.

18/4/09 HASAD DENGKI.....adakah itu sifat semulajadi Melayu?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - April 19, 2009

Share

& Comment


Sebut saja tentang kegagalan bangsa Melayu dalam apa juga bidang,secara individu atau kelompok, pasti sebab utama yang akan dituding adalah kerana hasad dengki. Sifat ini selalu di ringkaskan sebagai PHD. Seolah-olah, hasad dengki adalah darah daging kita, darah daging Melayu, otak, mata, telinga, mulut, lidah, jantung, hati, perut, bahkan mungkin kemaluan, kaki, tangan, semuanya anggota manusia Melayu adalah penuh terisi dengan hasad dengki. Apakah ini benar? Jika benar, kenapa? Jika tidak, apa sebenarnya punca kepada pemasalahan ini?

Dalam perbincangan ini, saya lebih suka mengunakan sifat hasad dengki dari perasaan hasad dengki. Jika iannya dikategorikan sebagai sifat, maka pemasalahan adalah berat dan perlukan perhatian segera. Jika, hanya perasaan, maka ianya lebih mudah dipadamkan. Di sini saya cuba kupas secara perlahan-lahan, mengikut hukum logik mudah (simpe logic thought), dan mudahan akan menjadi debat (dan juga kupasan) yang paling berharga buat usaha kita membina bangsa Melayu yang gagah dan merdeka! Gagah dan Merdeka!

(2) Jika benar, punca bagi segala punca, kepada kegagalan Melayu adalah sifat hasad dengki, maka wajarlah kita kupas dan bincang sedalam mungkin akan pemasalahan ini. Jika tidak, apapun yang kita buat, pasti akan menuju kegagalan. InsyaAllah, jika punca kepada kewujudan sifat hasad dengki dapat kita selami, pasti jalan keluar akan dapat kita rungkai dengan baik dan sempurna.

(a) Saya bukan pakar bahasa. Namun, cuba kita renungkan dari manakah datangnya istilah hasad dengki? Saya cuma ingin membuat telahan (speculation), perkataan tersebut mungkin berakarkan kepada istilah hasrat dikehendaki, maka jika diperolehi, bergembiralah (ada yang bersyukur)yang memperolehinya, jika tidak, atas dorongan hati (bukan akal), maka akan timbullah hasad dengki. Sifat hasad dengki, adalah atas sifat dorongan tidak puas hati, maka mungkin sebab itulah istilah iri (sakit)hati adalah istilah lain kepada hasad dengki (hasad, hasrat, perasaan, semunya terbit dari hati).

(b) Secara umum (mungkin juga khusus), kita biasanya tidak dapat memperolehi segala sesuatu yang kita hajati, adalah kerana kita kekurangan kemahiran (dan keupayaan) dan atau tidak kesesuaian waktu (the wrong timing). Jika kita ada cukup kemahiran dan masa (juga keadaan) yang sesuai, InsyaAlla, biasanya akan kita perolehi segala hajat yang kehendaki.

(c) Orang yang kurang berilmu (dan atau kemahiran), dalam hubungan ini, ilmu tidak hanya terhad kepada penguasaan ilmu formal, biasanya agak kurang berakal. Akibat kekurangan akal, maka sukar (dan gagal) baginya mencapai apa yang dikendakinya.


(d) Ringkasnya, hasad dengki adalah terbit atas dorongan hati yang kecewa, hati yang tidak dikawal otak, atau otak yang tidak dapat mengawal hati. Hasad dengki adalah akibat dari , otak yang lemah. Otak yang tidak (cetek) berilmu, tidak (cetek) berkemahiran. Orang Kedah kata Otak yang tak ada akai, Orang kelantan kata, Otok benok, di lain-lain negeri, diistilahkan sebagai Otak udang! Dengan kata lain hasad dengki timbul bilamana apa yang sangat-sangat dihajati tidak kesampaian, dan ini berpunca dari masalah kekurangan ilmu, kemahiran dan kependekan akal.

