

(3) Allah mengadakan Mao sesuai pada masanya. Juga jika diteliti mendalam, banyak hikmah yang cuba Allah sampaikan melaluinya. Pertama-tama dan paling utama adalah rakyat harus bersatu membina keluarga besar. Mao mendapat ilham mengenainya. Dia bersungguh-sungguh bekerja ke arah itu. Dia menjadikan long march sebagai permulaan ke arah itu. Dalam keadaan getir yang dikeliling musuh-musuh yang handal-handal, hanya kuasa rakyat yang dapat menantang segalanya. Sekali lagi Mao mendapat ilham tentang itu dan bekerja keras ke arah itu. Dia menjadikan musuh Negara sebagai musuh rakyat. Rakyat pada masa itu cukup derita kerana dirayah penjajah malah golongan sarakah di antara mereka.

(4) Pada Mao, Allah menunjukkan teladan antara kejayaan sebuah perjuangan tanpa Iman berbanding sebuah perjuangan atas landasan Iman sekitar 1,300 terdahulu yang dipelopori oleh SAW dan para sahabat besar beliau. SAW berjaya membina dan membela Ummah, malah kemaraan Islam terus kekal sehingga kini biar dirinya tetap zuhud seisi keluarga sehingga akhir hayat. Perjuangan yang berteraskan keImanan dan Taqwa tidak menuntut nikmat kemewahan, yang utama adalah janji Syurga yang telah Allah tetapkan.


(7) Dalam ertikata lain, Russia gemar menari mengikut gendang musuh, sedang China lebih gemar melihat fire across the sea. Sifat-sifat jati diri kendiri seperti yang SAW amalkan terilham sebagai teras strategi China dalam mendepani musuh-musuh luaran mereka. Bilangan penduduk China yang sangat besar, menjadikan musuh-musuh luaran agak tidak terlalu keras terhadap China, umpamanya US bila berdepan China di Pig Bay mereka terpaksa berundur bila Mao mengugut untuk menghantar 200 juta rakyatnya ke US. Dari segi musuh dalaman, China tiada tolak ansur. Biar geng of five Mao Zedung pun mereka hapuskan.



(10) Sesungguhnya, Model Ekonomi Quasi Komunis-Kapitalis China 1980-2010 tidak banyak pihak menelitinya dari sudut keperluan China. Apa lagi untuk menjadikan ianya sebagai perbandingan dengan Model Ekonomi Islam. Kebanyakan melihat kebangkitan China pada tempoh itu (dan kini) sebagai ancaman kepada dunia terutama para prejudis Barat. Tujuan kapitalis Barat adalah mudah. Ianya adalah sebuah sistem liberal tulin. Pengusaha punya kebebasan untuk berbuat apapun bagi mengoptima keuntungan mereka. Model Kapitalis Barat adalah Sistem Ekonomi Amerika. Bagi Barat, bahkan dunia, Amerika adalah the Lord of Today Economic System iaitu sistem ekonomi yang percaya kepada individual merit. Kenapa itu menjadi tunjang sosial dan ekonomi Amerika? Jawabannya cukup mudah ie mereka asalnya adalah pelarian dari segala bentuk penindasan feudal penjajah biar British, Peranchis, Spanyol malah Jerman. Bangsa Anglo dan Yahudi Amerika, mereka terdahulunya adalah bangsa-bangsa yang pernah tertekan hebat oleh negera-negara ibundna penjajah mereka, mereka sanggup berperang melawan ibunya penjajah mereka, maka bila Amerika merdeka, mereka mahu merdeka dalam segala sisi dan tidak mahu terikat dengan apa-apa yang yang terdahulu biar di bidang agama sekalipun (melainkan bagi Yahudi). Slogan We are American bermaksud bahawa Amerika tidak perlu terhutang budi kepada sesiapa. Amerika merdeka penuh.
