.

8/4/14 MENCARI KRISTAL KESEPAKATAN INI....apa, bagaimana (revised 29 April)?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - April 22, 2014

Share

& Comment

Jika kita perhatikan secara mendalam, biar di dalam sebuah keluarga, khusus bagi sebuah keluarga besar, pasti ada pelbagai tabiat olah laku anak-anak. Ada yang patuh taat. Ada yang lengai, tidak kisah, dek habis. Ada yang nakal, tanpanya semua kaku. Ada yang liar, mengelora memeningkan. Segala macam. Namun, orang tua yang baik, pasti dapat mendamai semua. Inilah sebenarnya kesukaran yang sangat hebat, menjadi ibu bapa yang dapat membimbing semua anak-anak menjadi baik-baik. Jika dilihat dari Sirahnya Ibrahim AS, dia sangat berjaya kerana kedua-dua anaknya Ismail AS dan Ishak AS adalah paling taat akan perintah Allah. Allah juga tetap memberi jalan bagaimana mengurus anak-anak yang pelbagai tingkahnya. Qabil dan Habil, anak Adam AS adalah contoh awalnya. Begitu juga bagi Noh AS. Mungkin, di zaman ini, cara Yakub AS adalah paling dekat yang harus kita kaji dan teliti kuat. Yakub AS adalah anak kepada Ishak AS, cucu kepada Ibrahim AS. Di dalam Al Quran, keturunan Yakub AS sering disebut sebagai Bani Israel, kerana nama Israel itu juga adalah nama lain bagi Yakub AS. Yakub AS punya dua belas anak lelaki dan seorang anak perempuan dari dua isteri. Salah seorang darinya adalah Yusuf AS. Yusuf AS adalah anak Yakub AS yang paling bijak, taat, patuh dan jujur. Sifat-sifat itu menjadikan dia anak manja kesayangan Yakub AS, lantas menjadi kedengkian sepuloh orang abang-abangnya. Apa lagi abang-abang Yusuf AS yang sepuloh orang adalah bukan dari ibu yang sama half brothers. Mereka sebenarnya khuatir, Yusuf AS akan menjadi ketua keluarga mereka setelah kemangkatan Yakub AS nantinya. Mereka berebut kuasa. Perebutan pengaruh dan atau kuasa inilah, sebetulnya punca segala kecelaruan di dunia ini. Syaitan, tidak mahu kuasanya terlepas kepada manusia adalah bentuk terawal pertelingkahan kuasa.

(2) Kenapa agaknya, Allah menjadikan keluarga Yakub AS sebegitu jadinya? Adakah itu khusus untuk Bani Israel, atau apa hikmahnya? Al Quran adalah kitab Ilmu. Membaca Al Quran adalah untuk mendongkel Ilmu. Jika kita mengerti isi dan maksudnya, pasti ianya adalah Kitab Rujukan yang paling berharga. Al Quran banyak membicarakan prihal Bani Israel ini. Saya yakin Bani Israel, mereka kenal teliti akan bangsa mereka. Kerana itu, mereka mampu mencari titik tolak kepada kesatuan bangsa mereka. Bani Israeal, adalah bangsa yang tidak mahu rugi. Nafsu mereka sangat besar. Mereka cukup degil pada nafsu dan fikir mereka. Ikutilah sejarah bangsa ini. Siapakah para nabi mereka yang tidak istimewa dan agung? Saya yakin, para pemikir Bani Israeal, khususnya bila mereka di bantai hebat oleh mulanya Babylon, Yunani, Latin, dan Farsi, lalu kemudian oleh Barat, maka mereka melihat memuaskan nafsu menjadi hablur penyatuan mereka yang berselebaran di serata rantau. Kini dianggarkan sekitar ada 13 juta Bani Israel di seluruh dunia, Lima juta darinya berada di Israel. Jika sejak Yakub AS mereka dapat hidup aman damai, kini dianggarkan penduduk Bani Israel sudah menjangkau 200 juta orang. Sesungguhnya, saya percaya, segala mukzizat yang Allah berikan kepada para nabi dan rasul di kalangan Bani Israel adalah untuk memenuhi nafsu kaum ini. Kepuasan nafsu adalah tonggak kepada penyatuan dan kekentalan Yahudi pada masa ini dan seterusnya. Maka, kalau kita ikhlas untuk menyatukan Melayu, pasti kita perlu kenal akan bangsa ini dahulu. Di dalam Ilmu moden, saikologi Melayu harus kita mengerti. Dari sudut saintifik, mencari titk mula akan sesuatu adalah disiplin terbaik untuk perkembangan selanjutnya. Sains menemukan konsep crystalization sebagai asas kepada pembentukan segala. Air, menjadi ais, lewat proses penghabluran. Begitu juga kejadian garam dari sejatan air laut. Segala batu permata, terjadi lewat proses penghabluran. Jika hablur sesuatu jusuk, dapat dipertemukan dan atau diperkenalkan, pasti pengumpalan atau solidification akan menjadi mudah dan cepat. Hablur sebetulnya adalah ibarat benih. Allah sebegitulah Dia cuba mendidik kita, maka kita harus mencari hablur kepada kesatuan Melayu. Apakah hablur tersebut, jika ada?

