(Negara) dari sifat feudalnya secara rasmi melewati proses demokrasi iaitu pengalaman pilihanraya umum (PR1) adalah pada 25 Julai, 1955. Masa itu Malaysia belum wujud, yang wujud adalah Persekutuan Tanah Melayu atau lebih dikenali sebagai Malaya. UMNO, MCA, MIC di bawah Perikatan dan PAS (dalam bentuk PMIP) telah wujud pada masa itu, dan 51 dari 52 kerusi telah dimenangi oleh Perikatan. Tongak perjuangan politik dewasa itulah adalah untuk mencapai kemerdekaan. Kemudian selepas mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Malaya mengadakan PR2 pada 1959 di mana kerusi Parlimen telah ditambah menjadi 104 kesemuanya. Dalam PR2, Perikatan menang 74 kerusi, PAS 13 dan selebihnya parti bebas dan pembangkang lainnya. Parti Sosialis (8 kerusi) dan PAS adalah tunggak pembangkang, biarpun mereka tidak sehaluan. Pada waktu itu, perjuangan dalam soal-soal agihan ekonomi Negara dan ketuanan Melayu dan Islam menjadi tumpuan. Kemudian selepas terbentuknya Malaysia pada 16 Septembar, 1963, PRU1 telah diadakan pada 1964 tanpa penglibatan Sabah dan Sarawak.
(2) PRU1 pada 1964 merupakan titik tolak kepada pergolakan panjang politik perkauman di Negara ini. Dalam PRU1 Perikatan telah memperolehi 89 dari 104 kerusi, sedangkan pembangkang turun dari 30 ke 15 kerusi sahaja. Namun begitu, undi popular pembangkang menjangkau ke 41.5 peratus. Pada 10 Mei, 1969, telah diadakan PRU2 yang melibatkan semua wilayah di Malaysia ie Malaya, Sabah dan Sarawak. Kerusi Parlimen ditambah dari 104 ke 144. Dalam PRU2 ini, Perikatan memperolehi 95 kerusi iaitu kurang 75 peratus untuk meneruskan pemerintahan secara majoriti. Malangnya undi popular Perikatan juga telah merosot ke hanya 49.5 peratus. Parti pembangkang memenangi 49 kerusi dengan undi popular sebanyak 50.7 peratus. DAP menang 13, Gerakan 8 dan PAS 12 kerusi. Gabungan DAP dan Gerakan terserlah mengunguli Pakatan Pembangkang pada masa itu. Politik pada masa itu adalah bersifat won but lost, lost but won. Dan pastinya ini menjadi api yang terbakar hebat bila semasa kempen DAP dan Gerakan sebagai pembangkang (kepada MCA dan MIC) mahukan kesamarataan hak bagi rakyat Malaysia dengan tidak bersetuju terhadap soal-soal keistimewaan Melayu seperti yang ada dalam perlembagaan Negara. Gerakan dan DAP mahukan kesamarataan dalam Persekutuan Malaysia. Itu Melayu (UMNO) tidak boleh terima. Dalam masa yang sama, PAS tidak mahu Malaysia yang sekular. PAS mahu Malaysia atau setidak-tidak Malaya yang Islamis. Hakikatnya pada masa itu, boleh saya katakan DAP dan Gerakan adalah pembangkang kepada MCA dan MIC yang membawa kefahaman berkebangngsaan sempit sedang PAS adalah pembangkang kepada UMNO sekular. Paling parah bilamana, kejayaan Gerakan dan DAP di kerusi-kerusi bandar khususnya di Kuala Lumpur telah diraikan secara perarakan jalanan yang meliar menjadi pertunjukan memperlekehkan Perikatan. Akibatnya Melayu terluka, Melayu merasa terancam. Rusuhan Mei, 13, 1969 tercetus lantaran keadaan retak menanti belah terleraikan.
(3) Hakikatnya, saya yakin pada masa itu UMNO telah salah mengerti konsep kesamarataan bawaan Gerakan dan DAP serta MCA dan MIC (bahkan UMNO) tidak pula faham mengenai Islam bawaan PAS. Paling tidak konsep kesamarataan dan Islami bawaan pembangkang pada masa itu mungkin belum terurai jelas sehingga banyak kecurigaan timbul darinya.
