.

1/10/16 JANGAN URUS MELAYU CARA SULAIMAN URUS YAHUDI..... ikut cara saja Yusuf

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - October 25, 2016

Share

& Comment

Kalau kita teliti membaca Al Quran, akan kita dapati tidak banyak para nabi dan rasul yang menjadi Raja apa lagi Maharaja bagi kaumnya. Daud, Sulaiman dan SAW adalah di antara yang jelas Allah angkat bukan sekadar seorang nabi dan rasul, tetapi juga adalah pemimpin iaitu kira-kira Raja, Maharaja bahkan Presiden jika disorot mengikut penilaian kini. Kebanyakan nabi dan rasul adalah sekadar nabi dan rasul di negara-negara dan atau wiliyah yang telah ada pemerintahnya. Mereka sekadar pendakwah seperti Isa AS.

(2) Nabi Daud atau lebih dikenali sebagai King David dalam Injil juga di kalangan masyarakat Yahudi adalah seorang yang sangat hebat. Dia Allah angkat jadi hebat lantaran Yahudi adalah kaum lemah di kalangan masyarakat semasa yang agak ganas. Kaum Canaan umpamanya amat suka memerangi Yahudi di zamannya. Persenjataan perang berbentuk besi adalah ilmu Allah turunkan kepada beliau. Begitu juga Negara Yahudi pada masa itu adalah miskin. Tanpa pertolongan hebat dari Allah, bangsa Yahudi pasti akan dirayah oleh kabilah-kabilah di sekeliling mereka. Allah mendatangkan seorang Nabi, Rasul dan Raja yang sangat kuat bagi memimpin kaum Yahudi untuk dapat menghadapi segala kesulitan yang mereka terpaksa harungi. Sebegitulah Allah menjaga Ummahnya selagi mereka mahu berIman. Yahudi di masa Daud adalah kaum yang bertuhankan Ellah iaitu Allah.

(3) Daud sedar, di saat tuanya, betapa kaum Yahudi akan terus terancam. Maka dia berdoa kepada Allah agar raja yang memerintah Yahiudi selepasnya harus jauh lebih hebat dari beliau. Allah makbulkan kehendaknya, lalu Sulaiman iaitu anaknya sendiri juga menjadi nabi, rasul dan akhirnya Allah jadikan raja bagi kaum Yahudi. Sulaiman dalam Injil juga di kalangan Yahudi lebih dikenali sebagai King Solomon. Sulaiman adalah nabi, rasul dan raja yang sangat hebat. Api, angin, air, jin, binatang dsb tunduk kepada beliau. Dia seolah-olah boleh menggunakan seisi alam untuk memenuhi tugas kempimpinan beliau. Beliau benar-benar seorang raja yang berkuasa. Magical sebenarnya. Paling hebat dalam penceritaan tentang Sulaiman adalah kemampuan dia memerintahkan jin untuk memindahkan Istana Balqis ke Palestin demi menundukkan raja Balqis Yaman yang gah tidak mahu tunduk kepada kudrat Allah swt. Lantaran kuasa serta kehebatan mukjizat milik Sulaiman, dia mampu mengadakan apa saja buat kaum Yahudi. Segala-gala keperluan Yahudi dia boleh adakan tanpa sebarang kesulitan. Allah benar-benar menunaikan permintaan Daud dan Sulaiman demi mempertahankan Iman Yahudi.

(4) Sesungguhnya Yahudi di zaman Daud dan Sulaiman, bukanlah susah sangat. Para kaum di sekeliling merekapun berada dalam keadaan yang sama. Negara Palestin pada masa itu tetap wilayah gersang yang tidak bersahabat dengan sesiapapun. Cuma, bedanya, Yahudi adalah kaum pemalas dan degil. Yahudi sifat mereka adalah suka berjual beli tentang Iman. Mereka menuntut, jika Allah mahukan mereka berIman kepadaNya, maka mereka harus Allah pelihara secukupnya. Sifat mereka hakikatnya adalah pemalas. Kerana pemalas mereka juga jadi penakut. Mereka takut berperang dengan puak Canaan contohnya. Mereka suka menjadikan Iman sebagai bahan dagangan. Mereka bersikap berdagang dengan Allah untuk berIman. Maka atas urusan jual beli Iman itulah, mereka berpunya Musa, Daud dan Sulaiman yang sangat memanjakan mereka.  Demi agar berIman kepada Allah, Yahudi perlu ditatang bagai minyak yang penuh.

