.

1/11/16 KEBANGKITAN SISTEM DUA PARTI .....Mahathir pengerak kematangan berpolitik Negara? (DRAFT)

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - November 11, 2016

Share

& Comment

Jika kita masih ingat, salah satu dari sembilan matlamat utama W2020 adalah untuk mewujudkan sistem politik yang matang bagi Negara ini. Biarpun matlamat ini tidak dibicarakan secara meluas, berakibatkan ditengelami oleh matlamat-matalamat ekonomi dan sosial lainnya, namun dari rentetan kegawatan kewangan serantau pada 1997, keadaan tersebut sebetulnya telah mencetuskan kepada keperluan untuk rakyat Negara ini mengamalkan politik secara matang. Kita hakikatnya sedang menjalani proses kematangan berpolitik. Cuma anih, dari 1957 sehingga kini, tetap politik Melayu belum bersifat matang. Namun, apakah KPI bagi kematangan berpolitik? Jawaban paling mudah, adalah untuk apa tujuan khususnya Melayu berpolitik? Pasti di era sebelum kemerdekaan, politik Melayu adalah untuk kemerdekaan dan kedaulatan. Selepas merdeka, khususnya sehingga 1990, Melayu berpolitik agar sekurang-kurang 30 perastus kekayaan Negara adalah di tangan Melayu. Dari 1990-2020, politik Melayu menjurus kepada sembilan matlamat sebagaimana yang digariskan di dalam W2020. Namun jika kita renung ke belakang, kita akan dapati bahawa teras kepada matlamat politik Melayu belum tercapai. Biar pelbagai usaha telah diasakkan, namun tujuan politik Melayu belum tercapai. Kenapa?

(2) Saya melihat, kegagalan khususnya Melayu untuk mencapai gagasan politik luhur mereka iaitu menguasai sekurang-kurang 30 peratus kekayaan Negara belum dan sukar untuk dicapai lantaran cara kita berpolitik. Dalam usaha melaksanakan segala usaha untuk memartabatkan kecapaian kemerdekaan dan kedaulatan ekonomi Melayu, kita terlalu banyak berpolitik. Kenapa sebegitu sikap kita, semuanya adalah kerana kita tidak matang dalam berpolitik. Contohnya, untuk boleh berdagang menjual nasi lemakpun, tetap dipolitikkan. Apa lagi dalam penyediaan kemudahan peningkatan kemahiran dan jatidiri masyarakat Melayu, semuanya dipolitikkan. Pokoknya, kedhaifan politik Melayu adalah bila segalanya mereka politikkan. Inilah kedayusan, kedhaifan serta keburukan cara berpolitk Melayu.

(3) Ibaratnya, dalam sistem politik Melayu, samalah dengan tabiat pemakanan mereka. Selagi mereka belum makan nasi dan atau tidak makan nasi, maka mereka tidak akan pernah berasa kenyang dan atau puas makan.  Makanan ruji Melayu adalah nasi. Melayu mesti makan nasi. Biar nasi diubah menjadi nasi goreng, bubur, pulut, tapai atau apa saja, tetap nasi asli iaitu nasi putih juga akhirnya yang mereka cari. Melayu akan tetap mencari nasi putih lantaran nasi putihlah yang pertama-tama masuk ke mulut Melayu. Politik adalah nasi bagi Melayu. Malangnya, dalam berpolitik Melayu hanya kenal UMNO. Ruji politik Melayu adalah UMNO. Nasi politik Melayu adalah UMNO.  Dalam berpolitik, politik Melayu bermula dengan UMNO dan akhirnya tetap Melayu mencari UMNO kerana UMNO yang telah mengenyangkan mereka. UMNO bagi Melayu adalah segala-galanya. UMNO telah memerdekakan mereka. UMNO mengembalikan kedaulatan raja-raja mereka. UMNO merubah kehidupan mereka. Terlalu banyak jasa UMNO kepada Melayu. Itu, benar dan tepat. Cuma keadaannya sudah berbeza. UMNO kini kian berjasa tidak di jalan untuk memartabatkan tujuan politik Melayu, tetapi perjuangan UMNO sekarang adalah untuk memartabatkan segelintir Melayu.

