JEJAK-JEJAK MEMBINA NILAI DIRI:
Sejak 1968 saya mengusur jalan setapak yang semak dan becak demi patuh ke atas kemahuan datuk agar saya mesti bersekolah. Seawal jam 0630 bersama menghangat sang suria, saya sudah terolong-lolong memanggil anak-anak tetanga untuk sama ke sekolah, namun yang pasti kebanyakan hari, semuanya sia-sia. Hanya seekor anjing yang cukup taat yang saya namakan Kipuk akan membuntuti saya sehinggalah sampai ke Jalan Sabun, Simunjan yang terbuat dari batu-batu arang peninggalan Jepun 1945. Inilah jalan pinggir kota yang terbaik yang ada pada masa itu. Dar rumah di Kampung Sedilo, saya harus mengharungi perjalanan sendirian, juga bukan dengan kaki sendiri melainkan kaki ayam, selama sekitar sejaman untuk sampai ke jalan kota. Cuma sehingga kini, mematuhi pesan ibu, saya harus membaca Al Fathihah dan Tiga Qul (tambahan Al Qursi kemudiannya pada 1984) pada saat keluar dari rumah dan seandainya saya merasa takut dan atau menghadapi kesulitan di jalanan. Ibu pergi untuk selamanya pada sekitar Julai 1969. Sejak itu saya perlu belajar mengurus diri dan adik-adik dalam segala kekurangan. Ayah sibuk mencari nafkah. Abang dan adik di bawah saya tidak disekolahkan atas keperluan yang cukup getir pada masa itu. Saya telah belajar berjalan sendiri sejak saya tidak mengerti apa itu kehidupan sebenarnya. Saya berjalan sendiri dalam meredah segala cabaran di depan bukan menghidar atau lari darinya.
(2) Pada akhir 1972 saya berangkat berpetualang meninggalkan segala lingkungan nyaman dan damai kasih sayang sebuah keluarga. Allah menitipkan saya sejauh 1,200 KM dari sanak saudara dan rakan taulan. Seumuran 12 tahunan saya telah Allah tetapkan harus walk alone yang lebih mencabar. Mungkin sebegitulah Allah menghindari diri saya dari bayangan pedih pilu yang mendalam bila ibu telah kembali ke Rahmatullah sekitar tiga tahun terdahulu. Juga Allah sepertinya tidak ingin saya mendekat kepada mereka yang begitu kasih dan sayang kepada saya pada saat-saat mereka semua akan berpergian selama-lamanya. Siapakah sosok ini yang Allah telah nukilkan di Loh MahfuzNya? Apakah pula yang Allah kepingin saya dipetanggungjawabkan? Terkadang dua persoalan ini menusuk jiwa lalu air luka meleh dalam bening tetes-tetes air mata.
(3) Sebelum berangkat, malamnya saya duduk bersama ayah dan adik-adik yang masih belum mengerti apapun di serambi rumah sambil menatap rembulan yang bening mengambang. Abang telah dipinjam oleh Bibik - Mak Su, adik bungsu ayah, yang pada masa itu terlalu kepingin berpunya anak lelaki. Dia akhirnya mengabdi diri menjadi hamba petani di tangan bibik dan paman kami. Bersama ayah dan adik-adik menikmati simbahan rahmat rembulan tersenyum penuh, itulah moment-moment kami sekeluarga akan bersama ibu sambil ngopi pada waktu-waktu sebegitu. Ibu entah kenapa, pada saat sebegitu, duduknya sering di belakang saya sambil mengusap-ngusap pundak saya dan berpesan: "Mbesok nek wes gede bantunni loh wong jeng susah - esok-esok jika sudah besar, bantulah mereka yang susah". Dalam remang rembulan kian mendaki tinggi di ufuk timur, ayah berpesan ringkas: "Ingat pesan ibumu". Saya bungkam namun di dalam hati saya menangis dalam diam yang berat. Saya memikirkan bagaimana keadaan ayah yang akan saya tinggalkan. Siapakah yang menemani beliau ngobrol ngopi malah terkial-kial di kebunan? Adik-adik pula bagaimana, siapa yang akan menjadi pengasuh mereka? Saya menjangka ayah mengerti gelora pada diri saya "Weslah ojok dipikiri bapak. Berangkat wae mudah-mudahan mbesok-mbesok jadi wong apik-apik. - Usahlah difikirkan tentang ayah dan adik-adik, berangkat sajalah dan teruskan belajar agar menjadi manusia baik-baik". Maka terkadang bila isteri saya yang kesendirian di Bangi, Selangor menghantar wajah bulan meremang dari patio apartmen kami, pastinya saya cukup tersentuh - deep sadden.
(4) Esoknya dalam gelora moonsun hujung Disembar 1972, saya berangkat ke Kuching dan seterusnya mulai mengabdi diri menyambung mencari ilmu namun entah kenapa sekali lagi Allah mendamparkan saya di negeri-negeri kecil miskin Kelantan dan Kedah. Nian yang saya bayangi, saya akan berada di kota yang penuh dengan gah segala kemewahan dan keceriaan. Saya bersekolah di sekolah kampung SMR Kuala Krai, Kelantan bersama anak-anak kampung yang payah-payah.
(5) Mulanya menaiki keretapi diesel dari Kuala Lumpur, Allah pelosokan saya ke negeri yang manusia-manusianya berupa petani-petani kecil miskin di pelataran Cik Siti Wan Kembang - Kelantan. Saya bergaul dengan segala pola anak-anak yang hidup penuh kepayahan dari Ulu Kelantan. Bahkan saya juga perlu bersama para anak-anak asal Semang, Senoi, Negitos dan segala yang saya tidak pernah terfikir akan keberadaan mereka di muka bumi ini. Apa yang harus saya garap dari segala lautan kepayahan nan terbentang luas dan dalam ini? Namun itulah nuansa kehidupan anak-anakan saya dalam menghambat apa yang ibu impikan dan ayah sering peringatkan.
(6) Alhamdullilah tanpa terlena dari segala keaplaan seperti yang dilalui oleh banyak teman-teman seangkatan lainnya. Pada 1975 saya dapat menempatkan diri sebagai pelajar cemerlang bukan hanya untuk negeri Kelantan tetapi juga bagi keseluruhan anak-anak Sarawak di Malaya pada masa itu. Maka pada Janurai 1976 saya sendirian menaiki keretapi dari Kuala Krai ke Alor Setar untuk menghadirkan diri di kalangan anak-anak elit ke Sekolah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah. SMSAH adalah antara sembilan sekolah berasrama penuh yang asal. Allah menempatkan diri saya bersama-sama anak cerdas terpilih dari seluruh pelusuk Malaya. Biar sekolah ini adalah sekolahan elit pendidikan, namun Allah sekali lagi mensadaikan saya dalam lingkungan persawahan dan kebun getah lambang segala kepayahan dan kemiskinan di Rong Mahawangsa Negeri Raja Bersiong, Jitra, Kedah.
(7) Pada 1978 saya memilih untuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia biar ramai rakan-rakan mengajak ke UTM atau UM. Saya melanjutkan pelajaran di Matrikulasi SMSAH Jitra dan pada tahun 1979 saya menjejak kaki ke UKM. Saya memulakan pengajian tinggi di UKM Lembah Pantai, bersebelahan dengan kampus UM dan Maktab perguruan Lembah Pantai dan Institut Bahasa. Pada masa ini saya belum punya cita-cita pasti, namun semangat nasionalisma mulai tumbuh hebat dalam diri saya. Tanpa sedar, sekali lagi Allah sepertinya menghampar padang penuh manusia-manusia payah di sana. UKM boleh di katakan 80 - 90 peratus para pelajarnya adalah anak-anak Melayu. Rata-rata mereka adalah anak-anak dalam segala kepayahan. Dari anakan sehingga meningkat remaja, Allah terus mengikat saya untuk bersama mereka yang jungkel terbalik kehidupan mereka. Pada jun 1984 saya keluar dari UKM dengan segulung ijazah BSc Hon. Saya memilih untuk cuba berdikari dari 1984-1986 dengan bergiat cergas dalam pertanian, namun saya yakin sengaja Allah gagalkan saya.
(8) 1 Okt 1986 saya Allah wartakan untuk menjawat jawatan awam. Di dalam kerjaya juga sepertinya Allah terus mengekalkan saya bergelumang dalam hal-hal rakyat yang susah dan payah. Kemiskinan sememangnya ciri utama mereka. Sarawak sejak merdeka pada 1963 kekal di nobat sebagai antara wilayah termiskin di dalam sebuah persekutuan yang terlalu lama dijarah hasil masyul dan pemikiran rakyatnya oleh tangan-tangan rakus di antaranya serta British. Saya dalam 100 peratus tanpa kelayakan akademik yang berkaitan sosio-ekonomi Allah dudukan ke Unit Perancang Ekonomi Negeri. UPEN adalah institusi tongak central agency dalam mengubal dasar, strategi dan program dalam pembangunan sosio-ekonomi Sarawak. Di UPEN (1986-99 dan 2002) saya ditugaskan untuk mengusrus hal-hal kemiskinan dan kemunduran di luar bandar. Kemudian saya dicampak ke R&DO Bintulu (1999-2001) juga untuk mengusaikan segala kusut masai kehidupan rakyat yang susah-susah dalam hambatan mereka mencari hidup dalam kemodenan Bintulu. Pada 2002 - 2011 saya dihantar ke LCDA pula dan perlu berhempas pulas untuk mengerakkan rakyat-rakyat susah mengenali dunia koprat dan menyelesaikan masalah kemiskinan dan kemunduruan mereka secara koprat, suatu bidang yang 180 darjah asing buat diri dan rakyat tanggungjawab saya. Saya secara self learning berhempas berusaha memahirkan diri dalam business and financial management dan legal system.
(9) Merenung kembali, pertama Allah "nafikan" saya dari segala kasih sayang sejati kedua orang tua dan saudara mara, lalu sedari asal sehingga mendewasa Allah juga "mengenyak" saya dengan segala padang ilalang ranjau kesusahan dan kepayahan hidup, apa mahunya Allah pada sosok ini? Terkadang saya ministiskan rasa pedih sangat lirih yang mendalam di dalam hati bertanya. Kini pada umur, Alhamdullilah hampir mencecah 65 tahun, saya merenung segala-gala kembali, kenapa Allah memperlakukan saya sebegitu, saya kian mengerti, bersyukur dan cekal.
(10) Biar telah meninggalkan kerjaya awam selama 14 tahun lepas, Allah sepertinya menetapkan saya harus terus bersusah payah. Sejak 2012 saya menjawat kedudukan baik di Syarikat Senarai Awam, Public Listed Company, PLC. Kerjaya saya dalam PLC seharusnya memberikan saya keselesaan dan kesenangan yang cukup indah dan bergaya, namun itu bukan pilihan saya. Muktahir ini saya seperti sedang diperah otak untuk berfikir untuk membantu bagaimana Islam dan Ummah harus berkembang keras dari sudut sisio-ekonominya. Saya sedang "dipaksa" untuk berfikir dan mencari jalan bagaimana Ummah itu harus bangkit dalam renaissance yang wajar. Apa itu, saya sedang kuat mencari dan bermimpi. Itu sekali lagi berupa 180 darjah berbeza dari pengalaman dan ilmu yang saya ada. Saya sedang berurusan dengan institusi yang falsafah kerja mereka adalah focus kepada Fardhu Ain dan paling terasing dalam mengzahirkan Fardu Kifayah dalam menghambat syurga hakiki. Sejak Julai 2022 saya mencari akal untuk merobah jalan pemikiran mereka agar kedua-dua Fardhu Ain dan Kifayah harus digembelingv kokoh bersama dan menjadi teras tanggungjawab mereka. Alhamdullilah benih-benih kejayaan sedang melakar jalan terang.
