(Apa yang di renung, apa yang difikir, apa yang dibicarakan?)
Banyak orang punya berbagai pendapat tentang Kelantan. Bagi saya, kalau kita ke Asia Tengah, pasti kita akan melewati negara-negara yang namanya ada TAN sebagai hujungannya: (Pakistan mulanya), Afghanistan, Kurdistan, Turkmanistan, Karzastan, Baluchistan, dsb. Pada hujung nama, ada keserupaan. Juga kalau dilihat pada balutan tradisi kepala manusia-manusianya, juga ada kesamaan iaitu hadirnya serban atau semutar. Mungkinkah kerana Tan dan Serban, maka Kelantan agak lain berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Dengan sebab itu, maka banyaklah tafsiran mengenai negeri tersebut.
(2) Beberapa tahun terdahulu, saya agak acap kali juga ke selatan Filipina, khususnya di sekitar kepulauan Mindanao dan Sulu. Saya pernah menulis tentang kemiskinan dan penghambaan anak-anak di rantau sini.
(3) Tahun lepas dan sekali lagi minggu ini, saya ke selatan Thai, meliputi Tiga Wilayah yang sentiasa bergolak iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala.
(4) Juga dalam tahun ini dan tahun sudah, saya agak kerap ke Kelantan. Saya banyak bertemu semula dengan rakan-rakan sebaya serta beberapa rakan-rakan baru melalui mereka ini. Perjalanan kali ini membuahkan ilham kepada saya untuk merumus kenapa Kelantan, Tiga Wilayah Siam, dan Sulu-Mindanao masih begitu mundur dari segi perekonomian. Juga saya yakin begitulah halnya dengan Wilayah Riau-Acheh, Bosnia dan sebilangan besar negara-negara Islam di Asia Tengah.
(5) Kalau kita dalami, secara kelompok, mereka ini agak bebas-merdeka dalam soal "pendidikan Islam". Sengaja saya tuliskan "Pendidikan Islam" sebegini, kerana atas kesangsian saya tentang "kesempurnaan" sistem tersebut. Saya yakin, masing-masingnya punya sistem pendidikan pondok dan madrasah yang agak tersendiri tergantung kepada wibawa dan pemikiran pengasas masing-masing.
(6) Ada asas pondok atau madrasahnya dari Acheh, Jawa, Pattani, Kelantan dan bahkan saya kira turut juga bertunjangkan Gujarat atau Kerala yang menjadi tapak bagi para mubaligh Islam terdahulunya melancarkan syiar Islam ke rantau ini.
(7) Kalau di perhatikan, pondok-pondok atau madrasah-madrasah ini akhirnya berkembang menjadi 'kelompok-kelompok' tersendiri yang seolah-olah menjurus kepada konsep kabilah dalam dunia Arab. Namun mereka akan bertaup erat saat mereka tercabar biar dari mana sekalipun, luar atau dalaman. Pastinya jika cabaran itu dari luaran, maka mereka akan menjadi lebih "berkabilah" jadinya lalu membentuk gagasan yang besar dan seolah-olah gagah. Di kalangan mereka, ada saja, kapan jugapun akan terlahir mereka yang sanggup bergadai apa saja dalam "membela Islam" mengikut sistem dan "adat" mereka. "Jaguh" Islam sentiasa terlahir di kalangan mereka ini.
(8) Pokoknya, mereka tidak mahu sistem yang mereka amalkan diganggu gugat. Tentangan pernah terjadi bila Mahathir Mohammed berusaha memperluas pengaruh pendidikan sekular ke sistem sekolah pondok, madrasah dan agama. Begitu juga, berlaku tentangan bila Kerajaan Indonesia mulai mahu campur tangan dalam soal pengurusan Madrasah. Di Thailand dan Filipina, sentuhan Kerajaan ke atas sistem pondok dan madrasah dianggap gannguan yang tidak boleh diterima dan telah menimbulkan banyak pertumpahan darah.
(9) Kita bersyukur atas niat dan usaha mereka untuk tegak membina umat Islam. Cuma, kepincangan mereka, bila mana sistem 'pembinaan" yang mereka tegakkan sering saja menjauhkan mereka dari membina kekuatan yang mantap. Dari segi akidah, mungkinnya mereka kuat, namun dari segi lahiriah tetap mereka lemah.
