAH:

sebermula rakyat adalah asalku
tumbuh sebagai rakyat kecil
berlari-lari seperti tikus-tikusan
melata bagai kangkung menerima seadanya
payah dan sengsara
tanpa bisa dan ada bicara besar
hanya jiwa terisi kekerdilan rakyat
mimpiku hanyalah mimpi rakyat
cuma aku ada tekad
aku kepingin bangkit bersama rakyat!
(kerana kami sama payah!)


SEDANG AKU KERAS:
kumembanting tulang sekerasnya
mengucur keringat tanpa lelah
menghambat ilmu tanpa henti
mendewasa diri segagahnya
kini dudukku di kerusi empuk berhawa sejuk
demi hidupku buat segala
aku hidup kerana aku hidup
tidak aku pernah diam membatu
(sedang rakyat mahu saja berselimut!)

MAKANYA:
darjatku melimpah bikin aku:
. bukan lagi tikus-tikusan
. bukan lagi kangkung-kangkungan
. tiada lagi mimpi ngeri sengsara
segalanya sudah aku punya:
. pakai tiada kotornya
. makan seenaknya
. rumah seluasnya
. kereta sehebatnya
. anak isteri riang segala
. tertawaku mengemuruh gegar
apa saja ada semua
kerana aku membanting tulang
memerah akal
(sedang rakyat hanya diam terus bermimpi!)

KINI TUHAN:

kenapa soal sengsara rakyat
dipaksakan dipundakku
sedang aku payah
mereka diam bagai batu di pinggir gunung
sedang aku sengsara
mereka diam juga adanya
kenapa kini aku harus mengalas sengasara mereka!
(biar saja aku lupa tekadku dulu itu!
bukankah Kau telah berkata:
hanya membantu yang membantu;
bukan hanya menunggu!)

(bicara sang kodok:
Ya, bukankah kau juga rakyat
lantas, membantu diri adalah juga membantu rakyat
biar hanya seorang kenyang?
biarkan yang lain terus lapar!)



Samudra Court, Kuching
1 July, 2009

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

4 comments:

Bayu Senja said...

apa yang dapat
apa yang ada
rakyat tidak pernah meminta
rakyat juga tidak kesempitan

Semalam:
mungkin kerana impian
asuhan dan didikan
duka dan ceria kitaran hidup

Hari ini:
mungkin kerana kedudukan
antara sikap, sifat dan capaian
duka dan ceria kitaran hidup

Esok:
mungkin kerana kejayaan
antara capaian dan kegagalan
duka dan ceria kitaran hidup

Esoknya lagi:
mungkin kerana kegagalan
maka asal, mimpi, ilmu, kedewasaan dan kerajaan
bukan untuk rakyat
tapi untuk kendiri
kerana pencarian yang tiada penghujung
perjuangan persis laluan bayu senja
yang nyaman dan mengasyikkan
tapi hanya untuk seketika

kitaran hidup terus berputar
adakah ia untuk rakyat?

Anonymous said...

Perjalanan hidup ini terlalu singkat. Ada waktunya kita terlupa akan tanggungjawab dan amanah yang telah Allah swt berikan mahupun tanggungjawab yang rakyat telah berikan. Kita seperti kacang lupa kulit ...ntah untuk ke berapa kalinya kita melupakan rakyat mahupun mereka yang memerlukan kita. Menipukah kita? setiapkali pilihanraya kita menyogok duit rm5...kain batik...dsbnya untuk mereka terus mengundi ...amankan hati kita jika janji kita 5 tahun terdahulu belum lagi tercapai bila penggal kian memenggalkan dirinya? Apakah rakyat bisa dibulak lagi untuk ke sekian kalinya? Kadang-kadang meluat melihat segelintir wakil rakyat yang hidup senang lenang, kaya raya, dan ahli keluarga yang angkuh dan sombong(sedarlah awak tue kaya hasil daripada undian rakyat).
Ini saya tujukan khusus kepada wakil rakyat kawasan Simunjan...siapkan jalanraya secepat yang mungkin...jika tidak rakyat akan beralih arah. Jangan sibuk mengkayakan diri sendiri...nanti diri sendiri yang binasa.-andalusia-

Anonymous said...

Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan.....

?????

Bayu Senja said...

andalusia
makanya yang beringat dan sedar adalah antara golongan mereka yang sama,jadi ia tidak ke mana.Bagi yang berjuangp pun tidak ke mana, kerana mereka adalah minoriti.Manusia itu hanya boleh berubah sendiri bukan dengan orang lain.Tapi hakikinya ,sifatnya dan fitrahnya adalah jahil dan haloba.Kalau ia punya ilmu, akal dan fikiran yang terbuka, maka baiklah jadinya, namun jika tidak,mereka yang tiada upaya akan tetap jadi mangsa kedaifan, kemiskinan dan kejahilan mereka sendiri...

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.