(4) Selain UMNO, semuanya ibarat nasi goreng, nasi lemak, bubur, tapai yang kurang mengenyang dan memuaskan pemakanan Melayu. Nasi asli Melayu adalah UMNO. Melayu cukup taat kepada nasi. UMNO adalah nasi Melayu. Ketaatan Melayu kepada UMNO adalah ibarat setia mereka kepada nasi. Sayang, sifat ini, kini memakan diri sendiri. Segelintir pemimpin Melayu, menangguk sepuas peluang dari sifat setia Melayu kepada UMNO. Taat setia Melayu kepada UMNO telah sebahagian pemimpin mereka pergunakan sepenuhnya untuk berlaku onar kepada perjuangan politik Melayu. Melayu berpolitik untuk menikmati kehidupan sejahtera dan makmur. Kini, kesejahteraan dan kemakmuran kian menjauh dari Melayu lantaran sifat onar segelintir pemimpin mereka. Segelintir pemimpin UMNO telah memesongkan cara dan matlamat perjuangan UMNO. Politik UMNO pula  telah menular ke dalam Barisan Nasional. Kelompok-kelompok dalam BN telah terpesong dari tujuan asal mereka berkelompok. Sistem politik UMNO yang terpesong kian jauh menyimpang.

(5) Alhamdullillah. Allah mahapenyayang. Dia sayangkan Melayu. Melayu sedang binggung di atas kegagalan mereka. Namun perhitungan Allah saya kira lain. Melayu tidak boleh menerima kekalahan di atas kegagalan yang mereka sedang lalui. Buat saya, hakikatnya, Melayu sedang Allah guncangi. Ibarat Melayu sedang kelemasan, maka Melayu sedang Allah guncangi agar mereka kembali bernafas dan celik. Ketidak matangan berpolitik Melayu telah menyebabkan kita terhempap badai tsunami kewangan serantau pada 1997. Namun, kegawatan kewangan serantau 1997, telah Mahathir pergunakan sepenuhnya untuk mengarap seluruh pemikiran rakyat, kelompok-kelompok politik, dan para professional untuk bersatu mempertahankan segala usaha dalam membina kemakmuran Negara. Allah buktikan dengan kebulatan tekad, Melayu tetap kental menuju kemenangan. Namun, dari kejayaan itu, perhitungan politik kita juga terus belum matang. Saya berkira, dengan kejayaan kita mengekang kegawatan kewangan 1997-1999, kita mulai riak berfahaman bahawa kejayaan itu adalah kejayaan UMNO-BN ie kejayaan hasil perjuangan Melayu. Melayu mengalih kejayaan perjuangan kepada diri mereka sedang yang menjayakan kejayaan itu adalah Negara. Allah menjayakan kita, untuk semua bukan sekadar untuk Melayu dan diraikan oleh Melayu. Saya yakin berakibatkan kekhilafan itu, maka Allah terus menguji kita. Ujian Allah bertali arus, lantaran saya berkira telah ada agenda besar Allah di depan sana untuk Melayu garap. Cuma akibat dari kegelinciran kita dalam berpolitik terutama dengan pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998 sebagai TPM dan TP UMNO, akhirnya membawa kepada perletakkan jawatan Mahathir pada 2003 yang sehingga kini terus memberikan kesan yang tidak baik kepada pembinaan Negara. Banyak pihak pasti telah dan akan terus berkata, jikalah setelah Mahathir berhenti, dia terus bersara dan tidak campur tangan dalam urusan politik Negara, pasti kemelut kini tidak akan terjadi dan berterusan. Saya dalam apa juga keadaan tidak bersetuju dengan pendapat sebegini. Paling mudah, cuba lihat ke dalam UMNO sendiri, contohnya, Husein Onn selepas bersara, dia mengasingkan diri dari UMNO, namun tetap pergolakan politik UMNO terjadi dan terus berlaku dengan hadirnya dua sosok Rezaligh Hamzah dan Musa Hitam. Bahkan UMNO telah bergolak sejak di zaman Onn Jaafar lagi. Maksudnya, pergolakan politik tidak akan pernah terhenti dalam keadaan apapun. Bagi saya, politik telah menjadi darah daging Mahathir, mustahil dia dapat membebaskan dirinya dari politik. Politik juga adalah darah daging dan nasi Melayu, cuma ianya tidak pada jalan matang.

