.

13/5/09 YAHUDI dan IRAN.....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - May 14, 2009

Share

& Comment




(Dua dunia.......satu kesengsaraan di Kayu Kapur, Bekenu, dan satu di Bandaraya Kuching yang hakikatnya adalah dua dunia yang asalnya serupa, lantaran kekhilafan, maka ianya akan beterusan jadi dua dunia yang terus berbeza.....sehingga satu ketika, kita akan hanya terpingga-pingga dan saling menuduh, namun tetap tak terbuat apa-apa!)

Hari ini, saya membeli Three Pieces Take Away Chicken dari Sugar Bun.( Saya telah meninggalkan Makanan Segera Berjenama dan apa juga yang menyerupai dengannya atas Sumpah bahawa wang royalty jualan mereka sedang terus membiayai pembunuhan Palestin). Saya amat tertarik dengan layanan yang diberikan oleh pelayan Sugar Bun berkenaan.

Kerana pesanan saya terpaksa mengambil masa 10 minit untuk disediakan, maka dia menghulurkan secawan Minuman Uncle Sam . Saya terpaksa menolak Minuman Uncle Sam itu kerana saya melihat darah Yaser Arafat dan cucu cicitnya di dalam cawan tersebut. Walau bagaimanapun, dengan senyuman dan huluran tangan hormat, dia menjemput saya duduk sebentar. Saya memilih sebuah meja yang agak jauh dari kaunter. Kemudian, disebalik, hanya memanggil saya ke kautnter untuk mengambil pesanan, dia seperti bersusah payah membawakan pesanan saya ke meja saya. Melihat akan itu, saya berdiri dan memberikan dia tunduk tanda hormat dan ucapan terima kasih.

(2) Dr. Mahathir sudah tidak atau sangat kurang bercakap lagi pasal pembunuhan Palestin, maka kitapun sudah mulai perlahan-lahan melupakan tangan-tangan yang menyokong pembunuhnan mereka. Begitulah sikap kita! Mudah lupa! Dan ya lah....takkan lah keuntungan Makanan Segera Berjenama dan yang serupa dengannya yang membiayai pembunuhan itu....kita sudah lupa sekali lagi "sedikit-sedikit lama-lama, jadi bukit". Yalah...kalau kita pulaukan barangan ini, setakat mana sangatlah kesannya kepada Uncle Sam.....ya lah kita dah lupa...banyak yang akan kita lupakan...dengan cepat...

(3) Itu bukan padangan utama tulisan ini. Saya kagum bila anak-anak Melayu kita dengan bijak mengkomersilkan nilai-nilai halus dan hormat budaya kita. Budaya lembut, budaya suka senyum, budaya suka menegur sapa secara hormat, budaya...pokoknya segala budaya yang menjurus kepada menghormati. Pastinya jika mereka ada perniagaan, dengan adanya sikap hormat, pastinya, premis perniagaan mereka akan menjadi pilihan utama pelangan (assuming other factors equal). Saya percaya, inilah aset kita yang sangat strategik untuk memberikan kita plus factor dalam perniagaan, jika kita memilih untuk berniaga (berdagang).

(4) Semasa di Denver, saya sering bergaul dengan rakan-rakan berbangsa Yahudi dan Iran. Banyak kaum Yahudi terdapat di Colorado, dan kediaman Golder Mier iaitu Perdana Menteri Israel yang pertama dan pengasas negara Yahudi itu, kebetulan terletak dalam kampus University of Colorado at Denver, yang sering saya lewati bila mahu ke perpustakaan, dan selalunya saya berdiri tercegat geram di depan pintu rumah bersejarah itu.....juga sering bertanya, bagaimana bangsa yang merempat ini boleh jadi begitu gagah!

(5) Satu sifat nyata bangsa Yahudi dan Iran yang saya amati ialah, mereka cukup menjaga kepentingan mereka sendiri. Sukar untuk mereka membeli apa saja dari premis perniagaan lain, melainkan jika terlalu terdesak dan atau tidak mendapatkannya dari kalangan mereka sendiri. Kita orang Melayu, adakah sifat ini tertanam dalam, dalam kepala, hati dan tubuh kita? Lihatlah samada satay jadi pilihan utama kita atau makanan segera lainnya, bila kita makan beramai-ramai di luar?

(6) Maka untuk menjadi peniaga yang berjaya, orang Melayu perlu mengkomersilkan budaya halus dan hormat kita, itulah apa yang pelanggan sekarang ini cari, dan bagi masyarakat Melayu kebanyakan, sokonganlah orang kita, biarpun mungkin ada sedikit kepayahan dan atau kepincangan. Mudah-mudahan, jika kita sama-sama sanggup saling membantu, segala jurang yang sedang memisahkan kita, pastinya suatu hari, kita akan berjaya. Marilah kita bermula dengan serta merta.

