Pertama-tama penglibatan aktif saya dalam prihal pengubalan dasar pembangunan Tanah Hak Adat Bumiputera (THAB) atau dalam Inggerisnya Native Customary Right Land (NCR) adalah pada sekitar 1995. Pada masa itu, Kerajaan Negeri sememangnya sangat berminat untuk menyelesaikan masalah tuntutan NCR di kawasan-kawasan Tanah Negeri (TN) atau State Land dan atau Tanah Pajakan Sementara atau Provisional Lease (PL). Di tahun 1990an, pembangunan Tanah Negeri (TN) dan tanah NCR adalah penting untuk membawa perubahan ekonomi ke luar bandar khusus dalam soal-soal pembasmian kemiskinan, penyediaan prasarana dan kemudahan asas kepada rakyat. Namun usaha-usaha ini agak terencat dengan pertembungan tuntutan NCR oleh masyarakat berkaitan. Malah isu pembalakan juga menjadi begitu getir pada 1990an kerana masalah yang sama.
(2) Namun hasil dari pelbagai perbincangan di peringkat rakyat dan juga kerajaan, maka di sekitar 1997 Kerajaan Sarawak (GOS) melaksanakan apa yang di namakan Smart Partnership NCR Development di mana Projek NCR Kanowit telah dilaksanakan sebagai projek perintis dengan Rakyat sebagai tuan tanah NCR, Boustead Bhd sebuah agensi swasta, dan PELITA ie agensi Kerajaan Negeri berusahasama (JV) mengikut agihan ekuiti 30:60:10 bagi memajukan tanah seluas sekitar 15,000 (?) hektar. Dalam konsep ini, pemilik tanah harus bersetuju menyerah kuasa untuk memajukan tanah kepada PELITA sebagai Pemegang Amanah untuk mereka, dan seterusnya Boustead bertindak sebagai Pemaju. Malangnya, Projek ini mengalami pelbagai masalah sehingga kini. Saya melihat "kegagalan" Projek Kanowit lantaran pemilihan masa, tempat dan rakan kongsi swasta yang sedikit khilaf. Dari segi masa, inilah waktunya di mana sedang berlaku perpecahan hebat dalam Parti PBDS sehingga tertubuhnya PRS. PBDS pada masa itu menjadi pembangkang, dan dominen di Kanowit. Maka kerena itu, secara langsung, pemilihan Kanowit adalah khilaf dilihat dari sudut komersilnya, lantaran Projek itu telah dijadikan umpan politik, dedak untuk mengalahkan PBDS. Boustead pula adalah syarikat Malaya yang pengurusannya tidak mahir dengan adat resam tempatan. Kini setelah berada di luar Kerajaan, saya melihat, jika Projek perintis ini telah dilaksanakan dahulu di kawasan persisir Mukah, Saribas, malah pedalaman Simunjan, Serian, Lundu dan Bau, kejayaan perintisnya pasti lebih hebat dari Kanowit.