(6) Maka benarlah matlamat kematangan berpolitik telah menjadi sasaran W2020, ianya belum tercapai, dan ianya harus mendapat perhatian berat dan bersungguh-sungguh rakyat dan Negara ini lantaran politik tidak matang boleh menghacurkan segala. Di Asia Barat, kehancuran rantau itu lantaran selama merdeka, rakyatnya tidak pernah menikmati proses kematangan berpolitik, mereka menyerah hidup dan kehidupan mereka pada jalan politik patronization. Ibarat anak yang terus dari lahir sehingga dewasa kekal dimanja, anak itu tidak akan pernah matang untuk berdikari. Alam Melayu juga sedang mengalami keadaan yang sama, sejak merdeka sehingga kini. Politik UMNO, politik BN adalah politk patronism, politik memanjakan Melayu. UMNO dan BN tidak memperkasakan Melayu, tetapi memanjakan Melayu.  Juga, sifat hasad sangat berleluasa dalam politik Melayu. Lantaran hasad, dendam Melayu sesama Melayu sukar luput, maka selain patronism politik Melayu penuh dengan peminggiran-penindasan. Patronism dan victimization adalah mainan politik Melayu. Kedua-duanya adalah pertanda ketidak matangan politik Melayu dan semua itu pasti membawa Melayu ke jalan kemusnahan.

(7) Kini, akibat desakan untuk memanjakan Melayu, Negara sedang berdepan dengan masalah 1MBD, FGV dan kemungkinan kerana keduanya itu, boleh mengheret Tabung Haji juga ke kancah permasalahan kewangan. Allah mahabijaksana, sebelum keadaan menjadi parah, segalanya terbongkar agar Melayu sadar betapa mereka harus beralih kepada kematangan berpolitik. Kehadiran Najib dan Mahathir, kedua-duanya berpunya cara tersendiri dalam membela Melayu dan membina Negara, harus dijadikan bahan kajian dan penelitian segera dalam proses Melayu untuk matang dalam berpolitik. Pepatah Melayu mengalas biawak hidup harus jangan Melayu jadikan sandaran dalam berpolitik. Begitu juga, jangan sekali-kali kita membenarkan dan menyuburkan keadaan pucuk dicinta ulam mendatang dan apa lagi alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan yang akhirnya Melayu berputih mata menjadi keadaan yang boleh merosakkkan Melayu.

(8) Jika kita mengambil iktibar dari kehadiran para nabi dan rasul, setakat yang saya baca dan dengar, biasanya tidak wujud dua nabi dan atau rasul pada sesuatu masa dan tempat secara serentak. Nabi dan atau rasul baru akan hanya muncul setelah nabi dan atau rasul yang ada mati. Memang ada cerita Musa ada bersama Hidir pada suatu tempat pada ketika yang sama. Cuma keperluan bersama itu adalah untuk saling memperkuatkan dan tidak pada tugas yang berbeda-beda. Apakah maksud Allah berbuat sebegitu? Kepada saya, nabi dan atau rasul Allah membawa satu pengajaran iaitu Adeen Allah. Kehadiran setiap seorang darinya adalah sebagai penyambung kepada yang terdahulu. Di dalam Al Quran jelas diperkatakan bahawa nabi dan atau rasul terkemudian membenarkan apa yang nabi dan atau rasul terdahulu lakukan dan mengembangkan ke segala perkara-perkara yang sudah ada dan baharu. Allah Mahabijaksana, sangat jarang menghadirkan nabi dan atau rasul dalam tempat dan masa yang sama, adalah untuk mengelakkan kemungkinan pertelingkahan antara mereka dan jika perlu mereka bersama, ianya adalah sebagai pedoman bahawa mereka hadir untuk saling memperkuatkan pada perjuangan yang sama. Nabi dan atau rasul, jika wujud bersama, mereka tidak untuk bertelingkah tetapi untuk saling membenarkan.

