Orang politik, dalam prihal terutama dalam dunia Melayu (Malaysia, Indonesia, malah Pattani, Cham dan Sulu) kebanyakan cara mereka bekerja adalah dengan banyak berpidato. Wakaubagaimanapun tidak ramai di antara mereka, berpidato dengan mengemukakan bukti-bukti dari hasil kajian. Jikapun ada kajian, mereka sering dalam kedaan terburu-buru untuk berhujah atas desakan mahu berebut kehebatan. Itulah politik kata kebanyakan orang. Namun bagi saya, itu bukanlah politik, tetapi macai-macai politik sahaja. Asas utama dan asalnya politik adalah unggul. Socrates, Plato, Aristotle dsb yang mengasaskan politk, jiwa mereka adalah bersih iaitu untuk memperbaiki keonaran semasa. Politik yang mereka asaskan tidak haprak atau bangkrap seperti kini. Roman, di kira sebagai negara pertama yang mengamalkan politik bukan sahaja mereka maju tetapi temadun mereka kekal meluas di Barat malah Timur. Amerika yang mengambil iktibar dari cara berpolitik Rom terbukti jauh lebih berjaya berbanding British feudal imperialis yang menjadi penjajah mereka. Maka dengan itu, saya yakin politik tidak kotor. Yang kotor, demi masa adalah mereka yang menamakan diri mereka sebagai politikus. Politikus adalah orang politik yang cara kerjanya adalah bersifat tikus memperbaiki labu.
(2) Syukur, kita kini (sejak 2009) Allah telah dan sedang diuji dengan cara pengurusan Negara ala Najib. Caranya saya kira adalah berteraskan capitalizing the Capitalism Market for the welfare of the rakyat. Saya melihat cara Najib adalah mendekati pure corporate. Kefahaman saya tentang cara Najib adalah: biar Negara kaya, bila kaya, raklyat boleh dibantu lewat pelbagai jalan kebajikan. Maka dengan sebab itu, beliau melaksanakan pelbagai program kebajikan seperti BR1M, K1M, KR1M dsb. Baginya, kita sudah kesuntukan masa untuk sampai ke 2020, maka jalan pintas harus digunakan. Allah juga telah menguji kita lewat cara pengurusan yang lainnya. Mahathir selama 22 (1982-2003) tahun mengurus Negara ini secara semi-public-corporate enterprise. Melalui penswastaan terkawal, dia berusaha menyusun semula corak pegangan ekonomi rakyat, khususnya untuk memperkasa kekuatan ekonomi kaum bumiputera. Sebelumnya, Razak (1970-1976) melalui DEB telah mengurus Negara ini secara public enterprise driven. Di zaman beliau, agensi-agensi kerajaan seperti MARA, Felda, Risda, Felcra, UDA, KADA, MADA, SEDC dll sangat berkembang subur. Sasaran utama beliau adalah membasmi kemiskinan yang bermaharalela di kalang kaum bumiputera.
(3) Biar apapun Model pengurusan Negara, semua akan tetap bermasaalah. Tiada Model Pengurusan apapun yang tiada masalah. Malah Kapitalis Amerika juga ada masalah. Apa lagi cara Sosialis Russia dan Komunis China, semua tetap berkemelut dengan masalah. Di Iran, Pakistan, malah Aghanistan, Saudi, Kuwait, UAE dsb, tetap bermasalah biar mereka bergegak gempita mengatakan Model Pengurusan mereka adalah Islami. Sebenarnya, masalah Negara kepada saya adalah ibarat kekal wujudnya Iblis dan Syaitan di dunia ini biar mereka itu telah Allah laknati. Seharusnya, setelah dilaknati, seperti juga kaum Lut AS, Noh AS, malah Firaun mereka harus sudah nyah dari muka bumi ini. Kehadiran berterusan Iblis dan Syaitan adalah untuk menguji keImanan sesiapapun. Maka masalah adalah untuk menguji manusia dari segi Iman juga kepenggunaan otak, anugerah Allah paling hebat buat manusia. Tanpa masalah, otak manusia pasti jumud dan lesu. Samalah saya berkira, tanpa Iblis dan Syaitan, Iman kita pasti tidak kembang subur. Maka masalah ekonomi dan politik Negara ini yang seperti tidak berkesudahan adalah cara Allah hendak menguji Iman dan akal kita.