NIAT DAN TUJUAN:
Abiet G Ade penyanyi idola saya. Nyanyiannya sering membangkitkan kembali kesadaran saya bila mana saya sedang diterjah parah agar segera bangkit dan berjalan tegap. Lagu berjudul Untuk Kita Renungkan paling punya kesan mendalam dalam segala langkah saya. Nyanyian tersebut menuntut dalam apapun kita harus mulai dengan diri yang bersih dan ikhlas. Selebihnya adalah urusan Allah selaras dengan zikir "HasbiAllah Wanikmal Wakil ..." Saya tidak menafikan Al Quran sebagai pertunjuk ulung, namun saya melihat dan mendengar keliling untuk saya lebih mengerti bahasa-bahasa Tuhan.
(3) Saya ingin berkongsi pengalaman, apakah mungkin setelah berada di dalam Kerajaan (1986-2011) selama 25 tahun lalu sejak April 2012 sehingga kini dalam dunia koprat dengan segala kecukupan dan kemewahan, lalu saya melangkah sepenuhnya dalam dunia pekebun kecil, yang penuh ranjau dan perlecehan, apakah pragmatik dan berbaloi? Mudah-mudahan ada yang akan mengambil iktibar darinya. Cita-cita di akhir hayat yang kepingin saya hambat keras ada dalam nyanyian Abiet G Ade berjudul Cita-Cita Kecil Si Anak Desa - aku ingin punya kebunan sawah ladang, isteri yang gesit dan lincah, mana tahu suatu hari aku akan jadi kepala desa dan kubangkitkan segala anak-anak desaku. (https://www.youtube.com/watch?v=-h85AwhQV2g)
PEMULA LANGKAH KERAS NAN PANJANG:
Saya mengambil keputusan bersara awal pada tahun 2011 pada usia 51 tahun. Sebelumnya, di atas perolehan pendapatan pengajian yang "agak lumayan", bermula dari 2003 saya telah membantu keluarga dan rakan-rakan sekampung untuk membangun perkebunan sawit. Peringatan Al Quran: "Hormatilah sanak saudara orang tua dan rakan taulan mereka" saya cuba patuhi. Sehingga 2019 saya berjaya memiliki seluas 30 ekar kebun sawit dan membantu membangun 100 ekar kebun untuk sanak saudara dan rakan-rakan sekampung. Tanah milik sendiri seluas 30 ekar bukanlah tanah waris. Saya menolak apa-apa pemberian tanah biar dari keluarga dan sesiapapun kepada saya. Saya memilih berdikari penuh. Sesungguhnya tanah 30 ekar tidak saya miliki sekali gus tetapi berkat langkah ikhlas saya bersama penjual tanah-tanah berkenaan. Hakikatnya pada awal tahun 2000an, harga tanah yang biasa orang kampung jual adalah pada nilai RM3,000.00 - 4,000.00 seekar. Namun harga pasaran sebenar adalah sekitar RM12,000.00 - RM15,000.00 seekar. Saya tawarkan RM15,000.00 seekar dengan syarat pada setiap bulan saya akan bayar RM3,000.00 dan tanah itu harus saya kerjakan dengan serta merta. Saya manafaatkan konsep Win-Win stragegi dalam membina kekuatan saya selanjutnya. Paling utama, saya mahu biarlah urusan jual beli tersebut mengikuti lunas-lunas keadilan Ilahi - saya tahu harga sebenar, maka saya wajib bersikap benar. Makanya, biar saya mendapat pendapatan lumayan semasa menjawat jawatan awam dan PLC, kebanyakan pendapatan saya laburkan untuk masa depan keluarga dan anak cucu cicit saya. Pendirian saya, biarlah saya menjaga hak-hak Allah lantaran itu Dia pasti akan menjaga hak-hak anak cucu cicit saya di masa depan. In Shaa Allah.
(2) Kampung saya, Kg Terasi, Sadong Jaya adalah di antara kampung yang agak terpencil dan rata-rata rakyatnya adalah miskin. Kemiskinan mereka adalah berakibatkan kejatuhan mendadak harga komoditi yang mereka usahakan. Juga sebelumnya, kawasan Sadong Jaya sering menghadapi masalah kebanjiran air masin maka pilihan komoditi yang rakyat boleh usahakan adalah sangat terhad. Pada 1940-60an, mereka bertanam kelapa berselangan dengan kopi. Pada 1970an, harga kopi dan kelapa merosot parah. Kelapa sawit telah mula menjadi komoditi utama di Malaya dan menjadi saingan sengit bagi kelapa. Mereka terus mengekalkan kelapa sebagai pokok pelindung, membuang kopi lalu digantikan dengan koko. Malangnya pada awal 1980an, koko menghadapi serangan penyakit pod borer serta harga juga merudum. Rakyat binggung dan pasrah. Saya memerhati dan merasa dengan cukup pedih.
(3) Jika harga koko tidak terjun dari RM4,500.00 setan ke RM2,500.00 dan kurang pada pertengahan 1980an, kemungkinan besar saya tidak akan menyertai Perkhidmatan Awam Sarawak. Sekembali dari Universiti pada 1984, saya memutuskan untuk menjadi usahawan tani. Saya menyewa sebidang tanah seluas 20 ekar di Tanjung Tanglong, Simunjan dan mengusahakan tanaman koko dengan selangan pisang. Di sini saya menyanggah cara yang diperkenalkan oleh Jabatan Pertanian dan Lembaga Koko, di mana pokok pelindung koko adalah berupa kelapa atau kekacang Gliricidia. Saya menggunakan pisang kapok sebagai pokok pelindung. Sebabnya, pisang kapok cepat tumbuh dan boleh mengeluarkan hasil dalam tempoh 9 bulan sedang koko memerlukan 30-36 bulan baru berhasil. Gliricidia memerlukan sekitar 18-24 bulan baru cukup sesuai naungannnya. Jika menggunakan pokok kelapa, setidak-tidak 60 - 72 bulan barulah sesuai untuk diselangi koko. Saya ingin mendapatkan penghasilan pantas dari perkebunan saya. Saya berjaya dan cara saya telah mulai diikuti oleh mereka yang berminat dengan tanaman koko.
(4) Pada 1986 saya telah mulai membuat scout harvesting, namun ujian Allah memukul saya parah - serangan pod borer berlaku serta harga koko merundum teruk. Saya menjangkakan jika kebun 20 ekar itu berjaya, saya In Shaa Allah mampu mengeluarkan purata sebanyak 10 tan sebulan. Cara pembajaan saya pelajari dari seorang kawan Cina di kampung saya. Di Jemukan, sebuah kampung sekitar 10 KM dari kampung saya banyak menghasilkan thrash fish. Ikan-ikan ini dibuang kerana tidak bermutu dan kecil-kecil. Saya mengambil ikan-ikan ini lalu membusukkan mereka di dalam tempayan-tempayan atau tyong-tng. Air ikan membusuk ini adalah baja yang sangat menyuburkan. Maka produktivit koko saya menjadi sangat tinggi. Dengan produktiviti sebegitu, saya menjangka pada 1987 In Shaa Allah saya akan memperolehi pendapatan sekitar RM45,000.00 sebulan. Pada 1987 Ringgit berbanding U$D adalah RM2.50. Cuba bayangkan jika U$D bersamaan RM 4.30 kini, maka Pendapatan jangkaan saya pada masa itu adalah setara RM77,400.00 sebulan. Serangan pod borer dan harga yang merundum menghambat cita-cita pribadi saya. Apa mungkin terjadi pada gaya hidup dan cara saya berfikir jika itu tidak terjadi? Sekali lagi saya yakin, sengaja Allah mengagalkan saya.
(4) Kuasa Allah, Dia "tidak mengizinkan" saya untuk menggunakan ilmu yang saya perolehi hanya untuk kejayaan pribadi, maka saya mahu tidak mahu terpaksa melamar kerja dari Kerajaan Negeri dan diterima untuk berkhidmat di Unit Perancang Ekonomi Negeri, UPEN dan tertakdir saya ditugaskan untuk mengurus Pembangunan Pertanian dan Luar Bandar. Potfolio ini merangkumi segala sesuatu berkait dengan pertanian, ternakan, perikanan, perhutanan dan alam sekitar serta pembangunan tanah. Sangat luas dan sangat berat. Mungkin juga seperti saya jelaskan dalam tulisan-tulisan yang lain terdahulu, Allah mahu saya bertanggungjawab kepada janji saya kepada ibu saya iaitu saya akan menjadi Pegawai Daerah, DO untuk membantu orang-orang susah. Sesungguhnya di UPEN, saya mampu mempengaruhi Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk meneruskan Program Tebatan Banjir meluas sehingga ke segenap kawasan persisiran Sarawak yang menghadapi masalah kebanjiran air masin. Sadong Jaya dan Kampung saya, Alhamdullilah dapat saya gerakkan usaha-usaha tersebut pada 1990an. Kesannya, semua kawasan tebatan banjir akhirnya berkembang maju sepertinya kini dan kelapa sawit menjadi tunjang asas ekonomi rakyat. Kemudahan jalan mengunakan benteng-benteng tebatan banjir kemudian menyusuri termasuklah bekalan api dan air serta talian digital. Alhamdullilah asas bagi pecutan kemajuan selanjutnya terbuka luas. Sesungguhnya agenda Allah itu cukup misteri. Cuma apakah kita cepat mengerti dan kental bersabar?
(5) Biarpun saya banyak kerja di UPEN, namun minat bertani saya tidak pernah pudar. Saya menikah pada 1992 pada usia 32 tahun dan mendapat anak pertama pada 1994 dan anak kedua pada 1995. Dengan pengajian agak kecil serta tanggungan pembiayaan hidup yang banyak, saya agak runsing juga. Kemudian saya dapati bahawa mertua saya ada sebidang tanah seluas 14 ekar di Sg Lumut, Santubong iaitu sekitar 15 minit panduan dari Pejabat saya di Wisma Bapa Malaysia. Saya meminta kebenarannya untuk mengusahakan tanah yang terbiar sejak beliau membelinya di awal 1950an. Tanah ini adalah jenis agak berpasir, maka saya dapati paling subur untuk tanaman buah-buahan terutama jenis manga dan setaranya. Setiap petang selepas pejabat saya akan ke sana dan diikuti pada setiap Sabtu-Ahad. Saya sekeluarga sepertinya banyak menghabis dan berhibur di kebun sejak 1993 - 1999. Saya mula dapat menghasilkan pisang dan pelbagai buah-buahan dan dijual secara borong ke kedai-kedai runcit di sekitar Petra Jaya. Alhamdullilah semua ini dapat memberikan saya good suplementary income, cuma saya perlu bekerja keras tanpa henti. Namun pada akhir tahun 1999, bah besar melanda persisir Sarawak. Sg Lumut tidak terkecuali. Air laut memasuki tebatan banjir di Sg. Lumut. Maka berlaku air berkakung yang di luar kawalan saya selama lebih kurang seminggu, maka hancur segala-gala. Pada masa ini saya sedang bertugas sebagai Residen di Bintulu. Tiada apa yang boleh saya perlakukan. Allah sebegitulah perhitunganNya, misteri untuk kita mengerti. Makanya kemudian saya menumpah sepenuh hati dan fikiran tanpa fear and favour berbakti kepada masyarakat kecil di bawahan di Bintulu. Kuasa Allah dari situlah rezeki saya menjadi melipah makmur.