(4) Hakikatnya, pada saya, rusuhan Mei 13, 1969 serta rentetan prasangka perkauman dan apalagi struktur sosio-ekonomi berteraskan dualisma perkauman sehingga kini adalah berpaksi kepada pemikiran kita yang terus kusut lantaran disogok-asak dengan segala dakyah jahat yang berterusan. Dari 16 Septembar, 1963 sehingga kini, kita seperti tidak punya keberanian untuk kembali menyemak Perlembagaan Negara bagi mewujudkan keadaan di mana Negara dan Rakyat terus subur sepakat berpaksikan nilai-nilai murni semua Agama yang dianuti oleh rakyat Negara ini. Sayang, Amerika adalah teladan Dunia Maju, dan ramai di antara kita pernah ke sana, bahkan taksub kepada kehebatan Negara itu, namun kita buta, tuli, dan pekak dalam menilai keluhuran nilai mereka dalam mengarap nilai-nilai keagamaan Nasrani, Yahudi, dan Islam untuk menjadi asas Perlembangaan Negara mereka. " Between 1776 and 1789, the United States emerged as an independent country, creating and ratifying its new constitution, and establishing its national government. In order to assert their traditional rights, American Patriots seized control of the colonies and launched a war for independence. The Americans declared independence on July 4, 1776, proclaiming "all men are created equal." Congress raised the Continental Army under the command of General George Washington, forged a military alliance with France, and captured the two main British invasion armies. Nationalists replaced the governing Articles of Confederation to strengthen the federal government's powers of defense and taxation with the Constitution of the United States in 1789, still in effect today.".
(5) Hakikatnya, biar kita berpunya cita-cita besar, saya dengan berani mengatakan bahawa Melayu, Cina, India, Dayak dan Kedazan-Dusun di Negara ini masih bacul untuk duduk bersama secara hemah untuk menyemak dan seterusnya menyusun Perlembangaan Negara yang boleh menjana Kesuburan Hidup Bersama di bumi Allah ini. Siapakah yang bakal berpunya sikap George Washington untuk membawa Negara ke landasan hebat untuk semua? Namun biarlah saya tinggalkan dulu persoalan ini, dan biarlah saya tumpukan dahulu kepada tajuk tulisan saya dulu.
(6) Untuk menilai apakah DAP itu merbahaya atau tidak kepada Melayu, saya ingin membawa pembaca kepada tiga jalan penilaian yang boleh dijadikan landasan asas kepada penentuan rumusan kita. Pertama dari sudut Kajihayat, Biologi. Kedua dari sudut Islami. Ketiga pastinya dari sudut politik. Dari sudut biologi, semua orang tahu sianid itu boleh membunuh. Namun, jika kita teliti, banyak tumbuhan di muka bumi ini mengandungi sianid dan menjadi makanan manusia, tetapi tidak membunuh. Contohnya, varieti tertentu ubi kayu punya sianid dalam umbisinya. Namun ubi ini tetap boleh dijadikan manafaat kepada manusia. Cuba tanya orang-orang Iban, kenapa mereka merendam buah kepayang di dalam aliran air sebelum dimakan. Jika dikaji, buah kepayang secara sejadinya punya sianid yang tinggi. Cuba juga kaji ikan buntal. Hempedu buntal boleh membunuh. Hempedu buntal punya sianid. Namun, dengan cara pengolahan yang baik, ikan buntal enak dimakan. Sianid membunuh, tetapi kenapa Allah mengujudkan sianid biar dalam tumbuhan dan haiwan yang boleh jadi makanan manusia? Cuba fikirkan apa hikmah di balik semua itu?