(9) Maka jika disorot dari hubungan politik Negara masa kini, kehadiran Mahathir serta sikap tidak mengundur dia dengan perjuangannya yang belum selesai harus sudah dapat difahami. Siapapun nabi dan atau rasul terdahulu, pembawaannya adalah Adeen Islam. Siapapun nabi dan atau rasul sesudahnya, juga pembawaannya adalah Adeen Islam. Cuma bedanya, Adeen Islam bawaan para nabi dan rasul datangnya dari Allah, sedang politik manusia adalah ciptaan manusia. Selagi penciptanya hidup, maka pastinya dia ingin menyaksikan ideologi poltik yang dia asas dan ciptakan terus terlaksana sebagaimana ianya telah dipersetujui. Kedudukan fahaman dan peranan politik Mahathir juga serupa. Apa lagi Abdullah Badawi dan Najib Razak, kedua-duanya adalah sezaman dan hadir semasa W2020 dibentang dan dipaksakan sebagai agenda politik Negara. Maka kemungkiran Abdullah dan Najib untuk tidak melaksanakan apa yang mereka telah sama-sama persetujui dan perjuangkan saya kira buat Mahathir, itu adalah berupa suatu pengkhianatan di atas kerja berpasukan yang sama-sama telah mereka persetujui. Mahathir terus giat dalam arena politik Negara kerana dia ingin terus menyumbang kepada pencapaian cita-cita dan matlamat W2020. W2020 bukan digubal dan dipaksakan untuk Mahathir, tetapi untuk Negara, Bangsa dan Agama. Kecapaian W2020 adalah terlalu penting bagi Mahathir sebagai sumbangan besar dia dalam membina Negara, Bangsa dan Agama ini bertaraf dunia. Saat W2020 mulai dia lihat dipinggirkan, maka di situlah mulanya dia mengambil sikap cuba mengheret Abdullah dan Najib untuk kembali ke W2020. Cuma malang bila sebegitu sikap Mahathir, maka Abdullah dan Najib mengambil sikap please release me, let me go. Maka kini kita sedang berpilih-pilih dan ada yang bingung untuk menikmati nyanyian My Way dan atau Please Release Me. Bagi saya, keadaan kini adalah kerana Allah sedang menguji kita, apakah kita mahu menggunakan mukjizat akal fikiran untuk menerpa berjaya ke depan?

(10)  Politik Melayu, khususnya saya kira mengalami keadaan mantap bagi tempoh selepas dari perletakkan jawatan Onn Jaafar sehinggalah kepada era pemeritahan Mahathir. Kemenangan untuk mengatasi kecelaruan Mei 13, 1969 adalah bukti kukuh keutuhan politik Melayu di era itu. Jika kita lihat, dari sejak kegawatan perletakkan jawatan Onn Jaafar, kemudian Tunku Abdul Rahman, lalu Husein Onn, tidak banyak keributan yang terlalu mengugat usaha-usaha pembinaan Negara berlaku. Presiden dan Perdana Menteri yang ada terus dapat menjalankan tugas mereka secara baik dan dengan sokongan yang mantap. Keadaan ini berlangsung sehingga ke Mahathir. Kenapa? Kalau kita ingat, Onn Jaafar selepas meletakaan jawatan, dia terus memberontak. Tetapi UMNO tetap padu. Bila Tunku letak jawatan, UMNO juga terus padu. Samalah bila Husien Onn letak jawatan, UMNO terus padu. Biar pergolakkan terus ada, namun semua dapat di atasi oleh Presiden dan Perdana Menteri. Kenapa? Kepada saya, apapun isu dan pergolakkan masa itu, ianya lebih menjurus kepada masalah dalaman UMNO. Bila ianya adalah berkaitan dengan masalah dalaman UMNO, maka UMNO biasanya mudah mengatasi permasalahannya. Tetapi berbeda selepas Mahathir meletak jawatan. Sepertinya selagi Mahathir belum mati, politik Melayu Malaya khususnya terus bergolak. Kenapa? Adakah Mahathir puncanya, atau apa?

