Latest Postings
Loading...
Aug 12, 2014

4/8/14 KITA SAMA KENAPA BERBEDA.....bila Islam tidak pernah kita fahami saintifiknya.

Sholat itu wajib. Anak-anak, saat berumur sepuloh tahun, jika tidak mahu sholat harus dipukul. Di zaman dulu, rotan sentiasa ada di rumah-rumah orang Melayu. Merotan anak-anak adalah cara Melayu dulu mendidik anak-anak mereka. Maka atas sebab itu, Melayu berfalsafah sayang anak, rotan-rotankan. Tidakkah kejam Islam, dan ganasnya budaya Melayu, jika itu caranya kita mengendali anak-anak kita? Itulah pandangan saikologi pendidikan moden.  Sesungguhnya dalam apapun, dari segi saintifiknya, prilaku manusia khususnya seringnya mengikut konsep Bell Curve. Dalam Bell Curve, sekitar 68 peratus dari manusia bersifat sederhana. Ini sering disebut sebagai Kumpulan Kebanyakan. Sekitar 13.6 peratus pula adalah kalangan baik juga tidak baik. Manakala sekitar 2-3 peratus pula adalah terbaik juga paling buruk. Golongan 2-3 peratus ini, seringnya bersifat usahawan. Daya cipta dan ketegaran kelompok ini sangat tinggi. Mereka seringnya adalah pemimpin, sedang kelompok kebanyakan adalah lebih kepada pengikut.

(2) Sebetulnya, secara pribadi, amalan dan sifat-sifat harian kita juga adalah serupa. Sekitar 68 peratus dari perlakuan pribadi harian kita adalah melakukan segala yang terbiasa sedang hanya sekitar 14 peratus pula adalah prilaku baik contohnya sholat dan segala menepati waktu, patuh menepati peraturan dsb; sedang 14 peratus lagi kurang baik sepertinya bermalas-malas, berlengah-lengah, acuh tidak acuh, sedang hanya sekitar 2-3 peratus kegiatan harian kita bersifat terbaik umpamyanya paling kreatif, paling tegas, paling bersih dsb. Namun tidak kurang juga 2-3 peratus lagi prilaku kita adalah buruk umpamyanya tidak sholat, bercakap bohong, mengambil rasuah, bermaksiat dsb.Bell Curve ini boleh terpakai bila kita menilai banyak perkara dalam kehidupan manusia. Ini termasuklah dari segi IQ, taraf hidup, sokongan pendapat dsb. Kenapa ini secara tiori adalah sebegini?

(3) Dalam tulisan ini, saya cuba mengenengahkan asas-asas kepada perbedaan pola pada diri dan masyarakat kita, dan bagaimana sebetulnya pola-pola ini harus kita pakai khususnya untuk memahami dan seterusnya melakukan perubahan dalam dunia Melayu. Dalam Al Quran, Allah sering menyatakan betapa Al Quran itu adalah lautan ilmu. Apa yang manusia ketahui hanya setitik tinta dari air lautan yang luas. Juga Allah sering menguja agar kita terus memerhati segala ciptaanNya, berfikir dan mengambil segala ikthibar dari situ. Allah sediakan dari mahluk satu sel seperti Euglena, Amoeba, dsb sehingga kepada yang paling recam sepertinya Orang Utan, Chimpanzee, dsb agar kita memperoleh pelajaran darinya. Namun, sifat Melayu dan dunia Islam kian tidak selari dengan asas-asas mengkaji, memerhati dan berbicara tentang segala isi alam ini, lantaran kita kian mengambil sikap mudah apa sibuk-sibuk semua sudah tersedia, pakai atau tiru saja. Kita mengambil enteng segala suruhan agar menghambat Ilmu anjuran Islam.

