.

2/3/2020 ONE STEP AHEAD KE GAUNG DALAM ... Muhyiddin terperangkap (?)

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - March 06, 2020

Share

& Comment

Seperti saya katakan terdahulu, saya lebih suka Muhyiddin dari Najib sebagai TPM lalu kemudian PM.Muhyiddin jauh lebih kuat berkerkja dan rapat kepada rakyat berbanding Najib. Pada 2006, saya pernah membawa Muhyiddin sarapan di gerai kaki lima di Mukah. Beliau kelihatan tidak janggal malah mengambil peluang untuk bermesra dengan rakyat Mukah. Muhyiddin telah menjadi TPM dan kini beliau adalah PM mengatasi Anwar. Muhyiddin menjadi TPM tidaklah semudah Anwar dan Najib. Beliau menjadi TPM sebetulnya kerana adanya Mahathir. Muhyiddin menjadi PM juga tidak semudah Najib, namun itupun lantaran adanya Mahathir. Hakikat siapa Muhyiddin, jika kita teliti hati-hati adalah lantaran kerana adanya Mahathir. Benar, apapun, kerana kehendak Allah. Namun, cuba lihat kehendak Allah seringnya ada sebab dan musababnya. Saya tidak menidakkan kehendak Allah, namun saya melihat kehendak Allah pada jalan sebab musababnya. 

(2) Terdahulu saya katakan saya bersetuju agar Muhyiddin menjadi TPM dan seterusnya PM. Namun persetujuan saya itu adalah relatif berbandingkan Najib. Bila Muhyiddin menjadi PM dengan memintas Mahathir, itu saya amat kurang setuju. Apa lagi, dia menjadi PM lantaran perikatan dengan para kleptokrat dan mereka yang terlalu banyak kurapnya kepada rakyat. Muhyiddin menjadi PM dalam gerombolan yang cukup tidak wajar. 

(3) Saya mempunyai andaian kukuh bahawa Mahathir In Shaa Allah mampu membawa Malaysia keluar dari segala kerosakan kleptokrat pada akhir 2020. Asas andaian saya itu adalah berteraskan; pertama, pengukuhan segala GLC penting Negara. Felda, Felcra, TH, PNB, KWAP, KWSP, Khazanah dll sedang dipulihkan hebat. Penstrukturan TOL umpamanya akan memberikan kekuatan kewangan jangka panjang kepada GLC-GLC penting ini. Kedua, semua bailout projek-projek Mega Kleptokrat telah selesai dijalankan pada 2019. MRT, ECRL, Menara Felda, Menara Felcra, Menara Warisan dsb kini sudah kecukupan modal untuk berjalan baik. Sebegitu juga melalui kerja keras Lim Guan Eng, Mahathir telah dengan jayanya mulai menutup segala kelompangan yang  yang Najib telah tinggalkan. Sebahagian wang IMDB sudah mula dapat dijejaki dan dalam proses pengembalian. Ketiga, dan merupakan yang terpenting, adalah Mahathir telah kembali mulai menguasai sistem pentadbiran Negara dengan perlantikan mereka yang berwibawa serta berkeupayaan. Juga para Menteri Mahathir telah mula dapat bekerja baik dengan pegawai-pegawai di bawah tanggungan mereka. Keempat, Mahathir telah mula memberikan kesan serantau dan dunia. Dunia Islam, ASEAN, bahkan Dunia Ke Tiga sudah kembali mahu mendokong Mahathir. APEC Nov., 2020 adalah kemuncak kepada langkah Mahathir seterusnya. Dengan APEC, Mahathir akan mengiklan dan melonjak wajah clean and ready Malaysia kepada dunia. Dengan wajah clean and ready Malaysia, Ringgit, dagangan luar dan pelaburan asing akan mengukuh.

(4) Dengan semua faktor seperti yang saya nyatakan di atas, maka pada 2021 In Shaa Allah, Malaysia akan melangkah bergaya bagi menuju Negara Maju pada 2030 atau lebih awal (2025). Pada 2021, In Shaa Allah dengan pelancaran RMK12 (2021-2025), saya yakin Mahathir akan membentangkan suatu langkah reformasi ekonomi yang meluas bagi mensejahterakan rakyat. Mahathir mempunyai agenda reformasi jauh lebih menyeluruh dari apa yang diinginkan oleh Anwar sebetulnya. Maka dengan itu, saya menjangka, jika Mahathir berundur, tarikh paling sesuai untuk beliau berundur adalah pada Sept., 2021. Saya menjangka, In Shaa Allah inilah masanya all Malaysian will feel good. Namun kegelojohan Anwar dan one step ahead Muhyiddin, menjebak Negara kembali ke kancah tidak kepastian berpanjangan. 