(e) Mungkin jalan yang terbaik, bagi mengikis masalah hasad dengki di kalangan orang Melayu adalah dengan meningkatkan kemahiran rationalization (kewarasan mempertimbang/memperhitung). Jika ini dapat dibuat, saya kira, sifat hasad dengki akan dapat dikurang atau dibendung.

(3) Apakah bangsa di dunia ini yang tidak ada sifat hasad dengki. Wujudkah sifat hasad dengki pada bangsa pilihan utama Allah, iaitu bangsa Yahudi? Melihat kepada kesatuan bangsa itu, rata-rata, akan kita katakan tidak wujud sifat hasad dengki pada bangsa Yahudi. Kenapa, adakah kerana mereka bangsa terpilih? Tidakkah asal kejadian bangsa ini terbit dari sifat cemburu Ishak(?) ke atas Ismail. Dan sifat cemburu itu, bukankah permulaan kepada sifat hasad dengki? Namun, kenapa sifat cemburu Ishak hanya terhad kepada Ismail, dan tidak merebak di kalangan anak cucu Ishak? Maksudnya, bangsa Ishak, bangsa Yahudi telah mampu membendung penularan (inward growth) sifat hasad dan dengki di dalam masyarakatnya. Kenapa dan bagaimana?

(a) Masyarakat Yahudi, jika dilihat dari sudut ikatan setiakawan bangsa tersebut, maka kita akan katakan bahawa mereka tiada sifat hasad dengki (walaupun tidak benar). Mereka tampak bersatu, lantaran kehidupan mereka seperti dihujung tanduk (sentiasa dalam ketakpastian dan bahaya!). Goncangan hidup di dalam 1001 keresahan, bahaya, ketaktentuan, dsb, menyebabkan bangsa ini bersatu, dan mesti bersatu, dan berjaya mengalahkan biar bangsa yang paling kaya dan kuat di dunia ini (Arab dan Anglo-Amerika).

(b) Hakikatnya mereka adalah bangsa yang tidak diterima di mana-mana, samada di Amerika, Eropah, Afrika, apatah lagi di Arab. Asasnya bangsa Yahudi, biarpun mereka bangsa terpilih, namun mereka terpilih kerana kejahatan mereka, bukan atas kemuliaan mereka. Merekalah bangsa yang paling berhasad dengki di dunia ini. Sifat mereka yang tidak mempercayai (sangat mencurigai) masyarakat lain dan selalu memandang rendah masyarakat lain adalah sifat-sifat utama yang menjurus kepada sifat hasad dengki.

(c) Dalam hal ini, kesannya, manusia yang hasad dengki, sampai pada waktunya, akan tersisih, hidup seperti dihujung tanduk, dan paling ketara merupakan manusia yang tidak mempunyai keyakinan diri (serious inferiority complex yang menjurus kepada superiority complex), manusia yang akhirnya akan hina dina! Itulah kedudukan bangsa Yahudi di sisi Allah subhanahuwataala!

(d)Maka, saya yakin, bangsa Yahudi, adalah pilihan utama, kepada contoh bangsa terbaik akan sifat hasad dengkinya, maka atas ketinggian darjat hasad dengkinyalah, maka mereka menjadi bangsa yang paling hina dina. Apakah ini tidak terfikir pada kita bangsa Melayu (dan individu Melayu), jika kita tidak bersungguh-sungguh menjauhkan diri dan atau mengikis sifat hasad dengki, maka kita juga akan terjebak sama dalam kelompok masyarakat Yahudi yang tersangatlah hina.

(4) Apakah, sifat hasad dengki ini khusus atau paling hebat di kalangan bangsa Melayu? Dan adakah, sifat ini kian memuncak atau sudah berkurangan? Bagaimana dengan bangsa-bangsa lainnya? Bangsa Cina, bangsa India, bangsa Arab, bangsa Caucasian, bangsa Arian, bangsa Monggol, bangsa Red Indian, bangsa Maori, dan segalanya. Apakah tidak atau kurang sifat hasad dengki di kalangan mereka?

