Dalam PRU 14 yang lepas, sikap saya cukup lain. Sejak 2013, bila isu 1MDB tercetus, sikap saya kepada Kerajaan Persekutuan BN adalah jelas. Di mana-mana saya cukup menentang di atas sikap denial syndrome semua pihak yang berkenaan. Tidak peduli kepada siapa, sikap saya dalam prihal berkenaan akan saya nyatakan dengan jelas dan tanpa takut. Ke mana dan di mana saja saya berada, saya nyatakan dengan jelas rasa tidak senang saya kepada masalah 1MDB. Bahkan dalam pertemuan tidak sengaja bersama YB Nancy Sukri selaku MP Batang Sadong, di depan-depan kakitangan beliau, saya nyatakan dengan tegas, bahawa biarpun beliau adalah BN, namun beliau harus "Jangan ada kecenderungan untuk membela Najib. Beliau jangan belot terhadap amanah rakyat kepadanya.". Sebabnya, lantaran syndrome 1MBD yang kini Lim Guan Eng LGE katakan bahawa banyak lagi Mini 1MDB, maka rakyat kebanyakan menghadapi kesusahan. Masyarakat yang paling terhimpit adalah golongan berpendapatan rendah di bandar-bandar. Negara ini, di mana proses perbandaran sudah mencapai 70 peratus, dan Melayu merupakan masyarakat yang paling cepat proses perbandarannya, maka merekalah yang paling mendapat kesan dari kegilaan penyelewengan pengurusan ekonomi Najib. Najib sedang merompak memeras rakyat demi nafsunya.
(2) Pada hari mengundi, saya balik mengundi di Kampung. Saya membuang undi kira-kira pada pukul 11.30 pagi. Semasa mengundi saya melihat ada kedangallan, dan perkara itu saya tanyai kepada Pegawai SPRM yang ada di situ. Namun teguran saya tidak mereka indahkan. Di stesyen sekecil itu pun, SPRM menampakkan jelas kedanggalan, maka saya yakin di seluruh Negara pasti kedanggalan SPRM sangat berleluasa. Perkara ini sudah menjadi pengetahuan umum kini. Saya berasa semakin jijik dengan Kerajaan Persekutuan BN. Namun, seminggu sebelum PRU, di setiap sholat saya tidak berdoa prihal lain, melainkan memohon Allah "Untuk membuka pintu hati rakyat Malaysia untuk memilih yang terbaik yang dapat memelihara Umat, Islam dan Negara ini dengan baik". Di setiap akhir sholat sepanjang tempoh seminggu sebelum mengundi, saya juga bertanya kepada mata hati saya apakah Pakatan Harapan PH akan berjaya. Alhamdullillah, setiap kali persoalan itu saya lontarankan kepada diri saya, jiwa dan fikiran saya seperti mendapat ketenangan. Maka, atas ketenangan itu, sekitar 2-3 hari sebelum PRU14, saya menulis kepada Mahathir, menzahirkan rasa yakin saya bahawa PH In Shaa Allah akan menang. Sesungguhnya, pada 9 Mei tersebut, saya total block out diri saya dari mengikuti Siaran Keputusan PRU 14. Saya tidur awal dan hanya keluar untuk mendapat berita sekitar pukul 8.30 pagi keesokannya. Saya tidak benarkan sesiapapun untuk bercakap dan atau menyampaikan apapun berita tentang keptusan PRU14 di sepanjang malam tersebut. Handphone sayapun saya matikan di sepanjang malam tersebut. Inilah keanihan yang saya lakukan pada PRU 14 lepas. Alhamdullillah berkat kerja kuat dan keihlasan semua pihak, kita berjaya menguburkan pemimpin dan UMNO yang bongkak dan lupa diri.