(3) Saya mengatakan betapa nafsu kebendaan menjadi hablur penyatuan Yahudi, berasaskan beberapa periwatan yang saya baca samada dari sumber Islam, Nasrani dan juga Yahudi sendiri. Pertama, setelah hijrah mereka dari Canaan semasa susah kebuluran lalu diterima baik di Mesir, mereka kuat ulet bertani lalu kemudian menjadi perdagang. Sikap berdagang mereka sangat tega yang sering bergelumang dengan mencari untung lebih. Dalam istilah lain, mereka sering menjadi lintah darat. Sikap sebegini menjadikan mereka mewah dan mula membeli kuasa dan dianggap mengancam kuasa Firaun. Mereka Firaun jadikan musuh. Akhirnya, Musa AS terpaksa Allah hadirkan untuk menyelamat mereka. Di Sinai, bersama Musa AS, Allah menjanjikan mereka Palestin dengan syarat mereka harus menghambat keluar satu suku kaum yang zalim dan terpesong di sana.  Mereka engkar, mereka tidak ingin susah berperang. Mereka tidak rela mati untuk senang. Sifat kebendaan mereka mulai ketara bilamana saat di Sinai dalam kedahagaan, biar telah wujud satu mata air untuk mereka minum, namun mereka tidak berpuas hati, Musa AS dengan izin Allah memukul batu untuk menerbitkan dua belas mata air, satu untuk setiap suku dari mereka. Empat puloh tahun mereka terkapar di Sinai, di tanah gurun gersang. Namun Allah tetap mengasihi mereka dengan memudahkan hidup mereka lewat kedatangan makanan dinamakan Manna dan Salwa. Namun mereka, merungut kepada Musa AS atas derita hidup mereka, lalu tetap membandingkan kehidupan yang lebih baik di Tanah Firaun biar nyawa dan harta mereka ternyata terancam. Kerana itu, mereka melakukan apa saja keonaran buat mencabar Musa AS, yang sebetulnya memperlekehkan Musa AS tentang ajaran keEsaan Allah yang Musa AS bawakan. Kemuncak dari sifat tamak mereka, bila lembu mereka jadikan olokan Tuhan mereka berbanding Allah yang Musa AS ajarkan. Kaum Yahudi, mereka percaya kepada yang nyata. Mereka tidak percaya kepada janji biar dari siapapun. Lalu, kemurkaan Allah menimpa mereka. Mereka dituntut bertaubat. Taubat mereka adalah mengorbankan tuhan lembu mereka. Namun itu, mereka tetap berdolak dalik. Tujuannya tidak lain, menempelak, juga menghindar. Hanya segelintir yang patuh, kebanyakan engkar lalu Allah musnahkan mereka. Segelintir tersisa inilah kemudiannya Musa AS bawa masuk ke Palestin di Canaan, wilayah tumpah darah asalnya mereka iaitu Ibrahim AS, Ishak AS dan Yakub AS. Di sana mereka kembali bertani, menternak dan berdagang. Lewat masa, Allah tetap memberikan mereka panduan dan limpahan kasih sayang dengan hadirnya Daud AS, lalu Sulaiman AS. Di zaman Sulaiman AS, Allah memberikan mukzizat yang amat hebat kepada Sulaiman AS demi memuaskan nafsu Bani Israel. Sulaiman AS adalah antara nabi yang sangat luas ilmu dan kekuasaannya. Mahluk jinpun tunduk kepada Sulaiman AS. Ini bukan apa, Allah MahaMengetahui, Bani Israel, tidak akan rentan kepayahan. Maka mahluk Jin Allah tundukan kepada Sulaiman AS untuk memudahkan kerja baginda mentadbir Bani Israeal. Segala kemewahan Allah limpahi kepada Sulaiman AS. Kerajaan Israel adalah paling gagah mewah di zamannya Sulaiman AS. Dengan itu, Bani Israeal taat kepadanya. Namun kewafatan Sulaiman AS membawa pertelingkahan hebat puak, lalu mereka menjadi lemah. Mereka kemudian diranapkan oleh Kerajaan Babylon (kini Iraq) pada 597SM. Jurusalam runtuh, Temple of Solomon dirobohkan dan sebahagian besar kaum Bani Israel kemudian ditawan lalu dijadikan hamba di Tanah Mesopotamia. Di sana, sejarah hidup mereka seperti di wilayah Firaun berulang kembali. Mereka mulanya patuh jadi hamba petani dan penternak, namun kerana daya kebijksaan Allah berikan kepada mereka, mereka perlahan-lahan menjadi pedagang lintah darat Riba mereka amalkan di Babylon sejak awal 500SM. Namun sebahagain tetap bertahan di Jerusalam dan perlahan-lahan kembali membangunkan kota itu, sehingga pada 70M, Jerusalam diranapkan oleh Roman (Latin), dan the Second Temple turut dimusnahkan. Inilah detik, bilamana Yahudi mulai bertebaran ke serata Eropah, Afrika, Arab, Farsi dan sebilangan ke India (sisa Babylonia). Sesungguhnya, musuh Yahudi kini iaitu Farsi dan Islam, adalah penyelamat keberadaan Yahudi di Jerusalam. Tanpa belas ikhsan Farsi dan Islam, Jerusalam pastinya telah terhapus dari kependudukan Yahudi. Namun, Yahudi tidak kenal budi Farsi dan Islam, melainkan kebendaan tawaran Barat kepada mereka yang sekadar bersandiwara. Hakikatnya, sejak Yakub AS sehingga Golda Meir (1948), bangsa Yahudi adalah bangsa hanyut. Di Eropah khususnya mereka paling tertekan. The Black Death di awal Western Rennaisance umpamanya telah menjadikan alasan bagi bangsa-bangsa Eropah untuk memusuhi bangsa Yahudi. Sebabnya, mereka telah menguasai sistem metropolitan Eropah dan wabak penyakit yang melanda Eropah pada masa itu adalah berpunca dari kehidupan bandar yang tidak sempurna. Yahudi dilihat sebagai membawa penyakit di kota-kota. Ukraine, Russia, Potugis, Jerman, England, Peranchis, dan Sepanyol adalah negara-negara Eropah yang sangat membenci Yahudi. Islam di Turki banyak membantu dalam menyelamatkan Yahudi, maka tidak heran jika Turki sangat terpengaruh dengan sekularisma akhirnya. Yahudi subur di Amerika, lantaran penganut Protestan di sana sangat berisfat kebendaan selaras dengan Kapitalisma bawaan Yahudi Zionis.

