Latest Postings
Loading...
Dec 1, 2016

1/12/16 AKAN ADAKAH PERUBAHAN POLITIK NEGARA ..... alahai orang Kampung! (draft)

Ahad lepas, saya menghadiri sebuah majlis kenduri kahwin di Kampung tetangga. Sambil-sambil menjamu juadah, dan kebetulan saya duduk bersama mereka yang dalam umuran 30-40 tahunan, kami bersembang tentang banyak perkara-perkara semasa dari mulainya musim mengawan sehinggalah ke politik tempatan. Dalam soal politik semasa, mereka mengatakan bahawa mereka  sangat binggung dan tidak tahu siapa yang benar dan harus diikutkan. Mereka jati anak-anak Kampung, yang lahir dan dewasa di Kampung. Bahkan hidup mereka terus di Kampung. In Shaa Allah mereka akan kekal di Kampung, jasad dan roh. Maka lantaran itu pasti banyak yang akan mengatakan alahai orang Kampung. Orang Kampung apa ada. Banyak jika dikaitkan dengan Kampung, maka sifat rendah itu pasti tidak terasing. Yang sering dipandang rendah tentang orang Kampung adalah jalan fikiran mereka. Lantaran jalan fikir yang dikira mundur maka orang Kampung sering dipandang rendah. Diperleceh, sebetulnya.

(2) Kebetulan juga di minggu lepas, saya ada kesempatan untuk sedikit berkumpul secara maya dengan apa yang dinamakan "Kumpulan Harapan Pemikir" dari kalangan yang hendak merobah arus perdana politik Negara. Pada dasarnya, tujuan Kumpulan ini adalah untuk bercambah fikiran agar beberapa jalan bernas dapat diajukan kepada Golongan Atasan sebagai suatu pandangan bagaimana perubahan arus perdana politik Negara boleh dijayakan. Saya sebagai sifat biasa saya, iaitu sering suka berseloroh dalam kesungguhan, akhirnya saya ditendang keluar oleh siapa yang menjemput dan memasukkan saya ke dalam Kumpulan Pemikir Harapan tersebut. Sebetulnya, bukan ditendang keluar; istilah yang lebih tepat saya kira adalah diterajang keluar. H-hour kepada penyingkiran saya itu, adalah seloroh saya yang sangat-sangat disalah ertikan sebagai serangan pribadi ke atas pernyataan salah seorang yang ada dalam Kumpulan tersebut. Cuma anihnya, tidakpun saya sempat untuk menjelaskan seloroh saya, saya telah dibantai lalu terus diterajang tanpa peluang pembelaan. Saya terkedu dan terpingga-pingga, niat untuk to blow a cool air in the mid of the heat, it turns to be a wild fire by the cold wind.

(3) Biar seloroh sebagai sebabnya, namun saya yakin, itu bukan alasannya. Saya berkeyakinan sebab utamanya adalah teguran-tegursan saya tentang cara perjuangan yang hendak dibawa dan sedang dibawa untuk mengubah politk Negara adalah sebab utamanya. Saya kira, ada yang berperasangka saya mendokong keonaran politik yang ada

(4) Kali ini saya ingin menulis, betapa sesungguhnya orang Kampung itu hebat. Cuma kehebatan mereka sering dipandang rendah, maka ianya tidak pernah dihargai sewajarnya. Lantaran mereka dipandang rendah, maka mereka sering diperdagangkan. Tulisan saya ini, akan terkait dengan perbualan majlis kenduri Kampung serta sikap segelintir Kumpulan Pemikir Harapan yang saya kira sebiji (sama saja) dengan sikap mereka yang hendak mereka ubah. Mereka ini bagi saya adalah sama saja seperti kalangan yang tidak pernah mahu menghargai orang Kampung. Mereka dan orang Kampung ibarat minyak dan air. Minyak tidak pernah mahu bercampur baur dengan air. Minyak sentiasa berada di atas, air sentiasa berada di bawah. Biar juzuk minyak berpunya unsur -OH dalam formula kimianya, sama sepertinya -OH pada air, namun tetap keduanya saling memisah. Segelintir yang setara Kumpulan Pemikir Harapan biar mereka adalah juga manusia sepertinya orang Kampung, namun kemanusiaan mereka sangat berbeda. Tulisan saya ini, akan mengupas sedikit kehebatan orang Kampung dan bertapa silapnya mereka yang berjiwa seperti segelintir Kumpulan Harapan yang saya temukan khususnya dalam suasana politk semasa Negara kini.

