NegaraKecilku adalah sebuah perdesaan pelbagai kaum. Biar hanya sebuah perdesaan, aku namakan ianya NegeraKecilku kerana ianya adalah subset bahagian kepada Tanah Negara ini. Aku tidak bisa mengusul, tanpa NegeraKecilku apakah akan ada Tanah Negara ini? Tidak bisa terpikir kepadaku, apa jadinya Tanah Negara ini jika NegaraKecilku dicabut keluar dari Tanah Negara ini. Mungkin satu bolongan lubang menembusi bumi melintas dari Laut China Selatan terus jebol ke Atlantik. Jika sebegitu kejadiannya pasti kacau jadinya Tanah Bumi ini. Lantaran NegeraKecilku adalah desa maka ianya terpencil. Bukan sekadar terpencil, malah sepi. Namun, jika disorot dari syukur nikmat Tuhan Allahuakhbar, di sana pasti bisa ditemukan terlalu banyak kebesaran dan hamburan nikmatNya.
(2) Di NegaraKecilku sana ada kaum Melayu, Jawa, Bugis, Dayak, Cina dan bahkan di sekitar 1950an ada beberapa keluarga kaum India pernah ngungsi ke sana. Kini kaum orang Ulu dan Melanau sudah mulai tumbuh di sana akibat pertualangan beberapa umat NegaraKecilku lalu terjadilah perkahwinan campur. Juga sudah kian bertambah para TKI yang menikah dan menjadi wargaNegaraKecilku lantaran keasyikan para TKI ini kerana masih ada suasana Jawa biarpun sudah kian menghilang. Mereka seperti berada close to home. Kini umat Melayu bertambah kian lebih cepat di sana. Ini kerana, entah khuawalat ketulahan sial keaipan apa, para Jawa dan Bugis sudah tidak lagi mahu terus ngomong Jowo juga Bugis. Generasi ke III dan seterusnya kian melupakan akar asal usul mereka. Kedua-dua bahasa Jawa dan Bugis sudah sangat tipis dipertuturkan. Peningkatan cepat kaum Melayu adlah kerana pertambahan sejadi juga akibat kemurtadan bahasa kaum Jawa dan Bugis di sana. Saat bahasa berkubur maka hanya tinggal sejarahlah bangsa itu. NegaraKecilku adalah sebuah negara yang paling terbuka adat budayanya. Masing-masing kaum mengamalkan apa yang harus bagi mereka dan tidak terbakar rasa curiga di antaranya. Jika ada perbedaan, mereka akan menyimpan segala perbedaan itu sebagai amalan tertutup kendiri masing-masing kaum. Mungkin inilah rahmat orang-orang kecil, lantaran kecil mereka harus bersatu hati. Sepertinya kaum Yahudi yang tersangat kecil bilangannya, namun mereka kuat biarpun kecil di atas kesatuan yang sangat utuh. Kehadiran pelbagai kaum di NegaraKecilku adalah suatu rahmat Tuhan Allahuakhbar yang sangat berharga. Aslinya kaum Jawa, Bugis, dan Melayu adalah merupakan para pendirinya NegaraKecilku ini. Juga biar para Jawa, Bugis dan Melayu datang dari segala pelusuk Nusantara kepulauan, mereka membawa bersama sikap keuleten cara kerja yang berbeda-beda. Sang Jawa ada cara lain perkebunannya dari para Bugis. Dua kaum petualang tani ini tidak pernah mahu kalah terus bersaing dalam mencari jalan perkebunan terbaik. Sebegitu juga para Melayu Tempatan, Sambas, Rhiau dan Brunei. Akibatnya mereka boleh saling bertukar cara pengalaman hidup dan menimbulkan persaingan sihat diam-diam untuk hidup dengan lebih berjaya. Mereka saling menciplak cara perkebunan dan kehidupan yang terbaik.
(3) NegaraKecilku telah dibangunkan sekitar zaman pemerintahan Charles Vyner Brooke (1917-1946). Sebetulnya seawal-awalnya NegaraKecilku telah terbangun oleh sekumpulan pengungsi yang bersatu atas nama ingin terus merdeka. Di Tanah Asal tumpah darah dan peluh dingin mematikan ibu-ibu mereka, mereka sangat tertekan oleh penjarah penjajah dari sebelah Tanah Bumi matahari tengelam. Tanah Bumi matahari terbenam mengikut mitosnya adalah Tanah Bumi kediaman asal para jin. Di sanalah khabarnya permulaannya Tuhan Allahuakhbar telah menempatkan para jin sebelum wujudnya Adam AS. Di sana mereka sering melakukan kerosakan dan menimbulkan banyak permusuhan dan perpecahan. Maka itulah sebabnya Tuhan Allahuakhbar menjadikan Tanah Bumi matahari tengelam, khususnya di bahagian utaranya berupa pulau-pulau yang terpisah-pisah. Kerana itu manusia-manusia yang Tuhan Allahuakhbar hantarkan untuk menjadi khalifah di sana pada sangkaku berpunya sifat-sifat barbaric sepertinya sifat-sifat pada sebahagian para jin-jin ganas ini. Maka sehingga itu mereka ini kemudian menjadi penjarah penjajah yang sangat hebat. The Viking, the Germanaic-Aryan dsb aku bersangka adalah evolusi dari para khalifah para jin-jin ini. Bila mereka berpetualang ke Tanah Bumi matahari terbit, mereka membawa sifat tamak-haloba dan kejam. Anak-anak pribumi Tanah Bumi matahari terbit mereka perhambakan berat. Maka para ibu-bapa anak-anak pribumi ini tidak mahu anak-anak mereka tumbuh sebagai anak-anak terjajah. Mereka mahu anak-anak mereka berani berjuang menghambat kemerdekaan sendiri. Maka, sebermula dengan datuk dari sebelah ayahku, Abdul Manan telah dipaksa oleh moyangku, Abdullah untuk meninggalkan Palembang, Sumatera agar terbebas dari penghambaan Belanda. Pembukaan ladang teh dan getah telah Belanda paksakan ke atas umat Sumatera pada waktu itu. Nuansa boroh murahan di ladang-ladang penjarah penjajah adalah penghambaan paling berat. Umat terlibat bukan sekadar diperah keringatnya, malah sekian waktu jiwa dan fikiran mereka jadi kerdil dan bacol. Penjarah penjajah akan melakukan apa saja agar para umat perborohan untuk terus tunduk dan manut taat. Mereka ditekan untuk terus miskin agar mereka mudah untuk diperhambakan. Jika mata hati sesiapa terbuka pasti kini boleh dilihat beda sifat umat pengungsi dan umat kekal dari kelompok yang sama di Nusantara ini.
(4) Embah Manan setelah tinggal untuk beberapa waktu di Samarahan lalu mengungsi ke Sadong bersama-sama kaum kerabatnya dari sebelah nenekku dari keturunan Sambas-Brunei untuk membuka Simunjan. Moyang dari sebelah bapaku, iaitu dari nenekku bernama Intai adalah seorang keturunan Sambas. Namanya adalah Bojeng. Moyang Bojeng bersama-sama lima bersaudara serta rakan-rakan Sambas lainnya sebermula adalah boroh-boroh murahan Estet Getah Dahan di Samarahan iaitu sebuah kawasan sedikit ke Timur Kuching. Di sana datuk sebelah bapaku, Embah Manan bertemu dengan nenek Intai lalu menikah dan kemudian mengungsi ke Sadong. Sebabnya adalah agar keluarga besar nenekku bisa merdeka terbebas dari menjadi kuli Syarikat Inggeris yang memiliki Estet Getah Dahan. Kini NegeraKecil Nanas-Kelaka Simunjan adalah penempatan asal para keluarga besar moyangku dari sebelah bapa. Dengan kedatangan puak-puak Tionghua, Simunjan kemudian tumbuh menjadi sebuah pekan kecil di bahagian tengah Batang Sadong. Di zaman Jepang, Embah Manan telah dilantik menjadi mandor perlombongan batu bara arang batu di Gunung Ngeli, Simunjan. Usaha perlombongan ini telah menjadi daya tarikan kepada kemasukan lebih banyak para pengungsi ke Sadong. Bila Jepang kalah perang, industri perlombongan ditutup lalu mereka tersebar membangun Negera-NegeraKecil seperti Tg Pisang, Sg Apin, Tg Beluku, Selangkin, Pantong, Bilis, Tg Kelaso, Pendam, Jaie, Iboi, Pelandok, dan NegaraKecilku.
(5) Di ketika lain, moyangku dari sebelah ibuku iaitu Othman juga telah mengarahkan anak-anaknya untuk ke Tanah Melayu juga agar terus merdeka dari penghambaan Belanda di Pulau Bangka, Rhiau. Di waktu itu Belanda sedang memperluas ladang kopi sebagai bahan dagang minuman paling berharga di Tanah Negara mereka. Sesungguhnya, tanpa umat kini sedari, minuman seperti Starbuck, British Tea, dsb yang setara adalah nilai keringat tidak setimpal dari umat-umat penjarahan penjajah di serata dunia. Alang kepalang berpetualang, datukku, Kechut iaitu anak sulong Moyang Othmanku mengambil sikap jauh lebih berani dengan menyeberangi Laut China Selatan untuk ke Sarawak. Adik-adiknya yang lain dia tinggalkan untuk mencari untung nasib sendiri-sendiri di Tanah Malaya. Dari Singapore dia bersama beberapa orang rakan-rakan dari pelbagai pelusuk Indonesia belayar ke Borneo dan akhirnya mendarat di Santubong. Dari Santubong mereka memudiki Sungai Sarawak lalu menetap di kini Jalan Arang, Bt 4 Jalan Kuching-Serian. Di sana dia ketemu dan menikahi embahku, Khartewi lalu membuka sebuah perkebunan getah. Embah Khartewi telah datang ke Sarawak jauh lebih awal. Moyangku, Bajeng adalah pendakwah asalan Ceribon, kepulauan Jawa. Dia datang ke Sarawak di akhir tahun 1890an. Sebagai sifat petualang merdeka Embah Kechut tidak pernah mahu kekal diam di Kuching. Dia lebih cenderung untuk berdagang dari menghabis masa memelihara kebun getahnya. Dia sering hilir mudik ke Batang Sadong membawa barangan dagang. Perdagangan pada masa itu lebih berbentuk tukaran barangan. Dari Kuching dia membawa segala macam pakaian dari Singpore dan alatan pertanian dan dapur dari Tiongkok untuk ditukar dengan segala macam hasil pertanian dari Batang Sadong. Hasil dari kerja ulang aliknya itu, menemukan dia kepada Embah Manan di sebelah bapaku. Dari Embah Manan dia akhirnya dipujuk untuk membuka NegaraKecilku. Embah Kechut lantaran yakin dengan nasihat dari Embah Mananku telah mengajak rakan-rakan lainnya seperti Embah Sukar dari Bandung untuk turut sama. Embah Sukar akhirnya menjadi biras beliau kerana dia menikah dengan kakak Embah Khartewiku. Wak Hj Marikan, seorang dari Jawa juga telah ikut serta kemudiannya. Dia dituruti oleh Wak Haji Tawan, seorang dari Makasar. Haji Marikan kemudian menikah dengan anak kakak embah Khartewi, yang kupanggil Wak Minik dari nama asalnya Kermini. Hj Marikan menjadi menantu kepada Embah Sukar. Sedang Wak Tawan kemudian menikah dengan anak angkat Embah Kechutku iaitu Wak Tijah. Sebegitulah NegaraKecilku terbangun dari jalan pengungsian dan penikahan di kalangan para rakan pengungsi sehingga kini membentuk satu NegaraKecilku yang kuat tali persaudaraan mereka. Semasa hendak mendirikan NegaraKecilku Embah Kechut bukan sekadar mengajak teman-teman pengungsi dari segala pelusuk Nusantara kepulauan tetapi teman-teman lainnya dari kaum Melayu dan India yang kebanyakan adalah kuli-kuli binaan penjarah penjajah Inggeris. Kehidupan sekadar kais pagi makan pagi telah menyubur pengungsian para kuli-kuli ini keluar dari penghambaan Inggeris. Apa lagi di awal 1940an, telah tersebar berita bahawa Perang Besar akan meletus di Nusantara, maka rasa tidak selamat terus menambah keinginan untuk berpindah dari Kota Kuching yang pasti bakal menjadi sasaran penting peperangan selanjutnya.
(6) Jika diimbas dari sudut epik Firaun di zaman Musa AS, pengungsian para petualang Jawa, Bugis, Melayu, India, dan Cina ke Sadong pada awal 1930an adalah sama hebatnya seperti tragis perburuan Firaun ke atas Yahudi menyeberangi Nil di sekitar 1,500SM. Jika berduyun-duyun ratusan ribu umat Yahudi mengikut Musa AS untuk ke BaitulMuqaddis Tanah Negara janji Tuhan Allahuakhbar sebagai bumi selamat dan merdeka mereka, maka para petualang mengungsi ke Sadong adalah juga atas tujuan yang sama iaitu untuk mencari selamat dan merdeka.
