.

16/5/09 MELAYU......

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - May 20, 2009

Share

& Comment


Tidak mungkin saya dapat menyelami punca sebenar kenapa kita orang Melayu masih lagi di tahap keterbelakangan sekarang ini. Biarpun sudah 50 tahun lebih kita berusaha keras membangunkan bangsa ini, namun p
pendapatan orang Melayu hanyalah 40-60% dari pendapatan bukan Melayu, samada di bandar atau luar bandar. Jurang ini, bukan semakin menguncup, namun semakin melebar. Disposable Income orang kita, semakin mengurang! Maka dengan sebab itulah, kita orang Melayu paling lantang hendakkan segalanya disubsidi oleh Kerajaan. Kita juga paling lantang hendakkan skim gaji kakitangan awam diperbaiki. Semua ini mengambarkan betapa hebatnya kebergatungan kita kepada Dana Awam.

Kini sudah ada suara lantang mengatakan, kalau bukan kerana kami, orang Melayu nak berdiri pun tak boleh! Begitulah pandangan kaum lain ke atas orang Melayu, kerana mereka merasakan 15-30 peratus dari perit jerih mereka terpaksa digunakan untuk membayar cukai pendapatan, kemudian dengan wang itulah digunakan untuk biasiswa anak-anak Melayu, buat sekolah untuk orang Melayu, keluarkan duit ehsan untuk orang Melayu, sokong perniagaan orang Melayu (dalam entah apa juga manamnya seperti SMI, SME, TEKUN, AIM, entah apa-apa lagi) dsb seolah-olah semua wang yang dikutip Kerajaan itu digunakan semuanya untuk kepentingan orang Melayu. Kita sudah dipandang sebelah mata!

(2) Biar apapun juga disediakan untuk orang Melayu, sebagai rakyat biasa kita seperti terus-terusan meminta-minta, manakala sebagai orang politik, baik dalam Kerajaan BN dan atau PR, semuanya sama, terus-terusan nak sediakan subsidi, supaya nampak prihatin kepada nasib dan orang Melayu yang masih ketinggalan kononnya! Pemimpin seronok memberi, rakyat seronok menerima, dan berterusanlah berseronok begitu. Kesannya, seronok sajalah! Lestarinya entah di mana?

(3) Saya tidak mempersoal keperluan memberi, biarlah ianya pada keperluan sebenar dan dibuat atas sikap professional. Contoh, apakah perlu memberikan buku teks sekolah percuma kepada yang berpendapatan lebih dari RM3,000.00/bulan?

(4) Kenapa kita terlalu tebal dengan sikap suka meminta dan menerima? Kenapa kita tidak punya sikap kental, suka mencari sendiri, suka berusaha sendiri, mendapat dan menerima dari hasil titik peluh kita sendiri? Mungkinkah kerana sikap kita suka kepada yang percuma, maka ianya juga telah mengheret sebahagian dari kita kepada gejala rasuah dalam apa juga bentuk sekalipun. Saya amat kesal, bila berurusniaga dengan bangsa lain, dalam kepala hotak mereka tidak lain, Melayu mesti mudah dibeli!

(5) Semua ini, pasti ada yang akan mengatakan, kerana kita tak berpegang kepada tali Allah! Kenapa kita tidak berpegang? Untuk itu, pastinya ada juga yang akan mengatakan, bagaimana kita nak berpegang pada tali Allah, sedangkan tali itupun kita tak kenal? Kenapa pulak kita tak kenal? Di TV, di Masjid, di Sekolah, di mana-mana semua ini diketengahkan? Apa sudah jadi dengan kita sebenarnya? Mungkin kita sudah terlalu malas untuk berfikir!

(6) Sama juga halnya dengan sikap kita terhadap bangsa sendiri. Semasa kita ada kedudukan dan kesempatan untuk membangunkan bangsa kita, kita cukup pengecut untuk berfikir secara kental, tajam, mendalam, luas untuk mencari dan menjalankan apa yang baik untuk bangsa kita. Kenapa? Di mana silapnya budaya kita? Di mana silapnya amalan Islam kita? Atau di mana silapnya pengajaran Islam kita?

(7) Hakikatnya, kita terlalu pengecut untuk bersikap secara merdeka! Kenapa? Kerana perut kita belum cukup besar? Atau sememangnya kita adalah berdarah pengecut!Atau mungkin juga kita berdarah pemalas! Atau kita sudah terlalu tahu yang hidup kita ini untuk jaga perut kita sendiri sahaja! Di manakah sense of purpose of our creation?


(8) Kalau kita buat sekalipun, kita buat yang cepat dapat nama, cepat dijulang bangsa, namun.......habuk duak suduk pun sik ada (kata orang Semanggang) dan atau habukpun tak daq (kata orang Kedah)!

(Kuching, 20 Mei, 2009)

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

1 comments:

Anonymous said...

Correction:- "Not all Malays.........duh.."

-Other locals can be a jerk too...

From "WHAT A PITY......"

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.