Latest Postings
Loading...
Apr 20, 2014

7/4/14 REMBULAN KEMBALI BENDERANG DI TENGAH MALAM....dan gerimis membadai di tengah hari (semak semual 26 April, 2014).

Lihatlah ke ufuk Timur sekitar jam1830-1900 pada tanggal 15 Taqwim Islam. Begitu indah benderang sang rembulan. Mengambang penuh. Berseri. Allah, kudratNya pada sang rembulan, sebegitulah. Tidak pernah rembulan itu engkar. Sujud penuh pada tugasnya menerangi bumi pada waktunya. Saat sebegitu, srigala menggonggong di belantara. Anjing bersahutan. Pungokpun panggil-memanggil di kejauhan. Semua seperti meraikan saatnya, namun hakikatnya semua sedang bersyukur kepadaNya. Cuma, jika di Kampung, hati anak-anak kecil ditakutkan oleh ibu bapa mereka, bukan apa, agar mereka segera masuk ke kelambu dan tidur, sedang permainnannya, sang bapa dan ibu segera ingin merai kasih bersama cerah memuncak rembulan dan riang kesyukuran segala, biar srigala, anjing, atau punggok.

(2) Sewaktu-waktu sebegini, yang punya pasangan pernikahan apa mungkin pasangan sebegitu di hatinya? Saya yakin, banyak di hati mereka mungkin lain dari di benak fikirnya. Syahdu deru ombak dalam desir dingin, pasti mengimbau sang kekasih yang terlepas dan atau sedang diburu. Nan sudah di sangkar, asal saja air dan pangangan ada pasti diam bagai terkukur di kurung emas. Di sekitar 1960an, saat saya masih anak-anak, ibu telah pergi, saat sebegini, bapa dan kami anak beranak akan duduk di pelantar rumah, menikmati keindahan bangkit rembulan bersama air pasang besar di Batang Sadong, Simunjan. Waktu sebegitu, saya hanya menyoal-nyoal bapa yang tidak pernah ke sekolah tentang segalanya mengenai rembulan: Kenapa ia jauh tidak dekat; Kenapa ia kelihatan di waktu malam, tidak di waktu siang; Kenapa ianya membawa dingin tidak panas; dan segala. Bapa jawaban tidak sekolahannya amat mudah; Kerana ibu kamu, mudah baginya melihat kamu dari di atas sana dan di waktu sebegini. Sememangnya, jawaban itu nadanya tidak sekolahan, namun itulah Melayu, bicaranya penuh kias. Kini, saya mengerti, bicara tidak sekolahan bapa jauh lebih falsafahnya dari Shakespeare juga Khalil Gibrar dan pasti saya akan menetes air mata saat mendongak melihat rembulan yang sedang kembang pada tanggal 15 Taqwim Islam. Di balik jawabnya ada rindu juga peringatan.

(3) Namun, jika sesiapa bangkit dan berjalan mendongak ke langit tepat separuh malam yang sama, rembulan tetap membusar terang. Para bintang akan berkerdipan di pinggiran langit. Sewaktu-waktu sebegini, hanya cengkerik meraikan dingin malam. Ibu bapa pasti sedang puas menikmati syurga di awal malam tadinya dan anak-anak, tidur mereka sudah berantakan, kepala di kaki kaki di kepala. Keindahan sewaktu-waktu sebegini, sebetulnya lebih indah dari tadinya, saat purnama merambat mendaki langit. Biar sebegitu, tidak ramai yang memerhati dan mengerti. Allah rahsiaNya, sangat tidak mudah dimengertikan. Di Kampung, saya sering melakukan itu, jika kebetulan waktunya adalah bertepatan. Apa tidak mungkin Ibn Sina dan banyak, kenal Allah kerana mereka kenal rahsiaNya? Syukur, saya punya teman akrab yang suka mendongak ke langit, dan mudah-mudahan kami mendapat Taufik dan HidayahNya untuk diperkongsi bersama. Tulisan ini, adalah secebis yang baru saya mengertikan.

(4) Sejak pertengahan tahun 2013, teman-teman teenages 1975 di Kuala Krai, Kelantan mengusul agar diadakan semula ReUnion (RU) seperti yang pernah diadakan pada 2010 dulu. Namun sepertinya, terlalu payah untuk memutus tarikhnya. Lantaran itu seorang teman, telah membuat Group Inter-link Whatsapp Chat. Saban hari ada saja yang join. Syukur Alhamdullillah. Semingguan, mulai berceloteh tentang masa silam. Juga berangan-angan agar segera diadakan RU. Bolak balik bolak balik, akhirnya di putuskan, InsyaAllah segalanya akan dibincangkan pada 16 Mei, 2014 di Kota Bharu. Celoteh di Whatsapp Group Link berterusan sehingga kini, tanpa henti sehingga punggokpun engan melayan. Inilah teenages yang kini sudah rata-rata 54 tahun merenung rembulan mengambang di ufuk Timur. Dari bicara, dari suntikan nakal saya mendapat ilham menulis tulisan ini: Rembulan kembali benderang di tengah malam, dan gerimis membadai di tengah hari. Apa mungkin saya bisa menjelas di sebalik rahsia Allah ini, akan fenomena yang kini kian menjadi sebahagian punca keruntuhan bangsa ini?