(4) Yahudi, sebetulnya ada dua kelompok. Kelompok yang paling berpengaruh adalah kelompok Zionis. Saya yakin, inilah kelompok yang membiak dari sebelah 10 half elder brothers Yusuf AS. Inilah kelompok yang sedang bersekongkol hebat dengan Barat membentuk pakatan Christo-Judo atas tujuan untuk melemahkan Ekonomi Islam. Mereka tamak agar segala jadi milik dan di bawah kekuasaan mereka. Mereka bercita-cita menakluk dunia. Mereka saling bertonggangan demi cita-cita masing-masing. Mereka sedang tidur sebantal, namun bermimpi lain-lain. Kelompok kedua, adalah Yahudi Orthodox. Golongan ini dimusuhi Barat, khususnya Catholic Christian. Golongan ini sering dipersendakan. Mereka tidak diterima di Barat, biar di Eropah, Kanada, Russia, Australia apa lagi di Amerika Syarikat. Inilah golongan yang taksub kepada Agama Yahudi. Inilah masyarakat Rabi Yahudi. Mereka tidak lain, hanya mementingkan soal-soal agama, dan mereka sanggup berbuat apa saja demi Temple of Solomon. Cita-cita mereka adalah re-establish the Kingdom of Solomon. Kebanyakan mereka ini adalah di Israel, Jurusalam. Lainnya bertaburan di Arab, Afrika (terutama Somalia), Farsi, Turki dan Eropah Timur. Cuma kini, lantaran demi kepentingan Israel kedua-dua Yahudi Zionis dan Yahudi Orthodox perlu bekerjasama. Sifat-sifat materialism mengatasi prinsip beragama mereka. Ya, benar, survival adalah asas kesepakatan Yahudi. Pada mereka material ownership adalah their survival deed. Jurusalam dan ekonomi dunia mesti mereka pegang, baru mereka berpuas hati. Selagi itu tidak tercapai, maka Yahudi akan kental bersepakat. Maka atas sebab itu, saya yakin the fundamental basic kepada kesepakatan dan keuletan Yahudi adalah kebendaan.