(7) Sesungguhnya, usaha mendirikan NegaraKecilku bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya tidak semudah melakar sebuah peta di lembaran kertas putih. Pendiriannya punya keringat jantan, air mata seram dan darah merah tersimbah. Asalnya NegaraKeciku telah diduduki oleh kaum Dayak. Cuma untungnya, mereka ini adalah pecahan kaum Dayak massa Krian-Saribas yang jauh lebih galak. Mereka ini boleh aku katakan sebagai kelompok Dayak yang mengelak dari hidup galak. Mereka menguasai kawasan tebingan sungai dari bahagian NegaraKecilku. Hanya kerana hubungan dagang untuk sekian waktu di antara Embah Kechut dan mereka, maka itu telah sedikit menyemai rasa silaturahim kaban menyadik bersaudara antara Embah Kechut dan anak biak Ketua Adat Apai Logom. Embah Kechut sepertinya dengan sifat Abu Nawas beliau telah dapat menjalankan usaha diplomatik dagang yang sangat baik untuk melembutkan hati Apai Logom. Pada waktu itu, sifat ngayau, potong kepala kaum Dayak di Sarawak adalah sangat berleluasa sehingga Vyner Brooke terpaksa mengeluarkan peristiharan pengharaman ngayau. Biarpun sebegitu, hubungan diplomatik antara keduanya ada waktu dingin, panas dan sukarianya. Semuanya berakibat dari rasa tidak jelas, cemburu malah pengkhianatan. Apai Logom dan para anak biaknya menguasai bahagian tebingan sungai yang subur dari NegaraKecilku. Biarpun Embah Kechut dan rakan-rakannya dibenarkan membuka lahang tanah di NegaraKecilku, namun mereka hanya dibenarkan untuk meneroka hutan paya gambut di sebelah pendalaman sahaja. Mereka tidak sekali-kali dibenarkan untuk membuka hutan sekitar 400-600 meter iaitu 200-300 depa pada sukatan doelu-doelu dari tebingan Batang Sadong. Mereka hanya berhak ke atas tanah yang tidak subur ke pedalaman. Banyak ketika kehidupan mereka seperti umat Tanah Bumi Laos yang tersepit di antara Siam dan Kemboja yang saling mahu makan sendiri-sendiri. Namun berkat sudah biasa dengan kehidupan di tanah gambut sepertinya di Pulau Bangka, Embah Kechut dan rakan-rakannya tiada masalah untuk menukar tanah-tanah gambut yang tidak subur menjadi pekebunan sangat berhasil. Di sana dia bersama rakan-rakannya telah memperkenalkan dan mengusahakan tanaman seperti kelapa, kopi, pisang, jagung, ubi kayu, keladi, keledek, dan segala macam sayur-sayuran dan ternakan ayam itik. Padi tidak boleh hidup di kawasan tanah gambut. Mereka terpaksa memperkenalkan tanaman lain selain padi. Tanaman-tanaman ini akhirnya mencuri hati lalu menjadi barangan penghasilan utama kaum Dayak selain dari padi, lalu meluas tersebar ke mana-mana di seluruh daerah NegaraKecilku.
(8) Sebermula NegaraKecilku hanyalah pondok-pondok panggung berlantai kulit-kulit kayu, berdinding dan berbumbung atap nipah. Keperluan berpanggung adalah bagi membolehkan kolong kawasan bawah rumah dijadikan tempat simpanan segala macam keperluan, penghasilan perkebunan dan juga ruang bagi penternakan ayam-itik. Tidak kurang kolong juga dijadikan tempat istirehat lari dari kepanasan di dalam rumah khususnya di tengah hari selepas pulang kerja dan atau makan tengah hari. Bagi anak-anak, kolong adalah padang permainan yang paling favourite. Bentuk arkitektur keseluruhan pondok-pondok pula sangat mendekati arkitektur rumah-rumah masyarakat Palembang, Rhiau, Jawa dan Bugis. Semuanya berunsurkan tropis dengan rabung-rabung tinggi yang curam. Senibentuk sebegitu adalah sesuai dengan sifat bahan bina atap dari daun nipah yang mudah reput jika cerun bumbung adalah terlalu landai. Kecerunan agak curam sekitar 60 darjah adalah agar air hujan dapat mengalir cepat dari permukaan atap. Di tahun 1970an, bilamana harga komoditi kopra, kopi, dan jagung adalah tinggi serta penghasilan juga tinggi, maka sebilangan gubuk-gubuk ini telah bertukar wajah kepada rumah-rumah kayu bergergaji dengan atap dari kepingan-kepingan belian. Aku ingat rumah Embah Kechutku benar-benar mengambil arkitektur rumah panggung Palembang-Rhiau sebagai model binaannya. Dulu-dulu semasa kecil, di awal 1960an aku sering bersama bapa mengambil daun-daun nipah untuk nenek anyam menjadi atap. Atap nipah sering perlu ditukar ganti bagi memastikan atap tidak bocor khusus di musim tengkujuh. Kerja-kerja menukar ganti atap rumah biasanya dilakukan di musim kering. Kerja mengambil daun nipah adalah suatu kerja yang sangat perit. Perit kerana kawasan nipah sering menjadi sarang nyamuk yang tajam-tajam dan sangat gatal gigitan mereka. Sebegitu juga kawasan nipah adalah tanah selut yang sangat becak. Keadaan ini sangat menyusah dan melelahkan untuk berjalan. Saat mengambil daun nipah pasti aku dan abangku akan berpakaian ala Ninja bagi melindungi badan kami dari serangan tentera berbisa nyamuk nipah. Agas juga banyak di sana. Namun, saat mengambil daun nipah juga adalah suatu pesta. Nipah adalah alam semulajadi para ketam. Sedang bapa sibuk menebang nipah, aku dan abang akan sibuk merogoh mengorek lubang-lubang ketam. Bila ketam keluar dari lubangnya, kami akan riuh rendah, antara berani dengan takut untuk menangkap ketam tersebut. Ketam cukup pantas bila berlari di permukaan tanah selut, sedang kami mahu angkat kakipun rasanya seperti mencabut pohon nipah. Seringnya ketam terlepas dan kami berputih mata. Kami cukup takut untuk menerkam ketam sebaik ianya keluar dari lubang persembunyiannya. Sepit ketam nipah adalah sangat kuat dan sangat menyakitan. Tidak kurang, bukan ketam yang keluar malah ular air, belacak dan anak-anak biawak.
(9) NegaraKecilku di awal 1960an didiami oleh sekitar 20 keluarga. Pada 1980an, sudah ada sekitar 65 keluarga di sana. Kini kedapatan tidak kurang dari 120 keluarga sudah mendirikan mahligai mereka di sana. Seingat aku, selain keluarga Embah Kechut, lain-lain keluarga pendiri yang sempat aku temukan adalah Embah Sukar-Marwiyah (Sunda-Ceribon); Wak Haji Marikan-Wak Kermini (Jawa-Ceribon); Wak Tawan-Wak Tijah (Bugis-Cina/Jawa); Wak Hj Alias (Bugis), Wak Hj Muhammad Arshad (Bugis); Wak Bakar-Wak Yem (Jawa-Sambas); Wak Rasmadi-Wak Mesni (Jawa-Jawa); Wak Rastam-Wak Tuminah (Jawa-Jawa); Wak Salyo-Wak Ginem (Jawa-Jawa); Wak Smaga (Jawa); Wak Suta-Wak Jemirah (Jawa-Sambas); Lana (Melayu), Ues (Melayu), Sulong (Melayu); Rosli (Melayu), Jaafar (Melayu) dan Sebeli (Melayu). Manakala kaum Cina pula adalah Junsang, Jikin, Asin, (X ?) dan serpihan Iban dari kelompok besar Apai Logom seperti Sela, Angat, dan Mani. Keluarga India yang pernah menetap seketika di NegaraKecilku adalah Joseph-Nangu. Mereka ini kemudian pindah dan diam di kawasan Green Road, Kuching dan pada 1980an sering kembali ke NegaraKecilku lewat berdagang kain dan pakaian.
Anak-anak Bangsa NegaraKecilku:
Kini umat NegaraKecilku adalah dari golongan generasi ke II, III, IV dan V. Aku tergolong sebagai generasi ke III. Sudah tidak ada lagi generasi pertama para pendiri NegaraKecilku. Mereka semua sedang istirehat kekal dan panjang. Semoga mereka dalam kebarakan Tuhan Allahuakhbar kerana telah mewariskan NegeraKecilku kepada umat kini. Al Fathihah. Amiin. Para generasi ke II sudah hampir 70 peratus kekal menyusur pulang. Sekalung Al Fathihah juga buat mereka yang telah sampai ke barzah. Amiin. Budaya Jawa adalah agak menonjol di NegaraKecilku. Ini kerana sebermula dari pembukaan NegaraKecilku sehingga ke 2013 NegeraKecilku telah dipimpin oleh Kepala Desa dari kaum Jawa. Kebetulan kedua-duannya punya pertalian darah yang akrab dengan aku. Kedua-dua Wak Haji Marikan dan Shawal Kechut adalah para pamanku.
(2) Apakah adat Jawa? Sebetulnya, adat Jawa tidak banyak beda dengan adat Melayu. Sukar untuk melihat bedanya. Banyak persamaan kerana kedua-duanya sangat terkesan oleh Buddha, Hindu, dan Islam. Paling ketara kini aku melihat bahawa adat Jawa dan Melayu di NegeraKecilku sudah kian sebati atas pengaruh kemodenan kini iaitu Kapitalis. Namun dalam kehidupan harian doelu-doelu ketika Embah Kechutku masih hidup, ada perbedaan sangat ketara. Di antaranya adalah dalam soal kekeluargaan. Khusus tentang makan, aku masih ingat, Embah Kechut saat dia makan, dia akan makan duluan bersama anak-anak lelaki dewasanya dan atau para menantu lelaki. Mereka akan makan di ruang makan. Sedang Embah Khartewi akan makan kemudiannya bersama para bibik serta para putunya bahkan para mamang yang masih anak-anak. Mereka makan di ruang dapur. Cukup feudalisma aturan makan mereka. Pun sebegitu, cara susunan segala adalah cukup tertib. Anak-anak diajari untuk makan dengan cukup tertib, tidak seperti kebiasaan sifat anak-anak di mana mereka akan sesuka hati mengambil makanan tanpa menggunakan sendok sudu. Ibuku khususnya paling jengkel marah jika kami anak-anaknya mengambil lauk tanpa menggunakan sudu dan atau memegang sudu lauk dengan menggunakan tangan yang digunakan untuk makan. Juga kami tidak dibenarkan sama sekali makan sebelum bapa menjamah makanannya. Sepertinya aturan makan keluarga Jawa menghampiri cara makan umat penjarah penjajah Tanah Bumi matahari tengelam. Kini aku sadar betapa aturan sebegitu pertama-tama adalah agar hidup ini harus ada peraturan. Berdisiplin kata orang kini. Kedua, ianya adalah untuk mendidik rasa hormat kepada bapa sebagai ketua keluarga, juga rezeki yang Tuhan Allahuakhbar berikan. Rezeki pemberian Tuhan Allahuakhbar harus diladeni hidang dan nikmati dengan penuh rasa hormat. Ketiga, aku kira adalah agar anak-anak Jawa berpunya sikap sabar alon-alon ojoh rusuh-rusuh. Sifat gelojoh sembrono cuba ditepis dari sifat anak-anak Jawa. Paling utama aku kira agar anak-anak Jawa itu harus menjadi umat yang telaten teliti dan gemar kepada kesempurnaan. Mungkin perfectionist kata orang kini. Itu soal makan, banyak lagi soal-soal lain yang kulihat sangat mulia kesannya. Perawan-perawan Jawa, setidak-tidak para bibikku, sangat dilarang untuk ngoces, omong-omong kosong, apa yang kini disebut sebagai gosipan. Maka wajah-wajah berkutu berderet di tangga sebagai pesta ngocas ngaces doelu-doelu payah untuk ditemukan di kalangan para perempuan Jawa. Tidak kira perempuan atau lelaki, anak-anak Jawa sering sangat disibukan dengan harus bekerja dan setelah usai segala perkerjaan, harus istirehat sebaiknya. Aku berkira, inilah faktor yang terbentuk sebagai pembentung agar anak-anak Jawa itu pada rajin dan tidak gemar membuang waktu. Dalam keluargaku, aku berkira yang menekankan adat Jawa adalah Embah Khartewiku secara diam-diam sedang Embah Kechutku adalah enforcer. Cuma mengikut peredaran waktu, akhir-akhir ini, hukum Kapitalis Maslow di mana kemodenan kehidupan akhirnya merobah cita rasa sosial masyarakat juga menabrak bocor biar adat Jawa yang paling kental sekalipun.
(2) Sebelum aku bercerita lanjut tentang anak-anak bangsa NegaraKecilku wajar terlebih dahulu aku jelaskan konsep gelaran dalam adat Jawa. Adat Jawa adalah sangat bersifat feudal warisan dari budaya Buddha dan Hindu yang umat rantau ini anuti sekitar 1,000-1,500 tahun dahulu lewat Sriwijaya dan Majapahit. Wak adalah gantinama bagi Mak dan Pak Long dalam adat Melayu. Wak adalah paman dan atau bibik paling sulong dan atau yang lebih tua. Maka pemakaian sebutan Wak juga boleh mengelirukan bagi yang tidak mahir dengan adat Jawa. Sebetulnya, anak-anak para bibik dan mamang yang lebih muda akan memanggil paman dan atau bibik di atasnya sebagai Wak. Maka gelaran Wak tidak terhad kepada paman dan bibik sulong sahaja. Ianya sangat tergantung kepada kedudukan kekeluargaan ibubapa si pemanggil berkenaan. Paman dalam adat Jawa merujuk kepada siapa saja berkedudukan sebagai bapa saudara biarpun berpunya talihayat yang jauh dari kedua-dua belah bapa dan ibu seseorang anak. Bibik pula adalah emak saudara dalam konsep yang sama. Namun Wak juga terpakai kepada seorang Jawa yang berumur apa lagi warak. Maka gelaran Wak punya simbol sosial yang sangat tinggi di dalam adat Jawa. Wak adalah sosok tubuh yang sangat terhormat. Maka bila seseorang Jawa telah digelarkan Wak maka itu sudah menjadi suatu bebanan sosial baginya sepertinya doelu-doelu bila seorang Melayu sudah diberikan gelaran Haji, si Tuan Haji. Cuma kini, ianya banyak hanya sebagai panggilan tanpa kesan sosialnya. Tiada konsep Angah, Ateh, Usu dll dalam adat Jawa. Sesiapa di bawah dari Wak hanya dipanggil bibik atau mamang.
(3) Aku atas sifatku sebagai anak kedua kepada ibubapa sulong dari sebelah ibu dan bapaku, menjadikan aku sebagai Wak kepada semua anak-anak sepupuku dan sebegitu juga bagi anak-anak para adikku. Kerana aku berpunya seorang abang, hanya kepada abangku para anakku panggilkan Wak. Anak-anak abangku memanggil aku Mamang atas kedudukan aku di bawah abangku. Di NegaraKecilku aku dikenali sebagai Wak dan atau Mang Chek oleh semua yang bertaraf anak buah kepadaku. Bagi yang bertaraf cucu, mereka memanggilku dengan sebutan Embah Chek. Nukilan ini adalah tentang anak-anak bangsa NegaraKecilku. Mereka adalah sebahagian dari para anak buah dan putu-putu cucu-cucuku serta anak-anak jiran biar tiada pertalian darah denganku. Mereka adalah genersai ke V dari umat di NegaraKecilku. Aku tuliskan kisah kecil mereka untuk menjadi catatan sejarah awal mereka serta sebagai jalan untuk aku bercerita kemungkinan natijah kepulangan aku ke NegaraKecilku sepertinya yang aku duga Tuhan Allahuakhbar inginkan. Mudah-mudahan itulah apa yang Dia mahukan dari aku. Mudah-mudahan lewat waktu, ada yang bisa mengarap manafaat darinya.