(a) Wajarlah kita sadar, bahawa hasad dengki boleh menjadikan apa juga bangsa, dan atau individu, menjadi hina dina, wajar kita kikis sifat-sifat yang menjurus kepada pembentukkan masalah hasad dengki. Kita kena rajin mencari ilmu yang baik-baik, kemahiran yang baik-baik, agar kita punya kebijaksaan yang tinggi.

(b)Faktor kedua, yang perlu juga kita kikis, adalah sifat riak, menunjuk-nunjuk. Bagi yang berjaya memperolehi apa yang orang kebanyakan tidak atau sukar perolehi, wajar kita jangan sekali-kali suka menunjuk-nunjuk akan apa yang telah kita perolehi. Elakkan riak. Lebih baik kita amalkan sikap: Seperti ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya, dan atau Ikut resmi padi, semakin berisi, semakin tunduk! InsyaAllah, ini saya kira akan menjadikan kita lebih terhormat.

(c) Kalau kita suka menunjuk-nunjuk, kita sebenarnya sedang menanamkan bibit cemburu di kalangan orang kita, dan ini akhirnya turut membuahkan hasad dengki!

(d) Jangan juga lupa untuk bersederhana dan pemurah! Apa juga yang kita perolehi atau miliki adalah cobaan Allah untuk menilai sikap kemasyarakatan kita. Kita kena ingat, seseorang yang pemurah, (dan suka hidup bermasyarakat)akan murah juga limpahan rezekinya!

Jika tiga perkara ini, kegigihan mencari ilmu, tidak riak, dan pemurah berkembang luas di kalangan orang Melayu, InsyaAllah, sifat hasad dengki akan terus luntur, dan mudah-mudahan akan luput dan digugurkan dari himpunan istilah di Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka!

(5) Tidakkah masalah hasad dengki ini dibincangkan di kalangan masyarakat Jepun, Korea, Vietnam, Amerika Syarikat, New Zealand, bahkan Singapura? Berapakah, jika ada skala hasad dengki yang wujud di kalangan bangsa-bangsa negera-negara ini?

(a) Hasad dengki wujud di kalangan semua bangsa, bahkan di kalangan semua individu. Hanya mereka yang dapat mengawal sifat ini, akan menjadi yang lebih berjaya.

(b) Kita hendaklah songsangkan sifat hasad dengki menjadi sifat rajin, ikhlas, bijak, suka bersaing secara sihat (buat yang terbaik) dan serahkan soal perolehan laba kita kepada Allah untuk menentukannya. Hak kita tetap hak kita!

(c) Hasad dengki, bukan sahaja merosakkan bangsa, ianya tidak akan menguntungkan sesiapapun, samada yang didengki atau pendengki. Jantung mereka yang suka berdengki, akan dipenuhi kolestrol kotor....boleh sakit jantunglah! Orang yang suka sakit hati...maka hempedunya tidak akan seimbang dan akhirnya...mungkin dapat kencing manis! Itulah bahayanya dengki...bukan setakat merosakkan masyarakat, bahkan membahayakan kesihatan tubuh badan sendiri...elok kita tak payah ada sifat ini!

(6) Sebentar tadi saya menyentuh soal pemurah dan kemasyarakatan. Dalam membentuk nilai kemasyaratkan yang tinggi, kita kena ada sikap pemurah (dalam pelbagai bidang: harta, tenaga, masa, ilmu, kadang-kadang pengorbanan). Cuma saya perhatikan, sistem penempatan masyarakat kita, bermula dengan kecelaruan, maka ini telah menumbuhkan kecelaruan dalam fikiran dan sifat kita (our vision is distorted by the origin of our settlement system). Obat kedua bagi menghapus hasad dengki, mungkin adalah dengan punya wawasan yang jelas dan suci. Ini saya huraikan dalam siri rencana 19/4/09.