(5) Juga, cuba perhatikan sebelum hadirnya Shih Huang Ti (246-210SM), MahaRaja China yang pertama, wujudkah China? Sebelum itu, China adalah sepuloh territorial warring kingdoms. Di zaman kekacauan China, selepas the Last Emperor, Barat kemudian memperkotak katikkan China, sehingga akhirnya timbul Mao Tze Dung, membantai konsep Barat lalu membawa China kekal sebagai suatu Negara Besar. Prinsip perjuangan Mao Tze Dung adalah material denial. Barat sebetulnya, ingin memporak perandakan China lewat fahaman materialism, namun Mao Tze Dung, mengasak China back to basic. Inilah asas perjuangan Ho Chii Minh di Vietnam dan Pol Pot di Kemboja. Tanpa rakyat going back to basic pasti mereka akan terus dicengkam, terjajah Barat sehingga kini. Sesungguhnya, jahanamnya Empayer Melayu Champa lantaran materialisma. Tidakkah itu menjadi tentangan Muhammad SAW dan para Khalifah Arrashidun?

(6) Juga cuba perhatikan bagaimana jalanan kebangkitan Jerman, Jepun, Korea, bahkan Singapura. Saya percaya, yakin dan berpegang betapa survival threat adalah asas kepada penyatuan Jerman, Jepun, dan bahkan Korea. Korea Selatan, kekal sebagaimana ianya kini, lantaran Barat berjaya meyakinkan betapa mereka will only survive for being with the West sedang Korea Utara kekal sebagaimana ianya kini lantaran mereka sedar we survive for who we are. Pokoknya, saya berkira, kekuatan sesuatu bangsa adalah tentang apa dan cara mereka melihat kemandirian bangsa mereka. Maka, apa dan bagaimanakah Melayu melihat asas kemandirian Melayu? Persoalan ini harus kita kaji dan dasari sekuatnya. Saikologi, asas fikiran dan falsafah hidupnya Melayu harus kita gali dan perbetulkan, maka barulah saya kira, kita akan menemukan jalan terang seterusnya.

(7) Untuk keperluan ini, saya yakin, kita kena faham Sejarah Terang-Gelapnya kita, agar kemudian kita kembali Terang terus Terang. Jika kita benar-benar faham akan Islam, Melayu dari mulanya berAdeenkan Islam. Hidup kita bermula dengan Indah Terang dalam Islam. Kita kemudian, saya menduga menjadi perantau bergerak dari Lembah Bekka di Mekah, membelah gurun, mendaki gunung dan bukit bukau, meredah lembah, mengharung samudera, lalu di sinilah kita berada di bumi Timur ini, di Nusantara. Apakah akan ada tanah lain selepas Nusantara untuk Melayu? Di sepanjang perjalanan itu, Islam kita kian pudar, hanyut, terhakis, lantas kita sesat keGelapan menjadi Animisma. Semua sebegitu jadinya manusia. Cuma di Timur, Buddha timbul menjadi pemikir lalu melahirkan falsafah hidup yang lebih baik, lalu terangkat menjadi Agama. Sama prihalnya dengan para pemikir awal Hindu, sehingga kedua-dua Agama itu meresapi hati nurani Melayu menuju memberikan Jalan Samar-Samar. Allah atas fitrahNya, Dia menjadikan mahlukNya, Dia pasti memberi jalan pertunjuk buat mereka. Islam, Allah kembalikan hadir kepada Melayu. Dari Terang, KeGelapan, Samar-Samar Allah kembalikan Nur Terang buat Melayu. Islam kembali hadir di hati nurani Melayu sekitar 700-1,400 tahun dahulu. Syaitan, tetap syaitan. Hadirnya di mana-mana selagi rongga punya angin dan atau udara. Melayu yang Allah telah kembali Islamkan kian hanyut kembali dalam segala kesamaran. Saat kian tersasar, Melayu kembali tercari-cari. Mencari dalam samar, biar Penyuluh telah Allah sediakan. Saya berkira, begitulah saikologi jiwa dan fikiran Melayu kini. Melayu nyasar, terkusur kasar, goyak gayik.

(8) Saat berpunya kita mengabai, lalai. Kita tidak hargai saat kita berpunya. Kita tidak berusaha terus memperkukuh yang kita miliki. Saat tidak ada kita tercari-cari. Saat terlepas kita sesali. Namun bila kita kembali  mencari, kita sering mencari di dalam kesamaran. Itulah, rengkasan saikologi fikiran dan jiwa nysar, terkusur kasar, goyak gayik Melayu yang dapat saya rumuskan. Dalam nada sinis Mahathir Mohammed mengunkapkan, Melayu mudah lupa. Dalam pemikiran budayawan Melayu, the Malays are very forgiving. Melayu mudah forgetting and forgiving.;Melayu mudah lupa dan pemaaf.