(3) Di saat Mahathir telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, dan apa lagi BN terus kekal majoriti di Sarawak biar buat kali ini, ini adalah pencapaian BN terburuk dalam sejarah Sarawak, sekali lagi sikap saya menjadi anih. Saya tidak gembira di atas kemenangan PH. Saya tidak gembira bila Mahathir mengangkat sumpah sebagai PM. Saya sebetulnya sebabk biar saya terlalu ingin BN tumbang. Saya sebak lantaran mengenang kemungkinan apa terjadi kepada kemajuan luar bandar di Sarawak. Maka, pada 10 Mei, 2018 saya menghantar SMS kepada berapa YB dari PBB. Saya memohon mereka berunding dengan Abang Johari untuk menilai secepat mungkin kedudukan PBB dalam BN dan seboleh-bolehnya harus menyertaai Kerajaan Persekutuan PH. Kita tidak boleh bermain politik untuk trade off kepentingan rakyat dengan ego politik individu dan atau kelompok. Rakyat Sarawak terus mengundi BN lantaran mereka yakin dan sangat berharap BN akan terus menjaga mereka. Mereka membayar ketaatan mereka dengan mengundi BN, cuma malang setia dan ketaatan mereka telah BN Pusat khianati dengan melakukan terlalu banyak onar. Saya mulai melihat, Kerajaan BN Pusat telah khianat di atas kesetiaan dan ketaatan rakyat Sarawak kepada mereka. Sejak 1969, rakyat Sarawak taat dan setia kepada BN namun BN tidak amanah dalam membalas balik taat setia rakyat Sarawak.
(4) Abang Johari saya kira mengambil sikap terlalu hati-hati dalam perhitungan politik beliau. Hanya pada 31 Mei, iaitu sekitar 21 hari selepas Mahathir mengangkat sumpah selaku PM baru Abang Johari bertemu muka dengan Mahathir, sedang Sultan Brunei, Lee Shian Loong, PM Singapura, Duta China, bahkan Trump mengucap tahniah kepada Mahathir dan Modi, PM India sudah awal-awal lagi berkunjung kepadanya. Biarpun Taib, TYT Sarawak telah berjumpa Mahathir pada 11 Mei, apakah perhitungan yang terlalu berat yang Abang Johari sedang pertimbangan sehingga dia seolah-olah ketinggalan belon? Kini 13 Jun., baru Abang Johari mengumumkan Sarawak keluar BN dan bergabung ke dalam Gabungan Parti Sarawak, GPS. GPS suatu akronim yang cukup gobal. Suatu perisian untuk memandu arah Global Position System, GPS, apakah akronim itu benar-benar memberikan Sarawak pandu arah yang tepat kemudiannya, maka itulah yang ingin saya kupaskan sedikit di sini.
(5) Pada 2 Julai, iaitu sekitar 21 hari selepas PRU 14 baru Mahathir dapat membentuk Kabinet lengkap beliau. Dalam Kabinet ini, Sarawak tersisa dengan satu menteri penuh dan satu timbalan menteri. Saya melihat sekali lagi Sarawak berada dalam kecorotan di arena politik Nasional. GPS tersisa tanpa kerusi Kabinet Persekutuan, tidak seperti Warisan dari Sabah. Mahathir seperti condong kepada PKR dan DAP berbanding kepada GPS. Dan paling mengejutkan Mahathir juga mengumumkan Bersatu akan berkembang ke Sarawak lantaran ada permintaan. Hakikatnya, apakah perhitungan Mahathir berbuat seperti apa yang dia lakukan? Adakah dia sedang mengatur strategi untuk menyisihkan GPS dan berusaha untuk menguasai politik Sarawak, pasti sangat menarik untuk kita perhatikan selanjutnya.