(7) Dalam Islam, di awal perjuangan Islam SAW, apakah kita lupa betapa beliau telah hijrah ke Madinah yang dikuasi Yahudi. Tidakkah di dalam Al Quran telah termaktub akan kejahatan Yahudi. Jika Al Quran memaktubkan Yahudi sebagai jahat, maka kenapa SAW perlu hadir bersama Yahudi untuk kebangkitan Islam? Memang benar, di awalnya SAW tidak kenal Yahudi sebagai bangsa yang jahat. Bahkan dalam awal perjalanan hidup Muhammad sebelum dan sejurus selepas beliau menjadi Nabi, Yahudi belum beliau kenali sebagai bangsa sangat jahat. Yahudi bersahabat dengan beliau. Maka keadaan SAW bersahabat denga Yahudi yang jahat, apakah tidak terfikir oleh kita bahawa keadaan itu sengaja Allah wujudkan kepada SAW sebagai pedoman kini kita untuk mendepani permasalahan kini? Allah sebagai yang Mahaberkuasa, Dia boleh mengadakan seluruh keadaan itu menjadi sangat mudah kepada Muhammad untuk menebar luaskan Islam. Namun Allah tidak berbuat sebegitu, kerana apa? Sesungguhnya, kita jangan lupa, Allah telah mengadakan keadaan yang paling selesa buat Adam dan Hawa AS untuk mengamalkan Islam pada mulanya iaitu di Syurga, namun itu tidak menjadi. Allah memaksa SAW untuk berada bersama masyarakat Yahudi (bahkan menikah dengan isteri dari bangsa Yahudi) adalah sebagai pedoman kita kini dalam menangani permasalahan kita kini. Kita perlu bijak untuk bersama musuh-musuh kita agar kita menjadi lebih hebat. Strategi Allah mudah dimengerti jika kita dapat melihat ianya dari sudut yang berhikmah. Kita perlu mencari hikmah dari segala yang Allah adakan di sekitar kita. Inilah bukti Mahabijaksana Allah. Dia tidak mengadakan sesuatu keadaan pada waktu Muhammad SAW sebegitu hanya untuk keperluan Muhammad semata-mata, tetapi Dia mengadakan keadaan sebegitu adalah juga bertujuan untuk dijadikan pedoman kita kini jika kita berfikir. SubhanaAllah.
(8) Sesungguhnya saya sering berhujah sebegini. Babi, ular, cicak, tikus, cacing, anjing, poppy, dsb itu merbahaya dan haram. Soalnya kenapa dalam Allah hendakkan manusia hanya makan, minum dan bersama yang halal Dia mengujudkan yang haram bersama kita? Biarpun yang haram itu banyak, tidak pula turun hukum di dalam Al Quran, bahawa kita harus membunuh hapuskan mereka. Bahkan Allah melarang kita dari melakukan kerosakan dan ini termasuklah larangan membunuh yang haram tidak pada keperluannyanya. MasyaAllah.
(9) Dari sudut politik, seharusnya kita telah jelas jika kita matang berfikir. Cuba perhatikan bahawa semua ideologi politik kini sebenarnya diasaskan oleh Yahudi. Feudalisma, adalah amalan Yahudi orthodox. Kapitalisma adalah terbitan dari demokrasi Yunani yang Yahudi ubahsuaikan. Kapitalis adalah alat Zionis Yahudi untuk terus memastikan Yahudi kekal bernegara di dunia ini. Namun, sebegitu kemudian wujud ideologi Kominis dan Sosialis, yang juga di asaskan oleh Yahudi. Maka sesungguhnya fahaman dan pengangan politik dewasa ini adalah semua berteraskan pemikiran cerdik pandai Yahudi: Demokrasi-Kapitalis, Komunis, Sosialis dan bahkan Feudal-Autokratif. Maka jika dilihat dari sudut kecelaruan politik dunia, Yahudi ini kekal sebagai bangsa yang sangat merbahaya iaitu jahat. Mereka adalah bangsa yang sering takutkan bayang sendiri, maka lantaran itu mereka cekal durjana untuk terus mandiri. Mereka adalah punca kepada segala salah laku politik kini. Namun, anihnya Allah seperti akan terus mengekalkan mereka wujud sehingga Kiamat! Kenapa? Apakah hikmahnya maka Allah mandirikan kewujudan Yahudi sehingga Kiamat?
