.

12/5/09 AHMAD ALBAB....kiasan tinggalan P Ramlee?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - May 13, 2009

Share

& Comment


Dalam wayang Ahmad Albab, P Ramlee memulakan hidupnya sebagai pengembala kambing, kemudian kerana tuan kambing dah dagangkan semua kambingnya, maka P Ramlee, pulang penuh kekecewaan. Namun isterinya yang manis, Saloma, tanam kacan, turun, petola, kacan bendir....macam-macam, selepas itu bila semua sudah berhasil, dia minta Ramlee dagan... sayur-sayur itu sehingga banyak dapat uwan...banyak uwan!

Muhammad tumbuh dari anak yatim, yang hidupnya tidaklah sehebat mana, dari segi milikan harta. Kemudian masa mudanya dia adalah pengembala kambing, kemudian bila dia meningkat remaja, dia jadi pedagang, kemudian kerana ketulusan dan kerajinannya, maka dia diambil oleh hartawan Khadijah untuk menguruskan perdagangannya. Akhirnya dia menjadi seorang yang sangat berjaya, sehingga Khadijah sanggup mengambil dia sebagai suaminya.

(2) Dalam wayang Ahmad Albab itu, watak pengembala dan pedagang jadi pilihan utama P Ramlee. Pastinya seronok kita ketawa seisi keluarga bila di tokok dengan watak AR Tompel yang sangat melucukan, serta sikap toktok ala-Arab P Ramlee. Namun, pernahkah kita bertanya, disebalik watak tidak mengeringkan gusi itu, apa sebenarnya kiasan yang cuba P Ramlee nak tonjolkan.

(3) Lihat kembali kepada sejarah awalnya Muhammad. Dia sememangnya sudah dari sejak lahirnya ditentukan sebagai manusia pilihan Allah. Manusia yang pasti mendapat barkah dan perlindungan penuh Allah. Namun hidup awal (dan bahkan sepanjang hayatnya)Muhammad terus saja dengan penuh cabaran. Paling istimewa, dia memulakan perjalanan hidupnya sebagai pengembala. Pengembala kambing pula tu? Bukan pengembala unta, keldai, baral, kuda, lembu, atau kerbau. Pengembala kambing, binatang ternakan yang paling nakal, tidak boleh alpa, sangat mencabar untuk mengawalnya. Kemudian dia berdagang, dan hidupnya berubah dari agak payah kepada sedikit senang, akibat berdagang.

(4)Kemudiannya, mungkin kerana dia sadar, dan dia mahu umatnya boleh hidup senang, dan supaya mereka dapat beribadat dan berkebajikan secara hebat, maka dia menyarankan agar mereka perlu berdagang, sehingga dia mengatakan 90% kekayaan dunia itu letak pada perdagangan. Pastinya, kerana dia manusia kekasih Allah, kenyataannya itu turut direstui Allah, biarpun kita tidak pernah mendengarnya sedemikian rupa. Namun adakah kita mengambil pehatian berat akan nasihatnya ini?

(5) Elok kita fikirkan dan bincang secara mendalam tentang pengajaran dan rahmat di sebalik jalan hidup Muhammad ini. Gembala kambing, kemudian berdagang. Cabaran utama pengembala kambing adalah perlunya ada sifat kesabaran yang tinggi, pengamatan yang mendalam, sentiasa berawas kerana kambing adalah binatang nakal, serta mudah diancam bahaya. Natijahnya, biarpun berdagang itu boleh mendatangkan laba yang tinggi, namun kita perlu ada sifat sabar (kental), pemerhati yang teliti, pengawalan yang teliti, sebelum kita boleh berdagang.

(6) Apakah sifat-sifat ini tidak ada pada orang kita. Sifat sabar adalah asas bagi orang Melayu. Jika datuk nenek kita adalah manusia yang tak bersabar, kita mungkin tidak akan ada sampai ke hari ini. Datuk nenek kita cukup sabar, sabar menanti padi masak, sabar menanti air pasang-surut, sabar mengharungi segala kepayahan, sabar sehingga bahkan kepalanya diinjak orang lain. Kita juga cukup memerhati, sehingga sampai habis tepi kain orangpun kita perhatikan. Namun, biarpun sifat sabar itu ada pada kita, sifat sangat memerhati itu ada pada kita, namun kita tetap tidak mahu berdagang dan atau gagal berdagang dengan baik! Kenapa?