(4) Dalam berhadapan dengan segala macam permasalahan, kita tidaklah boleh bersyukur cara Melayu, mengalah menyerah dalam melihat permasalah itu. Kita perlu bersyukur benar-benar secara Islami. Syukur cara Islam adalah kita menerima apapun yang terjadi, namun berusaha keras tanpa henti mengatasinya, dan berserah apapun hasil akhirnya kepada Allah. Kita tidak sekali-kali boleh berlepas tangan dan letih contohnya seperti kisah Al Kahfi dan Yunus AS dalam usaha memperbaiki apapun masalah kita. Al Quran 94:8 Asy-syarh jelas mengatakan: Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad) dan Kamipun telah menurunkan bebanmu darimu dan kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu, maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap. Jadi dalam kemelut Belanjawan Negara kini, di mana keperluan berbelanja (hutang) sudah jauh mengatasi pendapatan (GDP), kita seharusnya mengambil ikthibar meluas dari pernyataan Al Quran tersebut.
(5) Untuk merungkai tajuk tulisan ini, biar saya kemukakan sebuah cerita benar. Ceritanya adalah pengalaman diri saya. Pada 1966, saya memasuki sekolah di kampung datuk sebelah ibu saya iaitu di Sekolah Rendah Sg. Putin, Sadong Jaya. Di sekolah ini, saya ada kawan sekampung, namanya Ahmad (?). Namun pada 1967, saya pindah sekolah ke Simunjan untuk bersama ayah saya menetap di Kampung sebelah datuk ayah. Kami berpisah sejak 1967. Pada 1972 saya dipisahkan ke Malaya sehinggalah 1984. Pada 2010, saya menemukan dia. Rupa-rupa, dia tidak pernah tamat sekolah. Setelah habis Darjah Lima (1971) beliau telah berpetualang ke Kuching dan mula bekerja berkuli di sebuah kilang papan di Pending, Kuching. Pada 2010 saya berkunjung ke kilang itu, dan secara tidak sengaja telah terserempak dengan beliau. Saya melawat ke rumah kongsinya. Pada masa itu, 2010, keadaan hidup kuli di rumah kongsi saya kira sama tarafnya dengan para setingan di sepanjang jalan keretapi Brickfield, Kerinchi, malah Bukit Tun Ismail di depan PWTC kini di sekitar 1980an. Dia punya 7 anak lelaki jagoan, namun semua berkuli. Saya heran kenapa dia tidak dapat membebaskan dirinya dan keluarganya, saya kira sehingga ke cucu, terus diregut oleh kehidupan miskin perit berkuli. Jawabnya, saya sudah agak; Apakan nasib badan!.
(6) Namun setelah berfikir dan berkira-kira, akhirnya saya mengajak dia menuruti cara saya. Dia, telah datuknya tinggalkan tanah seluas 7 ekar di Kampung. Tanah ini sudah jadi hutan, biar terletak di pinggir jalan besar. Saya katakan kepadanya, serahkan tanah itu untuk dibangun secara berkongsi dengan saya, saya akan banggunkan dengan sawit di mana 100 peratus modal adalah dari saya, dan hasilnyanya nanti dibahagi 50:50 antara dia dan saya. Alhamdullillah, tanah itu saya berjaya usahakan sekitar 2011, kini sejak 2014, saya telah serahkan kembali kebun sawitnya kepada beliau kerana saya berniat sebelumnya untuk melihat dia bebas dari kemiskinan hamba berkuli. Kini dengan 7 anak-anak jagoan beliau sudah dapat membina banglow konkrit di tanah waris datuknya. Saya menjangka kini si Ahmad (?) ini boleh menghasilkan sekitar 7-10 tan sawit/sebulan. Pada harga ladang kini, beliau boleh beroleh pendapatan RM3,000-4,200/bulan. Saya, dengan cara lain, iaitu tidak lagi cara berkongsi tetapi lewat trading secara perlahan-lahan dalam jangka panjang akan mendapat kembali pelaburan sekitar RM30-40K untuk membina kebun beliau. Saya tidak menuntut apa-apa darinya secara pukal atau bayaran tunai untuk mendapat kembali wang pelaburan saya. Jika cara jangka panjang itu saya dapat kembalikan wang itu, Alhamdullillah. Jika tidak dapatpun, tetap saya bersyukur kerana saya mampu menyumbang kepada GDP Negara dan meringankan beban Negara dari berbelanja ke atas keluarga ini untuk apa-apa program berkait dengan pembasmian kemiskinan.