(10) Imbasan pendek sejarah PRU Negara yang saya utarakan terdahulu sangat biasa di mana-mana. Semua itu bukan kebetulan. Semua itu adalah kehendak Allah juga jika kita mampu berfikir. Apa tujuannya Allah mengujudkan keadaan sebegitu dan terus sebegitu sehingga kini? Cuba lihat betul-betul sejarah UMNO, MCA, MIC, PAS, Gerakan dan DAP dan semua parti-parti politik di Negara ini. UMNO asalnya tertubuh untuk menjaga kepentingan Melayu. Biarpun pengasas UMNO iaitu Onn Jaafar mahukan UMNO yang universal namun itu gagal dan ditolak oleh ahli-ahli UMNO sehingga dia menubuhkan parti NEGARA. MCA asalnya adalah untuk menjaga Cina. MIC asalnya untuk menjaga India. PBB untuk menjaga Melayu-Dayak. USNO untuk menjaga Kedazan-Dusun. Semua parti-parti ini kemudiannya bergabung ke dalam Barisan Nasional (BN) adalah untuk menjaga kepentingan kaum masing-masing dalam konsep kebersamaan. Semua bersifat menjaga kepentingan kaum. BN pada hakikatnya adalah gabungan parti-parti perkauman yang berkerjasama secara longgar untuk menjaga kepentingan kaum-kaum yang yang mereka wakili. Dalam erti kata lain, BN tidak membina Negara dalam gagasan kesamarataan rakyatnya. BN melihat rakyat dari sudut kaum, dan tidak melihat rakyat dari sudut mereka semua adalah rakyat Malaysia. Pandangan saya ini memang sukar untuk para pendokong BN terima, namun itulah hakikatnya jika di sorot dari sudut sikap dan sifat perlakuan BN di sepanjang tempoh pemerintahan mereka. Contoh mudah, tidakkah Kelantan, Sabah, Trengganu, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang sangat BN sisih di saat rakyat negeri-negeri itu menolak kepimpinan BN? Pendeknya, BN degil bertahan kepada prinsip asal perjuangan mereka berteraskan kaum. BN tidak berubah mengikut kehendak perubahan demografi rakyat dan keadaan dunia semasa.
(11) BN adalah parti perkauman. Mereka akan terus sebegitu untuk mengekalkan sentimen sokongan kaum-kaum berkaitan kepada mereka. Ini diperkuatkan dengan semua agihan kerusi adalah berdasarkan kaum-kaum yang dominen. Saya berkira secara jangka panjang kewujudan dan kelestarian BN tidak akan membawa Negara Malaysia yang utuh bersatu padu.
(12) PAS adalah serpihan UMNO, tertubuh pada 24 November, 1951. PAS mahu, melihat Islam sebagai asas untuk menjaga Melayu berbanding sekular UMNO. PAS kuatir, sekular UMNO akan merosakkan Melayu. Sejarah Islam selepas SAW membuktikan itu. Ummayyah, Abbasiah, Othmaniah bahkan Moghul yang cenderung kepada berbaur dengan pengaruh sekular Byzanthium, Farsi dan Hindu telah meranapkan kerajaan awal Islam. PAS ingin melihat Melayu harus bangkit bukan dari kekuasaan kebendaan, tetapi Melayu bangkit dari nilai-nilai Iman dan ketaqwaan yang utuh. Namun PAS juga kian terseret ke kancah perkauman memandangkan mereka sangat bergantung kepada dokongan kaum untuk kekal berkuasa. Gerakan adalah parti serpihan MCA. Ianya tertubuh pada 24 March, 1968. Gerakan tertubuh dari kegagalan untuk mendapat suara yang lebih. Gerakan ingin membela Cina yang tersisih dari pembelaan MCA. DAP tertubuh bila Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia. Ianya tertubuh pada 11 Okt, 1965 bila PAP parti dokongan Lee Kuan Yew diharamkan di Malaysia. Pendeknya DAP adalah PAP dalam wajah baru tetapi berpunya asas perjuangan yang sama. Hakikatnya DAP dan Gerakan mahukan perlakuan samarata bagi Rakyat Malaysia. Konsep samarata DAP dan Gerakan ini telah digembar-gemburkan sebagai metritocracy; iaitu suatu konsep bahawa keberuntungan harus dititik beratkan kepada siapa yang berupaya. Konsep ini bagi UMNO adalah merbahaya kepada Melayu, kerana survival of the fittest boleh menjurus kepada winner takes all. Bagi UMNO, Melayu masih lemah dan mereka mesti dilindungi. Namun setelah Gerakan menang besar di Pulau Pinang, mereka juga akhirnya turut serta dalam BN dan tinggallah PAS dan DAP dengan perjuangan masing-masing. Penyertaan Gerakan k edalam BN adalah mudah untuk difahami. Pulau Pinang adalah sebuah Negeri yang berpunya keupayaan besar untuk membangun. Tanpa sokongan Kerajaan Pusat ie BN, Pulau Pinag pasti tidak akan ke mana-mana. Gerakan melihat kepentingan Cina yang diwakilinya berada dalam keadaan lebih baik dengan dia bersama BN>
(13) Cuma, sekian waktu berlalu, kedua-dua DAP dan PAS kian kukuh pengaruhnya. Mereka terus mengakar, saya kira kerana BN khususnya UMNO tidak berubah ke arah samada ke Islamis apa lagi Tadbirurus Luhur Good Governance, UMNO dan BN kian menjurus ke arah menyusahkan hidup rakyat.