(4) Aku yang aku, adalah sosok yang sangat keras. Bukan sekadar keras, aku juga banyak diam. Aku paling keras dan sangat diam kepada yang dekat kepada aku. Sesiapa juga tidak kira saudara, anak dan isteri, sifatku kepada mereka sangat keras dan diam. Dalam tubuhku ada darah Melayunya: Palembang, Sambas-Brunei, dan Rhiau dan Jawa: Ceribon. Itulah aku kira asal muasal sifat kerasku. Aku ini adalah 75 peratus Melayu. Melayuku, tertakdir adalah Melayu yang keras-keras sifatnya. Embah Mananku dikatakan paling keras sifatnya. Di Sumatera, Melayu Palembang dipandang sebagai Melayu keras mengatasi Melayu Padang. Embah Manan dikatakan bahkan paling pendiam. Aku tidak pernah punya kesempatan untuk bertemu Embah Manan. Dia meninggal pada saat bapaku baru berusia 5-6 tahunan. Sewaktu-waktu, aku Embah Khartewi dan Nenek Intaiku katakan bahawa aku berpunya watak keras beliau. Bukan saja keras, bahkan degil. Degil itu istilah Melayunya, namun yang jelas, dalam istilah Jawanya lebih tepat dikatakan sebagai ulet, tegar. Mahunya dia hanya pada kehendaknya. Akupun sebegitu banyak waktunya. Sesungguhnya watak keras Embah Manan punya hikmah, rational tersendiri. Dia setidak-tidaknya tanpa sedar sedang mempersiapkan bapaku untuk menjadi the man of the house pada usia yang masih kanak-kanak. Bila Embah Manan meninggal, bapaku mengalas tugas bapanya untuk menjadi the man of the house. Embah Kechutku juga berwatak keras. Seinggat aku, semasa aku masih anak-anak, dia tidak pernah berlembut dengan anak-anaknya. Para bibik dan mamangku paling takut kepada beliau. Watak dan perawakan dia hampir-hampir menyerupai S Kadarisman, seniman Melayu 1960an. Kerana itu di kalangan para anak-anaknya dia digelar Tunggal sempena sebuah watak dalam filem lakunan S Kadarisman. Bahkan kepada Embahku Khartewipun dia paling jarang berbicara, biarpun mereka berpunya tujuh anak semuanya. Doelu-doelu sepertinya bicara batin mengatasi bicara lisan. Gerak tubuh jauh lebih mantap dari bicara mulut. Kebahagian kerukunan rumah tangga doelu-doelu tidak banyak tuntutan dan psychologynya. Cuma heran, di kalangan cucu-cucu, dia seperti agak mengalah. Embah Kechut paling mesra kepada para cucunya. Aku sempat bergaul mesra dengan beliau sehingga umuran 12 tahunan. Sifat bagusnya dia, dia paling suka bercanda berseloroh yang boleh saja menyakitkan hati dan bahkan menjadikan orang tertawa tidak henti-henti. Dia berpunya otak Abu Nawas. Dia paling suka ngobrol bersama bapaku, Mang Sapek iaitu menantunya juga biras bapa, Embah Sukar yang merupakan birasnya dan Wak Tawan menantu dari sebelah anak angkatnya. Dia sering banyak dikunjungi tamu. Beliau juga berpunya sifat pemurah. Apai Logom dan para anakbiaknya sangat hormat kepada beliau. Beliau menjadi faktor kepada keeping the Dayak at arm length dengan para pengungsi yang berbondong-bondong mahu membuka NegaraKecilku. Kini, aku merasakan pada diriku ada sifat-sifat beliau, khususnya sifat Abu Nawas beliau. Sedang moyang, Bojeng dan Embah Khartewiku adalah paling diam. Itulah asal muasal diamku. Pada aku tergabung sifat-sifat para moyangku. Dalam sains hayat inilah apa yang disebut sebagai genetic fusion. Yang tampak pada watakku adalah fenotip semua itu.Dari sudut sains hanyat, fenotip iaitu sifat dan watak hanya timbul akibat dari aruhan sekitaran ke atas gene yang ada. Sesungguhnya keadaan dan masa untuk aku sepertinya fenotip keras dan diamnya aku kini sendang sangat berlaku. Dari aku masih anak-anak sehinggalah aku umuran sebegini, watak keras dan diam harus aku teruskan. Dari kacamata Adeen Islam, inilah mungkinnya cara Tuhan Allahuakhbar telah menulis tentang kudratku. Allahuallam bisawab.
(5) Darah keras mengalir dalam tubuhku. Fikiran keras adalah jalan otakku. Jiwa keras adalah degup jantungku. Apakah itu perlu? Muhammad SAW itu paling berhemah. Santun orangnya. Kenapa dia bukan ikutan kerasku? Abu Bakar As-Siddique juga sangat hemah. Hemah keduanya menyubur biakkan kebangkitan Adeen Islam. Bukankah itu terbaik? Namun Umar Al Khatab, adalah sangat keras. Di tangan Umar bara-bara gejola membara. Bukan sekadar itu, sebelum Hijrah, watak keras Umar Al Khataablah yang telah membakar semangat kaum Muslimin untuk mendaulatkan Islam secara terang-terangan. Selepas Abu Bakar, dia perlu keras untuk memadamkan segala lalu dengan kencang menebar luas Adeen Islam. Selepas Umar, berganti Othman Affan yang cukup hemah sedang keras adalah kebutuhan namun bukan pilihannya, maka keributan akhirnya menjelma lalu menemukan kekacauan hebat di tangan Ali Abi Thalib. Sebegitulah perjalanan awal sebuah kebangkitan Adeen Islam. Sebegitulah Tuhan Allahuakbar cuba mendidik tanpa Dia berbicara jelas. Fikiran kerasku menangkap semua itu sebegitu. Aku, di atas darahku, di atas keperluanku, aku mesti keras. Namun kerasku bukanlah keras tanpa rationale tetapi keras dengan banyak perhitungan. Di NegaraKecilku aku cukup dikenali sebagai keras. Aku perlu keras di NegaraKecilku, jika tidak, tidak adalah yang ditakuti oleh para anak buah dan cucu-cicitku. Bukan soal aku mesti ditakuti, soalnya adalah keperluan. Aku sengaja menjadikan diriku keras agar diriku ini adalah polis keluarga dan masyarakat. Lumrah dalam dunia kanak-kanak, jika tiada siapa yang mereka takuti, pasti mereka payah dibentur. Aku kira aku mengambil iktibar dari kerasnya para datukku serta Umar Al Khataab untuk mempermudah membina masyarakat berdisiplin. Sesungguhnya sesekali tangan keras Tuhan Allahuakhbar menjamah kita pasti dengan cepat bisa menyadarkan kita tentang khilaf salahnya kita; berbanding dengan segala tangan lembut rahmatNya. Manusia, sebegitulah. Kadang-kadang terpukul adalah jalan penyadaran terbaik. Namun aku sedar kerasku banyak tidak bisa digarap pantas, dan sering ianya menyakitkan aku sendiri. Namun korban adalah perlu untuk sebuah perjuangan. Aku perlu keras demi merdeka yang para moyangku telah paksakan kepada anak-anak mereka iaitu para datukku. Aku ingin mewariskan sifat merdeka ke sepanjang jalan selanjutnya pada anak-anak bangsa NegaraKecilku. Dan sifat diamku adalah silent enforcing factor di atas sikap kerasku.
(6) Nukilan ini adalah penceritaan tentang aku yang kepingin merobah umat dan anak-anak bangsa NegaraKecilku agar mereka bisa menghambat zaman dengan penuh tegap dan merdeka. Anak-anak bangsa NegaraKecilku yang aku maksudkan adalah: Zahid alias Awek, Nabil dan adik-adiknya Asip, "Salma", dan "Wak Apon"; Jannah bersama adik-adiknya Umi dan Hakim, Ikmal, Yaya, Ani dan adiknya Ariff dan Hawa bersama para sepupunya Ain, Atikah dll. Di samping mereka ini ada juga beberapa anak-anak bangsa yang agak kelepas kelepus tengelam timbul keterlibatan mereka. Anak-anak bangsa NegaraKecilku ini berusia antara 6-13 tahun. Otak mereka otak penuh persoalan dan hati penuh menerima apa saja. Inilah zaman rebungnya mereka. Inilah juga zaman kain putih bersihnya mereka. Ibarat tempayan, mulu mereka sentiasa terbuka untuk menadah air apapun yang akan tercurah ke dalam mereka. Namun yang paling aku ingin hindarkan adalah masa depan mereka yang kabur jika mereka tidak tersediakan wajar.
Kemerdekaan - Revisit:
Aku dilahirkan di NegaraKecilku pada minggu pertama bulan Rabiulawal iaitu bulan Maulidur rasul pada 1960. Itu kira-kira pada 24-31 Ogos, 1960. Mungkin kerana keperluan persekolahan, maka tarikh lahir rasmiku telah dipalsukan kepada 18 Feb., 1960. Dalam hubungan Tanah Negeri ini, aku lahir di zaman penjarah penjajah British; namun dari sudut Tanah Negara ini, aku lahir bersempena tanggal puncak perjuangan kemerdekaannya. Maka berdasarkan latar belakang para datukku, serta perjalanan hidupku sendiri, maka sifat merdeka adalah apa yang harus terus kumiliki pertahankan.
(2) Setelah menikah dengan ibuku, Aishah; bapaku Sahamat perlu menetap di NegaraKecilku atas faktor adat. Dalam adat Jawa doelu-doelu, menantu lelaki harus berumah dekat dengan mertuanya. Sebabnya adalah mudah; untuk tidak memisahkan ibu dari bimbingan embah dalam soal-soal pengurusan rumahtangga. Biar ibu telah Embah Khartewi asuh dengan segala adat Jawa, namun saat sudah berumahtangga belum pasti segala asuhan itu telah mencukupi. Mengikut adat, pasangan baru harus terus dekat dengan mertua sebelah isteri bagi membolehkan sang isteri mendapat didikan lanjut sebenar tentang cara sesebuah rumahtangga harus berjalan. Suasana immediate presence to solve immediate problem adalah pertimbangan keras adat-adat dulu. Logicalnya aku berkira adalah kebutuhan close counseling antara sang isteri dan ibunya di saat payah kehidupan berumah tangga. Inilah aku berkira sebagai sistem pertahanan paling ampuh budaya doelu-doelu dalam menyekat perceraian yang menjadi penyakit nombor dua kini selepas kegilaan berkeinginan berbini lebih. Di samping itu, cara ini adalah untuk membentuk rasa hormat dan keakraban sang suami kepada para mertuanya. Keperluan ini adalah wajar, bagi mengelakkan mudahnya keretakkan rumahtangga akibat beberapa perkara yang boleh jadi hanya berupa perkara-perkara picisan. Sesungguhnya adat doelu-doelu sangat bersifat membina sistem kekeluargaan yang sangat utuh dan damai sejahtera. Harmonis. Rukun. Namun keadaan kini, pasti banyak yang berdebat itu sebagai tidak mungkin. Benar. Tepat. Namun Adeen Islam ada jalan penyelesaiannya. Adeen Islam sedari awal telah mengalakkan agar umatnya sering mendekati Masjid. Masjid harus menjadi sandaran couselling bagi umat kini. Cuma sayang, samaada Masjid belum sebegitu peranannya dan atau umat kini masih jauh dari Masjid. Saya berkira kedua-duanya sedang berjalan bergiringan. Masjid masih berupa tempat untuk sekejab to visit God. Dalam masa yang sama, keberuntungan paling hebat dari adat sebegitu adalah agar para bibik dan mamangku iaitu adik-adik ibuku boleh membantu jadi pengasuhku. Dengan cara itu kami sekeluarga besar akan bertambah rukun dan damai.
(3) Sejak lahir sehingga umurku tujuh tahun aku menetap di NegaraKecilku. Aku memulakan persekolahan di negarakecil bernama Sg. Putin bersebelahan NegaraKecilku. Dulu-dulu dari rumah ke sekolah bisa mengambil waktu selama 45-60 minit berjalan kaki ayam di denai-denai tanah becak di antara baris-baris pohon kelapa dan pisang. Sampai saja di sekolah, pasti tubuh berbau hanyir. SubhanaaAllah, para guru di waktu itu, sabar mereka pastinya melewati sabar Yunus AS dan Noh AS dalam mendidik anak-anak bangsa sepertinya aku ini. Tidak pernah mereka kabur dari tugas berat membina anak-anak bangsa. Kini jika berkereta, tidakpun sampai lima minit pasti sudah enak masuk ke kelas. Setelah usai darjah satu, bapa kemudian membawa kami sekeluarga pindah ke negara datuk sebelah bapa. Bapa harus pindah ke negara Embah Manan lantaran nenekku juga perlu bantuan bapa untuk segala urusan perkebunannya. Di negara datukku, bernama Sedilo yang kini terletak sekitar lima kilometer dari Pekan Simunjan aku memulakan titik-titik perit dalam hidupku. Tidak lama selepas pindah ke sana, ibu mengalami kejutan sakit jantung untuk kedua kalinya. Ajalnya menjemput selepas lima hari melahirkan adik bungsuku. Mulai saat itu, aku jadi pengasuh kepada adik-adikku yang masih kecil dan mengurus sendiri segala keperluan persekolahanku. Aku, adik-adiku dan bapa tinggal di rumah berasingan dari nenek. Aku meninggalkan NegaraKecilku pada Disembar 1967. Aku kemudian bersekolah di Sekolah Rendah Abang Man, Simunjan dan pada Disembar 1972 aku berangkat keluar untuk meneruskan pelajaranku di Kuala Krai, Kelantan pada 1973-75, kemudian ke Jitra, Kedah pada 1976-79 lalu ke Kuala Lumpur pada 1979-84. Pada waktu aku berangkat pada 1972, kesihatan bapaku sudah goyah dan pada saat aku ingin melanjutkan pelajaran di bidang kedoktoran, pada pertengah 1980, bapaku berpulang tanpa aku berkesempatan untuk berpamitan. Dengan menyusulnya bapaku ke rumah ibuku maka matilah cita-citaku untuk menjadi seorang doktor perubatan. Sebelumnya pada tahun 1979 iaitu tidak lama setelah aku berada di Menara Gading, Embah Kechutku berpulang. Sesungguhnya, zaman kanak-kanak dan keremajaanku penuh dengan kepulangan yang tidak dapat aku sambut dekat. Di saat aku paling perlu pembelaan, bukan ke kiri juga kanan yang harus aku berpaling meminta belas tetapi ke langit hanya aku boleh melontarkan kepiluan dan terkadang kemarahan.