(7) Sesungguhnya, pengalaman micro-economi yang telah dan sedang saya amalkan di Kampung saya, saya lihat In Shaa Allah dan Alhamdullillah boleh saya jelaskan secara macro-econominya untuk membantu, para ahli politik kita jika mereka mahu keluar dari tabii politikus dalam menjana dan mengurus perbelanjaan Negara.
(8) Untuk itu, cuba terlebih dahulu kita kembali ke 5,000 tahun dahulu, iaitu ke zaman Ibrahim AS. Kita juga boleh kembali sejenak ke zaman Adam AS mula-mula turun ke bumi. Bahkan untuk lebih dekat, kita juga kemudian boleh kembali ke 1,400 tahun dulu iaitu di zaman Muhammad SAW. Dalam sejarah Islam, kedua-dua Adam dan Ibrahim AS semasa hidup mereka, mereka tidak dihampar dengan kemewahan. Kedua-dua mereka hidup terkial-kial di padang pasir gersang. Mereka tidak hidup mewah di Mediteranean yang penuh dengan makanan dan segala apa. Mediteranean yang mewah adalah just next door kepada lembah Becca yang kering kontang dan panas. Kenapa Allah meletakkan manusia pilihanNya dalam kepayahan? Muhammad SAW juga asalnya, adalah miskin susah. Kenapa manusia teristimewa ini Allah henyak sebegitu rupa? Apa maksudnya? Namun, dari mereka inilah sejarah dan temadun dunia telah saksikan, dunia mendapat rahmat yang tidak terhingga. Dunia Islam membangkit kehidupan mewah dan penuh rahmat sehingga kini di mana-mana dari tiada kepada ada, dari perit susah kepada mewah, sebegitulah mahahebatnya Allah dalam mengasihani dan menyayangi mahlukNya, jika kita mahu berfikir dan menyukuri rahmatnya pada jalan yang Dia tetapkan. Malangnya syukur kita, berfikirnya kita, hanyalah pada cara Melayu maka kita mengundur ke jalan gelap kembali.
(9) Kedua, ingin saya menempelak semua Umat Islam. Bagi mereka, semua jika boleh mahu ke Mekah setidak-tidak untuk Umrah. Di saat Umrah dan Hajj, semua inginkan Umrah dan Hajj mabruh. Apa maksud Umrah dan Hajj mabruh? Dalam kata mudah, bila ibadat Umrah dan Hajj kita Allah terima, maka mabruhlah namanya. Tetapi macamana sifat Umrah dan Hajj kita itu untuk Allah boleh terima?. Semua memberikan jawaban subjektif. Saya yakin jawabanya adalah pada nilai proses, process values. Hajj dan Umrah hanya wajib bagi yang mampu. Persoalan mampu adalah persoalan proses. Contoh pengamalan application nilai proses yang terbaik adalah dalam bidang dapatan ilmu. Kepada saya, apapun perjalanan kita di dunia ini adalah untuk menghambat ilmu. Dengan ilmu itu kita berbuat agar segala apa yang kita perbuat mendatangkan kebaikan kepada diri, keluarga dan masyarakat. Tidakkah itu konsep ilmu yang barakah? Maka, jika itu kita dapat tangkap itu sebegitu, maka kepada saya Umrah dan Hajj mabruh adalah bilamana kita ke Mekah dan Madinah, di sana kita dapat mengarap sebagai nilai proses dapatan ilmu yang baik, dan dari ilmu itu kita kembali untuk berbuat terbaik, maka itulah Umrah, Hajj malah ilmu yang mabruh. Apakah itu salah? Apakah itu tidak logik? Cuba fikirkan, setelah Umrah dan atau Hajj, balik ke tanahair terus rasuah, salah guna kuasa, menipu malah menyamun, apakah Umrah dan Hajjnya mabruh? Pasti tidak, kerana dia belum beroleh ilmu secara suci dan menyucikan. Maka benarlah pendapat seorang tua yang pernah saya temukan: Jika semasa dan selepas Umrah atau Hajj, kita berasa puas dan tiada keinginan untuk ke sana lagi, maka sebetulnya, kita telah suci iaitu mencapai tahap mabruh. Maka tempelak saya kepada cendikiawan Muslim khususnya, apakah ilmu yang kita perolehi semasa di Mekah dan Madinah yang kita bawa pulang lalu tebar dan amalkan untuk kebaikan umah? Apa yang kita pelajari semasa di sana yang kini terus-terus kita amalkan dan itu mendatangkan rahmat mahabesar kepada ummah?