(4) Seorang teman menanya saya dan banyak sebetulnya bertanggapan: Kenapa anak-anak Kelantan bijak-bijak di bidang akademik serta jauh lebih berpengetahuan dan iltizam tentang Islam? Soalan ini, sebetulnya sama dengan soalan; Kenapa orang Yahudi bijak-bijak serta sangat taksub kepada agama dan kaum mereka?. Sama juga dengan sifat-sifat kaum Cina. Apakah ini anih, suatu anugerah semulajadi Allah kepada mereka, atau apa sebetulnya? Semasa kecil saya juga punya rasa rendah diri bila rata-rata masyarakat Melayu berpendirian betapa masyarakat Cina akan jauh lebih bijak dari anak-anak Melayu maka di sekolah di Abang Man, Simunjan pada 1967-72, ada tiga anak Cina dari kelompok berada di dalam kelas saya. Mereka saya dapati tidaklah sebijak sehebat seperti banyak tanggapan orang Melayu. Kemudian, di Kelantan, saya juga mampu bersaing mudah dengan anak-anak Kelantan, lantas memberikan saya suatu rasa yakin diri yang jauh berbeza. Kemudian, saya amat bersyukur kepada Allah, lantaran saya punya kesempatan bersama dengan pelajar-pelajar Yahudi serta pensyarah-pensyarah Yahudi semasa saya belajar di Amerika Syarikat. Peluang itu memberikan saya pengalaman langsung betapa sebetulnya mereka tidak terlahir hebat-hebat. Soalnya, kenapa saya dapat mengatasi semua mereka yang mula saya kecuti? Cuba perhatikan geraf di atas. Geraf ini menunjukkan perkembangan manusia dari saat di kandung sehinggalah umuran 20 tahun. Pada umur 0-5 tahun, sistem otak paling cepat terbentuk. Ini berkelanjutan sehingga anak-anak itu seumuran 10-12 tahun. Apa maksudnya? Bagaimana ianya terjadi, itu tidak akan saya bincangkan di sini, kita lihat saja apa maksudnya. Sebetulnya, pada peringkat ini, jika pemakanan anak-anak tidak terjaga baik, pasti itu akan mempengaruhi sistem otak mereka. Maksudnya pada peringkat umur ini, anak-anak harus mendapat khasiat pemakanan yang baik agar otak mereka cerdas. Lantaran sekitar 95 peratus dari masyarakat Melayu boleh dianggap average dari segi taraf hidup mereka, maka secara amnya 95 perauts dari masyarakat Melayu pasti punya average IQ score.

(5) Semasa kecil, Allah menjaga saya. Dia melahir dan menghidupkan saya di alam abundance in perish. Di kampung asal saya di Kg. Sedilu, Simunjan, pada 1960an-1970an kami sangat mudah untuk mendapat udang galah dan segala ikan. Juga, ayah saya menjadikan saya penternak ayam kampung dan itik yang baik. Maka bekalan protein tidak ada masalah kepada kami. Saya ingat kami makan berlauk udang sekitar 3-4 kali sehari. Ayam dan telur kami tidak pernah kurang. Begitu juga saya gemar menanam sayur. Maka sehingga kini, soal ulam-ulaman dan sayur-sayuran adalah kemestian dalam makanan saya biar di mana saya berada. Buahan-buahan juga saya tidak perenah ada masalah. Saya banyak menanam jambu dan limau bali. Pokoknya, dari kecil, juga dari saat dikandungan ibu, saya dan adik beradik tidak punya masalah zat pemakanan. Berbeda dengan keluarga dan jiran-jiran keliling saya, mereka agak malas dan ambil ringan dalam soal pemakanan maka akhirnya mereka agak ketinggalan dalam bidang ilmu dan akhirnya kehidupan kini. Anak-anak mereka saya perhati sering sakit dan lesu. Sesunggunhnya keadaan saya dan seorang teman lagi bernama Wan Muhammad Wan Seman adalah sama. Sejak sekian lama, hanya kami berdua boleh mencapai kecapaian akademik yang agak baik. Asasnya, Allah memberikan kami peluang untuk mematuhi hukum tabiiNya, bahawa badan yang sihat, melahirkan otak yang cergas. Tanpa pemakanan yang baik, badan tidak mungkin sihat, lantas otak pasti tidak cergas cerdas. Dari Graf disertakan, ini tidak sukar untuk kita fahami. Secara semulajadi Allah mencipta semua manusia sama, khusus dari segi genetiknya ie Genotype seperti ditunjuk pada Graf tersebut. Dalam ilmu Islam, mungkin inilah apa yang disebut sebagai kudrat, takdir Allah. Bagi yang tidak mengerti ilmu Biologi, untuk memahami gene ini adalah tidak sukar. Gene adalah ibarat segala bahan dan ramuan sesuatu masakan. Genotip ini, telah Allah tentukan akan fitrahknya iaitu sifat tampaknya yang di dalam istilah Sains disebut sebagai phenotype. Finotip bolehlah diibaratkan sebagai makanan terhasil dari segala bahan dan ramuan tadi. Lekuk Graf tersebut menunjukkan gambaran kudrat dan fitrah setiap manusia. Namun, keadaan persekitaran menentukan akan penzahiran genotip itu, dan ini disebut sebagai Phenotype dari istilah phenomena menjadi finotip dalam Bahasa Melayu. Jika segala keperluan penzahiran genotip adalah sempurna maka, garis gambaran fenotip akan bertindih dengan garis lekuk genotip. Namun keadaan persekitaran bagi setiap individu dan atau kelompok adalah berbeza, maka pasti lekuk fenotip akan berbeza-beza. Salah satu sifat fenotip adalah cecerdasan otak.