(5) Kaum Yahudi adalah dari keturunan nabi Yaakub. Yaakub adalah anak kepada Ishak AS. Yaakub punya empat isteri, dua berupa adik beradik dan dua lagi adalah pembantu kepada isteri-isteri adik-beradik tersebut. Isteri pertama beliau melahirkan enam anak lelaki dan seorang anak perempuan. Dari para isteri dari pembantu, Yakub memperolehi empat lagi anak lelaki. Isteri Yakub ke tiga iaitu adik kepada isteri pertama melahirkan Yusuf dan Boyamin. Yakub dalam sejarah Yahudi kemudian dinamakan Israel. Dari 12 anak-anak lelaki beliau, maka lahirlah 12 kabilah Yahudi. Keluarga ini asalnya adalah penduduk wilayah Canaan, Palestin. Seperti sejarah kebiasaan manusia dulu-dulu yang penuh hasad dengki, Yusuf akhirnya dihumban oleh para adik beradik tuannya ke perigi mati, namun dengan pertolongan Allah beliau kemudian ditemui oleh pedagang lalu kemudian dijual sebagai hamba di Mesir. Takdir menjadikan Yusuf terjual kepada Ketua Pengawal Firaun. Dari situ kemudian darjat Yusuf meningkat sehingga menjadi Wazir kepada Firaun. Yusuf dalam Injil dikenali sebagai Joseph. Sebagai wazir, Yusuf akhirnya dapat mempengaruhi Firaun tentang cara mengurus Negara terutama dalam menjangka dan mempersiapkan Mesir tentang kemungkinan musibah tujuh tahun kegersangan. Dari nasihat Yusuf, Mesir Firaun tukar menjadi Negara yang aman makmur serta rakyat yang terarah tujuan hidup mereka. Keluarga Yusuf iaitu mereka 13 bersaudara kemudian mendapat nikmat dari kebijaksanaan Yusuf dan keluarga ini terus berkembang menjadi kabilah-kabilah tersendiri yang ramai penduduknya. Yahudi selepas Yusuf adalah masyarakat terhormat di Mesir dan mereka menjadi pedagang yang hebat. Namun khilafnya, mereka kemudian menjadi penduduk yang kendiri serta mulai menunjukkan sikap lintah darat. Apa lagi pada masa itu Mesir sudah terlalu gah, dan Firuan yang terkini sudah mulai menganggap dirinya sebagai Tuhan. Amalan Yahudi pada masa itu sangat bertentangan dari rakyat Mesir asal iaitu mereka bertuhankan Ellah yang Tunggal sedang rakyat Mesir lain mulai menyembah Firaun. Pertentangan ini akhirnya menyebabkan Firaun mengambil pendirian untuk memusnahkan bangsa Yahudi.

(6) Sesungguhnya, jika kita melihat dua watak rasul besar Yahudi iaitu Yusuf dan Sulaiman, sesungguhnya Allah Mahabijaksana meletakkan keduanya dalam kelopmpok masyarakat yang sama punya muslihat atau hikmah yang sangat luas untuk kita fahami. Allah punya tujuan jangka panjang berbuat sedemikian. Jika dilihat dari methodology kini, iaitu Allah sengaja mejadikan contoh dua corak kepimpinan yang berbeda pada satu masyarakat yang sama. Two experiments in one control conditions. Dari sudut methodology ujikaji sosial, Allah seperti menjadikan bangsa Yahudi sebagai control environment sedang yang berubah adalah cara kepimpinan. Dari Yusuf kita lihat kempimpinannya adalah berasaskan mukjizat akal. Yusuf memperkuatkan keImanqan serta kemakmuran Yahudi lewat jalan akal yang sihat. Yusuf menjadikan bangsa Yahudi mandiri. Sedang pada Musa, Daud dan Sulaiman, kempimpinan adalah berteraskan mukjizat magical. Dengan kuasa magical pada Musa, Daud dan Sulaiman, Iman dan kemakmuran Yahudi dipertahankan. Allah saya menduga seperti mahu menunjukkan bagaimana Iman harus dipertahankan iatu lewat akal dan atau kebendaan magical. Ternyata, Yusuf lewat akal dapat menjadikan Yahudi dari asalnya hanya berjumlah 18 orang iaitu dari lima orang-orang tuanya serta 13 adik beradiknya, mampu berkembang sehingga boleh mengoyahkan bangsa Mesir. Sedang ratusan ribu Yahudi selepas Yusuf, dengan mukjizat magical Musa, Daud dan Sulaiman hanya menjadikan bangsa Yahudi hancur dan hilang keImanan mereka. Kuasa magical Musa, Daud dan Sulaiman menjadikan Yahudi jadi bangsa malas dan pengecut.

