Saya jarang menonton rancangan TV Malaysia sebetulnya. Jika mengikuti Berita Perdanapun, ianya hanya sebentar sahaja, khusus di 15 minit kemudiannnya. Untuk 15 minit yang pertama, sekadar proganda politik UMNO dan atau Barisan Nasional. Itu rasanya sudah memekakkan. Sejak sekian lama saya lebih menumpu kepada Siaran Rencana berunsur pendidikan dan pengetahuan am yang di sediakan lewat saluran berbayar. Begitu juga sejak lima tahun lepas, saya sudah tidak membaca Akhbar Kebangsaan lagi biar berpengantara Melayu dan atau Inggeris. Sebabnya mudah. Kedua-duanya media cetak dan elektonik kebangsaan di Negara ini sudah membosankan. Saya melihat kurang ilmu diperolehi dari keduanya. Apa lagi yang dimaksudkan sebagai jalan fikir membina Negara Bangsa, terlalu tipis untuk dapat digarap dari kedua-dua media tersebut. TV1 dan TV2 kini sangat jauh penyimpangan matalamatnya dari apa yang saya lihat di pertengahan 1970an juga 1980an. Di waktu itu, TV1 dan TV2 sepertinya menyatukan rakyat. Tidak kini. Kedua-duanya sedang berlumba-lumba dalam arus Kapitalis.
(2) Saya mengira sejak akhir-akhir ini, TV awam iaitu TV1 dan TV2 (dua saluran yang biayai oleh dana awam) sudah hanyut. Hanyut tanpa arah. Atau mungkin juga arahnya ialah tanpa arah, bersimpang siur kelam kelibut. Jika dilihat khusus dari tatatusila Melayu dan Islam sememangnya sudah parah. Sebabnya mudah, segala harus ibarat kata Ning Baizura, menjurus kepada realiti. Realiti suami isteri di ranjang bergulat berbogel, maka di kaca TV ianya harus juga dilakunkan sebegitu. Realiti, pasangan bercita harus bercumbu romantis, maka di kaca TV harus juga sebegitu. Ibu-bapa harus mesra berpelukan. Lakunkan saja sebegitu. Juga anak-anak baligh harus mesra penuh kasih sayang berpelukan, maka lakunkan saja sebegitu. Sekarang tidak mengapa kucupan di dahi, di tangan dan membelai wajah, rambut, telinga dll dulu. Nanti pasti tidak mengapa jika dada, peha sedikit-sedikit terdedah. Juga akhirnya tidak mengapa segalanya dilakunan penuh nafsu bertelanjanagn jelas sepertinya realiti. Itulah realiti. Realitinya sebahagian Melayu kian menuju kebodohan, maka saat lakunan di TV juga Melayu itu harus bodoh, diperbodoh-bodoh dan memperbodoh-bodohkan. Namun kenapa realitinya, Syiah itu adalah Syiah maka saat ada riak-riak Syiah di Negara ini, maka segala fatwa heboh di gembar gemburkan. Sedang di saat keonaran adat dan hukum terpampang di kaca TV, tiada ada suara pun yang berbunyi. Orang Melayu Sarawak kata: Ustaz dan Ulama habis terkelup. Apa sudah jadi? Namun itu bukan persoalan pokok yang ingin saya tuliskan. Saya ingin menulis, betapa TV awam kita iaitu TV1 dan TV2 sangat tidak menyumbang kepada usaha kita membina Negara Bangsa. Maka soalannya, haruskah TV1 dan TV2 terus-terusan dibiayai oleh dana awam?
(3) Seandainya Masaqid Islam diuji ke atas RTM rasanya, kalau tidak tercorot, pasti terbaik mungkinnya. Kalau tercorot, Alhamdullillah mudah-mudahan usaha-usaha pembaikan dan segala yang lain juga pasti akan bertambah Islaminya. Jika terbaik, mungkin kita perlu belajar ilmu Al Kahfi dan semua pergi bertapa di gua, mudah-mudahan 300 tahun kemudian Negara ini sudah ada jalan baiknya.