(6) Sesungguhnya jika kita melangkah sedikit jauh ke depan, betapa fitrah sesorang menentukan kudratnya. Dalam istilah Sains, ini boleh dikias sebagai fenotip mengambarkan genotip. Jika kudrat adalah martabat, maka rupa bentuk dan prilaku fitrah adalah bayangan martabat darjat seseorang itu. Dari sini, jika kita mengerti Sains dan memahami Bahasa Al Quran, pasti keyakinan kita akan Al Quran pasti akan jauh berbeza jika kita hanya sekadar tahu membaca Al Quran serta buta Sains. Di sinilah asasnya kelemahan dalam pendidikan Islam kita lantaran yang kenal Sains, buta Islam dan yang "celek' Al Quran namun mereka buta Sains. Akhirnya pemahaman Islam kitapun menjadi paling baik adalah sekadar sekerat jalan. Saya berkira berdasarkan Geraf dalam para 2, sekitar 68 peratus dari Umat Islam hanya faham Islam pada kadar biasa-biasa, 14 peratus pada kadar baik, sedang 124 bperatus lagi kiranya buruk dan 2-3 peratus adalah sangat baik sedang 2-3 perats lagi adalah sangat buruk. Pastinya ini sangat terpengaruh dari darjah kecerdasan otak dan usaha mereka.

(7) Jika otak kita terbina sempurna, pastinya semua manusia akan menjadi serupa mendekati sama. Namun ini tidak terjadi. Ada manusia yang jahat. Ada manusia yang baik. Ada manusia yang soleh, ada manusia yang jahil. Ada Yahudi dan baik. Ada Yahudi Zionis kejam. Kenapa? Berbalik kepada geraf pertumbuhan sistem manusia di sebelah kiri ini, lihat pada lekuk Hormonal System. Keberadaan hormon adalah caranya Allah mengatur perjalanan fisiologi fungsian organ dan sistem dalaman mahluk hidupnya khusus dari kelompok haiwan, di mana manusia adalah di antaranya. Hormon adalah ibarat arus elektrik. Perembesan dan perjalanan kerjanya diatur kebanyakan oleh otak dan sistem saraf. Maka sebab itu, dalam pertumbuhan manusia, sistem saraf akan terbangun lebih dulu dari sistem hormon. Salah satu bidang yang dipengaruhi oleh hormon adalah cita rasa emosi. Manusia hendak mengawan lantaran kerja hormon. Manusia lapar, juga akibat hormon. Manusia
tertekan juga akibat hormon. Rasa teruja, takut, sedih, berani, marah, sugul, segala adalah akibat dari hormon. Maka jika kita boleh berfikir baik, pasti akan kita dapati anak-anak remaja akan mudah tersentuk perasaan mereka. Cuba lihat pada Geraf tersebut. Sistem hormon terbina kuat pada umuran 12-17 tahun. Inilah umur remaja. Maka jika kita ingin memantaptak sesorang remaja, pada peringkat inilah yang terbaik. Maka sebab itu Islam membenarkan jika seseorang anak engkar sholat pada usia 10 tahun ke atas, mereka harus dirotan. Juga orang Melayu jelas falsafah hdup mereka melentur buluh biar di saat rebungnya. Geraf kedua di sebelah kanan, menunjukkan lebih terperinci tahap pertumbuhan bagi sistem-sistem utama manusia. Lekuk paling bawah, jelas menunjukkan fitrah baligh seseorang adalah pada usia 15-17 tahun. Makanya biar Aishah RA dinikahi Muhammad SAW pada usia 6 tahun (?) namun kebersamaan mereka berdua hanya berlalu pada umur Aishah RA adalah 9 (?) tahun biar ada yang mengatakan pada usia Aishah RA pada belasan tahun. Maka jika kita bijak mengatur cara dan masa kita mendidik anak bangsa kita, pasti didikan kita itu akan menjadi lebih berkesan dan baik.