(4) Sekembali dari Kuala Lumpur pada Jun 1984, aku terus menetap di NegaraKecilku bersama Embah Khartewi. Nenekku telah meninggalkan Simunjan untuk bersama anaknya, Bibik Ani, adik bapaku di Sibu bersama dua adikku. Bersama adik lelakiku, Amin aku membantu Embah Khartewi membina semula kebun kelapa-kokonya. Tahun 1984 adalah zaman kemelesetan ekonomi Tanah Negara dan serantau. Pekerjaan sukar didapati. Maka aku terpaksa mencari akal untuk mendapat pendapatan sendiri dan lebih. Sekembali ke NegaraKecilku aku mula mengajak umat NegaraKecilku untuk berdagang melalui Kooperasi. Aku tubuhkan Kooperasi untuk menjalankan urusniaga jual beli kopra, koko dan kopi hasil umat NegaraKecilku. Pada 1985 dengan hanya bermodal sekitar RM2,500.00 yang kukumpul dari umat-umat NegaraKecilku serta paman suami bibik dari sebelah bapaku di negara sebelah, kemudiannya aku dapat raised fund RM to RM dengan seorang Taukey Ciku di Pekan Pendam untuk memulakan perniagaan runcit dan jual beli komoditi keluaran pertanian. Untungnya pada waktu itu, semangat ingin merdeka dari orang tengah yang cukup memeras adalah sangat tinggi di kalangan teman-teman sebaya aku. Taukey Ciku adalah teman bapaku di sedilo sewaktu-waktu susahnya dulu. Dia mampu membuka perniagaan runcit di Pendam kerana sekian waktu telah bertanam padi dengan menumpang di tanah Embah Mananku. Hebatnya budaya Tokey Ciku di saat payah, dia sudah bercita-cita untuk tidak susah. Dia mengamalkan sikap berjagung-jagung dulu, sementara menunggu padi masak. Dia mngumpul segala hasil padinya untuk kemudian dia berdagang. Tokey Ciku bersetuju membantu aku untuk mengadakan RM2,500.00 tambahan kerana ingin membalas jasa bapa dan Embah Mananku. Melalui dia aku kemudian dapat memasarkan hasil kopra, koko dan kopi pada harga yang cukup baik. Dalam masa yang sama juga dia membantu aku untuk mendapat bekalan barangan runcit dari Kuching dengan harga agak murah. Dia mendapat komisyen dari urusan perantaraan yang dia mainkan. Pada 1985, pada saat aku tidak berpunya apa-apa, kecuali berbekal ilmu yang sedikit dan jiwa memberontak kental, aku telah berusaha kembali memerdekakan NegaraKecilku dalam nenuntaskan fardhu kifayah mereka.
(5) Kooperasi adalah milik umat NegeraKecilku. Aku mengasas dan mengurusnya secara sukarela. Tanpa imbuhan. Sebegitu juga lain-lain Ahli Jawatankuasanya, kecuali pengurus dan para pembantunya. Maka untuk keperluan kewangan diriku, aku menjadi peraih limau manis. Dengan sampan muatan sekitar satu setengah tan metrik dan enjin air kuasa lima kuda, aku meraih limau manis dari para petani di negerakecil Semera dan Jemukan sebagai sumber pendapatan pribadiku. Untuk sampai ke sana aku perlu keluar ke muara Batang Sadong dan menghadapi kemungkinan gelora Laut China Selatan. Saban minggu aku kira-kira dapat menjual antara 200-300 kilo limau manis ke pekan Simunjan serta beberapa negerakecil di sepanjang Batang Sadong. Dengan cara itu aku sudah berpunya pendapatan sekitar RM500.00 -1,000.00 seminggu biarpun hanya seorang penganggur. Dengan wang itu kemudiannya aku memajak dan mengusahakan sebidang tanah seluas 20 ekar untuk aku menanam koko dan pisang. Aku menjangkakan jika semuanya berjalan baik, pada harga koko semasa RM4,500 se tan metrik, maka aku pasti akan mendapat pulangan sekitar RM60,000-80,000 setahun. Jika digabung dengan pendapatan-pendapatan lainku, aku yakin, aku tidak perlu bekerja dengan Kerajaan dengan gaji pada masa itu yang rendah iaitu RM1,200.00 sebulan. Sepertinya I sounded riak. Kini aku melihat itu sebagai riak, kerana aku telah terlupa akan dua peristiwa penting dalam hidupku sebelumnya. Pertama-tama, mengikut cerita para bibikku, bila aku sudah mulai petah berbicara, ibu sering bertanya: "Nanti kamu bila sudah besar mahu jadi apa?". Jawabku, tanpa aku tahu akan erti dan tanggungjawabnya adalah: "Mahu jadi DO, sang Pegawai Daerah". Kini aku berkira itulah ikrarku kepada ibuku yang aku lupa dan kurang mengerti maksudnya. Kedua, bila ibu meninggal mengejut lalu bapaku jadi hilang semangat mahu hidup dan seterusnya mengalami pelbagai penyakit akibat rindu yang parah, maka aku diam-diam ingin menjadi doktor. Namun kedua-dua mereka pergi sebelumpun sempat untuk aku melangkah masuk ke fakulti perubatan. Maka dengan sebab itu, aku akhirnya telah bersumpah kepada diriku untuk menjadi Pegawai Negeri, tidak kurang dan tidak lebih dari itu atas niat untuk membantai kemiskinan dan kepayahan hidup yang telah meregut kasih sayang yang sangat kudambakan dari kedua orang tuaku. Maka pada bulan Nov 1985, kebun koko yang telah aku bangun dibantai badai bah air masin. Segalanya ranap. Wang yang kulabur semua musnah. Akhirnya Jun 1986 aku melamar kerja dan 1 Okt., 1986 akupun mulai khusyuk menunaikan tanggungjawabku sebagai Pegawai Negeri dalam sektor Pembangunan Luar Bandar dan Pertanian. Musibah banjir besar yang melanda perkebunan koko-pisangku menjadikan aku dendam untuk membina benteng untuk menghalang ruapan bah air masin Batang Sadong dari terus-terus menyimbah kemiskinan kepada umat di sepanjang jalan alirannya.
(6) Pada waktu kepulanganku pada tahun 1984, NegaraKecilku adalah berupa negara mundur. Biar perkebunan kelapa, koko, kopi dan pisang sudah cukup matured namun kemudahan sosial di NegeraKecilku adalah nol, tiada, elek, nothing. Jalan masih denai tanah berselut. Surau adalah beratap zink yang sudah karat bocor-bocor. Tiada dewan masyarakat. Tiada bekalan air. Tiada bekalan elektrik. NegaraKecilku tidak banyak berubah dari sejak aku berangkat pergi dari sini pada 1967 melainkan pohon-pohon kelapa sudah pada doyong condong meninggi dan perkebunan kopi sudah banyak menjadi semak. Golongan muda-muda sebaya aku, kebanyakan berpetualang jadi kuli-kuli lumberjack di segala pelusuk Tanah Negeri ini. Keringat mereka tumpah, namun kantong dan lambung perut mereka tetap berkeroncong sedang para perampok kehijauan kenyang gendut berdekah-dekah. Melihat para teman persekolahanku banyak yang kandas di permulaan jalan lalu berpetualang menjadi hamba dan menyerah kalah dalam hambatan hidup; inilah generasi ke III dari para pendiri NegaraKecilku; aku jadi sebel marah, sedih dan timbul untuk memberontak. Pemberontakkanku yang pertama-tama adalah dengan menubuhkan Kooperasi NegaraKecilku untuk menantang dua peniaga yang mengakar kuat serta terlalu memeras. Alhamdullillah. Kami berjaya sehingga salah seorang dari mereka kemudian terpaksa berpindah keluar dari NegeraKecilku. Setidak-tidak dari fardhu kifayah kami biar belum merdeka penuh tetapi berpunya pilihan.
(7) Kedua, menyadari betapa NegaraKecilku telah sangat terkebelakang dari kemudahan sosial, aku telah menerjah langsung ke Pejabat Daerah dan YB Ahli Parlimen Simunjan, Hj Bujang Ulis yang sangat aku kenali. Syukur, berkat gigih dan kepercayaan umat NegaraKecilku akhirnya jalan setapak konkrit ke seluruh NegaraKecilku, surau, balairaya dan beberapa genset penjana elektrik sementara telah dapat diusahakan. Begitu juga sebuah jeti yang sangat kukoh juga dibina bagi kemudahan para pengguna bot ekspress yang singgah dan turun melewati NegaraKecilku. Sesungguhnya pada pertengahan 1980an, semua pembangunan ini dapat dibawa masuk hanya dalam waktu dua tahunan adalah sesuatu yang sangat-sangat menjadi buah mulut para umat NegaraKecilku dan negara-negara kecil di sekelilingnya. Apa lagi dengan terbangunnya sebuah Kooperasi dan perniagaan runcit yang dapat dijalankan biar dalam keadaan paling sulit serta mendapat tantangan dalaman dan luaran yang sengit. Biar masih dinobatkan sebagai penganggur setidak-tidak aku tidak berpeluk bulu menonton umat NegaraKecilku tertindas; menerima takdir sebagai umat-umat kerdil. Juga, aku bergelar penganggur bukanlah kerana tiada pekerjaan selayak ilmuku namun lantaran aku hanya mahu menjawat jawatan sebagai Pegawai Negeri.
(8) Kudrat Tuhan Allahuakhbar, pada 1 Okt., 1986 aku telah ditawarkan untuk menjawat jawatan Pegawai Negeri di sebuah jabatan yang cukup luas dan besar pengaruhnya iaitu Unit Perancang Negeri. Biar hanya berupa seorang penjawat yang berpangkat rendah, namun ketangkasan aku untuk merobah diri dari hanya seorang berilmu sains tumbuh-tumbuhan menjadi seorang perancang pembangunan sosio-ekonomi lewat self improvement sangat-sangat membantu dalam usaha aku untuk mengangkat daerah NegeraKecilku bangkit menjadi penyumbang besar kepada kesejahteraan Tanah Negara ini. Biarpun tidak pernah aku pelajari sebelumnya, lantaran rasa bertanggungjawab untuk membangun negara-negara kecil dan orang-orang kecil sebermula melapur diri aku menghabiskan banyak masa lapangku untuk menkaji pelbagai cara yang di jalankan Tanah Negara Tanah Negara asing dan United Nation dalam usaha membasmi kemiskinan dan people economic empowering. Usahaku ternyata berjaya bilamana lewat kerjasama utuh di antara pelbagai jabatan, akhirnya Skim Saliran Asajaya telah dikembangkan meliputi Asajaya Block IV dan Simunjan South. Lanjutan dari itu juga model skim berkenaan telah berkembang meliputi Beliong, Sebangan-Bajong, Simunjan, Maludam-Beladin, Kabong-Nyabor dan bahkan Matu-Daro yang akhirnya membentuk rangkaian Coastal Zone Development Area. Namun biar semenjak 1990, NegaraKecilku telah dirempuh arus mega perubahan tetapi sayang para umat muda-mudanya masih lagi berpetualangan. Lantaran itu, biar dari sudut makronya NegaraKecilku sudah berubah, tetapi dari sudut mikro-econominya ianya lengai tidak minser berubah sealiran masa. Di sepanjang tempoh 1990-2001, iaitu tempoh aku menjawat jawatan di Unit Perancang Negeri, aku tidak bisa terlibat secara langsung untuk merobah nasib mikro-ekonomi umat NegaraKecilku. Dalam masa yang sama, pendapatan aku pada waktu itu masih pas-pasan cukup-cukup. Maka usahaku untuk membantu khususnya para kaum keluargaku yang jatuh miskin akibat runtuhnya harga komoditi kopra, koko dan kopi pada akhir 1980an adalah sangat terbatas. Aku hanya bisa paling-paling bertandang dengan hanya membawa sedikit ole-ole sebagai tanda persaudaraan. Sebuah pembelaan langsung belum mampu untuk aku lakukan.