(4) Filem Amerika berjudul The Postman lakunan Kevin Costner 1997 adalah sebuah filem hebat. Ianya adalah gambaran perjuangan rakyat Amerika untuk well informed and connected. Postmater iaitu Kevin sanggup mengadai nyawa demi tugasnya sebagai Postman guna mengujud jambatan di antara rakyat di seluruh Negara. Filem itu adalah lambang perjuangan setiap profession di Amerika dalam membina sebuah Amerika. Sesungguhnya Amerika tidak terlahir atas "belas ikhsan" sepertinya Malaysia ini. Ianya terlahir dari banyak pergelutan dan tumpah darah serta pengkhianatan. Maka lantaran itu It will take anything to defense America. Tetapi mungkin We will do anything to destroy Malaysia. Selaras dengan dasar Kapitalis Amerika ciptaan Zionis yang terhalau dari Jerman, penguasaan maklumat adalah asas kepada Who Control The World. Lantaran itu dari Perkhidmatan Pos Amerika kemudian bergerak kepada Telegraph lalu menjurus kepada Television lantas Satelit dan kini Total Cyber World. Siapapun di Amerika, biar seorang anak Melayu yang lahir di sana, tetap jiwa mereka adalah I'm American. Cara untuk membolehkan masyarakat majmuk Amerika punya sikap memperaku diri sebagai We are Black American; We are Iraqis American; We are Chinese American; We are Japanese American, We are Jewish American; dsb adalah sesuatu yang harus kita teliti dan ambil iktibar. Saya melihat, kini, biar berpuloh saluran Paid TV di Amerika, mereka tetap tidak lupa untuk menonjol We Are American. Bahkan siaran Paid Channel bersifat antarabangsa juga tetap menanamkan This Is America, We Are The World. Adakah sesiapa memerhati dan berfikir bagaimana Allah lewat Amerika cuba memberi pertunjuk untuk membina Negara Bangsa Malaysia?
(5) Di zaman Muhammad SAW dan para khalifah Arrashidun, panji-panji Islam menjadi lambang penyatuan perjuangan mereka dalam menebar dan menegakkan Islam. Masjid pula menjadi lambang wadah permaufakatan Ummah. Ilmu Islam menjadi penyuluh segala. Asasnya, di Madinah-Mekkah dan bahkan di Amerika sehingga kini, ada sesuatu yang menjadi pegangan umum untuk usaha menyatukan Negara Bangsa. Di Malaysia, apa? Di Barat, khususnya di Amerika, media memainkan peranan penting dalam mengerakkan Negara ke suatu arah. Bush umpamanya, sangat bijak menggunakan CNN untuk mempengaruhi rakyat Amerika dan seterusnya dunia betapa Iraq harus dimusnahkan bagi mengelakkan kemusnahan dunia di tanggan Sadam Husien. Kini, pembunuhan dan perlenyetan Iraq mulai terpadam lantaran perjuangan menghapus ISIS dari meranap Barat. Biar siapa di Amerika, media mereka gunakan untuk menyatu Negara Bangsa mereka ke satu arah. Apakah itu ganjil? Bagi umat Islam, seharusnya itu bukan perkara ganjil jika semua teliti tentang Sejarah Islam. Di mimbar, Muhammad SAW menghebah segala. Mimbar adalah media. Mimbar adalah alat bagi Muhammad SAW untuk menyatukan Ummah. Namun lantaran Ummah itu picek semua melihat mimbar sekadar mimbar dan tidak boleh dibawa keluar dari masjid-masjid juga surau-surau. Saya berfikir, apakah ada di antara yang berasak-asak ingin sholat di depan mimbar Muhammad SAW di Masjid Nabawi itu terfikir apakah hikmah sebenar mimbar itu sebetulnya? Saya yakin, jika tidak semua, saya menghitung 99.99 peratus ingin sholat dekat mimbar itu lantaran ingin sholat seperti di syurga. Apa maksud mimbar Muhammad SAW selain dari pendekatan ke syurga, saya yakin tak terkesan jikapun ada yang terfikirkan. Juga, perhatikan di semua masjid di mana-mana di dunia Islam juga bukan Islam. Pasti ada menara. Paling banyak mungkin di Masjid Nabawi, Madinah. Apakah maksud menara-menara itu? Tidakpun ada pembesar suara diletak di sana. Benar, menara di masjid-masjid adalah lambang seni bina Islam. Namun sekadar lambang senibina, apakah iannya akan memberikan Islam itu apa-apa kelebihan? Saya yakin, mimbar dan menara masjid punya perlambanagn yang jauh lebih besar dari apa yang kita semua lihat. Allah perlukan kita berfikir di atas segala ilham yang Dia berikan kepada sesiapapun. Bangsa Yahudi, otak mereka ligat. Mereka melihat apa saja yang orang lain tidak lihat. Dari tanah tandus tanpa air, Las Vegas terbangun dari hasil pelaburan Yahudi. Biar Mekkah ada air tidak putus-putus, tetap tandus juga keadaanya. Bukankah limpahan kekayaan di Mekah jauh lebih hebat dari kekayaan milikan Yahudi? Kenapa Mekah dan Madinah terus tandus dan paling dhaif, masih banyak kemiskinan? Yahudi juga dapat melihat betapa Arab itu sangat kaya dan boros. Lantas, Las Vegas mereka bina sebagai syurga untuk manusia-mansuia Arab. Apa lagi mereka dapat melihat betapa menara-menara dan mimbar-mimbar di dunia Islam sangat bagus untuk mereka mengaut untung. Menara menjadikan Menara Stratosphere yang menempatkan sistem telekomunikasi Las Vegas, dan mimbar-mimbar bertukar menjadi pentas-pentas hiburan di segala Hall di sana. Namun bagi umat Islam, mimbar adalah mimbar dan menara adalah sekadar menara sebuah senibina. Terhenti di situ.
