.

1/5/20 KEHADIRAN C19 AGAR KITA FAHAM KONSEP SUCI ... bukan Kiamat sudah dekat.

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - May 12, 2020

Share

& Comment

Corona Virus singkatnya C19 mulai dikesan pada Disembar 2019 di Wuhan China. Puncanya, biar apapun yang diperkatakan, bagi saya tidak lain adalah keingkaran kita dalam memenuhi keperluan bersuci. Di dalam Islam, suci tidak hanya merujuk kepada bersih fizikal tetapi meliputi bidang-bidang kesihatan dan juga moral. Saya yakin lantaran keingkaran kita terhadap keperluan kesucian, maka seperti takdir Allah, saat nuansa bagi sesutau kejadian itu wujud, maka terjadilah; Kun Faya Kun. Manusia dilarang makan apa yang tidak sepatutnya, maka dengan keseronokan melangari larangan Allah, maka terjadilah apa yang tidak patut terjadi. C19 habitatnya adalah pada haiwan-haiwan tertentu. Tujuan C19 wujud pada haiwan-haiwan tersebut adalah sebagai cara Allah mengawal populasi haiwan-haiwan tersebut. Contoh C19 dorman pada tikus. Saat tikus banyak, maka dengan keadaan bagi keaktifan C19 wujud, maka C19 akan menyerang tikus. Namun, lantaran tololnya manusia, di Wuhan khasnya, mereka bukan saja memakan binatang-binatang habitat C19, tetapi mereka juga mempersiapkan keadaan bagi penularan C19 tersebut. Akhirnya, siapa menerima akibat?

(2) Jika sesiapa mengikuti pidato-pidato atau bicara keagamaan, banyak yang akan mendapati bahawa serangan C19 sering dikaitkan dengan hampirnya hari Kiamat. Sesungguhnya, Kiamat itu pasti seperti juga mati. Usah dirisaukan, ianya pasti datang. Cuma yang menjadi kedangkalan adalah bila saja wujud musibah maka ramailah yang berhujah semua itu tanda-tanda datangnya Kiamat. Yang kita khuathiri adalah datangnya Kiamat, kita tidakpun memperluas pemahaman kita tentang usaha-usaha agar Kiamat itu "tidak perlu wujud" ataupun jika ianya datang, maka ianya adalah titik mula kebahagian mutlak. Tsunami melanda tanda Kiamat sudah dekat. Gunung berapi meledak tanda Kiamat sudah dekat. Banjir besar melanda, tanda Kiamat sudah dekat. Seakan-akan dari mula saya mengerti akan pertuturan manusia, sebegitulah hujah yang sering saya dengar bila berlakunya musibah. Persoalan yang ingin saya kemukakan, tidakkah banjir besar itu telah terjadi semasa Noh AS. Adakah banjir yang lebih besar dari banjir semasa Noh AS? Berapa tahun dahulu kejadian itu berlaku? Ratusan? Ribuan? Puloh ribuan? Dalam kasus C19, tidakkah the plague atau the Balck Death yang jauh lebih dahsyat telah melanda Eropah sehingga melenyapkan hampir separuh dari rakyat Eropah pada Okt 1347? Pada masa itu, gereja-gereja juga heboh dengan hujah Kiamat sudah dekat. Namun itu sudah terjadi sekitar 700 tahun dahulu, dan dunia masih berputar seperti biasa. Pokok bicara saya kenapa kita khasnya yang dinamakan "Ustaz" sering melihat apa juga yang negatif sebagai musibah , sedang hakikatnya Al Quraan sering meminta kita untuk melihat apa hikmah di balik segala kejadian yang Allah adakan. C19 adalah ciptaan Allah. Pasti lebih banyak baiknya C19 dari "keburukannya (?)".