(11) Amerika sebagai tunggak Barat, cukup bernafsu untuk mengembangkan sistem ekonomi liberal mereka ke seluruh dunia. Amerika sangat berminat agar dunia mengamalkan sistem ekonomi liberal, cuma di Amerika sendiri, mereka tidaklah liberal sangat. Mereka mahukan dunia mengamalkan sikap liberal biar di dalam negara, mereka cukup bijak menjadikan ianya only for America. Asasnya mudah. Mereka telah terkedepan dalam segala bidang, maka pastinya amalan sistem ekonomi liberal peringkat dunia akan sangat memperkayakan mereka. Negara-negara membangun pasti sukar berdepan dengan mereka atas kekurangan segala faktor pengeluaran.
(12) Today Free America adalah kerana rakyat mereka serik dan tidak sekali-kali mahu terikat dengan kuasa penjajah biar ibunda mereka sendiri; is all about America is an independent Country, free to set it own course. Sesiapapun yang menjadi rakyat Amerika, sifat dan sikap mereka adalah we are free American dalam context the American cultures. Namun, saya tidak akan membicarakan itu serta perbandingan ekonomi Quasi Komunis-Kapitalis China dengan Ekonomi Islam, biar kita lihat bagaimana China dari 1978-2010 khususnya telah berjaya menyediakan dirinya untuk menjadi gergasi nombor dua dunia pada 2017. China memulakan segalanya dengan segala macam kegilaan. Barat pernah mengkritik dan menghentam China bilamana China mula membina projek-projek


(13) Di pasca Mao, pemimpin China telah dengan bijak mengadunkan kuasa mutlak yang ada pada mereka dengan sifat manut rakyat China yang dibina oleh Mao, dalam cara lain ie secara Quasi Komunis-Kapitalis. China dari 1976-2018 punya sikap yang sangat jelas, mereka tidak peduli hal-hal lain, melainkan mengunakan sepenuh kuasa dan kekuatan rakyat untuk membina Negara. Bahkan sehingga 2020, sikap mereka akan tetap sama.


(15) Belajar dari Barat, China jelas akan keperluannya untuk membina kekuatan dagangan, kewangan, diplomatik, malah ketenteraan sebagai strategi menyeluruh bagi membina dan mempertahankan the Great China. Kebangkitan kuasa ekonomi China kini sedang digembar-gembur dengan kebangkitan kuasa ketenteraan China yang meniupkan api-api kekhuathiran tentang peralihan penjajahan dari barat ke China. Apakah dunia ke tiga akan mengalami pisang berbuah dua kali, jika itu terjadi apa tidak mungkin dunia ke tiga akan mengalami sudah jatuh ditimpa tangga. Kedudukan Malaysia bagaimana? Persoalan ini, tergantung dengan cara kita melihat dan bersiap diri untuk mengatasi atau mencapai nikmat darinya.

(16) Secara bandingan GDP Per Kapita Malaysia pada 1970 adalah U$900, meningkat ke U$3,400 pada tahun 2000. Pada 2016, GDP Per Kapita Malaysia adalah pada U$11,028. Darai segi GDP Per Kapita, kita sekitar 100 peratus terkedepan dari China. Kadar kemiskinan telah turun dari 54.5 peratus pada 1970 ke 5.5 peratus pada 2000. Pada 2012, kadar kemiskinan di Malaysia terus turun ke 1.7 peratus dari 3.8 peratus pada 2009 dan pada 2016 kadar kemiskinan menjunam ke 0.4 peratus. Secara perbandingan, sesungguhnya Malaysia berada jauh ke depan dari kebanyakan negara di Asia dan rantau ASEAN sejak 1970an lagi melainkan Burma (kini Myanmar) dan Filipina. Namun kedua-dua Burma dan Filipina kecundang berbanding Malaysia di 1980an berpunca dari masalah rasuah dan salahguna kuasa. Dari 1972 berakibatkan malapetaka Mei, 13 pada 1969, Malaysia di bawah Razak membawa ke Mahathir (2003) sangat menitik beratkan pertumbuhan ekonomi melalui agihan, growth with distribution.