(14) Kini telah timbul parti bersifat nasional seperti PKR, Amanah dan terbaru Bersatu dan Warisan. PAS dan DAP telah lama mewarnakan diri mereka sebagai parti bersifat nasional dengan mengembangkan sayap ke Sabah dan Sarawak. Persoalannya, kenapa wujud parti-parti baru ini? PKR wujud atas laungan kebencian kepada rasuah dan salahguna kuasa UMNO. PKR adalah serpihan UMNO. Amanah pula timbul dari kelompok professional PAS. Kelompok ini sudah jelak dengan cara pengurusan kelompok ulama PAS yang tidak membawa apa-apa perubahan kepada kedudukan sosio-ekonomi rakyat pimpinan mereka. Kemudian lahir Bersatu, juga dari serpihan UMNO yang wujud hasil kemelut besar masalah rasuah dan salahguna kuasa dalam UMNO. Di Sabah, biar Warisan adalah juga hasil serpihan dan kemelut dalaman UMNO, namun ianya telah mengikuti jejak perjuangan Sarawak for Sarawak dari perjuangan BN dan Pembangkang Sarawak. Warisan sedang berjuang Sabah for Sabah.
(15) Kini sudah ada gerakan untuk mengabungkan semua parti pembangkang ke dalam Parti Harapan (PH) sebagai pilihan rakyat terhadap BN. Maka kini sedang timbul kemelut kebangkitan rasa perkauman dalam sistem politik Negara. UMNO sedang menuduh DAP sebagai parti perkauman. Bersatu (dan PKR, Amanah dan Warisan) kerana sudah kelihatan bersama DAP, maka mereka dituduh sebagai pengkhianat perjuangan Melayu. Bersatu, PKR, Amanah, dan Warisan sedang dinobat sebagai pengkhianat Melayu, suatu penjenamaan tahta perkauman yang sangat keras. Dalam masa yang sama juga, berdasarkan latar belakang para pemimpin Bersatu, mereka juga sedang dicap sebagai Parti Melayu yang anti-Cina-India. PAS pula dari sikap memusuhi UMNO, kini sudah kelihatan berjinak-jinak dengan UMNO yang dianggap rasuah dan gila kuasa sudah dituduh sebagai lari dari perjuangan asal Islam mereka. Sedang UMNO sebagai tunggak BN sedang menghadapi jenama parti merosakkan perpaduan Negara. MCA dan Gerakan pula kian dilihat sebagai talibarut rasuah dan salahguna kuasa UMNO. Akhirnya, rakyat umum khususnya di luar bandar kian keliru tentang siapa bercakap benar dan benar sebenar-benar.