(10) Kaabah azalinya hanyalah binaan empat segi yang ringkas. Kaabah atau Al Haram, dulu belum bertatah emas berlian, sepertinya kini. Seantaro Saudi pada masa dulu adalah miskin payah. Persoalannya, kenapa Allah membina Kaabah di tempat miskin susah? Apa maksudnya, dari sudut Model Macro-economi dalam pengurusan Negara dan dunia Islam kini?
(11) Tiada Negara yang Allah tidak rahmati secukupnya. Namakan Negara termiskin di dunia. Katalah rantau Afrika Tengah. Dilihat dari sudut taraf hidup Amerika, USA, penduduk di sini, jauh lebih melarat biar sekadar anjing liar di USA. Namun, inilah antara wilayah yang menjadikan Amerika gah dan hebat. Barat telah sekian lama mengaut hasil bumi dari rantau ini sebagai sandaran kekayaan mereka. Emas dari rantau ini kini mengukuhkan kedudukan Pound, France, Dollar dsb. Juga di jari, leher, cuping, pergelangan tangan dan kaki, malah di dada dan kepala sebilangan yang bergelar yang kaya berkuasa di seluruh dunia, di sinilah, di negeri melarat miskin inilah segala hasil berlian, permata dan emas diperolehi. Afrika Tengah adalah wilayah kaya anugerah Allah. Afrika Tengah adalah negara-negara kaya yang miskin. Malaysia juga adalah Negara kaya, namun Melayu khususnya kebanyakan tetap miskin biar kaya. Kenapa?
(12) Mari kita bercakap secara mathematik. Katakan Xi adalah simbol Perbelanjaan, dan Ii adalah simbol Pendapatan, di mana-mana kini, dan paling hairan biar di Saudi yang sangat Allah rahmati, gegala Xi jauh mengatasi Ii sudah kian terasa. Ini tidak terbatas hanya di Saudi yang kaya, ianya juga sedang berlaku biar di Amerika sekalipun. Namun anihnya China sekitar 20 tahun dulu adalah sangat miskin, kini sedang mengalami Ii yang jauh lebih besar dari Xi. Bagi Malaysia sebagai sebuah Negara dan rakyat jelata, maka cabaran kini, adalah bagaimana harus kita mengurus agar Ii dan Xi berimbang supaya Negara terus makmur dan rakyat hidup sejahtera?