(3) Persoalan lanjutyang saya ingin lemparkan, C19 itu ciptaan Allah. Jika itu pegangan kita, apakah cacatnya pada ciptaan Allah? Apa mungkin Allah mencipta sesuatu untuk keburukan? Pada saya adalah anih, jika Allah mencipta perkara-perkara yang memburukkan. Sifat Allah adalah Ar Rahman Ar Rahim. Jadi jika itu pegangan kita, sebagai Muslim sewajarnya kita tidak pernah melihat apapun sebagai musibah atau keburukan. Segala sesuatu harus direnung pada hikmahnya.

(4) Hujah yang sering mengaitkan segala negativiti dengan kedatangan Kiamat, saya kira telah menyempitkan pandangan manusia khasnya terhadap Islam. Dari bertujuan sebagai reverse psychology, agar manusia patuh kepada Allah, ianya telah menjadi penjara pemikiran untuk manusia dapat melihat Islam itu adeen hebat. Cara kita dalam usaha untuk menarik manusia ke jalan baik telah cukup khilaf.

(5) Seharusnya, serangan C19 digunakan oleh para "Ustaz - Wali Allah" untuk memperjelaskan konsep suci di dalam Islam. Dalam soal suci, Al Quraan sering mengunakan kias warna putih dan atau air zam-zam. Kenapa warna putih jadi pilihan? Sebegitu juga kenapa air zam-zam? Adakah Allah merujuk pada air zam-zam secara fizikal atau sekadar kias? Tidakkah air zam-zam itu jernih tulin colorless odourless? Maka jika kias ini kita dalami, pasti kita dapat menyimpulkan bahawa konsep suci Allah kira-kira bermaksud murni; tidak tercemar. Maka apa-apa yang tercemar, tidaklah murni, tidak suci. Katak, tikus, kelawar, ular, biawak, musang, anjing, kucing dsb adalah haiwan tidak suci. Bilamana haiwan-haiwan ini sudah dikelompokkan sebagai tidak suci, maka kita harus kupas tentang kotornya mereka. Apakah yang mencemari haiwan-haiwan ini, sehingga bukan saja tidak boleh dimakan, bahkan kewaspadaan tinggi harus kita perlakukan jikapun ianya sekadar peliharaan. Benar, haiwan-haiwan ini boleh dijadikan bersih. Namun bersih dan suci tidaklah serupa. Bersih hanyalah subset kepada suci.

(6) Suci di dalam Islam luas maksud dan kepengunaannya. Bila suci, maka Halallah. Saat Halal dikaitkan dengan suci, maka segala-galanya dibolehkan. Isteri yang suci, boleh digauli. Jiwa yang suci, Imannya kental.  Fikiran yang suci, membawa tindakan yang jelas dan berani. Segala pola laku yang menjaga kesucian, In Shaa Allah memelihara kita dari apa juga pencemaran. Pokoknya, fitrah sentiasa menjaga kesucian, pasti mendapat rahmat Allah yang sangat luas. Maka, dalam Islam, kita wajib Sholat lima waktu, agar kita tidak tercemar. Dengan memelihara Sholat, maka kita memelihara kesucian kita. Dan agar kita terus suci murni, kita diwajibkan berpuasa, zakat, fitrah dan mengerjakan Haji dan atau Umrah. Dan ditambah-tambah pula dengan perkara-perkara sunat seperti segala macam sholat sunat, puasa sunat, korban, aqiqah, sadaqah, infak, dsb. Semua ibadah ini memerlukan kesucian untuk dapat diterima baik oleh Allah.   Sesungguhnya suci itu indah. Kita jarang dapat melihat konsep suci dengan baik. Mahabijaksana Allah, seekor angsa putih di kali yang tenag jernih, saat kita melihatnya, kita kagum. Cuma jika kita boeh berfikir, sesungguhnya keindahan itu adalah gambaran keindahan kesucian.

(7) Sesungguhnya C19, kolera, dengi, kecing tikus, rasuah, merompak, menipu, dadah, ganja, ketum, pencatutan dsb semua terhapus jika kesucian umat Islam hargai dan jaga betul-betul. Saat kehidupan kita kian tercemar, biar hanya jerawat akan menyerang kita ganas.

Kuching, Sarawak
12 Mei, 2020

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.