(11) Di dalam pemilihan Presiden Amerika 2016, sehingga beberapa hari sebelum pilihanraya, Hillary Clinton telah diduga akan menang besar. Namun, di saat undian diumumkan pada 9 Nov., 2016, Donald Trump memberikan keputusan yang sangat mengejutkan. Banyak pihak tertanya-tanya kenapa? Di US sendiri, ramai kian meneliti kajian-kajian yang telah dibuat, yang selama ini sangat boleh dipercayai, tetapi terbukti kini sudah jadi lain. Kepada saya, hakikatnya,  inilah pentingnya sikap politik matang. US adalah Negara demokrasi pertama dan tertua dunia. Demokrasi modern dipelopori dan terus dikembang dan dipertahankan oleh Amerika. Biarpun British, penjajah Amerika, perlu tunduk kepada sistem demokrasi Amerika. Sebegitulah hebatnya Negara itu, kebijaksanaan dan kematangan berpolitik khususnya puak Anglo dan Yahudi, menjadikan Amerika kekal sebagai Police of the World di bidang politik demokrasi. Semuanya kerana kepentingan ekonomi kapitalis tulin dua bangsa utama ini.

(12) Kewujudan demokrasi di Amerika adalah atas kehendak Allah. Di dalam perjalanan pembentukan demokrasi, Amerika terpaksa menjalani jalan getir. Pertama-tama, mereka adalah pendurhaka di negara asal mereka di Eropah. Mereka adalah penentang feudalisma dan Khatolik. Mereka hidup mulanya sebagai perampok dan Protestant. Kaum pribumi Red Indian mereka rayah parah. Mereka kemudian mendirikan budaya hidup yang sangat lain dari budaya hidup di tanah tumpah darah mereka di Sepanyol, Portugis, Belanda, Peranchis, Itali dan British. Mereka ingin hidup bebas dari pengaruh tanah tumpah darah mereka. Mereka memilih politik sistem demokrasi berbanding feudal. Mereka memilih jalan keagamaan Protestant dari Khatolik. Pokoknya, manusia seperti George Washington, menggunakan akal fikiran untuk mengkaji jalan dan nilai-nilai terbaik buat kelompok yang menduduki Dunia Baru yang berupa para pengungsi dari benua kolot Eropah.

(13) Dalam dunia politik Melayu Malaya, perkiraan banyak masih menumpu prihal dalaman. Kegawatan ekonomi semasa yang Negara sedang hadapi, hanya dilihat sebagai permasalahan yang UMNO-BN boleh tangani. Melayu Malaya, saya kira masih di tahap precedence. Jika dulu kita pernah ada masalah, dan kita boleh atasi, maka kini sebesar manapun masalah itu, pasti juga kita boleh atasi. Hujah sebegini ada benar dan ada bohongannya. Memang benar, jika kita bekerja keras, In Shaa Allah apapun boleh kita selesaikan. Soal pokoknya kini, adalah tangan-tangan yang menyelesaikannya. Untuk itu cuba kita lihat dua senario yang telah Allah sediakan. Pertama-tama bagaimana Yahudi Allah layani melalui Yusuf berbanding melalui Musa, Daud dan Sulaiman. Keduanya, juga cuba lihat, bagaimana Islam berkembang. Dari Adam sehingga Muhammad SAW, penurunan Islam seperti berputus-putus sehingga Adeen Allah menjadi beberapa bentuk iaitu Animisma, Agama Budaya, Yahudi, Nasrani dan akhirnya Islam yang Allah muktamadkan.