(9) Apakah dan bagaimanakah Melayu dapat disatukan? Perlukah Melayu disatukan? Untuk apa Melayu bersatu? Anak-anak Melayu kini saya lihat gemar menonton bola.  Masyarakat Melayu kian menjadi masyarakat bola, boleh ditendang ke mana saja. Cuma, di padang bola, pemainya setidak-tidak menjaringkan goal. Di luar gelanggang, sekadar tepik sorak, pulangnya penuh kemelut tidak berkesudahan. Apa sebenarnya message dari sikap Melayu ini? Saya perhatikan dari dulu, Melayu gemar yang berunsur sorak sorai. Lumba perahu, adalah pesta sorak sorai. Apa lagi sabung ayam. Begitu juga pesta gasing. Sama halnya dengan layang-layang. Melayu gemarnya berpesta. Pesta Aidil Fitri. Pesta Nikah-Kahwin. Pesta joget ronggeng. Pesta khatan. Bahkan dakwahpun kian menjadi pesta. Arena politik, sememangnya sudah berpesta lama. Di zaman ini, cuba adakan pesta. Pasti paling meriah riuh rendah adalah Melayu. Sebut pesta apa saja. Gepaq Jom Heboh HotFM. Apa saja, pasti hebohnya Melayu. Namun, kesan jangka panjangnya apa? Maksudnya dalam budaya Melayu, pelaku hanya sedikit penonton pasti banyak. Jika kita punya sifat sebegini, apakah kita akan boleh bersatu? Atau perlukah kita bersatu? Paling perlu disoalkan, apakah bentuk bersatu yang kita perlukan?.

(10) Yahudi kental bersatu demi Jurusalam Tapak Temple of Solomon dan Israel Negara Yahudi. Kedua-duanya adalah demi kepentingan kelansungan agama dan bangsa. Itulah yang membentuk core, pusat kesatuan Yahudi, sedang environ bagi core itu adalah penguasaan ekonomi dunia. Maka Yahudi, kehebatan mereka, keistemewaan mereka adalah cekal, degil mempertahankan jati diri mereka. Maka sampai kapanpun sikap mereka tetap licik menyesatkan. Namun bagi Umat Melayu bagaimana? Melayu bersatu pada sorak sorai. Melayu tidak melihat berAgama, apa lagi berAdeen Islam itu adalah asas juga berNegara dalam kelansungan bangsa. Banyak yang akan marah mengenai pernyataan ini, namun apakah itu bukan natijahnya? Bersatukah Melayu kerana dan atau demi Islam? Tidak, dan belum. Bersatukah Melayu demi Malaysia, apa lagi Nusantara? Tidak, belum. Kerana itu, biar pahit, Melayu mesti memperakui Islam dan Negara tidak dapat menyatukan Melayu. Sorak sorai yang menyatukan Melayu, agar lemah dan punah. Sejarah silam Kerajaan Melayu biar di Indochina, Tanah Melayu, kepulaun Filipina, Sumatera-Sulawesi, semua seronok bersorak sorai kemudian lalu punah satu-satu.

(11) Bagaimana caranya untuk kita memecahkan kebuntuan ini. Pertama, Melayu kebanyakan, sekadar suka menerima. Melayu berserah. Kedua, beban membangun Melayu adalah pada yang sedikit. Yang sedikit ini pula, jalan pencarian mereka banyak di jalan samar-samar jika tidak gelap. Jalan penyelesaian kepada apa juga permasalahan kita, adalah pada jalan menciplak, meniru. Kita tidak berusaha menyelidik, merumus sendiri. Ketiga, yang membangun dan dibangun, adalah manusia-manusia mudah lupa lantaran mudah memaafkan. Dalam budaya Melayu, sepertinya yang memimpin dan dipimpin adalah easy going. Kebanyakan ingin jalan mudah. Hendak pandai, makan telur ayam banyak-banyak, seperti disuarakan dalam suatu Perhimpunan Agung UMNO. Hendak kuat, minum air Tongkat Ali, jika tidak kulum Viagra (juga diperkisahkan dalam sebuah Perhimpunan Agung UMNO). Hendak kerja cepat siap, buat secara kontrak, dan bagi kepada kontraktor bukan Melayu. Hendak kaya cepat, ambil rasuah, salah guna kuasa dan atau jadi AliBaba ibn TaliBarut. Usaha sendiri, ikthiar sendiri, menghempas keringat, memerah otak sendiri, itu kerja bodoh. Jadi macamana?