(9) Sekali lagi dengan kudrat Tuhan Allahuakhbar, pada akhir 2002 aku telah dipindahkan kerja ke GLC Tanah Negeri ini. Dengan perubahan itu, mendadak pendapatanku berubah. Berubah bukan 10 peratus, bukan juga 100 peratus, tetapi 1,000 peratus. Suatu nilai yang tidak pernah aku minta dan duga lantaran kebutuhanku hanyalah mungkin sekitar 10-15 peratus dari itu. Maka, mulai 2003 sehingga 2011 sekitar 70-80 peratus dari pendapatanku aku pergunakan untuk membina mikro-ekonomi dan mikro-sosial pertama-tama keluarga para mamang dan bibikku. Rumah para mamang dan bibikku aku bangun kembali agar lebih moden serta serba lengkap. Kemudian aku kembangkan kepada sebahagian para sepupu serta jiran tetangga dan akhirnya beberapa kenalan dari negara-negara kecil di sekeliling NegaraKecilku. Pada pandanganku, pertama-tama keadaan dan sekitaran rumah par amamang dan bibikku harus aku robah sebagai langkah pertama untuk merubah cara hidup mereka seterusnya. Prinsipnya mudah Jika rumah sudah mewah, masakan terus-terusan asyik kekal makan nasi dengan belacan. Aku perlu menggunakan saikologi Abu Nawas untuk mengerak para kaum keluargaku untuk bangkit seiring zaman. Inilah apa yang pada masa itu di Tanah Negara disebutkan sebagai Paradigm Shift; Thinking Out of the Box dan kini menjadi Blue Ocean Strategi. Sesungguhnya, jika dongeng Abu Nawas dan Pak Pandir tidak umat Tanah Negara ini lihat hanya sebagai penglipur lara, tetapi adalah satu konsep pemikiran untuk mengatasi kemelut semasa, pasti umat Tanah Negara ini akan jadi lain dari umat kini. Juga seperti pesan Muhammad SAW: "Bila kedua-dua ibubapa kamu telah tiada, maka peliharalah perhubungan kamu dengan para orang tua mereka, para suadara mereka dan juga sahabat handai mereka". Pesan itu aku ingin tuntaskan. Membangun semula rumah-rumah para mamang dan bibikku dan menyusun semula perkebunan mereka aku jalankan dengan seiringan. Lantaran itu, biar gajianku cukup lumayan, namun saban hujung bulan, segalanya kering. Namun aku tidak pernah peduli akan itu lantaran itu semua adalah adalah bukan mutlak milik aku. Aku hanyalah perantaraan Tuhan Allahuakhbar dan umatNya yang sedang payah di NegaraKecilku. Sawit telah aku pergunakan sebagai asas perubahan mikro-konomi para mamang dan bibiku. Alhamdullillah dari 2003 sehingga kini, sawit telah menjadi penggerak utama ekonomi keluarga besarku dan itu sudah tersebar ke daerah NegaraKecilku. Cara aku menyusun kembali mikro-ekonomi umat NegaraKecilku yang aku jalankan amat mudah tetapi tidak menguntungkan. Banyak pihak melihat usahaku sebagai sia-sia dan membazir wangku sendiri. Sikapku lain. Pada aku, untuk memiliki sudah bukan niat dan keperluanku. Aku kepingin dalam apapun untuk tidak memiliki. Aku ini bukan milik siapa dan apa. Aku juga tidak memiliki siapa dan apa. Aku ini hanyalah perantara di antara Tuhan Allahuakhbar dan umat luasNya. Aku hanya ingin menjalankan tugasku sepertinya yang aku sangka pada kehendaknya Tuhan Allahuakhbar. Untuk membeli tanah di daerah NegaraKecilku harganya sudah mahal. RM15,000-20,000 seekar. Jika tanah itu hendak dibangunkan dengan sawit, pasti memerlukan masa 30-40 tahun baru berpulang modalnya. Jadi aku memilih cara Pembangunan Ekonomi Berkebajikan; Welfare Economic Development. Dengan cara itu, untung tidak datang segera. Untung pula datang tidak secara langsung. Aku juga kebetulan tidak perlu untung segera dan secara langsung lantaran aku kekal zuhud pada tarafnya aku. Aku biar telah berpunya pendapatan 1,000 peratus lebih baik dari 2002, namun aku tetap menjalani hidup hanya sedikit mewah dari tahun 2002. Dusta jika aku berkata bahawa aku tidak berubah. Aku harus berubah. Cuma perubahanku itu tidaklah sampai segala yang aku perolehi harus aku nikmati seratus peratus. Aku terus-terus menjalani kehidupan ringkas dan mudah. Jika pendapatanku pada 2003 adalah 1,000 peratus dari 2002, sedang kebutuhanku cuma 10-15 peratus dari itu, maka wajar aku bersikap sedikit mewah dengan memperuntukkan 20-30 peratus dari itu untuk keperluanku. Asas pertimbanganku mudah. Kebetulan aku ada meneliti cara urustadbir koprat Islam. Di sana dijelaskan tentang aturan perkongsian. Pengusaha harus mendapat 70 peratus dari usahanya, sedang pemilik modal pendam harus mendapat 30 peratus dari modalnya. bagi aku, aku adalah pengusaha., Tuhan Allahuakhbar adalah pemilik pendam silent share holder. Maka mengikut tiori Islamic corporate governance maka aku harus dapat 70 peratus dan Tuhan Sllahuakhbar mendapat 30 peratus. Namun lupakah kita, bila Al Rahman Al Rahim berkata "Beri lebih, akan Kubalas lebih", maka wajar aku pulangkan kepada Tuhan Allahuakhbar lebih lantaran segalanya
adalah dari Dia.
(10) Maka konsep Pembangunan Ekonomi Berkebajikan yang aku perlakukan adalah mudah. Segala modal biaya pembangunan dan penyelengaraan peringkat 30 bulan pertama adalah sepenuhnya di atas pundakku. Aku mentaksir perbelanjaan untuk membangun sawit selama tempoh 30 bulan pertama adalah sekitar RM5,000.00 bagi setiap ekar. Kuusahakan untuk membangun 120 ekar. Ini melibatkan sekitar 20-30 keluarga. Aku memilih mereka yang punya tanah tetapi tiada upaya untuk menukar perkebunan mereka dengan tanaman sawit. Jalan fikirku mudah. Aku menumpu kepada yang miskin-miskin. Tuan tanah harus menjadi pekerja di tanah itu sendiri. Dia aku gaji seperti gaji di pasaran. Rancangan sawit Felcra yang berdekatan kujadikan asas kayukuran. Kemudian, bila berhasil, tuan tanah akan memperolehi 50 peratus dari hasil perkebunan dan baki 50 peratus adalah jadi hak aku. Biarpun Adeen Islam mengusul perkongsian 30:70 antara pemilik tanah dan pengusaha, aku ingin melangkah setapak jauh ke depan. Sekali lagi aku ingin lebih bermurah hati. Tiada sebarang perjanjian aku tandatangani. Ini adalah untuk menyakinkan pemilik tanah, betapa niat sebenar aku bukan untuk menimba harta dari hak milik mereka tetapi sekadar ingin membantu. Juga menjadi adat di negara-negarakecil rasa saling percaya dan hormat mengatasi paper agreement. Namun kemudian bila sudah berhasil, aku tukarkan modus operandi kepada konsep kongsi 50:50 antara tuan tanah dan pekerja. Sedang di pihak aku, aku hanya mengutip RM20 dari penghasilan setiap tan. Dengan cara ini, akhirnya tuan tanah jika dia sendiri bekerja di kebunnya, maka dia sudah mendapat 90-95 perastus dari penghasilan kebunnya. Pulangan bagi aku cuma sekitar 5-6 peratus setahun. Suatu pulangan paling gila. Juga dengan cara itu, aku dapat membantu mereka yang tiada tanah tetapi mahu bekerja untuk memperolehi pendapatan jangka panjang. Tuan tanah berumur dan memiliki tanah terbiar, akhirnya dapat membantu aku membenam kemiskinan di kalangan yang bertenaga tetapi tidak berpunya tanah.
(11) Perkiraan pulangan pelaburanku mirip dengan perkiraan World Bank. Dalam pinjaman World Bank kepada Felda dan Felcra, dua badan yang sangat ampuh dalam usaha menengelamkan kemiskinan di Tanah Negara ini, paling tinggipun kadar faedah adalah pada perkadaran 4 peratus. Cuma dalam perhitungan Worl Bank, pinjaman modal, loan principal harus dikembalikan bersama dan asing dari faedah bank. Bagi aku, perhitungan faedah dan pulangan modal agak berbaur. Biar cara perhitungan accountingnya sangat berbeda, tetapi aku menyerahkan perhitungan accounting sebenarku kepada para malaikat yang telah Tuhan Allahuakhbar sediakan. Cara perniagaanku dari sudut perniagaan duniawi manapun pasti suatu perniagaan konyol bodoh. Tetapi, cara aku mengambil kembali pelaburanku sedikit licik. RM20 se tan bukanlah hanya sumber pulanganku. Di NegaraKecilku aku bangunkan sebuah Mini Market bernama MyStore Enterprise yang boleh aku kira serba mencukupi untuk menyediakan keperluan asas muslimin negara-negarakecil di daerah NegaraKecilku. Rata-rata umat negara-negarakecil punya keluasan kebun yang kecil-kecil. Dengan keluasan sawit sekitar 3-5 ekar sekeluarga, pendapatan bulanan mereka aku kira adalah sekitar RM1,000-1,500 sebulan. Tabii sosio-ekonomi, aku tahu dengan wang sebanyak itu, apakah taburan perbelanjaan mereka iaitu 50 peratus untuk makanan, 30 peratus untuk keperluan penting lain dan 20 peratus lagi untuk bersantai. Dengan pengetahuan sebegitu, aku menyusun struktur perniagaan MyStore Enterprise menjurus kepada struktur perbelanjaan umat negara-negara kecil di daerah NegaraKecilku. MyStore bukan sekadar kedai runcit, MyStore adalah nadi inspirasi kebangkitan sebuah ekonomi negara-negarakecil. Maka jika sasaran untung bersihku di semua perkhidmatan di MyStore Enterprise adalah sebanyak sekitar 5-10 perastus, bayangkan keuntungan hasil dari urusniaga berulang-ulang yang boleh aku perolehi. Tidakkah segala Credit Card ilham pemikiran Yahudi sebegitu sifatnya. Cuma bedanya, aku membina kekuatan ekonomi umat negara-negarakecilku sebelum aku menyeri madu mereka. Win-Win adalah strategi Welfare Economic Development di daerah NegaraKecilku yang sedang kuusaha dan kembangkan.
(12) Jika di sorot secara kasar, 20-30 keluarga yang aku bantu bukanlah besar sumbangannya. namun inilah strategi seeing is believing yang aku pergunakan. Umat negara-negaraakecil tidak mnerima sekadar diomongi mereka paling mudah menerima setalah menyaksikan. Rata-rata kehidupan mereka yang membangun sawit telah jauh berubah. Paling terkesan aku telah dapat membantu beberapa keluarga yang dulu asyik berpetualang menghamba 20-30 tahun di Kuching, kini sudah pulang membina rumah dan kembali menetap dalam keadaan sangat selesa dan merdeka di tanah negarakecil sendiri. Mereka menjadi my living show cases. Kini mereka yang berpunya sawit bukanlah 20-30 keluarga, sudah ratusan, dan jumlah mereka terus berkembang dan mereka adalah pelangan setia MyStore Enrerprise. Kini sawit sudah menjadi asas ekonomi paling kukuh kepada umat negara-negarakecil di daerah NegaraKecilku. Dari 2007 aku juga telah membantu dalam memasarkan sawit keluaran para umat negara-negarakecil di daerah NegaraKecilku. Perniagaan sawitku juga kujalankan secara farm out. Aku modali yang mahu bekerja dari membeli angkutan lori sehingga gaji dan pendahuluan harga sawit kepada para petani. Aku tidak berminat untuk mengambil untung. Aku sekadar puas untuk dapat mengembalikan modal yang telah aku keluarkan dan seterusnya membuat next roling. Namun mulai 2015, aku telah menyerahkan urusan dagangan sawit MyStore Enterprise kepada sebuah Kooperasi yang telah berjaya kami bersama para umat negar-negarakecil asaskan. In Shaa Allah berkat kerjasama semua pihak dan dokongan tidak berbelah bagi dari aku, Kooperasi ini pasti akan berkembang hebat sekitar 2-3 tahun lagi.
(13) Biar apa yang kuceritakan terdahulu ini tampak mudah, namun usahaku untuk membina mikro-ekonomi dan sosial NegaraKecilku dan setaranya bukanlah ibarat menabur warna di atas kertas. Tidak juga semudah menabur dedak untuk para ayam dan bebek di pagi-petang hari. Juga akibat bebanan amanah di GLC yang perlu aku pikul dari 2003-2011, biarpun banyak dana pribadi aku lepaskan untuk membina mikro-ekonomi NegaraKecilku namun keberkesanannya biar sehingga 2011 masih belum ketara. Sebabnya, aku tidak bisa untuk sentiasa dekat kepada mereka. Hubunganku dengan mereka ibarat berpunya isteri tetapi terpisah jauh tidak bisa sering bercengkarama saban waktunya. Ibarat kumbang dan kembang, jarang sekali penyeriannya. Apa lagi yang kuusahakan adalah baru sifatnya bagi mereka serta perlahan sekali keberhasilnya. Payah untuk mereka yakin dengan apa yang sedang aku paksakan. Umat negara-negara kecil sikap mereka sangat kecil. Sikap mereka kecil lantaran kebutuhan serta sorotan masa depan mereka juga kecil. Pokonya, biar dada mereka sebesar dada Bapak Presiden Amerika, namun hati mereka kecil sekecil hati mencit, tikus paling kecil. Kerana itu, aku mulai melihat betapa generasi baru dari umat negara-negara kecil ini sedang hanyut tanpa mimpi. Banyak dari mereka undur sebelum bertempur perang. Banyak akhirnya menjadi kuli-kuli yang biar tampak bergaya tetapi tetap kais pagi makan pagi. Aku berkira jika ini berkelanjutan, merekalah yang pasti akan menyemarakan gelombang kemiskinan baru di kota dan negara-negara kecil. Celaka paling celaka yang aku lihat adalah corotnya Adeen Islam dari semarak di Tanah Negara dan Negeri ini apa lagi di negara-negara kecil. Aku cukup gundah memerhatikan itu semua.
(14) Kini aku merenung, betapa Tuhan Allahuakhbar itu benar-benar Allahuakhbar kuasanya. Bukan sinar cahaya paling cerah tandingannya. Juga bukan tusukan angin dalam segala ruang hamparannya. Bukan aliran air biar dalam segala rerambut luas rambatannya. Terlalu ajaib mungkin adalah gambaran yang hanya bisa otakku yang kecil ini ungkapkan tentang kuasa AllahuakhbarNya. Pada Jun 2009, aku menghadapi kemelut batin paling hebat. Aku benar-benar tersungkur dalam kalah bermain cinta. Itu bukan kebetulan. Itu adalah sebuah perjalanan yang harus aku lalui. Itulah pukulan tangan Allahuakhbar agar aku sedar aku bukan untuk aku, aku harus menjadi bukan untuk aku. Bukan sekadar itu, bahkan dari 2009 sehingga pengakhiran 2011 aku terus-terus saja dilanda kemelut batin. Kemuncaknya adalah 6 Jun, 2009. Kemelut-kemelut batin itu sangat membunuh jalan fikir dan keupayaan aku untuk terus berbakti secara khusyuk. Kemelut-kemelut batinku menjadikan otakku kian tumpul dan tenaga dalaman, chiku kian lemah. Secara fizik aku mulai merasakan bahawa aku kian lemah. Hanya kerana sedikit egois tenaga otakku, aku cuba-cuba kelihatan gagah biar sebetulnya sangat goyah. Akhirnya aku memutuskan untuk tidak mahu di soal Mungkar Nakir "Ke mana banyak waktu bertugas tanggungjawab kamu dipergunakan?" di saat aku di barzah nanti. Aku paling takut menanggung dosa kemasyaratan kerana keampunan untuk itu pasti payah kerana ianya bukan urusan aku hanya dengan Tuhan Allahuakhbar. Aku tidak mahu terhutang apapun dari dan kepada umat Tuhan Allahuakhbar. Aku tidak mahu mengambil apapun yang jadi milik dan hak umat terbanyak. Maka pada 30 Disembar 2011 aku memutuskan untuk mengundur diri dari tanggungjawab rasmi sosialku. Aku undur dari segala gah dan nikmat kerusi empuk, angin dingin; dambaan berjuta. Aku berkira ikrarku untuk menjadi DO: Pegawai Daerah kepada ibu sudah jauh kutunaikan.