(6) Bila saya menulis tulisan ini, melihat kembali kemungkinan pendapatan saya jika saya berjaya pada 1986 dan seterusnya, saya tertegun dengan cara Allah. Dia "gagalkan" saya agar saya tidak individualistik serta taat kepada janji saya kepada ibu saya. Allah menangguhkan saya untuk menjadi diri saya yang bukan Dia mahukan diri saya sebetulnya. Allah mahukan saya keras menyemai bakti sebelum menuainya. Kini bila saya renungkan kembali sedari 2002 - 2024 Allah telah mengembalikan "hak - my opportunity cost" saya, dan dengan rahmat Allah itu, kini saya kira saya mampu bergerak lebih jauh. Sejak 2002 saya tidak henti-henti memanafaatkan segala perolehan saya untuk membangun kampung serta my social entrepreneurship. Saya memperhitung, saya membelanja 70 - 80 peratus dari perolehan saya untuk membina kekuatan di kampung dan tidak untuk bermewah-mewah. Saya dalam apapun tidak akan melupakan janji saya kepada ibu dan ayah dan semoga segala ganjaran pahala yang saya terima seluruhnya adalah demi rahmat kebahagian untuk mereka berdua di alam kemudiannya yang tidak pernah mengicipinya semasa di dunia ini. Saya juga kini bersyukur untuk dapat lebih dekat kepada ibu saya di perbaringannya. Paling tidak saya sadari sebelumnya, dan banyak pihak mungkin tidak pernah tahu bahawa dikatakan satu ziarah ke makam sanak saudara boleh membuahkan hasil sebesar pahala Umrah yang mabruh. Setidak-tidak saya kini umrahan seminggu sekali. In Shaa Allah.
(7) Kini saya sedang menumpah dan tekad menjadi usahawan tani sepenuh masa, biar kerjaya saya di PLC juga adalah amat penting, namun itu kini sudah menjadi secondary career saya. Kebanyakan kerja-kerja strategic corporate planning saya buat secara online dari kampung. Saya menjangka pada 2027 ekonomi Sarawak akan berkembang hebat, saya bersyukur telah melalui pahit getir yang berat dan sekarang benar-benar Allah kurniakan kesempatan untuk saya menumpah penuh dan tekad. Alhamdullilah.
SAWIT SENJATA BAGI SAYA MEMBANTU MEMBASMI KEMISKINAN:
Bila saya ditugaskan untuk mengemudi PELITA atau LCDA pada 2002, serta kemudiannya hubungan akrab saya dengan para rakan usahasama PELITA dalam pembangunan komoditi sawit, serta dengan pendapatan yang agak lumayan yang saya perolehi, saya mula mengajak masyarakat di Kampung untuk membuang kelapa mereka dan beralih ke sawit. Kemiskinan cukup menghambat keinginan mereka. Pertama-tama, pada 2004, benih sawit sukar serta mahal untuk diperolehi. Kedua, jika kelapa ditebang, maka putus punca pencarian mereka. Ketiga, bila mulai berhasil, ke mana mereka akan berjualan FFB. Kilang terdekat dari kampung saya adalah di Sampadi Lundu iaitu sekitar 200 KM. Secara ekonomi, itu adalah mustahil, namun saya tekad dan tahu bahawa beberapa kilang akan didirikan di sekitaran Sadong Jaya dalam waktu terdekat.
(2) Saya tidak boleh mengarahkan PELITA untuk membiayai pembangunan ekonomi kampung saya biarpun boleh saja saya merangka suatu model khas untuk mereka. Pengalaman panjang dan luas saya semasa di UPEN sangat memungkinkan saya untuk merumus apa juga Model Pembangunan untuk diterima pakai oleh PELITA. Kepentingan peribadi biar ianya berunsur kemesyarakatan sekalipun perlu saya elakkan. FELCRA sebuah agensi Persekutuan pada masa itu sudah mempunyai banyak tanggungan. MPOB pula dalam kesuntukan pembiayaan dan kekurangan kakitangan. Saya tidak tega melihat saudara mara dan sahabat handai di Kampung serta kampung-kampung berdekatan terus berada dalam kepayahan ekonomi. Maka saya mendapat akal. Saya mengajak tuan-tuan tanah untuk JV dengan saya dan pulangannya pada kadar 50:50. Saya biayai sepenuhnya belanja pembangunan tanah dan penyelenggaraan kebun mereka yang berminat. Jika mereka berminat untuk bekerja, saya akan berikan upah mengikut kadar semasa oleh FELCRA kerana FELCRA mempunyai beberapa operasi di sekitar kampung saya. Tempoh JV adalah selama 20 tahun.
(3) Bagi mereka yang tidak mahu JV, dan mempunyai minat tinggi untuk menukar kepada sawit, saya sediakan advance belikan benih sawit untuk mereka dan mereka boleh membayar setelah penghasilan mengikut kemampuan masing-masing. Cuma kebiasaan orang-orang kita, mereka sering "terlupa" tanggungjawab mereka bila mereka sudah berjaya. Sifat-sifat sebegini saya sudah tahu dan saya sedia menghadapinya. Namun saya tidak mati akal lantaran saya yakin mereka pasti kembali memerlukan saya kemudiannya. Bagi kalangan ini saya mengajar mereka melawan cara MPOB iaitu dengan jangan menebang kelapa sehingga sawit mereka berhasil. Dengan cara itu punca pencarian mereka tidak terputus. Bagi saya MPOB akan terikat dengan KPI mereka, namun rakyat perlukan menjada perut mereka sekeluarga. Inilah seringnya para penjawat awam tidak mahu tahu dan berkeras dengan keperluan industri secara one straight mind tanpa ubahsuaian kreatif, sedang keperluan kebajikan rakyat dipinggirkan. Cuma saya menasihatkan mereka untuk sentiasa membakar sekitar pohonan kelapa untuk mengelak tumbuhnya fungi ganoderma dari merosakan sawit mereka kelak. Dengan cara ini, Alhamdullilah pengusahaan tanaman sawit meluas di kampung saya dan kampung-kampung sekitarnya.
(4) Pada perhitungan saya, dengan JV 50:50 atas hasil, akhirnya saya hanya mendapat sekitar 8 - 10 peratus dari keuntungan bersih. Bagi saya itu sudah cukup lumayan kerana ASB hanya memberikan pulangan 5 - 7 peratus sedang Simpanan Kekal Bank hanya sekitar 3 - 4 peratus. Pulangan 10 -15 peratus adalah setara dengan ROI bagi perusahaan perladangan komersil. Saya perlu mendapat sedikit untung lantaran saya ingin memperluaskan hidmat bantuan saya. Akhirnya saya dapat membangun 100 ekar tanah milik 20 keluarga. Sekitar 2016, saya serahkan kebun kembali kepada mereka sepenuhnya tanpa apa-apa bayaran balik. Bagi tempoh 12 tahun, pokok sawit mereka berada dalam prime age. Niat asal saya adalah sedekah. Saya tidak mengharapkan pulangan sepenuhnya tetapi gembira melihat mereka mendapat pendapatan yang agak baik.
(5) Pada 2008 segala usaha saya mulai membuahkan hasil. Maka timbul masalah baru iaitu pemasaran. Saya terpaksa mengeluarkan modal besar untuk membeli empat buah lori. Tiga untuk keperluan punggahan sawit dan satu lagi untuk urusan kedai runcit. Saya membangun kedai runcit MyStore yang lengkap dan agak modern di kampung saya pada 2006 dan mulai beroperasi pada 2008. MyStore bukan hanya berperanan sebagai sebuah Mini Market Runcit tetapi kemudian adalah sebuah Pusat Pengumpulan & Belian Sawit bagi kampung saya dan sekitarnya. Saya memulakan usaha menjadi peraih sawit pada 2009.
(6) Di peringkat awal saya terpaksa menghantar buah ke kilang Felda di Sampadi Lundu sekitar 200 KM dari kampung saya. Saya kenakan khidmat punggahan dan hantaran sekitar RM100.00 per tan pada masa itu. Lantaran pihak kilang hanya akan membayar dalam sebulan kemudian, maka saya perlu menyediakan wang advance yang banyak untuk keperluan ini. Pada 2009 - 2010 saya dapat trading sehingga 5 - 10 tan setiap hari dan off pada hari Sabtu-Ahad. Kilang Felda menawarkan ceiling OER 19 peratus dan kebiasaan saya memperolehi 17.5 peratus secara purata. Dengan ketaktentuan grading ini, dan kemunculan beberapa peraih lain, maka sukar untuk saya bersaing lantaran mereka mengunakan cara-cara licik dalam urusan mereka - terutama dari segi timbangan. Pada 2010 saya dapat berunding dengan Kilang Sawit Balai Ringin untuk mendapat fixed OER pada 19.25 peratus dengan syarat saya mesti memberikan jaminan penuh bahawa FFB yang saya hantar mesti memenuhi piawaian kilang. Saya tahu pengeluaran sawit di kawasan Sadong Jaya yang tanahnya jenis lanar dan gambut cetek boleh memberikan OER sehingga 20 peratus serta penghasilan FFB 30 tan setahun sehektar. Maka saya berani memberikan jaminan dengan pertama melatih para pekerja saya tentang pemilihan buah yang bermutu dan kedua mendenda jika mereka loading FFB yang tidak bermutu tinggi. Saya juga perhatikan Kilang Sawit Balai Ringin, Serian iaitu sekitar 90 KM dari kampung saya hanya mempunyai sebuah weighing platform, seperti juga Felda. Banyak kilang yang membeli FFB dari pekebun kecil akan mempunyai dua platform timbangan, satu khusus untuk menimbang buah dan CPO sendiri sedang yang satu lagi untuk buah-buahan luar. Dari situ saya dapat membaca kejujuran timbangan mereka. Maka dengan beralih ke Kilang Balai Ringgin saya memperolehi tiga advantages - jarak, gred dan timbangan terjamin. Maka saya dapat menawarkan harga yang lebih tinggi kepada para pelangan saya. Dengan semua ini akhirnya saya dapat meraih sehingga 15 - 30 tan sehari dari 2010 - 2017. Saya tidak perlu menghantar FFB ke kilang, sebaliknya pihak kilang menyediakan bin muatan 15 tan ke kampung untuk diisi penuh dan mereka tarik. Mereka mengenakan charge RM17.50 se tan untuk hantaran ke kilang. Dengan langkah-langkah ini saya juga telah terbebas dari segala tol tersembunyi di jalanan. Dari sinilah akhirnya saya dapat kembali mendapatkan pulangan lebih lumayan dan cepat ke atas pelaburan saya di bidang sawit. Makanya pada 2016 saya melepaskan semua JV saya yang seharusnya masih ada sekitar 11 tahun lagi.
(7) Kejayaan saya yang paling memuaskan hati adalah bilamana saya dapat membantu kalangan saudara mara dan sahabat handai yang dulunya miskin, ke sana ke mari dengan meminjam kaki ayam, kini sekurang-kurang sudah berpunya rumah yang elok-elok dengan sebuah Proton atau MyVi tersadai di depan rumah. Pada 2012 saya mengembangkan MyStore meliputi sebuah Cafe Orientasi Galeri & Khutub Khanah dan Alhamdullilah usaha-usaha saya cukup memberikan gambaran kegigihan dan kejayaan masyarakat saya dalam berdikari dan mandiri. MyStore Cafe (patung McDonald yang terbuang menjadi ikon MyStore Cafe) menjadi sebutan dan kebangaan masyarakat setempat.
