.

2/5/20 C19 KESANNYA DALAM CARA KITA MEMBINA BANGSA DAN NEGARA (DRAFT)

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - May 19, 2020

Share

& Comment

Kasus Corona Virus C19 pertama di Malaysia dilapurkan bermula pada 3 Feb., 2020 yang melibatkan seorang warga China yang telah melakukan lawatan ke Singapura pada 16-23 Januari, 2020. Jika diikuti dari awal kejadian C19 di Negara ini, kelompok pertama (10 orang) yang mulai diserang mempunyai kaitan dengan warga China. Kemudian barulah ianya menular kepada warga Negara kita. Seperti yang saya duga sedari awal, kasus C19 akan hanya mulai mereda menjelang Julai 2020 dan berkemungkinan boleh berlanjutan sehingga Mac 2021. Asas andaian saya adalah berdasarkan faktor cuaca. Saya menjangka di Wuhan, tempat asal kemunculan C19 dan negara-negara Barat (US, Itali dan Britain yang terkesan teruk) akan mengalami cuaca panas, Summer menjelang Julai 2020. Namun kerana C19 telah menular ke Australia, maka cuaca panas yang kini sedang melanda negara tersebut boleh menjadi faktor sekatan. Namun kerana musim luruh sudah menjelang, di mana suhu sudah menurun, maka ada kemungkinan wabak C19 akan melanda Australia. Oleh kerana Malaysia (dan Indonesia) mempunyai hubungan dagang dan sosial yang sangat akrab dengan Australia, jika berlaku wabak di sana pasti kita akan terjejas sama. Oleh yang sedemikian, saya menjangka, pada Mac 2021 barulah wabak C19 dapat dibendung dengan baik. Namun itu dilihat dari sudut faktor suhu, lantaran C19 tidak bertahan di suhu tinggi dan kering.

(2) Di seluruh dunia, sehingga 17 Mei, 2020, telah dilapurkan sejumlah 4.79 juta pesakit C19. Sejumlah 1.78 juta telah pulih sementara 318,000 telah kewalahan. Di Malaysia, terdapat 6,941 kasus sehingga 19 Mei, 2020. Sejumlah 5,615 orang telah pulih. Hanya 113 kewalahan telah dilapurkan. Berbanding dengan seluruh dunia, kejayaan Malaysia sehingga kini boleh dianggap cemerlang.

(3) Malaysia telah melakukan beberapa langkah kelongaran menjelang Eidul Firti lepas. Biarpun Perintah Kawalan Pergerakan, PKP kini adalah bersyarat, namun pemerhatian saya di masa Lebaran, disiplin PKP banyak pihak tidak hormati. Rakyat saya lihat seolah-olah menidakkan C19. Mereka kelihatan berusaha keras untuk saling berkunjungan. Akibatnya, kasus C19 kembali munujukkan tanda-tanda kembali menigkat. Maka biar faktor cuaca telah Allah kurniakan sebagai hambatan penularan C19, namun sikap manusia, sangat berbeda dengan hukum azali Allah.

(4) Dalam tulisan ini, saya tidak berminat untuk membincangkan kawalan dari segi kesihatan mengenai wabak C19 ini. Saya lebih gemar untuk melihat masa depan Negara dan rakyat akibat dari serangan wabak C19. Pertama-tama sikap rakyat. Kebetulan serangan C19 adalah seiringan kemelut politik Negara. Kerajaan telah beralih tangan dari PH ke PN. PH mulanya tidak stabil dan terus berpolitik lantaran jawatan PM8. Kini PH terlepas peluang untuk mendapatkan jawatan PM8 kerana kelicikan Muhhydin dan Azmin (yang hakikinya adalah kelicikan UMNO). PN pula adalah gabungan longar di mana jika Muhhydin tidak pandai bermain layang-layang hanya menanti waktu untuk tumbang. Bagi mengukuhkan kedudukannya, jangkaan saya, langkah politik Muhhydin sehingga PRU15 pada 2023 akan lebih menjurus kepada memenangi hati rakyat. Sejak 9 Mei, 2018 UMNO khasnya telah membangkitkan sikap menuntut janji rakyat yang akhirnya menjurus kepada hilang keyakinan rakyat kepada PH. Dalam kegawatan kewangan 2018-2020, PH tidak mampu menunaikan janji PRU14, maka ditambah kemelut perebutan jawatan PM8 dalam PH, maka kepercayaan rakyat kian terhakis. 