(15) Pada 31 Disembar, 2011 aku mengembara mencari diri. Di sebuah negarakecil dari Tanah Tumpah darah dan keringat dingin para moyangku, akhirnya kutemukan sesosok tubuh kecil Nana Jajang di Pesantren NegaraKecilCijinjing, Bandung. Nana Jajang, dalam segala kesempitan membanting semangat berkorban penuh khusyuk membela dan membina Adeen Islam di tanah terbuang bersama-sama orang-orang kecil. Umat NegaraKecilCijinjing adalah orang-orang kecil bahkan lebih tepat sebagai orang-orang terkuncil umat pinggiran sejak Belanda sehingga kini belum menemukan rahmat merdeka namun hati dan jiwa mereka tidak kecil. Biar tubuh, kepala dan dada mereka kecil-kecil, namun hati mereka besar-besar. Inilah umat yang kukira adalah umat Musa AS yang tanpa Musa ASnya. Mereka sedang menuju ke Tanah Bumi janji Tuhan Allahuakhbar tanpa Musa AS. Mereka sedang berperang hebat untuk menebus kudrat Tuhan Allahuakhbar yang telah para serakah regut dari jadi milik mereka. Mereka sedang bersatu untuk bergulat memerdekakan diri. Pesantren NegaraKecilCijinjing menyadarkan aku betapa aku ini adalah paling kerdil dari kecilnya umat NegaraKecilCijinjing ini. Aku telah Tuhan Allahuakhbar kurniakan dengan segala macam rahmat, namun tidak mampu aku merdeka untuk memerdekakan umat NegaraKecilku. Aku menjadi terlalu malu dan tercabar. Lalu aku putuskan untuk pulang bersama kemerdekaan dari rasa terpukul oleh gejolak batin yang telah aku lalui. NegaraKecilCijinjing mengajar aku untuk pulang khusyuk mempertaruhkan segala tenagaku untuk kemerdekaan NegaraKecilku. Lagkah pulangku adalah langkah meninggalkan rasa cinta kepada sesuatu menuju kepada cinta untuk Satu; Tuhan Allahuakhbar.
(16) Tadinya kucerita tentang pembelaan mikro-ekonomi yang telah dan sedang aku usahakan. Hasilnya belum muktamad. Masih terlalu banyak harus aku kerjakan. Satu model pragmatic sedang aku usahakan. Banyak juga galang harus aku lintasi. Berikutnya adalah cerita tentang mikro-sosial yang telah dan sedang aku paksakan kepada umat dan anak-anakbangsa NegaraKecilku. Kepada Tuhan Allahuakhbar niatku agar bisa aku sandarkan kelangsungan dan pengembangan usaha mikro-ekonomiku di atas keberhasilan usaha mikro-sosialku khusus kepada anak-anak bangsa NegaraKecilku ini nanti. Tuhan Allahuakhbar jalanNya kukira sebegitulah. Dia membina seluruh alam makro jagatraya, lalu kemudian dihadirkannya Muhammad SAW untuk membina mikro-sosial demi memelihara segalanya demi kesejahteraan semua. Aku cuba memahami jalanNya sebegitu dan menzahirkannya sebegitu. Mudah-mudahan Ya Tuhan Allahuakhbar aku betul di jalanMu. Amiin.
Sebermulanya Kisah:
"Assalamualaikum Wak Chek" sebegitulah teriak suara ramai-ramai sepuloh orang kanak-kanak di pintu utama rumahku di NegaraKecilku. Waktunya sekitar jam 10.30 pagi 31 Ogos, 2011 bersempenaan 1 Syawal 1432H. Aku sedang bersalin pakaian dari pulang sholat Aidil Fitri di Surau NegaraKecilku. Aku seperti biasa, lebih gemar berpakaian casual jean dan T-shirt bila berada di rumah. Inilah julung-julung kali aku mengadakan open house Aidil Fitri dalam hidupku di rumah sendiri. Bayangkan pada usia 51 tahun baru aku mampu berbuat sebegitu, dan syukur aku lakukannya di NegaraKecilku. "Walaikumsalam" balas Rini, pembantu rumahku. "Pak ada tamu, anak-anak. Rame tu." katanya sambil mengetuk-ngetuk pintu kamarku. "Disuruh masuk saja. Bilang sama Ibrohim dan rekan-rekan segera siapin makanannya. Bentar saya keluar." balasku dengan tergesa-gesa bersalin. Waktu itu aku mengundang empat tukang masak makanan jati Indonesia untuk masak di rumahku. Aku ingin mengidang para tetamu dengan masakan Indonesia kerana dalam sedikit waktu lagi aku merencanakan akan membuka MyStore Restro di samping Mini Market MyStore Enterpise yang telah aku bangunkan pada 2008 di sebelah rumahku. Strategiku mudah market educating sambil-sambil bersedekah. Aku ingin membiasakan umat NegaraKecilku dengan masakan asli warung-warung jalanan Indonesia. Cita-citaku, jika aku bisa memartabatkan hasil-hasil kecil pinggiran jalan menjadi istimewa dan berharga, biarlah itu akhirnya menjadi inspirasi kepada umat negara-negarakecil untuk bangkit berusaha memartabatkan apa saja di pinggir jalan di negara-negarakecil. Jika orang-orang kecil sentiasa punya inspirasi dan kemahuan untuk memartabatkan biar hanya perkara-perkara di pinggiran jalan pasti mereka akan menjadi umat Tuhan Allahuakhbar paling terahmati. Mereka terahmat lantaran mereka mengerti memartabat syukuri rahmat Tuhan Allahuakhbar biar sekecil manapun.
(2) Sebaik aku nongol keluar dari kamarku, anak-anak itu berderu mendapatkanku untuk bersalaman. SubhanaAllah. Di saat tangan-tangan halus munggil mereka dalam genggamanku, terasa nikmat yag bukan kepalang. Aku sangat bersyukur menemukan calun teman-teman yang benar-benar hauskan persahabatan. Persahabatan ini ingin kujadikan persahabatan penuh ikhlas sejati. Melihat pada sosok tubuh mereka yang kecil-kecil, rata-rata mereka berusia kurang dari 12 tahun. Maka sambil bersalaman, aku usap-usap setiap kepala mereka dengan satu doa agar mereka jadi anak-anak bangsa pinter dan soleh. Akhirnya, kujambak rambut salah seorang dari mereka yang kelihatan sangat lincah serta sering tersenyum, lalu kutanya "Kamu nama apa?Anak siapa?". Namun, bukan jawaban yang aku terima, sebaliknya perlekehan. "Apalah Wak ni. Anak buah sendiripun tak kenal. Jiran pulak tu!" balasnya dengan senyum tanpa henti lalu disambut tertawa oleh rakan-rakan lainnya. "Kamu anak buah Wak? Anak siapa?" soalku pantas. "Itulah Wak. Banyak duit tak mahu buat rumah di NegaraKecilku. Wak duduk di Kuchinglah, di KL lah, pergi oversealah. Kan dah tak kenal kami. Kami kenal Wak." balasnya dengan celoteh mengejek. "Dia Umilah Wak. Anak Wak Wardi" jawab Zahid yang kemudian aku kenali sebagai sepupunya, juga anak buah sepupuku yang diam di depan rumahku. Ibunya bernama Marwiyah, sepupuku. Wardi adalah bapanya; dia bekerja sepenuh masa memelihara sebahagian dari pekebunan sawitku. "OK nanti kita berborak lagi. Sekarang kamu semua mahu makan apa? Buah-buahan, soto, lontong, bakso atau apa?" soalku sambil mengiring mereka ke ruang makan dekat dapur. "Apa-apa tu Wak. Sedap ke? Tak pernah dengarpun!" soal Ikmal anak tetanggaku di seberang jalan besar. "OK tak apa. Kamu cuba semua. Buah-buahan kamu bawa pulang saja tak perlu makan di sini" saranku. Ibrohim dan rakan-rakannya lalu mempersiapkan mangkuk-mangkuk kecil untuk setiap masakan yang ada untuk dicoba dulu. Syukur, sifat anak-anak, mereka suka mencuba apa saja. Kerana semuanya berperisa tasty serta berupa sup maka mereka sangat suka makanan-makanan tersebut. Aku yakin, selepas ini pasti Ibrohim dan tiga rakannya tidak akan menang tangan. Pasti rumahku akan diserbu lebih banyak anak-anak dan umat negeri-negeri kecil.
(3) "Wak, boleh minta makanan-manakan ini untuk dibawa pulang tak? Saya nak bagi adik saya makan." pinta Ikmal. "Tak boleh!" jawabku lantang berseloroh. "Kamu anak siapa?" soalku padanya. "Bapa saya Piee, tu yang kerja dengan Wak Piyan memunggah sawit Wak setiap hari tu." jawabnya dalam nada kesal. "Ok. Siapapun tak boleh bawa makanan pulang. Wak mahu kamu pulang dan suruh emak dan ayah serta adik-adik kamu datang makan ke sini" jelasku. "Minta buah-buahan Wak" pinta Zahid. "OK. Buah boleh ambik tetapi jangan banyak-banyak. Kamu boleh datang ke sini sebanyak kali kamu suka dan makan apa saja kamu suka. Rumah ini rumah kamu sekarang" usulku dengan disambut teriak kegembiraan pada mereka. Makanan hidangan Aidil Fitriku sememangnya sengaja aku buat agak berbeda dari biasa. Tiada kuih muih tradisional. Tiada manisan apa-apa. Tidak juga ada sebarang minuman berkabonat. Aku hidangkan makanan panas. Aku sediakan air sirap. Aku sediakan banyak buah-buahan untuk khususnya para kanak-kanak. Sejak sekian lama aku perhatikan anak-anak bangsa NegaraKecilku punya banyak masalah berkait dengan kekurangan Vitamin C. Aku mahu anak-anak bangsa NegeriKecilku menyukai memakan buah-buahan. Satu gimmic yang aku perkenalkan adalah"Sesiapa tidak suka makan buah-buahan dan sayur-sayuran, pasti di sekolah dia tidak berapa pandai". Kebetulan Zahid dia gemar makan buah-buahan dan sayur-sayuran, dan sering menjadi murid terbaik di sekolah, maka dia kelihatan paling gembira dengan pernyataanku itu. Sedang Ikmal dan Umi sudah jadi malu-malu lantaran banyak tercorotnya. Aku memancing dan pancing Abu Nawasku sudah mengena baik. "Tetapi, sebelum kamu semua pergi, Wak mahu tahu beberapa perkara. Wak mahu kamu angkat tangan sebagai jawaban kepada soalan-soalan Wak" pintaku sebagai mengisi persoalan sosio-ekonomi yang sedang bermain di kepalaku. Lalu aku bertanya tentang berapa ramai tahu mengaji Al Quran? Berapa ramai boleh sholat sendiri-sendiri? Berapa ramai boleh A bagi matapelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains, Matematik, Ilmu Alam dsb? Berapa ramai suka membaca? Jawaban kepada persoalanku, adalah sangat menakutkan. Mereka rata-rata corot. Sebegitulah di sepanjang tiga hari rumah terbuka yang telah aku adakan sebagai wadah simple socio-economic survey tentang anak-anak bangsa NegeraKecilku. Dari soalan-soalan ringkas selanjutnya, jelas ibubapa dan bahkan para guru mereka tidak memberikan perhatian berat tentang pembelajaran malah soal pendidikan akidah mereka. Jika Muhammad SAW belum wafaat, pasti dia juga akan kecut perut bila merenung hari muka anak-anak bangsa NegeriKecilku ini. Aku harus menemukan jalan bagi membebaskan diriku dari dipersoal Tuhan Allahuakhbar dikemudiannya tentang apa amal baktiku untuk memperbaiki kepincangan yang kutemukan ini.
(4) 31 Ogos adalah tarikh keramat bagi Tanah Negara ini. Inilah tarikh pembentukan Tanah Negara ini yang telah dihalang oleh Macapagal dan Sukarno dan diperakui Bangsa-Bangsa Bersatu. Namun Tunku Abdul Rahman tidak mati akal. Dia kemudian mengistiharkan tarikh itu sebagai tanggal kemerdekaan bagi Tanah Bumi Malaya. Dia setidak-tidak berpunya Tanah Malaya merdeka untuk menghambat sebuah Tanah Negara ini enam tahun ie pada 16 Sept., 1963 kemudiannya. Aidil Fitri 2011, jatuh pada tarikh ini, dan aku mengadakan pertama-tama rumah terbuka di rumah sendiri pada tarikh 31 Ogos. Ini, bukanlah suatu kebetulan. Aidil Fitri 2011 di NegaraKecilku bersama umat dan anak-anak bangsaku telah memberikan aku kelegaan sewaktu-waktu batinku sedang resah. Resah kemuncak musibah batin pada 6 Jun 2009 masih melarat ke 31 Ogos, 2011 dan aku belum kembali pulih sepenuhnya. Maka sesungguhnya, Aidil Fitri 31 Ogos, 2011 adalah tarikh moment keramat untuk aku memutuskan tekad untuk mengundur diri dari tanggungjawab rasmiku dan kembali pulang untuk bersama-sama umat dan anak-anak bangsa NegaraKecilku. Sebuah Tanah Negeri bukan tanggungjawabku, di sini di NegaraKecilku ini aku harus menjadinya aku seharusnya aku. Maka usai liburan lebaran 2011 aku terus mengutus surat memohon mengundur diri dari segala. Akhirnya, Jumaat pada jam 17.30 tanggal 30 Disembar 2011, aku berjalan keluar dari pejabatku tanpa menoleh dan berkata selamat tinggal. Aku ingin menunaikan sebagaimana janji sumpahku di saat aku menerima jawatan ini dahulu betapa I'm coming naked, I'll walk out naked.