(10) Saya berpandangan, dan juga menjadi tajuk perbincangan saya dengan beberapa mereka yang berpengaruh di Pattani adalah agar mereka dapat lebih bijaksana dalam usaha memimpin masyarakat ke arah kekuatan ekonomi. Perjuangan mereka dalam membangunkan sistem ekonomi yang baik dan kukuh harus bersandarkan pendekatan makro dan mikro. Tekanan mereka selama ini kepada pendekatan mikro: tenunan, cottage, kerajinan, dsb telah tidak menjurus kepada kejayaan menyeluruh. Akhirnya, anak-anak mereka hijrah, dan sebilangannya hanya dapat menduduki tangga kerjaya yang hanya bersifat upahan rendah (low wage employment).
(11) Saya yakin, wilayah Narathiwat-Pattani-Yala, Sulu-Mindanoa, Rhiau-Acheh, Trengganu-Kedah-Perlis, Borneo-Maluku-Papua, bahkan sebilangan negara-negara Asia Tengah dan Eropah Timur sangat memerlukan Economic Developmentalist Personality.
(12) Kerana sensitiviti wilayah-wilayah ini dalam hubungan mereka dengan Kerajaan Pusat, maka Economic Developmentalist Personality ini harus punya kebijaksaan dalam menjaga kepentingan tempatan serta peringkat pusat agar ianya tidak sekali-kali disalah tafsir sebagai kemungkinan membina kekuatan bagi penentangan terhadap mana-mana pihak. Ianya harus dilihat sebagai gerakan membina negara-bangsa dari membina kelompok.
(13) Saya berkeyakinan, semasa Mahathir Muhammed perkara ini telah beliau rencana dan usaha gerakan melalui gagasan Pembangunan Bersama Wilayah Indonesia (Sumatera)-Malaysia (Kedah-Perlis-Kelantan)-Thailand (Narathiwat-Pattani-Yala) apa yang disebut IMT Growth Triangle (IMTGT), kemudiannya BIMP EAGA (Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina) dan bahkan Sosek MalIndo. Namun kekacauan politik telah membantut usaha-usaha ini.
(14) Saya berkeyakinan, jika di Kelantan (dan bahkan di mana-mana), jika ada pihak yang bersikap berkecuali, secara jujur mengerakkan pembangunan ekonomi tempatan secara makro, wilayah dan mikro dengan bersungguh-sungguh, pastinya masalah kemiskinan dan 'keanihan' wilayah-wilayah ini akan perlahan-lahan dapat disatukan dengan lain-lain kawasan yang wajar.
(15) Peranan ini sebetulnya boleh dimainkan dengan berkesan oleh pentadbir awam dan pihak swasta. Pendekatannya harus bersifat berkecuali, tidak sekali-kali menunjukkan sokongan kepada mana-mana pihak, gerakkan semata-mata membela kelestarian tempatan. Perkara ini tidaklah payah, jika kita sanggup memerhati dan mengikuti dengan baik cara masyarakat Cina yang dapat berakar umbi di mana-mana biarpun mereka hanyalah golongan minoriti di mana-mana juga di muka bumi ini.
(16) Kelantan, Perlis, Kedah, Selatan Thai, Selatan Filipina, wilayah-wilayah jauh dari Jakarta, bahkan Sarawak, apa yang diperlukan adalah mereka yang benar-benar bekerja secara jujur dan bersungguh-sungguh membina dan membangunkan negara. Politik, dan agama perlu didekati secara lain dan sehingga kesatuan ekonomi telah wujud, kematangan bangsa dan negara akan seterusnya melihat kedua-dua politik dan agama dalam sudut yang lebih mantap dan matang.
(19) Perhatikan saja, bila dalam sebuah kampung ada seseorang bahkan sekumpulan yang gigih memajukan perekonomian masyarakatnya, pasti kampung berkenaan akan berubah corak hidup mereka. Cuma, di antara kita, berapa ramai yang sanggup berkorban diri untuk jalanan seperti itu?
(18) Dari segi sejarah, maka di sinilah hebatnya akan kehadiran Umar Al-Khatab, Ibn Khaldum, dan Ibn Batuta dalam mengerakkan pertekonomian masyarakat di zaman mereka, sedang mereka seperti Ali Abi Thalib, Bukhari dan Muslim hadir mereka adalah untuk akidah. Pasti pengamatan jalanan sejarah mereka menghasilkan kekuatan yang berbeda-beda buat umat yang mereka tinggalkan.
Kuching, Sarawak
3 June, 2011

0 comments:
Post a Comment