(3) Walaubagaimanapun dari Projek Perintis NCR Kanowit, konsep pembangunan sebegitu kemudiannya berkembang luas ke seluruh Negeri Sarawak khususnya bagi tempoh 2003-2011 setelah projek serupa ini seluruhnya digembelingkan di bawah PELITA. Terdahulunya, PELITA hanya menumpu di Bhg Tengah Sarawak, di Bhg Utara, LKTS telah diberikan peranan tersebut sedang di Bhg Selatan, SALCRA kekal menjadi juara. Kebolehan bagi perkembangan meluas Projek Pembangunan NCR secara Smart Partnership ini, lantaran PELITA telah sedikit merobah cara pengurusan Projek tersebut khusus berkait dengan conflict yang timbul akibat masalah pulau galau bukan kerana NCR tetapi kerana tompok-tompok (pockets) Tanah Negeri di dalam NCR. Sebelum 2003, Kerajaan Negeri "berdegil" untuk tidak membenarkan Projek ini dijalankan sehingga tuntutan NCR dalam Kawasan Projek telah benar-benar pasti. Juga sebarang Tanah Negeri yang berada dalam kawasan Projek mesti "dikeluarkan" dari konsep Pembanguan NCR dan harus menjadi "milik PELITA". Namun apa yang terjadi di peringkat bawahan adalah rakyat menganggap pulau-pulau Tanah Negeri di kawasan NCR sebagai pemakai menoa ie kawasan perburuan dan atau mencari hasil-hasil hutan mereka. Sebetulnya, inilah masalahnya maka dari 1998-2003, Projek NCR tidak dapat berkembang meluas, sehinggalah pihak PELITA berani membuat sedikit perubahan tentang pendekatan yang sediada. Sebelumnya, GOS menubuhkan LKTS kemudian diswastakan menjadi SPB, dan SALCRA bagi tujuan yang sama. Agensi-agensi Persekutuan seperti Felcra, Risda dll juga telah di bawa masuk untuk membantu membangun tanah NCR, namun status non-bumi mereka dari sudut perlembagaan Negeri, mengekang usaha-usaha mereka. Dalam masa yang sama kuasa yang ada pada LKTS dan SALCRA adalah sangat terbatas, sehingga pada 1981 (?) PELITA telah ditubuhkan dengan kuasa a Government within a Government dalam soal-soal pembangunan tanah.
(4) Saya tidak berapa ingat bila, mungkin sekitar 2005, PELITA juga telah merobah dasar pembahagian dividen Projek JV NCR ini. Mengikut konsep biasa perladangan sawit, keuntungan bersih biasanya hanya akan tercapai pada tahun ke 10-13. Namun keuntungan operasi boleh didapati dari tahun ke 7 selepas penanaman. Dengan dasar dividen seperti asalnya ie hanya boleh diberikan setelah JV mencapai tahap keuntungan bersih, maka saya melihat Projek tersebut pasti tidak mendapat sambutan hebat rakyat. Maka dengan sebab itu, PELITA merobah dasar agihan habuan kepada pemilik tanah NCR dalam Projek tersebut dengan mewajibkan Pengusaha membayar tidak kurang dari RM60/ha/bulan kepada para peserta bermula dari tempoh kemasukan pembangunan ke tapak tanah. Saya melihat rasionalnya berasaskan maklumat sosio-ekonomi yang ada kepada rakyat ie mereka rata-rata miskin. Maka jika tanah mereka di"ambil" untuk tanaman sawit, dan hanya di tahun ke 13 ke atas baru boleh menikmati hasil, maka selama 13 tahun menunggu apakah ganjaran yang harus mereka nikmati? Mana mungkin sang miskin sanggup terus "berpuasa" untuk tempoh 13 tahun. Biar langkah ini tidak wajar dari sudut Enterprise Accounting, saya mengambil pendirian, "You want, you take it, or else let the rakyat be on their own". Sebetulnya saya mempergunakan Projek NCR Tabung Haji Beladin untuk tujuan ini. Saya meletakkan syarat JV agar TH membayar Upfront Dividend sebanyak RM60/ha/yr dari tarikh mula Projek. Perkiraan accounting saya mudah. RM60/ha/bulan bersamaan RM720/ha/tahun. Cuba kira bagi tempoh 12 tahun, nilai terkumpul Upfron Dividend tersebut pasti RM8,640. Tetapi, jika TH hendak membeli tanah bagi tujuan perladangan, harga tanah pada masa itu adalah sekitar RM10-15K. Maka untuk membuat ladang komersil, sekurang-kurang 7,500-10,000 ha adalah diperlukan. Jika itu sebegitu, maka upfront commitment pembelian tanah bagi syarikat pastinya RM75-150juta, berbanding jika mengguna pendekatan PELITA, upfront commitment rendah dan boleh di"spread" selama 12 tahun. Jika cost belian tanah diganding dengan cost pembangunan sekitar RM15K/ha, maka cara upfrond dividend payment jauh lebih menguntungkan syarikat. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada TH yang nampak akan rasional ini dan mereka bersetuju dengan cara PELITA lalu dengan itu, pihak lain-lain juga ikut sama setuju dengan kaedah tersebut. Kepada saya TH telah benar-benar memainkan peranan besar dalam merobah cara pembangunan Tanah NCR di Sarawak. Sebetulnya langkah PELITA yang agak lain ini semua berpaksi kepada kekhuathiran kita tentang jika pembangunan tanah NCR di Sarawak gagal, maka kemiskinan akan terus payah untuk diselesaikan. Saya melihat usaha Kerajaan dalam apa bidangpun dari sudut ekonomi yang lebih besar berbanding pure accounting.