(8) Dalam tempoh 2017 - 2019, melalui MyStore saya sempat mengadakan Kelas Mengaji serta Tuition Khas bagi anak-anak tempatan meliputi dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah. Dua orang guru pakar dari Malaya telah saya datangkan bagi tujuan ini. Keberadaan seorang isteri yang gesit dan lincah sangat membantu saya dalam cuba menerapkan nilai-nilai mulia berwawasan kepada anak-anak kampung.
(9) Di sini biar saya kongsikan sebuah kejayaan yang cukup nostalgik dan sangat berkesan kepada saya - betapa kegihan dan keikhlasan membantu mereka yang miskin dan kepingin bangkit sangat-sangat memuaskan hidup kita. Pada 1967 saya memulakan sekolah rendah di Sg Putin, Sadong Jaya. Seorang teman yang dinamakan Mat Budek - lantaran kecacatan pendengaran, adalah salah seorang teman sedarjah saya. Datuknya dengan datuk saya adalah teman sekapal semasa lari dari kegaganasn Belanda di Jawa. Bila saya pindah sekolah ke Abang Man Primary School di Simunjan pada 1968, maka kami putus hubungan. Hubungan kami adalah those days kids - meraikan segala kepayahan secara alamiah. Pada 2004 bila saya mula mengajak saudara mara di kampung bertanam sawit dan meninggalkan kelapa, Mat adalah antara mereka yang mempunyai tanah yang agak luas dan terbiar. Tanah beliau seluas 7 ekar. Dia telah keluar dari Kampung sejak lepas Darjah 6 ie pada 1973 dan tidak kembali. Dikhabarkan dia bekerja di sebuah kilang papan di Pending, Kuching. Dia sekeluarga tinggal di kawasan setingan di pinggir kilang berkenaan. Saya pergi mencari beliau di sana dan teman yang sudah 36 tahun tidak ketemu, bayangkan kami berdua ibarat langit dan bumi, namun saya menginsafi nasib bangsa yang diperah Kapitalis sehingga tulang-tulang merekapun kering tanpa sum-sum. Diringkaskan, saya ceritakan hasrat saya dan dia setuju JV.
(9b) Dalam membangun tanahnya, saya tinggalkan kawasan seluas setengah ekar untuk dia kemudian membina rumah. Tanah beliau saya bangunkan antara yang pertama pada 2005. Pada 2007 scout harvesting sudah bermula. Pada 2008 Mat datang memohon agar segala kerja perkebunan biar dia sendiri yang menguruskan. Dia berkuli di tanah sendiri. Pada masa itu saya membayarnya RM45.00 sehari untuk segala jenis kerja di kebun. Gajian sebegitu adalah 50 peratus lebih besar dari kerja kuli king di kilang papannya. Akhirnya, pada 2012 saya dimaklumkan bahawa Mat mulai bermain onar iaitu dengan tidak lagi menggunakan perkhidmatan saya untuk menghantar buahnya ke kilang. Ada peraih yang mencelah. Pekerja-pekerja tetap saya tidak puas hati lantaran Mat mampu menghasilkan 10 tan FFB sebulan. Jika beliau mangkir, para pekerja loading ini kehilangan RM150.00 sebulan. Namun saya mengambil sikap lain. Saya larang para pekerja saya untuk bertindak apapun. Saya niatkan segala hasil yang dia perolehi dari pelaburan saya, agar bertukar menjadi pahala buat kedua ibu bapa saya. Saya tidak mahu bertelingkah dengan Mat; pertama dia asalnya orang susah, dari segi ilmu memang terlalu tipis dan paling perlu dilihat adalah keadaan dirinya yang cacat pendengaran sejak dari kecil. Saya bersyukur seluruh isi keluarganya bebas dari belengu Kapitalis. Pada tahun 2012 juga Mat mulai membina rumah konkrit yang cukup besar. Dia juga mulai terlibat dalam peternakan dan penanaman sayur. Kelebihan beliau adalah beliau berpunya anak-anak lelaki yang ramai dan semua mereka kini kembali menetap di kampung. Pada 2023 bilangan rumah di tanah beliau juga sudah bertambah. Sering saya temui dia bila Jumaatan, suatu ibadah berat yang payah untuk dia jalani semasa dia bekerja kilang terdahulunya. Melihat semua itu, saya benar-benar merasa puas. Wang ringgit dan kemewahan diri tidak perlu dikejar, deposit di akhirat lebih utama.
(10) Biar sawit dapat mendatangkan pulangan kewangan yang cukup lumayan buat saya sejak 2005 - 2016, saya meninggalkan usaha perkebunan sawit sepenuhnya pada 2017. Banyak faktur yang menyebabkan saya berbuat sebegitu. Pertama bila saya menaja masyarakat kampung saya menanam sawit, ianya akhirnya mengheret saya untuk menyokong mereka sehingga ke pemasaran. Pemasaran sawit jauh lebih sulit dari berjual beras. Kerenah birokrasi, manipulasi kilang dan tol jalanan perlu kita depani. Saya perlu melakukan banyak pengorbanan untuk keperluan ini. Saya terpaksa berbelanja besar untuk menyokong pemasaran lantaran pada masa itu siapapun tidak berminat untuk menjadi peraih sawit.
(11) Kemudian dengan ajakan dari beberapa orang kawan akhirnya kami menubuhkan Koperasi Penanam Sawit Mapan Daerah Asajaya, KPSM Asajaya. Mulanya pada 2010, mereka telah berusaha sendiri dalam penubuhan tersebut. Kerenah pegawai dan institusi antara MPOB dan SKM pada masa itu menyebabkan ianya terbengkalai tanpa penyelesaian. Mereka mengampiri saya untuk membantu. Sehingga sekitar akhir 2012, saya telah mengajak MPOB dan SKM bersemuka serta hubungan baik saya dengan MPOB Pusat, segalanya dapat diselesaikan dalam tempoh dua bulan. Maka kemudiannya saya telah diamanahkan untuk steering KPSM tersebut. Mengurus Koperasi tidak mudah. Pertama ahli cukup liat untuk membayar yuran keahlian biar nilainya hanya RM100.00. Kefahaman mereka untuk berkoperasi adalah sangat tipis dan penuh curiga. Apa lagi untuk membantu menyokong modal perniagaan. KPSM tujuannya adalah untuk berniaga sawit bagi pihak para ahli. Biarpun keahlian KPSM Asajaya adalah kecil iaitu sekitar 50 orang, namun penghasilan sawit mereka cukup banyak. MPOB mahukan jumlah ahli yang besar. KPI institusi lebih penting untuk mereka berbanding hakiki lapangan. Modal pusingan RM300K - 350K adalah diperlukan setiap bulan. Kutipan dari ahli cuma ada RM5,000.00 itupun separuh darinya adalah atas tajaan saya. Alhamdullillah saya dapat menyediakan Modal Pusingan yang diperlukan biar saya terpaksa menangguhkan pembiayaan usaha-usaha pribadi saya yang lainnya dan KPSM Asajaya dapat beroperasi sebaik saja ianya tertubuh.
(12) Saya menyerahkan sepenuhnya perniagaan sawit persendirian yang telah saya lakukan sejak 2009 kepada KPSM berserta sokongan modal dan logistik. Malangnya, tanpa usul periksa teliti, saya dituduh oleh Pegawai MPOB telah mengekploitasi pekebun kecil. Hakikatnya, data bulanan menunjukkan bahawa perniagaan sawit saya terus meningkat. Kedudukan saya mulanya sebagai Pengerusi Koperasi dituduh sebagai tidak wajar memandangkan pada masa sama saya dilihat seolah-olah menjalankan perniagaan bagi pihak Koperasi. Sedang mengikut SKM perkara ini tidak salah selagi dipersetujui dan dipantau baik oleh Lembaga Pengarah. Saya tidak menumpang mencari hidup di Koperasi, tetapi hidup saya adalah untuk berbakti kepada Koperasi. Selain Lembaga sebagai badan pengawal selia saya telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pengurusan yang terdiri dari Pengerusi, bendahari, setiausaha dan pengurus Koperasi. Jawaqtankuasa ini perlu bersidang setiap bulan bagi memantau dan memutuskan apa-apa yang perlu. Saya tidak berbuat keputusan secara autokratik dan apa lagi memenyingkan diri. Adalah menjadi kemestian segala lapuran kewangan dan perniagaan dibuat di dalam mesyuarat bulanan Jawatankuasa ini. Ketelusan dan saling maklum being informed menjadi amalan pengurusan saya di mana-manapun saya bertanggungjawab. Saya perlu mengendalikan sepenuhnya urusan jual beli sawit lantaran Koperasi mengunakan sepenuhnya wang modal dari saya.
(13) Dalam masa yang sama banyak kerenah birokrasi MPOB yang saya lihat seolah-olah menjadikan KPSM sebagai sebahagian pengurusan MPOB. Paling janggal, pengurus KPSM adalah lantikan MPOB berasaskan kriteria mereka dan bukan berasaskan keperluan sebenar urusan perniagaan KPSM. Pejabat MPOB di Kuching. Para petani berada sekitar 90 KM dari Pejabat. Pada masa ini kemudahan jalan raya masih tidak baik. Jaraknya kelihatan dekat namun sosio-ekonomi serta keadaan masyarakat pada masa itu masih cukup dhaif. Maka saya terpaksa membantu mereka untuk mendapat permit jualan FFB dan segala berkaitan. Saya juga perlu mendidik para petani tentang mutu buah. Ahli dan bukan ahli semua saya bantu. Kerja-kerja ini harus menjadi tanggungjawab MPOB yang mengutip cukai cess dari para penanam sawit. Malangnya selepas mereka mendapat permit, mereka menolak untuk berurusan dengan KPSM pula. Sebegitulah juga dalam keperluan persijilan MSPO. Kerja-kerja lapangan perlu saya buat sedang para pegawai MPOB yang berkaitan hanya datang untuk mengutip data. Apa faedahnya kepada KPSM? Saya sanggup berkorban demi kebaikan, namun pengorbanan saya ada nilai dan batasnya. Pada saat wibawa saya dipersoal tanpa usul periksa jelas, sikap gene Melayu yang ada kuat pada diri saya akan bangkit: "maruah Melayu jangan dicabar". Juga saya kira mereka tidak mahu menyelidik latarbelakang professionalisma dan wibawa saya terdahulu. Sikap naive dan malas mereka mengemeskan saya.
(114 Saya ingin mengurus KPSM sebagai entiti perniagaan dan bukan "MPOB extended or field office". Tidak mengapa soal keperluan data perniagaan, namun tidak untuk kerja-kerja lapangan MPOB. Para pegawai MPOB dan SKM adalah para birokrat. Senyum tawa perniagaan mereka tidak mengerti. Dalam masa yang sama pihak SKM pula sangat mementingkan KPI dalaman institusi mereka berbanding membimbing Koperasi untuk berjaya. Paling saya tidak berpuas hati bilamana auditan KPSM juga telah dibuat dan disahkan dalam keadaan tidak betul dan tidak benar. Keadaan itu menjadi pain in the neck antara saya dengan SKM. Teguran saya terhadap perkara tersebut tidak diendahkan dan penyelewengan sekitar RM21,000.00 telah tidak dapat diambil tindakan. Saya kemudian meninggalkan KPSM sepenuhnya. Untuk rekod, dalam masa saya mengurus KPSM Asajaya, kami telah dapat membeli sebidang tanah dengan nilai RM85,000.00 seluas 4.50 ekar. Pembelian tanah ini mulanya saya dahulukan dengan pembiayaan dari saya dan KPSM hanya membayar pada kemampuan semasa. Saya tidak mengenakan apa-apa faedah di atas pendahuluan ini. Tanah tersebut adalah strategik di masa depan. Juga keperluan pegangan aset kekal dan bernilai adalah perlu bagi membolehkan KPSM di suatu masa nanti untuk membuat cagaran pinjaman jika perlu. Saya melihat KPSM harus berdikari sepenuhnya. Wang dalam Bank pula masih ada sekitar RM25,000.00. Secara keseluruhan menggunakan model perniagaan KPSM, KPSM Asajaya secara total saya perhitung telah dapat mengumpul sekitar RM170,000.00 sejak 2013 - 2017.