(12) Merujuk kepada Sejarah Melayu, hakikatnya hanya sedikit Melayu pedulikan Melayu adalah jelas. Melayu kebanyakan adalah sekadar menerima. Melayu kebanyakan lebih gemar menang sorak. Sejarah Hang Tuah bersaudara adalah buktinya, biar sekadar lagenda. Hang Jebat mengamuk, adalah penguat metos. Namun kias falsafah di balik lagenda itu, sebegitulah. Begitu juga gagasan Pak Karno, dia hanya perlukan lima pemuda untuk mengegarkan dunia. Saat dia ada satu Indonesia, dia tidak boleh berbuat apa-apa. Natijahnya, Melayu kebanyakan, lebih gemar pasrah kepada yang sedikit. Ada baiknya, juga banyak tonggolnya sehingga Melayu melayu.

(13) Apa agaknya yang sedang dilakukan di Yayasan Perdana (YP)? Mengkaji Pemikiran Mahathir?. Apa model operasi YP? Sama dengan ISTAQ? Sealiran JAKIM? Jika sama, tidakkah ianya akhirnya tengelam dalam lautan ilmu yang akhirnya tidak tahu mana satu yang hendak dipilih. Akhirnya, kita hanya berpolimik tidak sudah. Namun jika YP, hanya mengkaji pemikiran Mahathir dan Perdana Menteri lainnya, saya rasa itu agak sempit. Bahkan saya kira, tidak wajar. Bersifat bias dan pasti Melayu tidak gemar itu. Pemimpin Melayu dulu bijak, cuma tidak terserlah lantaran cara kita menilai mereka. Mungkin, jika YP, mengkaji secara mendalam antara lain Pemikiran Hamzah Fansuri, Hamka, Zaaba, Abdul Razak Husein, dan Mahathir contohnya, mungkin akan kita ketemukan crystal penyatuan Melayu. Saya melihat model Ilmu Al Quran, sangat condong kepada native-self Arabia. Al Quran banyak, kebanyakannya mengambil contoh tentang perkara yang bersangkut paut dengan dunia Arabia. Pasti ada sebabnya. Yang ketara bagi saya adalah native-self Arabia maksudnya Al Quran mengambil pengajaran dan pembelajaran dari perkara-perkara yang mudah, dekat dan nyata di sekeliling Muhammad SAW agar mudah dimengerti dan diamalkan. Islam mempermudahkan segala. Jadi saya berkira, untuk memperkuatkan Melayu, fitrah Islam harus kita teladani. Kita harus memulakan dengan native-self Melayu. Saya mengira, pemikiran Mahathir Mohammed banyak di luar jangkau Melayu, sedang Hamzah Fansuri, Hamka, Zaaba dan Abdul Razak Husein berkisar pada native-self Melayu, cuma ianya tidak pada toktok orthodox Melayu. Penerapan unsur-unsur asing mereka lihat selari dengan tahap pemikiran Melayu. Namun, pemikiran Mahathir saya lihat sebagai kelanjutan pemikiran Hamzah Fansuri, Hamka, Zaaba dan Abdul Razak Husein. Pemikiran Hamzah Fansuri, Hamka, Zaaba, dan Abdul Razak Husien adalah sebagai pre-condition bagi kejayaan penerapan pemikiran Mahathir. Dalam tempoh 22 tahun pentadbirannya, Mahathir Mohammed telah merombak dan mungkin merobek batu asas pemikiran tokoh-tokoh yang saya sebutkan terdahulu. Akibatnya, Melayu pengsan di tengah jalan. Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak, saya kira terkapai-kapai mencari-cari dalam kesamaran untuk berdiri dan berjalan segiring dengan Melayu sehingga kini.