(5) Esoknya, pada 31 Disember, 2011, tanpa siapapun tahu, aku memulakan pertualanganku ke NegaraKecilCijinjing, Gunung Halu, Bandung. Sebulanan aku bergulat dengan orang-orang kecil yang ingin merdeka akhirnya menemukan aku tentang cara seharusnya umat dan anak-anak bangsa NegaraKecilku harus aku bela. Aku harus hadir bersama mereka. Aku harus dekat bersama mereka. Sesungguhnya, Kaabah di Mekah adalah matlamat asas Muhammad SAW. Memerdekakan Kaabah dari Al Unza dan Al Usta adalah natijah hadirnya Muhammad SAW. Namun dia harus dulu ngungsi ke Yathrib untuk bersama-sama umat kecil. Di sana dia membina Mushola. Di Mushola dia menyampaian kebenaran. Di Mushola dia membina umat kecil menjadi umat yakin dan pemberani. Di dan dari Mushola dia membina perekonomian umat. Dari Yathrib menjadi Madinah, dari Mushola menjadi Masjid, dari umat kecil menjadi umat besar, Muhammad SAW akhirnya memandu umat besar menundukkan Kabaah dari umat gagah bongkak tanpa ada pergulatan apapun. Inilah retreat to strike. Niatku, aku ingin mengajak anak-anak bangsa NegaraKecilku untuk bangkit dan menguasai atas jalan Tuhan Allahuakhbar. Aku retreat to strike the spirit of independent into the hearts of my anak-anak bangsa NegaraKecilku. Biar sikap merdeka menjadi roh mereka, lantaran itulah sumpah Syahadah sebenar.
(6) "Wak, kenapa Wak tak buat Mushola dan ambil ustazah untuk kami belajar mengaji?" tiba-tiba Ani menyuarakan memecahkan diam sejenakku. Ani adalah sepupu kepada Ikmal. Ayahnya, Ramadhan adalah sepupuku. Ibu Ikmal dan ibu Ani adalah adik beradik. Ikmal by marriage adalah juga ponakanku. "Nanti kami juga boleh belajar ulangkaji pelajaran di Mushola" tambahnya. Aku diam. Tidak berani untuk berjanji apapun. Anak-anak jangan dijanjikan apapun. Jika tidak tertunai, pasti itu mereka lihat sebagai berjanji dan mangkir sebagai tidak salah. Perhitunganku perlu lebih teliti. Membina Mushola itu mudah. Menjalankan peranan Mushola itu bukan mudah. Paling aku curiga adalah pandangan umat NegaraKecilku. Sudah ada dua Mushola di NegaraKecilku ini. Pembinaan Mushola kedua sedikit waktu dulu menjadi keributan malah memecahkan perpaduan di NegaraKecilku. Maka aku harus hati-hati. Apa lagi Ustazah dari mana harus aku datangkan. "Tak apa nanti Wak fikirkan" balasku sambil memeluk Ani. "Wak, cari ustazah yang baik-baik" sambung saran Umi. "Kenapa? Bukankah di sekolah sudah ada Ustazah yang sangat baik?" soalku. "Itu di sekolah. Bukan di sini." tiba-tiba Asip mencelah dari belakang tempat kududuk. Rupanya dia menguping curu-curi dengar tanpa aku sedari. Dia baru kembali dari menziarah neneknya di negarakecil Jemukan. Asip adalah anak buah dari sebelah sepupuku. Ibunya Juliana adalah sepupuku. Juliana bersama suaminya, Samad dari 2008 telah kuberikan tanggungjawab untuk mengurus segala urusniaga MyStore Enterprise. Dia juga yang mendiami rumahku dan mengurus segala-gala bagi pihak aku di NegaraKecilku. Pokoknya, biar sekolahnya tidak lepas dari SRP, dia adalah my right hand lady. Biar sekolahnya tidak tinggi, namun dia berpunya kesabaran tinggi serta sikap jujur ikhlas tidak berbelah bagi. Pada Juliana aku melihat hadirnya Embah Khartewiku. "Kalau ada Mushola dekat sini, saya dan abang saya boleh selalu belajar mengaji" sambung Asip. "Apa betul kamu mahu belajar mengaji? Nanti main-main pulak" sanggahku sedikit curiga. "Wak tengok Upin Ipin. Mereka mengaji. Nenek dan kakak mereka baik dengan mereka. Saya mahu jadi budak baik" debat Asip. "Upin Ipin? Siapa Upin Ipin?" soalku. "Wak ini. Apa yang Wak tahu? Upin Ipinpun tak tahu!" celotehnya dengan wajah ising sambil mulutnya penuh mengonyeh anggur. "Iku lloh Kang. Kartun Upin Ipin neng jero TV iku di omong ea dae" sambut Ju ibunya menjelaskan siapa Upin dan Ipin yang Asip maksudkan. Maka sebermula dari saat itu aku menamakan Nabil sebagai Upin dan Asip adiknya Ipin. Ini disambut dengan gelak ketawa dari semua tanda pengesahan Asip si Ipin dan Nabil si Upin. "Ala saya pulak jadi Ipin. Ha ha ha Abang, Upin!" seloroh Asip sambil menepuk dahinya. Semua kemudian bubar meneruskan ziarah Aidil Fitri dengan masing-masing menyambar buah apapun yang mereka suka.
Sinar Mushola:
Bukanlah kebetulan. Pada sekitar Septembar, 2011 aku bertandang ke Pesantren Darul Jannah di Mojokerto, Surabaya. Aku telah diundang oleh Kiai Mahfuz pemilik Rumah Makan Wong Solo di sekitar Surabaya, Pontianak dan Mojokerto. Aku kepingin meneliti perjalanan Rumah Makan Indonesia sebagai jalan ilham untuk aku membuka sebuah restoran di NegaraKecilku nantinya. Setelah menginap sekitar sepekan seminggu di daerah pergunungan pedalaman Surabaya aku berkeliling ke kawasan-kawasan pedalaman lebih jauh. Perjalanan aku itu kemudian membawa aku ke Sidarjo, sebuah kawasan yang sedang dilanda musibah ledakan tanah lumpur Lapindo akibat pengerudian minyak di dasar bumi. Biar musibah ini terjadi pada Mac 2006, namun sehingga tanggal lawatanku pada Sept 2011, tanda-tanda surut limpahan lumpur belum sebegitu mengamankan. Dari minyak yang keluar, tetapi kawasan sekitar 200-300 ekar dilimpahi lautan lumpur mengelegak yang muntah tidak henti-henti dan menengelamkan sekitar 10,000 buah rumah. Lumpur biar dialirkan ke sungai terdekat, namun itu belum cukup menyekat ianya dari terus melimpah ke kawasan kependudukan di sekitarnya, sehingga memenuhi benteng setinggi 3-4 meter yang perlu dibina di sekeling kawasan yang termusibah. Pada tahap puncak, dilapurkan sehingga 10,000,000 meter padu lumpur muntah dalam sehari. Jumlah ini dianggarkan jauh lebih hebat dari muntahan larvae di saat meletusnya Merapi.
(2) Sedang aku menyaksikan para pendemo yang menuntut ganti segala bentuk kerugian di atas musibah itu, aku terpandang sebuah Mushola cukup indah di pinggir jalan melintas kawasan musibah. Pada saat itu, tiada apa terlintas difikiranku melainkan rasa simpati ke atas ratusan keluarga yang terkorban nyawa dan harta. Mushola tersebut kecil sahaja. Namun seni bina cukup mengasyikan. Cukup Jawa sosoknya. Apa Jawanya? Pertama ianya berlatar belakangkan kehijauan. Jawa itu Tanah buminya hijau. Kebetulan sedikit kawasan berair di sekitarnya. Jawa itu penuh sawah. Punya rabung bertingkat. Itulah konsep bumbung rebung dalam senibina Jawa. Tiga tingkat dan kubah indah kecil di atas rabung paling atas. Ruang dalamnya sangat terbuka oleh jendela-jendela kayu ukiran Jawa. Good ventilation adalah ciri segar senibina Jawa. Aku berkira pasti sangat windy nuansa sholat dan tafakur di dalamnya. Di sebelahnya ada sepohon flame of the forest yang sedang marak kembang. Orang Jawa, adalah umat tani, suka mereka adalah kehijauan dan keindahan warna-warni perkebunan. Senibina dan nuansa Mushola itu seperti melekat di benak fikiranku. Jawa banget . Jowo amet.
(3) Sekembali dari NegaraCijinjing sekitar dua pekan kemudian aku terus ke Mekah. Pemergianku juga tanpa apa khabar. Aku pergi diam-diam. Aku pergi tanpa apa-apa persediaan seperi kebanyakan. Boleh saja kukatakan tanpa persediaan. Saat di Mekah aku benar-benar mencari. Apa yang aku cari? Aku tidak pasti. Aku tidak berdoa untuk memiliki hati-hati yang telah menepis batinku. Aku tidak meminta apa-apa untuk terbuka untukku. Aku juga tidak meminta rezeki berlimpah-limpah kerana aku sudah berkecukupan. Cukuplah apa yang aku sudah ada. Sebelum berangkat, telahku serahkan segala yang wajar buat anak-anakku. Aku pergi dengan meninggalkan mereka apa yang cukup buat mereka. Kiranya dalam fikirku, aku mungkin tidak pulang. Aku ingin untuk berpetualang. Aku ingin terus ke Al Azhar dan ngugsi ke sana. Saat menginjak di Al Haram, entah untuk beberapa hari pertama aku sering saja mudah menangis. Dadaku jadi berat menanggung hiba saat saja kakiku berlabuh di Al Haram. Aku tidak tahu kenapa. Sejurus kakiku menapak di Al Haram, pasti aku lalu menangis. Menangis bukan sifatku. Di Al Haram untuk beberapa hari airmataku mudah saja luruh. Cuma aku tidak pernah berasa lelah untuk terus mengheret tubuhku berkeliling Kaabah sebanyak-banyaknya dengan melafaz SubhannaAllah Walhamdullillah Allahuakhbar. Tanpa henti aku terus bertasbih. Apakah perakuan tasbih SubhannaAllah Tuhan Allahuakhbar yang aku lafazkan juga aku tidak jelas akan sebab dan tujuannya. Tasbih itu seperti sesuatu yang mengalir otomatis dari mulutku dan sukar untuk aku hentikan. Setiap langkahku adalah dengan tasbih SubhannaAllah. Pokoknya, jiwaku sedang polos kosong. Inilah kini aku sedari, itulah SubhannaAllah Tuhan Allahuakhbar. Dia sedang mempoloskan hatiku sebelum Dia menyiramnya dengan zam-zam untuk kutemukan jalan pulang yang jelas sejelasnya. Fatamorgananya, haruslah jiwaku kukosongkan dulu sebelum aku menerima yang jauh lebih mantap dan suci. Muhammad SAW terlebih dahulu malaikat bersihkan hatinya dengan zam-zam sebelum dia bisa Mikraj bertemu Tuhan Allahuakhbar untuk membawa pulang azimat mukjizat Sholat.
(4) Pada suatu waktu setelah seharian menangis dan tawaf di Al Haram, aku melangkah pulang ke kamar penuh lesu dengan mata jadi kabur. Dalam kabur aku sesat di gedung yang sebegitu sesak dengan umatNya yang kelihatan belum hilang tamak haloba biar dalam memberi kesaksamaan ruang dan peluang untuk semua dapat secara selesa bersemuka dengan Tuhan Allahuakhbar; sepertinya kemahuan bertemu Tuhan Allahuakhbar itu hanya milik mereka. Sesatku membawa aku ke sebuah Makhtab Kitab-Kitab; Toko Buku. Melihat timbunan buku-buku yang terjual, seluruh tenagaku kembali menyegarkan. Niat pulang ke kamar aku lupakan. Berjam-jam aku tersimpuh memilih dan browsing mengimbas buku-buku hebat yang belum pernah aku temui. Bermula dari saat itu, waktuku sudah tidak banyak aku lemparkan untuk ke Al Haram tetapi lebih banyak di kedai buku melainkan di waktu malamnya. Sesungguhnya sebegitulah aku biar di Madinah dan Jeddah kemudiannya. Di kedai buku dan pada buku, aku mulai mengerti dan memahami roh perjalanan sebuah perjuangan mendirikan Adeen Islam. Inilah SubhannaAllah sebenar-benarnya penemuan SubhannaAllah yang aku lalui. Aku menemukan roh sebuah perjuangan untuk menegakkan Adeen Islam dari ungkapan SubhannaAllah yang tidak putus-putus aku lemparkan. Jika dari usia 6-51 tahun aku terkurung oleh ilmu-ilmu Tanah bumi mentari tengelam dan orientalis, kini "umrah" sudah menemukan aku kepada buku-buku khitab yang seharusnya telah aku temui sejak kelahiranku lagi. Bukanlah ilmu-ilmu Tanah bumi mentari tengelam itu tidak bagus, namun tanpa peseimbangan dengan Adeen Tuhan Allahuakhbar, pasti kita sering ke sasar olehnya. Walau bagaimanapun late is still better than never maka aku ingin memanafaatkan segala penemuanku dengan sebaiknya buat umat dan anak-anak bangsa NegaraKecilku.