(8) Mungkinkah kita hanya sabar dan pemerhati ynag cukup teliti kepada yang tidak bermanafaat kepada masa depan kita?

(9) Saya mengambil satu contoh yang mungkin elok diikuti degan filkiran yang dalam: Di sebuah kampung, ada pembuat belacan Melayu, dalam tahun 1960an, membuat belacan hanya dengan menumbok, kemudian dapat menghasilkan 2.0 kg/hari belacan, dan terus menjualnya kepada taukey. Pada tahun 1970, dia tetap membuat belacan secara menumbok dan tetap hanya menghasilkan 2.0 kg/hari, begitulah halnya di tahun 1980an, 1990an, dan 2000an. Tetap cara menumbok dan menghasilkan 2.0 kg/hari dan tetap hanya menjual 2.0 kg/hari belacan dari mula sehingga kini!

(10) Di kampung yang sama, seorang taukey mula-mula dalam tahun 1960an berdagang hanya menggunakan sampan (mobile trading). Pada tahun 1970, dia meminjam tanah seseorang di kampung itu dan membuat kedai atap. Tempat dia membuat kedai itu, dijadikan pengkalan agar segala sampan akan singgah ke situ, dan dia terus dapat mengembangkan dagangannya. Dalam tahun 1980 bila jalan dah mula dibina ke kampung itu, dia sanggup menyediakan kawasan bagi meletakkan segala basikal dan motorsikal. Dalam tahun 1990 bila jalan di perbesarkan, dia membina stesyen hentian bas dan lori berdekatan dengan kedainya yang turut diganti dengan bangunan konkrit. Kini di tahun 2000an, kedainya sudah menjadi Supermarket yang lengkap dengan stesyen minyak dan segala-galanya.

(11) Begitulah, bila masa beredar, orang berubah, kita tetap dengan alu dan lesong belacan!

(12) Saya pun terbayang mungkin jika Muhammad itu masih terus hidup, akan menangis tak henti-hentilah beliau melihat akan masa depan ummahnya yang kian gelap kerana terlalu bekerja keras tapi hanya untuk mendapat 10% dari kekayaan anugerah Allah, sedang orang lain sedang dan telah berkerja secara senang lenang bagi mendapatkan baki 90% kekayaan dunia!

(13) Atau jika P Ramlee, masih hidup maka wayang Ahmad Albab mungkin ditukar jadi Amat Lembab!
(13) Ya lah apa sangatlah nak dikejarkan kekayaan dunia, elok kita kejar kesenangan akhirat! Apakah itu firman Tuhan atau hanya kata-kata penyedap hati dan atau satu pelarian?

(Kuching 13 Mei, 2009)

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

6 comments:

Anonymous said...

sesungguhnya kehidupan dunia adalah persinggahan sementara umpama kita singgah di hentian rehat di highway sedangkan matlamat sebenar kita adalah tempat yang ingin di tuju atau pun penghujung hidup kita adalah menuju ke arah akhirat ie yang kekal selama-lamanya.
Dan buat saudara Abdullah Muhammad itu adalah tersangat mulianya sehinggakan semasa roh nya berada di sulbi Nabi Adam sudah bercahaya dan sentiasa berzikir kepada Penciptanya.Dan sepanjang hayat nya @segala perbuatan nya adalah menjadi contoh yang telah di tentukan oleh Allah

Anonymous said...

Firman Allah SWT "Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan" (QS. Al-Qashash: 77)
---------------------------------------------
Sesungguhnya pemikiran yang tidak kedepan merupakan permasalahan yang sering dihadapi orang-orang melayu.Pemikiran untuk berkembang lebih dari 2kg kepada 200kg pernah difikirkan namun nilai negatif mendahulu setiap pemikiran menjadikan impian menjadikan perolehan belacan sebanyak 200kg hanyalah angan-angan. Entah...sikap ini sudah sebati ataupun orang-orang melayu memang sukar untuk berubah sebenarnya. Saya kira orang-orang melayu di Malaysia harus dicabar. Mereka perlu didesak untuk meninggalkan segala-gala bantuan dan subsidi!!! Jika ini diteruskan saya khuatir orang melayu tidak bisa berubah.
-TheMonkey-

Anonymous said...