(14) Saya mengira, masyarakat madani Melayu, adalah kebalikan dari masyarakat lebah dan semut. Masyarakat Yahudi, saya kira adalah model terbaik masyarakat semut dan lebah. Tidak dan bukan bagi masyarakat Melayu. Oleh itu, Melayu kebanyakan bukan masyarakat pekerja, sebaliknya mereka adalah masyarakat penerima. Cuma sikap menerimanya mereka itu harus kita restrategize kepada bersyukur. Sebetulnya ini sudah kian menjadi. Cuma syukurnya Melayu kebanyakan lebih menjurus kepada membawa kelemahan, tidak menguat dan atau memperkasakan. Konsep Syukur Islam telah Melayu politikan sehingga menjerut mereka sendiri. Melayu kian bersyukur menjurus kepada konsep padi secupak tidak akan menjadi segantang. Mereka tidak bersyukur dapat secupak, sebagai benih untuk dapat berkoyan-koyan. Melayu kebanyakan, tidak bersyukur atas konsep beribadat seperti akan mati esok, dan beramal bakti seperti akan hidup seribu tahun lagi. Di dalam masyarakat semut dan lebah, para askar dan Queen permaisuri, adalah penerima. Di dalam masyarakat Melayu, para askar dan permaisuri, harus bekerja. Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Menteri Besar, para Exco, para Sultan, TYT dan DYMM YDP Agung dan segala pembesar Negara dan Negeri harus bekerja kuat. Mereka tidak boleh jadi askar dan permaisuri sebagaimana masyarakat semut dan lebah. Cuba fikirkan sejenak, tidakkah itu model kepemimpinan Muhammad SAW dan para Khalifah Arrashidun? Pokoknya, kepimpinan dalam Islam dan masyarakat Melayu saya kira harus songsangan dari konsep kepimpinan Kapitalis Barat. Kita harus berani menyoal, bermuhasabah diri, Perdana Menteri untuk siapa? Untuk rakyat atau untuk kelompoknya? Sama soalnya kepada para Sultan dan DYMM YDP Agung? Para pembesar Negera dan Negeri, untuk siapa? Untuk diri mereka atau kerana rakyat beramanahkan kepada mereka? Perkara ini, tidak payah untuk difahami jika kita kembali sujud kepada asal Allah menjadikan manusia.

(15) Di dalam Islam, sesiapa tidak digalak untuk menuntut apa lagi berebut jawatan. Allah yang menentukan kedudukan dan darjat sesiapa. Pemimpin di kalangan Umat Islam, ditentukan oleh Allah. Kedudukan untuk memimpin adalah suatu anugerah penghormatan darjat oleh Allah. Pastinya, kerana ianya datang dari Allah, Allah punya ciri-ciri serta tujuan jelas tentang kepemimpinan. Salah satu darinya, kedudukan sebagai pemimpin adalah suatu penunaian janji Allah betapa yang berIlmu akan Dia angkat darjatnya. Di dunia, yang berIlmu Allah jadikan pemimpin. Perkara ini adalah jelas. Adam AS sejak mula diangkat menjadi khalifah, lantaran ilmunya melebihi para malaikat dan syaitan-iblis. Begitu juga semua para nabi dan rasul. Mereka tidak menjadi nabi dan rasul, sehingga Allah telah memberikan mereka Ilmu. Maka pemimpin di dunia ini mempunyai kedudukan istimewa dan mendapat pengiktirafan Allah. Dan pasti lantaran berIlmu, Allah menuntut agar pemiliknya bersyukur. Salah satu dari sifat syukur tuntutan Allah kepada yang berIlmu, adalah menafaatkan ilmunya ke jalan kebaikan Ummah. Sebabnya mudah. Allah menjadikan manusia untuk lebih berIlmu berbanding mahlukNya yang lain agar mereka menjadi khalifah kepada yang lain itu. Tugas khalifah, adalah untuk membawa kebahagian, kesejahteraan dan kemakmuran kepada yang di bawah pimpinan mereka. Sebegitulah Allah menetapkannya, agar yang berIlmu, berbuat kebaikan terus tinggi darjatnya, khususnya di akhirat kelak. Maka, sesungguhnya apa juga kedudukan serta perolehan kita di dunia ini, adalah asas kepada kedudukan kita di akhirat nanti. Konsep ini orang Melayu mengerti jelas. Sebab itu, Melayu kebanyakan sering mengungkapan perkataan keberkatan hidup biar dari segi amal mereka tergelincir. Maka di mana, apa dan caranya crystal penyatuan Melayu?

(16) Sejak anak-anak sehingga kini saya perhatikan. Di dalam sebuah rumah tangga, seorang ayah dan atau ibu dan atau keduanya yang baik, pasti melahirkan sebuah keluarga yang berjaya, teguh. Begitu juga, di peringkat persahabatan. Jika ada di antara sahabat, yang punya sifat dan sikap yang baik, pasti para sahabatnya juga akan menjadi baik-baik, bahkan persahabatan itu kekal sehingga akhir hayat. Di peringkat surau dan masjid juga sama. Imam yang baik, pasti dapat memakmurkan surau dan masjid. Di peringkat Kampung juga sama. Ketua Kampung dan atau Tok Pengawa yang baik, pasti dapat memakmur, mensejahtera dan menyatu padukan Kampung dan atau Mukim. Pastinya, di peringkat Negeri dan Negara adalah sama juga. Sejarah Melaka banyak memberikan teladan akan hal ini. Kebijaksanaan dan kesaksamaan Bendahara Tun Ali, sangat memakmurkan Melaka. Begitu juga, kejujuran dan keberanian Hang Tuah, menyatukan semua sahabatnya dan bahkan memakmurkan Melaka. Di Negara ini, kejujuran, keikhlasan dan bersungguhnya Abdul Razak Hussein, berjaya merintis jalan kepada kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Maka, sesungguhnya, crystal kepada kecemerlangan Melayu terletak kepada sikap kepimpinan Melayu. Di peringkat manapun, sikap kepimpinan berIlmu beramanah adalah asas segalanya.

