(Dua manusia, dari dua zaman yang berbeda, namun atas permulaan yang sama.....telah menyaksikan kesengsaraan.........biar berbeda tahapnya, mudah-mudahan pertemuan ini menumbuhkan azam dan tekad untuk terus berdiri.....".......kita buat sekolah Melayu, Universiti Melayu, kerana itulah bahasa yang kita faham....mudah-mudahan itulah bahasa yang akan terus kita bangkitkan dan kembangkan....yang lain-lain hendaklah terus kita pelajari, tapi bahasa Melayu adalah tunjang dan biarkan ianya terus kembang sebagai asas kemajuan kita.....lambang bangsa kita, Melayu"....Tun Abdul Rahman Yaakub 17 April, 2009
Saya mengagak, masa itu saya baru berumur, mungkin 9 tahun (1969),diumumkan bahawa Datuk Rahman Yaakub akan datang ke Simunjan. Saya ingat pada masa itu, semua anak-anak sekolah dari SR Abang Man Simunjan dikehendaki berbaris di Simunjan Town Square, bagi menyambut kedatangan beliau. Saya tidak tahu siapa dia, cuma tahu nama itu sering diperkatakan oleh orang-orang tua di mana-mana. Datuk Rahman Yaakub.
Tak tahu kenapa, jadual ketibaan beliau yang sepatutnya pada sebelah pagi, biar telah berbaris entah berapa lama, namun yang saya ingat, saya dah give up berbaris, dia belum sampai-sampai. Cuma, yang sangat mengingatkan saya akan hari itu sampai kini, ialah kami telah dihiburkan dengan tarian rongan, biarpun perut berkeroncong, kepala pusing, badan terasa lemah. Dia hanya tiba, pada lewat tengahari. Saya hanya nampak dia dari jauh, dan dengar dia bercakap (berucap), sangat nyaring, sangat indah bunyinya, namun kerana usia masih suluran saya tak mengerti apa satupun. Namun saya lihat orang dewasa berasak-asak untuk menghampiri pentas di mana beliau berucap.
(2) Dalam bulan Dec., 1972, saya adalah diantara seratus lebih pelajar Yayasan Sarawak yang akan dihantar belajar ke Malaya. Dan pada suatu malam, kami diraikan di Dewan RTM Sarawak, dan dari kejauhan saya lihat manusia yang sama, tetap kecil, tetap bercakap cukup kuat, tetap bersemangat. Dalam usia 12 tahun ini, saya sudah mula dapat menangkap sedikit-sedikit apa yang beliau katakan....antara lainnya: "Kitak urang mesti belajar benar-benar, kalahkan urang Melaya, kita urang jangan malu-malu. Kitak urang adalah duta (saya tak faham apa maksudnya, tapi terus ingat perkataan itu)Sarawak..."
(3) Alhamdullilah, saya berkesempatan untuk ketemu orang ini, yang tetap kecil tubuhnya, tetap keras hatinya, tetap kuat ingatannya, untuk mengucap terima kasih pribadi atas pandangan jauhnya dalam tiga perkara:
(a) Buat saya secara pribadi, atas pandangan jauhnya dan keberaniannya, memisahkan saya dari kepergantungan kepada orang tua dalam usia begitu hijau, mencabut saya dari jalan lumpur, sekolah berlubang-lubang, dari segala kepayahan di Simunjan pada masa itu, dihantar belajar dengan biaya penuh Rakyat Negeri Sarawak ke UK, yang amat jauh, juga masih merangkak mencari kemajuan, cuma sedikit ke depan dari Simunjan-UK: Ulu Kelantan;
(b) Semasa di SMR Kuala Krai, guru besar sekolah tersebut sering kali mengingatkan saya, awak kena belajar betul-betul. Awak kena mendapat keputusan yang terbaik. Awak kena ingat, biarpun sekolah ini di UK, ianya adalah atas usaha Dato' Abdul Rahman Yaakub semasa dia jadi Menteri Pelajaran. Kami orang-orang di Kuala Krai amat menghargainya kerana sekolah ini dapat menampung para pelajar dari aliran Melayu, kami bangga awak belajar di sini, kami mahu awak dan Dato' Abdul Rahman Yaakub bangga dengan sekolah ini; dan
(c) Semasa Dato' Abdul Rahman Yaakub menjadi Menteri Pelajaran, sekolah-sekolah aliran Melayu kian kembang, sedang pada masa itu hanya ada Univesiti Malaya dan Universiti Singapura yang mengajar menggunakan bahasa Ingeris. Pastinya, anak-anak Melayu lepasan sekolah Melayu akan menghadapi masalah besar untuk meneruskan pelajaran mereka. Maka Kabinet Tun Abdul Razak, meluluskan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menggunakan sepenuhnya pengantara Bahasa Melayu sebagai bahasa akademik, atas usaha Dato' Abdul Rahman Yaakub. Bila beliau diarahkan pulang untuk memimpin Sarawak, para pelajar UKM telah berdemonstrasi cuba menghalang kepulangan beliau!