(5) Sesungguhnya, langkah one step ahead Muhyiddin adalah langkah menjunam dirinya dan Negara ke gaung gelap. Azmin yang menjadi MoE, saya kira sangat terdedah kepada segala maklumat perekonomian dan kewangan penting yang Mahathir miliki. Sama saya kira bagi Anwar (lewat Azizah, Muhammad Sabu dan Lim Guan Eng). Saya juga yakin, Azmin (seteru Anwar) tahu jelas akan kemungkinan suasana feel good Negara menjelang akhir 2020. Azmin saya kira juga mengerti bahawa pada 2021, Malaysia kecukupan dana untuk dilaburkan ke segala macam projek mega. Maka, atas kebosanan Muhyiddin dan Azmin di atas kuncu-kuncu Anwar yang tidak henti-henti gelojoh berkeras mahu agar Mahathir segera mundur, maka atas kekhuatiran bahawa dalam keadaan feel good, akan kemungkinan Mahathir menyerahkan jawatan kepada Anwar, maka terjadilah decieving ke atas Mahatir dan Anwar pada 29 Feb., 2020. Kebetulan 2020 adalah tahun lompat, maka Muhyiddin (dan Azmin) membuat lompatan memintas Mahathir dan Anwar. 

(6) Seperti kita saksikan, Anwar melompat keluar, tetapi kemudian melompat kembali menenggek di bahu Mahathir. Muhyiddin (dan Azmin) pula, melompat melayang dan kini saya yakin telah masuk ke gaung dalam (dan mengheret Negara). 

(7) Ada kalangan yang menyalahkan Mahathir di atas segala ini. Bagi saya, mereka yang berpandangan sedemikian lantaran mereka tidak kenal akan Mahathir. Kedegilan Mahathir untuk tidak berundur sehingga sekurang-kurangnya akhir 2020 tidak lain adalah untuk memastikan bahawa segala langkah kerasnya untuk memulihkan Negara dari prihal kleptokrat hendak beliau jayakan baik. Cuma, akibat kipasan panas berterusan UMNO (MCA dan PAS), yang menjual LGE dan DAP sebagai meranap nilai dan khazanah Melayu (Islam), maka ini telah mengeliru dan mengaburi akan kejayaan-kejayaan langkah-langkah ekonomi Mahathir. Ditambah dengan masalah Public Communication para Menteri dan Kementerian, maka akhirnya keburukan PH dapat UMNO ketengahkan hebat dan kebaikannya tengelam hangus. Ditokok dengan kegelojohan Anwar (dan Azmin), akhirnya rakyat menjadi bosan dan hilang keyakinan ke atas siapapun. Rakyat menjadi kurang peduli, lengai. 

(8) Langkah one step ahead Muhyiddin adalah langkah menjunam ke gaung. Pandangan saya ini berasaskan kepada beberpa faktor. Pertama, Mahathir telah menyusun his inner cycle yang cukup hebat di luar dari kabinet tadikanya. Saya yakin, Mahathir tidak perlukan semua ahli kabinetnya dari kalangan terbaik, lantaran dia memiliki kekuatan inner cycle yang hebat-hebat. Mereka inilah yang menjadi otak dan nadi Mahathir. Pemulihan kewangan dan ekonomi Negara adalah plean kerja mereka. Jika kumpulan ini dirombak, atau gugur, maka Muhyiddin akan memerlukan masa panjang untuk menyusun kerangka pelan tindakannya tersendiri. Jika ini terjadi, ekonomi kita akan melemah. Rakyat akan bosan dan kembali bangkit memberontak. Kita akan terus berpolimik. Dengan ini Muhyiddin akan menghadapi sengketa politik sengit berdepan dengan Mahathir-Anwar. 

