.

1/7/17 AKIBAT TINGKAH CITA-CINTA SYUGAWI ISTERI DAN SUAMI ...... di mana kita akhirnya? (DRAFT)

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - July 07, 2017

Share

& Comment


Kita terlahir di Syurga. Kehidupan di Syurga lengkap dan sempurna, kecuali hanya bagi suatu tempoh yang entah berapa lama. kesempurnaan itu Allah  gantung dari kita. Tempoh itu adalah di antara sempurnanya penciptaan Adam AS dan Hawa sehingga termakannya buah kuldi oleh keduanya. Dari tempoh terhembus nafas Allah menjadi roh Adam AS, Adam AS hanya ketiadaan satu nikmat, iaitu pasangannya. Maka Allah memberikan Adam AS pasangannya iaitu Hawa di atas permintaannya. Kedua di saat Hawa telah tercipta, mengikut Bible yang saya baca, kedua mereka tersekat dari memiliki nafsu sahwat. Nafsu shawat itulah apa yang Iblis goda sebagai ilmu hebat Allah sembunyikan dari Adam dan Hawa. Namun MahaBenarnya Allah, di Syurga Dia pasti menyediakan apa saja yang manusia inginkan. Itulah janji Allah kepada semua, bahawa di Syurga, sebutkan apa saja, pasti akan Dia datangkan. Syurga adalah tempat Allah menghormati hambanya yang benar. Adam AS berkehendakan pasangannya, Dia berikan Hawa. Adam dan Hawa berkehendakan nafsu shawat juga Dia berikan, biar itu kemudiannya menjadikan pertanda bahawa mereka harus turun ke bumi tempat untuk menunaikan tujuan penciptaan mereka - khalifah di bumi Allah.

(2) Di dalam Bible; saya tidak berani untuk mengunakan istilah Injil bagi Bible kini kerana saya yakin keduanya punya sangat banyak perbedaan; sepertinya, kesalahan Adam dan Hawa memakan buah kuldi apple adalah suatu dosa berat yang keduanya telah lakukan. Lantaran dosa itu, maka manusia kini telah berlaku onar. Akibatnya Jesus Christ perlu membayarnya dengan darahnya sendiri. Dalam tanggapan Christian; Nasrani, Jesus Christ telah menebus dan menjadi penyelamat messiah kepada segala dosa manusia. Itu hujjah Nasrani. Saya yakin itu sekadar umpan keagamaan. Namun jika diteliti dari awal, malah juga tercatat di dalam Bible, bahawa penciptaan Adam AS adalah untuk menjadi khalifah di muka bumi. Allah hanya menjadikan Adam dan Hawa di Syurga, tetapi tujuan akhir mereka adalah ke bumi. Ketentuan kejadian Adam dan Hawa adalah untuk ke bumi. Di dalam Al Quran, ini dapat digarap dari Polimik Musa dan Adam. Syurga hanyalah tempat mereka dan hamba-hamba Allah yang benar di kemudian hari. Memakan buah kuldi apple bukanlah suatu dosa yang menuntut darah sebagai balasannya seperti pernyataan Bible. Memakan buah kuldi itu saya berkira banyak yang tersirat tentang Mahabijaksana Allah. Di antaranya, dan pertama saya kira, Allah ingin manusia iaitu Adam dan Hawa tahu bahawa, sumpah Iblis dan Setan untuk berusaha keras menyesatkan mereka adalah benar dan pasti. Kedua mereka telah Iblis selewengkan untuk tidak sabar. Keduanya, saya yakin, dengan berpunya nafsu sahwat, maka di situlah titik sengketa akan berlaku dalam mahluk manusia. Sesungguhnya itulah yang Malaikat khuatiri. Manusia, bukanlah mahluk Allah yang lurus sepertinya para Malaikat. Maka dengan berpunya nafsu maka Allah juga membenarkan kekhuathiran Malaikat.