(7) Ketahui juga dan sentiasa ingatlah, hak orang lain biarlah menjadi hak orang lain. Hak kita sudah ada ketentuannya tersendiri. Cuma usahakan saja secara terhormat. Seterusnya serahkan saja padaNya...jika kita benar-benar percaya kepadaNya. Allahuwalam.

(Bintulu, 21 April, 2009)

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

7 comments:

Anonymous said...

Di peringkat awal sebelum penciptaan manusia bermula Allah S.W.T telah berfirman kepada malaikat bahawa akan menjadikan seorang khalifah di bumi ini.

Sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”.....
Surah al-Baqarah (2):30
Merujuk kepada ayat di atas falsafah kejadian manusia iaitu sebagai khalifah merupakan satu penganugerahan sebagai ciptaan terbaik di antara ciptaanNya. Selain itu sebagai khalifah manusia juga mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk mentadbir alam ini. Penciptaan manusia melalui pelbagai peringkat:-
Pertama:Peringkat Saripati Tanah
Kedua: Peringkat Tanah Melakat
Ketiga: Peringkat Tanah Berbau
Keempat: Peringkat Tanah Keras
Kelima: Peringkat Peniupan Roh

Apabila lahirnya anak-anak ADAM dan HAWA maka bertambahlah khalifah di muka bumi. Bermula cabaran dan kebimbangan para malaikat terhadap kerosakan yang bakal berlaku .
Perjalanan dan kewujudan sifat hasad dengki bermula sebaik saja kelahiran anak-anak ADAM dan HAWA.
Sifat hasad dengki dan irihati terhadap apa yang telah diputuskan oleh Allah swt menjadikan QABIL seorang pembunuh. Inilah pembunuhan pertama kali di dunia disebabkan hasad dengki yang teramat sangat. Disebabkan seorang gadis bernama Iklimiya maka terbit dihati QABIL untuk memilikki walaupun korbannya tidak diterima oleh Allah swt. Hasutan syaitan menyebabkan QABIL sanggup membunuh HABIL untuk mendapatkan Iklimiya.
------------------------------------------------
Berbalik kepada persoalan mengapakah bangsa melayu dikatakan mempunyai sifat hasad dengki yang cukup ketara ataupun hebat (kehebatan yang setakat ini yang tidak boleh dibanggakan) berbanding bangsa lain.
(1) Kenapa melayu dianggap hasad dengkinya yang keterlaluan? Mengapa tidak bangsa lain? Ini kerana ada sejarah pembuktian dan tanggapan orang melayu begitu sinonim dengan sifat yang negatif.(dicop sedemikian rupa sehingga ke hari ini menjadikan bangsa melayu terlekat dnegan tanggapan sedemikian rupa).
(2) Siapa kata bangsa lain tidak kuat sifat hasad dengki? Bangsa India mahupun Cina tidak kurang sifat hasad dengki. Kekadang perlakuan tersebut membawa kepada pembunuhan. Namun sifat hasad dengki dikalangan bangsa-bangsa lain tidak begitu digembar gemburkan seperti bangsa Melayu. Didalam penulisan ilmiah ataupun perceritaan oleh manusia kepada manusia seringkali mewujudkan tanggapan sifat ini memang sudah serasi dalam masyarakat Melayu khususnya. Lihat saja drama mahupun filem sifat ini seringkali dipaparkan dikaca televisyen nasional seperti mahu menyatakan betapa bangsa melayu memang bersifat sedemikian rupa untuk selama-lamanya. Salah siapa?
(3) Jika dibuat kajian bangsa Melayu sebenarnya mempunyai rangkaian sifat-sifat yang sebenarnya menjurus kepada perkara yang diperkatakan iaitu sifat hasad dengki. Bila adanya sifat-sifat sopan santun dan kemesraan yang wujud dikalangan bangsa melayu itu sendiri maka seterusnya penceritaan yang baik pada permulaannya mula bertukar kepada penceritaan yang kurang baik. Ini berlaku tidak kira peringkat tertinggi (kerajaan) mahupun orang-orang di kampung. Kemesraan yang timbul dikalangan bangsa melayu itu sendiri telah membuktikan ada segelintir yang cuba menciptakan suatu cerita yang penuh dengan sensasi agar mendapat perhatian dikalangan pendengar-pendengarnya. Maka wujudlah istilah “TV3”,”TV1”, parabola dsb ke atas golongan ini.
(4) Sifat hasad dengki jika diperhatikan di dalam PELITA itu sendiri sudah cukup memadai. Istilah TV3 cukup popular dikalangan pekerja-pekerja PELITA itu sendiri. Kenapa? Sehingga wujud kelompok-kelompok TV yang tidak pernah diberikan kebenaran untuk memancarkan cerita secara terus mahupun berperingkat-peringkat. Mungkin saudara Abdullah sedar perkara ini. Semuanya nampak mesra namun jauh disudut hati ada masalah yang nampak ketara dikalangan pekerja-pekerja PELITA itu sendiri. Mereka menjadi duri dalam daging sehingga kekadang ada yang sanggup berhenti kerja kerana tidak sanggup dan tidak tahan dengan karenah-karenah golongan ini.
(5) Semakin berkurang atau bertambah sifat-sifat ini bergantung kepada kewujudan golongan-golongan TV/satelit ini. Saya percaya dan mempercayainya, selagi manusia itu tidak mahu bersyukur dengan pemberian Allah swt selagi itulah sifat-sifat ini terus wujud dan semakin hebat jika diapi-apikan oleh syaitan berkepala hitam.
(6) Saya kira kenyataan menyatakan bahawasanya bangsa Yahudi tidak mempunyai sifat hasad dengki adalah silap. Disebabkan hasad dengkilah bangsa Yahudi enggan menerima kenyataan bahawa nabi dan rasul akhir zaman dari bangsa Quraisy. Sifat hasad dengki berlarutan hingga ke hari ini telah membawa dendam kesumat untuk menghapus terus orang-orang Palestin dari bumi ini. Bukan itu saja, bangsa Yahudi cuba memanipulasi Amerika untuk cuba menghapuskan negara-negara Islam dengan pelbagai cara. Sifat hasad dengki dan dendam kesumat melihat betapa angkuhnya bangsa Yahudi itu sendiri jika dibandingkan dengan bangsa melayu. Maka ketahuilah bangsa melayu sebenarnya tidaklah begitu hebat hasad dengkinya jika dibandingkan dengan bangsa Yahudi itu.
Kesimpulannya, berdoa, berusaha dan tawakal dengan Allah swt. Bersyukur dengan apa yang ada. Jika ada rezeki lebih Alhamdulillah. “TheMonkey”