(10) Saya sendiri ada 30 ekar kebun sawit. Saya juga menjadi kurang berminat terhadap kebun ini lalu saya biarkan untuk sesiapa "free harvesting". Pada 2019, saya musnahkan sawit saya dan saya mulakan usaha-usaha lain. Tidak sepohonpun sawit saya tinggalkan kerana saya tidak lagi ingin menjadi ahli KPSM - saya sudah tidak berpunya sawit. Namun, penanaman dan dagangan sawit yang telah saya lakukan hakikatnya telah menjana hasil yang membolehkan saya untuk membangun Projek Ternakan yang akan saya tulis kemudian dari ini.
MENCEBURI BIDANG HIGH INCOME CROP - a million Ringgit risk:
Saya berkenalan dengan seorang pengusaha nanas MD2 dari Sg Ramal, Bangi, Selangor sekitar tahun 2017. Kebetulan kawasan kebun beliau adalah berdekatan dengan apartmen saya di Bandar Sri Putera, Bangi. Mulanya saya dan isteri cukup gemar makan di Restoran Masthar Itik Salai iaitu bersebelahan dengan kebun nanas beliau. Di situ beliau ada menjalankan perniagaan jus dan irisan nanas. Persahabatan kami bermula dengan minuman jus nanas MD2. Modus operandi pengusahaan nanas beliau mirip seperti yang saya impikan di kampung - Agro-Park & Tourism.
(2) Dia kemudian memperkenalkan saya kepada sebuah Kios Jualan Ais Krim MD2 di Kampus UPM Serdang. Ais krim MD2 cukup lazat dan saya berkira aroma MD2 jika ditokok dengan gula nipah pasti lebih mengiurkan. Pelbagai juadah enak dari MD2 disaji di kios tersebut. Kemudian saya berkenalan dengan dua orang pakar MD2 di Stesyen penyelidikan Jabatan Pertanian Serdang khas dalam meniliti regim pembajaan. Saya juga membuat lawatan ke Ladang Lee Pineapple di Johor serta pemprosesan hasilan nanas di Gurun Kedah. Hasilnya, saya mula kembali mengingat lawatan saya ke Davao dalam meninjau perusahaan tanaman Cavandish - pisang makan keluaran Dole dan Del Monte. Saya juga ada melawat perkebunan nanas MD2 di Davao, Filipina. Semua ini kemudian terimbau jelas dan saya mula memperhitung kebaikan menanam MD2 berbanding sawit.
(3) Saya juga mulai dapat melihat perborohan akan menjadi cukup kronik di masa mendatang. Kerajaan sepertinya tidak berpunya pendekatan pragmatik dan menyeluruh dalam mengatasi perkara ini selaras dengan struktur demografi dan industri negara dan negeri. Perkara ini kini sedang berlaku. Kerajaan sedang gemar membina infrastrukur di luar-luar bandar, namun usaha-usaha memperkasa ekonomi mereka bairkan dan tidak fahami dengan baik. Bagi saya kedua-dua ahli politi dan pentabdbir yang ada lack entrepreneurship spirit and vision. Makanya mereka tidak nampak perubahan mendadak demografi luar bandar akan menjadikan sektor luar bandar sebagai bebanan berat kepada ekonomi negara. Maka saya harus mencari usaha yang mampu menjana pulangan lebih lumayan agar saya dapat membayar gajian pekerja yang tinggi bagi mengatasi masalah perborohan. Kedua saya juga ingin mengembangkan perniagaan Cafe saya untuk meliputi jualan hasil-hasil value chain keluaran sendiri.
(4) Pada 2020 saya memulai penerokaan tanaman MD2. Saya bercadang membangun sekurang-kurang 100 ekar sebagai permulaan. Saya bercadang menyewa tanah-tanah terbiar milik orang-orang kampung dengan nilai pajakan RM100.00 seekar sebulan untuk tempoh selama 10 tahun. Pada awal 2020 saya dapat mengumpul sekitar 40 ekar tanah dan dengan tanah milik sendiri, land bank saya sudah mencapai 70 ekar. Kerja-kerja field preparation dimulakan pada Julai, 2020.
(5) Kuasa Allah, segala ketentuan ada padaNya. Pada tahun 2020 keadaan cuaca cukup tidak menentu. Kira-kira sepanjang 2020 - 2021, hujan seperti tidak bermusim. Tanah yang saya usahakan adalah jenis tanah lanar - colloid clay yang cukup basah bila hari hujan. Kerana kontrak penyediaan lapangan telah ditetapkan, maka kerja-Kerja field preparation perlu diteruskan. Pada masa ini sukar untuk mendapat kontraktor yang sanggup membuat kerja-kerja ladang intensif yang kecil. Kontraktor terpaksa menggunakan mesin yang cukup berat 30 ton atas sebab untuk membersihkan seluruh kawasan kelapa tua dan cincangan batang-batang sawit. Keadaan ini menyebabkan tanah lanar menjadi terlalu mampat dan pastinya tidak sesuai dengan keperluan pengakaran nanas. Pembajakan adalah mustahil.
(6) Dalam masa yang sama, adalah mustahil untuk mendapatkan benih MD2 tempatan. Saya perlu mengimport dari Johor dengan jumlah minima 40,000 - 45,000 sulur bagi satu-satu hantaran. Harga bagi setiap sulur adalah RM1.95. Bekalan sulur pula sangat terhad. Saya telah mengatur schedule of delivery makanya kerja-kerja lapangan tidak boleh dilengahkan. Tujuh deliveries telah ditetapkan bagi tempoh 2021-2022. Biar cuaca tidak mengizinkan dan kurang optimum bagi pertumbuhan nanas, saya seperti perlu bekerja menyosong hukum alam. Risikonya memang terlalu berat, namun saya mesti berusaha. Tanaman pertama dibuat sekitar Julai 2020. Lantaran sulur nanas dapat bertahan sehingga 30 - 60 hari, maka saya menanam sekitar 30,000 untuk setiap bulan iaitu bersamaan dengan 2.5 ekar. Pada Julai 2020 sehingga Jun 2021 saya telah menanam sekitar 300,000 sulur. Seluas 30 ekar telah dapat saya usahakan pada pertengahan 2021. Tuaian pertama dijadual boleh dibuat pada Sept 2021.
(7) Dua kaedah penanaman telah saya lakukan. Pertama secara terbuka dan kedua secara litupan dengan Silver Shine Cover Plastic. Kawalan rumput menjadi perhitungan. Apa yang saya dapati kemudian adalah kawalan rumput bagi jenis terbuka adalah sangat berat. Rumput cakar ayam atau sambau kerbau merupakan jenis noxious yang cukup membingungkan. Sedang cara kedua membantutkan pertumbuhan malah banyak kematian. Sebabnya tanah lanar alluvial adalah colloid yang mengandungi air tinggi. Maka plastik penutup menahan peruapan sehingga akar nanas menjadi terlalu lembab dan mendapat serangan fungi. Setakat yang telah saya lalui, belum ada mana-mana pihak yang mengusahakan tanaman MD2 di tanah lanar alluvial. MD2 paling sesuai di tanah mineral pada alun-alun perbukitan. Di Lubok Mata, Samarahan para petani di sana menanam MD2 di tanah gambut yang mana hasilnya mempunyai kemanisan dan aroma agak kurang. Saya tidak pasti apa sebabnya dan berdasarkan pengamatan saya menduga-duga amalan agronomik yang tidak optimum adalah puncanya. Pada keseluruhan biaya pengeluaran pada kadar RM3.50 bagi setiap buah Gred B iaitu pada berat 1.50 Kg adalah sasaran awal saya. Namun akhirnya, di tahun pertama pengeluaran akibat harga sulur yang mahal, biaya pengeluaran adalah pada kadar RM4.50. Buah terjual RM5.00 secara borong, maka margin keuntungan cuma RM0.50 berbanding RM1.50 - 2.50 yang diperolehi oleh rakan-rakan di Malaya.
(8) Okt., 2021 saya mula membuat scout harvesting. Pokok tidak saya hormon sebabnya banyak yang agak terbantut akibat pembajaan yang tidak teratur kerana faktur cuaca, dan paling penting saya baru mulai meneroka pasaran di sekitar Kuching. Oktober - Januari adalah musim durian di Sarawak. Kuching merupakan longokan pasaran durian dari pelbagai pelusuk wilayah. Alhamdulliadalah dengan bersama penjaja-penjaja kecil dan restoran-restoran di sekitar Kuching. Jualan agen-agen secara online juga saya usahakan.
(9) Tahun 2021 adalah tahun penuh dugaan. Pertama cuaca tidak menentu. Banyak kerja-kerja agronomik tidak dapat dilakukan secara sempurna. Covid 19 yang melanda di akhir 2019 memuncak pada 2021 sehingga Kerajaan membuat suatu langkah yang saya yakin kurang bijak dengan mengistiharkan Perintah Kawalan Pergerakan, PKP dan bahkan diikuti dengan Perintah Dharurat kemudiannya. Langkah Kerajaan tersebut telah merundumkan ekonomi negara dan akhirnya kuasa beli rakyat. Di peringkat global, peperangan di Ukraine juga sudah bermula dan Perang Dagang USA-China juga berlaku. Akibatnya biaya pengangkutan input-input pertanian seperti baja dan racun perosak jadi kucar kacir. Sistem perkapalan dunia turut porak peranda dan mendadak mahal. Nilai Ringgit juga merundum parah. Saya mengalami masalah bekalan dan harga baja dan racun perosak yang parah. Bagi tempoh 2019 - 2021 input pertanian melonjak naik harga sehingga 200 - 300 peratus. Lantaran PKP, pergerakan para pekerja biar di kalangan penduduk setempat juga menjadi payah. Pergerakan pemasaran saya juga terjejas teruk. Banyak outlet-outlet pemasaran saya mulai tutup atau beroperasi dalam jadual yang tidak menentu. Puncak masalah pasaran adalah pada March 2022 di mana segala-galanya terhenti sedang buah nanas saya pada tempoh itu ada sekitar 150,000 sedang masak. Pasaran di Malaya juga terjejas teruk akibat keperluan kos pengangkutan yang melambung. Ianya menjadi tidak sama kali berbaloi. Akhirnya segala-galanya punah menjadi tanah biar saya minta para pekerja saya mengutip hasilnya dan sedekahkan kepada penduduk-penduduk kampung sekitaran.