(5) Ada benar bagi yang ingin berkata"Tidakkah di Tanah Negara ini sudah sekian banyak bicara tentang jalan Tuhan Allahuakhbar diketengahkan? Pasti kamu sudah banyak mendengar, maka kenapa itu belum menyadarkan kamu?" Biarlah kubicarakan, bukan soal sadar tidak sadar. Ini soal mendalami dan merencanakan pengamalan. Sadar memang banyak yang sadar, namun berapa banyak yang mengamalkan? Sesungguhnya, Mahabistarinya Tuhan Allahuakhbar itu sukar dimengertikan jika kita hanya suka buka sebelah mata, apa lagi tertutup kedua-duanya. Ingatlah, kertas itu tercipta di Timur jauh, Tionghua, di ketemadunan Yang Tze sekitar pada 1,500SM. Mungkin sejarak 2,000 km dari Babylon dan 3,000 km dari Mekah. Di Babylon industri kertas China mulai bertapak di sekitar 500SM. Di sekitar itu jugalah penulisan mulai berkembang di sana, sedang di China ianya sudah kembang jauh terdahulu. Kemudian di Alexandaria, Cleopatra telah membina sebuah khutub khanah yang pertama dan terbesar di Tanah muka bumi ini. Itupun di sekitar 300 SM. Tiga temaddun besar dunia, semua menitik beratkan tentang penulisan dan pengumpulan penulisan. Sebegitulah Muhammad SAW, sedari awal biar dia adalah buta huruf namun budaknya Zaid bin Thabit telah disuruh untuk menulis segala kata-kata Tuhan Allahuakhbar yang lewat melaluinya. Dari tulisan Zaid Muhammad SAW kemudian membacakan segala kata Tuhan Allahuakhbar itu untuk hafalan para qurra; penghafal Al Quran. Ayat-ayat Al Quran itu asalnya adalah lembaran-lembaran kertas dan kulit yang tidak tersusun rapi, sehinggalah Abu Bakar As-Siddique atas desakan Umar Al Khataab dengan restu ilham dari Tuhan Allahuakhbar barulah usaha menghimpun dan lembaran-lembaran itu dimulakan. Itu sejarah. Tetapi sejarah ada maksudnya. Apa maksudnya? Sesungguhnya Muhammad SAW, Abu Bakar, lalu Umar Al Khataab tahu bahawa kata-kata Tuhan Allahuakhbar jika tidak dibukukan pasti tidak akan menjadi bahan rujukan dan kajian sahih. Lantas maka itulah sebabnya sejak dari Musa AS Tuhan Allahuakhbar telah menuliskan kata-kataNya di atas kepingan batu tablet agar ianya kekal asli dan mudah dirujuk biar sampai kapanpun. Maka buku tidak sama dengan perkataan lisan lantaran kebanyakan hujah lisan adalah tanpa documented cross references. Membaca buku, berbanding mendengar bicara adalah dua pengalaman yang sangat berbeda. Maka mendengar senandung lagu Al Quran berbanding membaca meneliti Al Quran pastinya pengalaman yang cukup jauh bedanya. Maka Tuhan Allahuakhbar menjadikan keupayaan ilmu menulis itu jauh mendahului kemahiran ilmu berpidato sebagaimana Gautama Buddha, Socrates, Plato, Confucius bahkan Muhammad SAW sendiri. Biar Tuhan Allahuakhbar sendiripun tetap Dia menulis di khitab LohMahfuzNya. Inilah erti kebesaran kalam dalam sorot mata Tuhan Allahuakhbar. Apakah kita mengerti itu?
(6) Sepulang dari Mekah aku terus membangunkan MyStore Restro. Pada Jun 1, 2012 maka siap beroperasilah MyStore Restro. Setelah berurusniaga selama 6-9 bulan, aku kian yakin penerimaan makanan Indonesia yang kami sajikan. Langganan kian meningkat saban hari. Maka pada Mac, 2013 aku telah membangunkan Mushola di pinggiran kolam di samping Mini Market MyStore dan kelihatan jelas dari MyStore Restro. Aku sudah punya alasan kukuh untuk membina Mushola itu iaitu untuk kemudahan para pelangan. Tiada siapa akan boleh curiga tentang keperluan itu. Selain ilham dari Mushola di Sidarjo, aku juga cuba-cuba mentafsir Arasy Tuhan Allahuakhbar dalam pembinaan nuansa bagi Mushola MysStore. Dibangun di pinggir sebuah kolam buatan lalu sekitarnya ditanami segala kembang mewangi khususnya gardinia, melur, kertas, dsb maka Mushola MyStore telah menjadi tarikan tersendiri bagi MyStore Restro dan Mini Market. Kanak-kanak dan para ibu-ibu sembil melihat-lihat ikan di kolam, mereka berkeliling di Mushola. Bahkan di waktu sore-sore para ibu tentangga dan anak-anak mereka sangat gemar ngobrol-ngobrol di kerusi kayu yang aku tempatkan di depan Mushola. Niatku untuk menjadikan Mushola sebagi Exis kepada MyStore kian membenih hasil. Cuma sekarang bagaimana harus aku usahakan untuk membawa mereka yang sudah dekat itu untuk tafakur di Mushola itu sebanyak mungkin. The first step is always the most difficult. Aku mengerti itu, maka bagaimanakah langkah mula harus aku gerakkan?
Taking Muhammad to the Mountain:
Alasanku jelas untuk membina Musola adalah untuk keperluan para pelangan MyStore Restro, namun saranan Ani, Umi dan Asip terus inginku ikuti. Setelah Mushola terbangun indah, maka sekadar menjadikannya untuk sholat para pelangan pasti tidak mencukupi. Jika ada yang sholat pastinya banyak di waktu Maghrib, sedikit-sedikit di waktu Assar. Pasti Dzohor, Isya dan Subuh kosong. Maka jika Mushola adalah setitik terang di muka bumi untuk Tuhan Allahuakhbar mengenali titik keberadaan denyut AdeenNya, pasti dengan bilangan penggunaan sholat sebegitu sedikit akan hanya memancarkan gelombang denyut kecil yang sangat lemah ke rada Tuhan Allahuakhbar. Apa dengan denyut kecil dan lemah sebegitu maka mata dan telinga Tuhan Allahuakhbar akan menangkap denyut AdeenNya di setidak-tidak di sekitaran MyStore Enterprise? Aku jadi gusar. Gubuk Tuhan Allahuakhbar yang kubina adalah gubuk sepi tidak memancarkan denyut AdeenNya yang kuat. Aku benar-benar khuatir, gubuk itu akhirnya hanyalah sebuah stor simpanan barang atau dangau permaianan anak-anak bangsa NegaraKecilku. Aku tidak sekali-kali mahu itu terjadi.
(2) Aku harus berusaha keras untuk mendapatkan seorang guru mengajar Al Quran. Maka untuk keperluan itu kudekati beberapa guru KAFA, beberapa Ustazah dan Ustaz yang mengajar di sekolah-sekolah sekeling NegaraKecilku, namun semua bersikap acuh tak acuh biar kutawarkan kediaman serba lengkap secara percuma dan sedikit imbuhan. Aku tidak putus asa. Aku datangi JAIS, MasyaAllah sangat sulit tatacara yang harus aku lalui. Sebegitu juga aku ketemu dengan Menteri Muda Halehwal Islam, tetap aku diminta harus mengikuti tatacara yang berat dan pasti mahal. Akhirnya aku tekad, datangkan saja anak lepasan santri dari Surabaya untuk keperluan tersebut. Itulah jalanku. Mulai Mei, 2013 sehingga Nov., 2015 kudatangkan Rika, anak bekas santri yatim piatu dari pedalaman Surabaya, atas nama pembantu rumah sebagai guru pengajian Al Quran para anak bangsa Negaraku.
(3) Rika adalah gadis Jawa tulin. Umuran baru 20an tahun. Jawa Surabaya yang manutnya kepada adat Jawa bukan kepalang. Jalannya tidak pernah angkat kepala. Dia tunduk terus. Wataknya terlalu lembut. Sangat santun. Inilah Jawa Surabaya. Jawa yang kental pada adat santun. Aku jadi gusar melihat pribabdinya yang terlalu Jawa. Jowo amet. Bicaranya sangat sedikit. Lebih sering sekadar senyum dari ngomong. Terlalu manut. Semua kerja dia ingin buat sendiri. Dari memasak sehingga ke membersih perkarangan lataran rumah. Nabil, Asip malah adiknya "Salma" sudah mulai melihat dia sebagai budak suruhan. Dia sememangnya punya watak perfect maid. Tetapi itu bukan kemahuanku. Dia harus jadi pendidik. Maka untuk itu, wataknya dia terlebih dahulu harus aku modified jika dia inginku jadikan pendidik yang berkesan. Sikap keibuan bahkan kekakakan dia harus ada. Namun sikap ibu dan kakak terlalu lembut mengalah bukan sikap pendidik yang aku mahukan. Aku mahu dia sedikit keras. Dia harus bisa mengarah dalam kelembutan. Bahkan dia harus berani menghukum. Dia harus berani menegur. Biar aku hanya berada di NegaraKecilku pada setiap hujung minggu, perubahan sikap Rika kuperhati rapat. Setelah aku yakin dia dapat mengikuti acuan yang aku inginkan, maka barulah kemudiannya aku membenarkan dia untuk mengajar anak-anak bangsa Negaraku mengaji. Selama tempoh tiga bulanan juga harus aku pergunakan untuk merobah Jowo amet menjadi Jowo NegaraKecilku si Rika. Dia kemudian dipanggil sebagai Ustazah Rika oleh anak-anak bangsa NegaraKecilku atau "Jajah Ika" oleh "Salma" yang baru umuran setahun setengah.
(4) Nabil, Asip dan Zahid adalah tiga pemula yang mulai mengaji bersama Rika. Mereka mengaji sebaik selepas Ashar pada setiap hari dari Isnin sampai Ahad. Tiada henti, melainkan mereka punya kegiatan sekolah lainnya pada waktu-waktu itu. Walaupun sebegitu, jarang-jarang mereka dapat mengaji secara sepenuh jadual seperti aku tetapkan. Sikap sambil lewa tidak khusyuk anak-anak segar pada mereka. Ini kukira sangat merugikan. Lalu aku membuat slow talk dengan kedua ibu-ibu mereka. Juliana paling mudah aku ngomongi lantaran dia menetap serumah denganku. Bicaraku mudah. "Asip itu agak lembab dalam pelajarannya. Dia lembab kerana dia aku perhatikan sukar khusyuk. Maka wajar dia harus mengaji secara sungguh-sungguh agar sifat khusyuk terbangun pada dirinya dan dengan itu, In Shaa Allah dia juga akan khusyuk di sekolah." omongku kepada Juliana. Nabil, abangnya mengakui sifat Asip. "Wak, Asip di sekolah suka khayal. Entah apa yang dikhayalnya. Chegu cakap dia bukan dengar sangat." Asip punya watak yang sangat menarik. Dia pasti ada saja cara untuk memerangkap abangnya. "Kalau saya mengaji, abang mestilah mengaji sama. Dia selalu cepat habis dan tinggalkan saya seorang-seorang. Saya tidak seronoklah mengaji seorang-seorang.". Maka dari bicaranya, aku meminta Rika untuk mengubah cara dia mengajar mengaji. Ketiga-tiga mereka harus terus bersama sehingga semua telah usai belajar mengaji. Juga mengaji tidak perlu membaca ayat-ayat yang panjang-panjang. Cukup pada keratan-keratan pendek, dan pastikan mereka jadi mahir mengeja dan membaca potongan ayat-ayat tersebut. Dengan cara itu mereka bersama seronok kerana "pandai mengaji". Kepada ibu si Zahid, si Pon pengomonganku juga mudah. " Zahid tu budak pandai. Kepandaiannya akan jadi lebih barakah jika dia pandai dan rajin mengaji. Kamu juga beruntung nanti punya anak yang tinggi akhlaknya". Sebagai seorang ibu, menyimbah darah, membasahi keringat perit melahirkan sang anak, tiada lain yang dia mahukan melainkan anak-anak yang berjaya dan soleh. Umpan Abu Nawasku kepada Juliana dan Pon cukup mantap dan terkesan. Alhamdullillah ketiga-tiga mereka akhirnya membentuk pasukan sepupu yang utuh dan tekun mengaji dan belajar.
(5) Setiap hujung minggu aku berada di NegaraKecilku pertama-tama apa yang ingin aku tahu adalah berapa banyak yang sudah datang mengaji. Jawab dari Rika "Masih sedikit Pak. Cuma mereka bertiga itu." Jannah bersama adiknya Umi dan sepupu mereka Ani masih malu-malu untuk mengaji. Mereka masih was-was sebetulnya. Maka aku memulakan langkah Abu Nawas selanjutnya. Mereka aku pinta Rika sering ajak datang ke rumah. Di rumah mereka boleh datang kapanpun serta boleh menonton TV dan sebagainya asal saja jangan sesekali memasuki kamar tidur dan atau mengambil yang bukan milik mereka. Mereka juga boleh membaca buku-bukuku yang banyak di rumah. Pokoknya, aku membuka rumahku buat mereka lantaran selama ini, rumah tersebut agak tertutup buat mereka atas faktor-faktor tertentu. Juga aku meminta Rika untuk sering membuat singkong ubi goreng mentega dan harus dibawa ke Mushola untuk dimakan bersama-sama Zahid, Nabil dan Asip. Dengan cara itu, akhirnya aku dapat membawa Muhammad ke Gunung. Mereka kemudian membentuk Kumpulan Sepupu Budak Perempuan dengan Jannah sebagai ketua. Zahid atas sifatnya sebagai Pengawas Sekolah terus menjadi Ketua Kumpulan Sepupu Budak Lelaki.
(6) Seperti kebiasaan anak-anak, suka mereka adalah untuk bersuka-ria. Lantaran kawasan di hadapan Mushola adalah lapang, redup dan beraspal berturap maka sebaik selepas mengaji mereka akan bermain segala jenis mainan yang boleh mereka fikirkan. Lantaran itu, di waktu sore-sore, sekitar Mushola dan MyStore Eterprise sangat hidup dengan suara keriangan anak-anak. Ibarat semut sudah masuk perangkap, sebutir gula aku pasang, berbondong-bondong mereka datang. Saikologi kanak-kanak, jika nuansa ceria dapat diwujudkan, maka di situlah bubu mudah di pasang. Ikmal akhirnya muncul. Ikmal ini seringnya adalah memancing. Selepas sekolah, dia lebih gemar memancing dari belajar. Maka dengan sebab itu pelajarannya menjadi terlalu lemah. Dia punya sikap hyperactive, nakal kata neneknya. Untuk memperbaiki sikap nakalnya dia, maka dia harus boleh sedikit dilembutkan................. In Sha Allah bersambung
Sg Petani, Kedah
6 Julai, 2016
1 Syawal 1437H

0 comments:
Post a Comment