.

15/5/09 APAKAH MUNGKIN INI SEBABNYA........

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - May 17, 2009

Share

& Comment


Terlalu sukar bagi bangsa kita untuk menerima dengan pantas dan bersungguh-sungguh apa-apa yang membawa diri kita ke hadapan (contohnya, berdagang biarpun ianya adalah saranan Muhammad saw!). Saya, berfikir dalam, cuba mencari akan punca saikologi atas sifat ini. Maka, sedang saya menambah-nambah Coretan Bahtera Membelah Samudera...., tersembul teori (ilham) ini:

(2) Dulu-dulu, nenek moyang kita, agamanya (pegangannya) adalah animisma. Pegangan animisma ini timbul dari sifat takut, takut kerana telah diserang wabak penyakit, bala bencana alam, yang membawa kepada pencarian penyelamat. Maka segala roh, segala perkara ghaib jadi tempat pengangtungan harapan dan perlindungan mereka.

(3) Kemudian agama Hindu berkembang ke nusantara. Para pendita/mubaligh Hindu ini, mulai menguasai fikiran dan hati mereka. Dengan segala jenis watak yang pelik, tampak garang, juga mungkin bermotif menakutkan, telah digunakan agar serasi dengan pegangan animisma mereka. Sekali lagi sifat takut dan menakutkan jadi sumber kekuatan.

(3) Kita mungkin pernah membaca bagaimana pihak gereja Kritian telah menggunakan para Raja di Eropah, untuk memastikan segala hamba rakyat menganuti dan patuh pada para pendita gereja, tertutama di awal pertembungan Gereja dan Istana. Sebenarnya, cara itu adalad saduran dari pendekatan para pendita Hindu ke atas rakyat nustantara dulunya.

(4) Kerana tidak mahu bertentangan hebat dengan para pembesar Melayu (dan Jawa)sedia ada, maka para pembesar ini di angkat dan di restui jadi Raja. Pendita candi, mengangkat Raja ini pada kekdudukan yang sangat tinggi, dengan segala macam gelaran dan hiasan...Maharaj, Dewata, entah apa-apa lagi. Segala gelaran dan darjat ini, hanya dianugerahkan oleh Candi. Sebagai pancingan. Saikologinya, pendita punya kuasa memertabatkan para Raj dan Maharaj. Maka dengan itu Raj dan Maharaj akan terus secara tidak langsung berada di bawah penguasaan pendita.

(5) Kebebasan para Maharaj dan Raj ini akan terjamin, selagi mereka tidak mencampuri urusan pendita dan rakyat. Maka, kita lihat seperti di Yogyajakarta, yang asalnya adalah tunggak kekuasaan dan kebebasan Jawa, namun dengan kembangnya agama Hindu, maka Borobodhur di bina jauh lebih besar dari Kraton Raja Jawa, semuanya atas tenaga paksa pribumi Jawa. Raja Jawa tidak peduli akan penghambaan rakyatnya, lantaran kerana para pendita ini mengiktiraf "kekuasaannya" dan terus-terus "membesarkannya". Raja Jawa cukup selesa dan leka dengan darjatnya. Dia sudah lupa akan kepentingan rakyatnya.

(6) Kerana sudah ada segala macam gelaran, rakyat jelata sudah tidak berani untuk mendampingi mereka. Segala gelaran yang ada tidakpun digunakan sebagai pelindung dan atau pembela nasib rakyat jelata! Ianya adalah lambang kekuasaan untuk menguasai rakyat! Rakyat semakin takut, biarpun kepada pemimpin mereka sendiri!

(7) Kemudiannya segala ini, berkembang menjadi sistem feudal yang diasaskan kepada sistem kasta dalam pegangan Hindu dan Budha.

(8) Sekarang ini, saya kira, kita orang Melayu moden juga masih leka dengan segala gelaran. Maka dengan sebab itu, kita cukup suka bila orang panggil kita dengan nama jolokan TUAN, BOS,TUAN HAJI,.....dan seterusnya segala yang besar-besar! Sikap kita samalah dengan para penghuni Kraton Jawa di Yogyajakarta terdahulunya.

(9) Kini, bagaimanakah kita hendak memerdekakan jiwa kita dari terikat dengan segala sikap pembawaan feudal ini? Biarpun Islam telah bertapak lebih dari 400 tahun di nusantara ini, namun kita masih belum dapat merdeka, biarpun Islam itu merdeka sifatnya.

(10) Saya mengagak, mungkin penyampaian ajaran Islam kita masih terlalu takut untuk memecahkan tradisi Hindu yang telah tertanam hebat dalam budaya kita. Atau ada golongan yang cuba, merombak semua ini, akhirnya, tetap juga kembali kepada sikap feudal Hindu. Contohnya gerakan Al Arkam sedikit masa dahulu.

(Reviewed from my previous posting: Kuching 17 Mei, 2009)

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

1 comments:

Anonymous said...

Apakah penyelesaian isu MELAYU itu harus menjurus kepada "Rebranding" seperti perlunya mengubah perspektif yang lebih dekat kepada "Redevelopment"... Satu komparatif view harus dibuat untuk meliat di mana silapnya MELAYU dan apakah sebenarnya KEKUATAN Melayu.Sejauh mana Melayu sudah menapak dan sejauh mana Melayu ditinggalkan dari segi EKONOMI.Satu analisis dan fakta harus dirungkai untuk melihat apa sebenarnya permasalahan Melayu.Adakah kerana MELAYU terlalu "TELUS" dan "JUJUR" sehingga sering kalah dalam persaingan.

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.