(13) Dalam usaha mikro-ekonomi saya dengan si Ahmad tadi Ii beliau asalnya memang sempit dan kecil. Kurang sangat. Sempit lantaran dia tidak berpunya ilmu dan kemahiran, maka tiada pilihan lain buatnya melainkan berkuli. Kuli pula jenis kuli batak, ie suatu tingkat pekerjaan yang hanya perlu membanting tulang. Cuma, kerana Allah memberikan saya Ii yang lebih besar, maka dengan itu saya membantu dia. Sebetulnya Ii yang saya perolehi tidaklah besar sangat, cuma yang ada pada saya adalah rasa tanggungjawab. Rasa tanggungjawab itu timbul dari ilmu yang Al Quran sering tegaskan. Dalam prihal kesusahan ini, Al Quran berulangkali mengingkat Umat Islam agar sentiasa membantu mereka yang perlu. Saya kasihan melihat dia sebagai kampung kidmate. Ii saya sepatutnya harus saya jolly sendiri, untuk seronok sendiri. Di mata manusia dan dunia tiada salahnya. Cuma hati kecil saya berkata nanti Allah kata apa, jika setiap sen saya perolehi saya belanja hanya untuk nafsu diri saya. Maka untuk menjelaskan bagaimana usaha micro-economi saya boleh dijadikan asas macro-ekonomi Negara, maka cuba lihat rumusan-rumusan ini:
(a) Katakan Ii Ahmad adalah IAi, di mana i mewakili sumber-sumber pendapatannya. Maka i beliau mulanya hanyalah satu ie berkuli. Maka jika i dia lebih dari satu, saya yakin nilai IAi dia akan terus meningkat dengan pertambahan nilai i. Maka dengan sebab itu, saya menyarankan kepada beliau, beliau dan beberapa anaknya harus pulang ke Kampung dan mengerjakan tanahnya. Anak-anak yang lain untuk sementara waktu kekal bekerja berkuli dahulu. Dengan cara ini, Ahmad akan mendapat pendapatan IA dari dua sumber ie dari anak-anak berkuli dan kebunnya. Maka i beliau sudah kembang menjadi i=1,2. Ini menjadikan rumusan Pendapatan beliau menjadi IAi=IA1+IA2 ie berkuli + berkebun. Di kebun Ahmad boleh terus menternak ayam itik, malah bertanam sayur-sayuran, juga bertanam ubi dan segala buah-buahan. Dengan cara ini, i dalam IAi Ahmad sudah boleh berkembang bukan hanya kepada dua (2) tingkat, tetapi terus bertambah-tambah berasaskan kerajinannya. Hasil ayam-itik, sayur-mayur, malah ubi segala juga adalah sumber pendapatan ie i yang bertambah-tambah menjadi 3,4,5 dan seterusnya. Ini akhirnya menjadikan rumusan Pendapatannya IAi=IA(kuli)+IA(kebun)+IA(ayam-itik)+IA(sayur)+IA(ubi)++++. Perkara ini adalah benar, kerana kini dia bukan sekadar sedang berbuat apa yang tulang empat keratnya boleh buat, saya sedang perhatikan dia sedang membangunkan sebuah warung Cendol di depan rumahnya.
(b) Ahmad ini dari sejak datuknya, biasa hidup miskin. Maka miskin itu telah mendidiknya untuk sedar, Alhamdullilah dengan bantuan saya, betapa berhemah itu adalah penting untuk merobah segala. Jika dulu Perbelanjaan dia Xi ie XAi adalah sangat besar lantaran segala keperluan hidupnya di Kuching semua terpaksa berbeli, maka berapapun pendapatan beliau, pasti tidak cukup. Bayangkan dari umur 11 tahun sehingga 50 tahun ie selama 40 tahun, membina rumah sendiripun beliau tidak mampu. Namun berkat rezeki Allah lewat saya, dalam tempoh 2014-2017 iaitu tiga (3) tahun ie 6 peratus dari hayat kehidupan silam beliau, kini dia sudah berpunya bangalow. Jika di Amerika, sebuah bangalow di tanah tujuh (7) ekar adalah berupa sebuah Villa. Bagaimana dalam tempoh hanya tiga (3) tahun taraf kehidupan beliau boleh berubah? Jawabnya adalah berhemah. Perbelanjaan XAi beliau di mana nilai i dulu mungkin melibatkan i=10-15 perkara, kini mungkin hanya tinggal i=5 sahaja. Perbelanjaan beliau untuk makanan sudah tidak perlu kerana beliau boleh bertanam sendiri. Ini saya yakin dapat selamatkan 30-40 peratus dari Pendapatan IAi beliau. Apa lagi beliau sudah tidak perlukan belanja kenderaan dan minyak lebih untuk segala keperluan, juga perbelanjaan jajan anak cucu. Itu semua saya yakin dapat menyelamatkan perbelanjaan XAi beliau sehingga 15-20 peratus lagi. Maka dengan IAi meningkat, dan XAi menguncup, maka beliau kini boleh membuat simpanan untuk membangun keluarga yang hidup selesa. Beliau kini sudah boleh hidup sebagai petani berjaya mandiri.
