.

1/7/18 TANDA PUNCAK DAN HILANGNYA RASUAH DI MALAYSIA.....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - July 13, 2018

Share

& Comment

Nabi Daud berdoa kepada Allah agar dia dikurniakan anak yang jauh lebih hebat untuk dapat meneruskan kepimpinan beliau terhadap orang-orang Yahudi. Kenapa Daud AS perlu berbuat sebegitu? Tidakkah sebagai seorang nabi besar beliau yakin Allah akan menjaga Umat Yahudi? Saya menduga, biarpun dirinya adalah hebat, lantaran kelemahan-kelemahan nyata Yahudi iaitu suatu bangsa yang saya kira bacul dan hidup ingin serba mudah, maka Daud AS perlukan seorang yang jauh lebih hebat untuk memenuhi tuntutan nafsu dan melindungi kelemahan Yahudi. Yahudi adalah bangsa tamak. Apapun yang Allah kurnaikan kepada mereka, mereka tidak pernah puas. Allah menyelamatkan mereka dari kebuluran lalu hidup mewah di Mesir. Allah menyelamatkan mereka dari musnah di tangan Firaun. Di saat di Sinai, Allah mencukupi apa keperluan mereka. Semuanya mereka tidak pernah syukuri, malah menampakkkan keengakaran untuk menuruti kehendak Allah. Mereka Allah tunjuki untuk kembali ke Tanahair sendiri dengan syarat mereka harus berani memerangi Allah memperkenankan permintaan Daud. Sulaiman, anak Daud, kemudiannya menjadi bukan sekadar Nabi Yahudi tetapi beliau juga adalah King Solomon yang sangat hebat. Kehebatan Sulaiman mengatasi kehebatan Daud. Beliau hebat lantaran keilmuan yang Allah berikan kepada beliau. Beliau adalah manusia luar biasa yang dapat mengawal segala jin, angin, api dan segala haiwan. Puteri Balqis yang dihitung antara Kerajaan terkuat pada waktu itu, juga tunduk kepada kekuasaan Sulaiman. Namun, kekuasaan Sulaiman hancur punah selepas dari kematiannya. Yahudi jadi porak peranda dan akhirnya menjadi bangsa bangsat merempat ke mana-mana. Sejarah membuktikan bahawa bangsa Yahudi atas sikap mereka jadi bangsa merempat selama 2,000 tahun di serata Timur Tengah, Afrika, Eropah dan Asia Tengah.

(2) Berapa ramai di antara kita yang sedar, betapa di zaman Musa, Daud lalu Sulaiman dan lewat Yahudi, Allah sengaja menunjukkan teladan bagaimana rasuah tidak mengekal akan apa lagi memantapkan Iman dan kelestarian bangsa.  Musa di Sinai, dicobai oleh Allah tentang sifat tamak pengikutnya bilamana mereka tidak bersyukur hanya dengan satu matair, dan juga hanya dengan makanan manna dan salwa. Juga Daud menjadi pelindung  Yahudi dari keganasan kaum sekeliling mereka, dengan Allah menjadikan Daud sebagai pakar tukang besi serta pahlawan yang gagah, tetap Yahudi menjadi manusia-manusia bacul dalam memerangi mereka yang engkar ke jalan Allah. Di tangan Sulaiman, Allah memberikan segala apa saja yang Yahudi mahukan, namun akhirnya mereka kekal sebagai bangsa bacul dan kerdil lalu bangsat kufur.

(3) Di China (Temadun Yang Tze), di India (Temadun Indus) dan Babylon sekitar 3,000 tahun dahulu Allah juga pamirkan keruntuhan dan lenyapnya ketiga-tiga Temadun Besar tersebut juga lantaran rasuah. Kebangkitan Islam di Damshek, Baghdad, Kaherah, Andalusia, malah di Istanbul dan Moghul di sekitar 500-1,400 tahun dahulu semuanya hancur lantaran rasuah. Dari zaman gelap, ke zaman pertengahan sehingga ke zaman moden Allah tetap tunjukkan bahawa rasuah tidak sekali-kali membawa kebarakatan kepada manusia. Rasuah menghancurkan segala-gala.

(4) Lama saya berfikir, di Negara ini, kenapa kerja makan rasuah ini sangat enak bagi sebilangan penjawat Melayu. Apakah yang mendorong mereka sebegitu asyik untuk seronok makan rasuah. Pastinya banyak pihak berpunya banyak jawaban yang tersendiri: gaji tak cukup; nafsu kemewahan tanpa batas; kongsi nikmat atau rezeki dsb. Apapun sebabnya, saya serahkan kepada masing-masing untuk menduga. Apa yang saya hendak ketengahkan, apakah penyakit sosial yang kini kian berleluasa yang menjurus Melayu kepada rasuah. Penyakit yang akan saya perkatakan ini, sebetulnya sangat berkait dengan tercorotnya Melayu dalam penguasaan dana bagi memajukan ekonomi  Melayu. Bahkan penyakit-penyakit inilah yang menyebabkan pihak lain sangat mudah untuk menguasai ekonomi Melayu. Saya akur, akidah, Iman dan Taqwa adalah masalah besar di dunia Melayu, saya tidak bercadang untuk berbicara dalam soal itu dulu. Biar saya bercakap dulu tentang penyakit sosial yang kian berleluasa yang melemahkan ekonomi Melayu, menumbuhkan rasuah di kalangan Melayu dan merupakan senjata untuk membunuh dan menghacurkan Melayu... In Shaa Allah bersambung

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.