(3) Dengan adanya nafsu, seperti yang kita tahu, Adam yang turun ke bumi dan terpisah jauh dari Hawa, lantaran instinct Adam kemudian menyusuri Hawa di Jabal Rahmah. Dari situ kemudiannya lahir Qabil dan Nabil. Kerana nafsu, kitapun tahu, Nabil terkorban di tangan Qabil dan dari situ, bermulalah keingkaran pada manusia. Keingkaran itu berlanjutan sehingga menjadi sengketa. Dan sesungguhnya, sifat kepimpinan hanya akan berlaku dalam suasana sengketa dan kecelaruan yang hebat. Dalam keadaan biasa-biasa santai, tiada kepimpinanpun tidak mengapa. Maka saya berkira, kerana manusia sudah berpunya nafsu sahwat, maka sengketa pasti berleluasa, dan di situlah sikap kekhalifahan sangat-sangat diperlukan. Di sinilah Mahabijaksana Allah, Dia membenarkan para Iblis, Manusia dan Malaikat menjadi diri mereka masing-masing agar jelas siapa harus ke Syurga dan Neraka yang mana. Sesungguhnya Iblis, Malaikat dan Manusia, ketiga-tiga mereka menjadi paling sempurna kerana ketiga-tiga mereka itu saling melengkapi, wujud. Tanpa manusia, Iblis tidak akan menepati sifat Iblisnya. Bahkan tanpa Iblis, manusia tidak akan menepati sifat manusianya. Sebegitulah prihal malaikat. Bahkan Syurga dan Neraka juga sangat sempurna berguna lantaran ada ketiga-tiga mereka. Tanpa Iblis dan manusia, Neraka akan sia-sia. Samalah tanpa Malaikat dan manusia, Syurga pasti sepi. Ingat kedua-dua Syurga dan Neraka ada tujuh taraf masing-masing. Kita akan berada di mana, tergantung kepada siapa diri kita di akhirnya kita.

(4) Saya ingin mengupas konsep ke Syurga-Neraka dari sudut kemelut masyarakat yang sedang kita hadapi kini. Semua orang ingin hidup bagai di Syurga dan ke Syurga akhirnya. Dalam tulisan saya terdahulu, keinginan hidup bagai dan di Syurga itu, telah Allah semai sebagai bibit-bibit genetik manusia. Kehidupan awal Adam dan Hawa, moyang manusia, di Syurga telah mengaruh kepada pertumbuhan bibit-bibit genetik DNA ini tersemai hebat dalam manusia, agar kehidupan senang dan mewah menjadi keinginan dan hambatan manusia. Saya mengatakan rasa ingin untuk hidup mewah senang itu adalah kerana adanya gene yang menjurus ke situ berdasarkan kefahaman saintifik moden. Dalam ayat biasa Al Quran yang banyak pihak fahami adalah apapun ilmu milik manusia, kerana Allah telah memberikannya. Saya cuba mentafsir istilah memeberikannya sebagai gene mapping di dalam ilmu genetik. Hidup di Syurga kini, adalah apa yang saya akan sebutkan sebagai syurgawi dunia atau ringkasnya duniawi. Lantaran ingin menikmat syurga duniawi, maka manusia kian terikat oleh nafsu. Nafsu sentiasa menghendaki yang tiada. Nafsu jarang bersyukur dengan yang ada. Nafsu sentiasa berkeinginan berlebihan kepada yang senang-senang dan mewah-mewah, kerana dengan manusia memiliki apa yang nafsu mereka inginkan, maka barulah langsai kerja Iblis. Kebiasaan, sedar atau tidak sedar, manusia yang berpunya kesenangan dan kemewahan, pasti akan kebangaan. Banga menjurus kepada riak. Iblis suka kepada manusia riak. Iblis akan terus mengoda mencuit nafsu manusia agar mereka terjerumus kepada sikap riak. Riak adalah sifat Iblis. Lagi riak manusia, lagilah Iblis suka. Iblis hanya bersahabat dengan manusia riak, agar mereka jadi setaraf, terlaknat. Iblis cukup dendam kepada manusia, kerana, bersebab manusia Iblis jadi turun taraf dan terlaknat. Maka kecintaan manusia kepada duniawi adalah gara-gara dendam kesumat Iblis untuk terus melalaikan manusia, agar mereka nanti di akhirat kelak adalah tergolong sebagai ahli Neraka. Bila berurusan dengan manusia, Iblis mahukan manusia same on me, must be the same on you; aku terlaknat kerana engkau, maka aku mesti pastikan engkau terlaknat sama.