(6) Sesungguhnya Allah mendatangkan ilham kepada Muhammad SAW agar membina mimbar untuk baginda menyampai khutbah dan syarahan. Saya yakin, dengan itu Allah sedang memberikan isyarat kepada Umat selepas Muhammad SAW betapa prasarana komunikasi harus Umat Islam bina untuk kemudahan pendidikan dan sebaran maklumat. Begitu juga Allah menyampaikan kepada sesiapa di dalam dunia Islam kemudiannya untuk mencipta menara-menara di masjid-masjid. Menara itu tanpa Umat Islam sadari adalah isyarat betapa Allah telah mungkin sekitar 1,400 tahun dahulu memberi pertunjuk bahawa telekomunikasi adalah sangat penting dalam mengurus dunia pada hari ini. Namun kita tidak pernah membaca ianya sebegitu, maka jumudlah peranan mimbar dan menara dalam pengertian sempit kita sehingga kapan-kapanpun. Juga sebagai wadah mendidik dan menyatukan Ummah, kedua-dua perkara yang dibicarakan di mimbar dan menara-menara masjid adalah sangat khusus focus. Bicara-bicara di mimbar khususnya adalah bicara-bicara tentang Adeen Ummah. Bicara-bicara tatacara kehidupan dan perjalanan hidup Ummah. Tidak pernah saya terbaca, Muhammad SAW juga para khalifah Arrahidun membicarakan contohnya tentang perkara-perkara lucah di mimbar-mimbar. Apakah sebetulnya isyarat Allah tentang semua ini?
(6) Najib, lantaran Mahathir sudah ketagihan blog melihat media sosial sebagai segalanya. Dari Twitter beliau mengembang ke FaceBook dan kini Blog sebagai jalan jangkauan luas beliau. Lantaran itu adalah realiti maka Shabery Cheek, Menteri Kommunikasi dan MultiMedia (KKM) juga memberi perhatian berat kepada media sosial. Media Perdana sudah kian dipinggirkan. Saya pasti ramai tidak ingat kenapa Mahathir memilih Blog untuk bersuara? Sebegitulah Negara ini sedang diurus, kita kian lupa kepada perkara asas. Asas dalam penyebaran maklumat adalah Media Perdana. Apakah Media Perdana itu? Bagi Najib, juga Shabery Cheek, mereka sedang melihat media sosial sebagai Media Perdana. Saya yakin mereka silap. Mereka sangat silap. Mereka sepertinya sedang melihat cicak sebagai buaya. Bukan sekadar silap, mereka juga bersifat anih berdolak dalik. Bahkan kebanyakan ahli Kabinet Najib, sebegitulah sifat mereka. Mereka adalah pengguna media sosial, namun mereka jugalah yang tidak percaya terhadap media sosial. Mereka hanya percaya tentang apa yang mereka sebarkan di dalam halaman diri mereka namun sepertinya mengganggap segala yang lain adalah tidak benar tidak punyai asas. Inilah apa yang orang Melayu dulu-dulu katakan sebagai bersaksikan lutut. Dalam epik Inggeris, mereka seperti sedang bercermin lalu bertanya siapakah paling betul.
(7) Saya melihat Media Perdana di Negara ini sudah jumud. Jumud lantaran ianya dikongkong agar terus bersifat bahan propaganda politik dalam bentuk lainnya. Ianya bukan sebagai alat untuk menarik dan menjelas perkara-perkara yang boleh mendorong rakyat untuk bersatu padu berasaskan morfologi Negara yang sudah berubah. Juga jikapun cuba menyesuaikan dengan demografi Negara yang sudah berubah, chemistry programnya kian menjadi memuakkan. Penciplakan berleluasa. Jati diri bersandarkan hakikat budaya dan nilai-nilai insani murni kian ditinggalkan.