(8) Diriwayatkan, bila Muhammad SAW diaju untuk menikah lagi, maka Aishah didatangkan ke dalam mimpi Muhammad SAW sebagai ganti di atas kematian Khadijah RA. Barat melihat penikahan Muhammad SAW dengan Aishah pada umuran belum baligh sebagai kegilaan. Kita umat Islam saya lihat terpingga-pingga untuk menafikan asakan Barat itu. Namun apakah sebenarnya hikmah Allah mendatangkan Aishah kepada Muhammad SAW di saat usia anak-anaknya. Ada yang berkata menikahi anak-anak adalah adat di zaman Jahilliah. Namun, itu pasti bukan budaya yang Muhammad SAW sanjung. Saya berpendapat, kedatangan Aishah yang masih anak-anak dalam hidup Muhammad SAW adalah selaras dengan firtah perkembanagn otak dan hormon seperti ditunjukkan di dalam Geraf di para 7 di atas. Aishah telah tertakdir akan mewarisi banyak Ilmu dari MUhammad SAW. Beliau perlu terdidik dengan ilmu Islam sedari kecilnya. Saya berpendapat, hubungan hahal Muhammad SAW perlu diadakan bagi keperluan tersebut. Sesungguhnya, asas hujah saya adalah sama keadaannya telah dilalui oleh Mariam ibu kepada Isa AS di mana kesucian beliau terus terjaga di saat anak-anaknya lagi. Kedua-dua pensucian dan pemurnian Aishah dan Mariam adalah punya sebab dan asas yang sama. Ali Abi Thalib juga melewati jalan yang sama bersama Muhammad SAW. Sesungguhnya Barat melemparkan pelbagai nista kepada Muhammad SAW lantaran menikahi Aishah RA pada usia anak-anak adalah lantaran ceteknya pemahaman mereka tentang hubungan Socrates dan Alcibiades. Socrates telah diamanahkan oleh bapa Alcibiades untuk menjadi pengasuh lantas pendidiknya di saat dia masih kecil lagi sehingga dia menjadi remaja dan dewasa. Hubungan ini jika Barat dapat halusi, adalah serupa dengan perlunya hubungan sebegitu tentang Islam dan gaya pendidikan Islam bagi kaum Hawa dari saat anak-anaknya mereka. Memang benar Muhammad SAW juga punya puteri-puteri untuk tujuan yang sama, namun tetap masih ada jurang yang perlu di isi oleh Aishah RA.

(9) Maka jika kita bijak mengatur pemakanan dan pendidikan anak-anak, pasti mereka akan menjadi manusia-manusia insani yang bijak dan berakhlak sempurna. Inilah rahsia Allah pada fenomena fisiologi kita serta perjalanan hidup Mariam RA, Aishah RA dan Ali RA. Cuma pernahkan umat Islam melihat itu sebegitu?