(5) Menghambat duniawi bukanlah perkara terlarang, ianya sangat baik. Seperti saya katakan tadi DNA mencari kesenangan dan kemewahan itu sudah Allah tanam pada diri kita, maka bersebab itu, menghambat duniawi tidak terlarang dan tidak salah, cuma kita harus jelas akan tujuan hambatan duniawi kita itu. Kepada Allah, hambatan duniawi tidak lain dan tidak bukan agar kita nantinya ke Syurgawi hakiki. Duniawi hanyalah pinjaman iaitu cubaan Allah kepada manusia. Duniawi, bukanlah suatu perkara yang payah. Duniawi mudah diperolehi jika kita kental dan bersungguh-sungguh. Contoh, untuk kaya, bukanlah susah. Kita banyak jalan pilihan untuk kaya. Berusaha secara tekun, bijak, ikhlas dan amanah adalah satu di antara caranya. Banyak manusia di dunia kini yang kaya raya kerana mereka bekerja keras, bijak, ikhlas dan amanah. Falsafah Barat to make the last dollar to a million is though, but thereafter is nothing. Kita juga boleh sekadar bermain licik, untuk kaya. Berapa banyak kaki penipu, penjudi, penyeludup, penyamun, penyangak malah kaki rasuah yang kaya raya. Tidak sedikit. Cuma jika kita sedikit berakal, pasti kita boleh insaf, akan sebab Allah menurunkan Adam dan Hawa ke dunia penuh pancaroba untuk akhirnya benar-benar berjaya; mencapai Syurgawi hakiki. Jika Allah mahu, Dia boleh menurunkan Adam dan Hawa ke Mediteranean. Mediteranean adalah nuansa paling hebat di dunia. Apa saja secara azalinya enak di sana. Namun tidak. Allah menurunkan Hawa di Bekka, lembah padang pasir gersang. Adam pula ke Sri Lanka, tanah tropika dim mana dia perlu bergelut dengan segala semak dan penyakit. Maka dari riwayat dalam Bible tentang tempat turunnya Adam dan Hawa sudah boleh menjadikan Umat Islam berfikir, kenapa sebegitu?. Apakah itu suatu hukuman yang berterusan kepada Adam dan Hawa? Tidak. Al Quran jelas tentang bahawa mereka berdua sudah Allah ampuni. Cuma Allah berhujah bahawa sesiapa di antara keturunan mereka yang patuh akan mendapat ganjaran wajar dan sebaliknya bagi mereka yang ingkar.

(6) Jika Al Quran dilihat secara makro iaitu tidak terpisah-pisah, maka konsep duniawi untuk Syurgawi Allah jauh berbeda dengan apa yang kita faham. Kebanyakan dari kita berfahaman, kita kena senang mewah dulu baru dapat kita berbakti. Konsep ini salah. Salah jika kita insaf bahawa contoh tegar yang Allah berikan dalam mengarap konsep duniawi dan SyurgawiNya adalah pada Muhammad SAW. Dari sebelum lahir sehinggalah kematiannya, Muhammad SAW tidak pernah senang mewah biarpun bila berjaya mendirikan Negara Islam Madinah beliau mampu memiliki kesenangan dan kemewahan. Muhammad SAW kekal miskin dalam mewah iaitu apa yang disebut sebagai konsep zuhud. Lantaran itu, biar Abu Bakar, Umar Al Khataab dan Uthman Affan adalah billioanres pada zaman mereka, mereka tetap miskin dalam mewah. Mereka tidak bermewah-mewah dan bersenang-senang dalam kekayaan mereka. Mereka kekal zuhud.

(7) Sesungguhnya, kekal miskin biar kaya sangat payah untuk sesiapapun kini ingin kekalkan. Kebanyakan mahu menikmati penuh kekayaannya malah mempamirkannya. Jika adapun yang kaya, tetapi kekal miskin, perhatikanlah di akhir waktunya, dia pasti akan ada riak-riaknya. Iblis jarang gagal dalam usaha pemesongannya. Jika ada yang kaya, tetapi terus menjalani hidup miskin pasti dia akan dinobatkan sebagai bodoh jika tidak sedang berpura-pura. Iblis sangat gigih dalam usahanya. Jika gagal memesongkan seseorang secara perseorangan, maka lewat masyarakat, Iblis akan tetap mengodanya, dan akhirnya, ke jalan nafsu juga akhirnya dia berserah. Kekal sederhana, biar kaya banyak pihak perkatakan. Namun kesederhanaan itu masih kekal pada keperluan nafsu. Kesederhanaan yang bibir mereka perkatakan dan hidup mereka amalkan pastinya jauh dari sederhana yang Islam maksudkan. Polimik sederhana dan zuhud, tidak akan pernah selesai, selagi manusia tidak jelas di Syurgawi mana dia ingin berakhir hidup kemudiannya. Jika sekadar ke Syurga, berbuat kebaikan sekadarnyapun selagi terus BerIman, pasti akan ke Syurga juga akhirnya. Syurga bawahan. Namun untuk menghambat Firdausi, maka tahap pengorbanan yang sangat tinggi pasti diperlukan. Muhammad SAW dan para Sahabah besar beliau, mereka semua berkorban sangat tinggi bagi mencapai Firdausi iaitu Syurgawi lapis ke tujuh. Syurga tertinggi, hampir kepada Arasyi Allah.