(5) Kita sedar, masalah politik Negara kini adalah bilamana, pandangan umum sudah tidak dihargai, dan segelintir pemimpin seperti sudah terdesak untuk memaksakan fahaman mereka kepada Rakyat dan Negara. Pada tahun 2001 saya terlibat bersama pihak Universiti Kebangsaan Malaysia untuk membuat Kajian Sosialisasi Rakyat Sarawak  atas sebab kita merasakan ada perubahan cita rasa rakyat terhadap Kerajaan BN Sarawak pada masa itu. Yang jelas, perubahan cita rasa itu adalah berpunca dari pelbagai ketakserasian miss matched antara dasar, strategi dan projek Kerajaan dan keperluan dan cita-cita rakyat. Dalam bahasa mudah dapat saya katakan perubahan cita rasa tersebut bertitik tolak dari perubahan demografi rakyat. Kerajaan Sarawak pada masa itu tidak peka terhadap perubahan ini. Maka dalam kemelut politik sekarang, adalah suatu langkah yang sangat baik kini Kerajaan Malaysia sedang melakukan Kajian Khusus B40 dengan bantuan kepakaran Universiti Kebangsaan Malaysia. Biarpun kajian ini saya kira agak terlambat ie setidak-tidak 15-20 tahun terlambat, namun ianya masih akan sangat berguna. Golongan berpendidikan tinggi kini, sangat perlukan kajian-kajian seperti ini untuk menyakinkan cara kerja mereka. Namun bagi orang Kampung, tanpa kajian sebeginipun mereka jelas tentang masalah mereka dan tanggungjawab Kerajaan. Maka soalnya kini, bagaimana orang Kampung tahu masalah Negara dan bagaimana mengatasinya biarpun tanpa kajian ilmiah sedang seperti segelintir Kumpulan Pemikir Harapan ini mereka perlu segala-galanya harus ilmiah maka baru jelas akan hujah dan pandangan tersebut. Ibaratnya, dalam keadaan gelora, orang Kampung adalah jauhari mengenal manikam sedang para cerdik pandai terkapar-kapar tercari-cari dahan berpaut. Akibatnya, kita sedang mengundang keris sendiri menikan diri.

(6) Kalangan cerdik pandai di Negara ini, saya kira lantaran mereka merasakan orang Kampung adalah Kampung, maka mereka dipandang rendah. Biarpun sehingga kini, di kalangan yang ingin merobah arus perdana politik Negara, masih terus bersikap sebegitu. Paling dhaif saya nampak bairpun di kalangan Golongan Atasan mereka ini, juga bersikap sinis terhadap orang Kampung. Saya yakin mereka tahu kehebatan orang kampung, cuma mereka buta, tuli dan pekak untuk mengakuinya. Apakah mereka sombong-riak? Atau ataukah mereka bodoh sombong?

(7) Cuba fikir dan amati. Contohnya Mahathir telah melemparkan BR1M sebagai dedak. Pembaca harus ingat, saya pernah menulis tentang silapnya pemberian BR1M, namun saya tidak menangapi BR1M sebagai dedak. Dedak dalam bahasa sebenarnya, adalah sesuatu yang baik. Dedak adalah makanan haiwan. Dengan dedak haiwan-haiwan berkenaan boleh jadi gemuk dan menguntungkan. Namun bila dedak dikaitkan dengan manusia, ianya sangat menghina. Mahathir punya sebab tersendiri untuk mengatakan BR1M sebagai dedak. Kepada saya, Mahathir berbuat sebegitu adalah sebagai sifat strategis beliau. Keadaan yang memaksa Mahathir berkata sebegitu adalah sama dengan keadaan dulu-dulu di mana guru Al Quran sering menyebut murid-murid yang lembap tengkapan pelajarannya sebagai bebal dan atau bodoh. Dia hanya hendak mencabar, bukan menghina. Namun, bila sebutan dedak Mahathir terus dilaungkan oleh semua yang lain, maka itulah saya kira sebagai kesilapan besar. Apa lagi bila takrifan dedak BR1M telah berkembang ke segala macam batuan lain Kerajaan. Orang Kampung jika dilemparkan sebagai penerima dedak dengan sebab mereka menrima BR1M dan segala bantuan lainnya termasuk duit raya adalah suatu penghinaan. Bila orang yang harus kita menangi untuk menyokong kita, kita hina, pastinya mereka berjauh hati terhadap kita. BR1M bukan dedak. BR1M bagi orang Kampung adalah keperluan dan adalah hak mereka. Cuma Kerajaan membantu kehidupan terhimpit rakyat secara BR1M dan lain-lain bantuan yang ada adalah silap, tidak sama sekali bijak.