(10) Kesan meluapnya, pada April 2022, tekanan emosi saya memuncak mengakibatkan serangan gastrik yang extreme. Sebelumnya pada March 2022, saya kehilangan sebuah Projek Hartanah bernilai RM1.40 billion di Bandar Baru Bangi yang telah saya usahakan sejak 2018 akibat kerja-kerja "semberono serakah" peringkat dalaman. Projek ini telah dipersetujui secara prinsip oleh institusi yang memiliki tanah, namun perubahan specification dan business strategy yang dikemukakan oleh second party, menyebabkan pihak berkenaan membatalkan kelulusan asal mereka. Saya benar-benar kecewa. Kecewa bukan kerana Projek dibatalkan akibat perubahan konsep dan specification namun sangat mengesankan adalah tujuan saya untuk menjulang institusi berkenaan ke persada yang hebat juga terbantut. Semua ini cukup menekan jiwa saya.
(11) Saya kemudian didiagnosis mengalami ulcer dan juga sludge pada hempedu. Saya menjalani pembedahan kecil pada Mei, 2022. Sebaik pulih dari pembedahan, saya pula perlu berulang-alik ke Kuala Lumpur kerana menguruskan isteri yang juga menghadapi masalah kesihatan yang kronik. Selama tempoh 2019 - sehingga kini saya bekerja keras tanpa rehat tujuh hari seminggu. Risiko yang saya tanggung akhirnya adalah a million Ringgit lost dan paling parah keadaan kesihatan saya yang mulai goyah. Pada 3 Okt., 2022 sekembali dari Kuala Lumpur selepas usai mengawasi perawatan isteri, saya terpukul dengan half death blow, bilamana mereka yang saya percaya penuh dalam mengurus Mini Market, Cafe, rumah dan kewangan di kampung saya selama 14 tahun telah kabur tanpa bicara. Perniagaan runcit, restoran dan pemasaran in-situ hasil kebun saya punah dalam sekelip mata. Ianya tidak terhenti di situ, pada 10 Disembar 2022 saya dipukul dengan real death blow - kali ini saya kehilangan segala-gala. I'm left alone to die or to stand. Segalanya tetap saya tanggung dengan penuh diam. Jika dibicarapun hanyalah Allah yang akan mendengar dengan pasti. Maka saya hadapi segala-gala biar dalam penglihatan semua saya sentiasa dalam penuh senyum dan tegar namun di dalam di hati gurisan remuknya cukup pedih mendalam.
(10) Natijah yang saya sadari dari dua pukulan beriringan half death dan real death blow ini adalah bahawa selagi kita berusan dengan manusia yang namanya bukan ibu-bapa, dan itupun juga terkadangnya terangkum sama, manusia sangat mengejar recognition and validation nyata dari cuba mengerti dengan mata hati dan fikiran yang menjauh. Segala-gala adalah pada nisbah 50:50 dan hanya demi masa sahaja yang akan membuktikannya. Mereka mengejar pengzahiran segala-gala dengan terang bersuluh biar di siang hari. Walau bagaimanapun In Shaa Allah, saya akan terus kental berjuang biar hanya sendirian. Saya tidak boleh menyerah apa lagi mundur. Sedar atau tidak, cara saya bekerja telah menjadi teladan banyak pihak di kampung dan berani saya katakan di daerah saya. Para sanak saudara sudah mengikuti cara kerja saya dan kehidupan mereka sudah sangat berubah. Malah para anak buah kini telah mulai menunjukkan kekuatan yang melampaui kekuatan yang pernah saya miliki. Semua kerana mereka dapat melihat dan belajar dari bangun dan rebahya saya.
JATUH DITIMPA TANGA:
Di zaman anak-anak di tahun 1960an saya cukup suka menternak ayam. Lantaran rumah kami pada masa itu sangat dekat dengan sebuah Kilang Papan maka bahan binaan untuk reban ayam sangat mudah didapati. Dengan bantuan ayah, saya membina sebuah reban ayam dan dalam hitungan saya ianya mampu memuatkan sekitar 150 - 200 ekor ayam kampung. Saya tidak suka menternak itik kerana sifatnya yang gemar menyondol -yang boleh membikin peceran di bawah rumah dapur. Setiap pagi seawal jam 0600, sebelum mandi saya akan terlebih dahulu membuka reban dan memberi makan ayam-ayam. Di sebelah petang, sekitar jam 1830 sekali lagi saya memberikan makan ayam-ayam lalu mengiring semua ke reban. Najis ayam akan saya kumpul setiap minggu dan dibakar bersama compost rumput. Hasilnya saya memperolehi baja yang murah serta sangat nutritional untuk sayur-sayuran yang saya tanam di sekitar pelataran rumah. Sesungguhnya jualan ayam serta sayuran cukup untuk membiayai keperluan persekolahan saya malah tabungan untuk kami adik beradik membeli pakaian baru menjelang Lebaran. Kami juga beroleh makan berkhasiat yang cukup. Di tahun 1960an, kami hidup dalam payah dalam limpahan non-monetize prosperity.
(2) Pada April 2012 saya dijemput menyertai TaAN Bhd sebuah syarikat senarai awam di sektor perladangan sawit. Tanggungjawab saya adalah untuk merancang Sustainable Business Development - suatu bidang tidak lari dari pengalaman dan kemahiran Strategic Business Development yang saya miliki. Namun pada 2017 saya mengundur diri dari TaAN Bhd lalu dijemput oleh Zecon Bhd juga sebuah syarikat senarai awam untuk memainkan peranan yang sama tetapi di bidang Pembangunan Hartanah. Kali ini saya berkira peranan saya di Zecon sangat menepati kelayakan akademik saya di bidang Perancangan Bandar dan Desa.
(3) Utility function - nafsu saya untuk bermewah-mewah adalah sangat kurang. Ada dua faktur yang mengawal diri saya, pertama saya biasa hidup "susah" maka saya harus tidak lupa diri. Saya perlu berhemah lantaran saya berpunya tanggungjawab yang besar serta Cita-cita Kecil Anak Desa yang tinggi. Kedua dan paling utama, saya ingin menggunakan sebanyak mungkin perolehan saya untuk berbakti membina masyarakat agar segalanya akan melimpah ruahkan ganjaran pahala bagi kedua ibu bapa saya. Pendirian ini perlu ada dan mesti saya pegang lantaran mereka saya ada dan berjaya dan hanya amal bakti yang terbaik adalah jalan bagi saya membalas segala pengorbanan mereka. Saya lebih memikirkan bahawa sumber kewangan saya harus terus berkembang dan boleh memberikan manafaat kepada banyak pihak. Pesan Al Quran yang kira-kira bermaksud "Dalam harta kita ada hak pihak lain" saya nilai dari sudut ekonomi dan bukan sedekah atau zakat semata-mata. Saya lebih berminat menjana pekerjaan kepada mereka yang mahu dan memerlukan.
(4) Maka dengan perolehan semasa di PELITA dan dalam perkebunan dan dagangan sawit saya membeli tanah, membina MyStore Mini Market & Cafe serta membangun perkebunan sawit. Saya juga ada membina sebuah kedai runcit lumayan lengkap dan besar yang kemudian saya serahkan kepada Bibik saya - Mak Su sebelah ibu di Kg Jemukan sekitar 10 KM dari kampung saya, sebagai wadah untuk mereka sekeluarga mencari hidup. Alhamdullillah, bibik saya mampu membiayai dua anaknya untuk ke UKM kemudiannya. Sebuah restoran bersifat Nusantara Fine Dine juga saya bangunkan di Kuching namun hanya beroperasi selama dua tahun lalu terpaksa bungkus atas masalah pengurusan. Melalui perolehan di PLC sehingga kini, saya sedang kembali bangkit untuk revamp pendekatan pertanian. Atas jangkaan saya bahawa pada 2027 ekonomi Sarawak akan sangat aktif dan rakyat mulai mempunyai disposable income yang baik, maka saya akan kembali pulihkan Mini Market dan Cafe serta kembali aktif dalam penternakan.
(5) Di bidang penternakan, pada tahun 2012 saya mulai dengan membina Rumah Burung Walit. Pembinaan dan pengurusan saya farm out sepenuhnya kepada seorang rakan yang mahir dalam bidang tersebut. Namun kerana kontraktor yang dipertanggungjawab untuk membina dan mengurus bangunan tersebut secara berbagi hasil 50:50 dengan modal pembinaan adalah tanggungan saya menghadapi pelbagai masalah, maka rumah burung walit 30' x 80' persegi setinggi tiga tingkat tersebut telah tidak di selengara sejak siap pembinaannya. Juga sejak kebelakangan ini populasi burung walit sudah sangat berkurangan. Jangkaan saya adalah akibat masalah bekalan makanan. Sawit telah menukar banyak kawasan menjadi monocrop yang kurang sesuai dengan pembiakan lalat buah yang menjadi makanan utama walit. Ini kini sedang saya ubah dengan menjadikan kawasan keliling rumah burung walit saya sebagai kawasan perkebunan pelbagai buah-buahan. Apakah saya akan berjaya, In Shaa Allah dalam 2 - 3 tahun lagi akan tampak hasilnya.
(6) Pada 2013 saya membina reban untuk pertenakan puyuh. Jangkaan saya dapat memlihara sehingga 5,000 - 7,000 ekor puyuh pada setiap masa. Hanya pada 2015 baru reban puyuh kira-kira 80 peratus siap. Kerja-kerja saya tergendala akibat masalah kewangan. Sebabnya, sekitar penghujung 2013 seorang teman menghadapi masalah kewangan mendadak untuk dia menyiapkan Projeknya untuk membolehkan certification of completion dapat dikeluarkan dan last payment dapat dibuat. Dia perlukan top up fund segera yang agak besar. Dia seperti terbirit-birit perlukan pertolongan segera. Atas kepercayaan penuh, saya korbankan keperluan pembiayaan Projek pribadi saya dalam menyiap penuh reban puyuh dengan segala peralatan modern dan sebuah bangunan bagi ternakan kulat. Sejak 2013 sehingga kini, tiada khabar berita dari "teman" berkenaan dan kedua Projek saya telah terbengkalai sehingga kini. Namun, saya tidak berputus asa lantaran kini saya telah mendapat ilham baru bagaimana untuk revamp serta mengurangkan keperluan tenaga kerja bagi mengurus puyuh. In Shaa Allah pada 2026 akan saya pulihkan kembali segalanya. Sekali lagi jika kita sabar, dan dapat merenung dalam, tanpa terhakis sebarang tekad, In Shaa Allah, Dia tetap ada untuk memberi jalan keluar.
(7) Sifat saya, saya tidak pernah ingin bergantung hanya kepada sesuatu hal. Banyak melihat saya sebagai tidak focus. Saya focus, namun saya tidak berminat untuk menjalani hidup one track mind. Saya gemar dicabar dan mencabar. Saya gemar menyelidik dan merubah. Seperti takdirnya otak saya sentiasa ligat dan tidak pernah mahu jenah berfikir. Alhamdullillah saya hanya gemar berfikir untuk menganalisa segala cabaran serta mencari jalan penyelesaiannya. Saya berfikir tidak terbatas kepada perkara-perkara terkait pribadi, malah hal-hal negeri dan negara. In Shaa Allah saya akan menulis tentang cara-cara saya berfikir mengikut gaya dan pengalaman sendiri. Makanya, sering isteri saya seperti gundah dan cemburu bila melihat saya terdiam merenung. Dia bersangka saya sedang day dream dan atau tidak peduli akan dirinya di samping. Saya tidak khayal, saya sedang memerhati keliling dan mencari jawaban ke atas isu yang sedang saya depani. Sesungguhnya pada alam itu ada jawaban kepada segala masalah kita namun kita belum atau tidak nampak bagaimana. Makanya saya gemar memerah fikiran di mana dan kapanpun.
