Siapapun dalam hidup dan matinya ingin sangat berjaya. Manusia kerana nafsunya, saat hidup dia kepingin paling bahagia dengan apa juga kejayaan. Biar dia seorang atheis sekalipun, saat dia mati, dia juga mengidamkan nikmat selepas mati yang sangat nyaman. Namun, tidak pernah tertulis di dalam sejarah dan temaddun manusia, kejayaan ditempa tanpa berfikir dan berusaha. Allah menganugerahkan otak untuk kita berfikir. Allah juga menjadikan tulang kita bersendi-sendi dan dibaluti otot-otot untuk kita berusaha. Allah sesungguhnya telah memberikan kita kekuatan terbaik untuk kita berjaya. Persoalannya, berapa keras cekalkah kita berfikir dan berusaha? Itu persoalan pertama.
(2) Persoalan kedua, pernah tidak kita bertanya, kenapa Allah memilih buaya menjadi buaya? Kenapa tidak contohnya, Dia memilih tunggul kayu jadi gajah? Biar manusia boleh mengukir kayu jadi gajah, di sisi Allah ianya tetap kayu, bukan gajah. Di sisi Allah, gajah adalah gajah. Juga bagaimana Dia memilih kucing menjadi kucing, malah lembu jadi sapi? Juga Dia memilih batu menjadi batu, kayu menjadi kayu, malah padi menjadi padi dan segala? Saya berkira, Dia juga memilih manusia menjadi manusia, mungkin tidak berapa ramai yang tahu kenapa, dan sebaliknya kebanyakan menerima itu seadanya. Tidak salah jika apapun kita terima seadanya, tanpa banyak soal. Namun beda manusia dari segala mahluk Allah lainnya adalah kerana kita berakal paling tinggi. Manusia bukanlah satu-satunya mahluk Allah yang berakal, sang semutpun punya akal, tetapi kita punya akal tingkat tertinggi. Akal kita mengalahkan Malaikat dan Iblis. Di dunia nyata, beruk Chimpazee mempunyai akal sekitar 94 peratus menyerupai kita. Lantaran kita berpunya akal tingkat tertinggi, tidak juga salah untuk kita menyelidiki kebenaran untuk menjelaskan kebenaran secara lebih mantap. Lantaran kita berpunya akal, dan akal itu datang dari sifat berfikir, maka adalah wajar kita menghargai kurniaan terbaik Allah pada kita, iaitu berpunya otak tahap tertinggi, agar kita sentiasa berfikir. Berfikir untuk mengamal yang terbaik.
(3) Persoalan yang ingin saya rungkai dalam tulisan kali ini, adalah kenapa masih banyak di antara kita berkeluh kesah malah sasau? Umat Melayu khususnya, masih banyak berkeluh kesah dan sasau dalam banyak hal. Dalam prihal penyaraan kehidupan, Melayu sepertinya dari sejak adanya dunia media, keluh kesah mereka tidak pernah reda. Semakin hari menjadi semakin panas. Di sana sini kita lihat paparan kemiskinan dan keperitan hidup. Seolah-olah kehidupan Melayu kian parah. Apa lagi dalam bidang kefahaman tentang Islam bahkan keilmuan dan pengetahuan dunia umumnya, umat Melayu juga seperti sasau. Ada yang berkelompok Syiah. Ada Wahabi. Ada Ahlul Sunnah. Bahkan ramai yang sudah nyasar entah ke mana-mana. Banyak keliru, salah tangap malah tidak faham. Dalam dunia akademik, pelajar-pelajar Melayu tidak banyak yang cemerlang apa lagi hebat dalam bidang msaing-masing. Di jurusan sains dan teknologi, pencapaian kita masih di tahap biasa-biasa. Belum tampak keunggulannya. Kenapa ini terjadi? Apakah gene Melayu sememangnya gene corot dalam sagala hal? Atau gene kita adalah jenis jujukan gene keliru, serabut, malas, lengai atau apa saja yang memberikan tabii songsang. Saya ingin mencari punca dan mudah-mudahan ada jalan penyelesaian kepada permasalahan kita.
(4) Melayu telah wujud di Nusantara ini mungkin sekitar 5,000-10,000 SM, lewat Melayu Proto yang berasal dari penghijrahan bangsa-bangsa dari pergunungan Manchu China. Lantas, saya mengira, Temaddun Melayu, pastinya sudah wujud jauh lebih awal dari apa yang tercatat biar dalam sejarah China Mo-lo-yu - mentioned by Yijing, a Tang dynasty Chinese Buddhist monk who visited the Southeast Asia in 688–695. According to Yijing, the Mo-Lo-Yu kingdom was located at a distance of 15 days sailing from Bogha (Palembang), the capital of Sribhoga (Srivijaya). Annam, yang dikatakan dikuasai oleh Melayu Champa adalah tapak tebaran Melayu ke seluruh rantau Nusantara dan Australasia. Inilah mungkin dinasti Melayu yang pertama yang berbaur hebat dengan ketemadunan China Yang Tze yang wujud pada 5,000 SM. Bahkan Islam, diriwayatkan telah sampai ke Champa seawal tahun 700 M. Dari Champa (Annam) Melayu sebetulnya telah membentuk pelbagai empayar seperti Sriwijaya (Sumatera), Majapahit (Jawa) lalu Langkasuka (Malaya) malah kemudian diikuti dengan kepelbagaian kesultanan yang berasaskan Negara-Negara Pelabuhan Islam (Islamic Port State). Kehebatan paling gah Melayu mungkin di sekitar tahun 1300 M sehingga mengundang para penjajah Barat seperti Spanyol, Belanda, Portugis, Jerman dan British untuk berebut wilayah di rantau ini. Saya yakin, kedatangan berleluasa Arab, China dan Barat ke rantau Melayu pada kurun ke 13 adalah bersebabkan kemakmuran yang ada di rantau ini. Dari itu, dapat kita andaikan, pada kurun ke 13, Melayu adalah hebat dan unggul. Jadi kenapa, pada abad ke 13 Melayu adalah unggul, sedang di abad ke 21 ini, kita seperti mengundur lemah?
(5) Sesungguhnya, persoalan, kenapa Melayu di abad ke 13 menjadi rebutan dunia, sedang kini kita mengundur sukar untuk dijawab hanyalah atas satu sebab: kebanyakan dari kita tidak pernah mahu berfikir dan menyelidik tentang itu. Sikap kita kini lebih suka . Kita kain mengambil sikap Masa bodoh, ribut-ribut meres otak, buat pening kepala saja. ..... bersambung In Shaa Allah

0 comments:
Post a Comment