14/5/09 KENANGAN MENGUSIK JIWA.......
Posted By: Abdullah Chek Sahamat - May 16, 2009(Di sini, bermulanya perjalanan hidupku, membina diri untuk menegak bangsa.........di gelanggang keranjang ini, ku mulai kenal.....kejayaan adalah penuh keringat dan tuntutan kejituan. Jenan (SMSAH), 17 April, 2009)
Semalam saya amat terperanjat kerana mendapat panggilan dari teman lama, bernama, lovely, Asmarani, sebenarnya girlfriend masa budak-budak dulu. Girl friend cinta monyet katakan. Kami berpisah dan tak pernah berhubungan sejak Nov., 1975. Dia sebenarnya mengundang saya untuk majlis perkahwinan anaknya yang kedua. Saya sebenarnya tergelak mendengar undangan itu, dia dah dapat dua menantu, sedang saya masih jauh perjalanan ke arah itu. Selepas Tingkatan 3, di Kelantan, saya meneruskan pelajaran ke Jitra, dia entah ke mana? Dalam perbualan talipon kami sempat mengimbas kembali nama beberapa guru yang telah berjaya membentuk kami.....pastinya ada yang melucu dan mengeramkan. Kebetulan anaknya juga pernah bersekolah di mana saya pernah bersekolah, ie SMSAH Jitra Kedah.
Pagi ini, saya menghantar SMS ucapan terima kasih kepada Chegu Ali Salleh dan isterinya Chegu Latifah, guru yang pernah merotan saya semasa di SMSAH Jitra Kedah. Satu-satunya rotan yang pernah saya terima. Ya guru, ditangan mereka, tegaknya bangsa. Jika mereka dedikasi, maka disitulah mula pembinaan bangsa ini.
(2) Chegu Ali Salleh, adalah guru yang sangat istimewa. Dia tak banyak cakap. Bersuara lembut dan perlahan. Payah nak senyum. Kebanyakan dia, memandang dengan mata seakan-akan sayu. Tapi pendengarannya cukup tajam. Kebetulan di SMSAH dia adalah guru warden asrama, iaitu bagi Asrama C. Bilik beliau sebenarnya betul-betul berada di bawah dari dometri saya, kalau tak silap, katil saya, rasanya betul-betul di atas raung tamu bilik beliau. Kalau pasal Maths, tanyalah soalan apa sekalipun, semuanya dia tahu, semuanya dia ingat. Kalau ditanya, biar diwaktu berjalan di koridor sekolah sekalipun, dan tanpa melihat kepada buku pun dia ingat, dan biasanya dia tak pernah memberikan jalan jelas kepada penyelesaian Maths, sebaliknya dia lebih suka bertanya balik. Dengan menjawap soal-soalannya, maka kita pasti dapat menyelesaikan permasalahan Math yang kita sedang hadapi. Pendeknya dia lebih suka kita berfikir, faham, dan buat sendiri! Itulah kehebatan Chegu Ali Salleh ini.
(3) Biasanya, saya suka main baling-baling bola keranjang bagi menambah kemahiran saya dalam bola keranjang, dan adakala membuat ball bumping (drivelling) selepas saja waktu belajar malam. Suatu malam, entah macamana semua teman-teman gian main bola keranjang dan riuh rendah dometri dibuatnya.
(4) Tiba-tiba, terdengar pintu rumahnya terbuka kasar, dan kami tahu dia pasti sedang marah, dia pasti akan datang ke dometri kami. Maka kami dengan sepantas kilat mematikan semua lampu, dan pura-pura tidur kemas. Seluruh dometri jadi sunyi sepi.
(5) Selang beberapa minit kemudian, kami dengar, langkah-langkah kaki perlahan, dan sebentar kemudian terdengar...piaaaakk, bunyi hembatan rotan. Tidak semua kena rotan, hanya beberapa dan termasuklah saya sendiri. Setiap yang kena, cuma dapat satu, namun sangatlah pedas!
(6) Keesokan harinya, dia membuat muka selamba. Sedap katanya! Sakit Chegu jawap saya! Eloklah, nak main kena ada masa main. Nak tidur kena ada masa tidur. Jangan campur aduk, katanya perlahan. Saya bertanya, macamana Chegu tahu siapa main dan tak main? Yalah, takkan kalau orang tu dah tidur lena, kain selimutnya cukup cekang! So sesiapa yang kain selimutnya cekang, tentulah mereka yang terlibat. Beberapa di antara kami dalam kelas itu yang kena sedas rotan malam tadi cuma mengenyit mata antara satu sama lain!
(7) Semalam, hari ini, dan esok, mudah-mudahan pengajaran singkat beliau: jangan campur aduk; fikir; faham; dan buat menjadi semakin jelas dan pegangan hidup saya sepenuhnya.
(Kuching, 16 Mei, 2009)
#Abdullah Chek Sahamat
Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Bila suara kubur makin mendekati.. bukan umur yang menjadi sebab dan alasan untuk mati... Moga kenangan yang indah tersemat di sanubari. Kepada yang berjasa terima kasih daun keladi...Jasa guru sukar dicari ganti. Begitu juga tenaga kerja...tempat di mana kita mencurah bakti... menjadikan kita ini dewasa, beilmu dan BERPENGALAMAN..mencapai pencapaian yang kita sendiri tidak sedar. Terima kasih..kerana guru bukan hanya di sekolah atau di universiti..guru juga termasuk.. MANAGEMENT team di mana kita bekerja. sebab itu persoalan modal insan tidak pernah putus...
Kepada IBU BAPA... terima kasih atas jasamu yang tidak berbelah bahagi begitu juga adik beradik,teman-teman, pemimpin dan masyarakat. Berguru kepalang ajar...
Mengusik jiwa kah????
Insan sepi
Post a Comment