(9) Geraf di sebelah pula menunjukkan tahap pertumbuhan pada anak-anak lelaki dan perempuan. Hakikatnya, segala sistem pada perempuan jauh lebih cepat pertumbuhannnya berbanding lelaki adalah jelas. Sepertinya ada beda julat tempoh antara 5-10 tahun. Tidakkah penemuan ini sama dengan saran Islam agar perempuan harus menikahi lelaki umuran 5-10 tahun lebih darinya. Jika pertumbuhan sistem perempuan adalah lebih cepat dari lelaki, apa tidak mungkin keruntuhan sistem mereka tidak juga jauh lebih awal? Maka dari situ, tidakkah Melayu perlu memikir secara kuat akan saran beda umur pernikahan dalam masyarakat mereka? Tidakkah soal tingginya kadar perceraian Melayu, tidak punya hubungan dengan masalah banyaknya pernikahan di saat seusia remaja pada mereka? Juga tidakkah itu menjadi asas kepada halalnya poligami dalam Islam? Inilah apa yang saya perhati dan sering katakan, Melayu kian meminggir dari Islam lantaran ilmu Islam dan ilmu-ilmu lainnya mereka hanya sekerat-sekerat kuasai. Tiga Geraf di atas, jika kita gabungkan, pasti akan memberikan kita gambaran kenapa anak-anak lelaki lembab pada awalnya, sedang anak-anak perempuan taat manut dengan mudah namun kedua-duanya boleh meliar gila pada tahap remaja mereka. Lantaran geraf-geraf ini tidak kita fahami, maka cara kita mendidik mereka tidak tepat pada waktu, keadaan dan caranya. Kita mendidik secara ikut-ikutan.

(10) Cuba lihat pula pada Cone of Learning di sebelah. Rajah ini menunjukkan bagaimana manusia menjerap ilmu lewat cara perolehan pembelajaran. Berapa banyak ilmu akan terjerap jika kita hanya katakan mengaji Al Quran? Rajah ini menunjukkan hanya sekadar 10 peratus. Itupun jika kita tahu maksud apa yang kita baca. Seterusnya mendengar dan melihat memberikan jerapan ilmu yang jauh lebih tinggi dari sekadar membaca. Sebegitulah seterusnya. Jika kita perbuat apa yang kita baca, dengar, lihat, penjerapan ilmu adalah jauh lebih berkesan, sehingga 90 peratus. Maka sebab itu Allah menetapkan darjah Iman seseorang adalah berasaskan tiga tahap iaitu melaku, menegur, dan berpaling. Bila ada sesuatu kesalahan, kita mesti berani merobah dengan tangan kita, jika kita takut, maka cukup sekadar menegur, dan paling dhaif adalah berpaling pergi. Rajah ini, jika kita baca dan perhatikan sekali dengan Geraf Pertumbuhan, pasti jika kita lakukan ke atas anak-anak secara bijak, pasti jerapan pendidikan kepada mereka akan jauh lebih terkesan. Maka kita harus sedar kenapa Barat punya budaya Reading at Bed Time juga dalam Islam, saat kita hendak baring tidur pelbagai perkara Sunnah harus kita lakukan. Bahkan Islam melangkah setapak ke depan, saat tidur tengah enak, kita harus bangun dan membaca, melihat, mendengar dan mengamal.

(11) Manusia Barat, khususnya Yahudi yang terdampar di Eropah sebelum WWII, mereka sangat rajin menyelidik dan cuba menilai ajaran agama mereka dari sudut mudah manusia. Lantaran itu mereka menemukan model-model yang boleh menjelaskan akan ajaran agama mereka secara pictorial conception yang akhirnya menjadi creative arts dari ilmu agama tulin. Manusia seperti Micheal Angelo, Lenordo da Vinci, dsb adalah di antara artis pemikir Nasrani yang berjaya. Cuma ego dan kelalaian mengakibatkan mereka kian lari dari keTuhanan. Namun, itu bukan tidak diketahui oleh Allah akan akibatnya. Pada pemikiran saya, semua itu agar UmatNya yang teguh Iman dan akal akan menjadi lebih hebat. Cuma soalnya, caranya kita orang Melayu dan Islam membaca akan segala kejadian ini adalah pada jalan sempit maka samada kita tertinggal dan atau hanyut tanpa tujuan. Dari ilmu Natural Science membawa kepada Biologi dan kemudian meneter kepada Anatomi, Fisiologi dan segala, akhirnya Barat cuba menilai segala itu dari sudut the business of everything.  Sememangnya itu adalah proses Kapitalisma, namun tidak ada salahnya, lantaran mereka menghambat kebahagian hidup di dunia, dan dalam pemikiran saya adalah Fardhu Kifayah. Allah membenarkan itu. Lantas, mereka menemukan pula konsep Human Satisfaction Piramid seperti tertera di atas. Di peringkat asas, pastinya semua manusia akan terlebih dahulu menghambat keperluan asas lantas perlahan-lahan meningkat sehingga ke tahap tertinggi iaitu Menunai Nilai Diri. Piramid ini adalah gambaran selera, nafsu tabii manusia. Jika manusia dibiarkan pada tabii sejadi mereka, akan kita dapati sekitar 68 peratus dari mereka akan mencapai sehingga ke tahap menghambat kepuasan sekadar di tahap ke tiga iaitu Belongingness and Love Needs. Dalam bahasa mudah, cukup sekadar menjadi Melayu biasa. Bukankah ini apa yang terjadi dalam masyarakat Melayu? Hanya sekitar 14 peratus akan berusaha ke tahap Esteem Needs dan sekitar 2-3 peratus ke tahap Self Actualization. Piramid ini mengambarkan Tabii Nafsu manusia atas dasar being free from religious influence.