(8) Dalam membangunkan Media Perdana sebagai jambatan perpaduan, saya melihat sikap Najib dan Shabery Cheek sebagai memilih lidi dari penyapu untuk menyapu sampah. Jika Media Perdana tidak penting, kenapakah Yahudi begitu beria-ia untuk menguasai contohnya CNN, Al Jazeera, bahkan National Geographic Channel. Saya tidak nafikan mereka juga sudah menguasai FaceBook juga Whatsapp umpamanya. Namun masih mereka melihat Media Perdana sebagai siaran Television dan Media Cetak. Media sosial bagi mereka hanyalah feeders. Pendeknya mereka jelas yang mana satu buaya dan yang mana satu cicak. Mereka tidak menjadikan cicak sebagai buaya.
(9) Negara ini adalah Negara membangun. Maksudnya apa? Kedua, Negara ini adalah Negara majmuk. Maksudnya apa? Ketiga, jurang sosio-ekonomi antara kaum dan dalam kaum di Negara ini masih sangat luas. Maksudnya apa? Akibat dari semua ini, apa? Inilah kita. Maksudnya apa? Abdul Razak Husein melihat pembangunan sebagai jambatan untuk merapatkan segala jurang di Negara ini. Lantas dalam usaha beliau untuk menyakinkan rakyat adalah dengan cara mendekati rakyat sasaran. Di zaman beliau radio, TV dan Wayang Penerangan menjadi wadah sangat berkesan. Sesungguhnya latarbelakang Negara dulu dan kini masih tetap sama. Rakyat masih belum mendapat kesaksamaan kekayaan. Lantaran itu, perpaduan kaum akan terus menjadi pokok kepada semua permasalahan. Cara Najib dan Shabery Cheek menangani sebaran maklumat di Negara ini sebagai tidak membawa rakyat ke jalan sama. Mereka menvampur aduk jalan bersimpang dan jalan lurus. Biar saya cadangkan sebegini, jika Najib dan Shabery sudah terlalu picek lantaran ketaksuban kepada media sosial.
(i) Media sosial seringnya perlukan feed maklumat segera. Tepat tidak tepat feed itu soal lain. Namun. itu mudah untuk dimudahcarakan dan diperbetulkan lantaran rangkaian media kini adalah luas dan pelbagai. TV Awam Malaysia samada boleh menjadi dan atau mengambil que dari apa juga yang berkepentingan awam dari biar media sosial sekalipun. Cuma TV Malaysia harus membuat liputan yang betul dengan segera. TV Awam boleh menjadi sumber bahan yang sempurna dan baik bagi media sosial jika mereka bijak menyusun langkah. Soalnya, buaya harus ke4kal jadi buaya jangan menjadi cicak.
(ii) Perpaduan di Negara ini adalah sangat rapuh lantaran masih tebal rasa prejudis antara kaum, kelompok, profession dan bahkan individu. Kenapa? Saya mengira, lantaran masing-masing tidak faham akan masing-masing. Maklumat budaya dan kehidupan yang mereka perkongsikan tidak jelas, tidak tepat, seringnya condong memihak. Jika ada penjelasan, bganyak lebih kepada menjelas secara ke dalam iaitu within bukan ke luar iaitu inter. Inilah apa yang disebut sebagai information gap. Keduanya, saat kita inginkan Negara ini dihormati, kita hanya mempamirkan betapa Negara ini terbangun dan dibina diperjuangkan oleh hanya segelintir pihak. Segelintir pihak ini, seringnya adalah Pemimpin Pemerintah dan segelintir profession. Biasanya orang-orang UMNO, tentera dan polis. Rakyat lain, golongan lain seolah-olah tidak ada sumbangan. Bukankah proses pembinaan Negara Bangsa itu suatu proses berkelanjutan sampai kapaanpun. Maka bagaimana harus rakyat kebanyakan hormat akan Negara ini sedang titik peluh mereka juga tidak dihargai? Keringat semua pihak harus dihargai dalam membina Negera ini. Sesungguhnya cara kreatif untuk kembali membawa kesadaran bernegara kepada generasi kini