(5) Kerajaan kini banyak menghulur segala macam bentuk bantuan kepada rakyat. Istilah digunakan adalah bantuan. Saya tiada masalah jika ianya adalah bantuan pada hakiki hak asasi rakyat. Yang menjadi kegusaran saya, bantuan yang dihulur adalah agar rakyat terus mendokong Kerajaan yang ada. Mendokong Kerajaan yang ada, juga tidak menimbulkan masalah kepada saya. Itu tugas rakyat dan juga Kerajaan. Namun ada sudut bantuan itu yang lebih berupa umpan demi kuasa. Jika khazanah Negara melimpah ruah, saya juga tiada masalah dengan apapun bentuk bantuan. Sulaiman AS Allah anugerahkan kekayaan tiada tolok bandingnya demi menjamin keselamatan dan keImanan Yahudi di zamannya beliau. Namun, teladan itu adalah teladan negatif yang Allah sengaja adakan agar kita kini dapat berfikir tentang bagaimana mengurus rakyat kita. Bantuan Perihatin Nasional (batuan PN) Muhhydin kepada rakyat saya lihat telah mengujudkan rasa ketergantungan rakyat kepada ehsan Kerajaan. Kini harga setiap apapun sudah melambung biar di musim payah sebegini. Rakyat di desa-desa cukup bersyukur dengan bantuan PN sehingga menanam cili untuk keperluan sendiripun mereka sudah tidak mahu. Itu pertama. 

(6) Kedua, saya cukup hairan kenapa penjawat awam dilambakkan dengan segala macam bantuan juga? Tidakkah gaji penjawat awam kita semua sudah melepasi PLI? Pertama mereka mendapat elaun  sokongan One Off.  Kedua, segala bentuk pinjaman seperti rumah, kereta dsb ditangguhkan selama enam bulan pembayarannya. Penjawat awam mulai "bercuti" sejak 18 Mac, 2020. Apa maksud dan kesan bercuti tersebut? Pengamatan saya, bila penjawatan awam tidak perlu turun kerja, sekurang-kurangnya 20-30 peratus dari pendapatan mereka jimat. Duit minyak, duit tol, duit belanja harian dsb sudah tidak perlu. Ditokok dengan anak-anak tidak perlu ke sekolah, maka penjimatan belanja harian anak-anak juga ada. Maka secara dasarnya Take Home Income penjawatan awam dengan terlaksananya PKP meningkat. Jika ditambah lagi dengan Bantuan Khas, penangguhan bayaran segala macam hutang, maka Take Home Income mereka mengembang lagi besar. Bagi penjawat awam biasa-biasa, saya jangkakan Take Home Income mereka semasa PKP adalah jauh lebih besar dari 100 peratus pengajian mereka. dari sudut itu, saya berani katakan kita telah silap perhitungan dalam meladeni penjawat awam. Soalannya, kita sejujurnya meladeni mereka atau sebetulnya kita sedang mengail? Saya jadi heran bagaimana Mustapha Muhammad, MoE kita boleh bersetuju dengan perkara ini sedang hakikatnya dia adalah salah seorang yang sebegitu teliti tentang Growth Factoring Expenditure. Growth apakah yang hendak kita capai pada saat segala-gala kita bekukan? Jika pun kita hendak meladeni penjawat awam, tidakkah lebih wajar semua bantuan tersebut disediakan bila mereka boleh secara aktif kembali membina Negara? Sesungguhnya, apa tidak mungkin kerja-kerja mengumpan ini tidak akan perlu dilakukan secara berterusan demi ketakutan kehilangan kuasa yang terjadi lantaran politik Negara tidak pernah mantap sejak 2009? Mampukah Negara menanggungnya?

(7) Perkara kedua yang saya kira akan sangat menjejaskan Negara sehingga sekitar 10 tahun mendatang adalah dari sudut pembinaan tenaga kemahiran. Kini semua sekolah, institusi latihan dan Universiti ditutup operasi. Benar ada Universiti yang bertanggungjawab telah mengambil langkah-langkah wajar agar para pelajar mereka terus dapat menimba ilmu dengan baik. Namun dari Pusat Asuhan sehingga ke Pusat-Pusat Latihan Teknikal semua telah dihentikan operasi. Kapan mereka akan kembali beroperasi, belum diputuskan lagi. Katalah mereka boleh kembali beroperasi mulai Julai 2020, maka hakikatnya mereka hanya berada di sekolah atau pusat-pusat latihan kurang dari waktu piawai yang kita ada. Itu sepertinya tidak menjadi masalah, jika dilihat sekali imbas. Cuba fikirkan, jika Pelajar Tingkatan 3 kini, dengan sekurang-kurang tiga bulan ketinggalan dalam silibus pendidikan mereka, saat mereka masuk ke Tigkatan 4 pada 2021, agak-agak silibus Tingkatan 4 pada 2021 akan tetap sama dengan 2020 atau telah disemak semula? Saya jangkan pastinya belum dan tidak. Sebegitulah seterusnya kesan kepada semua tahap pendidikan dan latihan formal Negara bagi 2020. Jika andaian saya itu benar, kira-kira para graduan yang kita hasilkan bermula 2020 sehingga 2030 nanti, apakah mereka mencapai piawai pendidikan sepertinya sebelum C19. Saya menduga jika ini tidak kita ambil perhatian kini, kita akan melahirkan generasi tenaga kerja dan anak-anak muda C19 bagi tempoh 2020-2030 berupa mereka yang tempang tidak cukup ilmu...... bersambung, In Shaa Allah

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.