(4) Saya mendapat menafaat dari ketiga-tiga usaha gigih beliau itu. Saya amat berterima kasih kepada beliau. Mudah-mudahan jasa baiknya akan menumbuhkan saya sebagai manusia yang bersama rakyat sehingga akhir hayat saya.
(5) YABhg Tun Hj. Abdul Rahman Yaakub, terima kasih, mudah-mudahan diberikan Allah segala rahmat kesihatan untuk terus menyumbang kepada kebajikan hamba-hambaNya. Terima kasih.
(Kuching, 12 Mei, 2009)

6 comments:
Biarpun umur mejarakkan dari zaman perjuangan yang berbeda..namun visi dan misi untuk memertabatkan keupayaan dan kekuatan MELAYU MINDA KELAS PERTAMA tetap sama.
Tun Haji Abdul Rahman bin Ya'kub (born 3 January 1928) is a Malaysian politician of Melanau descent from Mukah. He was the former Chief Minister of Sarawak and Yang di-Pertua Negeri Sarawak (Governor of Sarawak) and uncle of Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. He was also a UK trained lawyer that graduated from the University of Southampton and was the Deputy Public Prosecutor in the Sarawak Legal Department from 1959 to 1963.
His contribution will always be remembered
Tun Haji Abdul Rahman bin Ya'kub was born in the village of Kampung Jepak, Bintulu, Sarawak to a fisherman by the name of Tuan Wan Ya'kub bin Wan Yusuf and Siti Hajar binti Haji Mohd. Tahir who was a housewife.He first attended a Malay school and then the Sekolah Anchi in Miri. His father, who wished that Abdul Rahman be given an Islamic education, attempted to send him to the Al-Juned Arabic School in 1939, a decision that was opposed by his mother due to the outbreak of World War II. He then transferred to St. Joseph Miri, but his studies was cut short by the Japanese invasion. At a young age, he learnt the Japanese martial art Aikido and was able to also meet Morihei Ueshiba, the founder of Aikido.
He worked as an oil-tester for the Sarawak Shell Company and a school teacher before being accepted as a Native Officer in the Sarawak Civil Service in 1948.
Kegigihan yang benar dan perjuangan yang benar
Our deepest Fear is not that we are inadequate,
But, that we are powerful beyond measure.
It is our light, not our darkness that most frightens us.
We ask ourselves-
"Who am I to be brilliant, gorgeous, talented?"
Who are you not to be? You are a child of the Universe
.Your playing small doesn't serve the world.
We're born to manifest the Enlightenment that is in us.
It's not just in some of us;
It's in everyone!
As we let our own Light shine
We give others courage to do the same.
As we are liberated from our fear,
Our presence automatically liberates others.
Saya masih ingat dengan kata-kata ayah sahabat saya ketika menuntut ilmu di Semenanjung. Bila kedengaran kata-kata menyatakan bahawa dia ada kaitan dengan Tun Haji Abdul Rahman Yaakub. Rupa-rupa ada jasa yang ditinggalkan oleh Tun Haji Abdul Rahman Yaakub di Kelantan.
Ayah sahabat saya dari Kelantan. Pekat bahasa kelantannya bila berbicara. Namun lama kelamaan nak kacek kelate dak susah dah...dah biaso. Bila mengenang kembali peristiwa duit RM5 boleh menangis dan pilu mengenang seorang sahabat. Sanggup menghulurkan duit untuk membolehkan saya makan tghari (takdok petih) ...ambiklah duit nie aku dah makan tadi dah. Rupa-rupanya dia belum makan lagi. Ini kenangan hidup saya bersama-sama orang kelantan. Humble...simple dan setia. Namun kini jarang dah saya menghubungi. Mungkin satu hari nanti saya akan kembali bertemu dengannya dan sama-sama menyusuri sg golok. -TheMonkey-
terima Kasih sekalung budi buat YBhg Dato' Abdul Rahman Yaakub , yang telah melahirkan kami graduan-graduan dari Sarawak.. Menjadikan kami anak yang bukan pandir tetapi bijak berfikir dan mampu menyumbang kepada Negeri. Kami juga terhutang budi kepada pemimipin-pemimpin sarawak yang penuh jasanya menjadikan kami sebahagian dari Nadi kepada pembangunan Negeri..Pembangunan yang serba ada... peluang yang masih terbuka luas... Negeri yang aman dan tenteram.. Kami sesungguhnya terhutang budi..Namun akan kami teruskan perjuangan membina nasib bangsa & agama. kami generasi baru yang bijaksana.. berterima kasih atas jasa kepada negeri dan negara..Moga dirahmati Allah hendaknya..
Post a Comment