(c) Sesungguhnya, prihal Ahmad ini, adalah prihal yang tidak susah dan bukan perkara baru. Muhammad SAW dengan sifat zuhud beliau, menjadikan keluarga besarnya berkecukupan sehingga beliau dapat menumpu untuk menebar Islam membina Empayer yang luas kemudiannya. Dan satu perkara yang sangat jarang diperbincangkan, pada saat Negara Islam (Madinah) adalah miskin, dalam kemiskinan, bagaimana SAW kemudian dapat bangkit dengan kuasa yang sangat hebat. Untuk beliau membina Madinah yang hebat, pastinya beliau perlukan dana yang banyak. Maka, pernahkan terfikir dari miskin beliau akhirnya mampu bangkit perkasa menantang segala kuasa besar yang ada di sana pada waktu itu? Maka persoalan saya, Melayu khususnya, sering bergegak gempita menyeru mengikut Sunnah, namun dalam soal kemiskian dan membina kekuatan Negara, rata-rata saya lihat seruan dan semangat mereka adalah sekadar Islam di mulut, Kapitalisma di hati.
(14) Malaysia, malah semua negara-negara miskin adalah kaya. Semua Negara Islam adalah kaya. Cuma kita miskin kerana kita miskin fikiran dan jiwa. Kita kemiskinan Iman untuk berfikiran luas dan berjiwa besar. Fikiran dan jiwa kita miskin keImanan. Iman adalah gabungan mantap fardhu Ain dan Kifayah. Pada sebahagian, Iman kita sempitkan kepada prihal Fardhu Ain sahaja. Sebahagian pula hanya tumpu pada fardhu Kifayah. Iman kita tidak berteraskan kesimbangan fardhu Ain dan Kifayah. Allah menjadikan segala berpasangan. Fardhu Ain pasangannya fardhu Kifayah. Namun kita tidak sejahterakan pasangan tersebut, lalu pincanglah keImanan kita. Kerana itu, ketahanan fikiran dan jiwa kita untuk bersakit membina ummah mudah luntur. Kekentalan fikiran dan jiwa kita hapus kikis dirasuk oleh taqwa yang dikuasi nafsu. Nafsu kita kian bersifat Roti Canai, KFC dan McD, nafsu ingin segala segera. Hendak kaya segera. Hendak mewah segera. Hendak berkuasa juga segera. Di sudut Islam, kita melihat susah payah dan kelahiran dan hijerah Muhammad SAW hanyalah kenangan Pesta Ulang Tahun Mauludir Rasul, tidak lebih dari itu. Kita tidak merayakan Hijerah dan Maulidur Rasul sebagai usaha untuk menyemai kekentalan fikiran dan jiwa untuk bersikap berani dan mahu berkorban demi Ummah. Maka atas sebab itu, biar Malaysia kaya, biar negara-negara Islam kaya, rakyat tetap miskin lantaran Iman mereka kian menyempit memudar. Kesialannya mungkin dari cara kita mendidik jiwa dan mengamal Islam.
(15) Allah itu sengaja menjadikan dunia bukan Islam itu tampak kaya raya. Allah juga sengaja menjadikan dunia bukan Islam itu gemar segala pesta dan yang indah-indah. Malah dunia bukan Islam, khususnya Barat, jiwa rakyatnya sangat suka mencari. Genjala ini, jika digabung contohnya dengan Kaabah dan Ibadat Hajj, jika kita mampu berfikir, SubhanaAllah, betapa Dia sedang menunjukkan jalan bagaimana Pendapatan Negara XNi boleh berkembang di luar dari sumber-sumber biasa. Hajj dan Umrah, mendatangkan tidak kurang dari 35-50 juta pengunjung ke Mekah dan Madinah setiap tahun. Di sana, saban minggu tidak kurang dari 500,000-750,00 pengunjung berdatangan. Cuba bayangkan berapa Pulohan Billion Ringgit Saudi perolehi dari kerja-kerja Hajj dan Umrah ini. Jika dihitung Hajj dan Umrah secara seluruhnya, dari satu sumber ini Allah sebetulnya telah menjana ratusan Billion Ringgit untuk umat Islam garapkan. Bayangkan acara ibadat sholat saja di serata dunia Islam, sebetulnya boleh menjana Trillion Ringgit. Jika lain-lain asas ekonomi dunia Islam yang ada, biar di perut bumi, di dasar laut, di atas tanah bahkan langit sekalipun, jika semua ini dihimpun, kita mungkin boleh mencapai angka Tetrallion jauh meninggalkan Trillion. Pada Kaabah, Nabawi dan Al Aqsa dan dari sifat-sifat dunia Barat yang gemar mengembara, umat Islam dan Melayu khususnya, jika mereka mahu berfikir dan berkorban demi Ummah sesungguhnya Allah telah menyediakan kita segala jalan untuk kaya raya sangat sebegitu luas. INi Negara saya yakin nilai i boleh mencecah angka ratusan sumber, semua tergantung kepada otak dan hati sang pemimpin dan rakyat.
