.

1/3/2020 BAGAIMANA MUHYIDDIN MELAKUKANNYA?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - March 04, 2020

Share

& Comment

Sekitar 2002 (?) kalau tak silap di sebuah Majlis di Ipoh (?) Mahathir telah ditanya, jika dia berhenti, Abdullah menjadi PM, agak-agak siapa harus menjadi TPM? Secara berseloroh Mahathir mengatakan Najib adalah paling sesuai untuk jawatan tersebut. Entah kenapa bila membaca lapuran akhbar sebegitu, dalam hati saya terdetak mengatakan "Najib, a wrong person". Saya lebih cenderung kepada Muhyiddin Yasin. Pada masa itu, tiada sebab pasti untuk saya berkata sebegitu. Itu hanyalah tindakbalas spontan saya.

(2) Di pertengahan 2017, dalam pertemuan bersama pendokong-pendokong professional Bersatu di Putera Jaya, saya telah menyuarakan kepada Muhyiddin agar Bersatu jangan membuang masa untuk datang ke Sarawak. Tumpuan Bersatu harus di Malaya dulu. Bila Malaya telah dapat disentap dari kekuasaan UMNO, Sarawak pasti akan ikut tanpa banyak usaha. Itulah pertemuan ke tiga saya secara berdepan dengan Muhyiddin. Pertemuan pertama saya adalah semasa beliau menjadi MoA. Bersama rombongan dari MoA beliau telah melawat Ladang Sagu di Mukah sekitar 2008 (?). Saya terlibat secara langsung dalam pengurusan Ladang tersebut. Pada masa itu, beliau sedang meninjau kemungkinan-kemungkinan bagi melonjakkan Sektor Pertanian Negara. Sememangnya sektor pertanian telah menjadi sektor malap sejak pertengahan 1990an. Semasa bersama di dalam kenderaan keliling ladang, beliau melahirkan sedikit kekesalan "I'm a bit frustrated, civil service tidak react cepat dalam merobah sektor prtanian kita". Melihatkan akan perubahan yang ingin saya lakukan ke atas industri sagu, beliau sebetulnya mahukan saya melaksanakan sekurang-kurang 5,000 ekar ladang sagu setahun. Dia berjanji untuk membantu. Namun, tidak lama selepas itu, dia beralih jawatan ke TPM. Pertemuan ke dua saya adalah pada PRN 12 pada 2011. Kami sama-sama berkempen di Sibu dan Kuching. Muhyiddin memainkan peranan besar dalam kemenangan besar BN Sarawak dalam PRU 13.

(3) Dalam kemelut Anwar untuk menjadi PM, saya sering bertentangan pendapat dengan rakan-rakan. Mereka melihat Anwar sebagai paling layak menjadi PM dan Mahathir mesti berundur cepat. Bahkan ramai juga runsing jika Anwar menjadi PM. Bagi yang tidak mendokong Anwar menjadi PM, isunya adalah liberalisma. Sepertinya menjadi dan atau tidak menjadi PM, Anwar = polimik Negara. Pendirian saya kekal tegas, Anwar tidak akan menjadi PM. Saya melihat Anwar lebih sebagai pemidato dari berkerja. Sebegitu juga dalam banyak perbincangan mengenai bakal penganti Mahathir. Saya bertegas, bukan Anwar tetapi Muhyiddin. Muhyiddin akan mendahlui beliau. Pada 29 Feb., 2020, telahan saya terbukti benar. Bagaimana?

