.

2/7/16 HIDUP NAFSU-NAFSI ...dan mati yang redha!

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - July 20, 2016

Share

& Comment


Di malam Tujuh Likuran 5 Julai, 2016 Lebaran lepas, saya duduk entah secara spontan menemukan teman-teman ngobrol di sebuah Warung di Sg. Petani, Kedah. Ini mungkin atas sikap sesaudara Muslim. Siapapun harus dilayani sebagai teman. "Teman-teman" ini baru habis Terawihan di Masjid berhampiran yang kebetulan saya juga turut sertai sebagai musafir. Banyak perkara diobroli. Semua menyentuh tentang hidup dan kehidupan. Segala susahnya hidup dan kehidupan dibicarakan. Dari soal kecil-kecil seperti mengurus anak sehingga ke soal-soal besar mengurus Negara. Kebetulan kerana saya orang luar tetapi bisa ngobrol dalam loghat Kedah juga tahu serba sedikit tentang Negeri ini, maka mudah bagi saya untuk mencelah bahkan menghangatkan segala.

(2) Saat berjalan pulang ke Hotel di mana saya menginap, maka sayapun berfikir tentang apa yang dibicarakan. Di sini saya perturunkan mainan otak kanan saya tentang prihal hidup dan mati. Bagi yang mahu berfikir kerananya Alhamdullilah, buat yang sekadar ingin berlipur lara, juga syukur setidak-tidak ada yang terhibur. Kepada yang tidak mahu membaca, juga Alhamdullilah setidak-tidak masanya tidak tersia-sia. Pokoknya terpulang kepada masing-masing.

(i) Hidup ini dimulai dengan payah. Di malam pertama penikahan dan atau perkahwinan juga payah. Mulanya pedih untuk keduanya.  Namun kemudian-kemudiannya tetap enak dan nikmat. Saat dikandung rahim ibu juga payah. Payah buat sang janin menendang-nendang bebas. Payah juga buat sang ibu saat janin jadi usil. Payah juga buat sang bapa saat perut ibu kian membesar. Bapa pasti harus banyak sabar untuk tidak ganas-ganas bersama ibu diranjang. Namun akan ada saat gembiranya, saat bayi lahir dan meneriak "KepadaMu aku datang" biar sebagai tangis terkuak-kuak.  Tangis terkuak-kuak saat berlanjutan juga menjadikan kedua ibu-bapa payah. Payah lantaran tiduran mereka terganggu malah sengama antara keduanya juga kian tidak nyaman. Saat bayi kembang sebagai anak pinter juga payah. Apa lagi jika menjadi anak dunggu. Kalau pinter, pasti biaya untuk pendidikan anak itu jauh lebih mahal dan panjang. Anak piter mana mungkin hanya sekolahan sehingga SPM. Setidak-tidak PhD. Kalau sang anak itu bodoh, bikin ibu-bapa lagi payah. Payah lantaran ibu-bapa juga jadi bodoh untuk tidak dapat menjadikan anak bodoh jadi pinter.

(ii) Saat anak sudah mendewasa juga tetap payah. Mahunya tidak pernah sudah-sudah. Punya kereta kancil, kepinginnya MyVi. Punya MyVi kepinginnya Proton Saga. Punya Proton Saga, kepinginnya Proton Waja. Berpunya Proton Waja, inginnya Proton Perdana. Berpunya Proton Perdana, mahunya Volvo. Sudah punya Volvo mahunya Jaguar. Sesudah berpunya Jaguar, tetap kepinginnya berubah mahukan Mercedes malah BMW dan Jet pribadi. Biar sudah punya Jet pribadipun tetap dia mahukan kapal selam dan pastinya kemudian kapal perang. Ada hentinya? Selagi kudrat fizik dan mentalnya ada pada sang manusia, tidak mungkin ada hentinya. Nafsu manusia tidak pernah padam. Nafsu-nafsi manusia itu terus hidup!