(16) Jika pendatapan Negara INi telah dapat kita kembangkan dengan baik, maka jalan seterusnya agar Negara dan rakyat terus maju adalah bila perbelanjaan Negara XNi dapat diurus sesempurnanya. Firaun, Yahudi, bahkan Temadun Majusi, Babylon, China, Indus, Latin, Greek dan segala, mereka semua terkecundang hanya bersebab tamak, dengki dan riak lalu merebak menjadi rasuah dan menindas. Sesungguhnya, sejarah silam dengan jelas Allah telah tunjukkan jika tanpa tamak dan riak tidak akan timbul amalan rasuah. SAW terlalu maksum. Namun pada manusia-manusia biasa selepas beliau iaitu Abu Bakar Al Siddiq, Umar Al Khataab, Uthman Affan, Ali Abi Thalib dan Umar Abdul Aziz, mereka ini telah membuktikan tanpa ada rasa tamak dan riak maka tiada rasuah, lantas Islam di zaman mereka berkembang kuat dan utuh. Kita harus juga ingat, Gautama Buddha dan Confucius, kedua-duanya adalah manusia biasa bukan Islam muncul atas fitrah Allah untuk menentang rasuah dalam temadun mereka. Sesungguhnya, tanpa rasuah, kita pasti semua akan makmur aman sejahtera.
(17) Masalah terhebat dalam dunia Melayu dan Islam adalah rasuah. Islam seperti gagal mengikis tabiat Melayu dan Muslim dari suka minta dan mengambil rasuah. Sesungguhnya, kepada saya XNi ie perbelanjaan Negara yang paling besar adalah rasuah. Jika rasuah dapat dibendung, jika nafsu jelek dan licik para pemimpin Melayu dan Islam dapat dibersihkan dari sifat tamak dan riak, rasuah di kalangan mereka pasti hapus. Jika rasuah hapus, pastinya Ini jauh lebih besar mengatasi XNi.
(13) Bagi dunia Islam, Malaysia tanpa kecuali, jika tanpa rasuah, biar tanpa berbuat apa tambahanpun, saya yakin kita akan beroleh 40-60 peratus tambahan sumber untuk membangun Negara dan Ummah. Cuba bayangkan, Pendapatan Negara kini, INi yang berkisar pada RM300B setahun, jika tanpa ketirisan rasuah pasti kita berpunya 40-60 peratus tambahan untuk membangun Negara. Itu nilainya adalah dalam julat RM120-180B, menjadikan contohnya Peruntukan Membangun kita menjadi RM150-200B. Dengan anggaran itu, apa tidak mungkin Pertumbuhan Ekonomi kita tidak boleh mencapai ke 10-15 peratus setahun. Apa dengan pertumbuhan sebegitu tinggi, maka peluang untuk rakyat mengembangkan Ii mereka tidak meluas? Jika benar Muhammad SAW telah menyaran agar kita ke China untuk belajar, maka tidakkah senjata paling ampuh untuk China yang dulunya miskin kini bangkit menjadi gergasi ekonomi kedua dunia lewat memerangi rasuah. Apa hukum perasuah dan penerima rasuah di China? Tiaw Si hoo. Perhatikan di mana India berbanding China kini dari segi penguasaan ekonomi dunia?
Kuching, Sarawak
27 Oct., 2017

0 comments:
Post a Comment