Anonymous said...

SIfat hasad dan dengki adalah fitrah kejadian manusia itu sendiri.Peradaban zaman yang menjadikan manusia itu berbeza dari tahap hasad dan dengknya, juga akal fikiran dan bagaimana cari ia digunakan atau dipergunakan.

Penelitian saudara Abdullah begitu halus, umpama mencari cebisan unsur (silika) dalam kaca (yang pastinya sudah lebur dalam proses pembuatan.
Sekiranya kita berilmu, mempunyai kemahiran tidak riak dan sentiasa mengingati antara satu sama lain,besar kemungkinan sifat hasad dan dengki ini akan tersekat penularannya dalam jiwa kita (atau minda?) kita. Kadang kadang kita lebih mudah berkata-kata dari melakukan yang ketara.It is easier said than done because not everyone can walk the talk....

Orang Melayu sebenarnya jauh dari sifat itu tapi kemasyarakatan membawa mereka hampir kepadanya.Mereka hidup dalam kelompok mereka hingga ke hari ini. Kalau dulu orang Melayu tinggal di desa desa, kini mereka sudah jadi penghuni kota. Tapi sayangnya, kehidupan kota hanya membuka mata mereka kepada apa yang zahir dan tidak kepada apa yang tersirat.Orang Melayu kota masih tinggal dalam kelompok mereka walaupun mereka saling tidak mengenali antara satu sama lain, bagaikan onak dalam belukar,melepaskan pucuk masing -masing

Sekurang-kurangnya orang Melayu di desa desa masih hidup dalam kelompok yang masih mengingati antara satu sama lain.