(5) Sebetulnya, pertembungan yang sangat hebat antara pemilik tanah NCR dan Kerajaan Sarawak (GOS) bahkan di zaman Brooke, tidak lain dan tidak bukan hanyalah kerana soal mahukan duit. Kerajaan di satu pihak melihat tanah sebagai aset ekonomi. Rakyat di sisi lain melihat tanah sebagai nyawa. Sebelum merdeka, rakyat bebas mencari hidup ke mana saja, lantaran tanah, hutan dan sungai-tasik menjadi sumber rezeki mereka. Tiada siapa menggangu mereka untuk beroleh rezeki dari sumber anugerah Allah ini. Adat mengatur cara pengurusan tanah jika timbul conflict di antara mereka. Lantaran itu, sedikit masa lalu timbul cara penyelesaian "secara head hunting" yang pada kaca mata Pentadbiran Brooke sebagai unsur-unsur terrorist sehingga saya yakin timbulnya konsep Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR). Kita harus ingat pada zaman Brooke, Sarawak adalah wilayah yang sangat miskin dari ukuran Barat. Pentadbiran Brooke hanya menyumber dana dari cukai perdagangan. Maka dengan sebab itu, di sekitar 1900an Brooke mula membuka tanah ladang dengan membawa masuk rakyat China ke wilayah ini sebagai usaha memperluas sumber kewangan pentadbirannya. Maka untuk mengelak conflict kepentingan rakyat pribumi dan "Negeri" maka Brooke dan kemudiannya diperkemaskan oleh British (1946-63) akan Sarawak Land Code 1939 (?) hasil dari beberapa pengubalan undang-undang tanah 1931-1933. Pada waktu Pentadbiran Brooke (1841-1941), pada 1871, bilangan penduduk Sarawak hanyalah sekitar 141,000 orang. Dalam bancian pertama pada 1939, penduduk Sarawak telah berkembang ke sekitar 500,000 orang. Saya berkira Land Code Booke dan British pada masa itu adalah sangat sesuai dengan bilangan penduduk yang kecil. Namun selepas merdeka, dengan pertumbuhan pesat penduduk, rakyat pula telah mengalih sumber kehidupan mereka kepada Kerajaan. Kerajaan pula, demi keperluan untuk memenuhi tuntutan rakyat, melihat tanah sebagai aset ekonomi Negeri. Namun lantaran kehidupan rakyat rata-rata masih susah maka mereka masih melihat tanah sebagai hak mereka untuk hidup. Maka timbul dilema ayam dan telur, yang mana harus dulu. Kerajaan perlukan duit untuk membangun rakyat, dan untuk itu perlukan kuasa membangun penuh segala jenis tanah selaras dengan tarafnya sebagai pemilik mutlak tanah, namun rakyat merasakan usaha-usaha ini pasti menjejas sumber duit untuk mereka hidup.
(6) Bagi Kanun Tanah Sarawak, semua tanah adalah dikira Tanah Negeri, TN. Apa-apapun kategori Tanah di Negeri ini, dan menjadi amalan Kanun Tanah seluruh dunia, setiap Tanah tetap milik Kerajaan. Maka dengan sebab itu Kerajaan berhak mengenakan cukai ke atas apa-apapun kategori tanah. Cuma yang menjadi masalah adalah adanya konsep THAB atau NCR dalam sistem kepemilikan tanah di Negeri ini. Sistem ini, sengaja Brooke dan British adakan bagi "menjaga hak rakyat pribumi Sarawak". Itu jika dipandang dari sudut slogannya. Namun hakikatnya, saya percaya kewujudan NCR adalah untuk menjaga kepentingan Brooke dan British. Kewujudan konsep NCR adalah untuk mengariskan sempadan antara hak mutlak Negeri dan rakyat. NCR kepada saya adalah pengekang hak rakyat bukan sebagai dinyatakan sebagai menjamin hak rakyat. Brooke dalam membenarkan NCR sebetulnya mahu mengunakan NCR sebagai cara menjamin hak Negeri ie Pentadbiran Brooke ke atas Sarawak.