(7) Janganlah diharap sangat pada subsidi dan bantuan Kerajaan. Jangan lah kita terus-terusan jadi bangsa sudsidi. Biarlah kita saling membantu antara kita. Mulailah kita belajar berjalan di atas kaki sendiri.

(8) Marilah kita mengambil sikap serious untuk menjadi bangsa perdagangan, kalau kita tak mampu berniaga, kita sokong orang kita yang sudah dan atau sedang mahu berniaga (berdagang).

(Kuching 14 Mei, 2009)

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

5 comments:

Anonymous said...

Di jepun Toyota telah membuktikan BUDAYA Customer's First..Connection to the Customer adalah satu budaya yang menjadikan Toyota begitu berjaya menjadi pengedar dan pengeluar automotif No. 1 di dunia. Mereka menjual khidmat berlandaskan "Customer No. 1". Sifat hormat dan meganggap pelanggan adalah keutamaan membuahkan hasil "taat dan setia" pekerja dan pelanggan kepada Toyota. Apa yang membezakan penerapan Jepun dan barat adalah Barat hanya melihat "cara" yang mampu untuk menjual barangan..Transaksi sebegini hanyalah "one off" transaksi.

Namun Toyota menghambat hati dan kesetiaan pelanggan. Khidmat yang diberikan dan sikap tolak ansur serta mahu diingati sebagai "sistem panyampaian" dan "produk yang berhasil" merupakan perkara utama. Dalam Konteks Melayu.. sebenarnya kita sudah mempunyai budaya ini. Dan saya cukup bersetuju bahawa budi bahasa dan mengikuti kehendak pelanggan akan membuat pelanggan akan sentiasa mengingati "Melayu"....

Scoin contohnya pengedar utama kepada Toyota di Amerika telah menjadikan Customer sebagai baseline untuk memperbaiki mutu barangan.. Mereka akan menilai kemahuan dan melihat aspek "Plus Factor" yang dimahukan pelanggan di dalam produk Toyota. Dan semestinya "Quality" adalah amat penting berbanding Quantity.

Bagi Lexus dan Scoin apa yang sangat penting Toyota tidak menjadikan pengedarnya sebagai SAINGAN akan tetapi sebagai pemilik, Toyota akan memastikan Lexus dan Scoin akan berjaya dan mendapat hasil yang lumyann dari produk keluaran Toyota. Ini adalah bagi memastikan even Lexus dan Scoin akan reinvest di dalam produk Toyota. Sikap kompromasi dan bertanggungjawab Toyota ini adalah satu budaya cemerlang yang boleh diamalkan oleh GLC atau Badan-badan kerajaan yang mempunyai pelaburan (investmet) di dalam syarikat-syarikat kumpulan (Associate or Other Investmet). Daripada bersaing GLC dan badan -badan berkanun berperanan memastikan syarikat-syarikat ini terus hidup dan membawa keuntungan agar hasil hasil tersebut dapat digunakan untuk membawa pembangunan yang lebih besar ke atas rakyat jelata.

Tidak salah memperniagakan budaya kerana Jepun maju dan diingati kerana "Budaya Pandang ke Timur"... Melayu Maju

Anonymous said...

RENCANA

Friday, May 15, 2009
Akhlak penentu kelangsungan tamadun bangsa

Akhlak penentu kelangsungan tamadun bangsa

Oleh MUHAMMAD HISYAM MOHAMAD


AKHLAK mulia merupakan unsur penting yang perlu ada dalam diri setiap umat Islam. Malah tujuan Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah SWT adalah untuk menyempurnakan akhlak mulia manusia.

Ia adalah cerminan kebersihan hati yang diterjemah menerusi tingkah laku pemiliknya. Jadi, jika seseorang itu beriman dan mengamalkan perintah Allah, maka akan timbullah sifat-sifat mulia dalam bentuk budi pekertinya.

Sebaliknya jika memiliki jiwa yang kotor, maka tingkah lakunya banyak dipengaruhi oleh hawa nafsu yang cenderung untuk melakukan perkara yang dilarang oleh agama.

Dewasa ini kita berdepan dengan segala macam kerenah dan musibah yang berpunca daripada kelunturan penghayatan akhlak yang mulia di kalangan anggota masyarakat. Daripada masalah buli di kalangan pelajar sekolah hinggalah kepada onar oleh mat-mat rempit. Dan daripada soal kerenah birokrasi penjawat bawahan hinggalah kepada masalah akhlak golongan atasan. Semua itu berpunca daripada kurang penghayatan serta pengamalan kepada akhlak Islamiah yang dibawa oleh Nabi SAW.