(8) Keduanya, Mahathir telah mengelompokan rasuah sebagai dedak. Dalam hubungan ini, betullah betapa rasuah itu dedak. Sebabnya dengan rasuah, dengan dedak, segelintir pemimpin yang ada, tidak kira di peringkat mana, kian mengendut mengeledut. Rasuah memang mengemukkan. Membuncitkan sebetulnya. Orang gendut kerana rasuah sikap mereka lain. Sikap mereka adalah terus rakus. Mereka tidak akan pernah puas. Samalah dengan masalah obesity. Kegemukan sangat terkait dengan himpuan lemak dalam badan. Lagi gemuk, lagi banyak lemak. Lagi banyak lemak, maka nafsu untuk makan dan minum tidak pernah puas lantaran tuntutan kepeluan bendalir lelemak yang terkumpul. Gendut kerana rasuah juga sama sifatnya. Sangat jarang yang suka meminta dan mengambil rasuah akan berpuas hati dengan apa yang telah mereka terima. Penerima rasuah dan hawa nafsu makan kalangan gendut adalah sama. Maka dalam prihal menerima rasuah sebagai pengambil dan pemakan dedak adalah sama dan saya akui benar, jika Mahathir hendak berkata sebegitu. Cuma silap besarnya, bila tanpa berfikir pengikut Mahathir mengelompokkan bantyuan-bantuan penting Kerajaan dan rasuah sebagai dedak adalah sangat-sangat silap. Politically a wrong terminology.

(9) Banyak lagi jika hendak saya kupas, betapa telah khilaf besarnya golongan yang hendak merubah Kerajaan jika mereka tidak mengenali kehebatan orang Kampung dan mereka terus berfikir dan bertindak mengikut nafsu untuk terus memandang rendah kepada orang Kampung. BR1M bukan dedak. Orang kampung tahau masalah mereka dan hak mereka. Dengan sebab itu BR1M mereka mesti terima dan ambil. Samalah bagi bantuan-bantuan lainya, sepertinya juga segelintir Kumpulan Pemikir Harapan terus-terus membeli minyak kenderaan secara bersubsidi. Jika mereka mendedakkan BR1M, dan sesiapa meneriam BR1M sebagai pemakan dedak, maka mereka yang membayar harga minyak, gula, tepung, beras dsb dengan harga subsidi adalah juga penerima dedak. Sesungguhnya, hujah golongan yang ingin merobah politik Negara kian dimainkan sebagai keris makan tuan. Sungguh sayang.

(10) Bagi saya BR1M, GST, 1MDB, B1M, KR1M, FGV, dan segala kelemahan dan salah silap yang sedang berlaku boleh diserang secara lebih bijaksana dan dengan lebih berkesan dengan cara lain. Saya yakin, kita menyerang bukan sekadar untuk serang dan menang serangan, namun kita serang untuk menang dan seterusnya berpunya akal yang jauh lebih hebat untuk melakukan yang benar dan betul. The Art of War, malah Samurai, apa lagi strategi SAW yang Allah wahyu dan ilhamkan kepadanya, adalah sangat strategik dan mengesankan. Semua itu saya perhati adalah berteraskan pemikiran yang halus dan mendalam. Pada waktu ini, pada saat ini, saya kira perperangan politik Negara sedang dibauri hebat oleh rasa dendam dan ingin membalas dendam, biar di pihak manapun. Hitung-hitung semua phak sedang terasak oleh kelam kelibut nafsu.  Akibatnya, tidak ada pihak yang sedang berfikir hebat mencari jalan segera dan jangka panjang untuk melepaskan Negara ke jalan yang lebih selamat dan bergaya. MasyaAllah. Nafsu dendam saya kira telah mengabui jiwa dan fikiran kita untuk mengikuti jalan hikmah. Apa lagi jika dibendung oleh nafsu oppotunist dan hasad.

(11) Selamat Tinggal 2016. Sila masuk 2017. Namun siang tetap siang, malam tetap malam selagi manusia tidak menjadi manusia sekehendakNya. Anih, Melayu kian hanyut dalam cara perjuangan berkiblatkan nafsu, dan Melayu juga terus hanya melihat Islam sekadar wajahnya sahaja, at face value. Sesungguhnya, contohnya keberadaan empat sahabat besar di sisi SAW bagi Melayu adalah sekadar biografi tanpa mahu mengerti mereka itu bukan sahabat SAW sekadar sahabat, tetapi adalah contoh strategis yang Allah berikan kepada SAW untuk berjaya dan jadi panduan ummah. Kelompok yang hendak merobah suasana politik Negara tidak beriktibarkan segala strategi yang Allah berikan kepada SAW untuk berjaya. SubhanaAllah.

Kuching, Sarawak
2 Disembar, 2016

0 comments :

Back To Top