(7) Sesungguhnya, Brunei, Brooke, British malah Jepun tidak akan pernah menjajah Sarawak sekiranya tiada konsep pecah dan perintah Kewujudan NCR adalah strategi pecah dan perintah Brooke dan British yang sangat sistematik dan licik. Saya yakin, banyak pihak tidak bersetuju dengan saya dalam hal ini. Namun saya yakin dengan konsep there is always the two sides of a coin. Walau apapun, Perlembagaan British telah kita terima pakai dan sebegitu juga segala Undang-Undang yang tergubal, maka jika kita ingin berdebat tentang salah laku Brooke dan British, sampai kiamatpun tiada penyelesaiannya.
(8) Konsep Pembangunan Tanah NCR yang telah digubal di zaman Taib harus kini dilihat sebagai jalan perintis kepada perubahan yang lebih baik selanjutnya. Adenan Satem, tidak sempat untuk berbuat perubahan besar dalam hal ini. Kini di zaman Abang Johari, saya yakin beliau punya kesempatan yang sangat luas untuk melakukan perubahan yang lebih saksama kepada rakyat dan Negeri. Saya yakin, penyelesaian kepada masalah pentadbiran tanah di Sarawak dapat dirungkai baik jika khasnya di pihak Kerajaan boleh sedikit demokratik. Adalah sukar untuk Kerajaan mengharap suatu proses demokratik di kalangan rakyat. Sebabnya mudah. How much can the Governemnt to gain from the poor. Sesungguhnya tiada apa yang Kerajaan boleh regut dari rakyat yang masih miskin. Rata-rata rakyat luar bandar di Sarawak masih miskin. Biar dalam Islam sekalipun, diperakui, biar Imanpun pasti kalah lantaran kemiskinan dengan maksud "Kemiskinan itu hampir-hampir membawa kekufuran. Juga feudalisma telah terlalu lama kita amalkan dan masih kuat mengakar dalam masyarakat kita sehingga sistem pentadbiran dan politik kitapun masih utuh dengan feudalismanya. Maka untuk merobah, Kerajaan harus menjadi pendahulu. Kerajaan harus bersifat demokratik dahulu, maka baru
rakyat dapat mengikuti. Maka, bagi saya, tuntutan demokrasi Kerajaan dalam hal tanah NCR adalah perlunya Kerajaan menjiwai asas kepada tuntutan NCR itu sendiri. Asas tuntutan itu adalah wadah untuk meneruskan kehidupan mereka. Jika disorot dari sudut Perlembagaan, memiliki tanah haruslah dilihat sebagai hak-hak asasi mereka. Dalam soal tafsiran Tanah NCR, saya kira itu sudah jelas. Samada masyarakat Dayak dan atau Melayu, keduan-duanya sudah punya asas kukuh dalam menakrif konsep NCR mereka. Kelompangan tafsiran di satu pihak, boleh diisi oleh pihak yang lain. Mengadun kedua-duanya pasti membaya kesatuan kukuh semua pribumi Sarawak, khasnya dalam soal kepemilikan dan pentadbiran tanah. Kita tidak boleh memaksakan tarifan suatu kaum ke atas kaum yang lain. Namun tiada salahnya mengunakan tafsiran yang sedikit berbeda untuk saling melengkapi. Inilah jalan demokrasi yang saya kira wajar Abang Johari lihat dan cuba usahakan. Dayak melihat ke gunung, Melayu melihat ke laut. Dengan gunung dan laut menjadi milik rakyat Sarawak, In Shaa Allah di antara keduanya pasti ada peluang kemajuan yang sangat hebat.
