.

15/4/13 FITRAH HADIRNYA KIAMBANG DAN PEMINTA-MINTA....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - April 30, 2013

Share

& Comment

Saya agak kurang ingat, samaada Firman Allah atau Sabda Muhammad SAW. Ungkapannya lebih kurang sebegini: "Jangan terlalu meminta-minta untuk menduduki sesuatu jawatan, terutama yang sangat tinggi. Setiap jawatan adalah tanggungjawap. Jika tidak terbuat, di Akhirat nanti payah untuk sesiapapun berdolak-dalik untuk menerima hukuman lantaran ketelantaran tanggungjawabnya". Maka dengan sebab itu, khususnya Umar Al Khataab dan Umar Abdul Aziz dua tokoh Islam yang sangat hebat, sangat menolak bila mahu diangkat menjadi Khalifah. Natijahnya, Melayu dulu-dulu arif benar tentang ini sehingga tercerna falsafah hidup Ukur baju ke badan sendiri,  juga, Tepuk dada tanya selera.

(2) Sesungguhnya ungkapan di atas, mengkehendaki kita memahami erti berbuat sesuatu hanya kerana Allah. Tidak lain, tidak kurang, tidak lebih dari itu. Ungkapan ini adalah Firmannya serta Sabda pesuruhNya. Sesungguhnya, ungkapan berbuat semata-mata untuk Allah masih terlalu banyak tidak kita ketahui maksudnya, dan tidak ada usaha bersunggguh-sungguh untuk mentakrif dan mentafsir akan pengertian laku dan sifat akan seruan sebegitu. Namun jika kita mengikuti sejarah secara teliti, teladan Abu Bakar As-Siddique dan Umar Al Khataab mungkin dapat membantu. Suatu waktu, saat angkatan Perang Islam sedang bersiap-siapan, ternyata ketumbukan tentera Islam sangat dalam kekurangan. Lalu Muhammad SAW memohon derma di kalangan Umat Islam yang jumlahnya masih belum banyak pada masa itu. Umar Al Khataab duluan, lalu mendermakan separuh dari segala hartanya, dan menyimpan separuh lagi untuk keperluan dirinya. Beliau berbuat sebegitu, pertamanya sememangnya iklhas untuk keperluan Islam di jalan Allah. Keduannya beliau sangat berharap, betapa dia akan dapat mengalahkan Abu Bakar As-Siddigue tentang kemurahan hatinya. Namun, tanpa mengetahui akan derma Umar Al Khataab, saat dia melangkah kaki di Masjid saat dipinta oleh Muhammad SAW, Abu Bakar As-Siddique secara spontan lantas menyerahkan keseluruhan hartanya buat jalan Allah. Bila disoal, apa yang tinggal untuk diri dan keluarganya, Abu Bakar As-Siddique menjawab: "Allah, Al Quran dan Muhammad SAW adalah tinggalan untuk saya dan keluarga". Umar Al Khtaab terpaksa mengigit bibir akur kalah, kenapa? Allah MahaBijaksana. Umar Al Khataab sering punya niat untuk mengalahkan Abu Bakar As Sidigqque dalam apapun. Atas niat itulah, Allah sering mengagalkannya, tidak lain untuk memperjelaskan kepada semua Umah selepas itu agar dalam segala sesuatu yang kita lakukan jangan sekali-kali dicampur baur tentang selain hanya untuk Allah. Sesungguhnya, Abu Bakar As-Siddique memiskinkan dirinya kerana dia tahu betapa Allah akan terus memelihara dia dan keluarganya jika dia ikhlas memberi setulus sejujurnya di jalan Allah iaitu menegak dan menebar Syariat Islam. Sesunguhnya selepas peritiwa itu, Abu Bakar As-Siddique tidak pernah miskin apa lagi ketelantaran hidupnya. Begitulah ikutan semua yang lain selepas beliau iaitu Umar Al Khataab, Usman Affan dan Ali Abi Thalib serta beberapa yang lain semasa dan selepas itu. Sejarah membuktikan Islam menjadi utuh tertebar luas selagi wujud sifat-sifat itu. Sifat-sifat Zuhud, berkorban hanya untuk Allah.