(16) Sesungguhnya, kini sedang timbul fenomena politik mencacai dari kedua-dua belah BN dan PH. Masing-masing sedang saling membongkar kelemahaan lawan. Dan dalam politik Negara, soal kaum dan agama adalah sangat laris untuk dipermodalkan, maka kedua-dua isu tersebutlah yang kian disimbah bakar kepada rakyat. Pendeknya, lantaran hipokrit politik perkauman adalah sesuatu yang sangat mudah membakar dan menyentuh jiwa semua kaum di Negara ini saya berpandangan BN amnya, dan UMNO khususnya terus-terus mengasingkan Melayu (dan kaum-kaum lain) dari berusaha melihat politik mereka dari sudut lain. Itulah the surviving strategy mereka dan cara itulah akan terus mereka pergunakan. Sebegitu juga lantaran DAP sering kedengaran dan kelihatan terlalu condong untuk membela Cina dan India mereka sudah kembali dimohor sebagai musuh Melayu. DAP adalah pelampau Cina dan India. PKR, Amanah, Bersatu, dan Warisan kian dicap sebagai talibarut untuk menjayakan tujuan DAP. Sedang MCA dan MIC pula sudah dicap sebagai talibarut UMNO untuk terus bersalah laku.
(17) Sesungguhnya, jika kita mampu undur ke belakang dan merenung politik semasa Negara dari jauh, apa yang sedang berlaku adalah mudah. BN dengan UMNO, MCA, MIC, dan parti-parti kecil lainnya kian unggul bertarung menjuarai isu perkauman untuk mempertahankan bentang kekuasaan mereka. Seperti saya katakan terdahulu, BN umumnya adalah berteraskan parti perkauman dari segi struktur juga falsafah perjuangannnya. Cuma kelicikan cara mereka bermain isu perkauman sahaja, maka mereka kelihatan tidak bersikap perkauman. Perjuangan perkauman BN telah lama diterima sebagai nilai-nilai murni politik Negara. PH yang dianggotai PKR, DAP, Amanah dan Bersatu (dan Warisan) pula ingin bermain dalam arena sekular nasional. Falsafah politik sekular nasional perlu mengutamakan meritocracy maka itu sedang dijaja sebagai senjata untuk meruntuhkan martabat sesuatu kaum khususnya Melayu. PH sebetulnya berkedudukan sebagai under dog sedang BN khususnya UMNO sentiasa berada dalam kedudukan upper hand. Namun sikap BN dan UMNO khususnya sedang dilihat sebagai pembuli sehingga ianya mengujudkan gerakan Sarawak for Sarawak dan Sabah for Sabah. Gerakan ini, jika disalah ertikan boleh merosakan Federlism Negara.
(18) Sesungguhnya, jika kita berpandangan jauh, dengan adanya faktor-faktor bencikan BN-UMNO dalam PH, saya berkeyakinan suatu waktu terdekat ini, PH akan bergerak ke arah melupuskan parti-parti yang ada dalam kumpualn itu, dan mereka akan wujud hanya dalam bentu PH yang besar. Keperluan ini adalah penting untuk kesejahteraan Negara kerana politik perkaumnan bukanlah sesuatu yag Allah benarkan. Muhammad SAW tidak mentadbir Empayar Islam lewat kesatuan parti-parti kabilah, namun dia mentadbir Negara melalui sutau nilai universal. Inilah gerakan politik yang telah meletakkan semua bangsa di Barat ke depan dari Islam biar Islam telah mempelopori jalan itu sekitar 700 tahun lebih awal dari Barat.
(19) Saya yakin DAP khususnya Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sudah jelas bahawa Malaysia tidak boleh berjaya tanpa dalam perjuangan kesamarataan mereka bahaw kepentngan kelompok under dog harus diberikan perhatian sama. Kesamarataan dalqam Islam In Shaa Allah akan menjadi teras kepada perjuangan PH akhirnya. Jika itu berlaku, maka barulah BN-UMNO aka berubah. Maka sesungguhnya, DAP-PH tidak sekali-kali membahayakan Melayu malah akan memberikan suatu harapan yang jauh lebih besar kepada Malaysia untuk bergaya sebagai sebuah Negara bertemadun hebat di hari-hari muka. In Shaa Allah.
(20) Sesungguhnya Allah menjadikan anjing penjaga para Imawan Al Kahfi berpunya maksud yang sangat jauh, jika para ulama, agamawan dan rakyat Negara ini boleh berfikir secara mendalam dan meluas. SubhanaAllah.
Kuching, Sarawak
15 Disembar, 2016

0 comments:
Post a Comment