(13) Semasa Yusuf, Yahudi adalah keluarga pelarian miskin kelaparan. Yusuf tidak menangi masalah keluarganya khusus secara dalaman. Yusuf dengan kebijaksanaannya membantu Firaun mengurus Negara. Bila Negara terurus baik, maka rakyat termasuk keluarganya sendiri terjaga baik. Maka di zaman Yusuf, keluarganya terus kembang menjadi bangsa Yahudi yang besar di bumi Mesir yang makmur. Namun entah berapa ratus tahun kemudian, bila di tangan Musa, Daud dan Sulaiman, atas mahabijaksana Allah untuk pedoman kita kini, para nabi dan rasul Yahudi sekepas Yusuf membela bangsa Yahudi secara dalaman. Yahudi dengan segala mukjizat yang ada pada Musa, Daud dan Sulaiman menjadi bangsa yang ditatang bagai minyak yang penuh. Akhirnya mereka menjadi bangsa bangsat selepas kematian Sulaiman. Inilah dua bentuk politik kaum dan bangsa Yahudi yang Allah ingin kita lihat dan ambil iktibar.

(14) Islam telah ada biar sebelum wujudnya Adam. Islam telah mengatur para setan dan malaikan dalam urusan-urusan mereka. Sebelum penciptaan manusia, kedua-dua setan dan malaikat sangat patuh kepada Allah. Namun saat manusia tercipta, biar malaikat sekalipun agak curiga tentang keperluan akan penciptaan manusia. Namun setan, sikapnya 180 darjah berbeda. Setan sangat menentang kehadiran manusia. Biar setan paling benci kepada manusia, namun setan paling hebat boleh membujuk manusia untuk memilih jalan kiri. Sedang malaikat, sikapnya hanyalah patuh pada jalan yang Allah mahukan dia perbuat. Tidak lebih, tidak kurang. Pokoknya, sebegitulah cara Allah. Dia sering mengadakan pasangan bagi apapun yang Dia ciptakan. Api akan padam kerana air. Gunung pasti akan ada bersama lembah dengan sungai berliku-liku. Namun manusia, bukanlah pasangannya setan atau malaikat. Manusia, Allah jadikan paling istimewa lantaran mereka berpunya otak untuk berfikir serta hati untuk bernafsu. Namun martabat ulung manusia adalah pada jalan fikirnya. Kini dalam politik Melayu, kita ada Najib dan Mahathir.

(15) Hebatnya Najib, biar telah diserang hebat, namun dia tetap dapat berpegang teguh ke kuasaannya bersama UMNO dan seluruh rakan BNnya. Bahkan Najib juga akan dapat membawa PAS untuk bersamanya. Sebegitu juga Mahathir. Kebosanannya mendokong Najib, membawa dia untuk menyatukan semua musuhnya, kecuali PAS. Kini politik Negara jelas terbahagi dua. Kedua-dua dipimpin oleh pemimpin besar. Maka hakikatnya, terpulang kepada kebijaksanaan akal fikiran Melayu untuk menganalisa kekuatan mereka berdua lalu mengambil sikap ke manakah mereka harus berhimpun. Allah sebegitulah Dia menjadikan segala, ada hitam maka ada putih. Syukur, keberadaan Mahathir terus mewarnai politik Negara sebagai suatu proses untuk kita matang berfikir jalan politik yang harus kita tujangi.

(16) Melayu harus hijrah dari taksub pada jalan politik kesetiaan malar, kepada jalan politik berteraskan penganalisaan teliti. Masa depan Melayu dan Negara harus dijadikan keutamaan dari kepenting sendiri apa lagi kelompok kecil.


Sg. Petani, Kedah
11 Nov., 2016 

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.