(9) Saya perhatikan, semasa masih dalam perkhidmatan Kerajaan (1986-2011) sehingga sudah hampir tujuh (7) tahun di luar dari perkhidmatan Kerajaan, saya melihat isu tanah NCR ini lebih menjurus kepada masalah sentimen. Sentimen kaum, telah menjadi dalang kepada masalah tanah NCR. paling parah sentimen ini kian dibakar dengan simbahan minyak politik tidak matang. Masyarakat Dayak dengan sifat berjalai mereka punya kecenderungan untuk menuntut segala tanah di Negeri ini sebagai hak mereka. Pastinya konsep NCR mereka serasi dengan budaya berjalai mereka. Di kalangan orang Melayu pula, mereka melihat water bodies sebagai sasaran mereka di samping tanah daratan. Melayu ini, mereka petani jenis setempat in situ, pelaut dan nelayan. Maka logiklah jika konsep THAB mereka juga harus menjurus kepada budaya hidup berasaskan laut mereka. Maka sering berlaku conflict THAB di antara kaum, dalam kaum malah dengan pihak luar adalah biasa bila konsep THAB tidak diperkemaskan dengan demokratik. Ianya menjadi sentimen cukup sensitif di saat tuntutan ini mulai bertembung pada sempadan yang tidak jelas. Apa lagi bila wujud tangan Kerajaan dalam menganugerahkan "Tanah Negeri" kepada para pemaju swasta secara besar-besaran. Rakyat negara mana sekalipun pasti tersentuh, pada saat penganugerahan tanah secara besar-besaran sangat dipermudahkan sedang proese untuk mengiktiraf hak rakyat yang kecil-kecilan kelihatan terlalu payah. Paling parah, penganugerahan ini pula kelihatan cenderung kepada pengujudan kroni-kroni. Inilah apa yang sedang dipolitik dan polimikan untuk sekian lama dan berapi-api. Faktor-faktor ini ibarat bukan menyimbah api dengan petrol tetapi kita kian bermain politik dengan bom api di merata tempat di musim kemarau.
(10) Dunia ini asalnya tercipta adalah untuk semua manusia. Itulah fitrah kejadian bumi dan manusia di sisi Islam dan Allah. Maka, Abang Johari sebagai seorang Muslim, terangkat menjadi khalifah Sarawak maka kesedaran Islami dalam cara mengurus tanah dan rakyat Negeri ini harus kukuh kepada beliau. Negeri ini asalnya milik rakyat. Cuma Brooke dan British yang telah mengasing-ngasing dan meminggirkan hak rakyat dengan berselindung di balik slogan untuk membela rakyat ie mereka sebenarnya ingin menjaga kantung sendiri dengan mengujudkan NCR. Cuma sangat anih, bila rakyat seperti sedang berperang dengan Kerajaan kini mereka seperti memuja Brooke kerana mengujudkan NCR tanpa sedar NCR telah memberikan Brooke kuasa untuk menafikan hak rakyat ke atas Negeri ini. Di pihak Kerajaan, "mereka" pula turut bersikap seperti Brooke, cuma mungkin kelihatan lebih keras ie not as gentleman yet shrewd as the Brooke Walau apapun, hakitatnya, hak rakyat perlu dijaga, samada ianya bernama NCR atau bukan. Maka saya berpandangan, Kerajaan Sarawak kini perlu bekerja keras tetapi penuh hati-hati dan demokratik untuk mengubal suatu dasar pengurusan tanah yang lain dari yang ada. Biarlah dasar pengurusan tanah di Sarawak ini benar-benar Native to Sarawak. Tidak perlu kita terikat dengan Undang-Undang British. Kita hendak maju, biarlah kita Naitively Us. Biarlah rakyat yang memiliki Negeri ini. Kebangaan Sarawak for Sarawak marilah kita tukarkan kepada semangat bersatu-padu untuk membina Sarawak yang kuat. Maka untuk itu, segala unsur yang boleh memecah belahkan kita mesti kita hapuskan dan di antaranya adalah conflict NCR dan kemiskinan. Peranan Kerajaan haruslah untuk mengatur apa saja bagi kesejahteraan saksama rakyat. Saya yakin, melalui sistem yang ada, biar seluruh Sarawak adalah NCR, Kerajaan Sarawak tetap mengaut hasil darinya dari kita terus berperang berebut yang mana NCR dan yang mana Tanah Negeri dan kemajuan sudar atau tersekat.