(4) Kini kes-kes rasuah berfofil tinggi sedang berjalan lancar. Maksudnya dalam 3-6 bulan ke hadapan, beberapa kes akan dapat diputuskan. Soal terpenjara atau tidak, itu tidak penting lantaran proses selanjutnya pasti berpanjangan 9-12 bulan lagi. Saya yakin Mahathir tahu akan prihal ini secara jelas. Mahathir sedang menunggu agar perkara ini terjadi untuk mula menghangatkan suasana feel good rakyat Malaysia yang saya jangkakan akan berlaku pada 2021. Dalam masa yang sama, tahun 2018-2020 adalah tahun di mana Mahathir sedang menyusun kembali kedudukan kewangan Negara. Telahan saya, tahun 2018-2019 adalah tahun di mana Negara sedang melakukan beberapa bailout kepada pelbagai projek dan GLC penting Negara. Pada 2020, saya berkira adalah tahun di mana Mahathir akan mengerakkan seluruh jentera Negara untuk melaksanakan pelbagai projek mega yang telah kita bailout dan susun semula. Bagi tempoh 2018-2020 Mahathir sangat perlukan Lim Guan Eng dan Anthony Loke untuk berkerja keras. Pendeknya, pada akhir 2020, pertumbuhuhan ekonomi Negara menjadi stabil dan kewangan Negara sudah keluar dari bebanan bailing out. Maksudnya, pada 2021, bebanan kewangan Negara dapat ditumpukan kepada soal-soal membayar hutang dan perkara ini boleh diselesaikan dengan dua pendekatan iaitu melalui rundingan semula dan peralihan kepada GLC yang telah pulih. Pendeknya, bermula 2021, Mahathir atau Negara sudah bersedia untuk melonjak ke  depan dengan penuh bergaya di atas kecairan kewangan kita. 

(5) Keyakinan saya bahawa kewangan Negara akan pulih menjelang 2021 terbukti bilamana pada 27 Feb., 2020 Mahathir mampu menyediakan RM20 billion Pakej Ransangan Ekonomi tanpa perlu ke Parlimen untuk mendapatkan Peruntukan Tambahan. Peruntukan RM20 billion itu, beliau satukan dari pelbagai Reserved dari Belanjawan 2020 yang sediada. Ini bermaksud, pada penghujung 2019, Mahathir sudah jelas akan kedudukan mantap kewangan Negara khasnya bila semua GLC berkaitan telah dapat dibebaskan dari bebanan non-rewarding investments. Sesungguhnya, kehebatan Lim Guan Eng MoF dalam menyusun kembali segala GLC ini untuk bebas dari non-rewarding investments adalah kebijaksanaan luar biasa Mahathir dalam memanafaatkan kepakaran Lim Guan Eng. Dengan pengukuhan kewangan Negara dan pemulihan pelbagai GLC, maka di pihak swasta juga akan berlaku pengukuhan lebih hebat. Pada 2021, Negara saya yakin In Shaa Allah akan pulih dalam segala bidang. Malaysia kembali kukuh secara dalaman.

(6) Maka saya yakin pada 2021 Mahathir akan mula membina Negara berasaskan kekuatan dalaman yang ada. Inilah caranya melonjakkan pembangunan Negara dalam 1990an dengan membebaskan diri dari segala hutang Bank Dunia dan Bank Asia. Pada 2022, saya berkeyakinan penuh Mahathir akan dapat mengembalikan feel good bagi seluruh Negara. Atas bayangan semua ini, saya mentelah Mahathir mahu menggunakan APEC Nov 2020 sebagai titik tolak tarikh untuk dia berundur. APEC ini penting untuk Negara dan langkah politik Mahathir seterusnya. Kepentingan APEC ada dua peringkat. Pertama, persediaan persidangan APEC adalah intesif. Pelbagai perbincangan panjang dan terperinci peringkat pegawai pelbagai Negara terlibat akan memberikan ruang untuk penjawat awam Negara terdedah kepada segala maklumat peluang perdagangan dan industri di luar Negara. Dengan maklumat-maklumat ini, pasti kita dapat menyusun langkah terbaik bagi memenafaatkan segala peluang ini nanti. Masa depan ASEAN dan malah Gagasan Negara-Negara Islam akan menjadi lebih jelas kepadqa kita. Kedua, APEC akan menjadi medan untuk Mahahtir melapurkan kepada dunia, bahawa Malaysia = Clean and Ready. Clean lantaran segala kes berprofil tinggi sudah ada keputusannnya. Ready = dari segi kewangan Malaysia boleh membiayai keperluannya untuk membangun serta melunaskan segala hutang. Dari sudut tadbirurus, governance Malaysia juga ready. Dalam prihal tadbirurus ini, Mahathir dalam tempoh 2018-2019 telah berjaya meletakkan mereka yang berwibawa ke kedudukan penting Negara. Umumnya Pentadbiran Awam dan GLC kita sudah sedia untuk memasuki gear 5 menjelang 2021 nanti. Tahun 2020 akan menyaksikan SPRM mulai membina keutuhan di pihak swasta.