(17) Razak, bukan kerana kefaham Komunisma, tetapi atas citarasa menjiwai kesusahan rakyat dan martabat Islam, maka bermula dari 1970-76, dalam keadaan Negara masih miskin dan agak kacau, beliau menekankan pembangunan luar bandar. Beliau menekankan pembangunan prasarana asas, komoditi makanan dan eksport. Perlahan-lahan beliau juga mengasak perubahan

(18) Kemudian bila Mahathir mengambialih pentadbiran pada 1981-2003, dia meneruskan dasar-dasar Razak namun mengubah secara mendadak di sekitar pertengahan 1980an. Tekanan Mahahtir adalah permodenan prasarana, penstrukturan institusi awam ke arah pengswataan dan seterusnya menjadikan GLC sebagai tonggak pembinaan dan agihan kekayaan Negara. Agihan ekonomi Negara di zaman Mahathir lebih kepada memperbaiki kepincangan DEB, di mana DEB dari mengalih ekuiti asing kepada pribumi, namun ianya telah beralih dari British kepada bukan pribumi. Cara Mahathir adalah mirip Quasi Sosialis-Kapitalis Russia, bahkan dasar ekonomi Mahathir jauh lebih berjaya dari Vladimir Putin yang menjawat jawatan Perdana Menteri Persekutuan Russia sejak 1999-2000 dan 2008-2012 dan kini sebagai Presiden Russia sejak Mei, 2012. Maka dengan sebab itu dikatakan, Putin mempunyai rasa hormat yang cukup tinggi kepada Mahathir. Namun dasar Mahathir, tidak digemari oleh Barat kerana ianya menyekat Barat dari menyusup mengaut untung dari sistem ekonomi kita. Sistem ekonomi kita dicap sebagai sistem ekonomi separa tetutup. Samalah di zaman Razak, semua pengamal sistem ekonomi agak tertutup terutama di negara-negara baru merdeka juga menjadi musuh Barat. Saya melihat Mahathir dan Putin berpunya keperibadian yang agak serupa bila melibatkan Barat. Kedua-duanya antagonistic West.
(19) Namun sedikit berbeza dengan Model Quasi Sosialis-Kapitalis Russia, dasar Mahathir memberikan banyak kelonggaran kepada local private enterprises untuk bersama-sama GLC dalam memajukan Negara. Lantaran itu, kita dapati semenjak awal 1990an, Bursa Saham Kuala Lumpur menjadi sangat aktif dan ekonomi kita mulai terbuka luas. Mahathir mendidik kalangan pribumi melalui segala macam GLC yang beliau wujudkan dari penswastaan institusi-institusi awam agar boleh bersaing hebat dengan private non-bumi enterpises. Mahathir mengunakan pendekatan preparing equal platform untuk membolehkan kalangan generasi baru kaum pribumi untuk kemudiannya bersama kalangan private enterprises bukan pribumi untuk sama-sama membina kekuatan Negara. Pendekatan ini saya kira amat wajar bagi sebuah Negara majmuk seperti Malaysia ini. Pendekatan Russia dan China sukar kita terap penuh memandangan kedua-dua Negara tersebut mempunyai masyarakat yang agak monogenous. Apa lagi mereka berpunya the benefit of being authotitarian. Kita, pada takdir Allah sebagai masyarakat majmuk apa lagi terasnya adalah Islam, menciplak sepenuhnya samada Barat, China atau Russia pasti bukan cara terbaik buat kita.
(20) Saya berkeyakinan, jika langkah-langkah Mahathir diteruskan katalah untuk tempoh sekitar 15-25 tahun dari tarikh dia mengundur diri pada 2003, Malaysia akan menjadi sangat lain, dan dari segi ekonomi kita mungkin boleh mencapai taraf yang lebih saksama. Malaysia juga In Shaa Allah lebih makmur dan sejahtera. Sayang hanya dengan silap cara mengurus kasus Anwar Ibrahim, Malaysia kini terseret dalam krisis ideologi dan strategi yang cukup merugikan.