(12) Saya mengira, tahap Sefl Actualization adalah tahap di mana manusia Mencapai Nilai dan Tujuan Hidup pada kudrat dan fitrah yang Allah mahukan. Namun di dalam dunia Kapitalis, tahap ini, sering tercapai hasil dari sifat tamak haloba. Inilah waktunya, saat kekayaan kebendaan terpamir hebat. Darjat kekayaan juga di tahap puncak. Rumah besar. Kereta besar. Berbelanja bersuka ria di mana-mana tanpa batas. Sesekali muncul penuh publisiti sifat prihatin CSR. Lihat pada George Soros, Selepas dia meranapkan kedudukan kewangan di rantau Asia, dia kemudian muncul menjadi philanthropy yang sangat dermawan. Apakah ini yang Allah mahukan?  Di dalam Islam, tahap Self Actualization tidak terbatas pada kejayaan kebendaan dan darjat seseorang. Muhammad SAW mencapai tahap Self Actualization pada usia 40 tahun di mana pada masa itu, baginda mulai menerima wahyu memimpin Umat ke luar dari Jahilliah. Namun begitu pada usia 20 tahunan, baginda sudah tercari-cari akan diri baginda. Dari saat baginda menerima wahyu Allah, itulah titik mula self actualization baginda bermula. Baginda berubah cara hdidup. Dari berkeadaan mewah cukup segalanya, baginda mengejar hidup zuhud dan berbakti sepenuhnya menjadi persuruh yang mengeluarkan manusia dari kegelapan keJahilan. Sesungguhnya, selepas kelahiran semula Islam Allah peringatkan akan tanggungjawab Self Actualization Umatnya harus bermula seusia muda sekalipun. Contoh paling jelas adalah Mariam ibu Isa AS, Ali Abi Thalib, kemudian Aishah AS dan banyak lagi.

(13) Apakah kaitan Growth Curve, Learning Cone, Satisfaction Piramid, Bell Curve dalam cara kita merubah Melayu? Melayu perlu bersungguh-sungguh berfikir dan berperilaku berasaskan sesuatu yang kukuh. Islam dan Al Quran harus tidak diambil mudah dan melihat segala tertulis pada yang tersurat semata-mata. Al Quran mempunyai banyak yang tersirat. Perhatikan, betapa Allah berulang-ulang menyatakan betapa Muhammad SAW hanyalah persuruhNya punya kemungkinan betapa baginda hanya menyampai apa yang tersurat sedang yang tersirat sangat tergantung kepada keadaan, masa dan kesungguhan manusia-manusia selanjutnya berfikir dan mencari. Makanya keberadaan otak dan hati pada manusia harus dijadikan asas betapa kita masih punya kebebasan untuk merasa dan berfikir dengan Al Quran dan Sunnah Muhyammad SAW sebagai panduan.