(7) Sesungguhnya menjelang APEC 2020, suasana yakin dan feel good yang Mahathir ingin zahirkan In Shaa Allah akan memberikan kesan ketara kepada nilai Ringgit kita. Dengan keyakinan dunia, pelaburan dan Nilai Ringgit akan pulih mendadak. Maka dengan pertumbuhan ekonomi, kemantapan nilai Ringgit dan kemampuan Negara untuk terus memperluas kembangan ekonomi Negara, menjelang 2022, Malaysia In Shaa Allah akan memacu ke depan dengan penuh bergaya.

(8) Pada saat feel good adalah meluas di Negara ini pada 2022, pada masa itu, saya berkira barulah Mahathir akan memikirkan secara berat apakah beliau akan menyerahkan jawatan PM kepada Anwar atau tidak. Bagi saya, niat Mahathir, 2020-2021 biarlah dia kekal menjadi PM. Beliau hendak berklerja. Beliau mahu berundur dalam keadaan Economically Malaysian Feel Good. Itu saya kira perhitungan Mahathir. Namun Muhyiddin, bukanlah orang baru dalam politik Negara. Muhyiddin jauh lebih berpengalaman dari Anwar. Asam garam politik, Muhyiddin jauh lebih luas dari Anwar. Game Anwar adalah buru-buru. Game Muhyiddin adalah now is the right timing.

(9) Dalam ilmu ketenteraan yang saya pelajari, tindakan Muhyiddin adalah shoot the first bullet to kill. Muhyiddin bijak sebagai observing under dog. Dalam dunia perdagangan, Muhyiddin saya kira mengambil sikap, never missed the chance. Dalam dunia, Melayu, Muhyiddin tahu bila dan di mana untuk menangguk. Syabas kepada Muhyiddin, "you move one step ahead of Mahathir (?)". Cuma Muhyiddin harus sedar, tanpa Mahathir Muhyiddin (dan Azmin) tidak akan ke mana-mana. Maka kenalilah hati budi dan cita-cita murni sang guru tua itu.

(10) Biar berat untuk saya menyaksikan Mahathir kandas, namun In Shaa Allah Muhyiddin tahu isi hati Mahathir. Biar tidak semua cita-cita Mahathir tercapai, Muhyiddin harus jangan ketepikan bulat-bulat hasrat dan cita-citanya. Walau apapun, untuk Anwar dan kuncu-kuncunya, kita adalah Melayu. Melayu punya susila hormat kepada orang tua. Bersabar dan menghormati orang tua adalah susila terbaik Melayu. Dengan orang tua, wisdom mereka lebih utama dari segala-galanya. Bagi saya, Anwar dan kuncu-kuncunya, sering dan kekal gelojoh sehingga your 20 years struggle will just be another longer struggle to no end. Umar Al Khataab lebih tua dari Khaleed al Waleed. Saat Khaleed dilayan "kurang baik' oleh Umar, namun kemudian dunia Islam memperakui wisdom langkah Umar terhadap Khaleed adalah agar "Pedang Allah tidak pernah patah". Bagi Umar, bukan Khaleed yang penting. Yang penting adalah maruah SAW dalam menjolok Khaleed sebagai Pedang Allah. Sesungguhnya kita akan tua juga. Suatu masa, kita akan tahu juga kenapa orang tua itu lembab nyanyuk. Sesungguhnya lembab nyanyuk orang tua, bukanlah pilihannya, itu ketentuan Allah yang hikmahnya harus kita selongkari dan sedari.

(11) Bagi DAP dan masyarakat Cina umumnya, kemenangan DAP bukanlah kemenangan hakiki. Saya pernah menulis kepada Lim Kit Siang, biarlah persoalan orang Melayu terpikul di atas bahu mereka, namun LKS saya lihat dadanya penuh dengan luapan marah dan dendam yang akhirnya mensia-siakan "kemenangannya". Malaysia terlahir secara majmuk. Jika sifat majmuk dan Rukun Negara tidak kita hargai, siapaun di Negara ini, tidak kira Cina, India, Melayu atau siapa saja, kemenangan kita tidak menjamin kemenangan berkekalan. Kita mesti hormati dan pegang Rukun Negara pada falsafah asasnya untuk hidup sebagai rakyat Malaysia merdeka berdaulat.


KLIA, Sepang
3 March, 2020

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.