(5) Di dunia Barat, ada satu konsep yang dinamakan Mid Life Crisis. Pada taraf kehidupan kini, purata umur manusia di Malaysia adalah sekitar 75 tahun. Menurut PBB (UN), khususnya WHO, golongan sekitar 18-24 tahun dianggap sebagai belia. Maksudnya, secara tidak sadar, mereka di usia 25 tahun, sudah memasuki alam dewasa, kematangan. Jika ini benar, maka 30 peratus pertama hidup First Lag ini bolehlah dianggap sebagai life budding stage. Di usia berapakah manusia itu matang puncak? Jika diperhati benar-benar, pada usia sekitar 40-50 tahun, adalah tempoh mendadak kejayaan seseorang tidak kira samada dari segi kekayaan juga taraf sosialnya. Dari sudut pemikiran dan nilai-nilai insani, banyak akan mulai menampakkan kelaianan cara di ambang 50an. Mungkin kerana inilah, tercetus satu lagi konsep Life begins at 40. Kenapa 40? Saya mengira, pada usia 40-55 tahun, adalah waktu puncak kematangan. Segala bentuk cabaran dan experiment hidup sudah sesiapa lalui puas dalam tempoh usia 25-40 (50) tahun ie Second Lag. Selepas usia 50, dan pasti ada di usia 40, mereka ingin menikmati kejayaan titik peluh mereka. Naluri ingin berubah inilah mungkinnya mendorong kepada Mid Life Crisis dan atau Life begins at 40. Akhir-akhir ini, saya kian mendengar Life begins at 50. Jika semua ini benar, 30 peratus dari usia pertengahan kita, adalah a period of struggle. Pastinya selebihnya, iaitu 30 peratus akhirnya, kita ingin menikmati hidup ie di usia 50-75 tahun. Para pakar perubatan, juga saikologi, akan berhujah dari sudut kemantapan hormon yang akan mempengaruhi pola laku manusia mengikut umur. Namun, saya tetap percaya, sekeliling sebetulnya membentuk pola laku sesiapapun akhirnya. Mungkin bagi pemula, untuk menambah ilmu mengenai ini, bolehlah membaca buku From Mating to Mentality, Evaluating evolutionary phychology oleh Kim Sterelny dan Julie Fitney.

(6) Di kalangan orang Melayu, khususnya, Mid Life Crisis dan atau Life Begins at 40/50 biasanya terkait dengan kerukunan rumah tangga. Pada tahap Last 30% Life Lag, kaum lelaki seringnya menjadi bahan pembantaian. Di usia sebeginilah, lelaki sering dilihat kembali mula mengatal. Jika sesiapa ingin tahu asas sains kepada sifat kembali mula mengatal lelaki di usia emas bacalah buku berjudul Male Brain; Female Brain. Saya lupa penulisnya, kerana buku-buku ini ada teman-teman pinjam tetapi belum dipulangkan. Namun, saya sekadar ingin berkongsi pemerhatian atas hujah saya terdahulu, betapa keliling yang merubah dan atau membentuk pola perlakuan manusia akhirnya. Katakan pada usia 50an. Anak-anak sudah dewasa. Banyak yang sudah bercucupun. Perhatikan, di usia sebegitu, siapakah yang anak-anak dan atau cucu cicit berikan perhatian penuh. Pasti ibu, nenek dan atau atuk perempuan mereka. Bagaimana dengan ayah, datuk, dan atau atuk lelaki? Jika tidak percaya, cuba tanya, bila si anak mengirim wang kepada orang tua mereka; siapa yang mereka kirimkan?. Saya punya banyak teman-teman yang hanya menghulur wang buat ibu mereka tidak kepada si ayah. Apapun alasannya, tetap hati akan kian terguris juga akhirnya. Bahkan Mother Day lebih diingat dan diraikan dari Father Day. Sesungguhnya, lelaki pada Second Lag kitaran hidupnya, dia menumpahkan kasih pada sang kekasihnya, iaitu isterinya. Inilah waktunya, dia banyak menumpu penuh menghambat hidup demi kekasihnya. Namun saat dia mencapai Last Lag kitaran hidupnya, dia kian terpinggir lantaran kekasihnya sudah punya banyak kekasih ie anak-anak cucu cicit. Saya perhatikan, Mid Life Crisis dan atau Life begins at 40/50 sangat jarang terjadi dalam sebuah keluarga yang sangat balance emotional treatment. Pernah tidak kita mendengar, kat-kata: Dia ini sudah buang tabiat agaknya. Kenapa ungkapan sebegini timbul, dan siapa sering berkata sebegitu?