(8) Pada 2015 dalam masa saya sedang membina reban puyuh dan rumah kulat, saya memulakan suatu Projek kecil untuk membela sekitar 200 ekor arnab. Saya mulakan dengan 30 indukan dan 5 pejantan. Bibit saya beli dari seorang kenalan di Bintangor, Sarikei. Saya menternak baka New Zealand White yang cukup prolific dan sedang besar. Proses membuat reban dan kandang juga saya ubahsuai dari apa yang saya lihat dan pelajari dari kebiasaan yang diamalkan di Malaya dan teman-teman di Kuching. Alhamdullilah, menjelang 2018, semua kandang saya dapat penuhi dan sudah tidak mampu menampung jumlah arnab yang ada. Dalam tempoh dua tahun saya telah dapat mempelajari pelbagai ilmu praktikal dalam menternak arnab. Kewalahannya, dalam tahun 2020 - 2021, Covid 19 menganas, saya menghadapi masalah bekalan ubat-ubatan dan makanan. Segalanyanya punah pada akhir 2021. Namun bagi tempoh 2016 - 2021 saya telah mengumpul ilmu yang cukup lumayan. Dari pemakanan, nuansa kandang, kawalan penyakit, pengurusan kumbahan dan malah waktu-waktu pembiakan telah saya fahami baik. Saya banyak meneliti kaedah penternakan arnab dari Indonesia, Thailan dan malah China. Biar gagal dari segi fizikal, namun perolehan ilmu telah saya dapati dengan sempurna. Mudah-mudahan denagn pemulihan ekonomi negara yang saya jangka pada 2027, segala soal perborohan akan menjadi lebih mudah, maka akan saya pulihkan kembali usaha-usaha saya ini.
(9) Kini saya telah mempunyai ilham untuk membuat makanan sendiri dari campuran rumput nafia, daun ketum, daun moringga, azolla, hampas sagu, daun kekacang lainnya dan ikan lele. Pengalaman terputus bekalan makanan komersil pada 2021-2022 menimbulkan jerak untuk saya di masa hadapan bergantung bekalan dari sumber komersil. Dengan kemenangan Trump sebagai Presiden USA, peperangan di Ukraine, Timur Tengah dan kemungkinjan pergolakan USA-China, keterjaminan makanan ternak pasti menjadi tidak stabil dan mahal. Maka, sebuah plot integrasi tanaman seluas sekitar setengah ekar antara buah-buahan, ketum, moringga, kekacang dan nafia sudah saya mulakan sejak Disembar 2023 dan kini sudah menunjukan pertumbuhan yang cukup baik. Infra untuk ternakan lele secara intensif akan saya mulakan pada pertengahan 2025 nanti. Mesin untuk membuat palet makanan ternak juga telah saya beli sejak 2022. Saya bercadang mengadun segala sumber tanaman saya untuk pembuatan makanan ternak. Alhamdullillah, sekali lagi "pukulan" dari Allah lebih menajamkan fikiran dan kekentalan semangat saya untuk terus berkreatif.
(10) Sekitar 2018 saya dapat menyiapkan sebuah reban ayam bersaiz 18' x 120' yang cukup selesa nuansanya. Rumah ayam ini jenis rumah panggung dengan lantai bersimen. Di bawahnya dan kelilingnya saya bina kolam untuk menyejukkan keadaan serta bagi membolehkan saya menternak azolla, sejenis pakis laut yang tinggi kandungan protein, mineral dan vitamin untuk makanan ayam. Saya mengunakan habuk ketaman kayu dan sekam padi sebagai dasar lantai. Saya mula menternak ayam dan itik pada tahun 2018. Makanan saya olah sendiri dengan menggunakan hampas soya, sagu dan kisaran jagung, dengan campuran vitamin dan probiotik, dan dalam tempoh hampir setahun baru saya dapat menemukan perkadaran campuran yang sesuai. Selang tiga hari sekali, ayam-ayam dan itik saya berikan makanan azolla segar. Saya membela ayam pedaging, ayam penelur serta ayam kampung.
(11) Tujuan penternakan ini adalah untuk saya belajar bagaimana mengurus penternakan dan pengolahan makanan yang paling sesuai. Saya berjaya menghasilkan ayam pedaging punya rasa daging separa ayam kampung serta ayam kampung yang lebih berisi dan cepat membesar. Ayam penelur hanya mencapai ke 30 - 40 peratusan berjaya. Ukuran saya adalah kepada kadar pengeluaran telur dan saiz telur. Biar saya kira saya hampir-hampir berjaya, Covid 19, sekali lagi memusnahkan segala bilamana saya mengalami putus bekalan hampas soya, sagu serta kisaran jagung. Pada 2021 saya perlu menangguhkan ternakan ayam-itik dan beralih kepada pembinaan kandang kambing dan lembu.
(12) Pada awal 2019 saya memulakan pembinaan rumah ternakan kambing. Bentuknya adalah rumah panggung dengan ketinggian kolong sekitar 7.0 kaki untuk menimbulkan keadaan pengudaraan yang baik serta memudahkan kerja-kerja pembersihan tinjar. Dua bangunan setiap satu bersaiz 20' x 150' dengan berlantaikan plastic slade. Kedua-dua bangunan ini siap sepenuhnya pada penghujung 2020. Cadangannya, saya akan membawa masuk baka biri-biri dorper dari Australia yang mempunyai daya pengeluaran daging tinggi dan bermutu. Sekitar 400 ekor boleh ditempatkan di rumah yang telah disiapkan. Namun keperluan kurantin di Australia dan Sarawak yang sangat ketat takibat Covid 19 telah membantutkan segala-gala.
(10) Seiringan pembinaan rumah kambing, saya juga memulakan pembinaan bangunan feedlot untuk ternakan lembu. Bangunan berukuran 34' x 360' yang boleh menampung sekitar 150 - 200 ekor lembu pada sebarang masa direncana untuk dapat disiapkan pada 2022. Kandang kambing dan lembu dibangun pada tapak seluas 2.5 ekar. Ianya membentuk sebuah komplek yang bersepadu dari segi pengurusan makanan dan tinjar. Bangunan seluas 30' x 80' akan dibina bagi mengurus tinjar lembu. Saya merangka bagi mengurus kumbahan cecair perlu melibatkan pembinaan kolam rawatan seluas 20' x 60' di mana penghasilan gas Amonia akan digunakan dalam penjanaan haba bagi pengeringan tinjar lembu. Tinjar ini akan menjadi sumber kompos nitrojen bagi segala tanaman yang sedang dan akan saya usahakan.
(11) Sesungguhnya, seluruh sistem pertanian yang saya sedang usahakan adalah berbentuk fully recycle. Saya ingin membebaskan diri dari bergantung penuh terhadap input-input pertanian secara komersil. Inilah cita-cita keilmuan yang ingin saya wariskan kepada masyarakat saya dan In Shaa Allah dengan pelbagai insentif yang Kerajaan Sarawak sedang berikan, saya berpandangan kejayaan yang akan saya tempah boleh dijadikan asas untuk membentuk Program Integrated Agro-Park bagi setiap DUN dan Kampung besar di seluruh Sarawak. Cuma Covid 19 dan dengan cara Kerajaan mengurusnya mengakibatan ekonomi kita mengusut teruk dan harga segala barang melambung dan bekalan juga tidak pasti. Berbanding 2018, pada 2020, harga besi melambung sebanyak 200 - 300 peratus dan sebegitu juga input-input penting pertanian. Ditambah dengan PKP atau MCO, segala pergerakan menjadi sangat terhad dan terencat, ditokok dengan masalah kewangan, maka kedua-dua Projek kambing dan lembu telah tergendala sejak 2021. Cuma saya tidak begitu khuatir kerana In Shaa Allah segalanya akan saya usahakan kembali pada 2027 lantaran segala basic foundation telah tersedia.
BANGKIT DARI TERPURUK:
Sedari 2019 saya lebih banyak menghabiskan masa di kampung dari di Kuching. Langkah Kerajaan Sarawak dalam mengekang pergerakan dengan lebih ketat berbanding Kuala Lumpur dalam tempoh serangan Covid 19 dari 2019 - 2022 memberikan saya kelebihan masa untuk berada di kampung dan hanya sesekali saya akan ke Pejabat Koprat di Kuching dan Kuala Lumpur.
(2) Tahun 2022 tertakdir bukanlah tahun yang green buat saya. Dalam istilah biasa, tahun tersebut sering dinamakan sebagai down the cliff year, namun saya tidak mahu melihat itu sebegitu sebaliknya kini saya melihatnya sebagai tahun kegetiran penuh cabaran dari Allah. Sejak 2019 sehingga March 2022 silih berganti kerencatan usaha melanda ekonomi diri saya. Itulah tahun-tahun di mana saya berhempas pulas bekerja dari jam 0730 sehingga menjelang maghrib 1730 tanpa istirehat dari Isnin ke Ahad. Dari segi kewangan pula, setiap masa adalah sangat mendebarkan. Saya sering kesuntukan wang bagi membiaya segala macam usaha yang sedang saya laksanakan. Paling terkesan, sejak 2020 sehingga Feb., 2022 saya dan isteri menjalani kehidupan Pasangan Jarak jauh, PJJ penuh - kami tidak dapat bersama selama lebih dari dua tahun. Kesan emosinya memang cukup mendalam. Namun tanpa saya sedari, dan tersembunyi di balik segala kesibukan, rasa penat, rasa sakit dan bahkan tekanan perasaan semua seperti saya sisih tanpa sengaja. Akibatnya pada suatu hari dalam bulan April 2022 saya pengsan sendiri di kebunan. Kuasa Allah saya sedar sekitar tiga puloh minit kemudian dalam bahang mentari jam 1300 tengahari. Pada Mei 2022 saya mendapat serangan di ulu hati yang pedih tidak tertahan. Saya terpaksa berkejar ke Normah Specialist Medical Center, dan di sana saya didiagnos mendapat serangan Ulcer dan pembentukan sludge pada hempedu. Saya juga mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi iaitu pada kadar 16 points berbanding seharusnya dalam julat 6 - 10 points. Saya menjalani pembedahan kecil dan sludge dapat disedut bersih. Sebaik keluar dari NSMC, saya terus bergegas ke Kuala Lumpur pula untuk mengurus isteri yang juga sedang mengalami masalah kesihatan berat. Saya berulang alik ke KL sehingga Okt., 2022.
(2) Pada 3 Oktober, 2022 sekembali dari Kuala Lumpur, belum sempat menaiki grab untuk pulang ke rumah di Kuching, saya mendapat message bahawa siapa yang telah saya berikan tanggungjawab penuh mengurus harta dan kewangan saya di kampung telah lari meninggalkan segala. Saya bergegas kembali ke kampung dan mendapati segala-gala dalam tunggang langang. Saya dalam keletihan yang amat sangat dan perkara ini benar-benar menekan diri saya. Saya tidak membicarakan prihal ini kepada isteri saya, saya benar-benar bungkam. Sekitar dua bulan saya mendiamkan diri dan tidak mahu berbicara dengan siapapun. Saya "memutuskan" hubungan dengan semua pihak. Pintu dan jendela rumah tidak langsung saya buka. Siapapun tidak saya benarkan melawat saya biar jiran-jiran sanak saudara terdekat sekalipun. Awal Disembar 2022 saya dapat menguasai diri dan bertekad bahawa dalam tempoh sehingga March 2023 saya akan dapat consolidate and move forward. Saya bercadang untuk berehat panjang Ramadhan dan Aidil Fitri bersama isteri di Kuala Lumpur sepanjang March - April 2023. Namun pada 10 Disembar 2022 saya dikejutkan dengan suatu blow yang cukup menghenyak yang benar-benar menguji Iman dan kesabaran saya. Sisa kekuatan yang saya miliki runtuh dan punah sepenuhnya. Sekali lagi saya terkapar tanpa bicara selama lebih kurang sebulan. Kali ini saya benar-benar terpuruk. Segala-gala terasa hangat membahang. Saya menyerah diri terbaring di atas sejadah. Tanpa henti tasbih SubhanaAllah Walhamdullilah WalaIllahaillallah WallahhuAkbar mengiringi tumpahan air mata dan nafas-nafas lesu saya. Pada 15 Jun, 2023 saya memaksa diri bangkit untuk menyelesaikan segala-galanya. Julai 2023 sehingga kini, saya memulakan ground thrush dengan cukup keras dalam mengembalikan segala kekuatan yang pernah saya miliki.