adalah sangat diperlukan. Kita tidak lagi boleh contohnya bila tiba saja musim Hari Kemerdekaan dan atau Kebangsaan maka yang kita sering gembar gemburkan adalah tentangan mempertahankan dari ancaman komunis. Soal itu adalah sumbangan berdarah segelintir profesional, itu tidak perlu dipersoalkan. Persoalan terus-menerus memainkan perkara yang sama sudah tidak sesuai. Jumud caranya, basi isinya. Apakah kerajinan si pemungut sampah kini, tidak sama pengorbanannya dengan tentera yang dulu bermandi peluh di hutan belantara? Bagaimana agaknya sumbanagan kerja Pegawai Kesihatan saat wabak Virus Babi membadai sesuatu kawasan? Juga gelisah seorang jurutera mengawas pembinaan Jambatan Pulau Pinang itu tidak ada nilainya buat rakyat Negara ini? Apa kerja seorang tukang sepatu di pinggir jalan tidak sama tarafnya dengan Zetti di Bank Negara? Apakah resah penanam sayur di saat kemarau dan atau tengkujuh itu tidak ada nilainya? Sesungguhnya, cara kita hendak menarik minat rakyat untuk menghargai Negara ini, kita masih gunakan cara dan intipati lama. Media TV awam kita pada hakikatnya tidak pandai membangkitkan rasa bangga menyumbang dan terhormat seluruh individu dan profession dalam membina Negara ini. Para pemberita kita saya kira sangat tebal prejudis dan atau mungkin terlalu cetek pengertian mereka tentang usaha membina Negara Bangsa. Kita tidak faham "wahyu" di balik The Postman contohnya. Kita lebih gemar mengasak agar rakyat menghormati dan atau mengagung-agungkan pemimpin politik dalam membina Negara, seoalah-olah sumbangan individu dan kelompok lain professional rakyat tidak sama agungnya. Akibatnya, Malaysia kian dipandang sebagai hanyalah tempat untuk mencari makan. Rakyat apa lagi pemimpin kian bersikap sekadar rakus mencari makan, tidak membina Negera Bangsa sekuatnya. Maka contohnya TV1 harus sepenuhnya bersifat Kebangsaan. Media perantara rasmi mesti mutlak Melayu. Yang paling utama, segala Program di TV1 harus boleh dinikmati oleh kebanyakan rakyat majmuk dan pelbagai lapisan strata sosial. Maka penilaian waktu siaran dan bentuk Program harus dibuat berdasarkan kajian yang mendalam dan menyeluruh. Program berbentuk pendidikan, berbentuk penyampaian maklumat bertita jelas tidak condong ke mana-mana, kenegaraan saksama, kemasyarakatan majmuk, kreativiti rakyat, kreativiti individu, kehidupan rakyat, kehidupan individu, sumbanganan kelompok profession dan individu, peningkatan ilmu tentang Negara, serantau juga dunia, dll yang sebenarnya banyak boleh dicontohi dari TV nasional di Indonesia, Jepun, Korea, apa lagi Vietnam, Israel, dan Jerman. Cuma bila TV awam sudah menjadi taksub kepada UMNO dan atau Barisan Nasional, maka mata mereka sudah kian picek dan hati mulai membatu beku betapa banyak yang lain juga memainkan peranan sangat penting dalam membina Negara Bangsa Malaysia ini. Orang Utan di Sarawak dan Sabahpun ada peranan besar mereka!
(iii) Cuba rasakan kesan dan maksud filem Jepun, kalau tidak silap saya berjudul Ramen Mee dalam membina dan mengambarkan jati diri bangsa Jepun. Anih, kita berulang-ulang menyiarkan cerita P Ramlee, namun tidak ada usaha di Negara ini untuk lebih mengembangkan lagi falsafah kehidupan dari filem-filem P Ramlee contonya dalam Antara Dua Darjat, Hang Tuah, Anakku Sazali, dsb. TV Awam kita kini, lebih suka menyediakan slot untuk drama-drama murahan yang nilai moral dan kenegaraannya tahyul, sempit dan atau kosong kosong.