Dalam satu riwayat, Saidatina Aishah r.a pernah ditanya berkenaan akhlak Rasulullah. Jawapan oleh Umm al-Mukminin itu amat ringkas sekali. Namun ia mempunyai pengertian yang besar iaitu akhlak Rasulullah "adalah al-Quran".

Kitab suci itu adalah panduan hidup yang lengkap untuk manusia. Jadi apabila Aishah menjawab seperti itu, secara jelas menunjukkan unsur akhlak tidak boleh dipandang remeh.

Dalam hal ini juga, kita tidak menafikan peranan tradisi keilmuan yang tinggi dalam pembangunan tamadun bangsa. Malah sejarah membuktikan bahawa bangsa yang mempunyai budaya ilmu yang baik mampu mencapai kemajuan dan kecemerlangan dalam pelbagai bidang kehidupan. Sebagai contoh, bangsa Yunani purba serta umat Islam suatu ketika dahulu telah mencapai kegemilangan masing-masing menerusi penghayatan tradisi keilmuan yang tinggi.

Namun tradisi keilmuan semata-mata tanpa penekanan yang sewajarnya diberikan kepada soal penghayatan nilai-nilai murni tidak memungkinkan kegemilangan tadi dapat bertahan lama.

Masyarakat Yunani purba walaupun berilmu, namun gagal daripada segi penghayatan dan amalan. Mereka mengakui bahawa ilmu perlu selari dengan akhlak, namun daripada segi amalan adalah sebaliknya.

Begitu juga dengan tamadun Islam. Jatuh bangun tamaddun ini sepanjang sejarah lalu ada kaitan rapat dengan amalan ajaran agama. Asuhan dan didikan Rasulullah SAW yang menekankan unsur pengukuhan akidah, penghayatan budaya ilmu dan pembinaan sahsiah berjaya mengangkat masyarakat Arab jahiliah.

Mereka menerima ajaran Islam untuk membina empayar pemerintahan dan membangunkan satu peradaban yang jauh mengatasi tamadun bangsa lain yang sezaman dengannya.

Kelunturan terhadap pegangan agama dan nilai murni yang dianjurkan agama Islam terutama di kalangan pemimpin telah menghumban maruah bangsa ke tahap paling rendah. Paling menyedihkan apabila masyarakat Islam sendiri menolak Islam dalam sistem pemerintahan. Ini berlaku di Turki selepas kejatuhan empayar Othmaniah. Pemimpin Turki mengisytiharkan ia sebagai negara sekular yang tiada hubung kait dengan dunia Islam. Secara tidak langsung ia menafikan kepentingan unsur akidah dan peranan akhlak Islamiah dalam membangunkan bangsa dan negara.

Hasilnya, hari ini tiada sebuah pun negara Islam disenaraikan sebagai negara maju walaupun kaya dengan sumber alam. Sebaliknya negara-negara Islam atau majoriti penduduk Islam terkenal dengan ciri kemunduran, pergolakan siasah, kekacauan, rasuah, tadbir urus yang lemah dan sebagainya.

Ini juga boleh dilihat di kalangan umat Islam Malaysia. Perangkaan pada 2008 menunjukkan, 48.7 peratus atau 13.67 juta penduduk terdiri daripada kaum Melayu beragama Islam. Tetapi jumlah yang ramai bukan bukti menunjukkan masyarakat Islam di Malaysia menguasai pelbagai bidang.

Memang tidak dinafikan terdapat ramai tokoh Melayu Islam yang menyumbang kepada usaha pembangunan bangsa dan negara. Namun orang Melayu juga dilihat begitu menonjol menerusi salah laku yang tidak selaras dengan ajaran agama. Islam menganjurkan umatnya supaya mengamalkan akhlak yang mulia di dalam kehidupan harian.

Lihat saja gejala mat rempit, penagihan dadah, buang anak dan jenayah lain. Majoriti ialah orang Melayu beragama Islam.

Ilmu semata-mata tidak menjanjikan kejayaan yang dihasratkan. Justeru jika kita ingin melihat masyarakat Melayu membangun dalam erti kata sebenarnya dan mampu mempertahankan kemajuan itu, kita tidak boleh mengabaikan unsur pengamalan dan penghayatan akhlak. Ia perlu ada dalam setiap peringkat pembangunan modal insan dan pendidikan anak-anak.

Abdullah Chek Sahamat said...

(1) Toyota jadi pembuat dan penjual kereta terbesar dunia, atas dasar KETAATAN. Pekerja taat kepada TOYOTA, mematuhi setiap falsafah dan peraturan Toyota. Dan Toyota, membina falsafah dan peraturan kerja berlandaskan "Budaya Taat". Maka sebab itu dulu-dulu semasa Jepun memerintah Malaya/Sarawak/Sabah, barang siapa tidak mematuhi budaya dan kaedah Jepun,dia akan dapat mendapat "Penampar Jepun". Tujuannya adalah supaya kita TAAT kepada Budaya Jepun. Pokoknya, adakah kita TAAT kepada bangsa kita sendiri?