(3) Di dalam kempen PRU13 sekarang, samada di pihak BN, PR atau Bebas, jelas nafsu meminta-minta akan kedudukan berlaku ganas. Tidak heran jika itu adalah di pihak bukan Islam, namun yang tertonjol lebihnya adalah di kalangan Melayu "Islam". Paling ketara, saat terlolong terpekik-pekik meinta-minta, cacian, kejian, tohmahan, segala seribu satu macam sifat nafsu nafsi seperti mengatasi fitrah berakal dan berhikmah. Sememangnya bumi mana tidak ditimpa hujan, namun kita harus punya batas lintas untuk sadar dan insaf. Bayangkan si peminta sedekah. Saat dia meminta secara terhormat, apa tidak mungkin ada hati dan tangan yang menghulur seikhlasnya. Bayangkan jika dia meminta memaksa-maksa, tidakkah buruan dan hamburan kebencian menghujani dia? Sesungguhnya di alam Melayu, Allah bentangkan sangat luas tabii azali buat pedoman jika kita mahu dan mampu berfikir beriktitaf.

(4) Kepada BN dan PR, khususnya bagi UMNO, PAS dan PKR (sebahagian) saya berkira Mahathir, Najib, Anwar dan Muhyiddin telah terlalu ke depan sehingga tengelam panglima-panglima mereka. Saya khuatir, bila sudah terlalu ke depan, maka para panglima dan angkatan perang lainnya menjadi terlalu jauh ketinggalan. Sepertinya, Najib sudah menjadi Ketua Turus, panglima, juga soldadu untuk kelihatan sangat rajin berkerja keras. Mahathir pula sudah termengah-mengah diheret ke serata Negara. Muhyiddin, mungkin sudah terlalu lama tidak santap, makan, sholat bersama keluarga. Anwar ribut ke sana sini, sehingga wajahnya kusam masam pahit. Mungkin kita terlalu-lalu terikut-ikut cara pemilihan presiden Amerika, maka gaya dan cara kitapun samalah. Bacalah, dan fahamilah, dalam banyak misi peperangan selepas Muhammad SAW, para sahabah lebih banyak membiarkan misi-misi tersebut dilakukan oleh para panglima mereka. Kenapa? Juga dalam misi-misi tersebut, para Sahabah terutama sekali Umar Al Khataab memeperincikan nasihat dan gerak laku dan tatacara para panglima dan pemimpin-pemimpin lainnya saat mereka berperang dan selepas tamat peperangan. Kenapa sebegitu? Sesungguhnya PRU13 dan keadaan semasa para Sahabah adalah hampir-hampir sama tentang suasana dan tujuannnya. Mungkin kerana kita tidak pernah mahu belajar dari Sejarah maka kita terus mengasak tidak pada landasan yang telah Allah ciptakan iktibarkan 1,400 tahun terdahulu.