(7) Pengecualian, caveat Allah juga harus kita sadari dalam sejarah Mesir, Yusuf dan Yahudi. Mesir lewat nasihat Yusuf bangkit gagah. Firaun menafaat baik akal waras Yusuf. Mesir dan Yahudi bangkit gagah bersama akal waras Yusuf. Dalam prihal selanjutnya, Allah menjadikan Yahudi berIman kepadanya, dan mereka Dia pelihara sehingga ke zaman Sulaiman. Sedang Firaun, dan Mesir, biar mereka bangkit gagah, Allah jadikan mereka tidak berIman. Pada padangan saya, Allah telah menunjukkan dua keputusan jelas dalam dua ujikajiNya, pertama Yahudi, kedua Mesir. Mesir gagah bila menggunakan akal. Namun akal tanpa Iman, juga meruntuhkan Mesir akhirnya. Di pihak Yahudi pula, Allah terang-terang menunjukkan akal yang waras dengan Iman yang kental, pasti Dia sentiasa membantu. Inilah apa yang Yahudi alami di zaman Yusuf, Musa, Daud dan Sulaiman. Namun selepas Sulaiman, Yahudi lantaran tidak mahu menjadikan nikmat Allah kepada mereka untuk menjadi bangsa rajin dan berani, sebaliknya mereka jadi pengecut dan pemalas, maka Iman dan kemakmuran mereka kemudiannya musnah juga. Pada bangsa Yahudi, selepas Sulaiman, Allah sudah tidak betah untuk melayani sikap memperdagangankan Iman. Pada hari ini, bangkit Yahudi Zionis untuk menjaga Yahudi kolot yang lahir sebagai rabi-rabi agung mereka. Inilah teladan mereka yang berIman tetapi pemalas dan pengecut. Bagi saya, para rabi Yahudi adalah living proof yang Allah ingin Umat Melayu Islam perhati betul-betul tentang khilaf dan salahnya bila suka memperdagangkan Iman dan ketaatan.

(8) Cuba lihat dalam-dalam, jauh-jauh, tidakkah bangsa Melayu sekarang sedang menjadi pemalas dan pengecut lantaran limpahan magical kebendaan?

(9) Allah SubhannaAllah mahakebijaksaanNya melampaui zaman dan keadaan meletakkan perjalanan sejarah Yahudi dan Mesir sebagai pedoman untuk penilainan kita. Kita di Malaysia ini, khususnya orang-orang Melayu Kerajaan tatang bagai minyak yang penuh sejak sekian lama (1957 dan 1963), manun sehingga kini kita belum boleh mandiri bahkan Iman kita mudah goyah. Melayu telah memilih jalan Sulaiman dalam mengurus kebajikan bangsa ini, dan akhirnya kita kian melihat Melayu tercorot dalam segala bidang, apa lagi Iman. Iman Melayu kian goyah, dan ini terbukti dari segala gejala sosial yang Melayu sedang hadapi. Paling memalukan Melayu paling banyak terlibat dalam rasuah serta perkara-perkara yang merosakkan bangsa. Melayu saya lihat kian jadi pengecut untuk berdiri di landasan yang betul dan benar berteraskan Islam. Melayu kian menjadi Mesir di zaman Firaun. Rezeki kian Melayu lihat bukan datang dari Allah tetapi yang mengurus Melayu. Iman dan kesetiaan Melayu kian jadi bahan dagangan.

(9) Bilakah agaknya Melayu boleh membaca dan menilai isi Al Quran sepertinya maksud dan kehendak sebenar Allah swt? Melayu membaca Al Quran bukan untuk mendapat akal yang bersih menyuburkan ilmu kekhalifahan, tetapi Melayu membaca Al Quran sekadar untuk memuaskan nafsu kendiri masing-masing.

Kuching, Sarawak
25 Oct., 2016

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.