(3) Saya ada membeli secara ansuran sejak 2018 sebidang tanah seluas 17 ekar di Sg Bundong iaitu bersebelahan dengan kampung saya. Pada Disembar 2022 tanah tersebut telah habis saya bayar. Maka pada Julai 2023 saya memutuskan untuk perlahan-lahan membangunkannya. Namun tuan tanah masih mempunyai sisa sekitar 3 ekar di depan tanah yang saya beli dan tanah tersebut memisahkan tanah saya dengan jalan besar. Saya berjaya merundingkan untuk memajak tanah tersebut selama 10 tahun dengan bayaran RM100.00 seekar sebulan. Juga saya meminta beliau menjual jalur tanah selebar 18' x 600' menghala ke tanah saya untuk saya membuat common user agriculture road. Alhamdullilah beliau setuju. Maka sebermula Julai 2023 saya bertungkus lumus menyiapkan pembangunan tanah 3.0 ekar tersebut. Dalam masa yang sama saya juga bekerja keras dalam memulih dan menyusun semula tapak kebunan nenas seluas 20 ekar yang "gagal". Sengaja saya membanting tulang agar saya benar-benar penat dan pada malamnya saya dapat tidur lena. Saya berusaha keras untuk jadi tidak peduli ke atas masa lalu saya. Saya focus menghambat masa depan dan kebangkitan semula.
(4) Berdasarkan pengalaman pahit dari usaha monocrop nanas pada 30.0 ekar sebelumnya, saya, pada tanah 20 ekar yang dipulihkan saya merubah tanaman menjadi tumpang sari pisang-nanas. Mulanya saya menanam pisang pada jarak 30'x30'. Kemudian saya tingkatkan kepadatan menjadi 15'x15'. Dalam baris antara pisang saya hanya menanam 2-3 baris nanas. Pada keseluruhan menjelang Sept., 2023 saya telah berjaya memulihkan sepenuhnya 20 ekar kawasan nanas "gagal" tersebut. Jumlah nanas yang saya tanam juga jauh berkurang iaitu cuma sekitar 45,000 - 60,000 pohon sahaja iaitu cuma sekitar 20 peratus dari asalnya. Jaqdual penanaman juga saya kurangkan di mana saya hanya menanam sekitar 3,000 - 4,000 pokok sebulan. Dengan jumlah itu, bebanan penjagaan menjadi sangat kurang dan paling penting In Shaa Allah saya tidak akan menghadapi masalah pasaran.
(5) Tanah baru yang saya sewa seluas 3.0 ekar telah dapat dibangunkan dengan sepenuhnya pada Disembar 2023. Atas pemikiran keperluan pasaran dan to spread the risk, saya sekali lagi mengubah pola tanaman di tanah tersebut. Kini saya mulai menanam pelbagai buah-buahan seperti limau bali, jambu, nangka madu dan kelapa pandan dalam tumpang sari pisang dan nanas. Melihat kepada pertumbuhan sediaada, saya berkira In Shaa Allah dalam tempoh 12 - 18 bulan lagi kerbun 3.0 ekar ini akan benar-benar mengangkat semangat saya untuk menjadi usahawan tani intensif dengan jayanya. Alhamdullilah sejak Julai 2024 tuaian hasil pisang sudah bermula.
(6) Pada 2024 saya merencana membangun sekitar 5.0 ekar dari 17 tekar anah yang telah saya beli. Sehingga Okt., 2024 sejumlah 4.0 ekar telah dibangunkan. Pada peringkat 4.0 ekar ini saya sedang menanam segala jenis durian bermutu tinggi. Atas faktur kewangan, harga bibit yang terlalu mahal serta bekalan yang terhad maka saya kira hanya sehingga tahun 2026 baru saya dapat memenuhkan tanah tersebut dengan durian Musang King, Duri Hitam, Udang Merah dan beberapa varieti terbaik tempatan seperti Suluk dan Isu. Saya hanya mampu mencapai 80 peratus dari sasaran saya dan semuanya telah diselangi dengan pisang sebagai usaha untuk mengawal rumpai dan mendapatkan hasil yang cepat. Walau bagaimanapun, saya terpaksa menangguhkan usaha-usaha pembangunan selanjutnya untuk tahun 2024 ini. Sebabnya pada 25 Okt., semasa memasang lampu taman di halaman rumah saya terjatuh sehingga tulang fibula (tulang kecil) saya patah. Saya tidak menjalani pembedahan dan memasang besi akibat faktur usia. Kini kaki saya terpaksa di simen dan In Shaa Allah akan dibuka pada 2 Disembar 2024 nanti.
(7) Cara Allah menzahirkan kasih sayangNya adalah cukup misteri. Banyak ketika kita cukup tidak mengerti. Sebetulnya sejak Covid 19 melanda negara, akibat pergerakan yang agak terhad, atas faktur umur serta inginkan kebarakahan yang tinggi, saya kian lebih mendekat kepada Ilahi. Saya telah lebih banyak bertafakur di sajadah dengan agak lama. Saya berkira amalan Fardhu Ain saya sudah jauh ke depan berbanding sebelum 2019, namun seperti sebahagian pendapat, semakin kita ingin mendekat kepadaNya, semakin Dia mahu menguji kita. Maka pada malam 3 Nov., 2024 saya mendapat serangan "gastrik" yang sangat pedih. Pagi Isnin 4 Nov., 2024 saya terpaksa dikejarkan ke NSMC. Dari X-ray lalu kemudian CT Scan, Dr mengesahkan bahawa hempedu saya membengkak. Kesakitan yang saya alami adalah akibat hempedu yang membengkak. Namun pemeriksaan diabetes, menunjukkan tahap gula saya adalah pada kadar 20 points. Saya tidak terperanjat lantaran sudah dua minggu saya tidak memerah keringat. Juga Tekanan Darah BP saya juga dikira tinggi, pada julat 160 - 200. Seharusnya tekanan paling tinggi pada usia saya adalah 140. Pada tahap ini adalah terlalu berisiko jika saya menjalani apa-apa pembedahan. Pada petang dan malam 4 Nov., saya perlu menjalani jap penurunan gula dan darah yang serious. Suntikan insulin pada selang empat jam sekali telah dilakukan, dan Alhamdullilah badan saya dapat bertindak balas dengan cepat. Pada pagi 5 Nov., paras gula saya stabil pada 6.0 points dan tekanan darah pada julat 130 - 150. Dengan itu saya perlu melalui imbasan MRI bagi mengesahkan keadaan sebenar hempendu gallbalder saya. Disahkan terdapat sluge yang sangat kental di hempedu saya. Pembedahan mesti dilakukan untuk membuang sepenuhnya hempedu saya. Saya berpunya dua pilihan - open surgery atau secara endoskopik.
(8) Saya memulangkan pilihan kepada pakar. Dia memilih endoskopik, di mana rusuk di tebuk dengan tiga lubang, satu di pusat dan satu lagi betul-betul di hujung pankerias. Saya masuk theater pembedahan pada pukul 16:00 dan dijangka siap pada jam 17:00. Namun pakar menghadapi kesulitan lantaran hempedu saya telah membengkak kuat di mana dindingnya telah menebal dan mustahil untuk dapat ditarik keluar melalu liang pembedahan endoskopik. Saya dimaklumkan hampir-hampir mereka perlu membuat open surgery. Kasih sayang Allah masih mengiringi saya, saya kira tanpa Dr berkenaan mengkhabarkan saya lihat kesan parut di pusat saya ada banyak dan agak besar. Saya berkira mereka telah membuka pusat saya dengan agak besar untuk megeluarkan hempedu yang telah rosak.
(9) Kini masalah kaki saya sudah menjangkau empat minggu dan pembedahan sudah dua minggu. Alhamdullillah sejak dari hari pembedahan saya tidak mengalami apa-apa complication. Segala kesakitan dapat diatasi dengan makan pain killer. Badan saya masih rentan menepis segala kemungkinan buruk. Sebabnya saya berkira lantaran saya menjalani hidup super active serta regim pemakanan yang agak terkawal dan terjaga. Saya banyak makan buah dan sayur-sayuran. Cuma kini akibat terlalu banyak ubat yang perlu dimakan - pain killer, ubat diabetes, antibodi, tekanan darah, supplement calcium dan Vit D, nafsu makan saya menjadi kacau dan payah.
(10) Seiringan usaha-usaha saya memulih dan menstruktur semula perkebunan nanas saya, saya juga telah dapat memulihkan kembali 10 ekar kebun pisang yang agak terbiar sejak 2021. Pertumbuhan pisang tidak terjejas cuma anak-anak sawit telah menghambat pertumbuhan seterusnya. Sebab kenapa saya meninggalkan kebun tersebut terbiar sebegitu lama adalah akibat masalah kekurangan pekerja yang terkait dengan masalah kewangan. Juga kebun 10 ekar ini terletak d sebuah kampung yang agak panas. Sejak diusahakan pada 2019, dan mula mengeluarkan hasil pada 2020, saya perlu bersaing dengan musang berkaki dua untuk menuai buahnya. Inilah kerja budak-budak kaki pil kuda yang Kerajaan alpa dalam membendungnya sehingga merebak dan mengakar di kampung-kampung. Saya berkira pihak berkuasa Polis mungkin terlalu sibuk dengan kes-kes politik yang kian menghantu, maka mereka kekurangan biaya untuk meronda dan mengawal keamanan di desa-desa. Nasib sang tani, jika bukan alam, manusia pasti menjadi musuhnya. Namun kini pada 2025, saya akan mengambil tindakan keras dalam membenteras para pencuri ini. In Shaa Allah saya akan mendapat kerjasama baik dari jiran-jiran bersebelahan yang juga menerima nasib yang sama sejak sekian lama, cuma mereka lebih menyerah dari kental mengambil sikap berani dan benar. Saya menjangka In Shaa Allah awal tahun 2025 saya akan mempunyai 35 ekar kebun pisang yang telah matang dan berhasil penuh. Dengan ini kerja keras saya sejak Julai 2023 - Disembar 2024 In Shaa Allah sangat berbaloi cuma saya perlu meraikannya dalam penuh diam dan sabar bersama kecacatan yang perlu saya lalui. Ke sana sini saya perlu wheelchair dan tongkat. Cubaaaaaaan.
HIKMAH UJIAN MUKTAHIR:
Jika perkara-perkara negatif yang berlaku ke atas kita, kita lihat sebagai negatif apa lagi musibah, maka fikiran dan jiwa kita hanya akan tertumpu kepada permasalahan tersebut..... bersambung In Shaa Allah ...
Kg Terasi, Sadong Jaya
13 Nov., 2024 - ...
0 comments:
Post a Comment