(17) Namun, beban kepimpinan berIlmu dan beramanah, pastinya harus lebih berat dipikul oleh Perdana Menteri, Menteri-Menteri Besar atau Ketua-Ketua Menteri dan para Sultan dan DYMM YDP Agung. Mereka inilah teladan yang akan jadi ikutan kepimpinan bawahan. Konsep Melayu tentang ini jelas; Guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Pempimpin besar boros, pemimpin kecil pasti turut boros, dan rakyat lebih terikut-ikut boros. Jika pemimpin besar hanya suka bercakap, maka yang lain juga bertali arus sekadar suka bercakap, biarpun tidak benar. Jika pemimpin besar suka berserkap jarang, pasti semua pengikutnya, menebar jala di padang lalang. Jika pemimpin besar dayus, pasti rakyat akhirnya banyak bertkar jadi sotong. Pemimpin besar sifat bersyukur, pasti pemimpin kecil bersyukur dan rakyat pasti malu, ikut turut bersyukur. Masih ingatkah kita, tentang Mahathir Mohammed. Dia kuat bekerja, maka semua kuat bekerja sehingga yang suka tidur tidak nampak sifat tidurnya. Begitu juga bagi Abdul Razak Husein, dia berhemah, maka semua ahli kabinetnya cukup berhemah. Para pegawai Kerajaan juga cukup berhemah dan sangat prihatin kepada tugasan mereka. Maka asas kepada penyatuan Melayu adalah kini terpikul kuat di bahu Mohd Najib Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Jika dia berIlmu beramanah berhemah, pasti Melayu akan berlumba-lumba mengejar ilmu, bersifat amanah dan hemah, akhirnya bersatu dan kuat pada sifat-sifat Islami. Jika kepemimpinan dia rusuh berpilih kasih, pasti segala akan berpecah belah. Sekali lagi, contoh terdekat bagi Mohd Najib Abdul Razak, adalah Abdul Razak Hussien. Sangat wajar baginya membaca dan mendalami tulisan Mohd Nazer Abdul Razak, di dalam sebuah akhbar tempatan saat mengimbau kembali akan Pemergian Abdul Razak Hussein. Contoh paling ideal pastinya Muhammad SAW. Crystal penyatuan dan kekuatan Melayu, adalah pada kempimpinan Melayu biar di peringkat mana sekalipun. Mohd Najib, dan sesiapa, tidak usah pening-pening memikirkan untung nasib Melayu, berilah teladan kepemimpinan berilmu beramanah. InsyaAllah. Melayu bangsa pengikut baik buruk pun mereka ikut.

(18) Di sinilah MahaKasih MahaPenyayang Allah kepada Melayu, Mahathir Mohammed Dia panjangkan usia dan anugerahkan kesihatan yang baik. Sifat analytical diagnostic firm Mahathir boleh memberikan kekuatan tidak terhingga bagi Yayasan Perdana. Apa lagi kejayaan Malaysia di masa beliau menambah aura YP jika ini dapat dipergunakan sebaik-baiknya. Semua ini, saya kira ada tujuan khusus, dan saya melihat, Mahathir harus kini mengemudi Yayasan Perdana menjadi Maktab Pemikiran Kepimpinan Melayu atau Institue of Malays' Leadership Thought. Maka Yayasn Perdana, harus dirombak bidang kajian kepimpinannya. Jadikan ianya Maktab rujukan bagi anak bangsa Melayu untuk menilai menyorot teladan kepemimpinan Melayu dari mulanya Dunia Melayu sehingga kini. Mahathir harus adil dan saksama dalam menebar contoh teladan kepimpinan semua cendikiawan Melayu. YP harus ditaja dan didokong kuat oleh seluruh Umat Melayu. Sisa-sisa usia, kudrat Mahathir harus menumpu ke sini. Anak-anak Melayu harus ditanamkan dan dididik kesedaran mendalam tentang Nilai-nilai Kepemimpinan Mulia, Great Leadership Traits selaras dengan native-self Melayu dan Islam. Saya yakin, jika keluarga, Surau, Masjid, Kampung, Negeri dan Negara di Malaysia ini terpimpin baik, InsyaAllah Kesatuan Melayu pasti menjalar ke mana-mana. Janji Allah bagaimana?

Terasi, Pendam, Simunjan
27 April, 2014

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.