(8) Sesungguhnya, manusia yang ingin menghambat nilai kemanusian tidak pada tahap yang Allah mahukan, mereka adalah manusia yang tidak menghargai bahawa mereka adalah penciptaan Allah yang terbaik. Lantaran itu, mereka ini pasti tidak akan pernah mahu miskin dan sederhana dalam Islam. Mereka boleh mati dalam Iman biarpun kebaktian tidak dalam Islam sewajarnya. Zuhud pada SAW adalah kerana beliau mahu menghargai penciptaan Allah ke atas dirinya. Dia tidak perlukan dunia. Dia hanya ada Allah. SAW lebih yakin tentang Syurgawi dari duniawi. Duniawi beliau adalah untuk Syurgawi.

(9) Masyarakat Melayu paling peduli prihal berkahwin dan berkeluarga. Janggal bagi anak Melayu tanpa keluarga sendiri. Namun sejak akhir-akhir ini, saya mula melihat, berkeluarga dalam dunia Melayu sudah lain. Berkeluarga kian menjadi prihal sendiri-sendiri, kendiri. Prihal Ummah kian ditepis. Namun, Allah telah menetapkan agar kita peduli Ummah, bukan kendiri. Saya berkira, pemesongan ini adalah kerana kefahaman kita tentang konsep duniawi dan Syurgawi. Iblis kian mendorong Melayu ke duniawi hakiki; bukan Syurgawai hakiki. Maka dalam hubungkait kini, peranan dan wibawa suami isteri dalam memahami konsep duniawi dan syurgawi adalah penting. Isteri, secara rohaninya terbangun dari darah daging sang suami. Pasangan itu menjadi suami-isteri kerana mereka sedarah sedaging; serasi. Maka sebab itu Islam menentapkan, taat isteri adalah kepada suami selagi tidak menyalahi rukun keImanannya. Sehingga ke akhirnya, sang isteri akan bersama suami yang berIman. Maka harus sang isteri ingati, jika kerananya sang suami terjerumus ke Neraka, maka ke Nerakalah dia akan bersamanya. Contoh, kerana ingin memenuhi nafsu sang isteri, maka sang suami menjadi penipu, pembohong, pencuri, penyamun, penyangak malah pengkhianat, maka bersamalah mereka kemudiannya terbakar siksa pedih di api Negara. Namun jika sang isteri terus mendokong sang suami agar terus contohnya miskin dalam mewah; sederhana dalam senang lenang; zuhud iaitu mengarap duniawi untuk berbakti seluas dan sehebatnya demi hambatan Syurgawi, In Shaa Allah saya yakin kebahagian dan kesenangan tetap Allah akan kurniakan; disadari atau tidak. Sang suami, Allah telah tetapkan sebagai khalifah dunia. Tugas sang suami adalah kepada Ummah. Maka adalah menjadi asas tanggungjawab utama sang isteri memudahcara sang suami agar kekal ke jalan membina Ummah. Apa saja yang diperolehinya harus diperguna untuk membina Ummah terlebih-lebih bila Ummah sangat-sangat memerlukan pembelaan. Janganlah kemewahan yang diperolehi, harus dinaikmati sepuasnya demi nafsu. Jika jalan itu adalah pilihan, maka hati kita sedang bersarang sang Iblis dan bala penghasutnya, dan saya yakin keberakatan hidup pasti tidak akan wujud. Gah kita boleh gah. Namun, akan sampai waktunya, segalanya pergi dan kita jadi hina bukan sekadar di mata manusia, malah lebih hina di mata Allah. Hanya Iblis yang bersorai bertepuk gembira.

(9) Sesungguhnya sejarah manusia jelas di dalam Al Quran, selagi dalam batas Iman, semua lelaki yang dapat mengurus nafsu isteri dari rasukan dengki Iblis, semua menjadi sangat berjaya. Nabi Noh, dapat menyelamat mahluk hidup Allah bila dia mengenepikan nafsu isterinya yang tidak pernah puas. Ibrahim AS menjadi bapa kepada agama-agama besar Allah, lantaran kebijaksananaannya dalam negurtus nafsu isterinya Hajar dan Sarah. Malah Ismail AS menjadi hebat lantaran mendengar nasihat bapanya, Ibrahim AS dalam cara dia harus mengurus isterinya. Nabi Lut AS terselamat dari azab Allah kerana keberaniannya dalam meninggalkan isterinya. ......bersambung...... In Shaa Allah bersambung

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.