(iv) TV di Malaysia ini, tidak usah bersaing. Saya perhatikan contohnya bila TV3 tayangkan Hindustan, TV2 dan TV1 tayang juga. Apa faedahnya. Samalah bila TV1, siar tentang Islam maka sebegitulah TV2, TV3, TV Al Hijrah dsb. Apa lagi bila satu siaran tayangkan cerita-cerita bersiri Melayu, pasti yang lain semua akan berlumba-lumba mengikut model yang sama. TV3 model galmour commercial, maka TV1 dan TV2pun ikut. Akhirnya TV Al Hijrah juga terikut-ikut. Sungguh jelas sikap otak beku dan kronisma dalam pembikinan dan penyiaran drama-drama Melayu. Jika kita sudah bobrok pemikiran, bawa saja masuk filem-filem asing yang ada nilai-nilai moral dan kenegaraannnya untuk siaran TV1&2. Saya rasa KKM, sudah tidak bijak cara mereka mengurus sebaran maklumat melalui TV di Negara ini. Lantaran itu, TV bukan menjadi bahan tontonan dan atau rujukan utama di Negara ini. Tidakkah mereka boleh berfikir untuk memaksa siaran TV ini untuk hanya saling melengkapi dan menyokong dari menduakan. Juga jika sudah terbangun TV khusus untuk tujuan khusus, maka apa harus TV lain mengeluarkan program yang hampir-hampir sama? Saya yakin, ada akan berkata, masalahnya ialah masalah pembiayaan. Sesungguhnya, kebijaksanaan akan dapat mengatasi itu. Keuntungan di satu pihak adalah biaya di pihak lain. Cuma lantaran kita picek dan beku hati maka kita tidak nampak adanya jalan penyelesaian.
(9) Saya yakin kemelut dalam pengurusan TV awam dan swasta di Negara ini adalah akibat sikap prejudis tebal yang masih dipegang oleh semua kaum di sini. Pihak pengurusan serta pengubal dasar TV Awam Negara ini masih terbelenggu kuat oleh sikap prejudis dan jumud cetek. Tujuan Allah umpamanya menjadikan manusia terutama di kalangan umat Islam (Melayu) untuk menjadi khalifah tidak dimengertikan secara mendalam akan batas keupayaan dan tanggungjawapnya. Lantaran kerana sudah diangkat jadi pemimpin maka segala harus dijalan pimpinannya. UMNO dan Barisan Nasional mahukan segalanya pada jalan pandang mereka. Itu adalah salah dan tidak mungkin. Hanya Allah ada kuasa sebegitu. Kita seharusnya hanya bertanggungjawab dalam mengurus kepelbagaian. Kita harus meraikan kepelbagaian secara jujur dan saksamanya. Selagi Najib dan Shabery Cheek tidak faham dan berlaku seperti itu pada jalan betulnya, selagi itu perpaduan di Negara ini tidak akan pernah tercapai. Kita akan terus membazirkan wang Negara untuk perkara-perkara remeh akibat degil dan prejudisnya kita.
Nota: Contoh, dalam drama Melayu kini, bila si suami hendak digambarkan sebagai menyayangi isteri, maka berlakulah lakunan di kamar tidur di mana si suami akan mengucup dahi dan tangan isteri sambil membelai-belai tubuh isteri. Inilah bila penulis, pengarah dan penerbit drama-drama berkenaan adalah sangat cetek dan picek tentang aturan kehidupan dan budaya yang harus kita ketenggahkan. Anihnya, kedua-dua pelakun itu adalah bukan muhrim, pelakun cari makan, bukan pelakun membangun moral dan budaya bersih. Itu bagi saya adalah hasil pemikiran cetek tentang melahirkan kasih sayang. Hakikat di zaman dulu, bila si suami kasih dan menghargai isterinya, dia akan mengambil bakul yang berat dipikul isterinya biar dia sendiri kemudian terkial-kial menanggung beban. Begitu juga saat isteri hendak menunjukkan kasih sayang kepada suaminya, hidangan kopi, susunan rumah dan tempat tidur rapi, anak-anak terurus ditonjolkan. Kasih sayang dalam keluarga lebih ditonjolkan dalam acara-acara mengaji, sholat bersama, makan bersama, bekerja bersama, bermain bersama dsb. Apakah tidak terfikir oleh para pengeluar dan penerbit Drama Melayu betapa kini drama-drama yang dihidangkan sudah tidak memumpuk budaya dan kehidupan tertib Melayu? Yang terhidang adalah perkara-perkara tempelan picisan yang tidak melahirkan ilham untuk Melayu dan Negara menuju keras ke depan. Apa lagi jika dilihat segala rancangan sekadar berbentuk hiburan. Banyak bersifat bodoh dan memperbodohkan. Maka bagaimana agaknya TV awam Negara ini boleh menjadi wadah mengasak wawasan pembinaan bangsa apa lagi Negara? Ini adalah suatu contoh kebodohan dan memperbodohnya kita.
Kuching, Sarawak
18 Sept., 2014

0 comments:
Post a Comment