(21) Bila Mahathir mengundur, agenda-agenda mulia tersirat di sebalik segala usaha beliau telah dicompromised sehingga bila beliau membuat penentangan di atas apa yang sedang berlaku maka seluruh Negara terseret ke kancah politicking yang tidak berpenghujung. Atas pengalaman dan pemerhatian saya, penglibatan saksama kaum pribumi di Negara di dalam sektor-sektor apapun, tidak boleh dibiarkan kepada mereka secara individu. Masyarakat pribumi di Negara ini, secara sejadinya bukanlah economically extrovert, sifat keusahawanan bukan jati diri mereka. Sistem feudal terlalu kuat mengakar di kalangan masyarakat pribumi Malaysia sehingga biar mereka merdeka, tetap mereka tidak merdeka secara individunya. Sifat dan jatidiri pribumi di Malaysia adalah kemasyarakatan. Sifat mereka mirip serigala, the wolves. Mereka tidak boleh hidup dan atau berjaya dalam apapun tanpa mereka harus berbuat secara berkelompok. A wolf can't survive by its own. The wolves need a team to hunt. Lantaran suka berkelompok, maka majlis-majlis kenduri dan atau kemasyarakatan di kalangan mereka cukup berjaya. Mereka cukup berjaya dalam gerombolan politik malah keagamaan. Selain dari itu, mereka lebih gemar melepas tangan. Saya yakin dengan mengakui tabii tersebut maka Razak menggunakan institusi awam sebagai senjatanya untuk mengembeling kalangan pribumi untuk maju. Samalah bagi Mahathir, dia mengunakan GLC lalu kemudian perlahan-lahan melepaskan GLC ini untuk menjadi entiti private enterprises sebagai jalan mengupayakan kalangan pribumi untuk boleh maju jauh ke depan.
(21) Wawasan dan tujuan Razak dan Mahathir sama saja. Cuma mereka berbeda strategi atas faktor masa dan keadaan.
(22) Razak membina kekuatan talent bagi jalan pentadbiran Mahathir. Mahathir menyambut baik prihal itu dan menggunakannya untuk kemajuan selanjutnya. Mahathir tidak mengubah apa-apa dasar Razak, malah terus memperbaiki dan memperkukuhkannnya. Saya yakin, melalui MARA contohnya, Razak telah memberikan Mahathir sumber tenaga pribumi yang punya kemahiran serta semangat membela bangsa. Sebegitu juga pengalaman luas dan kegigihan para peguasa pribumi di institusi-institusi awam telah Mahathir gunakan untuk merobah institusi-institusi tersebut agar lebih bersifat berkeusahawanan enterpreneurizing. Pokoknya, Mahathir cukup menghargai sumbangan Razak serta sangat menghargai local talents. Beliau memulakan usaha to attract and retain talents dalam usahanya membina Negara. Selama tempoh 22 tahun (1981-2003) Mahathir sebetulnya telah memperluas dan memperdalam asas-asas local talents bagi pembinaan kekuatan pribumi di Negara ini seiringan dengan kaum-kaum bukan pribumi lainnya.
(23) Khilafnya, saat Abdullah (2003-2008) mulai mengenepikan local talents berbanding dengan penasihat asing, maka Mahathir di atas sifat taksub kenegaraannya menjadikan Abdullah sebagai musuh jalanan pembinaan bangsa, agama dan Negara. Abdullah bagi Mahathir telah mengkhianati segala dasar yang dia sendiri menjadi sebahagian pengubalannya bilamana dasar-dasar itu tidak beliau teruskan. Apa lagi dengan "kelemahan" Abdullah, Malaysia telah mulai "kehilangan beberapa hak kepada Singapura", maka itu telah menjadi senjata paling baik untuk Mahathir menyerang menurunkan Abdullah. Najib mengambilalih tampuk kepimpinan Negara mulai 2009.