(14) Sehubungan dengan itu, kita mesti mengetahui keselarian fisiologi kejadian kita dalam kita mendidik anak bangsa agar mereka terus berkembang dan berakhir sebagai Insani kamil mulia. Kita harus teliti dalam cara dan waktunya segala didikan itu hendak disampaikan sesuai dengan melihat perkembangan pemikiran (di wakili oleh lekuk pertumbuhan saraf) dan perasaan (diwakili oleh lekuk perkembangan hormon) di dalam Growth Curve. Begitu juga, cara kita menyampaikan pendidikan kita harus tidak menekan kepada suatu cara sahaja. Sekadar bersyarah tentang kehidupan baik tidak akan meninggalkan bekas terkesan berbanding menunjukkan jalan sebenar. Makanya Muhammad SAW banyak mengajar lewat perlakuan sebenar dari sekadar hanya bersyarah. Learning Cone harus Umat Islam perhatikan sebagai panduan cara pendidikan kita. Semua ini harus kita sadar betapa , manusia dalam keadaan bebas sikap dan sifat mereka akan menyerupai Satisfaction Piramid. Mereka akan menjaga kepentingan diri mengatasi segala, dan hanya ingin bersama masyarakat bila sudah menghampiri akhir hidup mereka. Apakah ini sesuai dengan sifat kejadian kita sebagai khalifah Allah? Maka harus dilakukan interjection agar kesadaran sosial seseorang telah ada sejak dari kecil lagi. Perkara ini tidak susah bagi orang Melayu lantaran sebegitulah ibu-bapa dulu-dulu mendidik anak-anak mereka. Adat Melayu lama sangat menekan sifat-sifat kemasyarakatan Melayu, namun itu kini sudah kian pudar. Maka jika kita tidak bersungguh-sungguh, sesungguhnya Bell Curve akan menjadi pola bentuk masyarakat manusia-manusia dan insan-insan Melayu yang akan kita lahirkan. Saya yakin masyarakat Yahudi, Cina, Jepun, Jerman, Korea, dan Anglo Amerika  mereka secara sedar dan tidak sedar menjalani proses pendidikan anak mereka berasaskan ciri-ciri sainstifik di atas dan mereka kekal sebegitu dengan kerasnya. Kita orang Melayu harus sedar mengenai ini dan perlu berubah cepat. Sesungguhnya kecelaruan di Afrika, Palestin, Pakistan, India dll adalah akibat anak-anak tidak punya segala kesempatan untuk tumbuh mengikuti segala lekuk-lekuk pertumbuhan seperti dinyatakan. Apakah kita mahu Melayu akhirnya juga celaru seperti mereka ini?

(15) Sesungguhnya, dalam pertumbuhan Muhammad SAW dan Umar Al Khataab umpamanya ada terselindung sains Allah mengenai apa yang saya bicarakan. Muhammad SAW tejaga baik semasa dalam kandungan sehinggalah baginda berusia enam tahun. Datuk baginda adalah hartawan. Segalanya tersedia oleh datuknya. Muhammad SAW dari janin, menjadi bayi, sehingga anak-anakan terjaga baik dari segi pertumbuhan keseluruhan baginda. Baginda disusukan oleh perempuan Badui. Minuman baginda adalah susu high protein unta dan kambing. Lalu di masa kecil baginda mengembala, terdidik keras sebagai pengembala binatang ternakan paling licik, lalu di saat remaja menjadi pedagang dengan tanggungjawap untuk terus menghambat kemajuan dan kejujuran serta pitar bersaing adil. Kedua-dua Muhammad SAW dan Umar Al Khataab terlahir dan membesar dalam asakan hidup yang serupa maka tidak hairan akhirnya mereka menjadi hampir serupa Iman dan Taqwa mereka. Bahkan mereka terus sehingga kini adalah manusia-manusia yang sangat berjaya. Hitler, Mao Tze Dung, Ho Chi Minh, Abdul Razak Husein, Mahathir Mohammed, dsb regim pemakanan, pendidikan pemikiran dan rasa hati mereka saya kira melewati jalan-jalan sebagaimana segala lekuk-lekuk itu untuk menjadi mereka berjaya jauh lebih besar dari yang lainnya. Sesungguhnya pemakanan, didikan pemikiran dan emosi serta cabaran hidup menjadikan manusia-manusia akan berbeda-beda darjat mereka. Fahamilah sains agar kita lebih faham akan Al Quran dan Sunnah lalu In Shaa Allah kita akan dapat mengikutinya dengan lebih berkesan.

Kuching, Sarawak
16 August, 2014

0 comments :

Back To Top