(2)Kita perlu mengkaji secara mendalam bagaimana kita dapat membentuk sifat TAAT kepada bangsa kita. Kita, orang Melayu ada sifat taat, namun ketaatan kita sering membawa padah kepada kita sendiri. Kita sering buta konsep ketaatan.

(3) Elok kita, mengamalkan sifat suka berfikr, berfikir secara mendalam, mengkaji secara meluas. Atas usaha sebegini, kemudian kita bentuk sifat KEPRECAYAAN, dan dari situ kita curahkan ketaatan kita atas apa yang kita percayai.

(4)Saya kira, orang German, Itali, Yahudi, Cina, Korea,dan Anglo, itulah amalan mereka. Mereka suka mengkaji, mereka suka berfikir, mereka tidak sekali-kali suka hanya suka kepada serkap jarang. Apatah lagi menyebar sesuatu yang mereka tidak pasti ie khabar angin, fitnah, dsb

(5)Cuba kita perhatikan bagaimana sifat-sifat para pelawat ini bila mereka datang ke Negara kita? Ke mana mereka akan pergi? Apa yang sering mereka buat bila ada masa terlapang?

(6) Merujuk kembali kepada kegemiliangan masa silam Islam itu adalah amat baik, namun, percayalah pasti juga ada hikmahnya Allah mendatangkan didepan mata kita akan bangsa-bangsa lain di keliling hidup kita. Cuma mungkin, kita terlalu mengambil lewa akan hadirnya mereka!

Anonymous said...

Pada Toyota, mereka mengaku mereka tidak bersaing seperti Barat. Keupayaan Toyota adalah di atas dasar Toyota yang sentiasa ingin memperbetulkan dan memperbaiki sistem dan kualiti pengeluaran. Toyota sebenarnya melabur "keupayaan dan kecerdikan" pekerja dan sanggup menghabiskan wang untuk memperbaiki keupayaan dan kemampuan pekerja. Semua pekerja adalah sama dan tidak wujud konteks ada kerja yang tidak penting.

Parameter kepada pencapaian Toyota adalah "pembangunan modal insan" dan sanggup sentiasa memperbaiki untuk mencapai piagam pelanggan. Toyota mengakui mereka tidak bijak untuk memanupulasi "capital market". Di Barat untuk menaikkan nilai saham syarikat, merger, take over dan acquisition dilakukan.. Ini adalah untuk meningkatkan shareholders value..tetapi Toyota menganggap "Qualiti" yang ada pada pekerja yang sentiasa BERFIKIR untuk memperbaiki pengeluaran adalah amat penting.

Hari ini selepas 71 tahun Toyota berusaha..mereka telah menjadi pengeluar Automotif pertama di dunia. Saya percaya TOYOTA mengambil masa selama 71 tahun kerana hadirnya pelbagai "competitors" di dalam bidang tersebut.

Namun... SAGU yang merupakan produk yang belum ada saingannya di dunia... mungkin boleh menjadikan Malaysia dan Sarawak khususnya
menjadi NO. 1 jika kita PERCAYA, berfikir, dan melakukan nya bersungguh-sungguh...ini mungkin termasuk keupayaan downstream produk yang boleh mempelbagaikan penggunaaan sagu pada (mana-mana peringkat umur) agar proses pengeluaran dan penjualan dapat dilakukan dalam masa yang terdekat.

Atas dasar tersebut... Moga kita mampu menganjak satu paradigma baru dalam mewarna warnikan lagi industri tani "Upstream dan downstream" di Malaysia dan menyumbangkan kepada "Market Ekonomi" ....."Melayu Maju"

Anonymous said...

Totota beranggapan bahawa produk yang baik adalah sumbangan mereka kepada masyarakat..alah membeli menang memakai.. Oleh itu soal kepentingan sosial telah disatukan dalam usaha Korporat dan ianya telah TERBUKTI berkesan... Moga kita mampu mencari dan terus mencari..untuk mencapai dan terus mencapai... dan mampu berdaya saing.Uniknya Toyota 90% hasil idea dan pemikiran pekerjanya yang sentiasa inginkan peningkatan dan pembaikian dilaksanakan... dan hasilnya mereka yang akrab dan memenuhi kualaiti dan kehendak pelanggan... mencipta nama dan menakluk Industri Automotif di peta Dunia.. Semangat ini haruslah wujud dalam Malaysia dan MELAYU khususnya...

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.