(24) Najib sebetulnya ingin melangkah one-step-ahead dari kebiasaan. Kebetulan buku The Blue Ocean Strategies juga baru diterbitkan semasa beliau mengambilalih, maka buku tersebut menjadi ilham falsafah untuk beliau membawa seluruh Negara beralih dari cara Rahman, Razak, Husein, Mahathir dan malah Abdullah. Cara paling cepat dan mudah agar

(25) Sesungguhnya, mengambil maklum dari sifat pribumi Negara ini yang tidak individually entreprizing, saya berpandangan, kekhilafan Najib yang paling utama bukan dari strategi ekonominya, tetapi lebih kepada siapa yang beliau percayai untuk melaksanakan strategi ekonominya. Najib mungkin telah banyak tersalah pilih driversnya. Najib saya kira terlalu bergantung kepada pakar-pakar (?) asing malah anak-anak muda Melayu lepasan pengajian tinggi luar Negara untuk melaksanakan kebanyakan dari strategi ekonominya. Bukan soal mereka orang asing atau lepasan pengajian luar Negara, soalnya adalah pengalaman dan kesetiaan terhadap tugas membina Negara, apa mungkin mereka terbaik? Paling malang, beliau juga lebih condong untuk mengguna "musuh-musuh Mahathir dan malah Abdullah" untuk mengalas tanggungjawab memacu institusi-institusi penting Negara. Najib saya kira sangat silap untuk tidak menggunakan yang terbaik antara segala sumber manusia yang ada di Negara ini. Mungkin kerana takut ditikam dari dalam dan atau takut gunting dalam lipatan menjadikan Najib menyisih banyak mereka yang berwibawa di zaman Mahathir dan Abdullah. Brain drain menjadikan institusi-institusi penting Negara agak hilang pertimbangan membina bangsa, agama dan Negara. Kita kacau di peringkat good governance. Anak-anak muda yang menguasai institusi penting Negara untuk melonjak keupayaan Melayu telah banyak mengambil peluang liberal Najib untuk kepentingan diri mereka sendiri. Creative corporate governance mengambilalih good corporate governance. Musang berbulu ayam sudah membiak menjadi sereban ayam sedang ayam-ayamnya sebetulnya kian lenyap. Negara dan institusi tampak kian maju, namun rakyat kian terbeban. Pokoknya, rakyat bukan menjadi sebahagian penting dari kemajuan Negara. Rakyat khususnya generasi baru kian tersepit dalam perebutan untuk hidup dalam serba kemodenan.
(26) Apakah ada jalan pemulihan? Ada pihak yang berpendapat, masalah generasi muda kini yang meliputi sekitar 40 peratus dari penduduk Negara adalah berpunca dari gaya hidup mereka. Kedai kopi, warung nasi lemak dan setaranya bukan lagi tempat mereka melepak Restoran, pub, kiosk-kiosk khusus dsb adalah pilihan mereka. Begitu juga dari segi tempat tinggal. Appartmen malah kondo menjadi kegilaan. Mereka sudah jijik untuk tinggal di rumah-rumah pangsa. Mereka lebih suka hidup mewah, mudah, selesa dan bergaya. Kepada sebilangan yang prihatin tentang masalah golongan generasi muda kini, mereka mahu generasi ini untuk mengudur dari segi gaya hidup mereka. Apa mungkin mereka mahu? Jika mereka mahu, pasti mereka kini tidak terjebak dengan beban hutang domestik yang tinggi. Keberadaan hutang domestik yang tinggi adalah petanda bahawa generasi muda Malaysia sekali-kali tidak akan sujud kepada masalah biar papa asal bergaya. Maka saranan untuk kembali ke pangkal jalan seperti sesetengah pihak pasti bukan jalannnya. Maka harus bagimana kita?