(6) Dari awal saya telah tegaskan, bahawa rakyat Sarawak khasnya orang-orang Melayu Sarawak menumpah taat setia kepada PBB lantaran kepercayaan mereka bahawa PBB akan terus menjaga kepentingan mereka. Rata-rata pendokong kuat PBB adalah rakyat persisir yang masih jauh ketinggalan berbanding rakan-rakan lain. Sungai-sungai yang besar serta tanah gambut dan payau yang luas menjadi faktor utama kepada permasalahan pembangunan dan pembinaan kekuatan ekonomi masyarakat persisir. Mereka yakin dan percaya, dengan menumpah taat setia tidak berbelah bahagi kepada PBB, mereka akan dapat menikmati pembangunan ekonomi yang lebih pesat, teratur dan sempurna. Namun perhitungan di peringkat Sarawak lain dan di Malaya juga lain, maka keputusan akhirnya juga adalah lain. BN kekal di Sarawak, sebaliknya tersungkur di Malaya dan Sabah. Lantaran itu, demi kemajuan rakyat dan Negeri, saya sangat-sangat berharap Abang Johari harus bersikap berani dan cepat mengorak langkah membubarkan BN Sarawak dan menyatakan sokongan padu dan bersama kepada PH pimpinan Mahathir. Saya berkira, dengan cara itu, Mahathir akan sekali lagi melayani Sarawak seperti beliau melayani Sarawak semasa Taib. Pada masa itu, Sarawak diberikan kebebasan penuh untuk berbuat apa saja mengikut selera dan kehendak Sarawak. Setidak-tidak pada anggaran saya, Peruntukkan Persekutuan akan terus mengalir sihat untuk membina Negeri ini. Dalam masa yang sama, setidak-tidak banyak perkara yang melibatkan pelaburan asing serta pinjaman saing akan dapat dimudahcara dengan baik oleh Putera Jaya. Namun yang saya perhatikan Abang Johari seperti was-was lembot maka kini saya yakin hubungan Petra Jaya dan Putera Jaya adalah hangat dalam dingin. Siapa rugi?
(7) Benar dalam kemelut prihal Petronas melalui PDA74 dan MA63, Sarawak seperti akan menang. Namun, mengenali sosok Mahathir, setiap perjuangan lewat pertentangan pasti dia akan lawan secara habis-habisan. Ramai yang berkira jika Sarawak kalah di tangan Mahathir, maka kita boleh mengadu kepada orang tua lama kita iaitu British, maka saya berani berkata tidak mungkin British dengan mudah membantu Sarawak tanpa melihat industri petrolium dari sudut kepenting British, Belanda, Amerika bahkan Kanada dan Australia secara sejagat. Apa-apa kesan dari langkah Sarawak pasti akan memberikan kesan kepada mereka di seluruh dunia. Maka, jika Abang Johari memilih cara bergasak dengan Mahathir untuk melaksanakan OMO dan MA63, saya yakin itu adalah cara yang paling silap. Sesungguhnya Mahathir boleh memutihkan mata BJ apa lagi GPS dengan cara paling mudah. Komponen PKR dan DAP PH ada bersama Mahathir. Mahathir kini sedang berada dalam keadaan upper hand untuk berbuat PBB dan GPS berputih mata, jika dia mahu. Jika ini terjadi, saya nampak PBB khasnya sayap Bumiputera boleh berkubur sepertinya UMNO jika mereka tidak mengambil sikap berani dan cepat dalam perhitungan politik semasa.
(8) Namun saya yakin, tujuan dan kecenderungan Mahathir adalah untuk mempertahankan Nasionalisma Malaysia. Dia berpunya simpati tinggi terhadap Sarawak. Mahathir tidak boleh disalahkan bulat-bulat di atas kemunduran Sarawak. Saya telah katakan berkali-kali dari pengalaman saya, saya dapat melihat Mahathir telah memberikan Sarawak penuh kebebasan di tangan Taib. Maka, simpatinya Mahathir perlu Abang Johari baca elok-elok dan rundingkan secara saksama apakah langkah-langkah segera bagi menzahirkan simpati tersebut tanpa menjejaskan keutuhan Nasionalisma Malaysia. Bagi saya, kita mungkin harus bersama Mahathir untuk menstruktur semula Perlembagaan Persekutuan yang telah banyak khilafnya. Sarawak, Sabah dan Malaya harus dalam era reformasi melakukan reformasi ke atas Perlembagaan Persekutuan Malaysia agar benar-benar boleh melonjakkan semua ke tahap yang lebih makmur, damai dan sejahtera.
Kuching, Sarawak
6 Julai, 2018

0 comments:
Post a Comment