Selagi kesempitan tidak terasa, selagi kepayahan bukan angkara, selagi itulah orang Melayu dibuai mimpi yang indah. Selagi mimpi indah itu tidak menjadi mimpi buruk yang nyata, selagi itulah persaan hasad dan dengki semakin sukar untuk didalangi.

Yahudi menjadi agung dalam capaian ekonomi dunia oleh kerana kesempitan, oleh kerana kepayahan dan kerana mimpi buruk mereka menjadi kenyataan. Keadaan dalam tamadun yang mereka cipta begitu mendesak menyebabkan mereka sedar betapa pentingnya penyatuan yang erat dan kukuh di peringkat global. Mereka adalah peneroka waktu dan laluan superhighway (John Naisbaitt) yang unggul dalam peradaban manusia dengan perspektif capaian yang begitu ke hadapan.

Satu hari orang Melayu juga pasti boleh mengikut jejak langkauan orang Yahudi dari segi kesatuan hati, tapi apakah ia dapat atau boleh meletakkan orang Melayu ke tahap capaian ekonomi yang diimpikan?

Selingkar renungan perasaan hasad dan dengki......

Anonymous said...

great comments... fabulous thought... but will Malays ever care?

just my two cents thought ~sikgago~

Abdullah Chek Sahamat said...

Guys, it doesn't matter how many people care, most important, those who care must contribute in what ever mean. Let have good positive spirit. A fire never start big. A million start with a cent. So to build a great Malay society every sense (including cent) count. Thanks.

Anonymous said...

yeah, life is too short to waste time hating anyone... :)~sikgago~

Anonymous said...

Saya ingin menyatakan secara ringkas... bahawa jika orang yang berjaya bukan dari hasil usahanya tetapi dari hasil-hasil tanah orang lain... maka kejayaan itu atas penderitaan orang lain.. Dia seperti pemunguk cukai di zaman penjajahan... Apa juga hasil tanah... dibayar kepadanya.. Begitu juga yang berlaku kepada mereka yang memegang amanah di dfalam syarikat-syarikat milikan rakyat... Hasil duit yang didapati bukan kerana mereka memperjuangkan nasib rakyat tetapi kerana mereka duduk di tempat di mana Rakyat meletakkan mereka sebagai pemegang amanah... Lantas jika ada yang menyoal.. bukan bermakna hasad dengki tetapi mempersoalkan.. hala tuju nasib mereka sendiri... Kalau 12 tahun menunggu hasil dari tanah yang diusahakan tetapi... hanya RM50.00 sahaja pulangannya... maka orang yang kaya boleh membelanjakan burung perempuan ke sana ke mari... harus berfikir... adakah ini hasad dengki atau hak yang berhak sudah dinafikan... Sistem penyampaian dan dasar harus difikir dan dikaji... Jangan esok duit yang dibelanjakan menuntut keadilan... Rumah-Rumah pangsa mewah di Kuala Lumpur yang dibeli... Tanah-tanah peribumi yang dibeli... semuanya harus ditanya hasilnya dari mana? Renung-Renungkan... kalau tidak duit rakyat...

Anonymous said...

Satu fakta, dua penipuan
yang pertama kita ambil, dua buang
kenapa mengeluh?
dengar cerita lagi, dah jenuh berkali-kali
komplikasi dalam komunikasi jadi konfrontasi
mulut orang perosak reputasi, pembunuh motivasi
mereka pakar fabrikasi, modifikasi
di depan senyum, belakang dengki
yang cemburu mungkin teman kita sendiri
siapa tahu?
peduli, kita dah semuanya bersama
dah senang bersama, dah susah pun bersama
ketawa bersama, menangis bersama
kubersumpah harap kita mati pun bersama
ke akhirnya
"TheMonkey"

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.