(iii) Sesungguhnya selagi hidup, tiada apa akan terhenti. Tuhan Allahuakhbar menjadikan segalanya sebegitu. Selagi universe hidup, alam terus saja berputar. Angin terus saja menghembus. Air terus saja mengalir. Suhu terus saja berubah-ubah. Maka apa yang harus dibinggungkan? Sebetulnya tiada apa harus dibinggungkan tentang nafsu-nafsi manusia. Cuma jangan sampai nafsu-nafsi itu membawa kepada kematian yang payah. Ibarat makan. Kita enak makan apa saja. Tiada batas kita mahu makan apa. Biar yang terlarang sekalipun jika kita ingin makan, maka makanlah. Namun, Tuhan Allahuakhbar, MahabijaksanaNya sangat halus dan licik. Makanlah apa saja semahunya. Akan ada waktunya, bila nafsu-nafsi makan sudah keterlaluan, pasti ke kamar kecil sang manusia kebirit-birit. Sesungguhnya nafsu-nafsi makan hanyalah sebagai jalan untuk memuaskan melepas di kamar kecil. Bayangkan kita melahap yang enak-enak, tetapi akhirnya kebanyakan dari makanan itu jadi najis terbuang ke lubang najis. Tangan penat menyuap, mulut penat mengunyah, perut sarat mengandung makanan, tetapi akhirnya kebanyakan jadi najis. Tidakkah itu sis-sia yang paling sia-sia. Tidakkah itu kerja bodoh paling bodoh? Maka sebegitulah Tuhan Allahuakhbar cuba mengambarkan kesia-siaan hidup penuh nafsu-nafsi, jika kita mahu berfikir.

(a) Mati itu mudah. Siapa bilang mati itu susah? Mati itu cukup mudah. Yang susah itu adalah kematian. Saat mahu kematian, banyak menemukan jalan payah. Ada yang bergantungan di ICU Hospital. Ada yang menyimbah darah di jalanan. Ada yang tercunggap-cunggap bertahun-tahun dsb. Penemuan jalan kematian yang payah adalah lantaran nafsu-nafsi yang tidak pernah tahu di mana titik hentinya. Di saat titik henti nafsu-nafsi adalah bersifat lumpuhnya kudrat fizik dan mental maka pasti di situlah jalan payah kematian akan dilalui. Sesungguhnya antidot ubat paling ampuh kepada kematian yang payah itu adalah apa yang disebut sebagai syukur dan redha. Syukur dan redha akan sentiasa menemukan kita dengan rasa puas. Sentiasa syukur dan redha akan menjadikan kita sentiasa puas. Saat jalan itu kita lalui, maka tiada apa yang harus kita binggung. Jika syukur dan redha bukan amalan kita, pasti tidak pernah puas akan menjadinya kita dan kitapun terus mahu bergelora di sepanjang hidup sehingga kudrat fizik dan mental menjadi lumpuh!

(b) Mati itu mudah. Pejam mata. Henti nafas. Berhentilah segala. Dimandi tidak dimandikan, itu bukan soal si mati. Disholat tidak disholat itu juga bukan soal si mati. Malah dikubur tidak dikubur, itu juga bukan soal si mati. Si mati dibuang ke longkang, dicampak ke laut, dibakar dan atau dibiarkan dimakan serigala juga bukan urusan si mati. Apakah anak cucu dan atau keluarga mendoakan si mati, itu juga bukan ursuan si mati. Pokoknya saat sudah mati, segalanya mudah bagi dia. Dia terima redha tentang kudrat dia sudah mati. Kuburnya ditengelami airpun dia tidak akan meraung minta pindahkan. Bahkan jika kuburnya dijadikan buangan najispun dia tidak marah-marah bising mengadu jijik. Pokoknya di saat sudah mati, sang mati akan redha, mahu tidak mahu mesti redha. Redhanya, betapa nafsu-nafsinya tidak membawa apa-apa erti lantaran kegalauannya semasa hidup demi nafsu-nasfi kian sudah terpampang jelas di kaca flat screen TV di alam barzah. Dia sedang asyik menyaksikan kebodohan hidupnya demi nafsu-nafsi. Dia kian redha betapa sial kematian akan datang menghumbannya ke tempat yang dia layak di akhirnya. Dia redha kerana nafsu-nafsinya telah dia tunaikan dan tiada apa tersisa dari hidupnya. Allahuwaalam Bisawab.


Kuching, Sarawak
20 July, 2016

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.