Perubahan itu lahir di dalam diri kita sendiri...Bangsa yang maju adalah bangsa yang sanggup berdaya saing. Bangsa yang tidak terlalu meminta-minta... Lantas Melayu.. harus beranjak dari buaian..berlari dan bekerja keras untuk membuat perubahan... kebangkitan bukan hasil dari suapan tetapi kebangkitan adalah dari hasil minda dan sifat yang ingin berubah....Melayu harus bersatu..dan bukan bersaing untuk menjatuhkan bangsa sendiri..Maka Melayu..jangan mudah lupa... kerana asalnya kita adalah Pedagang yang besar di peta sejarah dunia dan Malaysia khususnya.

Anonymous said...

Peranan Dewan Perniagaan Melayu (DPM) di peringkat kebangsaan dan negeri perlu dimantapkan agar peranannya setanding dengan dewan-dewan perniagaan milik kaum lain.

DPM perlu menjadi dewan perniagaan yang dapat memikir, merancang dan memudahkan orang Melayu memula, mengembang dan membesarkan perniagaan dalam pelbagai bidang dari peruncitan sehingga perdagangan.

Oleh itu KESEPAKATAN harus ada bagi membangkitkan Bangsa Melayu yang KUMULATIF atau BERKESATUAN.. Kalau jatuh maka kita harus bersatu bagi membangkitkan dan menghidupkan kembali Peniaga Melayu kita ..bukannya dengan car menjatuhkan lagi dan mengkuburkan "nilai KUMULATIF atau KESATUAN" di dalam DPM...

Sesuatu anjakan paradigma kepada "PEMIKIRAN SOSIAL MELAYU" harus dibuat...

Kita usah rasa malu atau tidak mahu..belajar dari Dewan Perdangangan bangsa lain atau Negara Maju yang lain...untuk Merubah.. kerana perubahan boleh dibuat..pembaikian boleh diatur jika kita keluar dari KELOMPOK PEMIKIRAN MELAYU SEMALAM...PENYATUAN..BUKAN HANYA KEPADA PEMIKIRAN TETAPI KEPADA MEKANISM PEMBAHARUAN.. Moga Melayu akan keluar dari kotak pemikiran yang membawa kepada "KEMUNDURAN" dan "KEPANDIRAN...

Anonymous said...

perjuangan melayu seluruhnya dan khasnya pemuda yang akan menerima pusaka daripada orang-orang yang tua sekarang ini, adalah satu perjuangan yang amat sulit, amat berat dan tidak boleh diambil secara sambil lewa sahaja. Dalam perjuangan, kita mestilah serius. Selain dari serius, dalam keadaan serius kita juga, kita mestilah jujur. Inilah dua syarat yang penting untuk mencapai atau sampai ke matlamat yang kita tuju. Kalau kita tidak serius, (atau) kalau kita serius tetapi untuk kepentingan diri, bencana dan celaka juga padahnya kepada bangsa dan keturunan kita yang akan datang.”

"Allahyarham Tan Sri Syed Jaafar Albar"

firman Allah S.W.T dalam Surah Ali-Imran, Ayat 159:

“...dan hendaklah kamu bermusyawarah dengan mereka dalam sesuatu perkara, dan setelah membuat keputusan dengan penuh keazaman, maka bertawakallah kepada Allah ke atas keputusan itu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya”

Anonymous said...

Tuah kain pada tenunnya,

Tuah pemimpin pada santunnya;

Tuah kayu elok buahnya,

Tuah Melayu elok maruahnya;

Elok kain elok raginya,

Elok pemimpin elok negerinya.

Tetapi sekiranya sudah wujud gangguan dalam kepimpinan,

Bila kain sudah koyak,

Bila dipakai aib tersingkap,

Bila pemimpin sudah rosak,

Bila dipakai umat menghidap,

Bila kain sudah lapuk,

Bila dipakai tentulah koyak,

Bila pemimpin akhlaknya buruk,

Aib terburai umat bergasak.

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.