(9) Kedua, masalah Covind-19 saya kira akan berlanjutan sehingga Julai 2020. Covind-19 gemar suasana sejuk. Jika ini benar, maka hanya perubahan cuaca dari sejuk ke panas di hemisfera utara akan dapat meredakan Convind-19. Namun penularan virus ini sehingga ke hemsifera selatan ie Australia dan New Zealand pasti akan memperpanjang masalah tersebut sehingga ke March 2021. Covind-19 tidak hanya menjejaskan sektor perlancungan. Dagangan antarabangsa lain juga akan turut terjejas. Mobliti antarabangsa akan terkekang, dan ini pasti memberikan rippling negative effect yang cukup dahsat. Ekonomi Malaysia sangat tergantung dengan sektor perdagangan. Kita pasti akan menghadapi bahang hebat. Jika faktor ini digabung dengan faktor pertama, saya kira Muhyiddin akan berdepan jalan sukar untuk mengatasinya. 

(10) Pada tahun 2017, Malaysia dinobatkan sebagai Kleptokrat Ulung Dunia. Kini, sehingga kini, sambutan dunia kepada Muhyiddin saya kira sangat dingin. Jika 8 Mei 2018 menyaksikan seluruh dunia terpegun dengan sikap khasnya orang-orang Melayu, kini seluruh dunia saya kira belum pasti apa tanggapan mereka kepada kita. Paling anih, biar dunia Melayu sekalipun masih bersikap dinggin terhadap pengambilalihan kepimpinan Negara oleh Muhyiddin. Saya menjangka APEC Kuala Lumpur 2020 tidak akan membuah hasil seperti Mahathir harapkan. Sesungguhnya, di persada dunia, Muhyiddin bukanlah siapa-siapa. Muhyiddin berdepan dengan kewibawaan antarabangsa yang sulit.

(11) Keempat, kini Muhyiddin sedang dikelilingi para hyena lapar. Jika hyena, anjing gonggok adalah asing bagi kita masyarakat Melayu, biarlah saya baratkan Muhyiddin sedang dikelilingi anjing-anjing tersepit. Jika dilepas, mereka boleh membaham diri. Jika tidak dilepas, mereka terus binggit mengongong. Inilah apa yang Apek dalam filem Madu Tiga P Ramlee maksudkan sebagai “Matipun susah, iluppun susah”. Dimena Mahathir sebagai PM Sementara untuk membentuk Kabinet Merdeka Berdaulat pasti dihadapi sama oleh Muhyiddin.

(12) Kelima, saya ingat pada pertemuan saya dengan Muhyiddin pada 2006 semasa lawatan kerjanya di Mukah, apakah beliau kini sudah mempunyai wibawa untuk “mengerak penjawat awam” untuk bersama beliau. Sikap enertia penjawat awam terhadap wawasanya adalah tajuk perbualan saya bersamanya di sepanjang perjalanan kami dalam lawatan kerja tersebut. Saya yakin, kini penjawat awam sudah berpecah dua. Silap-silap sedang berpecah lima. Pertama, mereka yang masih mendokong kleptokrat. Kedua mereka yang ingin bersama Mahathir. Ketiga, mereka yang condong kepada PAS. Keempat, mereka yang condong kepada DAP. Akhirnya, Muhyiddin sedang bergelumang membina kelompok yang harus condong kepada dirinya. 

(13) Di pihak Sabah dan Sarawak, jika Mahathir bersama Sabah, kini Muhyiddin bersama Sarawak. Namun kebersamaan Muhyiddin bersama Sarawak itu saya kira masih longgar. Benar, GPS kukuh bersama Muhyiddin, namun pasti ada muslihatnya. Bagi Azmin, saya tidak yakin, PKR Sarawak akan kembali ke perdu asal. Keyakinan itu saya kira tidak lain dan tidak bukan juga adalah atas pertimbangan kerakusan kuasa. PKR Sarawak pasti tidak mahu dipinggirkan dalam percaturan Muhyiddin bersama UMNO-PAS-(Bersatu)-Azmin. Sokongan Sarawak ke atas Muhyiddin tidak mungkin total.

(14) Last but not least, saya berkira Mahathir menjatuhkan Najib ibarat Singa tua menendang harimau ganteng. Namun Muhyiddin melumpuhkan Mahathir dalam kocak keruh tangkapan buaya ke atas kerbau yang menyeberang ingin menyelamatkan anak-anaknya.

Melaka
6 Mac, 2020

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.