(5) Saya melihat, Mahathir telah being over exposed dan ini, seperti kita tahu dan Mahathir juga harus tahu, dia banyak musuh. Kerana over exposed maka banyak rahsia kekauatn Melayu kian terbongkar. Father Figure yang harus dimainkan oleh Mahathir harus ada batasnya, dan tidak semua harus dia pikul. Sesungguhnya, bila Najib terlalu bergantung kepada Mahathir untuk menjelaskan segalanya, maka saya khuathir pembacaan umum pasti akan menjadi lain. Bak kata orang Kedah: "Tok dok tepi dulu noh, biaq cek pi main-main. Tak jauh mana eh. Dekat je. Kalau ada apa-apa cek minta tolong, baru Tok main. Tok rehat tengok kami saja no". Najib sebagai PM juga bekas Menteri Kabinet Mahathir seharusnya tahu akan sebab musabab segala langkah tidak popular dahulunya dilakukan. Begitu juga dengan Muhyiddin. Membeban kepada Mahathir sesungguhnya membangkitkan semangat dua musuh iaitu musuh Mahathir (di dalam dan di luar) serta musuh Najib-Muhyiddin sendiri (di dalam dan di luar). Begitu juga prihal Anwar, sehingga beliau tededah ditelanjang habis. Sesungguhnya saat Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar terlalu ke depan, ada pihak baling batu sembunyi tangan serta menangguk di air keruh apa lagi terus jadi batu api dan pemuka-muka. Akhirnya, jadilah Melayu sepertinya Pak Kadok, menang sabung, menang sorak, tetapi Kampung tergadai. Melayu kini, harus jangan memandang rendah akan luas dan dalamnya pengertian falsah hidup yang Melayu dulu-dulu cuba ketengahkan lewat cerita-cerita bodoh sepertinya penglipur lara Pak Kadok, Lebai Malang, Sang Kelembai, Mat Jenin, Si Luncai, dsb.

(6) Saya khuatir, jika Najib dan Muhyiddin dan bahkan Anwar, jika mereka terlalu ehaustive, kita sebetulnya sedang menghantar message salah kepada para pelabur asing. Sikap mereka menjadi tunggu dan lihat. Itulah sebetulnya sedang terjadi maka, banyak perkara telah menjadi tertangguh sejak Jun 2012 lepas. Juga, biar siapapun menang pasti kemenangan dan kerja keras akan dirayakan dengan bercuti libur untuk menghilang segala kepenatan. Saya menduga, selepas PRU13 ini, akan terjadi pesta liburan bukan hanya kepada Najib, Muhyiddin, dan Anwar (Mahathir tidak usah kira, dia akan terus bekerja), tetapi kepada semua jentera berkaitan termasuk Kerajaan dan swasta. Saya yakin, asakan PRU13 akan menlengaikan pergerakkan ekonomi Negara sekurang-kurangnya selama 18 bulan jika tidak lebih. Kinipun sudah terasa akan no growth mood sebetulnya. Semua masih mahu tunggu dan lihat. Apa lagi nanti jika PRU13 tidak memberikan kuasa yang jelas kepada sesiapa, pasti kacau kita.

(7) Berbicara sahajalah yang sebenar sebetulnya. Jelaskan seikhlas apa yang dalam lingkungan kemampuan kita. Tidak perlu kita meminggir menyisihkan sesiapa. Apa lagi berbicara yang hati kecil kitapun tidak yakin. Kita harus boleh berdiri atas kekuatan azali kita yang telah Allah anugerahkan kepada kita. Sesungguhnya yang suka memfitnah berbohong mereka-reka adalah tanda mereka yang tidak punya kemampuan dan keyakinan diri. Ambilah iktibar, Saat biduk berlalu, kiambangpun bertaut. Sadarkan segalanya kepada Allah. Dia menentukan jalannya buat kita, Kita berbuat saja pada batas hak dan natijah kita. Sesungguhnya, Allah itu ada dan Dia MahaTahu. Tidak Malaysia punah ranah jika Najib atau Muhyiddin atau Anwar tidak menjadi PM atau TPM. Saya khuathir Allah atas sifat misterinya Dia, memberi apa yang kita paksakan, hanya sebagai pengajaran kepada yang lain kemudiannya. Syukur jika ianya mendatangkan kebaikan, jahanam mungkinnya kita, saat Dia ingin membuktikan betapa keingkaran adalah berkelanjutan dengan musibah. Muhyiddin, anak Pondok dari keluarga dalam pengetahuan Islamnya harus mengerti akan prihal ini. Marilah kita saling memperingati agar air dicincang tidak putus dan biduk lalu kiambang bertaut.

Kuching, Sarawak
30 April, 2013

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.