(11) Di Amerika dan Kanada, berbanding di Latin Amerika, tidakkah pendemokrasian pengurusan tanah telah meletakkan dua negara ini sangat maju ke depan berbanding Amerika yang lain? Asalnya di Amerika dan Kanada, "rakyat" diberikan kebebasan untuk memiliki tanah untuk tujuan pertanian. Kerajaan pula hanya terlibat dalam pemilikan tanah bagi kepentingan-kepentingan awam tertentu. Kerajaan seperti membebaskan dirinya dari terlibat dalam menganugerah bahkan memiliki tanah untuk tujuan perladangan. Sebaliknya, di Latin Amerika, konsep NCR diamalkan. Tidakkah dengan wujudnya NCR di Latin Amerika dan bahkan Oceana, menidakkan rakyat pribumi untuk maju jauh ke depan. Sesungguhnya sifat dan sikap hebat Amerika dan Kanada (malah Australia) adalah to protest and being different from their mother British. Jalan baik untuk kita membangun Sarawak secara lebih kemas adalah dengan mendemokrasikan pengurusan tanah kita.
(12) Di akhir-akhir perkhidmatan saya di PELITA, saya telah menggalkan suatu pendekatan pilihan dalam mengiktiraf dan mengurus Tanah Rakyat ie melalui apa yang saya namakan sebagai Ladang Rakyat. Dalam konsep ini, PELITA memudahcara agar penduduk Kampung memohon tanah-tanah di pinggiran Kampung mereka secara berkelompok. Tanah-tanah ini kemudian diamanahkan kepada PELITA untuk dibangunkan. Pada masa itu, lantaran masalah kewangan dan kepakaran, PELITA telah menggunakan Felcra bagi memajukan tanah-tanah tersebut, memandangkan pihak Felcra boleh menyumber kewangan dari Kerajaan Persekutuan. Walaubagaimanpun, di pihak PELITA, kita sedang melatih kakitangan kita untuk menjadi tenaga pengurusan ladang dan juga sedang membangun ladang sawit secara sendiri di Daro sebagai persediaan untuk PWELITA kemudiannya memikul tanggungjawab penuh dalam menerkoi pembangunan tanah rakyat mengikut Model Ladang Rakyat. Cuma model ini, sehingga kini PELITA telah terlalu selesa dengan Felcra, sedang matlamat asalnya adalah untuk menjadikan Ladang Rakyat Sdn Bhd kepada Ladang Rakyat Berhad. Dengan cara itu, asas ekonomi rakyat akan dapat diperluaskan dengan lebih besar berbanding dengan hanya bergantung kepada sawit.
(13) Sebetulnya Taib telah bersetuju untuk menguna pakai Model tersebut secara lebih meluas dan banyak kawasan telah dikenalpasti untuk tujuan tersebut. Cuma the next is all about courage and commitment PELITA. Saya yakin dengan cara ini, Tanah Sarawak bukan hanya penting dan menjadi milik utuh rakyat bahkan ianya akan menjadi aset ekonomi yang sangat berguna kepada Kerajaan Negeri. Kedua-dua rakyat dan Kerajaan pasti beroleh duit yang saksama darinya, dan Sarawak pasti lebih maju dan bersatu padu. Maka isu NCR adalah lebih wajar untuk dilihat dari sudut cara atau Model Pengiktirafan dan Pengurusannya untuk memenuhi cita-cita kedua-dua rakyat dan Negeri. Denagn perubahan demografi rakyat, saya berkeyakinan bahawa mereka sudah bersedia dan mampu untuk menentukan perjalanan penguasaan ekonomi mereka. Cuma peranan Kerajaan khususnya jentera Kerajaan dalam memudah cara dan mengawal selia urusan mereka itu yang perlu kita jaga dengan baik. Kerajaan Sarawak harus mula mengorak langkah berani untuk lebih demokrasi kepada rakyat.
Kuching, Sarawak
6 Feb., 2018

0 comments:
Post a Comment