(27) Sesungguhnya Model Pembangunan Negara yang telah diasaskan oleh Razak adalah tepat pada masa dan keadaannya. Biar masalah sosio-ekonomi Melayu menjadi asas perkiraan Razak, namun segala langkah pembangunan Negara telah spilled over kebanyakan di tangan pengusaha Cina. Pengusaha Cina telah menjadi tulang belakang dalam melaksanakan segala kontrak awam. Keamanan dan kemakmuran di zaman Razak adalah kerana biar adanya DEB, wealth distribution adalah sangat ketara di semua lapisan rakyat. Razak sebetulnya telah mengikuti langkah Deng Xio Peng dan malah Putin dalam meletakkan asas bagi perkembangan China dan Russia menjadi Negara Maju. Barat tidak gemar cara Deng dan Putin lantaran mereka tidak beroleh manafaat besar dari cara mereka. Sistem ekonomi Malaysia, biar ada unsur-unsur demokrasi di zaman Razak, namun ianya adalah demokrasi terkawal tetap juga Barat kritik hebat.
(28) Sebegitu juga bila Mahathir telah merombak Model Razak yang lebih condong kepada public driven ke private sector driven. Mahathir sangat mementingkan efficiency dan productivity dalam governance beliau. Mahathir khuatir, jika ekonomi Malaysia terus-terusan dikuasai oleh sektor awam, maka akan sampai waktunya, Malaysia akan menghadapi masalah pembiayaan. Sektor awam telah terbukti bukanlah entiti yang sangat cekap dalam menjana pendapatan. Mahathir menukar public entities Razak menjadi semi government lalu corporatized. Putin Russia, mengekalkan Model Pengurusan beliau kekal di tangan sektor awam, di mana GLC yang dibina terus dikuasai sektor awam, sedang Deng Xio Peng dan kemudiannya diikuti oleh Hu Jintao, dsb sehinggalah kini Xi Jinping menukar segala entiti awam kepada koprat sepenuhnya, namun harus bertindak pada landasan yang telah ditetapkan oleh CCC. Kesannya, kita boleh melihat bahawa ekonomi China membangun jauh lebih pantas dan berkesan dari Russia. Pendeknya, governance China di zaman Deng Xio Peng sehingga Xi Jinping menjurus kepada guided free market. Mahathir juga melihat langkah guided free market yang dilaksanakan oleh China sebagai sesuatu yang munasabah untuk diteladani oleh Malaysia. Kepincangan sosio-ekonomi antara kaum di Negara ini harus diusrus secara guided free market. Maka dengan sebab itu, kebanyakan GLC yang Mahathir jelmakan dari entiti awam Razak seperti TNB, MAB, PosMalaysia, STMB, PLUS, Khazanah, dsb adalah menjurus kepada penguasaan dan agihan kekayaan Negara secara lebih saksama khusnya melalui pegangan ekuiti oleh KWSP, KWAP, TH, PNB dll. Semua pihak iaitu Negara, agensi dan rakyat mendapat faedah dari langkah guided liberalization Mahathir.
(29) Cuma, apa yang saya nampak, kepincangan guided economic liberalization Mahathir terkurang kawalan ke atas penguasa politik dan institusi sebagaimana di amalkan oleh CCC. CCC sepertinya mempunyai tatacara yang cukup keras dalam mengawalselia agar semua GLC dan bahkan di kalangan pemimpin di semua peringkat agar terus patuh pada tuntutan nilai-nilai kesaksamaan dan kebersihan. Perasuah dan penyalahguna kuasa di China akan menghadapi tembakan maut, sedang di Malaysia mereka boleh dengan mudah melarikan diri. Pincang kita adalah pada sudut kawalan nilai kenegaraan pada pimpinan kita di semua peringkat. Keadaan ini menular hebat di zaman Abdullah dan kini di zaman Najib sudah menjadi perkara yang cukup memeningkan. Pening bukan kerana tiada ubatnya, tetapi pening kerana tidak mahu berobat.....bersambung In Sya Allah bersambung
0 comments:
Post a Comment