(7) Saya melihat, suatu keanihan (juga keajaiban) di alam hidup ini. Lelaki, semakin dia berumur, semakin dia punya banyak pangalaman hidup, keyakinan dirinya meningkat-ningkat. Dia mulai memandang hidup dengan penuh keberanian juga kian lebih tenang. Maksudnya, stress kian berkurang pada lelaki yang kian meningkat usianya. Dalam loghat Kedah, semakin tua, semakin lengai, buat dek lebih. Itu bukan apa, kerana pengalaman hidup mengajarnya untuk relax, take it easy. Sebalinya bagi perempuan. Pengalaman lepas perempuan menjadikan banyak curiga dan was-was. Keyakinan diri perempuan kian luntur di usia kian meningkat. Dari sudut perubatan dan saikologi, ini terkait dengan perimbangan hormon di dalam tubuh perempuan. Sememangnya, fitrahNya sebegitulah. Allah menjadikan kudrat perempuan punya menopause dan tidak pada lelaki. Apakah tujuannya? Pasti banyak hikmah kesihatan juga saikologinya. Pertamanya, saya yakin agar dia tidak boleh mengandung, kerana mengandung di usia tua, pasti lebih mudharatnya. Kedua, agar perempuan jadi kian kurang ranginya, jika tidak para anak-anak dan cucu cicit tidak terhambat akan ibu juga nenek mereka. Maksudnya saya kira, Allah mahukan perempuan agar lebih bertenang saat usia kian melanjut. Saya pernah terbaca tulisan seorang pakar perubatan, dari hasil kajian yang agak lama sekumpulan mereka, menyatakan wanita belum menopause, kestablian emosinya hanya sekitar dua mingu dalam sebulan, dan dua mingu lagi agak kurang stabil. Sebabnya adalah atas faktur keseimbangan hormon di waktu kitaran haid mereka. Saya yakin, menopause dan atas faktur pengalaman ianya punya tujuan untuk memantapkan emosi wanita. Kerananya, para anak dan cucu cicitnya akan lebih akrab dan bertambah kasih sayang mereka. Inilah saya kira hadiah segera Allah buat ibu-ibu semasa hayat mereka. Kenapa menopause tidak wujud pada lelaki? Keseimbangan hormon harus terus ada pada lelaki. Biar apapun, mereka tetap memikul tanggungjawab sebagai khalifah. Tidak lelaki adalah lelaki jika sikapnya lembik sotong. Maka Mid Life Crisis dalam rumahtangga berlaku lantaran kita tidak faham akan perkara ini. Lelaki sampai kapanpun, dia tetap hendak dilayan. Manusia-manusia Barat, mereka mengerti akan tuntutan ini, maka sikap mereka dalam coupling sangat berbeza.

(8) Sesungguhnya, di dalam Islam, perkara ini tidak sukar dimengertikan. Muhammad SAW menikahi Siti Khadijah dalam julat umur yang sangat berbeza. Namun, suatu yang banyak tidak perhatikan, Siti Khadijah memberikan Muhammad SAW dokongan paling baik saat Second Lag usia baginda. Allah juga, MahaMengetahui sifatNya, Siti Khadijah diwafatkan di usia sebelum luntur kasihnya kepada Muhammad SAW. Maksudnya, Siti Khadijah pergi, saat kasih dan perhatiannya kepada Muhammad SAW kekal memuncak. Allah tidak membebankan Muhammad SAW dengan Khadijah yang tua dan uzur. Itu jangan di soal, kerana Allah punya rencana dan tujuan khusus tentang hidupnya Muhammad SAW. Juga, pasti jika semua mahu berfikir, tidak tanpa sebab bila Muhammad SAW mengusul agar beda usia pasangan suami isteri harus 5-10 tahun. Kerana, seperti saya katakan seringnya, Melayu, dunia Islam kini tidak reserach oriented, asas saintifik saranan Islam tidak pernah kita mengertikan mendalam. Maka sebab itu, Islam belum dan tidak akan menjadi Adeen kita sedalam seluasnya. Juga jika direnung kembali, kenapa bila Fatimah Azzaharah meminta kepada Muhammad SAW agar dia diberikan pembantu untuk mengurus rumahtangganya dengan Ali Abi Thalib, apa lagi saat anak-anaknya Hassan dan Husien sudah pada nakal. Muhammad SAW, menafikan permintaannya. Kenapa? Di satu sudut, itulah zuhud, itulah amanah. Di sudut lain, saya yakin, itulah saikologi berkasih antara Ali Abi Thalib dan Fatimah Azzaharah yang Muhammad SAW sebetulnya ingin tanamkan. Ali Abi Thalib dan begitu juga Usman Affan, disepanjang hidup mereka dengan beristerikan anak-anak Muhammad SAW, mereka kekal monogami. Begitu juga Muhammad SAW disepanjang hidupnya Siti Khadijah. Pokoknya, di saat kasih sayang masih subur, maka bersetia dan jagalah. Saya berkeyakinan itulah salah satu sebabnya, Allah mematikan semua anak-anak Muhammad SAW, ie isteri kepada Ali Abi Thalib dan Usman Affam pada usia muda mereka. Saat Siti Aishah berkata lebih kurang: Pribadi Muhammad SAW itu adalah Al Quran, sering kita hanya melihat pada diri dan pribadi baginda. Kita jarang, dan mungkin tidak pernah, melihat sekelingnya juga Allah mahukan kita perhati dan semak sedalamnya.

