.

5/9/14 SEPETNYA MATA SHABERY CHEEK......menghimpit diri sendiri?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - September 15, 2014

Share

& Comment

Saya banyak kali menulis mengunakan konsep Pengurusan Alam Allah sebagai jalan untuk kita melihat bagaimana kemelut yang sedang kita hadapi dapat diurus dengan baik. Tropicalism iaitu kepelbagaian di dalam Hutan Hujan Tropika adalah salah satunya cara mana harus kita melihat kehdidupan kita ini agar terus sejuk damai dan segar. Alam khatulistiwa telah Allah jadikan tempat bagi perkembangan Melayu Nusantara. Tidak banyak cuba melihat betapa rumusan itu sebetulnya adalah jalan bagaimana Allah mahukan Negara dan bangsa Melayu kita diuruskan.

(2) Buat Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKM), saya hendak ingatkan, Melayu Sarawak tidak banyak bercakap. Kita sedari dulu terkenal serbagai pendiam. Sebabnya mudah, Melayu Sarawak bukan Melayu Kedai Kopi. Duduk kedai kopi lama-lama belum menjadi budaya Melayu Sarawak. Jika dudukpun di kedai kopi, biasanya harus bersama kaum keluarga serta rakan-rakan yang tidak minat omongan kedai kopi. Mereka masih suka makan cepat dan pergi. Lantaran budaya kedai kopi belum menjadi budaya Melayu Sarawak, maka kita masih bersikap pendiam. Kita diam dalam banyak perkara. Sebetulnya banyak perkara kita lihat sebagai remeh, lantaran itu adalah lebih baik diam. Namun tidaklah kita sekadar diam bodoh. Kita diam lantaran kita melihat isu yang dibangkitkan adalah bodoh untuk dibicarakan sehingga bercawan-cawan kopi harus dihabiskan. Jadi bila ada isu-isu tertentu dibangkitkan di Malaya, dan kita Melayu Sarawak tidak terujapun, itulah pertunjuk betapa isu itu adalah isu bodoh.

(3) Kepada semua rakyat Malaysia, khususnya Melayu di luar dari Sabah dan Sarawak, Melayu Sarawak tidak pernah masuk Malaysia. Kami, kita secara bersama adalah yang membentuk Malaysia. Malaysia tidak wujud sebelum 16 Sept., 1963 bila Sabah secara rasmi mahu ikut sama membentuk Malaysia. Jangan bahasa Melayu bermaksud masuk dan membentuk itu dipermainkan maknanya. Soal bahasa adalah soal lain, soal sejarah itu harus dihormati. Sejarah pembentukan Malaysia itu harus Shabery Cheek dan semua hayati dan mengerti sejujurnya. Amat memalukan jika Shabery Cheek, Menteri Kommunikasi dan MultiMedia tidak faham dan mengerti secara terperinci sejarah penubuhan Malaysia atau mungkin atas dasar politik populist dia sengaja bermain wayang.

(3) Soal Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, itu satu hal. Pada masa itu Malaysia belum wujud. Tunku Abdul Rahman, selepas bertemu muka dengan Macapagal dan Sukarno di Manila, atas nasihat Amerika tidak mengistiharkan Pembentukan dan Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos, 1957. Beliau sememangnya ingin mengistiharkan Pembentukan dan Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos, 1957 namun beliau hanya mengistihar kemerdekaan Malaya pada tarikh tersebut sebagai langkah selanjutnya untuk membentuk Malaysia. Itu sejarahnya. Maka 31 Ogos adalah hari Kemerdekaan Malaya salah satu Negeri dalam Malaysia. Harus juga diingat pada 22 July 1963 Sarawak mendapat taraf sebagai wilayah Merdeka dari British. Sepertinya di Amerika dan banyak Negara lain di dunia, Hari Kemerdekaan dan Hari Pembentukan sebuah Negara juga berbeda-beda. Memang di Amerika Hari Kemerdekaan dan Kebangsaan mereka satukan. Itu urusan mereka. Perangai orang Anglo sememangnya sebegitu, memaksa semua untuk sujud kepada mereka. Kenapa Shabery sebok hendak samakan pengurusan Negara ini dengan Amerika. Shabery ini anak Melayu atau anak Anglo? Kalaupun Shabery Cheek ini adalah Melayu, dia harus ingat, rumpun Melayu dia dari mana? Melayu Sarawak punya rumpun tersendiri dan pasti ingin terus unik dan tersendiri.

(4) Apakah perpaduan di Negara ini akan hancai jika kita meraikan Hari Kemerdekaan dan Kebangsaan secara berasingan? Inilah istimewanya Negara kita, kenapa tidak kita raikan sebegitu? Rakyat Sabah dan Sarawak, tidak mempersoal tentang Hari Kemerdekaan. Sedikit waktu dulu yang disoal adalah menamakan 31 Ogos sebagai Hari Kebangsaan. Kemerdekaan dan Kebangsaan punya dua maksud yang berbeza. Namun untuk meletakkan 31 Ogos sebagai hari Kemerdekaan tidak pernah kita persoalkan. Itu kita hargai, lantaran Kemerdekaan Malaya adalah asas bagi pembentukan Malaysia. Namun saat Malaya merdeka, bukan Malaysia yang merdeka. Merdekanya Malaya tidak bermaksud merdekanya Malaysia dan atau telah terbentuknya Malaysia. Malaysisa tidak pernah terjajah, maka tiada Kemerdekaan bagi Malaysia. Sarawak setuju bersama membentuk Malaysia pada 7 Sept. 1963 dan Sabah pada 16 Sept., 1963. Sejarah pembentukan Malaysia yang harus kita hargai, bukan putar belitnya bahasa dan atau istilahnya. Apa lagi jika politik sudah membaur segala. Shabery Cheek dan manusia-manusia Melayu setara beliau, harus menghargai sumbangan pribumi Sarawak dan Sabah dalam melestarikan Melayu Malaya sehingga kini. Tanpa kami siapa anda? Jangan ditanya, siapa kami tanpa anda! Ini bukan soal sombong atau apa, lantaran anda sudah lupa kenapa Malaysia itu perlu adanya Sabah dan Sarawak. Jangan seperti makan tebu dan atau menoda cinta, lepas manis sepah dibuang.

(5) Apa sangat kita khuatir tentang pandangan luar tentang peliknya kita. 31 Ogos Hari Merdeka, 16 Sept hari Kebangsaan. 1 Ramadhan kita raikan lantaran 1 Syawal hanya wujud selepasnya 1 Ramadhan. 25 Disembar dunia raikan lantaran seminggu kemudian iaitu 1 Januari adalah lembaran baru dalam hidup. Ganjilkah jika kita boleh melihat itu sebegitu? Juga jika kita tidak cetek otak dan buta hati, pastinya 16 Ogos-16 Sept,  boleh kita jadikan suatu tempoh istimewa buat Negara ini. Jika di Amerka mereka cukup berdayacipta dalam mengujudkan hari-hari istimewa untuk tujuan  perniagaan di samping mengujud suasana gembira menyatukan rakyat. Cuma jika kita cetek hati beku otak, kita akan hanya melihat 31 Ogos dan 16 Sept sebagai masalah perpaduan sedang yang berkata sebegitulah sebetulnya yang hanya punya masalah iaitu cetek otak beku hati.

(6) Raikanlah hari Kemerdekaan dan Kebangsaan Negara kita sebagaimana kita meraikan Kepelbagaian Hutan Hujan Tropika. Marilah kita bersatu dalam kepelbagaian lantaran kepelbagaian itulah warna-warni kehidupan kita.

Kuching, Sarawak
15 Sept., 2014

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.