(9) Wajar saya berkira, dan sudah sampai waktunya, budaya perkahwinan di kalangan Umat Melayu kita tengok betul-betul. Sekarang banyak perceraian berlaku, di kalangan banyak peringkat umur. Namun, saya berkira, tidak banyak cuba menngkaji, umur saat menikah adalah punca kepada banyak masalah rumahtangga Melayu kini. Islam mengalak Umatnya menikah, itu benar, namun Islam juga menganjur usia dan beda usia menikah perlu juga diperhatikan. Itu kita tidak ambil pusing. Bahkan di kalangan masyarakat Minang, banyak sudah dilanggar adatnya. Budaya Melayu kita take marriage easy maka banyak korban pastinya akibat sikap Budaya Lengai sebegini. Bukan sekadar perceraian yang menjadi masalahnya sekarang, bahkan limpahan janda juga kian meninggi.

(10) Sesungguhnya hidup lelaki, terang mengambangnya tidak pernah pudar. Penuh di awal malam, tetap penuh di tengah malam juga di dini hari. Kias pada rembulan, perempuan harus mengerti, Melayu secara kolektif budaya, harus merobah, jika kita tidak mahu terseret ke dalam kancah akidah akhirnya. Ibu-ibu kembalilah menjadi perawan juga ibu seibunya. Jangan nyaman siang, tercalit lantaran gerimis di tengah hari. Allah, pada alamNya ilmuNya tersembunyi dalam.

Kuching, Sarawak
21 April, 2014

1 comments :

balqis wilson said...

Assalamualaikum.

Selamat bertemu kembali, selamat Hari Merdeka...

Rembulan Kembali Benderang (semak semula 26.Apr.2014).

1. InsyaAllah didalam tulisan saudara ABC ditulis In Shaa Allah. Ia dijarak dalam 3suku kata, ejaannya agak sedikit berlainan.
InsyaAllah instead of In Shaa Allah, yang mana satu betul, saya agak keliru...

2. Menarik di dalam tulisan Saudara ABC tentang coupling.
Beberapa bulan lepas saya berada disekitar bandaraya JB,atas urusan keluarga ke Singapura. Sebelum itu berhenti disebuah restaurant untuk dinner.
Sedang menikmati juadah, muncul pasangan kekasih lewat usia mungkin 60tahun ke atas. Dalam jarak yang agak hampir saya hanya memerhati perbualan mereka.
Isterinya berbangsa Cina, sedang suami berdarah Inggeris. Bual bicara istri tidak henti-henti, suami hanya mendengar dengan begitu focus dan concentrate tanpa ada handphone ditangannya.

Apa yang menarik sebenarnya, sikap kalangan masyarakat Asia esp.Bangsa Melayu (maaf..), saya rasa tidak sebegitu. Bagi saya suaminya seorang yang caring and loving. Mereka adalah pasangan yang bahagia, they continue to make memories together....

3. Saya ada membaca sebuah tulisan Saudara ABC, Marriage For Sex (6.6.2011).Bagi saya ia begitu menarik jika kita punya waktu seketika untuk melihatnya.
Pada paragraph 3,...secondly, the word uttered was 'to serve like a first class prostitute',made almost everybody except the 'first class prostitute'feel agitated. Say, if OWC had stated , serve your man like Cleopatra treated Caesar or Mark Anthony, or love your man just like Zulaikha love Yusof, definitely the noise will turn to lovely music...

Mungkin kepada ibu dan bapa,petikan diatas adalah satu saranan yang baik dari beliau.
Suggestion dari beliau tentang dua buah buku,Male Brain and Female Brain juga boleh dijadikan bahan rujukan.

Menyentuh tentang dua buah buku itu, saya juga tidak ada dalam simpanan, satu hari nanti saudara ABC boleh pinjamkan kepada saya , InsyaAllah....
Semuga kebahagiaan hidup suami isteri akan sentiasa berkekalan, tq wassalam.

Back To Top